k14 strategi perubahan pendidikan 12.ppt

16
STRATEGI PENGURUSAN INOVASI & PERUBAHAN PENDIDIKAN Guru dan Cabaran Semasa

Upload: amani

Post on 25-Dec-2015

587 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

STRATEGI PENGURUSAN INOVASI & PERUBAHAN PENDIDIKAN

Guru dan Cabaran Semasa

Page 2: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-

Peringkat Individu

Peringkat Organisasi

Page 3: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Peringkat IndividuDi peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi.

Page 4: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Peringkat Organisasi

Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum.

Page 5: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Strategi Perubahan Aktiviti utama dlm memastikan matlamat organisasi tercapai, pelaksanaannya adalah tindakan secara praktikal

Strategi Pujukan

Strategi Pendidikan Semula

Strategi Memudah

Cara

Strategi Kekuasa

an

Page 6: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang

Menggunakan ganjaran pada perubahan positif atau hukuman dan pengukuhan pada perubahan negatif

Contoh: Sistem kad perakam waktuMengetip kad perakam waktu sewaktu tiba dan

keluar pejabatMengenakan tindakan disiplin bagi yang

mengabaikannya

Strategi Kekuasaan

Page 7: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Memerlukan kemahiran interpersonal pada ketua atau agen perubahan

Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan kemahiran dalam perubahan yang hendak disampaikan serta kelebihan mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang dirancang dapat diterima oleh mereka

Contoh: Membudayakan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid

Strategi Pujukan

Page 8: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan rancangan mereka sendiri

Contoh: Guru perlu berupaya melaksanakan P&P yg mampu melahirkan murid yg kreatif & inovatif. IPG akan menyemak semula kurikulum latihan utk memastikan tahap pencapaian, kekurangan dikenal pasti dan ditambahbaikan

Strategi Pendidikan Semula

Page 9: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih mereka dan agen perubahan akan menghantar sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran

Contoh: Guru memilih untuk melaksanakan aktiviti P&P berbantukan komputer untuk kemahiran mengarang. Pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan teknikal tersebut

Strategi Memudah Cara

Page 10: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Rakyat yg mempunyai jati diri dan imej Malaysia

Modal insan cemerlang / berminda kelas pertama

Sumber manusia yang berkualiti yang mampu mencapai Wawasan 2020

Pembinaan modal insan merangkumi proses membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan

Pembinaan Negara Bangsa (PNB)

Page 11: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara

Aspek pendidikan:KepimpinanPengurusan bilik darjah yang kondusifLanskap maklumat

Pengurusan Pendidikan

Page 12: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Kepimpinan menentukan bentuk perubahan yang diperlukan serta penentu kejayaan sesuatu perubahan

Pengurusan terpimpin bertanggungjawab membentuk sekolah berkualiti

Kepimpinan

Page 13: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Ciri-ciri Kepimpinan:Pemimpin memimpinVisi yang jelas dalam pengurusan

perubahanMenubuhkan JK pelaksana Menumpukan perhatian khusus pada

setiap perubahanMengutamakan elemen kemanusiaan

Kepimpinan

Page 14: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Bilik darjah merupakan tempat murid menerima pelajaran, dibimbing dan diasuh, dicungkil bakat dan kelebihan serta dilatih dengan nilai dan unsur ketahanan diri

Elemen perubahan:Pendekatan berpusatkan muridKemudahan pengajaran dan

pembelajaran perlu dipelbagaikan dan ditambah

Pengurusan Bilik Darjah Kondusif

Page 15: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

Perkembangan dalam bidang TMK menjadi sebab sekolah perlu mengemaskini maklumat dan komunikasi pada peringkat sekolah

Murid memerlukan maklumat dan data terkini

Perkara yang perlu diberi perhatian:Pusat sumberPeranan guru

Lanskap Maklumat

Page 16: K14 Strategi Perubahan Pendidikan 12.ppt

4 sub-NKRA:1.Memperluas dan memantapkan

pendidikan prasekolah2.Meningkatkan kadar literasi dan

numerasi3.Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi4.Mengiktiraf Pengetua/Guru Besar

berprestasi cemerlang

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)