kajian geografi tempatan

21
SEKOLAH MENEGAH SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA MENGKAJI KOMPOSISI PENDUDUK DI TAMAN SAUJANA SEKSYEN 2 DENGAN KAITAN JENIS PEKERJAAN NAMA PELAJAR : MUHAMMAD FADHIL HELMI BIN MOHAMMAD ISHAK KELAS : 2 OMEGA GURU PENILAI : PN.NOR HASBEE BIN MD NOR KAJIAN TEMPATAN Tingkatan 2 2009

Upload: rasasayang

Post on 12-Jun-2015

2.309 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nie format latestkorang leh download.thank you!

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Geografi Tempatan

SEKOLAH MENEGAH SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA

MENGKAJI KOMPOSISI PENDUDUK DI TAMAN SAUJANA SEKSYEN 2 DENGAN KAITAN JENIS PEKERJAAN

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD FADHIL HELMI BIN MOHAMMAD ISHAK

KELAS: 2 OMEGA

GURU PENILAI : PN.NOR HASBEE BIN MD NOR

Kandungan

KAJIAN TEMPATAN

Tingkatan 2 2009

Page 2: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

Bil. Tajuk Muka Surat1 Penghargaan 22 Pendahuluan 33 Objektif kajian 44 Kawasan kajian 55 Kaedah kajian 66 Hasil kajian 77 Rumusan 88 Graf 99 Tafsiran graf 1410 Borang Responden 15

Page 2

Page 3: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan NorHasbee kerana sudi memberi bimbingan dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan ini. Seterusnya , ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk menjalankan kajian ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada Penduduk Taman Saujana Seksyen 2 saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bekerjasama untuk menjadi responden saya dalam kerja kursus ini.

Page 3

Page 4: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Geografi, murid Tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi Tempatan. Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang di Tingkatan 2. Saya telah memilih kajian “Komposisi penduduk di Taman Saujana Seksyen 2,Bukit Katil serta kaitannya dengan jenis pekerjaan penduduk”. Masa yang diberi adalah dari bulan 4 hingga bulan 9 . Kerja kursus ini akan saya siapkan secepat mungkin dengan bantuan semua pihak.

Page 4

Page 5: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut :

Memerhatikan dan mengkaji komposisi penduduk di kawasan kajian

Mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian .

Nyatakan kaitan antara komposisi dengan jenis pekerjaan di kawasan kajian.

Page 5

Page 6: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

KAWASAN KAJIAN

Taman Saujana Seksyen 2 terletak di dalam kawasan Ayer Keroh,Melaka. Penempatan ini dahulunya adalah tapak perlombongan, tetapi kini telah dimajukan dan menjadi kawasan yang semakin rata dan padat dengan penempatan. Kawasan ini mengambil masa 15 minit untuk sampai ke pusat bandar Melaka jika tiada kesesakan lalu lintas. Kebanyakan rumah di sini jenis dua tingkat dan berhampiran dengan sekolah, kedai runcit , dan pelbagai lagi kemudahan lain. Kawasan ini juga berhampiran dengan Taman Saujana Indah dan Kampung Tun Razak. Saya menyediakan peta untuk panduan semua.

Page 6

Page 7: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan keadah kajian yang berikut:

1.PEMERHATIAN : Saya membuat pemerhatian terhadap

pemerhatian terhadap taburan dan

kompesisi penduduk di Taman Saujana Seksyen 2.

Page 7

Page 8: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

2.TEMU BUAL : Saya mengumpul maklumat tentang

Taman Saujana Seksyen 2 daripada penduduk tempatan secara lisan dengan menemu bual 20 orang penduduk.

3. RUJUKAN : Dengan membuat rujukan di buku teks tingkatan 2

HASIL KAJIAN

Taman Saujana Seksyen 2 merupakan kawasan perumahan yang agak padat penduduknya. Penduduk disini berbilang kaum

Page 8

Page 9: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

iaitu Melayu, Cina, India. Antara 20 orang yang saya temubual 7 daripadanya adalah kaum Melayu , 9 kaum Cina dan 4 kaum India.Secara pemerhatian , saya mendapati taburan penduduk mengikut kaum sekata di seluruh kawasan ini.

Saya telah menemu bual 20 orang penduduk. Kesemuanya sudah bekerja ,4 daripadanya belum berumah tangga dan selebihnya sudah berumah tangga. Terdapat 7 orang yang mengusahakan perniagaannya sendiri, 4 daripadanya kakitangan kerajaan dan selebihnya swasta.

Kebanyakan penduduk yang di temu bual ini bekerja di Melaka dan kawasan berdekatan seperti MITC dan Duyung. Mereka ini sudah lama tinggal Taman Saujana Seksyen 2 iaitu diantara 7 hingga 15 tahun.

Page 9

Page 10: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

RUMUSAN

Penduduk di Taman Saujana Seksyen 2 terdiri daripada pelbagai kaum. Dari segi kaum, mejoritinya adalah Melayu dan Cina yang tinggal di kawasan ini. Mereka hidup aman dan damai . Mereka hidup berjiran dan saling hormat-menghormati. Kaum Cina juga adalah mejoriti bagi pekerjaan swasta dan perniagaan. Walau bagaimanapun kaum lain pun menjalankan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Pelbagai kemudahan iaitu kedai runcit, pasar, kedai buku , bengkel kereta dan pelbagai lagi.

Sebagai kesimpulannya, melalui kajian ini saya dapat mamahami komposisi dan jenis pekerjaan di Taman Saujana Seksyen 2 dengan lebih jelas lagi .Saya berbangga kerana dapat hidup di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dalam aman damai yang mencari rezeki untuk menyara keluarga yang tercinta.

Page 10

Page 11: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

GRAF KOMPOSISI PENDUDUK DI TAMAN SAUJANA SEKSYEN 2

Jenis pekerjaan di Taman Saujana Sek.2

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

swasta sendiri kerajaan

jenis pekerjaan

bilangan orang

Page 11

Page 12: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

peratusan penduduk mengikut kaum

Melayu

Cina

India

Page 12

Page 13: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

KAUM BILANGAN PERATUS SUDUT

MELAYU 7 35% 126

CINA 9

45% 162

INDIA 4 20% 72

Page 13

Page 14: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

PERNIAGAAN

KAUM SENDIRI

SWASTA

KERAJAAN JUMLAH

MELAYU 2 2 3 7

CINA 4 4 1 9

INDIA 1 3 0 4

JUMLAH 20

Page 14

Page 15: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

PEKERJAAN KEKERAPAN BILANGAN

KAKITANGANKERAJAAN

IIII4

SWASTA IIII II

7

SENDIRIIIII IIII

9

JUMLAH 20

\

Page 15

Page 16: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

TAFSIRAN GRAF

Mengikut graf ini, pekerjaan swasta adalah lebih tinggi dari pekerjaan lain kerana gajinya lebih tinggi dan mejoritinya adalah kaum Cina. Manakala pekarjaan sendiri pula adalah kedua banyak dari pekerjaan lain di Taman Sauajana Seksyen 2 kerana untuk membuat pekerjaan sendiri memerlukan modal yang besar dan mejoriti kaum disini yang berkerja sendiri adalah kaum Cina. Kakitangan kerajaan pula adalah pekerjaan yang paling sikit kerana ianya hanya dimejoriti oleh kaum Melayu. Akhir sekali, saya dapat melihat penduduk disini mejoritinya kaum Cina.

Page 16

Page 17: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

Borang Respondan

Nama : ______________________________________ ______________________________________

Alamat : ______________________________________ ______________________________________ ______________________________________ ______________________________________

Page 17

Page 18: Kajian Geografi Tempatan

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2

Kaum : ___ MelayuIndia ______ Cina

Jantina : ___ LelakiPerempuan ___

Status : ___ BujangBerkhawin ___

Pekerjaan : ___ KerajaanSwasta ______ Sendiri

Page 18