jurnal kajian minat

15
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 131-147 (2006) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains eli Peringkat Menengah dan Matrikulasi ZANATO I-ij. IKSAN, LILIA HALIM & KAMISAH OSMAN Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi., Selangor, Malaysia Kata kunci: Pelajar Sains, peringkat menengah, matrikulasi, sikap ABSTRAK Kekurangan penglibatan pelajar dalam aliran Sains di peringkat sekolah dan universiti merupakan satu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai sikap pelajar terhadap Sains mungkin dapat menawarkan penjelasan kepada masalah pelajar yang sering mengasingkan diri daripada penglibatan dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar berdasarkan peringkat pendidikan. Kajian dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibina hasil daripada pengubahsuaian instrumen dengan memperoleh nilai kebolehanpercayaan 0.70. Seramai 493 pelajar dari Tingkatan 2, 4 dan Matrikulasi telah menjawab soal selidik mengenai sikap terhadap Sains. Soal selidik mengenai sikap terhadap Sains yang terdiri daripada 48 item adalah bersifat multidimensi (iaitu persepsi terhadap guru Sains, kerisauan terhadap Sains, kepentingan Sains daJam masyarakat, konsep kendiri dalam Sains, keseronokan daJam Sains dan motivasi daJam Sains). Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelajar terhadap konsep kendiri daJam Sains dan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada penglibatan pelajar dalam bidang Sains seterusnya di peringkat peringkat pendidikan tinggi mahupun dalam kehidupan seharian sebagai ahli masyarakat. ABSTRACT The lack of students' participation in the field of Science at both school and university levels is a concern for all parties. Attitude research might have something to offer in providing possible explanation for the persisting problem of the alienation of students from Science. This study aims to determine the level of students' attitudes towards Science according to educational levels. A set of questionnaire was used in this survey. The questionnaire was adapted and its reliability is 0.70. A total of 493 students of Forms 2 and 4, and matriculation responded to the questionnaires on attitudes towards Science. The questionnaire has 48 items and it is multi- dimensional (i.e. perception towards Science teachers, anxiety towards Science, value of Science in society, self concept, enjoyment and motivation in Science). The findings indicated that students' self concept and motivation in Science require further attention compared to the other dimensions of attitudes towards Science. Both dimensions are predictors to students' involvement in Science at higher educational level and the society in the future. PENDAHULUAN Berlandaskan kepada cabaran keenam dalam cabaran strategik Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Sains Negara dan Misi Pendidikan Sains, boleh disimpulkan bahawa ketiga-tiganya menekankan ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan Sains dalam setiap niche dan dimensi kehidupan. Menurut Harlen (1996), literasi Sains yang dimiliki oleh seseorang digambarkan dengan kemampuan melihat dan mengkaji sesuatu secara saintifik dan melihat sarna ada penerangan mengenai sesuatu fenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya. Seorang yang berliterasi Sains turut menyedari

Upload: eritrinacrista

Post on 27-Jun-2015

820 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal kajian minat

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 131-147 (2006) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sainseli Peringkat Menengah dan Matrikulasi

ZANATO I-ij. IKSAN, LILIA HALIM & KAMISAH OSMANFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM, Bangi., Selangor, Malaysia

Kata kunci: Pelajar Sains, peringkat menengah, matrikulasi, sikap

ABSTRAK

Kekurangan penglibatan pelajar dalam aliran Sains di peringkat sekolah dan universiti merupakansatu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai sikap pelajar terhadap Sainsmungkin dapat menawarkan penjelasan kepada masalah pelajar yang sering mengasingkan diridaripada penglibatan dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar berdasarkan peringkat pendidikan. Kajiandilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibina hasil daripadapengubahsuaian instrumen dengan memperoleh nilai kebolehanpercayaan 0.70. Seramai 493pelajar dari Tingkatan 2, 4 dan Matrikulasi telah menjawab soal selidik mengenai sikap terhadapSains. Soal selidik mengenai sikap terhadap Sains yang terdiri daripada 48 item adalah bersifatmultidimensi (iaitu persepsi terhadap guru Sains, kerisauan terhadap Sains, kepentingan SainsdaJam masyarakat, konsep kendiri dalam Sains, keseronokan daJam Sains dan motivasi daJamSains). Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelajar terhadap konsep kendiri daJam Sainsdan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikapyang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada penglibatan pelajar dalambidang Sains seterusnya di peringkat peringkat pendidikan tinggi mahupun dalam kehidupanseharian sebagai ahli masyarakat.

ABSTRACT

The lack of students' participation in the field of Science at both school and university levels isa concern for all parties. Attitude research might have something to offer in providing possibleexplanation for the persisting problem of the alienation of students from Science. This studyaims to determine the level of students' attitudes towards Science according to educational levels.A set of questionnaire was used in this survey. The questionnaire was adapted and its reliabilityis 0.70. A total of 493 students of Forms 2 and 4, and matriculation responded to thequestionnaires on attitudes towards Science. The questionnaire has 48 items and it is multi­dimensional (i.e. perception towards Science teachers, anxiety towards Science, value of Sciencein society, self concept, enjoyment and motivation in Science). The findings indicated thatstudents' self concept and motivation in Science require further attention compared to the otherdimensions of attitudes towards Science. Both dimensions are predictors to students' involvementin Science at higher educational level and the society in the future.

PENDAHULUAN

Berlandaskan kepada cabaran keenam dalamcabaran strategik Wawasan 2020, FalsafahPendidikan Sains Negara dan Misi PendidikanSains, boleh disimpulkan bahawa ketiga-tiganyamenekankan ke arah melahirkan masyarakatberliterasi serta membudayakan Sains dalam

setiap niche dan dimensi kehidupan. MenurutHarlen (1996), literasi Sains yang dimiliki olehseseorang digambarkan dengan kemampuanmelihat dan mengkaji sesuatu secara saintifik danmelihat sarna ada penerangan mengenai sesuatufenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya.Seorang yang berliterasi Sains turut menyedari

Page 2: Jurnal kajian minat

Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halirn & Kamisah Osman

terkini khususnya yang berkaitan dengan sikapterhadap Sains, Osborne et al. (1998)menurnpukan kepada tiga dimensi utama iaitu:i) sikap terhadap Sains di dalam masyarakat(attitudes to science in society), ii) sikap terhadapmata pelajaran Sains (attitudes to school science)dan iii) sikap terhadap karier yang berhubungandengan Sains (attitudes to scientific career).Tegasnya dimensi sikap terhadap Sains yangditumpukan oleh Osborne et al. (1998) turuttermasuk antara aspek sikap terhadap Sainsseperti yang digagaskan oleh Fraser (1982), yangkemudiannya direalisasikan sebagai Test ofScienceRelated Attitude atau lebih dikenali denganakronim (TOSRA). Selain daripada tiga aspekutama di atas, TOSRA juga turut memuatkankecenderungan terhadap: i) inkuiri secarasaintifik, ii) normaliti yang dimiliki oleh seorangsaintis, iii) aspek-aspek yang diperlukan untukmenjadi seorang yang saintifik, iv) Sains sebagaiaktiviti riadah. Secara implisit, konsepsi sikapterhadap Sains seperti yang digagaskan olehFraser (1982) ditunjangi oleh konsepsi trilogisikap seperti yang telah dibincangkan sebelumini. Oleh kerana, dimensi yang terkandung dalamTOSRA mencampuradukkan ketiga-tigakomponen sikap (kognitif, afektif dan tingkahlaku) , pemerhatian dan pertimbangan yang wajarperlu dilakukan oleh individu yang inginmenggunakan TOSRA agar miskonsepsi yangsering kali menggagalkan kajian-kajian sikapterhadap Sains dan seumpamanya tidak berlakulagi lantas generalisasi yang diberikan tidakmencatatkan senario semasa pendidikan Sains,sama ada di peringkat tempatan mahupunantarabangsa.

Banyak kajian lepas yang bersangkutandengan sikap terhadap Sains. Realitinya, secaradeskriptif, ramai pengkaji yang telah mengenalpasti sikap terhadap Sains bagi pelajar yangpelbagai latar belakang atau demografi antaranyaperingkat umur atau tingkatan (Francis danGreer 1999),jantina (Siti Rahayah 1988; Francisdan Greer 1999), kebolehan pelajar, sosio­ekonomi (Siti Rahayah 1988), saiz kelas, sekolah,sekolah, kumpulan etnik (Siti Rahayah 1988)dan sebagainya. Dalam pada itu, konstruk sikapterhadap Sains ini juga sering kali dikaitkandengan beberapa pembolehubah bersandarkhususnya pencapaian (Catherine dan Nicholas1998), kecerdasan, pemilihan kerjaya dansebagainya.

PERMASALAHAN KAJIAN

Kebelakangan ini, nampaknya minat pelajarterhadap Sains semakin menurun di Malaysia.Pemingiran mata pelajaran Sains, khususnyadalam kalangan pelajar peringkat menengah atasmerupakan satu masalah yang serius kepadasebuah negara yang pesat membangun khususnyaMalaysia. Rubungan yang nyata dan signifikanbagi perrnasalahan penurunan minat terhadapSains dan pengurangan mereka yang akanmenceburkan diri dalam keIjaya yang berkaitandengan bidang Sains merupakan satu isu yangperlu ditangani segera. Ini adalah kerana dalamrealiti dunia tanpa sempadan masa kini,keupayaan menghasilkan sumber tenaga manusiayang mampu menyumbang serta berdaya saingsering kali digunakan sebagai petunjukkemandirian sesebuah negara atau bangsa.]usteru, dalam menyediakan sumber tenagamanusia yang mencukupi serta memilikikemahiran yang diperlukan, kesediaan pelajaruntuk menyertai bidang Sains perludipertingkatkan dan penguasaan kognitif pelajardalam disiplin tersebut perlu diperbaiki agarkenyataan misi Wawasan 2020 dapatdirealisasikan.

Pelbagai pandangan telah diutarakan untukmenjelaskan fenomena penurunan minat pelajarterhadap Sains, antaranya seperti yang dilaporkanoleh Razila (1998) iaitu pelajar menganggapbahawa mata pelajaran Sains bukan sahajamembosankan tetapi terlalu abstrak. Selain itupelajar juga beranggapan bahawa keIjaya Sainstidak membawa kepada pekerjaan sertapendapatan yang lumayan. Ringkasnya, perspesiyang ditunjukkan oleh pelajar terhadap Sainsadalah terlalu negatif atau rendah. Pelbagai usahatelah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawablagi prihatin terutamanya Kemen terianPendidikan untuk menangkis sikap negatifpelajar terhadap Sains dan seterusnya berusahasedaya upaya dengan pelbagai perubahan danaktiviti bagi menambahkan bilangan pelajardalam aliran Sains. Antaranya, memperkenalkanmata pelajaran Sains dari peringkat awal iaitukepada pelajar Tahun Satu mulai 2002. Aktivitimengadakan pameran daripada pelbagai pihakbagi memupuk kesedaran dan minat dalam Sains.

Namun demikian, menurut Rani (2001),masyarakat Malaysia banyak bersifat nomatif iaitubudaya 'buat ini salah, itu salah, jangan buatitu'. Tambahan lagi, dalam masyarakat Malaysia,kanak-kanak telah ditanamkan dengan nilai-nilai

134 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 3: Jurnal kajian minat

Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

muka "face value" (Yeh 1996). Ketelusan, kritikankhususnya secara terbuka wajar dielakkan untukmengekalkan suasana harmoni di antara individudan kalangan individu. Perilaku sedemikianmembawa kepada perencatan peningkatan danperkembangan kemahiran penaakulan yangseterusnya menjana pemikiran kritis dan kreatifyang diperlukan dalam pembelajaran Sains. Iniditambahkan lagi oleh kurangnya pengamalanbudaya empirikal dalam kalangan warga Malaysia(Hani 2001). Selain daripada itu, budaya pelajardi Malaysia menganggap bahawa bidang Sainshanya dipelopori oleh pelajar yang pandai(Akhbar 1997) turut memberikan sumbangan.Tidak dinafikan, pelajar yang masuk ke aliranSains di Tingkatan Empat terdiri daripada pelajaryang mendapat gred yang baik terutamanya bagimata pelajaran Sains dan Matematik berdasarkanPeperiksaan Menengah Rendah (PMR). Keadaanini memberikan tekanan kepada pelajar dantidak memberi peluang kepada pelajar yang agaklemah untuk menceburi bidang Sains walaupunmereka meminati bidang itu.

Dalam mengisi kelompangan ini sekali gusuntuk membantu usaha penambahan penglibatanpelajar dalam aliran Sains, kajian ini direkabentuk sedemikian rupa untuk membina satuset instrumen yang dapat digunakan untukmengukur sikap terhadap Sains dalam kalanganpelajar di Malaysia. Dapatan kajian akan dapatmenyediakan maklumat empirikal sejauhmanakah sikap pelajar-pelajar terhadap Sains.

OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana sikap terhadap Sains dalam kalanganpelajar mengikut peringkat pendidikan, jantinadan bangsa. Kajian ini juga akan melihatperbezaan min antara dimensi sikap terhadapSains dalam kalangan pelajar berdasarkanperingkat pendidikan, jantina dan bangsa.

Kajian ini dijalankan menerusi kaedahtinjauan berbentuk "cross-sectional" (Gall et at.2003) di mana data diperoleh pada suatu masa,tetapi daripada kumpulan yang berbeza jantina(lelaki, perempuan), bangsa (Bumiputera, Cinadan India) dan peringkat pendidikan (Tingkatan1, 2 dan Matrikulasi). Instrumen kajianditadbirkan kepada semua responden dalamlingkungan satu minggu. Populasi kajian adalahmerupakan pelajar Tingkatan 2 dan 4 di limabuah sekolah dan pelajar di sebuah pusatMatrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kumpulan pelajar ini dipilih kerana tigakumpulan pelajar ini dianggap telah mengalamipengalaman formal pengajaran danpembelajaran Sains dalam tempoh yangberlainan. Pelajar Tingkatan 2 merupakankumpulan yang baru mengalami pembelajaranSains di peringkat menengah manakala pelajarTingkatan 4 telah melalui dua tahun lebihpengalaman pembelajaran Sains jikadibandingkan dengan Tingkatan 2. Manakalapelajar Matrikulasi pula dipilih untuk tujuanperbandingan dan kumpulan pelajar inidianggap telah memperoleh pengalamanpengajaran dan pembelajaran Sains yang palinglama di sekolah berbanding pelajar Tingkatan 2dan 4.

Teknik pensampelan yang diaplikasikan ialahteknik pensampelan rawak berstrata. Dalampensampelan jenis ini, penyelidik membahagikanpopulasi kepada tiga subpopulasi (strata)berdasarkan peringkat pendidikan (Tingkatan2, 4 dan Matrikulasi). Selepas membahagikansampel kajian kepada strata-strata tertentu,penyelidik kemudiannya mengambil sampeldaripada setiap strata. Dalam memilih sampeldalam satu lingkungan strata, penyelidikmelakukannya secara pensampelan sistematik.

Instrumen utama yang digunakan dalamkajian ini ialah soal selidik sikap terhadap Sainsyang diubah suai daripada Gogolin dan Swartz(1992). Soal selidik ini terdiri daripada duabahagian utama: Bahagian A ialah mengenailatar belakang pelajar termasuk jantina, bangsadan pencapaian mata pelajaran yang berkaitandengan Sains, Bahagian B terdiri daripada soalan­soalan mengenai sikap terhadap Sains. Instrumenini bersifat multidimensi iaitu terdiri daripadaenam dimensi sikap terhadap Sains. MenurutGogolin dan Swartz (1992), instrumen yangmenghasilkan satu skor untuk menggambarkansikap, gagal untuk membezakan aspek-aspek yangberkaitan dengan sikap. Tambahan lagi, tegasnya,sesuatu dimensi akan membatalkan kesandimensi yang lain jika hanya satu skor diperolehdaripada sesuatu instrumen soal selidik.

Soal selidik ini mengandungi enam dimensidengan lapan item untuk setiap dimensi. Enamdimensi tersebut ialah: a) persepsi terhadap guruSains, b) kerisauan terhadap Sains, c)kepentingan Sains dalam masyarakat, d) konsepkendiri dalam Sains, e) keseronokan dalam Sains,dan f) motivasi dalam Sains. Jumlah item untukbahagian B adalah 48 item. Soalan-soalan ini

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 135

Page 4: Jurnal kajian minat

Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman

menggunakan Skala Likert berrnula daripadaSangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan SangatTidak Setuju dengan poin diberi pada setiapskala 4, 3, 2 dan 1 masing-masing. Pemyataanitem untuk setiap dimensi telah diterjemahkankepada bahasa Melayu. Untuk mendapatkankesahan muka (face validity), item yang telahditerjemahkan disemak oleh dua pakar bahasa.

Sebelum instrumen kajian ditadbirkankepada responden sebenar, kajian rintisdilakukan untuk mengukur kesahan dankebolehpercayaan item yang terkandung didalamnya. Kajian rintis telah dilakukan kepadapelajar yang memiliki ciri-ciri yang lebih kurangsarna dengan responden sebenar kajian di salahsebuah sekolah menengah di Selangor. Kajianrintis yang telah dijalankan menyediakan ruangpembaikan instrumen kajian yang telah dibinadengan memberi peluang respondenmengemukakan komen serta cadangan ke arahpembaikan soal selidik yang telah dibina. Melaluikajian rintis ini juga nilai kebolehpercayaan,Cronbach Alpha (a) bagi setiap dimensidiperoleh dengan julat sekitar 0.56 hingga 0.85.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan pelajar sekolah menengahdan matrikulasi bagi melihat persepsi merekaterhadap Sains. Pada keseluruhannya profilpelajar ditunjukkan pada Jadual 1.

Merujuk kepada Jadual 1, kebanyakanresponden terdiri daripada pelajar perempuaniaitu 301 (61.05%) dan selebihnya iaitu 192(38.95%) terdiri daripada pelajar lelaki.Manakala pelajar Bumiputera lebih ramaiberbanding pelajar bukan Bumiputera di semuajenis tingkatan. Pada keseluruhannya peratuspelajar Bumiputera adalah 58.82% (290 pelajar)

berbanding pelajar bukan Bumiputera, 41.2%(203 pelajar).

Sikap terhadap Sains telah dibahagikankepada enam dimensi sikap dan perbincanganakan dibuat berdasarkan dimensi-dimensitersebut yang meliputi: a) persepsi terhadap guruSains, b) kerisauan terhadap Sains, c)kepentingan Sains dalam masyarakat, d) konsepkendiri dalam Sains, e) keseronokan dalarn Sainsdan f) motivasi dalam Sains. Perbincangan akandilihat dari segi peratusan setiap item di bawahdimensi tertentu dan purata bagi setiap dimensiberdasarkan keseluruhan dan jenis peringkatpendidikan pelajar (Tingkatan 2, Tingkatan 4dan peringkat Matrikulasi). Setiap item yangnegatif akan diubah (recode) kepada positifbagimelihat purata keseluruhan dalam perbincanganIn!.

Jadual 2 menunjukkan dapatan bagi keenam­enam dimensi sikap terhadap Sains denganperbincangan merangkumi item-item yang telibatdalam setiap dimensi.

Persepsi Terhadap Guru Sains digambarkansebagai sikap yang ditonjolkan oleh guru-guruSains sarna ada positif atau negatif terhadappengajarannya di dalam dan luar kelas. Sikap iniakan diperhatikan dan mungkin mempengaruhisikap pelajar terhadap Sains. Justeru sikap guruadalah penting bagi mendorong sikap pelajarke arab yang positif. Seperti yang ditunjukkandalam Jadual 2, pada keseluruhannya pelajarsetuju bahawa guru Sains mereka menunjukkansikap yang positif terhadap Sains. Padakeseluruhannya sikap guru-guru Sains terhadapSains lebih tinggi dari 62.0%. Peratus palingtinggi ialah 'guru Sains suka pelajar bertanyakansoalan' (item 8) iaitu sebanyak 92.1 %. Namunperatus yang agak besar iaitu 37.5% merasakanguru Sains tidak tahu bila pelajar menghadapi

JADUAL 1Profil pelajar

PeringkatPendidikan

Tingkatan 2

Tingkatan 4

Matrikulasi

Jumlah

Jantina

Lelaki

PerempuanLelaki

PerempuanLelaki

Perempuan

Bumiputera(n=290)

49

7435911526

290

Bukan Bumiputera(n=203)

46

544045711

203

95

12875

1362237

Jumlah

223

211

59

493

136 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006

Page 5: Jurnal kajian minat

Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

JADUAL 2Peratus sikap terhadap Sains bagi enam dimensi sikap

(1) (2) (3) (4)Dimensi Item Sangat tidak Tidak setuju Setuju Sangat setuju

setuju (%) (%) (%) (%)

Persepsi terhadap Item 1 6.3 16.4 43.4 33.9guru Sains Item 2 5.1 26.4 44.4 24.1

Item 3 2.4 22.5 50.9 24.1Item 4 7.1 30.4 47.5 15.0Item 5 6.5 19.9 42.6 31.0Item 6 2.4 15.4 48.9 33.3Item 7 4.3 10.5 41.0 44.2Item 8 2.2 5.7 40.8 51.3

Kerisauan terhadap Sains Item 1 24.3 57.8 15.2 2.6Item 2 48.0 44.3 6.1 1.6Item 3 42.8 42.6 13.0 1.6Item 4 38.6 44.0 13.6 3.7Item 5 29.4 52.1 16.4 2.0Item 6 52.7 39.9 6.5 0.8Item 7 35.9 55.2 6.9 2.0Item 8 45.4 43.0 10.0 1.6

Kepentingan Sains Item 1 1.4 6.7 46.7 45.2dalam masyarakat Item 2 28.6 38.1 20.9 12.4

Item 3 6.5 4.9 42.8 45.6Item 4 0.8 2.6 38.7 57.8Item 5 1.2 3.2 27.0 68.6Item 6 2.6 7.7 41.5 48.2Item 7 2.4 8.9 37.5 51.1Item 8 1.0 4.1 31.7 63.2

Konsep kendiri Item 1 6.9 55.0 31.2 6.9dalam Sains Item 2 2.4 31.1 59.3 7.1

Item 3 2.8 20.3 51.5 25.4Item 4 5.7 25.2 45.4 23.7Item 5 4.5 48.9 43.2 3.4Item 6 2.6 29.2 60.9 7.3Item 7 1.0 5.5 47.9 45.6Item 8 3.9 9.9 50.3 35.9

Keseronokan terhadap Item 1 0.8 8.9 58.4 31.8Sains Item 2 1.8 9.2 45.0 44.0

Item 3 5.5 13.0 49.9 31.6Item 4 1.4 4.9 36.7 57.0Item 5 3.3 22.4 55.5 18.9Item 6 1.8 13.4 49.5 35.3Item 7 1.6 5.7 57.0 35.7Item 8 2.4 12.2 48.9 36.5

Motivasi dalam Sains Item 1 30.4 51.9 16.6 1.0Item 2 2.2 11.0 50.0 36.8Item 3 9.7 59.0 28.8 2.4Item 4 4.9 32.0 54.6 8.5Item 5 2.4 33.1 55.6 8.9Item 6 1.4 16.4 55.0 27.0Item 7 10.8 26.4 42.0 20.9Item 8 2.8 7.9 36.7 52.5

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 137

Page 6: Jurnal kajian minat

Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman

masalah dengan tugasan Sains (item 4) dan31.5% guru Sains tidak menjadikan Sains sangatmenarik (item 2).

Kerisauan pelajar terhadap Sains pula dapatditonjolkan melalui kebimbingan, rasa tidakselesa, rasa tertekan, rasa gementar, rasa takutdan mempunyai hasrat yang rendah terhadapSains. Pelajar yang mempunyai tahap kerisauanyang tinggi menunjukkan sikap pelajar terhadapSains adalah negatif dan sebaliknya. Dapatankajian bagi dimensi menunjukkan bahawaperatus kerisauan menyebelahi skala sangat tidaksetuju dan tidak setuju. Ini menunjukkan bahawapelajar tidak setuju terhadap semua item-itemyang mengukur kerisauan mereka terhadapSains. Justeru mereka mempunyai sikap yangpositif terhadap Sains dengan peratus kerisauanterhadap Sains adalah rendah (7.7 % - 18.4%)

Dimensi seterusnya iaitu kepentingan Sainsdalarn masyarakat dapat digambarkan melaluipentingnya dan perlunya ilmu Sains untukdigunakan dalam kehidupan seharian, jugadalam pekerjaan bagi menyelesaikan masalahseharian. Kebanyakan pelajar menunjukkan sikapyang positif dan setuju bahawa ilmu Sains pentingdalarn masyarakat. Ini ditu~ukkan dalarn hasilkajian di mana peratus setuju dan sangat setujulebih tinggi berbanding peratus sangat tidaksetuju dan tidak setuju bagi kebanyakan itemdalam dimensi ini kecuali item-2 dengankebanyakan pelajar (66.7%) tidak setuju bahawailmu Sains diperlu dalarn kebanyakkan pekerjaan.

Konsep kendiri dalam Sains puladitunjukkan melalui sikap yang ditonjolkan olehpelajar semasa mempelajari Sains sarna ada ketikaproses pembelajaran di dalarn kelas atau di luarkelas. Konsep kendiri yang positif dapat dirasaioleh pelajar dengan mereka merasakan bahawamereka boleh melakukan semua tugasan Sainsyang diberikan oleh guru, Sains mudah difaharnidengan mudah dan akan mencuba sedaya upayaapabila menghadapi pembelajaran Sains yangagak sukar. Dengan sikap yang positif ini merekamerasakan mereka agak pandai dan sukaterhadap mata pelajaran Sains. Dalarn dimensiini didapati enarn dari lapan item memperolehperatus yang tinggi dalarn skala setuju dan sangatsetuju. Pelajar merasakan mereka mempunyaikonsep kendiri dalam Sains, namun merekamasih merasakan bahawa mereka tidak dapatmenguasai Sains dan belum mahir dalarn aktivitiSains. Keadaan digarnbarkan dari dapatan pada

item-l dan item-5 dengan peratus persepsi yangpositif terhadap dimensi ini lebih rendahdaripada persepsi yang negatif iaitu 38.1 % bagiitem-l dan 46.6% bagi item-5.

Dimensi keseronokan terhadap Sains dapatdilihat apabila pelajar merasa gembira danseronok semasa melakukan aktiviti-aktivitipembe1ajaran. Jadi keseronokan terhadap Sainsdapat digambarkan melalui keseronokanmempelajari Sains dalam kelas, me~a1ankan

aktiviti dalarn makmal, bercerita mengenai Sains,menonton program Sains dan minat terhadapmata pelajaran Sains. Dapatan menunjukkanbahawa peratus setuju dan sangat setuju lebihtinggi dalarn semua item keseronokan terhadapSains. Ini menunjukkan pelajar mempunyai sikapyang positif terhadap Sains iaitu mereka merasaseronok mempelajari ilmu Sains sarna ada didalarn kelas atau apa-apa yang berkaitan denganSains dalarn kehidupan seharian mereka. ilaiperatus yang melebihi 90.0% adalah pada item­2, item-4 dan item-7 iaitu 90.2%, 93.7% dan92.7%, Ketiga-tiga item ini sangat mempunyaihubungkait di mana sekiranya pelajar sangatmenyukai Sains maka mereka akan merasaseronok membuat kerja-kerja yang berkaitandengan Sains dan mereka suka apa-apa sahajayang berkaitan dengan Sains.

Dimensi yang akhir ialah motivasi dalarnSains. Dimensi ini memberikan gambaran pelajar

. akan lebih bermotivasi sekiranya merekamendapat sokongan sarna ada dari dalaman diripelajar sendiri atau dari luar. Motivasi terhadapSains bagi kajian ini diukur dari segi kemudahantugasan Sains yang dirasakan oleh mereka danjuga bacaan tambahan yang mendorong merekameningkatkan motivasi dalarn mempelajari Sains.Dapatan kajian menunjukkan keseluruhanpelajar setuju terhadap item-item yang bolehmenyebabkan mereka bermotivasi dalarn Sains.Narnun item-1 menunjukkan pelajar masih sukakepada tugasan Sains yang mudah (82.3%) untuklebih mendorong mereka bermotivasi dalamSains. Malangnya motivasi mereka masih diperingkat yang rendah untuk menjadi ahli Sainsyang mempunyai kemahiran berfikir yang tinggimemandangkan mereka masih kurang berminatterhadap tugasan yang lebih mencabar.

Kesimpulannya, dapatan sikap pelajarterhadap Sains adalah positif bagi setiap dimensiyang mengukur sikap mereka terhadap Sainsberdasarkan kepada peratus keseluruhan sepertipada Jadual 3.

138 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 7: Jurnal kajian minat

Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

JADUAL 3ilai purata bagi setiap dimensi sikap terhadap Sains

Dimensi Ting.2 Ting.4 Matrikulasi Keseluruhan(n =223) (n=211) (n=59) (n=493)

Persepsi terhadap guru Sains 3.16 2.90 3.15 3.05Kerisauan terhadap Sains 1.75 1.79 1.62 1.75Kepentingan Sains dalam masyarakat 3.22 3.32 3.41 3.28Konsep kendiri dalam Sains 2.82 2.90 2.92 2.84Keseronokan terhadap Sains 3.18 3.19 3.34 3.20Motivasi dalam Sains 2.82 2.67 2.68 2.74

JADUAL 4Perbezaan sikap terhadap Sains di antara pelajar mengikut peringkat pendidikan

Dimensi Ting.2 Ting 4 Matrikulasi(n= 223) (n=211) (n=59) F Sig.

Min Sp Min Sp Min Sp

Persepsi terhadap guru 3.16 0.53 2.89 0.59 3.15 0.48 13.6 0.000*Sains

Kerisauan terhadap Sains 1.76 0.46 1.79 0.47 1.62 0.40 3.25 0.039*Kepentingan Sains dalam 3.22 0.38 3.31 0.37 3.41 0.27 8.21 0.000*masyarakatKonsep kendiri dalam Sains 2.84 0.41 2.81 0.38 2.92 0.33 1.79 0.168Keseronokan terhadap Sains 3.18 0.48 3.19 0.42 3.34 0.39 3.21 0.041*Motivasi dalam Sains 2.82 0.39 2.67 0.36 2.68 0.29 9.19 0.000*

Notasp - sisihan piawai* signifikan pada 0.05

Jadual 3 menunjukkan data berkaitan nilaipurata keseluruhan bagi setiap dimensi sikapterhadap Sains untuk setiap peringkatpendidikan. Dapatan menunjukkan lima dimensimemberikan nilai min keseluruhan yang lebihdari 2.60 kecuali pada dimensi kerisauanterhadap Sains. Nilai min yang diperoleh bagikelima-lima dimensi tersebut menggambarkanbahawa pelajar mempunyai persepsi yang positifterhadap Sains. Walau bagaimanapun bagidimensi konsep kendiri dalam Sains dan motivasidalam Sains, purata keseluruhan di sekitar 2.74-2.84. ilai ini menunjukkan bahawa sikappelajar dalam kedua-dua dimensi ini masih diperingkat sederhana.

Bagi purata dimensi kerisauan terhadapSains, nilai min keseluruhan yang diperolehadalah rendah (1.75). Sikap kerisauan yangrendah menunjukkan petanda yang baik iaitusikap ini positif kerana menunjukkan bahawapelajar tak setuju bahawa mereka mempunyai

perasaan risau terhadap Sains. Dengan kata lainpelajar tidak risau terhadap Sains.

PERBEZAAN SIKAP TERHADAP SAINSBERDASARKAN PERINGKAT PENDIDIKAN,

JANTINA DAN BANGSA

Perbezaan Sikap Terhadap Sains Mengikut PeringkatPendidikan

Perbezaan sikap terhadap Sains mengikutperingkat pendidikan dianalisis denganmenggunakan analisis A OVA satu hala.Keputusan ujian anova seperti pada Jadual 4.

Berdasarkan Jadual 4, perbezaan min yangsignifikan wujud bagi lima daripada enamdimensi dalam sikap terhadap Sains. Di antaralima dimensi yang menurUukkan perbezaan, tigadimensi iaitu; a) Kerisauan terhadap Sains,b) Kepentingan Sains dalam masyarakat danc) Keseronokan terhadap Sains, menunjukkanwujudnya perbezaan min di antara pelajarmatrikulasi dengan pelajar-pelajar Tingkatan 2

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 139

Page 8: Jurnal kajian minat

Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman

dan 4. Secara amnya, pelajar matrikulasimemperlihatkan sikap yang lebih positif terhadapkepentingan Sains dalam masyarakat danterhadap keseronokan dalarn Sains dibandingkandengan pelajar Tingkatan 2 dan 4. Pada masayang sarna, pelajar matrikulasi merasa kurangrisau terhadap Sains jika dibandingkan denganpelajar Tingkatan 2 dan 4.

Untuk dimensi persepsi terhadap guru Sains,min skor yang diperoleh bagi pelajar Tingkatan4 (min=2.89) adalah lebih rendah daripada skormin pelajar Tingkatan 2 (min=3.16) dan pelajarMatrikulasi (min=3.15) dan wujudnya perbezaanyang signifikan pada 0.05 an tara pelajarTingkatan 4 dengan pelajar Tingkatan 2 danMatrikulasi. lni menunjukkan pelajar Tingkatan4 mempunyai persepsi terhadap guru Sains yanglebih rendah jika dibandingkan dengan pelajarTingkatan 2 dan Matrikulasi. Bagi dimensimotivasi dalam Sains, ketiga-tiga jenis pelajarmenunjukkan sikap yang sederhana rendah iaitumin antara 2.67-2.82. Namun terdapat perbezaanyang signifikan (p=O.OOO) di antara motivasi.dalam Sains pelajar Tingkatan 2 (min= 2.82)dengan pelajar Tingkatan 4 (min=2.67) danpelajr Matrikulasi (min=2.68). Motivasi dalamSains bagi pelajar Tingkatan 2 adalah lebih tinggidaripada pelajar Tingkatan 4 dan Matrikulasi.Dapatan ini juga menunjukkan bahawa ketiga­tiga jenis pelajar mempunyai konsep kendiridalam Sains yang sederhana rendah dan tiadaperbezaan yang signifikan wujud bagi konsepkendiri dalam Sains untuk ketiga-tiga jenispelajar.

Daripada analisis deskriptif yang dilakukandidapati pelajar menunjukkan sikap yang positifterhadap guru Sains mereka, menunjukkan

kerisauan yang rendah terhadap mata pelajaranSains, amat bersetuju bahawa Sains pentingdalam masyarakat, menunjukkan konsep kendiriyang baik dalam menangani permasalahan dalammata pelajaran tersebut, menunjukkankeseronokan yang tinggi terhadap Sains danmotivasi yang tinggi untuk mempelajari Sains.

Perbezaan Sikap Terhadap Sains Mengikut Jantina

Tahap sikap terhadap Sains turut dibandingkanmengikut jantina dan dapatan anahsis ujian tditunjukkan di Jadual 5.

Secara keseluruhannya, skor min bagi setiapdimensi adalah lebih kurang sarna untuk pelajarlelaki dan perempuan kecuah bagi dimensipersepsi terhadap guru Sains. Bagi dimensi a)Kepentingan Sains dalam masyarakat (min lelaki= 3.25 dan min perempuan = 3.31) dan b)Keseronokan terhadap Sains (min lelaki = 3.19dan min perempuan = 3.21), min yang diperolehadalah pada tahap sederhana tinggi manakalabagi dimensi a) Konsep kendiri dalam Sains(min lelaki = 2.86 dan min perempuan = 2.83)dan b) Motivasi dalam Sains (min lelaki = 2.74dan min perempuan = 2.74), min yang diperolehadalah pada tahap sederhana rendah. Bagidimensi kerisauan terhadap Sains, kedua-duajenis pelajar menunjukkan tahap kerisauanterhadap Sains yang rendah.

Perbezaan min yang signifikan adalah padadimensi persepsi pelajar terhadap guru Sains.Satu dapatan yang menarik ialah pelajar lelakimenunjukkan persepi terhadap guru Sains yanglebih positif (min= 3.12) dibandingkan denganpelajar perempuan (min= 2.99) dan perbezaanmin tersebut adalah signifikan pada aras 0.05.lni menunjukkan pelajar lelaki mempunyai

JADUAL 5Perbezaan sikap terhadap Sains mengikut jantina

Dimensi

Persepsi terhadap guru SainsKerisauan terhadap SainsKepentingan Sains dalam masyarakatKonsep kendiri dalam SainsKeseronokan terhadap SainsMotivasi dalam Sains

* signifikan pada 0.05

Lelaki Perempuan(n=192) (n=301)

min sp min sp

3.12 0.54 2.99 0.58 2.321.78 0.45 1.74 0.46 0.973.25 0.38 3.31 0.36 -1.652.86 0.39 2.83 0.38 0.753.19 0.48 3.21 0.43 -0.552.74 0.39 2.74 0.35 0.06

Sig.

0.02*0.330.100.450.580.99

140 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 9: Jurnal kajian minat

Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

persepi terhadap guru Sains yang lebihmemberangsangkan jika dibandingkan denganpelajar perempuan.

Perbezaan Sikap Terhadap Sains Mengikut Bangsa

Ujian t dijalankan juga untuk melihat sarna adaterdapat perbezaan yang signifikan bagi sikapterhadap Sains mengikut bangsa. HasHpenganalisaan ditunjukkan di Jadual 6.

Berdasarkan pada Jadual 6 secarakeseluruhannya, min skor bagi kesemua diinensikecuali dimensi kerisauan terhadap Sains, pelajarBurniputera adalah lebih tinggi daripada minskor pelajar bukan Burniputera. Ini menunjukkanpelajar Bumiputera mempunyai sikap yangsederhana tinggi dan tinggi terhadap dimensi­dimensi tersebut seperti persepsi terhadap guruSains dan keseronokan terhadap Sains jikadibandingkan dengan pel<lJar bukan Burniputera.Perbezaan min skor bagi setiap dimensi tersebutjuga signifikan pada aras 0.05.

Untuk dimensi kerisauan terhadap Sainspula, pelajar Burniputera menunjukkan kerisauanterhadap Sains yang lebih rendah jikadibandingkan dengan pelajar bukan Bumiputera(bandingkan min=1.63 dengan min=1.92).Perbezaan min bagi dimensi ini adalah signifikandi antara pelajar Bumiputera dengan pelajarbukan Bumiputera (p=O.OOO). Ini menandakanpelajar Bumiputera mendapati Sains tidakmenakutkan jika dibandingkan dengan pelajarbukan Bumiputera.

PERBINCANGAN

Kajian ini telah mengukur sikap terhadap Sainsyang terdiri daripada enam dimensi iaitu; a)sikap terhadap guru Sains, b) kerisauan terhadap

Sains, c) kepentingan Sains dalam masyarakat,d) konsep kendiri dalam Sains, e) keseronokandalam mempel~bidang Sains dan f) motivasidalam Sains. Secara keseluruhannya, sampelkajian menunjukkan sikap yang positif terhadapguru Sains, kepentingan Sains dalam masyarakatdan keseronokan dalam mempelajari bidangSains. Sampel kajian juga menunjukkan tahapkerisauan terhadap Sains yang rendah.

Dapatan kajian menunjukkan dua dimensisikap yang bertahap sederhana ditunjukkan olehsampel ialah dimensi a) konsep kendiri dalamSains dan b) motivasi dalam Sains. MenurutParkinson et aL (1998), apabila pelajar merasakanmereka tidak 'pandai dan berkebolehan' dalamSains kemungkinan besar mereka tidak akanmelanjutkan pendidikan dalam bidang Sains.Oleh itu adalah penting tahap konsep kendiriSains ini dipertingkatkan dalam kalangan pelajaragar penglibatan pelajar dalam bidang Sains diperingkat tinggi dapat juga dipertingkatkan.Pada masa yang sama, tahap konsep kendiridalam Sains yang sederhana mungkin adalahmanifestasi orang timur seperti Malaysia iaitunilai orang timur lazimnya adalah merendahkandiri walaupun kebolehan sebenamya adalah lebihbaik daripada yang dipersepsikan.

Bagi dimensi motivasi dalam Sains didapatibahawa sikap terhadap dimensi ini adalah padatahap yang sederhana. Dimensi ini antara lainmenggambarkan pelajar lebih sukakan tugasanSains yang mudah serta lebih suka diberitahutentang fakta daripada memperolehnya daripadaeksperimen. Dapatan ini membayangkan corakpengajaran dan pembelajaran Bains yang dialamioleh pelajar lebih menggalakkan penyaluranfakta dan tidak menekankan kepada pemikiran

JADUAL 6Perbezaan sikap terhadap Sains mengikut bangsa

Dimensi Bumiputera(n=290)

Bukan bumiputera(n=203) Sig.

min sp min sp

Persepsi terhadap guru Sains 3.21 0.48 2.80 0.59Kerisauan terhadap Sains 1.63 0.41 1.92 0.47Kepentingan Sains dalam masyarakat 3.36 0.33 3.18 0.39Konsep kendiri dalam Sains 2.89 0.38 2.76 0.39Keseronokan terhadap Sains 3.33 0.39 3.02 0.47Motivasi dalam Sains 2.80 0.35 2.64 0.37

* signifikan pada 0.05

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006

8.50-7.375.203.647.645.03

0.000*0.000*0.000*0.000*0.000*0.000*

141

Page 10: Jurnal kajian minat

Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman

kritikal. Kurang penekanan ke atas pemikirankritikal akan membantutkan usaha untukmemupuk sikap saintifik di kalangan pelajar danseterusnya merencatkan kejayaan misipembudayaan literasi Sains dalam kalangan wargaMalaysia.

Analisis inferensi telah dijalankan ke atassetiap dimensi sikap terhadap Sains berdasarkanperingkat pendidikan. Dapatan kajian menunjuk­kan terdapat perbezaan signifikan bagi beberapadimensi sikap antara peringkat pendidikan. Bagidimensi sikap mengenai persepsi terhadap gumSains, pelajar Tingkatan 4 menunjukkan persepsiterhadap guru Sains yang lebih rendahdibandingkan dengan pelajar Tingkatan 2 danMatrikulasi. Ini adalah mungkin disebabkanpelajar Tingkatan 4 bam mula diperkenalkandengan mata pelajaran Sains tulen danmemerlukan penyesuaian diri dalam prosespengajaran dan pembelajaran jika dibandingkandengan pengajaran dan pembelajaran Sains diTingkatan 2 dan Matrikulasi. Justem, penyesuaiandiri dalam mengikuti pengajaran danpembelajaran Sains mempakan agenda utamadiri pelajar-pelajar berkenaan.

Dimensi kerisauan terhadap Sainsmemperlihatkan pelajar Matrikulasi mempunyaitahap kerisauan yang lebih rendah jikadibandingkan dengan pelajar Tingkatan 2 dan4. Ini adalah satu petanda yang positif di manafenomena tahap kerisauan terhadap Sainsmenurun mengikut pertambahan peringkatpendidikan. Dalam konteks pemilihan pelajar­pelajar yang dipilih memasuki programMatrikulasi, pelajar-pelajar yang mendapattempat mempakan pelajar-pelajar yang terpilihdan keputusannya memenuhi kehendakMatrikulasi iai tu pelajar perlu mendapatkeputusan yang baik dalam kesemua matapelajaran sains tulen yang diambil di peringkatSijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu,sewajarnyalah tahap kerisauan dalam Sainsdalam kalangan pelajar-pelajar berkenaan adalahrendah seperti yang dilaporkan oleh Barringtondan Hendricks (1988); iaitu pelajar cerdikmenunjukkan sikap terhadap Sains yang lebihpositif. Dapatan kajian ini juga didapati turutmenyokong dapatan kajian Barrington danHendricks (1988) bagi dimensi-dimensikepentingan Sains dalam masyarakat dankesoronokan dalam Sains. Didapati pelajarMatrikulasi menunjukkan tahap sikap yang positifserta tinggi dan ia berbeza secara signifikan jika

dibandingkan dengan pelajar Tingkatan 2 dan4.

Walaupun pelajar Matrikulasi menunjukkantahap keseronokan terhadap Sains yang lebihtinggi daripada pelajar Tingkatan 2 dan 4,pelajar Tingkatan 2 menunjukkan tahap motivasidalam Sains yang tinggi jika dibandingkandengan pelajar Tingkatan 4 dan Matrikulasi.Satu kemungkinan ialah pelajar Tingkatan 2bam diperkenalkan kepada subjek Sains jikadibandingkan dengan kumpulan pelajar yanglain. Oleh itu pelajar Tingkatan 2 berminat untukmengetahui lebih tentang Sains kerana matapelajaran ini mempakan suatu yang barn bagimereka. amun motivasi sedemikian didapatimenurun dengan peningkatan peringkatpendidikan. Oleh itu bolehlah diandaikanbahawa pendidikan Sains di sekolah hanyamampu mengekalkan keseronokan terhadapSains di sekolah. Motivasi untuk mengetahuitentang Sains seperti ingin membaca bacaantambahan tentang Sains iaitu luar darilingkungan sekolah adalah sederhana danberkemungkinan besar pemupukan literasi Sainsmungkin terbatas. Ini mungkin disebabkancorak pengajaran Sains di peringkat pendidikantinggi adalah lebih menekankan kepadapemerolehan fakta (Wineburg 1994). Dalammembicarakan tentang keseronokan mempelajariSains yang mengikut peringkat pendidikan,variasi dalam pengajaran yang dialami olehpelajar khususnya di peringkat pendidikan yangtinggi tumt memberikan impak yang tidakkurang pentingnya. Dalam komen yangdiberikan, Bricheno et al. (2000) menyatakanbahawa:

Science at secondary school is better than sci­ence at primary school. Because at secondaryschool we do things like acids, the body etc.,whereas at the Junior we did experiments likegrip on shoes. In other words, science at sec­ondary school varies but atJunior school it wasthe same thing evertime.(Bricheno et aL 2000: 150)

Perbezaan tahap sikap terhadap Sainsmengikut setiap dimensi turut dianalisismengikutjantina. Dapatan kajian menunjukkanpelajar lelaki menunjukkan sikap lebih positifdalam dimensi persepsi terhadap gum Sainsdan konsep kendiri dalam Sains. Manakalapelajar perempuan menunjukkan sikap lebihpositif bagi dimensi keseronokan terhadap Sains

142 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006

Page 11: Jurnal kajian minat

Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

dan kepentingan Sains dalam masyarakat. Pel;:yarperempuan juga mempunyai tahap kerisauanterhadap Sains yang lebih rendah berbandingpelajar lelaki. Pada secara keseluruhannyadapatan analisis ujian-t menunjukkan tiadaperbezaan signifikan bagi semua dimensi kecualidimensi persepsi terhadap guru Sains di antarajantina. Ini menunjukkan pelajar lelakimendapati guru Sains berjaya an tara lainmenjadikan Sains menarik, mempersembahkanpengajaran Sains denganjelas dan menunjukkankeseronokan mengajar Sains jika dibandingkandengan persepsi pelajar perempuan terhadapguru Sains. Dapatan ini adalahmemberangsangkan memandangkan kajian­kajian lepas (contohnya, Lee et al. 1996;Kampourakis et aL 2001) menunjukkan gurumemainkan peranan penting dalam memupuksikap positif pel;:yar terhadap Sains dan seterusnyadapat meningkatkan pencapaian pelajar dalammata pelajaran Sains.

Pada masa yang sama, kebanyakan kajianlepas membuktikan bahawa (Francis dan Greer1999 ; Weinburg dan Molly 1995) pelajar lelakilebih bersikap positif terhadap Sains berbandingdengan pelajar perempuan. amun demikian,senario masa kini menunjukkan pencapaianpelajar perempuan di peringkat sekolahmenunjukkan lebih tinggi dalam semua subjektermasuk Sains berbanding pelajar lelaki.Walaupun pelajar perempuan mempunyai sikappositif yang lebih rendah terhadap Sainsberbanding pelajar lelaki, mereka masih mampumemperoleh pencapaian yang lebih tinggidaripada pelajar lelaki. Satu implikasi mengenaisikap positif yang rendah terhadap Sains ialahpelajar perempuan berkemungkinan tidak akanmelibatkan diri dalam bidang Sains di peringkatyang lebih tinggi seperti menjadi seorang saintiswalaupun memperoleh pencapaian yang tinggidalam Sains.

Untuk pembolehubah bangsa, dapatankajian menunjukkan terdapat perbezaansignifikan bagi semua dimensi sikap yang diujipada tahap alpha 0.05. Secara keseluruhannya,pelajar Bumiputera menunjukkan sikap yangpositif dan signifikan berbanding pelajar bukanBumiputera ke atas persepsi terhadap guru Sains,kepentingan Sains dalam masyarakat, konsepkendiri dalam Sains, keseronokan terhadap Sainsdan motivasi dalam Sains. Pelajar bukan

.Bumiputera menunjukkan tahap kerisauanterhadap Sains yang lebih tinggi berbanding

Bumiputera. Satu kemungkinan ialah wujudnyakerisauan terhadap Sains yang tinggi dalamkalangan pelajar bukan Bumiputera ialah pelajarbukan Bumiputera mungkin menekankankepada pencapaian akademik yang baik lalumembawa kepada tahap kerisauan yang tinggi.Berdasarkan tahap kerisauan yang tinggi, makadimensi lain seperti keseronokan terhadap Sains.dan motivasi dalam Sains turut mempunyai tahapyang rendah dalam kalangan pelajar bukanBumiputera. Oleh itu adalah tidak hairan bahawapenglibatan pelajar bukan Bumiputera dalambidang sains tulen dan Matematik sebagai keIjayaadalah rendah kecuali dalam bidang professionalseperti kejuruteraan dan perubatan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, sikap pelajar terhadapSains di sekolah adalah memberangsangkan iaituguru Sains mengikut persepsi pelajar mampumengajar Sains dengan baik. Namun guru bolehdigalakkan lagi untuk memikirkan corakpengajaran Sains yang dapat meningkatkan lagikonsep kendiri pelajar dalam Sains di semuaperingkat pendidikan. Antara aspek pengajaranyang memerlukan perhatian yang lebih ialahguru perlu lebih peka apabila pelajarmenghadapi masalah dengan tugasan Sains. Inisecara tak langsung akan membantumeningkatkan konsep kendiri pelajar dalamSains. Dimensi sikap ini adalah penting untukmemastikan pelajar terus mempunyai minatuntuk teruskan pendidikan dalam bidang Sainslalu membantu meningkatkan nisbah pelajardalam aliran Sains berbanding sastera.

Pengkaji juga berpendapat bahawa program­program kesedaran tentang Sains yang telahdilaksanakan oleh Kementerian Sains danTeknologi mungkin menyumbang kepada sikapyang positif khususnya bagi dimensi kepentinganSains dalam masyarakat. Sikap yang positif inijuga mungkin wujud berasaskan kesedaranpelajar berhubung keIjaya profesional yangberkaitan dengan Sains seperti perubatan dankejuruteraan yang dikukuhkan lagi dengantuntutan dan pendedahan yang tertonjol dalamera teknologi maklumat dan dunia tanpasempadan masa kini. Di samping itu, pendidikSains, serta individu yang bertanggungjawabdalam penggubalan kurikulum pendidikan Sainsperlu memikirkan program, corak pengajarandan intervensi yang dapat meningkatkan motivasipelajar dalam Sains iaitu mempelajari Sains luar

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 143

Page 12: Jurnal kajian minat

Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman

daripada lingkungan sekolah dan juga untukmemperoleh pekeIjaan. Dengan pemupukanperasaan menghargai Sains dalam kehidupanseharian, usaha ke arah pemupukan literasi Sainsdapat diteruskan malah direalisasikan.

RUJUKANAKHBAR IBRAHIM. 1997. Attrition to science and

technology: The Malaysian case. Ccnference onScience and Technology Education. Kuala LumpurMalaysia.

BARRINGTO ,B. L. dan B. HENDRICKS. 1988. Attitudestowards science and science knowledge ofintellectually gifted and average students inthird, seventh, and eleventh grades. Journal ofResearch Science Teaching 25(8): 676-687.

BRICHENO, P., ]. JOHNSON dan ]. SEARS. 2000.Children's attitudes to science: Beyond themen white coats. In Issues in Science Teaching,ed. J. Sears and P. Sorensen. Routledge:London

CATHERINE, W. dan W. NICHOLAS. 1998. Welsh primaryschool leavers, perceptions of science. Researchin Science and Technology Education 16(1): 43-52.

CHIAPPETTA, E., T. KoBALLA dan A. COLLETTE. 1998.Science Instruction in the Middle and SecondarySchools. New Jersey: Prentice Hall.

DUTTON, W. dan L. STEPHE s. 1963. Measuringattitudes towards science. School Science andMathematics 63(1): 43-49.

FRANCIS, L. ]. dan]. E. GREER. 1999. Measuringattitude towards science among secondaryschool students: The affective domain. Researchin Science & Technological Education 17(2): 219- 226.

FRASER, B.]. 1982. How strongly are attitude andachivement related? School Science Review 63:557 -559.

GARD ER, P. L. 1975. Attitudes to science: A review.Studies in Science Education 2: 1-41.

GALL, M., ]. P. GALL dan W. R. BORG. 2003.Educational Research: An Introduction. Boston:Longman

GOGOLlN, L. dan F. SWARTZ. 1992. A quantitativeand qualitative inquiry into the attitudes towardscience of non science college students. Journalof Research in Science Teaching 29(5): 487-504.

HANI IsMAIL. 2001. Faktor-faktor yang mempengaruhipencapaian pelajar menengah rendah dalam

mata pelajaran sains. Kertas projek Sarjana,Fakulti Pendidikan. Universiti KebangsaanMalaysia.

HARLEN, W. 1996. The Teaching of Science in PrimarySchooL London: David Fulton.

HAsAN, O. E. dan V. Y. BILLEH. 1975. Relationshipbetween teacher's change in attitudes towardsscience and some professional variables. Journolof Research in Science Teaching 12(3): 247-253.

KAMPOURARIS, K., K. GEORGOUSI dan G. TSAPARLls.2001. Physical science knowledge and patternsof achievement at primary-secondary interface.Part 1. Chemistry Education Research and PracticeEurope.

KAssIM, A. H. B. 1989. Teacher style and conceptdevelopment in a chemistry ordinary levelprogramme in Malaysia. Unpublished PhDThesis. East Angila University.

KRECH, D., R. S. CRUTCHFIELD dan E. L. BALLACREY.1962. Individual in Society. ew York: McGrawHill.

KRYNOWSKY, B. A 1985. The development of theattitude towards the subject science scale.Report o. 85:7. Educational Research Instituteof British Colombia.

LEE, M. N. N., Y. SUAN, L. S. PIEW, KHADI]AH ZON,MUNlRAH GHAZAU dan L. C. SAM. 1996. Students'Orientation Towards Science and Mathematics. Whyare EnroUment FaUing. Monograph Series 0:

1/1996. Pulau Pinang: School of EducationStudies, U niversiti Sains Malaysia.

MUHAMMAD NOR B. AHMAD. 2002. Perbandinganantara teknik pengajaran yang dilaksanakandan teknik pengajaran yang diingini dalampembelajaran sains dari perspektif pelajar.Kertas Projek Sarjana, Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.

MUNBY, H. 1980. An evaluation of instruments whichmeasute attitudes to science. In World Trends inScience Education, ed. McFadden. Halifax, NovaScotia: Atlantic Institute of Education.

OPPENHEIM, A. N. 1966. Questionnaire Design andAttitude Measurement. London: Heinemann.

OSBORNE,]., R. DRIVER dan S. SIMO . 1998. Attitudesto science: Issues and concern. School ScienceReview 79(288): 27-46.

PARKINSON, ]., D. HENDLEY, H. TANNER dan A.STABLES. 1998. Pupils' attitudes to science inkey stage 3 of the national curriculum: A study

144 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 13: Jurnal kajian minat

Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

of pupils in South Wales. Research in Science andTechnological Education 16(2): 165-176.

RAzlLA ABo. KAoIR. 1998. Pemilihan aliran sains dikalangan pelajar Tingkatan Empat. LatihanIlmiah: Fakulti Pendidikan, UKM.

ROKEACH, M. 1968. Beliefs, Attitudes and Values: ATheory ofOrganization and Change. San Francisco:

Jossey-Bass Inc. Publishers.

Sm RAHAYA. 1988. Kajian mengenai sikap terhadapsains dan pencapaian dalam mata pelajaransains paduan bagi pelajar-pelajar TingkatanTiga. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.

WEINBURGH dan MOLLY. 1995. Gender differences instudent attitudes towards science: A meta­analysis of the literature from 1970 to 1991.Journal of Research in Science Teaching 32 (4):387-98.

YEH, M. L. 1996. Translation and validation of theCalifornia Critical Thinking DispositionsInventory (Chinese). Unpublished DoctoralDissertation, University of Maryland.

(Received: 6 May 2004)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006 145

Page 14: Jurnal kajian minat

Dirnensi

Persepsi terhadap guru sains

Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman

IAMPlRAN

Item

1. Guru sains menunjukkan minat terhadap pelajar2. Guru sains menjadikan sains sangat menarik3. Guru sains mempersembahkan sains dengan jelas4. Guru sains tahu bila pelajar menghadapi masalah dengan

tugasan sains5. Guru sains menunjukkan keseronokan mengajar sains6. Guru sains berseelia untuk memberikan bimbingan yang lebih kepada

pelajar7. Guru sains mempunyai banyak pengetahuan tentang sains8. Guru sains suka pelajar bertanyakan soalan

Kerisauan pelajar terhadap sains

Kepentingan sains dalammasyarakat

Konsep keneliri dalam sains

Keseronokan terhadap sains

146

1. Saya rasa tidak selesa dalam kelas sains2. Apabila saya mendengar perkataan 'sains', wujud perasaan tidak suka

dalam eliri saya3. Saya rasa tertekan bila seseorang bercakap berkenaan sains dengan

saya4. Saya ingin pekeIjaan yang tidak berkaitan dengan sains5. Saya rasa gementar walaupun hanya memikirkan tentang sains6. Menghadiri kelas sains amat menakutkan saya7. Saya mempunyai perasaan yang tidak baik terhadap sains8. Saya mempunyai hasrat yang rendah untuk belajar sains

1. Sains sangat berguna untuk menyelesaikan masalah seharian2. Terdapat banyak keperluan menggunakan ilmu sains dalam

kebanyakan pekeIjaan3. Kebanyakan orang patut mempelajari sedikit tentang sains4. Sains sesuatu yang membantu untuk memahami dunia sekarang5. Sains merupakan perkara yang sangat penting untuk pembangunan

negara6. Adalah penting untuk mengetahui sains agar mendapat pekeIjaan

yang baik7. Kita boleh melalui kehidupan seharian dengan sempurna dengan

sains8. Kebanyakan idea-idea dalam sains berguna

1. Saya agak pandai dalam sains2. Biasanya saya memahami apa yang dibincangkan dalam kelas sains3. Saya faham sains apabila saya mencuba dengan sedaya upaya4. Saya selalu flkir 'saya boleh buat' bila berhadapan dengan tugasan

sains yang kelihatan sukar5. Saya mahir dengan aktiviti-aktiviti dalam makmal sains6. Saya mengingati kebanyakan perkara yang saya pelajari dalam kelas

sains7. Adalah penting bagi saya untuk memahami kerja-kerja yang saya

lakukan dalam kelas sains8. Jika saya tidak dapat menyelesaikan tugasan sains untuk kali pertama,

saya akan cuba untuk menyelesaikannya

1. Saya sangat suka sains2. Aktiviti dalam makmal sains menyeronokkan3. Saya ingin menambahkan masa yang diperuntukkan untuk

mempelajari sains eli sekolah4. Saya suka apa-apa juga yang berkaitan dengan sains5. Saya seronok bercakap mengenai sains dengan orang lain

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 15: Jurnal kajian minat

Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pe1ajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

Dimensi

Motivasi dalam sains

Item

6. Saya seronok menonton program sains di TV7. KeIja-keIja berkaitan sains mengembirakan saya8. Sains merupakan salah satu mata pelajaran yang saya gemari

1. Saya paling suka tugasan sains yang susah2. Saya ingin membaca bacaan tambahan tentang sains3. Sains sangat mudah bagi saya4. Kadang-kadang saya membaca terlebih dahulu buku teks sains5. Membuat tugasan sains tidak menjadi masalah bagi saya6. Saya suka tugasan sains yang mencabar7. Saya lebih suka mendapatkan fakta sains melalui eksperimen daripada

diberitahu tentangnya8. Sebab-sebab saya mengambil sains adalah kerana saya tidak terpaksa

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 147