jurnal mingguan

Upload: mohd-ridzuan-bin-nazri

Post on 05-Nov-2015

127 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Praktikum

TRANSCRIPT

JURNAL MINGGU PERTAMABilangan Jurnal:1Minggu Praktikum:PertamaTarikh Peristiwa / Kejadian:18 hingga 22 Januari 2015Tajuk Jurnal:Minggu Pertama Sebagai Guru Pelatih

Minggu yang telah berlalu adalah minggu pertama saya sebagai guru pelatih. Biarpun telah menjadi guru di SMA Ad-Diniah ini selama 2 tahun, masih banyak yang saya perlu pelajari bagi menjadi guru yang cemerlang. Strategi, Kaedah dan teknik pembelajaran yang baru saya pelajari semasa di maktab perlu saya praktikkan sepanjang tempoh latihan praktikum perguruan ini. Justeru hari pertama saya di SMA Ad-Diniah sebagai guru pelatih sememangnya berlainan berbanding sebelumnya.Kami berempat yang sedang menjalani latihan praktikum telah berada di sekolah seminggu lebih awal dari tarikh praktikum kerana memenuhi tuntutan sebagai guru hakiki di sekolah. Pada minggu praktikum ini, saya agak sibuk dengan tugasan guru hakiki sebagai guru kanan matapelajaran, setiusaha sukan, dan jawatankuasa jadual waktu. Justeru, sepanjang minggu ini, saya cuba menyesuaikan diri dengan tugasan hakiki, pada masa yang sama memastikan tugasan sebagai guru pelatih berjalan lancer.Ustaz YOHANAS BIN MISUAN yang merupakan guru pembimbing saya telah berpesan agar segala urusan praktikum jangan ditangguh. Fokus kepada rancangan pengajaran harian perlu saya utamakan, dengan membuat perancangan yang rapi, dan menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Di samping itu, folio praktikum hendaklah diselesaikan sebelum masuk minggu ketiga bagi latihan praktikum. Justeru, pada minggu pertama ini, saya masih terkial-kial dalam menguruskan masa. Terima kasih kepada mereka berdua kerana sering memperingatkan saya.Hari pertama saya bersama pelajar sebagai guru praktikum nyata tidak mudah. Biarpun telah mengenali pelajar sebelum ini, transformasi saya sebagai seorang guru terlatih nyata memberi cabaran kepada saya untuk mengubah cara mengajar saya yang stereotype kepada lebih fleksibel dan teratur. Untuk praktikum kali ini, saya telah mendapat 8 waktu dan setiap minggu saya perlu menyiapkan sebanyak empat RPH.Beberapa kelemahan dalam perancangan pengajaran minggu ini perlu saya perbaiki, seperti pengurusan masa, kawalan kelas, dan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan. Hal yang demikian kerana, saya telah mengambil masa yang lama dalam menyampaikan set induksi kepada pelajar, dan menyebabkan masa pada langkah pertama telah berkurang. Saya perlu bersedia di tepi kelas lima minit lebih awal sebelum kelas bermula dan meminta guru masa sebelumnya, menyelesaikan pengajaran mereka agar proses pengajaran dan pembelajaran saya tidak terganggu.Selain itu, pengurusan masa yang efektif perlu saya beri perhatian, lebih lagi apabila melibatkan aktiviti pelajar. Setiap arahan perlu lebih jelas, selain pengawalan kelas yang teratur kerana pelajar-pelajar jika tidak dikawal dan dipandu, mereka akan berlengah-lengah dalam aktivit mereka. Justeru, aspek pengawalan kelas perlu saya kaji melalui pembacaan berkenaan kaedah melaksanakan aktiviti pembelajaran yang efisyen. Saya berharap, minggu hadapan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik, insya-Allah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

JURNAL MINGGU KEDUABilangan Jurnal :2Minggu Praktikum:KeduaTarikh Peristiwa / Kejadian :25 HINGGA 29 JANUARI 2015Tajuk Jurnal :Masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan

1. Masalah / Peristiwa Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Terdapat di kalangan mereka tidak berkomunikasi dengan baik dan tidak memainkan peranan dalam kumpulan.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana mereka tidak memberikan fokus pada langkah pertama pengajaran dan seterusnya tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan apabila aktiviti dijalankan. Terdapat juga pelajar slow learner yang tidak dibantu oleh rakan sekumpulan sedangkan rakan ini lebih pintar. Selain itu, ada pelajar yang mengganggu rakan lain ketika aktivi pembelajaran yang menyebabkan tugasan tidak dapat diselesaikan tepat pada masa.

3. Cadangan Tindakan Susulana) Guru perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah.b) Guru perlu menggalakkan murid pandai untuk membantu murid yang lemah agar jurang yang ada dapat dirapatkan.c) Guru perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri murid agar mereka dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.d) Guru perlu memastikan semua murid fokus pada langkah pertama pengajaran agar mereka lebih bersedia.4. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid dapat berkerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam proses pembelajaran serta tidak mengganggu pelajar lain dalam melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

JURNAL MINGGU KETIGABilangan Jurnal :3Minggu Praktikum:KetigaTarikh Peristiwa / Kejadian :1 HINGGA 5 FEBUARI 2015Tajuk Jurnal :Murid-Murid Membuat Bising

1. Masalah / PeristiwaMasalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah di mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah.

2. AnalisisMasalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari p & p yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan kerana sekolah masih dalam proses penambahbaikan, justeru, persiktaran yang bising ini sangat membataskan komunikasi guru dengan pelajar.

3. Cadangan Tindakan SusulanTerdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:a) Saya perlu lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.b) Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dan tidak memerlukan banyak arahan suara kerana factor persekitaran yang tidak mengizinkan.c) Saya juga akan memberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.d) Mengadakan perbincangan dengan pengetua berkenaan bunyi bising semasa proses p&p.4. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi segala masalah saya dalam tempoh dua minggu. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi, selain langkah menyelesaikan bunyi bising. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

JURNAL MINGGU KEEMPATBilangan Jurnal :4Minggu Praktikum:KeempatTarikh Peristiwa / Kejadian :8 HINGGA 12 FEBUARI 2015Tajuk Jurnal :Masalah Pengurusan Kelas

1. Masalah / Peristiwa Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah berkenaan pengurusan kelas di mana masih terdapat kelas yang tidak menyediakan carta organisasi mereka dan jadual kebersihan kelas.

2. Analisis Masalah yang timbul antaranya, ketua kelas tidak menjalankan tanggungjawab mereka apabila terdapat guru yang terlupa atau masa guru yang perlu diganti kerana ketidakhadiran guru tersebut. Selain itu, keperluan seperti kapur atau marker yang tidak tersedia juga menyulitkan guru yang masuk untuk mengajar.3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya perlu berbincang dengan guru kelas langkah yang patut diambil kerana murid-murid kelas tersebut di bawah seliaan mereka.b) Saya akan memastikan peralatan yang ingin saya gunakan saya boleh bawa sendiri bagi memastikan kelancaran proses p&p.4. Tempoh Masa Tindakan SusulanMasalah ini akan segera saya selesaikan dalam minggu ini, kerana penjagaan MMI yakni Masa Intelek perlu dilindungi. Selain itu, pelajar perlu pandai menguruskan diri mereka, dan bagi memastikan proses p&p saya tidak lagi terganggu.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

JURNAL MINGGU KELIMABilangan Jurnal :5Minggu Praktikum:KeLIMATarikh Peristiwa / Kejadian :15 HINGGA 17 FEBUARI 2015Tajuk Jurnal :Masalah Bacaan dan Doa Perhimpunan

1. Masalah / Peristiwa Masalah yang ingin saya tekankan pada minggu ini adalah berkenaan kesalahan dan ketidaklancaran bacaan doa oleh wakil pelajar dari badan pengawas dan badan dakwah sekolah.

2. Analisis Sebagai pelajar di sekolah menengah agama, wakil yang membacakan doa di hadapan ratusan pelajar lain seharusnya bacaan dan ikrar yang dilaungkan jelas dan betu cara bacaannya. Masalah bacaan adalah pada doa dan ikrar yang dilaungkan dalam bahasa arab. Selain itu, intonasi dan tempat berhenti haruslah betul agar doa lebih dihayati dan ikrar dapat diikuti dengan baik.3. Cadangan Tindakan Susulana) Pertamanya, saya akan terlebih dahulu berbincang dengan guru displin kerana kedua badan ini berada di bawah seliaan beliau. Justeru apa pun langkah yang ingin saya ambil, perlulah dalam pengetahuan dan izin beliau.b) Setelah mendapat keizinan, say akan mencari masa yang sesuai bagi pertemuan, dan memberikan teks serta memandu mereka dalam bacaan doa yang betul dan laungan ikrar yang bersemangat.4. Tempoh Masa Tindakan SusulanMasalah ini akan saya selesaikan dalam 3 minggu ini, kerana perlu mencari masa yang sesuai dan latihan yang konsisten. Latihan dan sekali perjumpaan adalah tidak memadai.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

JURNAL MINGGU KEENAMBilangan Jurnal :6Minggu Praktikum:KeenamTarikh Peristiwa / Kejadian :24 HINGGA 26 FEBUARI 2015Tajuk Jurnal :Masalah hal keseragaman dan kebersihan pakaian1. Masalah/peristiwaMasalah yang saya hadapi minggu ini adalah berkaitan dengan hal keseragaman pakaian ; lencana, tali leher, hari pakaian dan kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu mematuhi arahan pemakaian dan penjagaan diri. Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid sekolah apatah lagi sekolah menengah.2. AnalisisKeseragaman dan Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh murid-murid sekolah. Mereka sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk untuk mematuhi undang undang dan berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar 3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan mematuhi undang-undang dan menjaga kebersihan diri. b) Berpakat dengan guru lain menganjurkan kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri Bersih dan Sihat dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka.4. Tempoh Masa Tindakan SusulanMasalah ini akan cuba saya selesaikan dalam 3 minggu, untuk merancang dan berpakat dengan guru lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

JURNAL MINGGU KETUJUHBilangan Jurnal :7Minggu Praktikum:KetujuhTarikh Peristiwa / Kejadian :1 HINGGA 5 mac 2015Tajuk Jurnal :Masalah Dalam Perancagan Kokurikulum1. Masalah/peristiwaSepanjang tujuh minggu saya menjalani latihan praktikum ini saya masih lagi belum dapat menyusun gerak kerja saya agar dapat diselaraskan dengan kesibukan membuat perancangan mengajar dan pembinaan bahan bantu mengajar serta memenuhi tugasan hakiki guru. Hal yang demikian ini menyebabkan tugasan-tugasan saya ada yang terbengkalai.2. AnalisisDalam usaha memastikan rancangan pengajaran saya berjalan dengan baik, terdapat beberapa urusan lain yang telah terganggu khususnya perancangan kokurikulum pelajar di mana saya perlu melatih pelajar untuk persediaan menghadapi sukan peringkat negeri yang berlangsung pada hujung minggu lepas. Tugasan saya sebagai seituasaha satu murid satu sukan terbengkalai dan tidak dapat disempurnakan kerana keterbatasan waktu.

3. Cadangan Tindakan SusulanKeadaan ini perlu diatasai agar kerja saya yang tidak siap ini tidak menggangu tugasan guru lain. Justeru saya akan berbincang dengan guru penolong kanan kokurikulum bagi menyelesaikan masalah tersebut. 1. Mengatur kembali jadual perancangan sukan2. Memastikan Buku laporan sukan dan permainan dikemaskini

4. Tempoh Masa Tindakan susulanMasalah ini akan cuba saya selesaikan sepanjang cuti penggal ayang akan berlangsung pada 13 21 mac 2015 nanti.Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

JURNAL MINGGU KELAPANBilangan Jurnal :8Minggu Praktikum:KelapanTarikh Peristiwa / Kejadian :8 HINGGA 12 Mac 2015Tajuk Jurnal :Masalah Bahan Bantu Mengajar (Bbm)1. Masalah/peristiwaSepanjang lapan minggu saya menjalani latihan praktikum di Sekolah ini, saya menghadapi masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik. Terutamanya dalam pembelajaran pendidikan al-quran dan al-sunnah. Agak terhad bagi saya untuk menggunakan bahan bantu mengajar ketika proses P&P. Keadaan ini membuatkan, murid-murid mudah bosan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses P&P agak terganggu.2. AnalisisBahan bantu menagajar yang saya sediakan tidak begitu marik perhatian pelajar. Saya lebih banyak menerangkan kepada murid tentang topik pada hari tersebut. Pada pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut perlu kerana maklumat yang ingin disampaikan agak banyak dan pelajar perlu diterangkan dengan kesemua maklumat ini. Pada hakikatnya, murid-murid ini bukan sahaja tidak begitu memahami pembelajaran bahkan mudah bosan dan hilang tumpuan. Saya juga kurang menggunakan ICT di dalam aktiviti P&P pada minggu ini.

3. Cadangan Tindakan SusulanKeadaan ini adalah tidak sepatutnya terjadi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar merupakan satu media pengajaran yang boleh membantu guru dan membolehkan murid lebih memahami ilmu yang diajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang betul dan sesuai adalah amat penting untuk menjadikan proses P&P lebih berjalan dengan lebih berkesan.

1. Pemilihan bahan.Pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran murid pada hari tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari tersebut. 2. Lebih menggunakan ICTSelaras dengan zaman yang serba berteknologi, teknik pengajaran juga mula berubah. Selain daripada bahan bantu mengajar yang sedia ada seperti buku teks dan buku latihan, latihan interaktif menggunakan komputer juga boleh digunakan. Dengan grafik yang menarik, dapat menarik minat murid untuk terus belajar.

4. Tempoh Masa Tindakan susulanMasalah ini akan cuba saya selesaikan dalam serta merta dengan berusaha membina beberapa bahan bantu mengajar serta meminta bahan yang boleh dikongsi oleh guru dari sekolah lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................JURNAL MINGGU KESEMBILANBilangan Jurnal :9Minggu Praktikum:KesembilanTarikh Peristiwa / Kejadian :22 HINGGA 26 Mac 2015Tajuk Jurnal :Masalah Penguasaan Bahasa Arab Yang Masih Rendah1. Masalah/PeristiwaMinggu ini merupakan minggu kesembilan praktikum berjalan, minggu-minggu terakhir banyak mengajar saya tentang niat asal seorang guru adalah menyampaikan ilmu dan memastikan semua pelajar dapat menerima ilmu yang disampaikan dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka. Jika terdapat pelajar yang tidak memahami apa yang disampaikan oleh saya sebagai seorang guru ini menunjukkan bahawa P&P saya tidak berjaya sepenuhnya. 2. AnalisisSebagaimana minggu-minggu sebelumnya, saya telah mengajar bahasa arab dengan fokus pada kemahiran menulis. Walaupun kemahiran menulis tidak memerlukan komunikasi yang banyak, saya masih perlu memperbaiki komunikasi saya dalam bahasa arab bukan sahaja demi tuntutan oleh unit praktikum dalam matapelajaran minor, sebaliknya demi masa depan saya dan anak bangsa. Pada pandangan saya, setiap guru yang berada di aliran pengajian Islam perlu mahir berbahasa arab kerana asal agama islam itu datangnya dari bahasa al-Quran iaitu bahasa arab. Justeru, kegagalan saya dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang mudah dan tersusun kepada pelajar serta kegagalan segilintir murid dalam mencapai hasil pembelajaran perlu diatasi.3. Cadangan Tindakan SusulanSaya perlu memperbaiki kelemahan yang masih ada pada diri diri saya . Saya juga perlu belajar berkomunikasi bahasa arab dengan guru-guru bahasa arab yang banyak pengalaman di sekolah saya untuk melatih saya membiasakan diri berkomunikasi dengan pelajar di dalam kelas walaupun menggunakan kalimah-kalimah yang mudah. Ia akan meningkatkan lagi tahap komunikasi saya.

4. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan terus berusaha memeperbaiki lagi kelemahan komunikasi yang ada pada diri saya terutamanya dalam bahasa arab dengan menggunakannya di dalam kelas sepanjang P&P walaupun sedikit demi sedikit sepanjang saya berkhidmat sebagai guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

JURNAL MINGGU KESEPULUHBilangan Jurnal :10Minggu Praktikum:KesepuluhTarikh Peristiwa / Kejadian :29 Mac HINGGA 2 April 2015Tajuk Jurnal :Penguasaan Pelajar Dalam Kawad Kaki1. Masalah/PeristiwaAktiviti kokurikulum dijalankan seperti biasa pada minggu ini, di mana saya terlibat dalam melatih pelajar jabatan pertahanan awam agar dapat menguasai kemahiran kawad kaki bagi badan beruniform ini. Rata-rata pelajar masih lagi belum mampu melaksakan kawad dengan baik walaupun sudah menyertai badan beruniform ini sedari dari tingkatan 1. Justeru kelemahan saya dalam menyampaikan latihan turut perlu dipandang serius.2. AnalisisKawad kaki bagi Jabatan Pertahanan Awam melibatkan beberapa komponen kawad sebagaimana badan beruniform lainnya. Antaranya seperi kawad melapor, kawad static, kawad dinamik dan kawad keluar. Fokus saya adalah, sebaik tamat minggu praktikum nanti pelajar-pelajar saya sekurang-kurangnya telah menguasai kawad melapor, kawad statik dan kawad keluar.3. Cadangan Tindakan SusulanSaya perlu meneliti beberapa kelemahan yang terdapat dalam saya melatih pelajar-pelajar saya kemahiran kawad ini di samping mengesan keupayaan platun secara keseluruhan sama ada mereka ini berkelayakan ataupun saya perlu berpuas hati dengan pencapaian mereka semampunya.

4. Tempoh Masa Tindakan SusulanKemahiran kawad bukanlah sesuatu yang mampu dicapai dalam waktu yang singkat. Pun begitu, saya akan berusaha memberikan yang terbaik dan semampunya serta berharap pelajar-pelajar ini mampu mengikuti arahan dengan baik dalam tempoh waktu yang berbaki selama 2 minggu ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................