kab awal membaca

23
Pengenalan Kaedah Abjad merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a hingga z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contoh: 1. Memperkenalkan huruf a hingga z 2. Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u 3. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal : ba, be, bi, bo, bu 4. Membentuk perkataan daripada suku kata : ba + tu = batu 5. Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah. Kekuatan kaedah ini adalah kerana ianya sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak- kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca. Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz

Upload: saratha-sankaran

Post on 22-Jul-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Pengenalan

Kaedah Abjad merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan

membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari

a hingga z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf

konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini.

Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh:

1. Memperkenalkan huruf a hingga z

2. Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u

3. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal : ba, be, bi, bo, bu

4. Membentuk perkataan daripada suku kata : ba + tu = batu

5. Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana ianya sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu

yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-

kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini

memberi asas yang kukuh dalam membaca.

Aa Bb Cc Dd Ee Ff

Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr

Ss Tt Uu Vv Ww Xx

Yy Zz

Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula

membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal

dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk

kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada

‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan.

Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang

mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini

juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad

iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu.

Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.

Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-

kanak belajar bahasa melalui ‘perkataan-perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya.

Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang

bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah

pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan

kaedah cerita (Isahak Harun, 1989).

Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas

membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah

kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum

(PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah

Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan

kelemahan yang boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas.

Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi murid-murid

ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Maka pemulihan khas

bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat ‘mengubati’ pelajar lambat ini (Chua

Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti.

2. Kaedah Gabungan Bunyi-kata (KGBK)

2.1. Latar belakang

Kaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak Harun yang

dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh

Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah

ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak murid di sekolah rendah,

terutama di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Rentetan itu kertas kerja tersebut

telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980.

Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum

baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981.

Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR)

Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah

ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu.

Selain itu juga, kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia

dengan menggunakan buku ‘Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca’ yang

diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004).

2.2. Asas Kaedah Gabungan Bunyi-Kata

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya

mengambil kira perkara-perkara berikut;

2.2.1: Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik . Hal ini menjelaskan

bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal

ini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru.

2.2.2: Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan

bahasa-bahasa lain.

2.2.3: Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu

yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitu

juga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai

perbendaharaan kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah.

Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa tidak sesuai digunakan kaedah yang

digunakan mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris untuk mengajar bahasa

pertama yang berbeza.

Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan

dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan adalah secara

‘developmental’, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan

memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Pendekatan gabungan dan susunan bahan

secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik, pendekatan seluruh

perkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini.

Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau

dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan

KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal

membaca. Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan

sistematik dan suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar

telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat

dengan kanak-kanak dan tidak mengelirukan.

2.3: Ciri-ciri

2.3.1: Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu

sebelum mereka boleh diajar membaca.

2.3.2: Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membaca

perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.

2.3.3: Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-

ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.

2.3.4: Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti

yang disarankan.

2.3.5: Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-

bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membaca

sendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-murid

sentiasa dekat dengan membaca.

3. Cara Mengajar Menggunakan KGBK

Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu

diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah

‘a i u’

dan susunan konsonan berikut;

b k c s t m n g l j h y f w q v z

Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut;

i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan

kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli.

ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan

menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan

bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.

iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata.

seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna;

ba bi bu

da di du

ka ki ku

da da - dada

ba ba - baba

bu bu - bubu

ku ku kuku

Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-

murid membacanya:

dada baba

bubu baba

kuku baba

iv. Perkenalkan gabungan lain;

a da ada

a ku aku

ku da kuda

bu ku buku

bu ka buka

suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas;

kemudian gantikan ‘baba’ dengan ‘aku’ dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat

berikut;

baba ada buku

baba ada kuda

baba ada bubu

baba buka buku

Gantikan ‘kuda’ dengan ‘buku’, ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.

kuda dia

kuda baba

kuda aku/ ku

v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.

i bu ibu

bu di budi

u da uda

budi ibu

budi ibuku

budi uda

da a dia

ka ki kaki

kaki dia

kaki ibun

kaki kuda

suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunaka berbagai-bagai perkataan yang dicipta;

vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang

telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan

membuat latih tubi.

vii. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti;

ibu buku buku uda

baba uda bubu

udaku ada kuda

dia kaki kuda

ng bising, datang, sayang

nga nganga, singa

sy, sya syarat , syarikat

gh (gha) nyanyi, nyaring, punya

Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah;

i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan

Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak

perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z).

ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung

kemudian.

iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf,

bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran.

iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis.

ibu buku buku uda

baba uda bubu

udaku ada kuda

dia kaki kuda

Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan.

v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu

tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan

dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahiran-kemahiran asas

untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara

berperingkat-peringkat.

vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan

kemahiran.

vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis

berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran

membaca.

4. Mengajar Menggunakan Kaedah KGBK Murid Pemulihan Khas di Sekolah

Menengah

Murid pemulihan khas sekolah menengah berbeza dengan kanak-kanak yang mula-mula

belajar membaca. Pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas telah berjaya

mengenalpasti perbezaan tersebut. Penulis telah menggunakan dua orang murid pemulihan

khas untuk mengajar membaca. Oleh itu, guru perlu menyedari bahawa murid-murid sekolah

menengah adalah berbeza daripada segi pendedahan kepada membaca.

Biasanya murid-murid di sekolah menengah telah belajar membaca dan semestinya terdedah

kepada kaedah-kaedah awal membaca yang lain. Antara yang dikenalpasti aspek yang telah

dikuasai oleh murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah adalah;

i. Sudah mengenal abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu ( a – z) sama ada semua atau

sebilangan sahaja.

ii. Sudah boleh menyebut nama-nama abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu.

iii. Sudah boleh menyebut bunyi abjad mudah dan biasa digunakan.

iv. Sudah boleh mengeja suku kata terbuka.

v. Sudah boleh membatang suku kata terbuka.

Didapati juga bahawa murid-murid yang tidak menguasai aspek-aspek di atas mempunyai

masalah yang lain seperti terencat akal atau masalah-masalah kecacatan lain.

Aspek- aspek yang perlu disedari untuk mengajar membaca menggunakan KGBK di sekolah

menengah adalah;

i. Murid akan mengeja suku kata atau perkataan yang dibaca dengan menyebut nama abjad.

Guru perlulah membiasakan murid menyebut bunyi huruf bukannya nama abjad. Namun begitu,

guru perlulah mengelakkan daripada terlalu banyak menegur murid dalam aspek ini dan lebih

utama murid menguasai kemahiran. Dengan itu, guru boleh membiarkan sahaja murid

membaca cara yang biasa kepada mereka.

ii. Murid akan terganggu dengan kaedah baru bagi mereka. Oleh itu, perlulah guru banyak

menggunakan latih tubi untuk membiasakan mereka.

iii. Murid inginkan aktiviti menulis. Oleh itu, menulis boleh dijalankan untuk tujuan sebagai

pengukuhan.

iv. Guru membantu membentuk perbendaharaan kata murid-murid kerana biasanya murid-

murid pemulihan khas mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah menjalankan ujian diagnostik

yang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar murid. Ujian diagnostik kaedah ini

telah dibina oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak yang dibahagikan kepada 12 tahap. Tahap-tahap ini

dibahagikan kepada tahap-tahap berdasarkan kepada penguasaan mengenal huruf, suku kata,

perkataan dan frasa (rujuk lampiran A). Biasanya murid di sekolah menengah sudah menguasai

beberapa tahap membaca. Setelah dikenalpasti tahap pencapaian barulah pengajaran sebenar

dapat dlakukan.

5. Dapatan

5.1: Kekuatan

Penulis memilih KGBK kerana keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat

membantu murid-murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. Antara

kekuatan dan keistimewaan kaedah ini adalah;

i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas.

ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad.

iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan guru

mengajar dan murid belajar.

iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan

dan frasa dalam satu pelajaran.

v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang.

vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk dibina. Bahan

Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam.

vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan.

viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid.

ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita.

x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini.

xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah boleh menguasai kemahiran membaca

dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa.

5.2: Kelemahan

i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan

berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa

bermula semula.

ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad.

iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran.

iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar.

v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan

daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan dan

memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan

bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang cukup.

5.3: Dapatan-dapatan lain

i. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat

membaca frasa.

ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding secara

kumpulan atau kelas.

iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid-murid yang

telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang.

iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan.

v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatan

murid-murid.

Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun

guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu.

Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-

perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan

pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru

akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang

menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah

diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak

menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak

menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan

satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi

perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf

”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

Kaedah Fonik/bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.

Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.

Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada

suku kata yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan

diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.

Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan

begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus

disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

Kaedah gabungan bunyi – kata( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid

diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan

nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan

seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan

pelbagai deria (multisensory).

Contoh;

Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah

belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.

Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.

Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.

[ b ] + [ a ] = [ ba ]

[ t ] + [ a ] = [ ta ]

[ ba ] + [ta ] = [ bata ]

Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.

Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil

menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan

seterusnya murid menulis huruf-huruf.

Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan

huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).

Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf

Itu.

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh

teruskan dengan latih/tubi berikut;

Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat

(proses bacaan).

Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut

nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).

Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih

dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat

diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.

Teori Membaca Teori membaca terbahagi kepada enam teori iaitu:

1. MEMBACA NYARING (oral reading )

Membaca nyaring adalah proses melisankan dengan menggunakan suara, intonasi,

tekanan secara tepat , serta pemahaman makna bacaan oleh pembaca. Membaca

nyaring memiliki beberapa aspek iaitu:

Membaca dengan pikiran dan perasaan pengarang

Memerlukan keterampilan menafsirkan lambang-lambang grafis.

Memerlukan kecepatan pandangan mata

Memerlukan keterampilan membaca , terutama mengelompokkan kata secara tepat.

Memerlukan pemahaman makna secara tepat.

Manfaat membaca nyaring antara lain ialah:

1) Boleh memperoleh kesenangan dan memupuk keyakinan atau percaya diri.

2) Boleh menanamkan disiplin diri

3) Boleh berimaginasi apabila dilakukan dalam membaca fiksi.

4) Boleh meningkatkan pemahaman mengenai makna bahan yang dibaca.

2. MEMBACA DALAM HATI ialah kegiatan membaca yang hanya meningkatkan kemampuan visual,

pemahaman, serta ingatan dalam menghadapi bacaan tanpa mengeluarkan suara. Salah satu cara membaca

dalam hati, iaitu membaca secara Ekstensif ( proses membaca yang dilakukan secara luas).

Jenis – jenis membaca Ekstensif :

Membaca survey ialah : kegiatan membaca yang bertujuan mengetahui gambaran umum mengenai isi dan ruang lingkup bahan bacaan.

Membaca sekilas ialah : membaca yang bertujuan untuk mencapai / mendapatkan informasi secara cepat .

3. Membaca skimming, scanning adalah membaca dengan cepat sesuatu bahan bacaan untuk mendapatkan

kesan awal dan untuk menemukan sesuatu maklumat yang kita cari, yang terdapat dalam bacaan. Membaca

sk imming adalah membaca untuk memperoleh kesan umum. Membaca scanning pula adalah membaca

dengan tujuan untuk mendapatkan informasi khusus sahaja.

4. Membaca pemahaman ialah kegiatan membaca yang bertujuan untuk memperoleh pengertian atau

memahami bahan bacaan secara cepat dan tepat. Dalam membaca pemahaman ada beberapa aspek yang

diperlukan antaranya ialah

Seorang pembaca harus mempunyai kosa kata yang banyak.

Memiliki kemampuan mentafsirkan makna kata

Memiliki kemampuan idea pokok

Memiliki kemampuan menangkap urutan peristiwa sesuatu cerita.

5. MEMBACA CEPAT Ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara cepat dan disertai dengan pemahaman

terhadap isi bacaan. Kecepatan membaca boleh disebut kemampuan membaca. Kemampuan membaca ialah

kepantasan yang dicapai oleh pembaca dalam membaca sesuatu bahan bacaan.

6. MEMBACA FIKSI ialah membaca buku non fiksi dengan menggunakan cara S Q 3 R iaitu

Survey – Question – Read – Recite – Review. Posted by jaque luc at 03:35

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Definisi Membaca Menurut kamus Dewan edisi Empat, ’baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak

dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya

manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah

memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.

Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-

lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi

bentuk tulisan tesebut.

Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan bahawa proses membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak

dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran

membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau

telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.

menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.

mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap.

mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu

proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.

Penutup

Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat sekolah

menengah belum lagi dijalankan. Apa yang dilakukan oleh penulis dalam menyediakan kertas

kerja ini ialah pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas di sekolah penulis

mengajar. Pada mula penulis mengajar menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu

lambat dan mengambil masa. Selain itu juga, terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa

yang diajar. Perkara ini lumrah kerana murid-murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu

abjad ‘a hingga z’ semenjak di sekolah rendah lagi.

Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca ‘abc’. Dengan

menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampu

untuk membaca buku cerita yang mudah. Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan suapaya

kemahiran asas ini dapat dikuasai.

Tuntasnya, penulis mendapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan

penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah. Hal ini dibuktikan

dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita

mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup.

Penulis hanya mengajar lebih kurang tiga bulan; secara formal seminggu sekali dan pada masa

pembelajaran biasa dalam kelas. Pembelajaran formal selama 40 minit dan melibat waktu

khusus untuk murid-murid pemulihan khas sahaja. Manakala pembelajaran biasa dalam kelas

adalah pengajaran pemulihan dalam kelas biasa di samping mengajar sukatan pelajaran biasa.

Oleh itu, keperluan untuk kajian terhadap keberkesanan KGBK kepada murid-murid pemulihan

sekolah menengah perlu dilakukan. Hal ini penting untuk mendapat hasil kajian dan dapatan

yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Sebenarnya di sekolah

menengah banyak bilangan murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca.

Terutama untuk memenuhi tuntutan difinisi boleh membaca iaitu mengenal dan mentafsir

simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Selain itu yang memerlukan murid-murid

memahami apa yang dibaca bukan setakat bunyi-bunyi abjad dan gabungan bunyi-bunyi abjad.

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.

Tanjung Malim: Quantum Books.

Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:

UPSI.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti.

J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman Group

Limited

Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: Professional

Books.