jurg pencapaian murid sek men

52
JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH MENENGAH

Upload: cahaya-cita-cita

Post on 20-Jun-2015

228 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurg pencapaian murid sek men

JURANG PENCAPAIAN

MATEMATIK MURIDSEKOLAH

MENENGAH

Page 2: Jurg pencapaian murid sek men

JURANG : beza, kelainanan, ketidaksamaan

PENCAPAIAN : apa yang telah dicapai (dihasilkan

atau diperoleh), prestasi

MATEMATIK : ilmu pengetahuan mengenai

nombor, bentuk, susunan, hubungan dan lain-lain dengan

menggunakan simbol

DEFINISI

Page 3: Jurg pencapaian murid sek men

Jurang Pencapaian Akademik

Lokaliti

BudayaGender

Sosial

Page 4: Jurg pencapaian murid sek men

LokalitiBandar dan Luar

Bandar

Page 5: Jurg pencapaian murid sek men

• “... merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.”

• YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein• (Perutusan Tahun Baru, 2006)

Page 6: Jurg pencapaian murid sek men

Bandar

Menurut Melvin G.Marcus & Thomas R. Detwyler 1985, menyatakan bahawa terdapat 3 definisi utama Pertamanya bandar adalah suatu unit

politik, suatu petempatan. Keduanya bandar adalah satu gabungan

antara tempat dengan penghuninya. Ketiganya dari segi fungsi.

Page 7: Jurg pencapaian murid sek men

Luar Bandar

“Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi”

Page 8: Jurg pencapaian murid sek men

Statistik SPM 2009*sumber dari Kementerian Pelajaran Malaysia

Pencapaian Calon

Tahun % Lulus Bandar

% Lulus Luar Bandar

Perbezaan % lulus Bandar – luar bandar

2008 81.1 72.6 8.5

Matematik 2009 81.8 72.6 9.2

Beza 0.7 0.0 0.7

Page 9: Jurg pencapaian murid sek men

Jurang antara bandar dan luar bandar

No. Bandar Luar bandar

1.

2.

3.

Kemudahan infrastruktur dan kemudahan yang lengkap

Guru terlatih dan mencukupi

Kemudahan ICT lengkap dan mengcukupi

Kekurangan kemudahan infrastruktur

Kekurangan guru

Kekurangan kemudahan ICT

Page 10: Jurg pencapaian murid sek men

KPM telah mengenalpasti 5 jurang iaitu :

1)Jurang Bandar dan luar Bandar2)Jurang digital3)Jurang antara tahap

pencapaian pelajar4)Jurang antara pelajar normal

dan pelajar berkeperluan khas5)Jurang sosioekonomi

Page 11: Jurg pencapaian murid sek men

Jurang bandar dan luar bandar

Penyediaan infrastruktur dan penempatan kepada para guru yang mengajar.

Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan yang paling ketara sekali ialah sekolah di kawasan pedalaman.

Perbezaan ini biasanya merujuk kepada perbezaan daripada segi kemudahan-kemudahan seperti bas awam, perpustakaan awam dan sebagainya.

Page 12: Jurg pencapaian murid sek men

Jurang digital

Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru.

Keadaan geografi yang berbukit-bukau yang menyebabkan perkhidmatan bagi mengakses internet menjadi terhad.

Page 13: Jurg pencapaian murid sek men

Jurang antara tahap pencapaian pelajar

Kesulitan pelajar dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Dalam situasi ini, kebanyakan pelajar sekolah rendah tidak mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman mahupun faktor luaran.

Selain itu, kegagalan mencapai standard minimum oleh KPM.

Keadaan ini akan menyebabkan seseorang pelajar itu berisiko tinggi tercicir daripada sistem pendidikan.

Page 14: Jurg pencapaian murid sek men

Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas.

Ia merujuk kepada perbezaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai.

Bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar berkeperluan khas termasuklah mereka yang kurang upaya, pintar cergas dan berbakat.

Golongan kelainan upaya biasanya memerlukan kemudahan teknologi yang canggih bagi membantu mereka dalam sistem pembelajaran dan pengajaran

Page 15: Jurg pencapaian murid sek men

Jurang sosioekonomi

Ibu bapa yang berpendapatan tinggi menunjukkan tahap pencapaian yang lebih baik berbanding sebaliknya.

Page 16: Jurg pencapaian murid sek men

SosialSegala hal yang berkaitan

dengan masyarakat.Perlu ada komunikasi.

Page 17: Jurg pencapaian murid sek men

TARAF SOSIOEKONOMI

Page 18: Jurg pencapaian murid sek men

TARAF SOSIO EKONOMI

Abdullah (2004) yang menyatakan bahawa sosioekonomi memberi impak

terhadap pencapaian murid.

Ibu bapa pada zaman Ini sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak mereka

tetapi tidak di luar bandar.

Masih lagi terdapat ibu bapa yang kurang pendedahan dan menyebabkan anak

mereka tercicir dalam pelajaran.

Page 19: Jurg pencapaian murid sek men

Iba Bapa berpendapatan tinggi menunjukkan pencapaian yang baik berbanding sebaliknya.

Ibu Bapa yang berpendapatan rendah tidak mampu menyediakan pelbagai kemudahan seperti komputer.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa masih ramai lagi murid yang datang dari keluarga berpendapatan

rendah berjaya ke menara gading

Page 20: Jurg pencapaian murid sek men

Faktor keluarga memberi impak kepada pencapaian murid dalam pelajaran matematik.

Ini kerana murid mendapat perhatian dan galakan daripada ibu bapa.

Ini turut disokong oleh Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak

yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah.

Page 21: Jurg pencapaian murid sek men

PERSEKITARAN

Rakan Sebaya

Luar Sekolah

Suasana Kelas

Page 22: Jurg pencapaian murid sek men

KOMUNIKASI

Satu proses memindahkan makna dalam usaha membina satu fahaman

Proses komunikasi diantara guru dengan pelajar merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses

pembelajaran matematik.

Komunikasi yang wujud ini memberi ruang interaksi yang membolehkan proses penyampaian ilmu dilakukan

dengan berkesan dan pembelajaran dilakukan secara komprehensif (Zaleha, 2008).

Page 23: Jurg pencapaian murid sek men

PPSMI

MBMMBI

Page 24: Jurg pencapaian murid sek men

Budaya

Budaya

Di Sekolah Di Rumah

Keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian

sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi).

Page 25: Jurg pencapaian murid sek men

Budaya SekolahMenurut Mohd Salleh (1997), dalam pengisian budaya formal sekolah, guru memainkan peranan penting dalam memahami

matlamat sekolah jangka pendek dan panjang. Sebagai contoh, guru berbincang mengenai perkembangan sistem pembelajaran

termasuk kurikulum yang memang menjadi agenda penting setiap tahun.

Menurut Amir (2006), budaya formal sekolah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan

pembelajaran pelajar. Maka boleh dikatakan bahawa budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal, sosial dan

budaya ilmu memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Terdapat sekolah yang menekankan tindakan instrumental yang mana lebih menumpukan kepada matlamat sekolah pada masa akan datang dan lebih

berorientasikan peperiksaan.

Namun terdapat juga sekolah yang memberi penekanan pada tindakan ekspresif iaitu menumpukan kepada

kegiatan kokurikulum dan nilai-nilai afektif. Sehubungan dengan itu, para pelajar dipengaruhi oleh

budaya formal sekolah mereka.

Page 26: Jurg pencapaian murid sek men

SIAPAKAH YANG MEMBENTUK BUDAYA DI

SEKOLAH

PENGETUAKuasa(Perubahan) Melibatkan Guru

Page 27: Jurg pencapaian murid sek men

Sikap

Guru

Pelajar

Budaya di

Sekolah

Page 28: Jurg pencapaian murid sek men

FAKTOR

GURU

Pendekatan pengajaran guru

PELAJAR

Konsep pembelajaran

Sikap dalam mempelajari Matematik

Kebimbangan dalam mempelajari Matematik

Tabiat dalam mempelajari Matematik

Page 29: Jurg pencapaian murid sek men

Kajian Dalam Negara• Menurut Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Yusof Boon

(2007), terdapat hubungan yang lemah antara sikap murid terhadap mata pelajaran Matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut.

Sederhana

Tinggi0%

10%20%30%40%50%60%70%80%90%

Sikap emosi terhadap Matematik

Sikap emosi

Page 30: Jurg pencapaian murid sek men

Sikap pelajar Melayu terhadap Pembe-lajaran

Gagal menyele-saikan kerja rumahTidak suka membuat latihan tambahanTerlalu bergantung pada guru

Menurut Aminah (2008), dalam kajiannya mendapati bahawa sikap pelajar Melayu terhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila 73 peratus tidak suka

membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung kepada guru (Utusan Malaysia, 17 Jun 2008).

Page 31: Jurg pencapaian murid sek men

Kajian Luar Negara

Subjek yang susah Membantu perkembangan minda

0%

20%

40%

60%

80%

100%

120%

140%

PerempuanLelaki

Analisis kajian yang dibuat oleh Sabita Mahanta et al

Page 32: Jurg pencapaian murid sek men

Budaya Di Rumah

• Menurut Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah.

• Anak boleh diibaratkan seperti sehelai kain putih bermula dari peringkat bayi lagi. Maka, ibu bapa merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam mencorakkan kain putih tersebut disebabkan ibu bapa adalah teras bagi sesebuah keluarga dan mereka juga merupakan agen sosialisasi dalam kehidupan anak-anak mereka (Atan Long, 1978).

• Collins dan rakan (Collins et al., 2000) yang mengatakan tingkah laku ibubapa secara tidak langsung akan menjadi ikutan anak-anak dari kecil sehingga menjadi dewasa kelak.

• Kajian yang dijalankan oleh Grolnick dan Ryan (1989) ke atas pelajar sekolah, menyatakan bahawa terdapat hubungan antara gaya keibubapaan dengan keupayaan mereka di sekolah.

Page 33: Jurg pencapaian murid sek men

Kesan Didikan IbubapaMenurut Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, anak-anak sebagai pewaris generasi

akan datang perlu dilatih dan dibimbing dengan cara yang betul mulai sekarang.

Pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna. (Utusan Malaysia, 21 April 2001).

Dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar tidak kira sama ada pelajar cemerlang ataupun pelajar lemah, institusi kekeluargaan dilihat sebagai platform terbaik dalam memperkukuhkan lagi penguasaan

pembelajaran dan minda pelajar

Hess dan Holloway (1984), mengenalpasti lima faktor keluarga yang mempengaruhi pencapaian anak-anak iaitu i) interaksi lisan antara ibu dan anak, ii) ekspektasi ibubapa dalam soal pencapaian, iii)

hubungan yang berkesan antara ibu-bapa dan anak-anak, iv) kepercayaan ibu bapa terhadap keupayaan anak-anak, dan v) kawalan strategik dan disiplin dalam keluarga.

Page 34: Jurg pencapaian murid sek men

Hall dan Lindzey (Abdul Hamid, et al. 1999)

menyatakan bahawa ahli psikologi bersependapat bahawa setiap

individu boleh dan berpotensi untuk maju dalam segala aspek kehidupan mereka sekiranya

mereka dibimbing dengan sempurna.

Untuk itu, selain dari usaha pelajar-pelajar itu sendiri, ibu bapa dan guru sekolah seharusnya berperanan untuk terus meningkatkan potensi pelajar itu.

Page 35: Jurg pencapaian murid sek men

Kajian dalam Negara

Noran Fauziah dan Ahmad (1991), menekankan bahawa sikap ibu bapa akan menjadi faktor yang menentukan sikap dan pencapaian anak-anak. Perkara

yang diberi penekanan oleh pengkaji ialah kesedaran dan pengorbanan daripada ibu bapa dalam memberikan komitmen yang sewajarnya dalam

mendidik anak-anak.

Page 36: Jurg pencapaian murid sek men

Guru memberi contoh-contoh matematik yang

berhubung dengan kehidupan harian.

Luang masa bersama anak-anak

IBU BAPA GURU

Page 37: Jurg pencapaian murid sek men

JANTINA

Page 38: Jurg pencapaian murid sek men

Pencapaian dalam Matematik : Pelajar lelaki atau pelajar perempuan

lebih cemerlang???

Page 39: Jurg pencapaian murid sek men

Menurut beberapa kajian lepas…

Dalam kajian Jamil Ahmad et.al (2001) yang menbincangkan perbezaan prestasi pelajar lelaki dan

pelajar perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia, hasil kajian mendapati pelajar perempuan lebih mengatasi pelajar lelaki berdasarkan keputusan

peperiksaan awam bagi tempoh lima tahun (1996-2000).

Page 40: Jurg pencapaian murid sek men

Peratus Kelulusan Matematik PMR Mengikut Jantina (1996-2000)

Peratus Kelulusan Matematik SPM Mengikut Jantina (1996-2000)

Page 41: Jurg pencapaian murid sek men

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Bhasah Hj. Abu Bakar dan rakan-rakan (2009) , iaitu kajian

tentang pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat SPM mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah. Kajian ini melibatkan 777 orang pelajar lelaki dan 934 pelajar perempuan dan kajian

dijalankan berdasarkan pencapaian Matematik kertas 2 bahagian A dan bahagian B. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki lebih mengatasi

pencapaian pelajar perempuan kerana kertas 2 lebih tertumpu kepada soalan yang berkaitan kemahiran

seperti ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut dan poligon, geometri koordinat dan

kecerunan.

Page 42: Jurg pencapaian murid sek men

Min Markah Pencapaian Matematik Kertas 2 SPM 2001

Page 43: Jurg pencapaian murid sek men

Menurut Wahid Hashim (2005) dalam akhbar utusan yang bertajuk “ Matematik – Senario aneh di Malaysia”, beliau berpendapat pelajar perempuan lebih cemerlang

berbanding pelajar lelaki dalam bidang Matematik berdasarkan statistik pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) kertas Matematik teras tahun 2004.

Page 44: Jurg pencapaian murid sek men

Peratusan Pencapaian Cemerlang Matematik Teras Mengikut Jantina (2004)

Page 45: Jurg pencapaian murid sek men

Dr Zalizan menyuarakan pendapatnya dalam petikan Berita harian yang ditulis oleh Rosniza Mohd Taha tentang jurang akademik dalam kalangan pelajar

lelaki dan pelajar perempuan. Menurut beliau, keputusan peperiksaan awam peringkat kebangsaan

1996 hingga 2007 jelas menunjukkan pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir semua mata

pelajaran.

Page 46: Jurg pencapaian murid sek men

Pelajar

Guru

Rakan sebaya

MENGAPA???

Page 47: Jurg pencapaian murid sek men

GAYA PEMBELAJARAN

LELAKI PEREMPUAN

Tidak menentu Pelbagai

Tidak bersedia Bersedia

Concrete random Concrete sequential

SIKAP

LELAKI PEREMPUAN

Sikap negatif Lebih positif

Pelajar

Page 48: Jurg pencapaian murid sek men

GURU

Kaedah mengajar yang tidak menarik

• Guru menggunakan kaedah pengajaran tradisional.

• Tidak mewujudkan kreativiti dalam bilik darjah.

Persepsi guru terhadap pelajar lelaki dan

perempuan

• Kurang positif terhadap pelajar lelaki.• Kurang memberi perhatian terhadap

pelajar lelaki.• Mengabaikan pelajar lelaki yang

sering menimbulkan masalah.

Page 49: Jurg pencapaian murid sek men

Lelaki Perempuan

Berkawan dengan semua orang Berkawan dengan orang sekeliling sahaja

Memilih rakan untuk berseronok Memilih rakan yang mementingkan pelajaran

Mengutamakan masa berseronok dan bersosial bersama

Suka belajar bersama dan berkongsi idea

Mudah mengikuti tingkahlaku rakan sebaya

Tidak mudah mengikuti tingkahlaku yang tidak baik

Rakan Sebaya

Page 50: Jurg pencapaian murid sek men

Guru perlu mengubah suasana bilik darjah seperti mobiliti, bunyi dan persekitaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran yang diminati oleh pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Guru perlu memberi tumpuan yang seimbang atau tidak bias antara pelajar lelaki dan perempuan.

Guru perlu mempelbagaikan strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif, berinovasi serta disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan

Langkah Mengatasi

Page 51: Jurg pencapaian murid sek men

Rumusan

Secara keseluruhan, jelaslah bahawa jurang pencapaian Matematik di sekolah menengah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang telah dibincangkan.

Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan bagi mewujudkan keseimbangan dalam pencapaian Matematik di sekolah menengah.

Page 52: Jurg pencapaian murid sek men

Sekian, terima kasih.