kadar bayaran dokumen tender

Upload: abd-matiin-ong

Post on 17-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Kadar Bayaran Dokumen Tender

    1/4

    SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 16 TAHUN 1982

    Kepada:

    Semua Ketua Setiausaha Kementerian,

    Semua Ketua Jabatan Persekutuan,

    Semua Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri,

    Semua Ketua Badan Berkanun,

    Tuan,

    KADAR BAYARAN KE ATAS DOKUMEN TENDER BAGI KONTRAK

    KERJA/BEKALAN YANG DIKELUARKAN OLEH SEMUA

    KEMENTERIAN/JABATAN/BADAN BERKANUN

    1. Pendahuluan

    1.1 Perhatian semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun adalah ditarik kepada

    soal penetapan harga ke atas dokumen tender yang dikeluarkan bagi kontrak-

    kontrak Kerajaan. Adalah didapati sehingga sekarang Kementerian/Jabatan/Badan

    Berkanun menetapkan kadar bayaran yang berbeza mengikut budibicara masing-

    masing.

    1.2 Kementerian Kewangan telah mengkaji masalah ini dan mengambil keputusan

    bagi menetapkan kadar bayaran dokumen tender yang seragam untuk kegunaan

  • 7/23/2019 Kadar Bayaran Dokumen Tender

    2/4

    semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun. Dengan ini Surat Pekeliling

    Perbendaharaan ini dikeluarkan bagi menjelaskan peraturan tersebut.

    2. Kadar Bayaran Dokumen Tender

    2.1 Bagi menentukan harga satu (1) set dokumen tender untuk kontrak-kontrak

    kerja dan bekalan, pengiraan hendaklah dibuat seperti di bawah:

    2.1.1 Kontrak Tempatan

    2.1.1.1 Harga semuka penentuan/senarai bahan yang menggunakan kertas jenis

    A4 ialah $0.20.

    2.1.1.2 Harga bagi sesalinan lukisan ialah:

    Jenis Kertas Harga

    (a) A3 ... ... ... ... ... ... ... ... $0.50

    (b) A2 ... ... ... ... ... ... ... ... 1.00

    (c) A1 ... ... ... ... ... ... ... ... 2.00

    (d) A ... ... ... ... ... ... ... ... 4.00

    Jumlah bayaran ini adalah tertakluk kepada minima $30.00 bagi tiap-tiap satu (1)

    set dokumen tender.

    2.1.2 Kontrak Antarabangsa

    2.1.2.1 Harga semuka penentuan/senarai bahan yang menggunakan kertas jenis

    A4 ialah $0.40.2.1.2.2 Harga bagi sesalinan lukisan ialah:

    Jenis Kertas Harga

    (a) A3 ... ... ... ... ... ... ... ... $1.00

  • 7/23/2019 Kadar Bayaran Dokumen Tender

    3/4

    (b) A2 ... ... ... ... ... ... ... ... 2.00

    (c) A1 ... ... ... ... ... ... ... ... 4.00

    (d) A ... ... ... ... ... ... ... ... 8.00

    Jumlah bayaran ini adalah tertakluk kepada minima $60.00 bagi tiap-tiap satu (1)

    set dokumen tender.

    2.2 Setiap set dokumen tender hendaklah lengkap dengan arahan kepada

    penender, penentuan/senarai bahan dan lukisan/pelan.

    2.3 Bagi kerja-kerja yang melibatkan tawaran keselamatan, maka "Security

    Drawing Deposit" sebanyak $500.00 akan dikenakan. Bayaran ini akan

    dikembalikan sekiranya set "Security Drawing" dikembalikan di dalam keadaan

    yang baik.

    3. Bentuk Bayaran

    3.1 Bayaran ke atas dokumen tender hendaklah dibuat dengan Cek

    Berpalang/Wang Kiriman Pos dan dibayar atas nama Ketua Setiausaha

    Kementerian/Ketua Jabatan/Ketua Badan Berkanun yang berkenaan.

    4. Tarikh Kuatkuasa

    4.1 Surat Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai daripada 1hb September, 1982.

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

  • 7/23/2019 Kadar Bayaran Dokumen Tender

    4/4

    Saya yang menurut perintah,

    (MOHD. HUSSAINI BIN ABDUL JAMIL)Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bekalan,

    b.p. Ketua Setiausaha,

    Kementerian Kewangan Malaysia

    s.k.

    Semua Pegawai Kewangan Negeri