jurnal_pekak (guna).pdf

25
Pengenalan Secara umumnya, manusia akan lebih senang apabila berkomunikasimenggunakan pertuturan. Bagi golongan tertentu pula, mereka mempunyai cara lainapabila hendak berkomunikasi. Misalnya, orang pekak menggunakan beberapa cara untukmenyampaikan maklumat. Komunikasi bagi orang pekak adalah dengan caramenggunakan bahasa isyarat. Golongan pekak merupakan individu yang pekak dan individu yang mempunyai kesukaran mendengar. Kanak-kanak pekak akan menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa terutamanya apabila mereka diajar tentang tatabahasa. Luckner, Sebald, Cooney, Young, & Muir (2005) menyatakan secara keseluruhannya, standard literasi kanak-kanak pekak adalah lemah dan ia berada di aras bawah di mana mereka seringkali gagal mencapai tahap kecemerlangan. Maka, peranan guru dan ibubapa sangat penting dan pada masa yang sama mencabar dalam mengajar bahasa kepada kanak-kanak pekak. Boleh dikatakan golongan pelajar yang pekak boleh mempelajari bahasa melalui teknik pengajaran yang kreatif dan menarik. Scarborough (2001) dalam kajian beliau mencadangkan bahawa terdapat lapan ciri-ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang pembaca yang berkemahiran: pengetahuan sedia ada, kosa kata, struktur bahasa, verbal reasoning, pengetahuan literasi, kesedaran fonik, pentaksifan kod dan kesedaran penglihatan. Berdasarkan cadangan ini, dengan menyelitkan kesemua lapan unsur ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kita dapat memastikan pengajaran bahasa yang efektif kepada murid pekak.

Upload: hikari-sota

Post on 02-Feb-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal_pekak (guna).pdf

Pengenalan

Secara umumnya, manusia akan lebih senang apabila

berkomunikasimenggunakan pertuturan. Bagi golongan tertentu pula, mereka

mempunyai cara lainapabila hendak berkomunikasi. Misalnya, orang pekak

menggunakan beberapa cara untukmenyampaikan maklumat. Komunikasi bagi

orang pekak adalah dengan caramenggunakan bahasa isyarat. Golongan pekak

merupakan individu yang pekak dan individu yang mempunyai kesukaran

mendengar. Kanak-kanak pekak akan menghadapi masalah dalam mempelajari

bahasa terutamanya apabila mereka diajar tentang tatabahasa. Luckner, Sebald,

Cooney, Young, & Muir (2005) menyatakan secara keseluruhannya, standard literasi

kanak-kanak pekak adalah lemah dan ia berada di aras bawah di mana mereka

seringkali gagal mencapai tahap kecemerlangan. Maka, peranan guru dan ibubapa

sangat penting dan pada masa yang sama mencabar dalam mengajar bahasa

kepada kanak-kanak pekak.

Boleh dikatakan golongan pelajar yang pekak boleh mempelajari bahasa

melalui teknik pengajaran yang kreatif dan menarik. Scarborough (2001) dalam

kajian beliau mencadangkan bahawa terdapat lapan ciri-ciri penting yang perlu ada

dalam diri seorang pembaca yang berkemahiran: pengetahuan sedia ada, kosa kata,

struktur bahasa, verbal reasoning, pengetahuan literasi, kesedaran fonik,

pentaksifan kod dan kesedaran penglihatan. Berdasarkan cadangan ini, dengan

menyelitkan kesemua lapan unsur ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kita dapat memastikan pengajaran bahasa yang efektif kepada murid pekak.

Page 2: Jurnal_pekak (guna).pdf

1.0 Komunikasi

Komunikasi bermaksud perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai

amnya (kamus dewan dan pustaka, edisis ke 4). Terjemahan daripada Thesaurus:

synonyms for language.yahoo.com pula menyatakan bahawa komunikasi ialah

proses pemindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Komunikasi juga

oleh dikatakan sebagai satu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea dan

fikiran seseorang individu atau sekumpulan individu yang lain. Sistem pemindahan

maklumat juga melibatkan komunikasi melalui undang-undang mengenai kombinasi

perkataan. Namun begitu manusia akan lebih senang apabila berkomunikasi

menggunakan pertuturan iaitu dengan menggunakan bahasa. Bagi golongan

tertentu pula, mereka mempunyai cara lain apabila hendak berkomunikasi lebih-lebih

lagi bagi orang pekak, ada beberapa cara bagi mereka untuk menyampaikan

maklumat. Komunikasi bagi orang pekak adalah dengan cara menggunakan bahasa

isyarat. Bahasa Isyarat adalah kaedah menggunakan tangan untuk menyampaikan

maklumat. BahasaIsyarat adalah kaedah komunikasi yang sesuai untuk komunikasi

dan pendidikan bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap pendengaran lebih

daripada 70 desibel. Bahasa syarat yang direka sendiri atas desakan untuk

berkomunikasi, biasanya berbentuk kasar dari segi pergerakan tangan dan jari.

Isyarat yang direka berlainan dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain dan

isyarat seperti ini tidak mengikut struktur mana-mana bahasa dan lebih berbentuk

isyarat untuk sesuatu perkataan yang perlu sahaja.

Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat.

Pada tahun 1755, Abbe’ de L’Epee telah menubuhkan sekolah untuk kanak – kanak

pekak yang pertama di Paris, dan menubuhkan ’American School for the deaf ’ yang

seterusnya berkembang menjadi ’Gallaudet University Laurent Clerc.

1.1Masalah pendengaran

Sebelum penggunaan istilah 'bermasalah pendengaran', istilah 'pekak', 'cacat

pendengaran', 'tuli' dan 'pekak bisu' sering digunakan kepada kumpulan kanak-

Page 3: Jurnal_pekak (guna).pdf

kanak ini. Istilah-istilah ini membawa satu stigma yang negatif dan kurang disenangi

oleh masyarakat. Oleh itu, istilah 'bermasalah pendengaran' diperkenalkan walau

bagaimanapun golongan orang dewasa bermasalah pendengaran masih merujuk

diri mereka sebagai 'pekak', pekak bisu' dan 'cacat pendengaran' kerana ia

melambangkan satu identiti kumpulan dan budaya kepada mereka (Gregory, Silo &

Callow 1995).

Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap

berlaku di dalam suatu populasi manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran

(World Health Organisation, 1999). Setiap 1000 kelahiran dianggarkan 1 hingga 3

orang mempunyai masalah pendengaran kongential. Kira-kira 50 peratus daripada

kes berkenaan disebabkan oleh faktor genetik atau pendedahan kepada faktor

persekitaran yang lain (Morton, 1991). Di Amerika Syarikat, masalah pendengaran

kongenital terjadi 3 kali ganda lebih kerap daripada Sindrom Down, enam kali ganda

lebih tinggi daripada penyakit spina bifida dan lebih 50 kali lebih tinggi daripada

masalah phenylketonuria (Richard et al., 2005).

Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalah

komunikasi, sosial serta akademik.Menurut Zaini Hashim (1992) dalam Mojuntin

Ebin (1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam

perkembangan pertuturan dan bahasa.Akibat daripada tidak dapat mendengar dan

bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya

menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut. Kanak-kanak bermasalah

pendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang lain.

Ramai orang beranggapan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak

mendengar langsung dan mereka hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyarat

sahaja.Ini adalah anggapan yang salah kerana kanak-kanak bermasalah

pendengaran atau pekak masih mempunyai sisa pendengaran.Mischook dan Cole

(1986) menegaskan bahawa kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran

tidak pekak sepenuhnya, sebaliknya mereka masih mempunyai sisa

pendengaran.Walau bagaimanapun sisa pendengaran tersebut tidak mampu untuk

Page 4: Jurnal_pekak (guna).pdf

membolehkan mereka mendengar dan mengesan bunyi-bunyi pertuturan melainkan

bunyi-bunyi yang kuat sahaja.

Masalah pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang-jarang berlaku di dalam

masyarakat kita,malah masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur,

sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahui

dengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran adalah penting untuk

mengenali telinga terlebih dahulu.

1.1.1 Struktur telinga

Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah

dan telinga dalam (Gambarajah 1).Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan

salur telinga. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel

(incus, stapes dan maleus), Ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang

menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) .

Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori

iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke

otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan

memproses maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan

sebagai pendengaran. Beginilah jalan prosesseseorang individu dapat menikmati

pendengaran.

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah

boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang

gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan

menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada

tahap keupayaan setiap organ kandungan dalam telinga masing-masing.

Page 5: Jurnal_pekak (guna).pdf

Gambarajah 1

1.1.2 Jenis Masalah Pendengaran.

Adalah penting untuk mengetahui jenis masalah pendengaran yang dihadapi warga

pekak kerana ia akan membantu kita sebagai warga pendidik dalam menyelesaikan

masalah kanak-kanak pekak. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat

dan tidak boleh dirawat. Jika kanak-kanak menghadapi masalah pendengaran yang

tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu dengar boleh membantu mereka.

Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural

dan campuran.Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah

atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitan

yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang

telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia),

sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau

telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah.

Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau

jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf

pendengaran.Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah

atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan atau

pendengaran secara menyeluruh.Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti

Page 6: Jurnal_pekak (guna).pdf

masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau

pembedahan.

Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua

masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan

sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah

pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan

sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa juga masalah yang

berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai

masalah pendengaran campuran.

Dalam bidang perubatan dan pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran

dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran mereka.Ukuran kehilangan

pendengaran ditentukan mengikut keupayaan individu mendengar kekuatan bunyi

yang diukur mengikut ukuran unit desibel (Williams, 1991 dalam Safani Bari

1993)).Walau bagaimanapun, tahap ukuran bunyi yang digunakan di beberapa

negara mempunyai sedikit perbezaan kerana kategori kehilangan pendengaran

diukur mengikut kekuatan bunyi pertuturan purata sesuatu

bangsa.Oyeretal.(1994)mendefinasikandarjahatautahapkehilangan

pendengaranbergantungkepadatahapkerosakan:

1. PROFOUND(91dBHLkeatas)Kehilanganpendengaransecaramenyeluruh.Takd

apatdibantudenganalatbantudengar.

2. SEVERE(80–90dBHL).Kehilanganpendengaranyangbermaknaalatbantu

dengaradalahsatukemestian.

3. MODERATE(45 –79dBHL) Bermasalahuntukmendengarbunyiyangkuat.

4. MILD(30–44dBHL)Bermasalahuntukmendengarpertuturanbiasa.

5. SLIGHT(15–29dBHL)Kesukaranmendengarbunyibisikandanperbualandi

khalayakramai.

Kehilangan pendengaran bukan sahaja diukur mengikut tahap kekuatan bunyi dalam

desibel tetapi juga kekuatan bunyi diambil kira dari tahap frekuesinya. Frekuensi

merupakan kadar getaran gelombang bunyi yang dihasilkan dan kadar getaran

gelombang bunyi ini diukur dalam ukuran Hertz (Williams 1991 dalam Safani Bari,

1993). Hallahan dan Kaufman (1991) mendefinisikan kanak-kanak bermasalah

Page 7: Jurnal_pekak (guna).pdf

pendengaran ialah kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu-satu tahap

intensiti (kekuatan bunyi).Sensitiviti pendengaran adalah diukur di dalam unit

desibel.Nilai 10 dB ialah kekuatan bunyi yang amat perlahan dapat dikesan oleh

pendengaran orang yang mempunyai pendengaran normal.

1.2Bahasa

Pandangan de Saussure (1916) yang menyebutkan bahwa bahasa adalah salah

satu lembaga kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan lain,

seperti perkawinan, pewarisan harta peninggalan, dan sebagainya telah memberi

isyarat akan pentingnya perhatian terhadap dimensi sosial bahasa. Namun,

kesedaran tentang hubungan yang erat antara bahasa dan masyarakat baru muncul

pada pertengahan abad ini (Hudson 1996). Selain itu, bahasa mempunyai fungsi

sosial, baik sebagai alat komunikasi maupun sebagai suatu cara mengidentifikasikan

kelompok sosial. Para ahli bahasa mulai sedar bahwa pengkajian bahasa tanpa

mengaitkannya dengan masyarakat mungkin menyempitkan pandangan terhadap

disiplin bahasa itu sendiri.Sosiolinguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasa

dengan dimensi kemasyarakatan. Apabila kita mempelajari bahasa tanpa mengacu

ke masyarakat yang menggunakannya sama dengan menyingkirkan kemungkinan

ditemukannya penjelasan sosial bagi struktur yang digunakan.

Bahasa merupakan satu alat perhubungan atau komunikasi yang dapat

membentuk perkembangan individu dengan lebih berkesan. Mengikut definisi

yang diberi oleh Atan Long (1988):

Penguasaan bahasa amat penting untuk individu berinteraksi dalam kehidupan

seharian. Kajian ini menekankan kepentingan bahasa kepada kanak-kanak

bekeperluan khas sebagai alat komunikasi. Bahasa dianggap sebagai:

“ Alat yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat untuk berhubung.

Keupayaan berbahasa adalah satu kebolehan asasi manusia.....”

( Kamarudin Husin, 1993)

Page 8: Jurnal_pekak (guna).pdf

“...Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya

dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi....”Dari definisi di atas, jelas

bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan

secara simbolik yang boleh difahami oleh semua...” (Bloom, 1988).

1.2.1 Komponen bahasa

Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dikatakan gagal menguasai

salah satu komponen bahasa atau lebih yang terdiri daripada masalah:

1) Fonologi merupakan penggunaan bunyi-bunyi untuk menghasilkan suku kata

dan perkataan.

2) Morfologi merupakan proses pembentukan perkataan daripada unsur makna

yang paling asas.

3) Sintaksis adalah susunan perkataan yang membentuk ayat yang boleh dibina

untuk menentukan susunan perkataan dalam ayat.

4) Semantik ialah peraturan-peraturan yang menentukan makna perkataan

dalam komunikasi

5) Pragmatik adalah penggunaan kemahiran komunikasi dalam konteks sosial

atau cara bahasa digunakan.

1.3Bahasa dan komuniti pekak

Pendengaran memainkan peranan penting untuk menguasai pertuturan.Seorang

kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran boleh menyebabkannya sukar

untuk menguasai pertuturan dan seterusnya menguasai bahasa.Kegagalan

menguasai bahasa pula mengakibatkan kesukaran untuk berinteraksi, belajar dan

juga menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial.Ling (1989) menekankan bahawa

pendengaran memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak untuk

mempelajari bahasa dan inilah halangan yang paling besar dihadapi oleh kanak-

Page 9: Jurnal_pekak (guna).pdf

kanak bermasalah pendengaran.Menurut Gatty (1992) kanak-kanak belajar

pertuturan secara spontan melalui interaksi harian dengan orang dewasa.Laluan

kepada kejayaan menguasai pertuturan oleh kanak-kanak ialah keupayaan mereka

mendengar. Tanpa pendengaran perkembangan pertuturan mereka akan tersekat.

Dalam perkembangan teknologi sekarang, alat bantuan pendengaran boleh

membantu sisa pendengaran yang dimiliki oleh kanak-kanak bermasalah

pendengaran mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang tidak dapat didengar

sebelumnya.

MenurutstatistikyangdikeluarkanolehJabatanKebajikanMasyarakat,terdapatlebih30,

000 orangpekak

berdaftarberbanding24jutapopulasipendudukdiMalaysia.Masalahutama orang

pekak(masalah pendengaran)adalahberkomunikasidenganorangsekeliling.Bahasa

IsyaratMalaysia (BIM)atauMalaysianSign Languageadalahbahasayangmeluas

digunakan

dikalanganorangpekakjugasebagaimediumuntukberkomunikasidenganorangsekelili

ng. Komuniti pekak sangat bergantung kepada jurubahasa isyarat untuk

berkomunikasi dan mendapatkanmaklumat(Siewetal.2007).

Namunbegitu,tidaksemuaorangpekak(terutamakanak-

kanak)tahumenggunakanbahasa isyarat.

Inikeranatidakadasatuversistandarduntukbahasaisyaratdanpergerakanyang

rumitmungkinamatsukaruntukmenggambarkansesuatubahasayangsaintifikatautinggi

(Burgstahler,2008). Kemampuanmerekamenguasaibahasaisyaratdan

sejauhmanabahasa isyarat membantu mereka menjalani kehidupan seperti

manusia normal masih menjadi persoalan.Inikerana mereka sering menghadapi

masalah ketika berurusan di kaunter-

kaunterjabatankerajaanataubank,mendapatkanrawatandihospital,memberiketeranga

ndi

balaipolisdansebagainyakeranatidakramaipetugasdanorangawamyangbolehberbah

asa isyarat.

Pada ketika ini bahasa isyarat yang digunakan oleh kanak-kanak diperoleh sama

ada berbentuk semulajadi (menangis apabila lapar), peniruan (ikut isyarat yang

Page 10: Jurnal_pekak (guna).pdf

digunakan oleh orang lain) atau penerokaan (ciptaan sendiri berdasarkan situasi

dan keperluan), isyarat-isyarat ini tidak boleh dianggap sebagai ‘bahasa’ kerana

tidak memenuhi ciri-ciri sesuatu bahasa seperti ‘arbitrary’, ‘sistematik,

‘berkomunikasi’, ‘berkembang’ dan ‘dipunyai’ (Paul & Quigley, 1994). Isyarat-isyarat

tersebut adalah kod-kod yang tidak bersistem dan digunakan untuk situasi tertentu

sahaja, dan difahami oleh mereka yang berdekatan sahaja. Isyarat ini juga dikenali

sebagai ‘isyarat keluarga’ (home sign) (Marschark, 1997).

1.3.1 Bentuk Bahasa Yang Digunakan Kanak-kanak Pekak

Dari perspektif linguistik, saluran komunikasi dapat dilakukan melalui tiga saluran

(mode of communication) iaitu lisan, isyarat dan tulisan (Harris& Hodges, 1995).

Ketiga-tiga saluran tersebut digunakan oleh murid-murid pekak (di Malaysia) dalam

komunikasi (Abdullah, 1995; Goh & Teh, 1993). Mereka menggunakan:

(i) lisan bagi pertuturan BM,

(ii) isyarat bagi ‘Bahasa Isyarat Malaysia’ (BIM) dan ‘Kod Tangan Bahasa

Melayu (KTBM)

(iii) tulisan bagi BM dan BIM

Manakala dalam konteks pendidikan, terdapat tiga pendekatan digunakan dalam

pengajaran bahasa kepada mereka iaitu pertuturan,Kod Tangan Bahasa Melayu

(KTBM) dan BIM (Abdullah, 1995, 2002b).BIMdigunakan sebagai sampingan

(supplement) atau secara informal iaitu selari dengan bahasa yang digunakan oleh

orang pekak.

1.3.2 Pendekatan Pertuturan

Pendekatan pertuturan memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-

murid biasa (Adam, 1997) . Lazimnya, latihan melalui pendekatan bertutur diberikan

kepada murid-murid yang mempunyai sisa-sisa pendengaran. Rasional penggunaan

pendekatan pertuturan berasaskan kepada anggapan bahawa murid-murid pekak

Page 11: Jurnal_pekak (guna).pdf

yang ada sisa pendengaran seharusnya digembeleng kebolehan pendengaran

mereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Anggapan

kedua ialah murid-murid pekak merupakan kumpulan minoriti dalam masyarakat

yang berkomunikasi melalui pertuturan, oleh itu penguasaan bahasa lisan amatlah

perlu untuk membolehkan mereka ‘selesa’ dalam masyarakat (Paul, 1998).

Dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengar

adalah penting (Paul & Quigley, 1994). Ketidakmampuan mendengar tidak dapat

mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari. Boleh dikatakan

pertuturan dalam bahasa adalah lemah disebabkan kekurangan atau tidak langsung

mendengar bunyi-bunyi bahasa berkenaan. Inilah keadaan yang berlaku kepada

murid-murid pekak dalam mempelajari bahasa lisan. Dapat dibayangkan betapa

susah dan sukarnya murid-murid pekak diajar dan mempelajari bahasa lisan.

Lagipun, mengajar bertutur bukan tugas utama persekolahan kanak-kanak pekak.

Tugas mengajar bertutur terletak di atas bahu professional lain (contoh, audiologist

dan jurupulih pertuturan), bertutur hanya sampingan yang diajar dalam mata

pelajaran BM. Yang hendak diajar di sekolah adalah kandungan kurikulum yang

dipecahkan kepada beberapa matapelajaran. Pendekatan pertuturan dikatakan

kurang berkesan dari aspek mempertingkatkan murid-murid pekak menguasai

kurikulum persekolahan. (Lihat Chua Tee Tee, 1970, 1976, 1977, 1991). Berbagai-

bagai sebab yang membawa kepada ketidakberkesanan pendekatan ini.

Umpamanya, Shukdev Sing (1982) dan Selena (1989) menyatakan bahawa

kebanyakan murid-murid pekak tidak dapat bertutur atau pertuturan mereka sukar

difahami setelah tiga belas tahun bersekolah yang mengamalkan pendekatan

pertuturan dalam pengajaran bahasa. Laporan Conrad (1979) yang meneliti prestasi

pelajar-pelajar pekak di Britain setelah tamat persekolahan memperlihatkan gejala

yang sama, di mana pelajar-pelajar pekak tidak mampu menguasai kurikulum dan

kemahiran bertutur yang digunakan di sekolah pada ketika itu. Mereka juga lemah

dalam berbahasa isyarat ASL kerana tidak digalakkan menggunakannya dalam

kawasan sekolah. Denda juga dikenakan kepada kanak-kanak pekak menggunakan

bahasa isyarat ASL pada ketika itu. Laporan ini dijadikan asas kepada perubahan

pendekatan pengajaran secara bertutur kepada pendekatan komunikasi seluruh dan

bahasa isyarat. Hal yang sama berlaku dalam sistem pendidikan kepada kanak-

kanak pekak di Malaysia sebelum pendekatan BMKT diamalkan kerana sistemnya

Page 12: Jurnal_pekak (guna).pdf

adalah adaptasi daripada sistem pendidikan Britain (Chua Tee Tee, 1977; Goh &

Teh, 1993).

Ketidakbolehan bertutur oleh murid-murid pekak tidak ada kaitan dengan kecacatan

mana-mana alat artikulasi dan artikulator pertuturan sebagaimana anggapan

sesetengah anggota masyarakat. Alat-alat anatomi dan fisiologi pertuturan mereka

adalah normal (Watson, 1996) . Dalam pengajaran pertuturan, alat bantuan

pendengaran sangat penting bagi murid-murid ini kerana alat ini berfungsi

menguatkan bunyi dan membolehkan murid-murid pekak mendengar bunyi bahasa

dengan lebih jelas. Seperti dijelaskan sebelum ini, ketidakmampuan murid-murid ini

bertutur bukannya ada kaitan dengan kecacatan anotomi pertuturan tetapi

bermasalah dengan anatomi pendengaran, iaitu mereka tidak menerima input bunyi-

bunyi bahasa untuk diajuk atau ditiru. Alat bantauan pendengaran yang mereka

miliki kebanyakannya tidak mampu menjalankan tugas ini. Oleh itu mereka hanya

mampu untuk menghasilkan beberapa perkataan sahaja semasa berkomunikasi

lisan, malah pertuturan mereka tidak sama seperti bunyi bahasa yang sepatutnya.

Adalah sukar untuk memahami pertuturan mereka jika guru tidak biasa dengan

mereka. Hal ini ada kaitanya dengan kelewatan memberi latihan dan pendedahan

bunyi bahasa kepada mereka.

Walau bagaimanapun, latihan-latihan pendengaran bunyi bahasa dan pertuturan

yang diajarkan kepada mereka membolehkan mereka sedikit-sebanyak membantu

memahami pertuturan jika berkomunikasi dengan orang berpendengaran biasa. Hal

ini mereka lakukan dengan mengagak bunyi bahasa, memerhati dan mengecam

gerak bibir orang yang bertutur. Mengecam gerak bibir penutur adalah satu cara

untuk memahami pertuturan orang lainbagi orang pekak. (Huraian tentang gerak

bibir lihat Abdullah, 1995). Murid-murid ini juga terpaksa menggunakan bahasa lisan

jika bertutur dengan orang yang tidak dapat memahami isyarat mereka walaupun

dalam keadaan bahasa lisan yang tidak jelas.

Kebolehan murid-murid pekak menguasai bahasa lisan adalah sesuatu yang

istimewa. Jika latihan-latihan pertuturan dilakukan seawal mungkin, iaitu semasa

peringkat bayi lagi secara sistematik dan oleh professional dalam bidang pemulihan

pertuturan, peluang untuk kanak-kanak pekak bertutur adalah lebih positif (Watson

et al, 1999).

Page 13: Jurnal_pekak (guna).pdf

1.3.3 Pendekatan Bahasa Isyarat Orang Pekak (BIOP)

Manakalapendekatan ‘bahasa isyarat orang pekak’ adalah pendekatan yang

menggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa kepada murid-murid pekak (Paul & Quigley, 1994). Hal ini belum diperkenal

dan dilaksanakan secara rasmi di Malaysia. Terdapat guru yang menggunakannya

samada secara sedar atau tidak semasa berkomunikasi dengan murid-murid

mereka. Bahasa isyarat orang pekak di Malaysia dikenali sebagai ‘Bahasa isyarat

Malaysia (BIM) (Persatuan Orang Pekak Malaysia, 2000)

Pendekatan ini menyampaikan bahasa melalui isyarat sebenar orang pekak yang

membabitkan pergerakan badan seperti tangan, mimik muka dan kepala (Kyle &

Woll, 1985). Perlu diingat bahawa tidak semua isyarat badan atau ’body language’

dikelasifikasikan sebagai bahasa isyarat orang pekak. (Contoh, isyarat digunakan

polis trafik, kod-kod dalam KTBM).

Rasional penggunaan pendekatan ini adalah sebagai mengiktiraf bahawa BIOP

adalah satu bahasa yang pemiliknya adalah komuniti orang pekak (Kyle & Woll,

1985). Oleh itu, penggunaanya sebagai media pendidikan merupakan alat

penyampaian ilmu yang memudahkan mereka memahami apa-apa yang

disampaikan. Umpamanya amalan ini ada dilaksanakan di United Kingdom, Sweden

dan Amerika (Paul, 1998).

Kajian-kajian oleh sarjana linguistik bahasa isyarat orang pekak (BIOP)

memperlihatkan bahawa BIOP mempunyai status yang sama dengan bahasa lisan

yang dituturkan oleh satu-satu masyarakat. Umpamanya kajian oleh Stoke (dlm

Maher, 1996) ke atas bahasa isyarat America dan Kyle dan Woll (1985) ke atas

bahasa isyarat British. Bahasa isyarat Indo-Pakistan oleh Zehsan (2000). Manakala

kajian ke atas bahasa isyarat Malaysia baru mula diusahakan oleh Persatuan

Orang-orang Pekak Malaysia dengan usaha pertamanya menerbitkan buku ‘Bahasa

Isyarat Malaysia’ (Persekutuan Orang Pekak Malaysia, 2000).

Page 14: Jurnal_pekak (guna).pdf

Pengajaran dan pembelajaran BIM secara formal tidak diajar kepada murid-murid

pekak di sekolah kerana ia akan bercangah dengan sistem pendidikan (amalan

pengajaran BM adalah melalui Komunikasi Seluruh KTBM) kepada murid-murid

pekak. Kebanyakan murid-murid pekak menggunakan BIM apabila berkomunikasi

sesama mereka dan begitu juga dengan guru-guru mereka. Situasai ini juga

dilaporkan oleh Goh dan Teh (1993) dalam kajian. Antara alasan murid-murid pekak

tentang hal ini ialah mereka mudah memahami bahasa mereka, manakala guru

kepada murid pekak pula menyatakan BIM lebih pantas dari segi penggunaannya

dan juga mudah difahami oleh murid-murid pekak. Bagi BIM, setiap perkataan ada

isyaratnya tersendiri dan begitu juga ayat, ada aturannya. Antara contohnya seperti

berikut:

BM BIM

1. Dia tidak datang ke pejabat 1. Dia pejabat kosong

2. Dia hendak ke pasar 2. Diapasar

3. Bapa dan ibu datang berjumpa,

bercakap-cakap dengan saya dan

membawa saya balik bercuti di rumah

3. Datang bapa dan ibu jumpa cakap

balik cuti rumah

Apa yang diajar di sekolah ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Kebanyakan

guru tidak dapat membezakan antara kod KTBM dengan BIM dan juga merupakan

penyumbang kepada kesukaran murid-murid pekak mempelajari BM kerana

kesalahan penggunaan KTBM. Hal ini berpunca kerana KTBM dan BIM disampaikan

melalui isyarat (Goh & Teh, 1993). Yang berbeza ialah BIM mempunyai

tatabahasanya sendiri manakala KTBM adalah kod ciptaan yang mewakili bahasa

Melayu dan patuh kepada tatabahasa bahasa Melayu. Secara anologinya, kita dapat

menerima bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah berbeza dan

mempunyai tatabahasa yang berbeza walaupun disampaikan melalui lisan. Begitu

juga KTBM dan BIM, kedua-duanya disampaikan melalui medium isyarat. Yang

pertama adalah kod yang mewakili bahasa Melayu dan yang kedua adalah berstatus

‘satu bahasa’ dan ada tatabahasa tersendiri. Tanpa memahami konsep ini, BM tidak

Page 15: Jurnal_pekak (guna).pdf

dapat diajarkan kepada murid-murid pekak dengan baik kerana guru tidak dapat

membezakan antara KTBM dengan BIM yang mempunyai tatabahasa yang berbeza.

Pengumpulan korpus bahasa (perkataan) dimulai oleh Persekutuan Orang Pekak

Malaysia. Kini tidak kurang daripada lima buah buku tentang BIM telah diterbitkan.

Manakala hal berkaitan dengan fonologi, morforlogi dan sintaksis hanya disentuh

oleh Abdullah (1993, 1996) dan, Teh dan Goh (1990, 1993). Berdasarkan kajian,

Goh dan Teh (1993) menemui dan mencadangkan tujuh rumus struktur Bahasa

Isyarat Malaysia. Abdullah (dlm persiapan) pula menemui tujuh ciri dan pola

tersendiri yang memperlihatkan struktur BIM berbeza dengan struktur BM.

1.3.4 Pendekatan Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Malaysia

Amalan di negara kita, pengajaran dan pembelajaran BM kepada murid-murid pekak

adalah melalui gabungan daripada dua pendekatan di atas. Pendekatan ini dikenali

sebagai ‘Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu’. Dalam ‘Komunikasi

seluruh’ guru akan menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-murid

memahami bahasa seperti mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya.

(Abdullah, 2002b). Manakala ‘Kod Tangan Bahasa Melayu’ merujuk kepada

penggunaan kod yang disampaikan melalui isyarat bagi mewakili setiap kosa kata

BM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1985). Hal ini bermakna guru menggunakan

pelbagai media (isyarat, lisan, lakon) semasa pengajaran untuk disesuaikan dengan

kebolehan murid-murid yang berbagai-bagai darjah pendengaran. Bagi murid yang

pekak sederhana mereka berpeluang mendengar bunyi bahasa dan yang pekak

teruk dapat memahami melalui isyarat. Mereka juga mungkin lebih faham apabila

guru-guru menggunakan berbagai-bagai media semasa pengajaran.

Guru-guru perlu menguasai setiap kod bagi mewakili kosa kata BM semasa

pengajaran mengikut topik dan subjek yang diajar. Di samping itu guru juga perlu

memahami prinsip-prinsip penggunaan kod bagi mengambarkan proses morforlogi

yang berlaku dalam BM. Umpamanya kod bagi kata dasar, kata majmuk, kata ganda

dan kata berimbuhan ada tatacaranya tersendiri (Kementerian Pendidikan Malaysia,

Page 16: Jurnal_pekak (guna).pdf

1985). Selain, itu, kod-kod bagi setiap jenis imbuhan iaitu depan, apitan dan

belakang mesti dikuasai guru dan murid supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Rasionalnya penggunaan pendekatan ini ialah untuk memberi keadilan kepada

murid-murid pekak yang terdiri daripada pelbagai kategori kepekakan. Ada yang

pekak sederhana, teruk dan yang tidak dapat mendengar langsung (sangat teruk).

Melalui pendekatan ini murid-murid dapat memahami pengajaran berdasarkan

keupayaan mereka. Agaknya yang pekak sedikit melalui lisan, yang pekak

sederhana melalui campuran lisan dan isyarat, dan yang pekak teruk dan sangat

teruk melalui isyarat. Istimewanya pendekatan ini murid-murid berpeluang

mendengar pertuturan serta isyarat yang disampaikan oleh guru dengan serentak.Di

samping itu, terdapat beberapa halangan dalam menggunakan pendekatan ini. Yang

pertama berkaitan dengan penyelarasan kod dan kedua, berkaitan dengan

ketidakcukupan kod bagi merujuk kata dalam bahasa Melayu (Abdullah, 2002b).

Penyelarasan kod merujuk kepada penggunaan kod yang tidak selaras bagi merujuk

setiap kata dalam bahasa Melayu. Terdapat lebih daripada satu kod digunakan

murid dan guru bagi merujuk kata yang sama dalam bahasa Melayu. Umpamanya

bagi kata ‘ibu’, terdapat beberapa isyarat yang digunakan oleh murid-murid pekak

(Abdullah, 1994: 560). Impaknya adalah sangat besar apabila murid-murid ini

bertukar sekolah atau melanjutkan pelajaran ke sekolah di kawasan lain kerana

mereka akan berdepan dengan masalah tidak memahami isyarat yang digunakan di

sekolah baru (Goh & Teh, 1993). Hal ini berlaku kerana guru dan murid tidak

berpegang kepada buku panduan KTBM yang dibekalkan kepada sekolah yang di

dalamnya dimuatkan bukan sahaja kod-kod tetapi prinsip-prinsip penggunaannya

(Abdullah, 1993b).

ketidakcukupan kod merujuk kepada situasi di mana kod tidak ada bagi merujuk kata

dalam bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan kata nama khas dan ilmu atau

istilah-istilah tertentu (Abdullah, 2004). Jika dilihat kepada jumlah entri kata dalam

bahasa Melayu yang sekitar 32 ribu kata dasar (Kamus Dewan, 1983) kod yang

dibukukan adalah dianggarkan sekitar 15% daripadanya. Walaupun murid-murid

tidak perlu tahu semua kosa kata dalam kamus tetapi secara perbandingan

kekurangan kod ini amat menyukarkan guru dan murid pekak dalam memahami

kurikulum persekolahan. Walau bagaimanpun, Kementerian Pendidikan melalui

Page 17: Jurnal_pekak (guna).pdf

Jabatan Pendidikan Khas sentiasa berusaha untuk menangani masalah ini dengan

membukukan kod-kod baru.

Daripada perbincangan berkaitan dengan pendekatan pengajaran bahasa kepada

murid-murid pekak tersebut memperlihatkan bahawa terdapat beberapa pendekatan

untuk mengajar bahasa kepada murid-murid pekak. Boleh dikatakan kelemahan

murid-murid pekak dalam akademik adalah berpunca daripada ketidakcekapan

murid-murid pekak menguasai bahasa Melayu (Goh & Teh, 1993). Peranan guru

amat penting untuk menangani masalah ini dan penglibatan semua pihak juga perlu

bagi membantu murid-murid ini memaksimumkan kebolehan mereka. Walau

bagaimanapun jika murid-murid pekak dapat bertutur dan menulis dengan baik, ini

adalah hasil daripada persekolahan yang mereka lalui.

1.4 Penguasaan BM di Kalangan Murid-murid Pekak

Murid-murid pekak di Malaysia melalui sistem yang sama seperti yang dikenakan ke

atas kanak-kanak pendengaran biasa. Hal ini bermakna mereka mengikuti kurikulum

dan ko-kurikulum yang sama. Mereka juga menduduki peperiksaan awam yang

sama. Begitu juga dengan kelayakan masuk ke mana-mana universiti tempatan,

mereka terpaksa akur kepada syarat-syarat yang sedia ada seperti yang dikenakan

ke atas pelajar biasa.

Pencapaian murid-murid pekak dalam pendidkan terutamanya dalam peperiksaan

awam seperti yang di laporkan dari semasa ke semasa memperlihatkan bilangan

mereka yang lulus adalah sedikit. ’Penghalang’ utama yang menyekat kejayaan

murid-murid pekak dalam peperiksaan awam ialah syarat mesti lulus dalam kertas

BM. Terdapat juga murid-murid pekak lulus dengan baik dalam mata pelajaran lain

tetapi kegagalan dalam BM tidak membolehkan mereka ’diiktiraf’ sebagai berjaya

atau mendapat sijil dalam peperiksaan SPM (Mohd Hashim Omar, 1985; Teng,

1986; Abdullah, 1993b).

Berdasarkan situasi di atas, adalah difikirkan bahawa perlu satu kajian dilakukan ke

atas murid-murid pekak tentang penguasaan BM mereka oleh pihak berwajib. Hal ini

penting supaya dapat dikenal pasti apakah faktor yang menyukarkan mereka

menguasai BM dan apakah pula faktor yang menyebabkan beberapa orang murid

Page 18: Jurnal_pekak (guna).pdf

pekak berjaya dengan cemerlang dalam BM. Adakah faktor KTBM kurang berjaya

menyampaikan BM atau kelemahan guru dalam menguasai KTBM atau faktor

pengajaran dan pembelajaran (pedagogi) atau pekak yang menghalang murid-murid

ini berjaya dalam akademik?

1.4.1 Kesukaran Mempelajari BM bagi Kanak-kanak Pekak

Bagi kanak-kanak pekak, mempelajari BM merupakan satu kerja atau tugasan yang

amat sukar kerana BM adalah bahasa kedua bagi mereka (Goh & Teh, 1993).

Kesukaran ini diketahui oleh ibubapa dan ahli keluarga yang mempunyai anak pekak

dan guru-guru yang mengajar murid-murid pekak. Kebanyakan guru dan ibubapa

tidak memahami mengapa kesukaran itu berlaku. Oleh itu, mereka tidak dapat

mengatur strategi berkesan bagi membantu murid-murid pekak secara maksimum

untuk mempelajari BM. BM adalah bahasa ilmu persekolahan dan tanpa

menguasainya, teks yang dibaca sukar difahami dan tulisan tidak dapat dihasilkan

dengan betul. Harapan untuk mereka berjaya dalam akademik adalah tipis.

Kesukaran ini ada kaitan dengan konsep ‘pemerolehan bahasa’ dan ‘pembelajaran

bahasa’, ciri-ciri BM yang kompleks, kecelaruan tentang penggunaan KTBM,

pendekatan pengajaran bahasa dan BIM seperti yang dibincang di atas. Terdapat

pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada kelemahan menguasai kurikulum

tetapi faktor tidak menguasai BM seperti yang dibincangkan merupakan faktor

penyumbang yang besar (Mohd Hashim Omar, 1985; Teng, 1986; Goh & Teh,

1993).

1.4.2 Bukti BM Sukar Dipelajari Oleh Murid-murid Pekak

(i) Bukti Ciri-ciri BM

Dari aspek linguistik, bahasa Melayu merupakan satu bentuk bahasa yang

dikelaskan sebagai aglutinatif yang membawa maksud bahawa pembentukan

katanya mengalami proses yang boleh mengubah makna (Nik Safiah, 1978). Dalam

Page 19: Jurnal_pekak (guna).pdf

BM terdapat beberapa cara kata terbentuk iaitu sama ada secara ‘kata akar’,

‘berimbuhan’, ‘bermajmuk’, dan ‘berganda’. Bagi murid-murid pekak, kata akar yang

lazim digunakan tidak begitu sukar dikuasai. Hal ini mengelirukan kefahaman dan

penggunaanya kerana sifat BM yang boleh mengubah makna dan kelas sesuatu

kata apabila mengalami proses tersebut.

Contoh pertama dapat dilihat pada kata ‘ajar’, terdapat beberapa makna lain apabila

mengalami proses pengimbuhan seperti Rajah di bawah.

Kata ‘ajar’ dan

Imbuhan

Kata

Berimbuhan

Perubahan

Kelas Kata Makna dalam BI

meng + ajar Mengajar Kata kerja to teach (intransitive)

be(l) + ajar Belajar Kata kerja to study

peng + ajar Pengajar Kata nama a teacher

pe(l) + ajar Pelajar Kata nama a student

meng + ajar + kan Mengajarkan Kata kerja to teach (transitive)

meng + ajar + i Mengajari Kata kerja to train

ajar + an Ajaran Kata nama a teaching or

philosophy

peng + ajar + an Pengajaran Kata nama the teaching

pe(l) + ajar + an Pelajaran Kata nama a lesson

mempe(l) + ajar + i Mempelajari Kata kerja to learn

terpe(l) + ajar Terpelajar Kata nama Educated

berpe(l) + ajar + an Berpelajaran Kata nama Knowledgeable

Rajah 1: Proses Pengimbuhan Kata ‘ajar’(Sumber: Disesuaikan daripada Nik Safiah;

1978: 49)

Setelah mengalami pengimbuhan, kata ‘ajar’ (Kata kerja), makna asal kata ‘ajar’

berubah dan sesetengahnya mengalami perubahan kelas kata (Kata Kerja kepada

Kata Nama) yang mana sangat sukar difahami oleh murid-murid pekak. Kebanyakan

kata dalam BM boleh mengalami proses pengimbuhan.

Page 20: Jurnal_pekak (guna).pdf

Contoh kedua, kebanyakan kata akar BM dapat mengalami pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan yang mana semakin rumit untuk difahami oleh

murid-murid pekak seperti Rajah di bawah.

Kata Dasar Kata Berimbuhan Kata Majmuk Kata Ganda

Buku

Bapa

Rumah

Kereta

Berbuku

Kebapaan

Perumahan

Berkereta

Buku lali

keibubapaan

rumah pangsa

Kereta kebal

Buku-buku

Bapa-bapa

Rumah-rumah

Kereta-kereta

Rajah 2: Proses Pembentukan Kata dalam BM

Apabila kata dalam BM mengalami proses-proses di atas, makna kata berubah dan

kehadirannya dalam ayat juga berbeza. Hal ini bermakna murid-murid pekak bukan

sahaja bermasalah dalam memahami ‘konsep kata’ tetapi juga sukar untuk

memahami ayat dan juga penggunaanya dalam ayat seperti berikut:

(i) Buku itu di atas meja.

(ii) Buku-buku itu di atas meja.

(iii) Buku tebu itu sangat keras.

(iv) Hatinya terbuku apabila tidak dapat melepaskan kemarahannya.

(v) Buku lalinya cedera

Contoh ketiga, ayat dalam BM mempunyai pelbagai bentuk.Ayat selapis adalah ayat

yang mempunyai satu subjek dan satu prediket.Subjek adalah bahan yang dicerita

dan predikat menceritakan prihal subjek (Hukum D-M).Ayat ini tidak begitu sukar

untuk difahami oleh murid-murid pekak. Ayat majmuk pula adalah ayat yang

Page 21: Jurnal_pekak (guna).pdf

mempunyai sama ada lebih satu subjek atau prediket. Pembentukan ayat-ayat

majmuk lebih sukar kerana membawa makna yang lebih kompleks yang mana

gabungan daripada dua atau lebih ayat selapis. Ayat majmuk pula ada yang

berbentuk gabungan (setara), pancangan (ayat anak dipancang masuk dalam ayat

induk) dan campuran (campuran pelbagai ayat). Rajah 3 memperlihatkan jenis-jenis

ayat tersebut.

Ayat selapis Ayat majmuk

gabungan

Ayat majmuk

pancangan

Ayat Majmuk

Campuran

1. Orang itu

sangat rajin.

2. Pegawai itu

masih belum

sampai.

1. Dia membaca

buku cerita.

2. Bapanya

membaca buku

cerita.

1. Dia membeli

seluar.

2. Seluar itu

berwarna biru

1. Dia sedang

menonton

television.

2. Kawan-

kawannya yang

sudah letih lesu

telah lama tidur.

3. Sangat rajin

orang itu.

4. Masih belum

sampai pegawai

itu (Nik Safiah et

al, 1993:458)

3. Dia dan

bapanya

membaca buku

cerita

3. Dia membeli

seluar berwarna

biru.

3. Dia sedang

menonton

television tetapi

kawan-kawanya

yang sudah letih

lesu telah lama

tidur

Rajah 3: Bentuk Ayat Dalam Bahasa Melayu

Contoh keempat, ayat-ayat BM juga ada pelbagai ragam. Ragam ayat BM ialah

‘penyata’, ‘tanya’, ‘perintah’ dan ‘seruan’. Yang membezakan antara satu-satu ragam

ayat adalah intonasinya. Ketidakmampuan murid-murid pekak mendengar

menyebabkan mereka sukar memahami ragam-ragam ayat BM. Setiap ragam ayat

BM seperti di Rajah 4.

Page 22: Jurnal_pekak (guna).pdf

Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan

Ini bapa saya. Itu bapa awak

kah?

Ambil buku itu

dan letakkan di

atas meja.

Amboi, cantik

sungguh anak itu!

Rajah 4: Ragam Ayat Dalam Bahasa Melayu

Proses morforlogi dan pembinaan sintaksis BM sangat sukar dikuasai oleh murid-

murid pekak. Sebagai contoh, hal ini dilaporkan dalam kajian dilkukan Goh dan Teh

(1990, 1993), Abdullah (1993a, 1996) yang memperlihatkan pendekatan KTBM

yang diamalkan sekarang ini tidak begitu berkesan untuk menyampaikan BM kepada

murid-murid pekak.

(ii) Bukti Lisan

Murid-murid pekak bermasalah dari segi pendengaran yang membawa kepada

kesukaran untuk memahami bahasa pertuturan. Mereka juga bermasalah dari segi

bertutur kerana tidak mampu menyebut perkataan dan ayat-ayat BM dengan jelas.

Hal ini semuanya ada kaitan dengan ketidakmampuannya mendengar. Deria

pendengaran adalah telinga dan kerosakan di bahagian-bahagian berlainan pada

telinga membawa kesan berbeza terhadap pemerolehan, pembelajaran dan

penguasaan bahasa.

Kebanyakan murid-murid pekak apabila tamat persekolahan tidak mempunyai

kemahiran dalam pertuturan atau lisan seperti yang dilaporkan Shukdev Sing (1982)

dan Selena (1989). Mereka juga sukar untuk memahami bahasa lisan yang

membawa kesukaran untuk berinteraksi dalam bahasa lisan. Oleh itu setelah sekian

Page 23: Jurnal_pekak (guna).pdf

lama berada di sekolah, mereka tidak mampu berinterkasi melalui bahasa lisan BM

dengan orang yang boleh dengar.

(iii) Bukti Tulisan

Bahasa Melayu mempunyai tatabahasanya tersendiri yang membezakannya

daripada kebanyakan bahasa-bahasa dunia yang lain. Aspek-aspek seperti

‘fonologi’, ‘morforlogi’, ‘sintaksis’ dan ‘semantik’ terbina di atas asas yang

dipersetujui oleh komuniti penggunanya, yang membentuk hukum (tatabahasa) BM.

Pengguna yang menggunakan BM dan didapati menyeleweng daripada hukumnya

di anggap sebagai pengguna bahasa BM yang salah. Pada masa kini, penulisan BM

menggunakan aksara ‘Roman’ yang mempunyai 26 simbol (a hingga z) dan struktur

utama dalam BM ialah SVO (Subjek-Verb-Objek) ( Nik Safiah et al, 1993) seperti

ayat-ayat berikut:

a. Alimakannasi

(S) (V) (O)

b. Diamenendangbola berwarna kuning.

(S) (V) ( O )

Terdapat empat pola dalam pembinaan ayat-ayat BM. Pola-pola itu seperti berikut:

a. Frasa Nama + Frasa Nama

(Abdullah + guru )

Page 24: Jurnal_pekak (guna).pdf

b. Frasa Nama + Frasa Adjektif

(Anak Cikgu Abdullah + pandai bermain catur)

c. Frasa Nama + Frasa Kerja)

Maimunah anak Encik Ramli + memandu kereta KIA)

d. Frasa Nama + Frasa Sendi)

(Murid-murid pekak + di dalam dewan besar sekolah)

Dari aspek penulisan, pada umumnya tatabahasa dan ejaan perkataan dalam BM

adalah berasaskan kepada bahasa lisan iaitu ’eja sepertimana disebut dan sebut

sepertiman dieja’. Hal ini dapat membantu murid-murid berpendengaran dari segi

mengeja dan membina ayat kerana mereka dapat mengeja berdasarkan bunyi

sesuatu kata dan menulis ayat berdasarkan bahasa lisan. Sebalikya murid-murid

pekak tidak memiliki ‘keistemewaan’ ini kerana ketidakmampuannya mendengar.

Oleh itu, kebanyakan murid-murid pekak tidak berkemampuan untuk mengeja dan

menulis berdasarkan ejaan dan tatabahasa BM dengan baik.

Kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji tempatan seperti (Abdullah, 1993,

1996; Goh & Teh 1990, 1993; Izani 1995) memperlihatkan bahawa murid-murid

pekak tidak memiliki kemahiran dalam penulisan walaupun berada di peringkat

sekolah menengah. Berdasarkan kajian-kajian oleh pengkaji di atas, kelemahan

murid-murid pekak yang ketara dalam aspek tatabahasa dan semantik yang terdapat

dalam tulisan mereka dapat dirumuskan seperti berikut:

1) Lemah dalam penggunaan kata tugas (function word) (seperti, tetapi,

sambil dan, untuk) dengan betul.

2) Kelemahan dalam menggunakan kata berimbuhan.

3) Tidak dapat menyatakan idea dalam bentuk ayat yang gramatis.

4) Lemah dalam pembinaan ayat.

Page 25: Jurnal_pekak (guna).pdf

5) Kurang berupaya untuk menghasilkan karangan yang menyatakan

sesuatu rentetan peristiwa dengan jelas.

(Goh & Teh 1990, 1993; Abdullah, 1993, 1996; Izani 1995)