kajian kebarangkalian kausal terhadap kecenderungan ... · pdf filemata pelajaran elektif...

20
6 Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi sebagai Mata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: Satu Tinjauan Awal Abdul Jalil Haji Ishak , Abstrak Sumbangan geografi dalam pembangunan negara mernang tidak dapat dinafikan. Selain menitikberatkan tentang kefahaman empirikal mengenai perkembangan dunia (R.J. Johnson, 1993), geografi turut membicarakan ‘to discover what happens where and to explain why anything which happens just where it does and under what combination of circumstances it does happen just, where it does’ (Freeman, 1980). Dalam bidang integrasi ilmu pula, peranan geografi sebagai disiplin yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang lain juga tidak dipertikaikan. In. termasuk dalam disiplin sains seperti geologi, meteorologL geofizik, oceonografi, sains kesihatan dan botani. Akin Mabogunje (1997) menyebut geografi sebagai bidang yang mempunyai perspektif yang amat luas mencakupi kajian mengenai alam semesta sebagai tempat penghuni manusia. Justeru sifatnya yang menekankan interaksi antara manusia dengan Penciptanya, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam itu sendiri amat dititikberatkan. Akins membahagikan perspektif geografi kepada aspek fundamentalis, “environment” dan masyarakat, struktur spatial, proses kemasyarakatan, organisasi ruang dan proses globalisasi. Pandangan beliau adalah selari dengan pandangan Freeman yang mengakui bahawa status geografi boleh dilihat dalam dua perspektif, iaitu perspektif sains dan kemanusiaan. Pandangan Freeman ini dapat dijelaskan dalam suratnya kepada H.R.Miller, bertarikh 16 Mei 1915, sebagai berkata: “You and I have taken somewhat different paths in geography—you rather the scientific and I the literary”. Lebih tegas lagi, menurut Freeman, geografi menjawab persoalan mengenai kejadian sehari-han menurut perspektif kontemporari iaitu berlegar dalam perjuangan untuk

Upload: nguyennhu

Post on 02-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

6Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap

Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi sebagai Mata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM:

Satu Tinjauan Awal

Abdul Jalil Haji Ishak ,

A bstrak

Sumbangan geografi dalam pembangunan negara mernang tidak dapat dinafikan. Selain menitikberatkan tentang kefahaman empirikal mengenai perkembangan dunia (R.J. Johnson, 1993), geografi turut membicarakan ‘to discover what happens where and to explain why anything which happens just where it does and under what combination o f circumstances it does happen just, where it does’ (Freeman, 1980). Dalam bidang integrasi ilmu pula, peranan geografi sebagai disiplin yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang lain juga tidak dipertikaikan. In. termasuk dalam disiplin sains seperti geologi, meteorologL geofizik, oceonografi, sains kesihatan dan botani. Akin Mabogunje (1997) menyebut geografi sebagai bidang yang mempunyai perspektif yang amat luas mencakupi kajian mengenai alam semesta sebagai tempat penghuni manusia. Justeru sifatnya yang menekankan interaksi antara manusia dengan Penciptanya, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam itu sendiri amat dititikberatkan. Akins membahagikan perspektif geografi kepada aspek fundamentalis, “environment” dan masyarakat, struktur spatial, proses kemasyarakatan, organisasi ruang dan proses globalisasi. Pandangan beliau adalah selari dengan pandangan Freeman yang mengakui bahawa status geografi boleh dilihat dalam dua perspektif, iaitu perspektif sains dan kemanusiaan. Pandangan Freeman ini dapat dijelaskan dalam suratnya kepada H.R.Miller, bertarikh 16 Mei 1915, sebagai berkata: “You and I have taken somewhat different paths in geography—you rather the scientific and I the literary”. Lebih tegas lagi, menurut Freeman, geografi menjawab persoalan mengenai kejadian sehari-han menurut perspektif kontemporari iaitu berlegar dalam perjuangan untuk

Page 2: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

82 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

membebaskan diri daripada pelbagai krisis “environment”, krisis “social” dan geopolitik dengan menggarisbawahkan konotasi ‘the here-and now’. Namun begitu, apabila geografi diletak sebagai mata pelajaran elektif dalam Pakej Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jumlah pelajar yang mengambil geografi merudum. Pelajar menganggap geografi membosankan. Kajian rambang terhadap 72 guru geografi di beberapa sekolah di seluruh negara memberi gambaran bahawa pelbagai faktor menyumbang kepada tanggapan bahawa stigma ini boleh dipertahankan. Sebanyak 69.5 peratus dari pelajar terbabit menyatakan kaedah pengajaran guru berbentuk ‘chalk-and-talk’, 83% mengatakan kaedah perbahasan tidak dijalankan, 76 peratus mengatakan slaid projektor tidak digunakan; 76 %mengatakan bengkel motivasi tidak pernah dijalankan; 62.6 peratus mengatakan kaedah permainan tidak dijalankan; 56.9 peratus mengatakan mereka tidak pernah menggunakan rujukan dalam bahasa Inggeris; manakala kaedah lawatan pula hanya membabitkan 37 peratus di kalangan guru. Kajian ini bertujuan mengupas pandangan 100 pelajar geografi tingkatan 4 di Daerah Gombak terhadap kecenderungan mereka terhadap geografi berasaskan parameter yang dinyatakan di atas.

Preembel

Pengenalan Kepada Masalah Kajian

John Fien dan rakannya dalam buku berjudul ‘The Geography Teacher’s Guide to the classroom’, memetik sebuah tulisan seorang pelajar mengenai ‘Geography demon’, seperti berikut:

“/ have my geography lesson!I t ’s nothing but nonsense and names To torture me so very morning I think it the greatest o f shames.

The books they flow into rivers,And the rivers flow into the seas For my part, I hope they enjoy it But what does it matter to m e?”

(John Fien dan rakan, 1989: him 1)

Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan kursus mata pelajaran geografi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Britain pada 1981, menunjukkan bahawa pada tahun 1979, seramai 4,000 pelajar mendaftar sebagai pelajar di universiti, politeknik, dan institusi lain di seluruh negara itu.

Page 3: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi / 83

'In universities the number of geography graduates has remained similarly stable over the past few years and has accounted for between 3 and 3.5 percent of the total number of grduates. In terms of the number o f its graduates, geography is one of the most important degree subjects, ranking seventh for women and eleventh for men in a classification o f well over 100 subjects for which information is availaltbe" (Roger, 1981).

Latar belakang

Geografi dalam disiplin ilmu

Menurut Freeman, geografi menjawab persoalan mengenai kejadian sehari-hari menurut perspektif kontemporari iaitu berlegar dalam perjuangan untuk membebaskan diri daripada pelbagai krisis “environment”, krisis “social” dan geopolitik dengan menggarisbawahkan konotasi ‘the here-and now ’.

Akins membahagikan perspektif geografi kepada aspek fundamentalis, “environment” dan masyarakat, struktur spatial, proses kemasyarakatan, organisasi ruang dan proses globalisasi. Menurut Freeman geografi boleh dilihat dalam dua perspektif, iaitu perspektif sains dan kemanusiaan. Namun begitu, apabila geografi diletak sebagai mata pelajaran elektif dalam Pakej Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jumlah pelajar yang mengambil geografi merudum. Ramai beranggapan bahawa pelajar tidak ramai mengambil geografi kerana mereka menganggap geografi sebagai mata pelajaran ‘boring’ , terlalu susah dan sukar mendapat gred yang baik dalam peperiksaan.

Penyataan masalah

Sejak KBSM diperkenalkan pada jumlah pelajar tingkatan 4 yang mengambil geografi sebagai mata pelajaran elektif tidak sampai 50 peratus. Enrolmen ini berlaku di semua peringkat persekolahan, baik di peringkat nasional, negeri, mahupun peringkat daerah.

Sebelum KBSM diperkenalkan, kedudukan geografi adalah teguh kerana ia diletak sebagai mata pelajaran sains. Pada masa dahulu juga, mata pelajaran geografi dianggap berpasangan dengan sejarah dan status quonya sukar dipisahkan. Bagaimanapun, selepas KBSM, sejarah dijadikan mata pelajaran teras manakala geografi diletak sebagai mata pelajaran elektif bersama dengan Kumpulan Kemanusiaan. Ini menjadikan geografi sebagai mata pelajaran terpinggir. Pelajar hanya diwajibkan mengambil geografi pada peringkat menengah bawah, iaitu Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja.

Page 4: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

84 /M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Objektif Kajian

Oleh sebab geografi mempunyai kaitan yang amat rapat dengan elemen pembangunan negara, apa lagi dengan kehidupan kita sehari-hari, maka negara akan mengalami kerugian jika warganegara kita tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam geografi disebabkan disiplinnya yang bersifat ‘mult dimensional’. Dengan pengetahuan yang didedahkan kepada pelajar sehingga PMR adalah dirasakan kurang mampu mewujudkan warganegara yang celik geografi. Justeru, ini dapat dilihat sebagai antitesis kepada hasrat kerajaan menjadikan negara ini sebagai negara maju. Adalah dirasakan pengetahuan yang cetek dalam geografi sedikit sebanyak akan membantutkan hasrat mumi kerajaan mengeksport pelbagai jenis kepakaran teknologi dan intelektualisme, serta barangan industri, sedangkan dalam Wawasan 2020 kerajaan mengimpikan Malaysia sebagai negara industri berdaya maju dan disegani masyarakat antarabangsa. Geografi dianalogikan sebagai jambatan yang kukuh dalam integrasi ilmu pelbagai disiplin iaitu pemangkin ke arah pembangunan negara, khasnya dalam bidang pembangunan industri, pembangunan wilayah, urbanisasi, penduduk dan petempatan, perhubungan dan pengangkutan, koridor multimedia, iklim dan cuaca, geologi, pertanian, perhutanan, kajian atmosfera, dan pembangunan sumber manusia serta penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar yang mapan.

Kajian ini cuba meninjau status quo geografi Tingkatan 4 serta melihat beber­apa faktor yang menyebabkan ia tidak diminati pelajar, khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran. Seramai 174 pelajar Tingkatan 4 dijadikan sampel dalam kajian ini bagi mengenai pasti faktor tersebut. Berdasarkan analisis data menggunakan SPSS PC, dapatan yang diperolehi akan digunakan bagi tujuan paparan dan cadangan bagi mengembalikan kegemilangan geografi sebagai subjek sains, sebelum KBSM diperkenalkan.

Pengenalan kepada Kajian Lepas

Kepentingan mata pelajaran geografi boleh dilihat mengikut perspektif sejarah di mana sebelum 1968 lagi geografi sudah diajar di sekolah rendah pada tahap darjah tiga, empat, lima dan enam. Murid-murid darjah satu dan dua, sebaliknya mempelajari Kajian Alam Semula Jadi (Ling, 1983). Selepas 1968, sukatan Pelajaran Geografi disusun semula. Kajian Tempatan diperkenalkan kepada murid-murid darjah satu, dua dan tiga, manakala mata pelajaran geografi diperkenalkan mulai darjah empat (Ling, 1983). Di peringkat sekolah menengah, sukatan pelajaran geografi tidak berubah. Ia dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat menengah rendah meliputi tingkatan 1. 2 dan 3, manakala menengah atas meliputi tingkatan 4, 5 dan 6. Tahun 1968 merupakan ambang

Page 5: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi / 85

perubahan dalam bahasa pengantar di mana bahasa Malaysia digunakan di sekolah-sekolah yang dahulunya beraliran Inggeris. Peruntukan masa bagi Kajian Tempatan ialah 30 minit seminggu, manakala geografi pula ialah 80 minit seminggu.

Pada tahun 1976, pelajar-pelajar yang menduduki Peperiksaan Lower Certificate o f Education mula mengambil peperiksaan dalam bahasa Malaysia. Selepas tahun 1968, mata pelajaran kajian Tempatan yang menggabungkan entiti geografi, sejarah dan sivik, diperkenalkan di peringkat darjah 1, 2 dan 3 bagi menggantikan mata pelajaran Alam Semula Jadi.

Mulai ‘darjah’ empat, murid-murid mengkaji geografi kehidupan penduduk di Malaysia. Sistem metodologi berurutan dititik beratkan dengan memberi tumpuan kepada rumah tangga, mukim, daerah, negeri sehinggalah kepada pandangan yang lebih menyeluruh mengenai Malaysia. Aspek mengenai persekitaran, iklim dan kemahiran peta ditekankan .

Senario pengajaran geografi di Malaysia

Pengajaran dan pembelajaran geografi di sekolah menengah di Malaysia mencerminkan cita-cita unggul, dengan semangat geografi tulen berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan rakyat berilmu, berketrampilan, seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ia juga bermatlamatkan pencetusan idea baru ke arah mewujudkan insan geografi berketrampilan menggunakan kemahiran yang diasaskan dalam pengajaran dan pembelajaran geografi itu dalam menyesuaikan diri dengan cabaran, tuntutan dan ekspektasi negara menjelang alaf baru.

Penumpuan geografi dalam kurikulum boleh dijelaskan sebagai berikut:

(a) Penumpuan ke arah penggabungjalinan dan pengintegrasian elemen pengetahuan dan kemahiran pelbagai bidang, Skop dan keluasan.

(b) Pengintegrasian antara interaksi manusia dan alam sekitar pada tahap keseimbangan asasi.

(c) Penumpuan ke arah kefahaman ruang dan jarak.(d) Penumpuan ke arah kefahaman idea “place” sebagai integriti geografi asas.(e) Penumpuan dari segi kawasan, kegiatan, fenomena alam serta kefahaman

mengenai kelainan aspek rupa bumi, fenomena cuaca mengikut kawasan berlainan di dunia.

(f) Aplikasi pengalaman dan pencerapan terhadap kejadian alam menurut proses yang berlaku dari semasa ke semasa di kawasan sendiri dan luar negara.

(g) Kefahaman dalam bidang intcrprctasi pelbagai jenis pcta bagi menunjukkan perbezaan dan kelainan dimensi kawasan, perubahan dan perkembangan dari perspektif masa dan ruang yang berlainan dan dinamik.

Page 6: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

86 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Pengajaran dan pembelajaran geografi yang berkesan dan menyeronokkan

Pengajaran dan pembelajaran geografi mempunyai potensi tinggi ke arah mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan dan dengan demikian menyediakan pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah. Ciri keberkesanan ini boleh didasarkan pada andaian jika seseorang guru geografi itu bersedia menggunakan kemahiran yang berikut:

(a) Mengajar menggunakan contoh yang konkrit.(b) Sering menjalankan aktiviti luar bilik darjah.(c) Sering mengadakan kerja praktik termasuk melaksanakan aspek kemahiran

seperti mernei'hati. mencerap, mencatat, membuat interpretasi dan membuat ramalan.

(d) Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran.(e) Mempelbagaikan kebergantungan terhadap alat atau sumber pengajaran,

termasuk bahan belia dan sumber berasaskan lcomuniti dan prasarana setempat.(f) Membabitkan semua pancaindera pelajar dengan pelbagai jenis pendekatan

secara bersepadu temasuk pengajaran dan pembelajaran berpasukan, kooperasi dan pembelajaran bimbingan.

(g) Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan saling kaitan dengan kehidupan manusia, interaksi manusia dan alam sekitar serta kepentingan dalam kehidupan sehari-hari dan bidang pekerjaan masa depan.

(h) Pengajaran merentasi bidang kognitif, afektif dan psikomotor yang diintegrasi dalam gaya pembelajaran bilik darjah dan luar bilik darjah serta menyediakan kemahiran berkomunikasi secara efektif dengan anggota masyarakat menerusi pembabitan penyelesaian masalah atau isu tempatan.

Ngui (1983) berkata keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru geografi dapat menolong pelajar dari segi:

a. berfikir dan membuat keputusan secara rasionalb. bertindak secara bebasc. memahami dan menghayati alam sekitard. mengatasi masalah diri sendiri

Tinjauan Literatur

Kajian mengenai kecenderungan pelajar mengambil geografi di Malaysia khasnya amatlah kurang. Tajuddin (1997) dalam kajiannya mengenai sikap guru dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan kaedah kajian luar dalam geografi mendapati peratusan pelajar mengambil geografi turun dengan drastik selepas KBSM diperkenalkan. Peratusan pelajar mengambil geografi pada 1989 ialah 93% berbanding 60% sejarah. Peratusan ini kurang 1 peratus bagi geografi iaitu

Page 7: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi / 87

pada 1989 menjadi 92% (sejarah 62%); 1990 geografi 92 peratus, sejarah 64; 1992 geografi 89 dan sejarah 68 peratus.

Sebaik KBSM diperkenalkan, peratus pelajar mengambil geografi turun kepada 46 peratus, berbanding sejarah 100% dan tahun berikutnya geografi 44% (sejarah kekal 100%).

Jadual 1: Unjuran Keperluan Tenaga Guru Sekolah Menengah 2000-2003 Bagi Sejarah dan Geografi

TahunMata Pelajaran

Geografi Sejarah

2000 5704 6990

2001 5660 7115

2002 5620 7219

2003 5585 7319

Jadual 2: Unjuran Keluaran Guru Universiti/ Maktab Perguruan 1998-2007 bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah

MataPelajaran

1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007

Geografi 170 50 100 100 100 100 100 100 100 100

Sejarah 189 200 200 300 300 300 300 300 300 300

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001

Jika perangkaan ini digunakan bagi menggambarkan bilangan guru yang diambil berdasarkan jumlah pelajar mengambil geografi peringkat SPM, maka dikhuatiri sedikit kesukaran bagi mendapatkan calon berkelayakan. Akibatnya, calon-calon pada paras PMR dari segi kelulusannya terpaksa diambil bagi memenuhi keperluan.

Kajian rambang terhadap 72 guru geografi di beberapa sekolah di seluruh negara memberi gambaran bahawa pelbagai faktor menyumbang kepada tanggapan bahawa stigma ini boleh dipertahankan. Sebanyak 69.5 peratus daripada pelajar terbabit menyatakan kaedah pengajaran guru berbentuk ‘chalk- and-talk’, 83% mengatakan kaedah perbahasan tidak dijalankan, 76% mengatakan slaid projektor tidak digunakan, 76% mengatakan bengkel motivasi tidak pernah dijalankan; 62.6% kaedah permainan tidak dijalankan, 56.9% mengatakan mereka tidak pernah menggunakan rujukan dalam bahasa Inggeris, manakala kaedah lawatan pula hanya membabitkan 37% di kalangan guru.

Page 8: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

8 8 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Satu kajian mata pelajaran Biologi oleh Isabel P. Martins, Cristina C. Dias, Isabel P. Silva mengenai persepsi pelajar terhadap kurikulum tersebut mendapati pelajar cenderung mengambil satu-satu pelajaran itu berasaskan: (a) minat yang tinggi dalam pelajaran itu (b) pengajaran formal mengenai tema satu-satu pelajaran (c) eksperimen yang dijalankan di makmal. Manakala bagi pengajaran tidak formal pula, pelajar lebih gemar mengikuti program terbabit di kaca televisyen, berita dan dari sumber buku yang dibaca. Kebanyakan pelajar juga memberi respons bahawa mereka suka sesuatu pelajaran itu jika ia mempunyai prospek dalam kerjaya masa depan mereka.

Dalam menentukan minat dan kesungguhan pelajar dalam satu-satu pelajaran, peranan guru, teknik pengajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting bagi mengekalkan kecenderungan mereka. Tajuddin memetik hasil kajian Nor Hafizah (1990) mengenai kaedah pengajaran pelbagai teknik mendapati teknik berkumpulan diminati pelajar (48.78%), berbanding kaedah perbincangan (26.83 %) dan kaedah latih tubi (19.51%). Katiman Rostam (1995) dalam kajiannya mengenai tanggapan guru dan pelajar mengenai pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mendapati kesimpulan berikut:

(a) Guru dan pelajar bersetuju kebanyakan pengajaran dan pembelajaran guru adalah menarik.

(b) 85 peratus pelajar mengatakan pelajaran yang didedahkan guru mereka merupakan pengalaman yang menyeronokkan.

(c) Majoriti pelajar beipendapat pengalaman yang paling menyeronokkan ialah kerja lapangan.

Begitupun, 50 peratus responden mengatakan mereka tidak gemar aspek kemahiran geografi.

Razali (1991) dalam rumusan kajiannya mengatakan bahawa ramai guru tidak sanggup keluar daripada paradigma konservatisme dalam lapangan pengajaran dan pembelajaran takut kalau-kalau ia meninggalkan implikasi kepada diri sendiri dan juga kepada pelajar (Tajuddin 1997).

Abdul Jalil Ishak dalam tinjauan awalnya terhadap pelbagai kaedah dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru membabitkan 72 guru semua lapisan perguruan menengah seluruh tanah air mendapati sebahagian besar guru tidak menggunakan kaedah yang diminati pelajar. Rumusan perkaedahan dan kekerapan yang dijalankan adalah seperti yang berikut.

Page 9: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi / 89

Jadual 3: Kekerapan Guru Menggunakan Kepelbagaian Kaedah dan Sumber daiam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi

Kepelbagaian Kaedah/Sumber Kekerapan kaedah dijalankan (dim %) i.e selalu/setiap masa

Chalk-and-talk 69.5

Kaedah bercerita 44.5

Kaedah perbahasan 12.5

Perkongsian rakan sebaya 63.9

Penggunaan gambar 77.7

Slaid projektor/slaid filem 4.2

Bengkel motivasi 12.5

Pengesanan masalah 15.3

Kaedah pemulihan 70.8

Penyelesaian masalah 44.1

Pemikiran kreatif/futuristik 40.3

Menggunakan pengalaman pelajar 59.7

Kaedah mentor 44.1

Kaedah permainan 33.7

Percambahan fikiran 45.0

Satu pengajaran kolaboratif 15.3

Menggunakan buku bahasa Inggeris 23.6

Menggunakan buku bahasa Cina 1.4

Merujuk bahasa lain 1.8

Ciri-ciri pengajaran guru yang berkesan dapat digambarkan seperti yang berikut:

a. Guru mempunyai pengetahuan luas dalam pengetahuan.b. Guru berkemahiran dalam penyampaian isi pengajaran.c. Guru berketrampilan dalam aspek pengurusan bilik darjah.d. Guru merancang pelajaran lebih awal dengan sikap futuristik dan proaktif

(having eyes at the back o f the head).e. Mengajar mengikut momentum sesuai lancar dan bersikap “with-it-ness”f. Memberi ganjaran dan/atau hukuman mengikut keadaan.g. Mementingkan persekitaran bekerja dalam suasana mesra, tidak

menakutkan.

Page 10: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

90 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

h. Perkembangan profesionalisme berasas pengalaman dan refleksi yang sesuai.

i. Mendapat kerjasama daripada sistem secara total (Shuell, 1988; kagan, 1988; Leinhardt & Greeno, 1986; Swanson, O Connor & Cooney, 1990).

Metodologi kajian

Kajian tinjauan dijalankan terhadap 174 pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Daerah Gombak membabitkan sebanyak 15 sekolah menggunakan soal selidik. Soalan kebanyakannya dirangka berdasarkan pemyataan 5 skala Likert, iaitu

1. S angat tidak bersetuj u2. Tidak bersetuju3. Tiada komen4. Bersetuju5. Sangat tidak bersetuju

Selain meminta pelajar memilih 10 mata pelajaran digemari, pelajar juga diminta memberikan pandangan mereka sama ada bersetuju meletakkan geografi sebagai pelajaran teras dalam SPM serta memberikan tanggapan mereka terhadap kurikulum geografi secara umum.

Soal selidik berkisar pada aspek demografi, gred geografi pada tahun akhir Tingkatan 1, 2 dan 3; perspektif guru geografi; persekitaran pembelajaran; sahsiah guru geografi; kaedah pengajaran guru dan keberkesanannya; penggunaan alat bantu mengajar/sumber; dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran geografi itu secara umum.

Kerangka Teori

Kajian ini berasaskan Teori Atribut (Weiner, 1980b) yang mempostulasikan andaian bahawa (a) pelajar bermotivasi untuk mengetahui tingkah laku sendiri(b)kejayaan atau kegagalan seseorang itu dipengaruhi atribut kausal (c) kejayaan dan (d) kegagalan pelajar mempengaruhi sikapnya. Andaian ini juga mengatakan atribut kausal bergantung kepada kebolehan pelajar, kesungguhan, tahap kesukaran pelajaran, nasib, rakan sebaya, pengaruh ibu bapa, guru, unsur dalaman dan luaran, termasuk buku teks, sukatan pelajaran dan kerjaya masa depan.

Page 11: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi / 91

Rajah 1: Model Atribut Kausal (Disesuaikan)

Kerangka Teori disesuaikan daripada ‘Attributional M odel o f M otivation’Oleh Weiner, 1980,

Soalan K a jia n

Terdapat lebih 20 soalan kajian utama berkaitan kajian ini, antaranya termasuk:

1. Gambaran gred diperoleh pelajar peringkat menengah rendah.2. Persoalan di sekitar guru, iaitu mencakupi personaliti dan sahsiah,

penggunaan alat bantu mengajar, penggunaan komputer, pemikiran futuristik dan menjemput orang luar berceramah di kelas.

3. Persekitaran keluarga dan prasarana tempat tinggal pelajar sama ada membantu meningkatkan minat mereka.

4. Kaitan antara geografi dengan kehidupan sehari-hari.5. Adakah geografi perlu dijadikan mata pelajaran wajib pada peringkat

SPM.6. Adakah kekangan sukatan pelajaran.

Page 12: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

92 /M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Nilai ekonomi bagi geografi, adakah teks sesuai, kaitannya dengan pembangunan negara.

8. Jika diberi pilihan adakah mereka akan memilih geografi.9. Senarai 10 mata pelajaran daripada 32 yang diberi.10. Soalan mengenai motivasi dan aspek pengajaran dan pemelajaran secara

terperinci.

Reka Bentuk dan Populasi Kajian

Kajian ini djalankan secara post de facto melibatkan 174 pelajar yang dipilih secara rawak daripada 21 sekolah menengah kebangsaan di seluruh daerah Gombak, Selangor.

Instrumen Kajian

Kajian menggunakan soal selidik ditujukan kepada pelajar dua kumpulan iaitu (a) yang mengambil geografi (daripada aliran sastera) dan (b) pelajar tidak ambil geografi (dari aliran sains). Seramai 30 pelajar dari Sekolah Menengah Agama yang tidak mengambil geografi juga dimasukkan ke dalam senarai.

Pengumpulan data

Soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat serta data sekunder pula merupakan gred keputusan peperiksaan geografi. Temu bual terhadap pelajar secara rawak dilakukan tetapi tidak digunakan dalam penganalisisan ini. Begitu juga perbualan dengan guru dan Pengetua dilakukan bagi mendapatkan gambaran sepintas lalu tetapi tidak didokumentasikan.

Markah geografi Tingkatan 1, 2, dan 3 diambil dengan bantuan sekolah bagi mengetahui gred pelajar untuk menguji sama ada atribut ini mempengaruhi kecenderungan pelajar mengambil geografi.

Dapatan Kajian

Analisis kajian dan ringkasan dapatan adalah seperti yang berikut:

Page 13: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi / 93

Jadual 4: Bangsa Responden

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Melayu 141 81.0 81.0 81.0

Cina 17 9.8 9.8 90.8

India 9 5.2 5.2 96.0

Lain-lain 7 4.0 4.0 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Daripada 174 responden, pelajar Melayu mewakili 84.3 peratus, Cina 7.8%, India 4.3% dan lain-lain 3.5% dengan pelajar lelaki mewakili 39.1% dan perempuan 60.9%. Seramai 81 pelajar atau 35.2% mengambil geografi Tingkatan 4 manakala selebihnya tidak mengambil geografi.

Mengenai keputusan peperiksaan PMR lepas, 17.0% mendapat A; 40.9% B; - 22.6% mendapat C dan kurang daripada 1% gagal.

Jadual 5: Keputusan Peperiksaan PMR Yang Lalu

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

A 37 21.3 21.3 21.3

B 79 45.4 45.4 66.7

C 43 24.7 24.7 91.4

D 13 7.5 7.5 98.9

99.00 2 1.1 1.1 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Mengenai pengajaran guru, 90 peratus pelajar mengatakan sama ada bersetuju atau sangat setuju bahawa penerangan guru geografi adalah jelas, seperti Jadual yang berikut:

Jadual 6: Guru Menerangkan Isi Pelajar Dengan Jelas

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 1 .6 .6 .6

Tidak bersetuju 4 2.3 2.3 2.9

Tiada komen 28 16.1 16.1 19.0

Bersetuju 74 42.5 42.5 61.5

Sangat bersetuju 67 38.5 38.5 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Page 14: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

94 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual berikut pula adalah mengenai Alat Bantu Mengajar guru:

Jadual 7: Guru Menggunakan Pelbagai Alat Bantu Mengajar

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Tidak bersetuju 6 3.4 3.4 3.4

Tiada komen 54 31.0 31.0 34.5

Bersetuju 72 41.4 41.4 75.9

Sangat bersetuju 42 24.1 24.1 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 8: Kajian Di Tempat Sendiri Dijalankan

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 16 9.2 9.2 9.2

Tidak bersetuju 15 8.6 8.6 17.8

Tiada komen 72 41.4 41.4 59.2

Bersetuju 54 31.0 31.0 90.2

Sangat bersetuju 16 9.2 9.2 99.4

99.00 1 .6 .6 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 9: Keadaan/Suasana Di Rumah Mendorong Saya Dalam Pembelajaran Geografi

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 7 4.0 4.0 4.0

Tidak bersetuju 25 . 14.4 14.4 18.4

Tiada komen 74 42.5 42.5 60.9

Bersetuju 53 30.5 30.5 91.4

Sangat bersetuju 14 8.0 8.0 99.4

99.00 1 .6 .6 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 10: Pengajaran Guru Menyeronokkan

Frekuensi- Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 3 1.7 1.7 1.7

Tidak bersetuju 7 4.0 4.0 5.7

Tiada komen 45 25.9 25.9 31.6

Bersetuju 69 39.7 39.7 71.3

Sangat bersetuju 48 27.6 27.6 98.9

99.00 2 1.1 1.1 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Page 15: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi / 95

Jadual 11: Guru Menggalakkan Pelajar Berfikir Ke Arah Masa Depan

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 7 4.0 4.0 4.0

Tidak bersetuju 5 2.9 2.9 6.9Tiada komen 32 18.4 18.4 25.3Bersetuju 80 46.0 46.0 71.3Sangat bersetuju 49 28.2 28.2 99.4

99.00 1 .6 .6 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 12: Guru Mengajar Menggunakan Komputer

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 17 9.8 9.8 9.8Tidak bersetuju 21 12.1 12.1 21.8Tiada komen 44 25.3 25.3 47.1Bersetuju 44 25.3 25.3 72.4Sangat bersetuju 47 27.0 27.0 99.499.00 1 . .6 .6 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 13: Kekerapan Cara Mengajar: Penceramah Jemputan

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat jarang 56 32.2 32.2 32.2Jarang 31 17.8 17.8 50.0Tiada komen 41 23.6 23.6 73.6Seialu 23 13,2 13.2 86.8

Sangat seialu 13 7.5 7.5 94.3

35.00 1 .6 .6 94.8

99.00 8 4.6 4.6 99.4

399.00 1 .6 .6 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 14: Jurutera

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 19 10.9 10.9 10.9Tidak bersetuju 17 9.8 9.8 20.7Tiada komen 42 24.1 24.1 44.8Bersetuju 47 27.0 27.0 71.8Sangat bersetuju 42 24.1 24.1 96.099.00 7 4.0 4.0 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Page 16: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

96 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 15: Geografi Patut Dijadikan Mata Pelajaran Wajib Dalam SPM

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 32 18.4 18.4 18.4Tidak bersetuju 28 16.1 16.1 34.5Tiada komen 51 29.3 29.3 63.8Bersetuju 37 21.3 21.3 85.1Sangat bersetuju 24 13.8 13.8 98.999.00 2 1.1 1.1 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual l6: Saya Suka Mata Pelajaran Geografi

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 39 22.4 22.4 22.4Tidak bersetuju 20 11.5 11.5 33.9Tiada komen 46 26.4 26.4 60.3Bersetuju 47 27.0 27.0 87.4Sangat bersetuju 20 11.5 11.5 98.999.00 2 1.1 1.1 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 17: Geografi Menolong Meningkatkan Gred Saya Dalam Peperiksaan

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 30 17.2 17.2 17.2Tidak bersetuju 20 11.5 11.5 28.7

Tiada komen 72 41.4 41.4 70.1Bersetuju 43 24.7 24.7 94.8Sangat bersetuju 6 3.4 3.4 98.3

99.00 3 1.7 1.7 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 18: Terdapat Nilai Ekonomi Dalam Mata Pelajaran Geografi

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 30 17.2 17.2 17.2Tidak bersetuju 17 9.8 9.8 27.0

Tiada komen 76 43.7 43.7 70.7

Bersetuju 38 21.8 21.8 92.5

Sangat bersetuju 9 5.2 5.2 97.7

99.00 4 2.3 2.3 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Page 17: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih G eografi/ 97

Jadual 19: Buku Teks Geografi Menarik

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 33 19.0 19.0 19.0Tidak bersetuju 24 13.8 13.8 32.8Tiada komen 70 40.2 40.2 73.0Bersetuju 35 20.1 20.1 93.1Sangat bersetuju 8 4.6 4.6 97.799.00 4 2.3 2.3 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 20: Goegrafi Mempunyai Kaitan Dengan Hidup Saya

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 33 19.0 19.0 19.0Tidak bersetuju 22 12.6 12.6 31.6 ,

Tiada komen 60 34.5 34.5 66.1Bersetuju 43 24.7 24.7 90.8Sangat bersetuju 12 6.9 6.9 97.79.00 1 .6 .6 98.399.00 3 1.7 1.7 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 21: Goegrafi Rapat Dengan Pembangunan Negara

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Sangat tidak bersetuju 36 20.7 20.7 20.7

Tidak bersetuju 34 19.5 19.5 40.2

Tiada komen 37 21.3 21.3 61.5

Bersetuju 42 24.1 24.1 85.6Sangat bersetuju 19 10.9 10.9 96.6

9.00 1 .6 .6 97.1

99.00 5 2.9 2.9 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Jadual 22: .Tika Diberi Pilihan, Saya Akan...

Frekuensi Peratus Peratus Sebenar Peratus Kumulatif

Mengambil Geografi 76 43.7 43.7 43.7

b 94 54.0 54.0 97.7

99.00 4 2.3 2.3 100.0

Jumlah 174 100.0 100.0

Page 18: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

98 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Akhirnya responden diminta memilih 10 mata pelajaran yang diminati daripada semua senarai yang dicatatkan.

Subjek % Tiga Subjek Teratas Paling Diminati

% Sepuluh Subjek Teratas Diminati

Bahasa Malaysia 80.5 83.3

Bahasa Inggeris 62.6 83.3

Muzik 45.4 69.0

Sejarah 32.2 62.5

Geografi 23.0 46.0

Ekonomi 15.5 51,7

Perakaunan 13.8 49.4

Pendidikan alam Sekitar 11.5 51.3

Kemahiran Hidup 8.8 47.3

Seni Lukis 5.2 37.9

Sains Pertanian 4.6 35.1

Kesusasteraan Melayu 2.3 26.2

Kesusasteraan Inggeris 4.0 27.8

Kesusasteraan Tamil 2.8 13.2

Kesusasteraan Cina . 2.9 11.5

Pengetahuan Agama Kristian 4.0 6.3

Pengetahuan Agama Hindu 5.1 9.8

Pengetahuan Agama Buddha 3.4 7.5

Pengetahuan Agama Sikh 6.9 7.8

Kimia 6.3 28.7

Fizik 8.5 36.8

Biologi 8.0 43.1

Pertanian 14.4 54

Matematik Tambahan 6.8 47.7

Lukisan Kejuruteraan 2.3 29.9

Pelajaran Teknikal 4.5 23.6

Bahasa Cina 4.0 13.8

Bahasa Tamil 2.3 9.3

Sains Rumah Tangga 2.3 7.8

Page 19: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan Pelajar Memilih Geografi / 99

Rumusan dan Cadangan

Berdasarkan kajian yang dijalankan adalah dicadangkan perkara yang berikut:

1. Para guru mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran mereka dengan kepelbagaian kaedah, teknik, pendekatan dan strategi bagi memenuhi pelajar dari beraneka latar belakang dan pengalaman.

2. Memperbanyakkan kajian dan pemerhatian ke arah menjadikan pengajaran dan pembelajaran guru lebih menarik dan mencabar.

3. Mengatur strategi dalam kurikulum geografi supaya menjadi lebih menarik dan berfaedah kepada pelajar dalam kehidupan mereka sehari-hari.

4. Kembalikan status geografi sebagai mata pelajaran teras kebaikan masa depan negara.

Rujukan

Bill Macmillan ed., 1989. Remodelling geography. Oxford: Basil Blackwell Ltd.

Freeman, T. W.,1980. A history o f modern British geography. London: Longman Group limited.

Bowen, E. G. (ed.), 1995. Wales: a physical, historical and regional geography. London: Methuen.

Unstead J. F., 1933. A system o f regional geography. Geography 18, pp 175-87.

Akin Mabogunje, 1997. The state o f the earth: contemporary geographic perspectives. Oxford: Blackwell Publishers Ltd.

Johnston, R. J. (ed.), 1993. The challenge for geography. A Changing world: a changing discipline. Oxford; Blackwell Publishers Ltd.

E. H. Brown (ed.), 1980. Geography yesterday and tomorrow. London: Oxford University Press.

Tajudin Mohd Yunos, 1997. Kajian terhadap sikap gum dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan kaedah kajian luar. Tesis Sarjana. UKM

Saul Israel, Douglas L Johnson dan Denis Wood, 1980. World Geography Today. Teacher’s Annotated Edition. New York: Holt, Rinehart and Wubston Publishers.

Rhoads Murphey (ed.), 1982. The scope o f geography. Edisi ketiga. New York: Methuen & Co Ltd.

Page 20: Kajian Kebarangkalian Kausal terhadap Kecenderungan ... · PDF fileMata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 dalam KBSM: ... Satu kajian yang dijalankan oleh Roger Lee mengenai pemilihan

100 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Farmer, B. H., 1973. Geography, area studies and the study o f area. Trans. Inst Brit Geog. 60: 1-15.

Olssan, G. and Gale S., 1979. Philosophy in Geography. London.

Richard Peet, 1998. Modern geographical thought. Oxford: Blackwell Publishers Inc. (G.70.P375)

Johnston R. J. (ed.), 1985. The future o f geography. London: Methuen & Co. Ltd.

Johnson R. J., 1991. Geography and geographers. Edisi ke empat. London: Edward Arnold.

Taylor P. J., 1991. Geopolitical transition. London: Belhaven Press.

Taylor P. J. (ed.), 1991. A World in crisis? Geographical perspectives Edisi kedua.