kaedah simulasi.docx

6
Pendahuluan. Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung. Diantara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang kaedah simulasi. Kaedah simulasi. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti 1 . Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah 2 . Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Jenis-jenis simulasi. Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini lah yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosiodrama dan main peranan. Sosiodrama. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru 3 . 1 Ang Huat Bin (2001), konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan pendidikan inklusif, hlm22. 2 Mok Soon Sang (2004), ilmu pendidikan untuk krusus perguruan lepasan ijazah, hlm348. 3 Mok Soon Sang (2004), ilmu pendidikan untuk krusus perguruan lepas ijazah, hlm348. 1

Upload: ericson-albert

Post on 11-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendahuluan.Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung.Diantara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang kaedah simulasi.Kaedah simulasi.Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti .Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah .Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.Jenis-jenis simulasi.Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini lah yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosiodrama dan main peranan.Sosiodrama.Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru .Main peranan.Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang sepontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di bayanngkan tadi dengan secara sepontan.Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah.Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-1- Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu.

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah simulasi.docx

Pendahuluan.

Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung.

Diantara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang kaedah simulasi.

Kaedah simulasi.

Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti1.

Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah2.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

Jenis-jenis simulasi.

Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini lah yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosiodrama dan main peranan.

Sosiodrama.

Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru3.

Main peranan.

Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang sepontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang

1 Ang Huat Bin (2001), konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan pendidikan inklusif, hlm22.2 Mok Soon Sang (2004), ilmu pendidikan untuk krusus perguruan lepasan ijazah, hlm348.3 Mok Soon Sang (2004), ilmu pendidikan untuk krusus perguruan lepas ijazah, hlm348.

1

Page 2: kaedah simulasi.docx

berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di bayanngkan tadi dengan secara sepontan.

Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah.

Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.

Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-

1- Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.

2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.

3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.

4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu.

5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.

6- Semasa sesi simulasi, [astikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu

7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran4.

Tujuan-tujuan simulasi.

4 Mok Soon Sang (2004), ilmu pendidikan untuk krusus perguruan lepas ijazah, hlm349-350.

2

Page 3: kaedah simulasi.docx

- Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.

- Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.

- Untuk membina sikap positif : memalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.

- Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

- Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya, untuk menjelaskan konsep ‘drmokrasi’ murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.

- Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan5.

Kelebihan simulasi.

Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.

Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan

membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan

kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif.

Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah.

Secaratidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.

Kelemahan simulasi. Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada

pengelaman berlakon.

Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan yang di lakukan oleh pelakon-pelakon.

5 Mok Soon Sang (2006), nota pengurusan pengajaran-pembelajaran, hlm57.

3

Page 4: kaedah simulasi.docx

Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengelaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon.

Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan6.

Perlaksanaan aktiviti simulasi.

Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.

Peringkat sebelum simulasi.

- Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai.

- Kemahiran. Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi fokus.- Penyerapan nilai. Guru menentukan jenis penilaian yang akan didunakan.- Penilaian. Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi.- Pengukiuhan dan pengayahan. Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan

pengayaan.- Alatan. Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan.

Peringkat perlaksanaan simulasi.

- Adakan set induksi untik menarik minat murid.- Bacakan arahan dengan jelas.- Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.- Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.- Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.- Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.- Murid yangh lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang

diadakan.- Diakhir simulasi penilaian dijalan kan.

Peringkat selepas simulasi.

- Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.- Menulis laporan tentang maslah itu.- Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.- Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan7.

Perlaksanaan sesi main peranan.

Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringtak sebelum sesi main peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan.

Peringkat sebelum main peranan.

- Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan.- Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.

6 Mok Soon Sang (2006), nota pengurusan pengajaran-pembelajaran, hlm59.7 Ee Ah Meng (1999), pedagogi 2 perlaksanaan pengajaran, hlm167-168.

4

Page 5: kaedah simulasi.docx

- Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan.- Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. Guru memberitahu aspek-

aspek yang perlu diberi perhatian.

Peringkat semasa sesi main peranan.

- Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas.- Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang

tertentu.

Peringkat selepas sesi main peranan.

- Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru) akan menenyakan kelas (murid-murid) tentang siapa yang paling aktif, siapa yang menjalankan main peranan dengan baik dan siapa pula yang pasif.

- Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan: Mrnganalisis kesan main peranan, Membaiki kelemahan jika ada, Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar, Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu

kemahiran. Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam

main peranan8.

Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.

- Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid.- Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.- Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.- Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.- Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag masalah yang ada.- Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka

membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan.- Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah dibuat.- Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada

kekurangan dan jika perlu.- Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon.- Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan9.

Kesimpulannya.

Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai agar dapat menaikan minat para pelajaar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.

Bibliografi.

Ang Huat Bin.2001. Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

8 Ee Ah Meng (1999), pedagogi 2 perlaksanaan pengajaran, hlm175-176.9 Ee Ah Meng (1999), pedagogi 2 perlaksanaan pengajaran, hlm180-181.

5

Page 6: kaedah simulasi.docx

Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus Perguruan Lepas Ijazah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

6