kaedah kajian

3
KAEDAH KAJIAN ` Semasa saya menjalankan kerja kursus Sejarah yang telah diamanahkan oleh guru mata pelajaran Sejarah saya, Puan Tamil Selvi A/P Supramani, saya telah menggunakan tiga kaedah untuk mengumpulkan maklumat dan sejarah tentang pahlawan negeri Pahang, iaitu Dato’ Bahaman. Antara kaedah yang saya gunakan ialah penyelidikan perpustakaan, temu ramah dan lawatan pemerhatian. Kaedah pertama yang saya gunakan ialah penyelidikan perpustakaan. Saya telah menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan untuk menyiapkan dan menyempurnakan kerja kursus Sejarah saya. Saya telah melayari Internet untuk mendapatkan maklumat seperti latar belakang, peristiwa penentangan, faktor-faktor penentangan dan kesan-kesan penentangan Dato’ Bahaman. Laman web yang saya layari ialah www.sejarahmalaysia.pnm.my. Segala maklumat yang terpapar pada laman web sangat berguna dan relevan dengan tajuk kajian saya. Selain itu, saya juga telah membuat rujukan di Perpustakaan Negara Malaysia yang terletak berdekatan dengan sekolah saya. Saya melawat ke sana dengan beberapa orang rakan saya yang juga menjalankan tajuk kajian yang sama dengan saya. Kami telah melawat ke Perpustakaan Negara

Upload: yuriwa

Post on 23-Jun-2015

1.693 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

` Semasa saya menjalankan kerja kursus Sejarah yang telah diamanahkan oleh guru

mata pelajaran Sejarah saya, Puan Tamil Selvi A/P Supramani, saya telah menggunakan

tiga kaedah untuk mengumpulkan maklumat dan sejarah tentang pahlawan negeri

Pahang, iaitu Dato’ Bahaman. Antara kaedah yang saya gunakan ialah penyelidikan

perpustakaan, temu ramah dan lawatan pemerhatian.

Kaedah pertama yang saya gunakan ialah penyelidikan perpustakaan. Saya telah

menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan untuk menyiapkan dan

menyempurnakan kerja kursus Sejarah saya. Saya telah melayari Internet untuk

mendapatkan maklumat seperti latar belakang, peristiwa penentangan, faktor-faktor

penentangan dan kesan-kesan penentangan Dato’ Bahaman. Laman web yang saya layari

ialah www.sejarahmalaysia.pnm.my. Segala maklumat yang terpapar pada laman web

sangat berguna dan relevan dengan tajuk kajian saya.

Selain itu, saya juga telah membuat rujukan di Perpustakaan Negara Malaysia

yang terletak berdekatan dengan sekolah saya. Saya melawat ke sana dengan beberapa

orang rakan saya yang juga menjalankan tajuk kajian yang sama dengan saya. Kami telah

melawat ke Perpustakaan Negara Malaysia selama tiga minggu untuk memperoleh

maklumat yang secukupnya tentang pahlawan negeri Pahang, Dato Bahaman. Walaupun

kami telah mengorbankan masa di perpustakaan tersebut untuk mencari buku ilmiah dan

akhbar mengenai Dato’ Bahaman, tetapi saya berasa pencarian kami sungguh berjaya

kerana kami mendapat banyak maklumat.

Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah temu ramah untuk

mengumpulkan maklumat tentang Dato’ Bahaman. Saya telah menemu ramah ibu saya,

Choong Li Li untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya tentang Dato’Bahaman.

Semasa menemu ramah ibu saya, saya telah mencatat segala peristiwa-peristiwa penting

dalam sebuah buku nota yang kecil untuk dijadikan sebagai maklumat tambahan.

Page 2: KAEDAH KAJIAN

Di samping itu, saya juga telah menggunakan kaedah lawatan dan pemerhatian

untuk menyempurnakan kerja kursus Sejarah saya. Saya telah melawat ke Semantan,

sebuah daerah yang kecil di Pahang dan bertanya kepada orang yang menetap di kawasan

tersebut tentang Dato’ Bahaman. Mereka telah menceritakan kepada saya mengenai

bagaimana penjajah Inggeris bertapak di Pahang dan menempatkan Residen British di

Pahang serta menceritakan serba sedikit tentang usaha Dato’ Bahaman untuk

menyelamatkan Pahang daripada jatuh ke tangan orang Inggeris.