kaedah kawalan kehamilan

11
Kaedah Kawalan Kehamilan Isnin, Mac 03, 2014 Kesihatan, PBS, Sains Ting 3 3 commentsKaedah kawalan kehamilan atau juga dikenali sebagai pencegahan kehamilan adalah bertujuan bagi membolehkan pasangan yang telah berkahwin untuk merancang sama ada mahu mempunyai anak atau pun tidak. Pencegahan kehamilan ini juga membolehkan pasangan tersebut memilih bilangan anak dan waktu yang sesuai untuk mempunyai anak. Terdapat pelbagai jenis kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan. Tetapi ini juga bergantung kepada kepercayaan agama, latar belakang sosial dan juga pilihan pasangan tersebut. Kaedah yang dicadangkan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing- masing. Terdapat 6 kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan. 1) Kaedah Semula jadi Kaedah beritma atau kaedah masa selamat  Fungsi : mengelakkan persetubuhan berlaku semasa fasa subur dalam kitar haid 2) Kaedah Penghalang Kondom  Fungsi : Getah nipis yang menghalang sperma daripada memasuki faraj

Upload: fafazz

Post on 13-Oct-2015

145 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kaedah Kawalan KehamilanIsnin, Mac 03, 2014Kesihatan,PBS,Sains Ting 33 commentsKaedah kawalan kehamilan atau juga dikenali sebagai pencegahan kehamilan adalah bertujuan bagi membolehkanpasangan yang telah berkahwinuntuk merancang sama ada mahu mempunyai anak atau pun tidak. Pencegahan kehamilan ini juga membolehkan pasangan tersebut memilih bilangan anak dan waktu yang sesuai untuk mempunyai anak.

Terdapat pelbagai jenis kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan. Tetapi ini juga bergantung kepada kepercayaan agama, latar belakang sosial dan juga pilihan pasangan tersebut. Kaedah yang dicadangkan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Terdapat 6 kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan.

1) Kaedah Semula jadiKaedah beritma atau kaedah masa selamatFungsi : mengelakkan persetubuhan berlaku semasa fasa subur dalamkitar haid

2) Kaedah PenghalangKondomFungsi : Getah nipis yang menghalang sperma daripada memasuki faraj

DiafragmaFungsi : Bulatan berbentuk spring yang dipasang pada pintu masuk uterus. Sperma dihalang daripada memasukiserviks.

3) Kaedah MekanikalAlat Kontraseptif dalam Rahim (IUCD)Fungsi : Menghalangpenempelan embriopada dinding uterus

4) Kaedah HormonPil Cegah KehamilanFungsi : Mengandungi hormon seks perempuan yang menghalang berlakunyapengovulan

5) Kaedah KimiaSpermisidFungsi : Bahan kimia dalam bentuk jel, pil, buih, krim yang membunuh sperma

6) Kaedah PembedahanVasektomiFungsi : pembedahan kecil padaduktus spermayang dipotong dan diikat. Sperma dari testis tidak dapat sampai ke zakar

LigasiFungsi : Pembedahan kecil pada tiub falopio yang dipotong dan diikat. Sperma tidak dapat disenyawakan dengan ovum.

Perlu diketahui juga kaedah pencegahan kehamilan ini ada yang bersifat sementara dan ada juga yang bersifat kekal.

Kaedah pencegahan kehamilan sementaraialah kaedah yang membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka berhenti menggunakan kaedah-kaedah tersebut.

Kaedah pencegahan kehamilan kekalialah kaedah yangTIDAKmembenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka menggunakan kaedah ini.

Salah Guna Kawalan KehamilanSeperti yang dikongsikan sebelum ini6 kaedah kawalan kehamilanyang boleh dipraktiskan oleh pasangan yang sudah berkahwin, sudah pasti akan ada berlaku penyalahgunaan terhadap kaedah kawalan tersebut. Tiada kawalan yang tegas terhadap penjualan alat cegah hamil dan juga penjualan yang berleluasa, membolehkan golongan yang tidak sepatutnya mendapatkan bahan tersebut, boleh mendapatkannya dengan mudah.

Di sini saya kongsikan beberapa keburukan yang diakibatkan oleh salah guna kawalan kehamilan.

1. Merebaknya Gejala SosialOleh kerana mudahnya golongan remaja untuk mendapatkan alat cegah hamil ini, maka tidak mustahil ada yang mengambil kesempatan di atas perkara ini. Seks sebelum nikah dan bertukar-tukar pasangan boleh mengakibatkan keruntuhan masyarakat bermoral. Gejala sosial yang berleluasa juga boleh mendorong kepada perkara-perkara yang tidak bermoral lain seperti kes buang anak dan dera seksual.

2. Penyakit Seks Yang BerleluasaKaedah kawalan kehamilan yang digunakan kadang-kadang juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka ini boleh mendedahkan remaja kepada penyakit yang berkaitan dengan sistem seksual seperti siflis dan gonorhea.

3. Peningkatan Kadar JenayahPenggunaan alat cegah hamil bagi tujuan yang disalahgunakan juga boleh mengakibatkan peningkatan pada kadar jenayah. Kes buang bayi dan jenayah rogol boleh berlaku apabila bahan-bahan ini boleh didapati dengan mudah.

4. Kemandulan KekalBagi kebanyakan remaja yang ingin mencubakaedah kawalan kehamilanini, beberapa risiko terpaksa diambil seperti kemandulan kekal. Ini boleh berpunca daripada bahan kimia yang digunakan atau juga pil cegah hamil yang boleh menganggu hormon badan. Gangguan yang berlaku memungkinkan berlakunya kemandulan kekal kepada seseorang individu itu.

Seperti yang telah saya jelaskan berulangkali dalam artikel sebelum ini, penggunaankaedah kawalan kehamilanini hanyalah untuk pasangan yang sudah berkahwin. Penyalahgunaan kaedah ini boleh membawa kepada kemudaratan jangka masa pendek, dan jangka masa panjang.

Kebaikan dan Keburukan Kawalan Kehamilan Kepada MasyarakatKeperluan dan kemudahan yang berbeza bagi setiap pasangan yang telah berkahwin membolehkan sesuatu pasangan itu untuk melakukan perancangan bila masa yang sesuai untuk mendapatkan anak. Dengan pelbagai pilihan produk cegah kehamilan yang berada di pasaran, maka dengan mudah sekali sesiapa pun mendapatkannya, termasuklah juga mereka yang belum berkahwin. Justeru itu, terdapat impak yang berbeza bagi masyarakat terhadap kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan.

Kebaikan Kawalan Kehamilan1. Merancang keluarga sesuai dengan keperluanBagi keluarga yang belum bersedia untuk mempunyai keluarga yang besar, kerana kos perbelanjaan yang tinggi, maka kaedah kawalan kehamilan adalah sesuai untuk digunakan. Di zaman sekarang yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi, maka wajarlah bagi keluarga yang berpendapatan kecil untuk merancang isi bilangan keluarga yang sepadan. Ini juga bagi memastikan setiap ahli keluarga mendapat yang terbaik untuk segala keperluan mereka.

2. Boleh menyelamatkan nyawaDalam sesetengah keadaan, kaedah kawalan kehamilan berupaya menyelamatkan nyawa. Sebagai contoh seorang ibu yang mempunyai risiko kesihatan yang tinggi jika beliau mengandung, boleh memilih kaedah ini bagi mengelakkan daripada membahayakan nyawa. Bagi situasi ini, bakal ibu boleh mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum meneruskan niat untuk menjadi seorang ibu.

Keburukan Kawalan Kehamilan1. Menghadkan bilangan anakSalah satu keburukan kawalan kehamilan adalah dapat menghadkan bilangan anak dan sekaligus mengecilkan bilangan ahli keluarga. Ini boleh mengakibatkan kurangnya kemesraan dalam kalangan ahli keluarga yang lain. Apa pun, semuanya bergantung kepada didikan dalam sesebuah keluarga itu.

2. Menyebabkan kemandulanKaedah kawalan kehamilan yang digunakan dengan cara yang tidak betul juga boleh menyebabkan berlakunya kes kemandulan kekal. Dos yang berlebihan dan cara guna yang salah boleh menjadi antara faktor penyumbang untuk kes sebegini. Pengambilan pil cegah hamil juga berupaya untuk mengubah aturan sistem hormon dalam tubuh yang akhirnya akan menyebabkan sistem hormon terganggu.

3. Mengurangkan populasi negaraKawalan kehamilan juga mampu mengurangkan populasi negara. Ini kerana setiap keluarga hanya mempunyai bilangan ahli keluarga yang kecil. Bilangan ahli keluarga yang kecil ini sudah tentu tidak banyak membantu dalam meningkatkan populasi negara. Malah beberapa negara yang mengamalkan kawalan kehamilan terhadap rakyatnya kini terpaksa berdepan dengan masalah lain pula iaitu, bilangan penduduk yang berkurangan.

Ternyata kawalan kehamilan ini mempunyai kebaikan dan keburukan terhadap masyarakat. Namun jika kita jelas dengan tujuan dan pilihan kita, InshaAllah kaedah yang digunakan akan memberi impak positif kepada diri dan masyarakat.

Kepentingan Penyelidikan Pembiakan ManusiaKeperluan penyelidikan yang dijalankan bagi mengkaji perkara yang berkaitan dengan pembiakan manusia adalah sangat diperlukan. Kajian ini tak lebih tak bukan adalah bertujuan bagi membaiki kualiti hidup manusia dan membantu menangani masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan manusia.

1. Memahami Sistem Pembiakan ManusiaAntara tujuan utama penyelidikan yang berkaitan dengan pembiakan manusia adalah bagi memahami sistem pembiakan manusia dan cara operasinya. Maka dengan pemahaman terhadap sistem ini maka manusia dapat mengoptimumkannya dalam membantu mereka di luar sana yang memerlukan.

2. Membantu Golongan Yang BermasalahPenyelidikan dan kajian yang dijalankan juga mampu membantu mereka yang bermasalah dengan sistem pembiakan. Gejala seperti kemandulan yang diakibatkan oleh ketumbuhan dan kecacatan yang mungkin boleh dirawat dan dibetulkan semula.

3. Merawat Penyakit SeksPenyalahgunaan kaedah kawalan pembiakan juga boleh mendorong kepada penularan penyakit seks seperti siflis dan gonorhea. Justeru itu kajian seperti ini boleh membantu mengekang daripada terus merebaknya penyakit ini. Setidak-tidaknya, kajian yang dilakukan mampu merawat penyakit-penyakit tersebut.