jul - dis a ukur...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah suara jabatan ukur dan pemetaan...

36
Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 Bilangan 55 UKUR Berita Berita UKUR 1 Berita UKUR 1 Lawatan MENTERI NRE KE JUPEM Satu lawatan rasmi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YB Datuk Seri G.Palanivel pada 2 Julai 2013 ke JUPEM telah disambut mesra oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib serta pegawai pengurusan tertinggi JUPEM. Lawatan yang julung kalinya ke jabatan ini merupakan siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah kementeriannya. Turut serta dalam lawatan ini, YBhg. Dato’ Zoal Azha Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Satu sesi taklimat yang menyentuh mengenai peranan JUPEM secara umumnya telah disampaikan oleh Datuk KPUP di Bilik Mesyuarat, Tingkat 11, Ibu Pejabat. Selepas itu, rombongan Datuk Menteri telah dibawa untuk melihat mini gerai pameran yang diadakan diruang legar tingkat 11, Wisma JUPEM yang memaparkan sebahagian dari aktiviti dan produk yang dihasilkan oleh JUPEM. Datuk Menteri juga telah menandatangani buku pelawat yang disediakan dan membuat sedikit catatan mengenai lawatannya ke JUPEM. Di penghujung lawatan ini, Datuk Menteri telah menerima sebuah buku ‘125 Tahun JUPEM’ yang disampaikan oleh Datuk KPUP sebagai tanda kenangan lawatan beliau ke jabatan ini dan diikuti dengan sesi bergambar bersama Pegawai- pegawai Pengurusan Tertinggi JUPEM.

Upload: others

Post on 05-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

2012 ISSN0128-0414

JUL - DIS 2013Bilangan 55 UKURBerita

Berita UKUR 1Berita UKUR 1

Lawatan MENTERI NRE KE JUPEMSatu lawatan rasmi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YB Datuk Seri G.Palanivel pada 2 Julai 2013 ke JUPEM telah disambut mesra oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib serta pegawai pengurusan tertinggi JUPEM. Lawatan yang julung kalinya ke jabatan ini merupakan siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah kementeriannya. Turut serta dalam lawatan ini, YBhg. Dato’ Zoal Azha Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Satu sesi taklimat yang menyentuh mengenai peranan JUPEM secara umumnya telah disampaikan oleh Datuk KPUP di Bilik Mesyuarat, Tingkat 11, Ibu Pejabat. Selepas itu, rombongan Datuk Menteri telah dibawa untuk melihat mini gerai pameran yang diadakan diruang legar tingkat 11, Wisma JUPEM yang memaparkan sebahagian dari aktiviti dan produk yang dihasilkan oleh JUPEM. Datuk Menteri juga telah menandatangani buku pelawat yang disediakan dan membuat sedikit catatan mengenai lawatannya ke JUPEM.

Di penghujung lawatan ini, Datuk Menteri telah menerima sebuah buku ‘125 Tahun JUPEM’ yang disampaikan oleh Datuk KPUP sebagai tanda kenangan lawatan beliau ke jabatan ini dan diikuti dengan sesi bergambar bersama Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi JUPEM.

Page 2: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

PenasihatYBHG. DATUK PROF. SR DR. ABDUL KADIR BIN TAIB,

PJN, DSDK, SDK, KMNKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

Pengerusi SR AHMAD FAUZI BIN NORDIN, JSM , SMZ, KMN

Timbalan Ketua Pengarah Ukur danPemetaan I

Ketua PenyuntingSR HAJI RAMLI BIN NOR

PenyuntingSR LOOI KAM SENG

SR MOHAMAD AZMAR BIN CHE MATROSMARTINI BT. ABD. RAHMAN

Pengarang/JurugambarSURANI BIN LEGIMEN

MOHD ZUMAIRI BIN AHMADHASANUL ARIFFIN BIN MOHD. NOR

MOHAMAD NAJMI BIN AWANG

Ketua Rekabentuk/PercetakanHAJI HANIN BIN HASHIM

rencana PENGARANGS

idan

g PE

NG

AR

AN

G

Makluman Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan sumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan di alamatkan kepada :

PengerusiPenerbitan Berita UkurTingkat 13, Wisma JUPEMJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel : 03-26170800Faks : 03-26170990

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Selamat bertemu dalam Berita Ukur Bil. 55 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Berita Ukur ini diterbitkan untuk menyajikan berita, perkembangan dan kegiatan JUPEM sepanjang tempoh bulan Julai hingga Disember tahun 2013.

Penyebaran bahan berita ini merupakan suara jabatan secara khususnya untuk tatapan dan pengetahuan kepada warga JUPEM selain orang awam berkaitan sebarang aktiviti dan program yang telah dijalankan. Sumber bahan berita dan artikel sebahagiannya adalah hasil sumbangan JUPEM Negeri. Melalui sumbangannya, dapatlah juga Berita Ukur yang diterbitkan ini menyiarkan sedikit sebanyak akitiviti atau program menarik yang berkisar di luar Ibu Pejabat JUPEM untuk tatapan pembaca.

Walaupun kita telah mempunyai sumber hebahan melalui JUPEM Geoportal dalam menyampaikan sebarang maklumat atau info terkini terutamanya mengenai produk dan perkhidmatan oleh Bahagian Kadaster, Pemetaan dan Geodesi di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, namun bahan berita seumpama ini masih lagi releven sebagai bahan rujukan dan bacaan.

Diharapkan juga paparan mengenai perkembangan bidang ukur tanah yang semakin canggih dan mencabar seperti peralatan serta perisian yang telah digunakan bagi penghasilan kerja yang lebih baik dan pantas berjaya disiarkan di media seumpama ini, sudah tentunya memberi manfaat yang baik dan berguna terutamanya kepada profesion ukur tanah dan golongan pelajar dalam pengajian bidang sains dan geomatik sebagai satu bahan rujukan.

Penyediaan Berita Ukur yang dibuat secara berterusan dan edarannya secara berkala ini, diharap dapat mempromosikan nama JUPEM di luar sana yang barangkali masih ada lagi rakyat Malaysia yang baru sahaja mengenalinya terutama bila ada urusan mengenai proses ukuran hakmilik tanah, mendapatkan khidmat dan produk seperti peta dan sebagainya. JUPEM yang dahulunya hanya dikenali sebagai Jabatan Ukur, kini telah pun berusia lebih 125 tahun sesungguhnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam negara ini.

Akhir sekali, sidang pengarang juga amat mengalu-alukan sebarang sumbangan penulisan antaranya yang berbentuk ilmiah mengenai agama, ekonomi dan lain-lain maklumat yang bersesuaian untuk dimuatkan dalam Berita Ukur edisi seterusnya supaya lebih menarik sebagai sumber ilmu selain untuk tatapan dan bahan bacaan. Selamat Membaca.

Berita UKUR2

Page 3: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

PENGARANG Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 2/2013

kerajaan kepada semua kakitangan/pegawai.

Dalam sesi pembentangan, semua Pengarah-pengarah Ukur Bahagian iaitu YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan, YBrs. Dr Teng Chee Hua, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster dan YBhg. Brig. Jen. Dato’ Panglima Zaharin bin Din, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan telah menyampaikan laporan prestasi setengah tahun 2013 masing-masing.

JUPEM telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2013 di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, Johor pada 4 Julai 2013. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Mesyuarat dihadiri Pegawai Pengurusan Tertinggi JUPEM, Pengarah-pengarah Ukur Seksyen dan Pengarah-pengarah Ukur Negeri, seramai 40 orang.

YBhg. Datuk pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat dan menyampaikan ucapan tahniah atas perlantikan Pengarah Ukur dan Pemetaan, JUPEM Melaka dan JUPEM WP Labuan yang baharu. Ucapan tahniah juga diberikan kepada pegawai dan kakitangan JUPEM atas penerimaan Bintang dan Pingat Kebesaran di peringkat persekutuan dan juga negeri serta kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012. Selain dari itu beliau turut memaklumkan pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baharu iaitu YB Datuk Seri G.Palanivel dan YB Dato’ Dr. James Dawos Mamit.

Dalam mesyuarat itu, beberapa perkara berbangkit telah disentuh antaranya mengenai mesyuarat berjadual jabatan agar semua mesyuarat perlu dilaksanakan mengikut jadual dan bilangan yang telah ditetapkan. YBhg. Datuk pengerusi juga mengingatkan supaya ahli mesyuarat mengambil maklum mengenai pematuhan menghadiri latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun sebagai satu arahan

Berita UKUR 3

Page 4: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Bersama Jabatan Bil. 2/2013

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja

diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-

pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Justeru, JUPEM telah mengadakan satu mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

Bil. 2/2013 pada 5 Julai 2013 di Pulai Spring Resort, Johor Bahru, Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Seramai 8 orang wakil pihak pekerja hadir antaranya

Encik Shuhaimi bin Othman, Naib Pengerusi dan Encik Mohd. Shaman bin Jaes, Setiausaha Bersama serta ahli-ahli MBJ dari Ibu Pejabat JUPEM. Beberapa isu telah dikemukakan oleh wakil-wakil pekerja dan ahli-ahli yang hadir antaranya menyentuh mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Gred 17 dinaiktarafkan ke Gred 29. Isu mengenai pematuhan waktu bertugas juga telah ditimbulkan oleh

seorang ahli MBJ agar kakitangan dan pegawai kerjaluar mengikut jadual waktu bekerja seperti yang telah diarahkan. Selain dari itu peralatan ukur yang digunakan perlulah dijaga dengan sebaiknya dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

Diharapkan mesyuarat MBJ ini ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif

antara pihak pengurusan dan pihak pekerja demi meningkatkan kecemerlangan JUPEM.

Mesyuarat Majlis

Berita UKUR4

Page 5: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR 5

29 Julai 2013 – Seramai 5 orang delegasi kerajaan NEPAL mengadakan lawatan rasmi ke JUPEM. Lawatan ini bertujuan untuk mengenal lebih dekat peranan dan perkembangan JUPEM disamping bertukar-tukar fikiran mengenai isu semasa bidang ukur. Dalam lawatan ini juga, satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Ukur Bahagian Kadaster, Sr Dr. Teng Chee Hua.

Seramai 6 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Yatim, Ampang, Kuala Lumpur telah dijemput hadir di majlis berbuka puasa JUPEM pada 18 Julai 2013. Mereka telah menerima sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Majlis yang berlangsung di Perkarangan Letak Kereta Wisma JUPEM turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur I, Sr Ahmad Fauzi bin Nordin serta pegawai dan kakitangan JUPEM. Satu majlis tazkirah selepas solat tarawikh turut diadakan di surau JUPEM yang telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan.

Anak-Anak Yatim Terima SumbanganDi Majlis Berbuka Puasa JUPEM

Delegasi NEPAL Adakan Lawatan Ke JUPEM

Sempena bulan Syawal yang mulia, JUPEM telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 20 Ogos 2013 bertempat di perkarangan letak kereta Bangunan Ukur, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM serta para jemputan lain. Majlis ini juga telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YB Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit. Beliau dan YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada anak-anak yatim dan meluangkan masa melawat gerai makanan yang menyajikan pelbagai juadah makanan. Memeriahkan lagi majlis ini, persembahan kumpulan muzik yang dianggotai oleh kakitangan JUPEM telah menghiburkan para hadirin dengan lagu-lagu bertemakan sambutan Hari Raya.

Sambutan Aidil Fitri 2013 JUPEM Disambut Meriah

Page 6: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR6

JUPEM berjaya menganjurkan Seminar Pemetaan Utiliti Kebangsaan 2013 pada 29 Ogos 2013 bertempat di Mahkota Ballroom II, Hotel Istana, Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Seri G.Palanivel. Turut hadir di majlis itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), NRE, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor dan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib. Penganjuran seminar ini mengambil pendekatan strategi lautan biru yang melibatkan kerjasama daripada JKR, JKT, JPBD, ICU dan PEJUTA yang mana ia terlibat secara langsung dalam aktiviti pengurusan maklumat utiliti bawah tanah.

Seminar yang bertemakan ‘Pemetaan Utiliti – Pemacu Pembangunan Lestari’ merupakan platform terbaik untuk memupuk kesedaran dan kefahaman betapa perlunya maklumat utiliti kearah pembangunan terancang dan kesejahteraan rakyat. Kemalangan dan gangguan perkhidmatan utiliti sering berlaku semasa kerja-kerja pembangunan yang melibatkan pengorekan tanpa merujuk kepada maklumat lokasi utiliti bawah tanah yang tepat dan lengkap.

Seminar ini telah dimuatkan dengan sesi pembentangan dan perbincangan oleh wakil dari agensi kerajaan dan swasta.. Sebanyak 6 kertas kerja berjaya dibentangkan di

seminar ini, antaranya kertas kerja bertajuk ‘Dasar dan Halatuju Pemetaan Utiliti’ disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd. Noor bin Isa dari JUPEM. Terdahulu dari itu, satu ucap utama (Keynote Speech) - Utility Detection: An Overview & a UK Perspective telah disampaikan oleh Ms. Erica Carrick Utsi; Director Utsi Electronics Ltd, United Kingdom. Dalam sesi perbincangan pula, satu tajuk mengenai Isu-Isu dan Cabaran Pelaksanaan Pemetaan Utiliti di Malaysia telah dibincangkan oleh 5 orang ahli panel dari ICU, JPBDSM, KPKT, PEJUTA dan PVSB. Perbincangan yang telah menarik perhatian hadirin ini telah dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Ahmad Fauzi bin Nordin selaku moderator.

Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan JUPEM telah menyertai Kursus Peningkatan Jati Diri dan Kerja Berpasukan pada 6 hingga 12 September 2013. Kursus selama satu minggu ini telah di adakan di Kompleks Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan bertujuan meningkatkan ketahanan dan jati diri di samping memupuk semangat kerja berpasukan. Beberapa aktiviti telah dilakukan antaranya latihan kawat dan perbarisan dan acara sukan seperti bola sepak, takraw dan tenis. Aktiviti yang dijalankan ini juga bertujuan memantapkan dan menaikkan semangat untuk menghadapi Temasya Sukan NRE Ke-5.

Peningkatan Jati Diri & Kerja Berpasukan

JUPEM anjur Seminar Pemetaan Utiliti Kebangsaan 2013

Kursus

Page 7: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR 7

JUPEM telah menyertai pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Terbaik 1RE pada 11 hingga 12 September 2013 yang diadakan di Dewan Baiduri, NRE. Dua pasukan yang mewakili JUPEM, merupakan Johan Kumpulan yang bertanding dan Kumpulan yang memenangi kategori Dokumentasi Terbaik dalam Konvensyen KIK JUPEM 2012.

Sebanyak 13 pasukan menyertai pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu bagi merebut gelaran juara di peringkat Kementerian terdiri dari JAS, JPS, Perhilitan dan FRIM antara jabatan di bawah NRE menyertai pertandingan kali ini. 3 orang Panel Hakim telah dilantik untuk mengadili persembahan mereka bagi menentukan siapakah bakal menjuarai pertandingan di peringkat kementerian dan sekali gus berpeluang dan layak untuk mewakili kementerian dalam pertandingan KIK di peringkat kebangsaan.

JUPEM yang diwakili oleh Kumpulan GEN_XY yang dibentuk oleh JUPEM Pahang telah menampilkan persembahan yang menarik dengan tajuk ‘Proses Pembuatan Batu Sempadan Yang Tidak Efisen Di JUPEM Pahang” manakala Kumpulan GiGEO dari Bahagian Geospatial Pertahanan menyampaikan persembahan dengan tajuk ‘Masalah Penggunaan Peta Lembar di Dalam ATM’. Penyertaan kumpulan ini juga merupakan satu ruang untuk menimba dan menambah pengalaman selain meningkatkan mutu persembahan bagi mengorak langkah mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi lagi bagi menaikkan imej serta mengharumkan nama jabatan.

JUPEM Sertai Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif Terbaik 1NRE Tahun 2013

JUPEM Cemerlang Di Temasya Sukan NRE Ke-5Temasya sukan Dwi Tahunan NRE Ke-5 telah menyaksikan kecemerlangan kontinjen JUPEM dalam 25 acara yang dipertandingkan. Sebanyak 13 kontinjen di bawah NRE menyertai temasya ini yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 13 hingga 15 September 2013 di Kompleks Sukan UPM, Serdang, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Kontinjen JUPEM yang dianggotai seramai lebih kurang 80 orang pegawai dan kakitangan telah berjaya meraih sebanyak 5 pingat emas melalui acara perbarisan, tenis lelaki, bowling lelaki, karom campuran dan dart campuran sekali gus melayakkan JUPEM menjadi naib juara keseluruhan pada temasya sukan kali ini. Beberapa kejayaan turut diraih dalam acara dam aji lelaki, congkak wanita, ping pong campuran dan sepak takraw dengan 4 pungutan pingat perak manakala 4 pingat gangsa pula telah berjaya diperolehi melalui acara snooker terbuka, lari berganti-ganti, badminton campuran dan bola tampar lelaki. Syabas diucapkan kepada kontijen JUPEM yang telah mempamerkan semangat kesukanan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan telah berjaya mengharumkan nama jabatan.

Atlet

Page 8: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR8

Bertempat di Hotel Impiana Cherating, Pahang, Ibu Pejabat JUPEM telah menganjurkan satu Bengkel Taklimat Pemantapan dan Penyediaan Laporan Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Siri 2 pada 8 hingga 10 Oktober 2013.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk nilai tambah dari segi penyediaan laporan projek KIK yang berkualiti kepada pasukan KIK yang akan menyertai pertandingan KIK di konvensyen peringkat JUPEM 2013. Seramai 44 orang peserta melibatkan 11 buah kumpulan KIK hadir di bengkel ini.

KIK 2013 2 orang penceramah luar dijemput untuk memberi penerangan serta mengendalikan program sepanjang program dijalankan. Beliau ialah Tuan Haji Muhamad Shahid bin Jumri yang kini berkhidmat di Persatuan Nelayan Kebangsaan (NIKMAT) dan Tengku Zamrihanapy bin Tengku Embok dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang.

Pengisian program antaranya meliputi sesi penyampaian ceramah oleh penceramah jemputan, menyentuh mengenai panduan dan penerangan serta pengenalan dan konsep KIK dengan bantuan alat pandang dengar. Nota ringkas mengenai falsafah KIK, objektif KIK, faedah KIK kepada organisasi dan perkhidmatan awam turut diedar kepada peserta bengkel sebagai panduan dan rujukan. Selain dari itu, tajuk-tajuk mengenai KIK seperti pelaksanaan pilot projek dan tool tambahan, analisa punca-punca masalah, penyelesaian masalah, perbincangan dan penulisan laporan projek serta kriteria pemarkahan turut dimuatkan dalam sesi ceramah.

Dalam sesi latihan pula, 11 pasukan KIK yang telah dibentuk telah membentangkan projek masing-masing secara berkumpulan disertai teguran dan panduan membina dari penceramah jemputan.

Bengkel

Sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan, satu program Jelajah Mesra Rakyat Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) 1 Malaysia anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diadakan pada 20 Oktober 2013 di Tanah Rata, Cameron Highlands.

JUPEM Kelantan, Terengganu, Selangor dan Pahang turut menyertai aktiviti ini yang berakhir pada 27 Oktober 2013 di Putrajaya dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda jabatan. JUPEM Perak pula turut serta dalam aktiviti pameran yang telah diadakan di tapak pameran yang disediakan untuk mempromosikan produk-produk jabatan.

Program ini bertujuan mendekati semua golongan masyarakat di dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat untuk terlibat di dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di setiap kawasan selain untuk menangani masalah aduan pencemaran terutama aduan berulang secara kolektif dan efektif mengikut kawasan Parlimen.

M a j l i s Pelancaran dan pelepasan pasukan yang terlibat telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Seri G. Palanivel. Turut serta di majlis ini ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. James Dawos Mamit, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Zoal Azha Yusof dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor.

JUPEM sertai Pasukan Jelajah Jejak Mesra RAS 1Malaysia

Page 9: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR 9

Seramai 22 orang pegawai dan kakitangan JUPEM telah menghadiri Taklimat Pengurusan Pegawai Rekod Kualiti pada 21 hingga 22 Oktober 2013, di Hotel Puteri Resort, Melaka. Taklimat yang dianjurkan oleh JUPEM ini bertujuan memberikan pendedahan ilmu pengetahuan terhadap pengurusan rekod yang teratur dan kemaskini. Sistem rekod yang kemas dan teratur akan memudahkan urusan pemantauan dan pengemaskinian data-data ukur dan pemetaan selari dengan

kehendak jabatan supaya semua rekod dijaga dan diurus dengan sempurna. Ini memerlukan seorang pegawai pengawal dan pengurus rekod yang kompeten dan berpengetahuan dalam melaksanakan tugas tersebut.

Pengurusan Pegawai Rekod Kualiti Seksyen/Negeri Sistem Pengurusan Kualiti MS 1SO 9001: 2008 JUPEM

Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2008 JUPEMSeramai 24 orang pegawai pengurusan dan profesional JUPEM telah menghadiri Taklimat Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2008 pada 23 hingga 25 Oktober 2013, di Hotel Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Taklimat yang diadakan ini bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan terhadap perlaksanaan audit dalam dengan lebih berkesan kepada pegawai-pegawai jabatan yang dilantik dalam pengurusan kualiti jabatan serta melayakkan peserta dilantik untuk menganggotai Pasukan Audit Dalam sekaligus mampu membaiki dan melicinkan pelaksanaan

dan pematuhan kepada Sistem Pengurusan Kualiti di Seksyen/ JUPEM Negeri. Penceramah jemputan, Puan Faizah binti Baba dari SIRIM Training Services Sdn. Bhd. telah menyampaikan taklimat sepanjang program ini diadakan.

Taklimat

Page 10: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR10

JUPEM telah mengadakan Bengkel Retreat dan Team Building ahli AKRAB JUPEM pada 27 hingga 30 Oktober 2013 di Persona Village Resort, Kuala Tahan, Pahang. Seramai 75 orang ahli Akrab JUPEM yang menyertai bengkel telah berjaya mengikuti semua aktiviti yang diatur sepanjang 4 hari program ini dijalankan.

Bengkel yang diadakan ini bertujuan antaranya untuk meningkatkan lagi profesionalisme ahli AKRAB JUPEM serta menjuruskan motivasi diri dan memupuk ‘Esprit de Corps’ bagi menjalin semangat kerjasama di kalangan mereka. Di samping itu, program ini juga adalah untuk meningkatkan kecemerlangan peserta sebagai ‘individu yang bersepadu’ dan dapat bekerja secara berpasukan atau dalam satu kumpulan.

Bagi melicinkan aktiviti yang akan dilalui, satu taklimat telah disampaikan oleh pihak urusetia kepada peserta mengenai perjalanan dan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang program ini berlangsung. Peserta bengkel juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan dilantik seorang ketua dalam setiap kumpulan.

Program ini telah dimuatkan dengan beberapa modul yang menarik dan aktiviti lasak antaranya ‘Jungle Trekking’ ke Lubuk Lesong, Lata Berkoh, satu

Bengkel Retreat & Team Building Ahli AKRAB JUPEM

destinasi menarik di negeri Pahang. Pada sebelah malam pula peserta berpeluang menempuh aktiviti yang lebih mencabar iaitu aktiviti Jungle Night Walk. Dalam aktiviti ini, setiap peserta perlu sabar dan tabah dalam apa jua halangan dan rintangan yang dihadapi. Melalui pengisian program seperti ini, diharapkan matlamat untuk meningkatkan sifat tabah, sabar dan berdisiplin di kalangan peserta bengkel dapat diterapkan.

Page 11: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR 11

JUPEM telah berjaya menggondol dua anugerah yang dipertandingkan bersempena Hari Inovasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang telah diadakan pada 30 Oktober 2013 di Dewan Baiduri, NRE, Putrajaya. Dua kumpulan KIK yang mewakili JUPEM dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), kategori Pengurusan dan Teknikal yang telah diadakan pada 11 hingga 12 September di tempat yang sama.

Kumpulan GEN_XY daripada JUPEM Pahang memenangi tempat pertama persembahan KIK, kategori Teknikal manakala Kumpulan GiGEO daripada Seksyen BGSP untuk kategori Pengurusan.

Menerusi kejayaan ini, setiap kumpulan telah memperolehi hadiah wang sebanyak RM3000.00, sebuah piala serta sijil. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB. Datuk Seri G.Palanivel kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib.

Kumpulan Gen X_Y yang terdiri dari 10 orang ahli yang diketuai oleh Sr Hairie Ilkham bin Sibaruddin telah mempersembahkan projek yang bertajuk ‘Proses Pembuatan Batu Sempadan Yang Tidak Efisien di JUPEM Pahang’ manakala Kumpulan GiGEO pula menyampaikan persembahan dengan tajuk ‘Masalah Penggunaan Peta Lembar di Dalam ATM’.

Kejayaan ini juga telah melonjakkan 2 kumpulan KIK ini untuk meneruskan perjuangan di pertandingan KIK peringkat kebangsaan di Kuching, Sarawak. Satu forum khas sempena sambutan Maal Hijrah

JUPEM Muncul Juara di Pertandingan KIK Peringkat Kementerian Kategori Pengurusan dan Teknikal

Page 12: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

JUPEM telah menerima pengiktirafan di bawah skim Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dalam satu majlis yang diadakan pada 15 November 2013 bertempat di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel & SPA, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. Sijil telah disampaikan oleh Pegawai SIRIM kepada Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan). Seramai 8 orang pegawai dari JUPEM turut serta di majlis tersebut.

1435H telah diadakan pada 4 November 2013 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah disiarkan secara langsung di TV1. Forum Perdana Khas yang diadakan ini untuk membincangkan Maal Hijrah dari aspek kerohanian dan jasmani serta menyentuh mengenai kaedah penentuan awal Hijrah dan pembinaan takwim Islam. Antara ahli panel yang dijemput ialah Pengarah Ukur Seksyen Geodesi, Sr Dr. Azhari bin Mohamed. Beliau telah menyampaikan penerangan mengenai penentuan anak bulan dan pembinaan takwim Islam. Melalui forum ini ia mampu membuka minda masyarakat luar sekali gus memperkenalkan JUPEM yang memainkan peranan yang besar dalam bidang ilmu falak khususnya bagi urusan ibadat umat Islam di Malaysia. Program yang diadakan ini turut dihadiri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

JUPEM Sampaikan Maklumat Ilmu Falak di Forum Khas Maal Hijrah

JUPEM Terima Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

Berita UKUR12

Page 13: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Pada 3 hingga 6 Disember 2013 telah diadakan bengkel Sistem Star Rating (SSR) JUPEM bertempat di Best Western Prima Inland Sea Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri bengkel ini.

Antara objektif bengkel ini diadakan adalah seperti berikut;• Memperhalusdan memuktamadkan draf kriteria SSR JUPEM secara keseluruhannya;• Membuatkompilasiakhirkepadasemuaketiga-tigakomponanutamapenilaianSSRiaitu terdiri daripada Komponan A (Pengurusan), Komponan B (Perkhidmatan Teras) dan Komponan C(Pengurusan Pelanggan); dan• MembentangdrafkriteriaJUPEMkepadapanelyangakandijemputterdiridaripegawai kanan JUPEM dan pegawai MAMPU.

Bengkel Sistem Star Rating JUPEM

Berita UKUR 13

Konvensyen KIK JUPEM JUPEM telah mengadakan Konvensyen KIK pada 4 hingga 6 Disember 2013 bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Sr Hasan bin Jamil, Pengarah-pengarah Ukur Bahagian, Pengarah-pengarah Ukur Negeri serta wakil-wakil dari setiap Seksyen Ibu Pejabat JUPEM.

Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai pertandingan KIK, iaitu dari Seksyen Topografi Semenanjung (TIM SB), Seksyen Perkhidmatan Pemetaan (IMPAK), Seksyen Topografi Sabah (GLOBAL), Seksyen Pangkalan Data (SPAGO), JUPEM Pulau Pinang (MUTIARA MILENIUM), JUPEM Selangor (JANA KREATIF), JUPEM Pahang (INERSIA), JUPEM Kedah (KUKU), JUPEM Kelantan (GOMO) dan JUPEM Perlis (TASOH). Tiga panel juri, diketuai oleh Encik Mohamad Hamzi bin Abdul Aziz dan di bantu oleh Lt. Kol (B) Mohd Yusoff bin Awang dan Haji Tahir bin Kapi, mengadili pertandingan KIK sepanjang konvensyen ini diadakan.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi Konvensyen KIK:

• Johan:KumpulanMUTIARAMILENIUM(JUPEMPulauPinang)• NaibJohan:KumpulanGLOBAL(SeksyenTopografiSabah)• Ketiga:KumpulanJANAKREATIF(JUPEMSelangor)• DokumentasiTerbaik:KumpulanMUTIARAMILENIUM(JUPEMPulauPinang)• PersembahanKumpulanTerbaik:KumpulanKUKU(JUPEMKedah)

Page 14: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Persidangan Pengarah-pengarah Ukur 2013 telah diadakan pada 9 hingga 10 Disember 2013 di Holiday Inn, Melaka. Perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib.

Seramai 41 orang peserta telah hadir di persidangan ini terdiri dari Pegawai Pengurusan Tertinggi JUPEM, Pengarah- pengarah Negeri dan Pegawai-pegawai kanan JUPEM.

Dalam sesi pembentangan, sebanyak 26 kertas kerja telah dibentangkan selain 2 kertas kerja oleh pembentang jemputan dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI).

Persidangan yang diadakan ini antaranya bertujuan untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan JUPEM untuk membentangkan kertas kerja berkaitan topik perkembangan dan isu semasa jabatan serta cadangan penambahbaikan yang menjurus kepada meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan.

Berita UKUR14

Persidangan PENGARAH-PENGARAH UKUR Tahun 2013

Dua orang delegasi dari National Survey Authority (NSA), Sultanate of Oman telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat JUPEM pada 31 Disember 2013. Beliau ialah Air Commodore Yaqoob Al-Toobi, Head of NSA, Ministry of Defence dan Mr. Saleem Al-Hashmi, Director of Geospatial Information, NSA, Ministry of Defence. Lawatan ini bertujuan untuk melihat kemudahan-kemudahan di JUPEM serta mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dan latihan dalam bidang geospatial.

Di awal pertemuan, satu sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 10, Wisma JUPEM dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, Sr Ahmad Fauzi bin Nordin manakala taklimat mengenai perkembangan JUPEM dan aktiviti yang dijalankan di INSTUN telah disampaikan oleh Sr Dr. Teng Chee Hua, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster). Delegasi juga telah dibawa melawat ke Seksyen Penawanan Data dan JUPEM Wilayah Kuala Lumpur/Putrajaya.

Delegasi Oman Melawat JUPEM

Page 15: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR 15

SUDUT ILMUMENANDA ARAS KEMAJUAN SISTEM UKUR KADASTER BERASASKAN KADASTER 2014 – PERSEDIAAN JUPEM KE ARAH MENJAYAKAN KADASTER 2.0Oleh: Sr Dr. Teng Chee HuaSr Chan Keat LimSr Nur Zurairah Binti Abdul Halim ( Bahagian Kadaster, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia )

Kertas Kerja ini telah dibentangkan semasa Persidangan Pengarah-pengarah Ukur pada 29-30 November 2012 di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Pahang

ABSTRAKPada 1 Mei 2010, sistem eKadaster telah diperkenalkan di Malaysia dan merupakan di antara sistem berkaitan ukur kadaster yang tercanggih di dunia yang menumpu kepada pelaksanaan konsep Survey Accurate Coordinate. Pada situasi kerja yang ideal, sistem ini berupaya untuk memendekkan tempoh sistem penyampaian ukur Kadaster daripada dua tahun kepada dua bulan sahaja. Walaupun begitu, permintaan terhadap data ukur Kadaster yang tepat, cepat, terkini dan mudah dicapai sentiasa meningkat dan berterusan susulan kesedaran awam terhadap kepentingan data geospatial dalam membantu urusan analisis data yang berkualiti untuk kerja seharian. Sehubungan itu, bagi memastikan JUPEM kekal relevan pada masa kini dan akan datang kepada negara umumnya dan masyarakat khususnya, JUPEM seharusnya bersiap sedia untuk menerokai konsep Cadastre 2.0 dengan ciri seperti berikut selaras dengan saranan di peringkat antarabangsa:

i. Multipurpose Kadaster;ii. Mengadaptasi standard pelaksanaan Land Administration Domain Model (LADM) dan Social Tenure Domain Model (STDM);iii. Ketelusan data melalui citizen enggagement;iv. Mewujudkan unsur 3D Kadaster; v. Penerapan konsep mudah alih (mobile) dan cloud computing pada sistem dan aplikasi berkaitan ukur Kadaster; danvi. Kolaborasi Data (Hubungan dua hala)

Oleh yang demikian sebagai langkah memastikan JUPEM mampu untuk menghadapi cabaran Cadastre 2.0, satu proses penandaarasan kemajuan sistem ukur Kadaster hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada syor, perakuan atau saranan yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa telah berjaya diadaptasikan. Justeru, kertas ini disediakan untuk memaklumkan analisa Sistem Ukur Kadaster di JUPEM khususnya dari saranan Cadastre 2014 yang ditetapkan oleh pihak FIG dan perbandingan di antara negara yang mempunyai Sistem Kadaster yang maju. Selain itu, cadangan persiapan JUPEM untuk menyahut konsep Cadastre 2.0 turut dibentangkan supaya JUPEM kekal relevan sebagai pusat rujukan berkaitan Ukur Kadaster di Malaysia.

1. PENGENALAN

1.1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di bawah peruntukan Seksyen 398, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dan mengurus tadbir hal ehwal berkaitan Aktiviti Ukuran Kadaster di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan khususnya dalam penyediaan Pelan Hak milik (B1/B4), supaya Dokumen Hak milik Kekal atau Gantian dapat dikeluarkan kepada tuan tanah oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTG/PTD).

Page 16: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

1.2. Selaras dengan tanggung jawab ini serta dasar kerajaan yang digariskan di bawah Misi Nasional, sistem penyampaian Ukur Kadaster negara telah ditingkatkan melalui sistem eKadaster yang dibangunkan JUPEM pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Secara idealnya, penyediaan Pelan Hak milik (B1) dapat disingkatkan daripada dua (2) tahun kepada dua (2) bulan melalui kaedah pengautomasian digital sepenuhnya.

1.3. Pembangunan Sistem eKadaster juga adalah selaras dengan saranan atau syor di peringkat antarabangsa (FIG) yang merujuk kepada ke arah memodenkan sistem Kadaster melalui Cadastre 2014, iaitu konsep digital sepenuhnya, mengoptimumkan teknologi ICT dan pengukuran GNSS dalam kerja seharian, dan mewujudkan sistem GIS ready pada data Ukur Kadaster supaya unsur spatial, atribut dan penentududukan (geolocation) dapat dihubungkaitkan dengan hak, syarat dan kepentingan serta tanggung jawab (rights, restrictions and responsibilities).

1.4. Meskipun saranan Cadastre 2014 telah diadaptasikan di dalam pembangunan sistem eKadaster, namun, untuk kekal relevan dan memenuhi kehendak pengguna dan pelanggan yang semakin celik data geospatial dan penggunaan internet serta media sosial yang meluas, saranan Cadastre 2.0 wajarlah dipertimbangkan supaya dapat dipertimbangkan dengan permintaan semasa.

1.5. Oleh yang demikian sebagai langkah memastikan konsep Cadastre 2.0 ini dapat diperluaskan di Malaysia, satu proses penandaarasan kemajuan sistem ukur Kadaster di Malaysia hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi mengenal pasti keberkesanan dan amalan terbaik yang telah pun dilaksanakan.

2. TANDA ARAS SISTEM KADASTER

Kaedah penandaarasan yang diguna pakai bagi mengenal pasti keberkesanan dan amalan terbaik yang telah pun dilaksanakan oleh JUPEM dalam Aktiviti Ukur Kadaster adalah berpandukan ciri-ciri yang ditetapkan dalam panduan berikut:

2.1. Cadastre 2014; dan2.2. Perbandingan Cadastre Template bagi negara-negara yang dikenal pasti.

3. ANALISA TANDA ARAS SISTEM KADASTER BERASASKAN CADASTRE 2014

Terdapat enam (6) penyataan (Statement) telah ditetapkan di bawah Cadastre 2014 di samping empat (4) syor kaedah pengukuran dan pengurusan data Kadaster bagi memandu negara anggota FIG melaksanakan usaha modenisasi pengurusan Sistem Kadaster di negara masing-masing. Walau bagaimanapun, skop penandaarasan yang dilaksanakan pada kertas ini adalah tertumpu pada penyataan dan syor Cadastre 2014 yang berkaitan Ukuran Kadaster sahaja.

3.1. Analisa penandaarasan yang dibuat terhadap penyataan Cadastre 2014 adalah seperti berikut:

i. Penyataan 1: Cadastre 2014 will show the complete legal situation of land, including public rights and restriction;

Sistem Kadaster di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pendaftaran dan pengukuran. Sistem pendaftaran tanah adalah merujuk kepada jenis sistem pendaftaran Torrens dan dikendalikan oleh pihak Pejabat Tanah serta tertakluk kepada Enakmen atau Kanun Tanah Negeri masing- masing. Manakala JUPEM dipertanggungjawabkan di bawah Seksyen 398, Kanun Tanah Negara bagi apa jua maksud pengukuran untuk tujuan hak milik tanah serta menyimpan semua rekod ukuran halus bagi tujuan Hak milik Tetap. Oleh yang demikian, maklumat Kadaster masih tidak bersepadu dan diuruskan oleh dua entiti yang berbeza. Melalui proses integrasi sistem eTanah dan eKadaster, perkara ini dijangka dapat di atasi.

Berita UKUR16

Page 17: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Dari aspek Ukuran Kadaster, JUPEM melalui sistem eKadaster telah berjaya memenuhi Penyataan 1, Cadastre 2014 dengan menyimpan secara digital semua maklumat Permohonan Ukur (PU) seperti Pejabat Tanah yang bertanggung jawab, nama pemohon, guna tanah, tujuan ukur dan lain-ain termasuklah maklumat ukur seperti nama pengukur, data ukur, kualiti pengukuran dan pelan-pelan berkaitan. Maklumat ukuran warta yang menunjukkan sempadan pentadbiran di peringkat Mukim, Daerah, Bandar atau Negeri, lot-lot tanah bagi kegunaan awam, kawasan pilihan raya dan keselamatan serta hak lalu lalang dan hutan simpanan yang jelas menunjukkan sempadan, hak dan larangan akses boleh dirujuk melalui JUPEM2U atau Cadastral Survey Record System (CSRS).

ii. Penyataan 2: The separation between ‘maps’ and ‘registers’ will be abolished!

JUPEM melalui sistem eKadaster telah berjaya memenuhi Penyataan 2, Cadastre 2014 dengan mewujudkan integrasi di antara lapisan-lapisan daripada Pangkalan Data GLMS (GIS Layer Management System) dan Pangkalan Data Ukur Kadaster Kebangsaan (NDCDB) serta atribut tambahan daripada CSRS supaya pelbagai maklumat Kadaster di ekstrak pada Sistem eKadaster untuk tujuan penganalisisan. Maklumat yang sama tetapi terhad mengikut login boleh diperoleh melalui JUPEM2U oleh pengguna Pejabat Tanah selain memuat naik maklumat di peringkat penghantaran PU dan memuat turun Pelan B1 untuk tujuan pendaftaran Hak milik Tetap. Integrasi di antara sistem eTanah dan eKadaster membolehkan penghantaran PU dan mendapatkan Pelan B1 dibuat secara automatik oleh pengguna Pejabat Tanah dan JUPEM melalui server KOMMS.

iii. Penyataan 3: The Cadastral mapping will be dead! Long live modelling!

Penyataan ini telah dipenuhi di dalam Sistem eKadaster di mana proses penyediaan pelan- pelan Kadaster dijana sepenuhnya daripada NDCDB. Maklumat asas yang diperlukan di bawah Seksyen 396, KTN iaitu nombor lot, garisan sempadan lot dan luas lot tanah ditunjukkan pada Pelan Akui dan B1. Atribut tambahan yang lain seperti guna tanah, rizab tanah dan tanda sempadan serta lain-lain boleh diakses pengguna tetapi terhad mengikut login melalui JUPEM2U.

Selain itu, JUPEM dalam tindakan melaksanakan projek perintis Multipurpose Kadaster di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pelbagai lapisan seperti 3D Modelling, Street Adresses dan Large Scale GIS Base Map diwujudkan di samping NDCDB sebagai asas bagi menerapkan kepelbagaian fungsi (Multipurpose) supaya multilevel information and dimension yang ada di persekitaran dapat dikembangkan di dalam Kadaster.

iv. Penyataan 4: ‘Paper and pencil - Cadastre’ will have gone!

Pengurusan data ukur Kadaster telah dilaksanakan secara digital dan konsep field to finish telah mula diimplementasikan di JUPEM pada Rancangan Malaysia Ke-8 (RMKe-8) iaitu daripada proses pendaftaran fail ukur kepada penghantaran data ukuran dan penyediaan pelan. Penyataan 4, Cadastre 2014 ini telah berjaya dipenuhi apabila konsep paperless sepenuhnya diperkenalkan di bawah Sistem eKadaster di mana kesemua pergerakan fail dibuat di dalam sistem yang berasaskan web dan proses hand-shaking telah digantikan dengan proses integrasi sepenuhnya di antara modul-modul di dalam sistem. Setiap pengguna diberikan login yang unik dan dibenarkan untuk mengakses ke dalam sistem bagi memproses data, membuat carian dan memuat turun atau memuat naik maklumat Kadaster.

v. Penyataan 5: Cadastre 2014 will be highly privatized! Public and private sector are working closely together!

Dari aspek pengukuran Kadaster, kerjasama di antara sektor awam (Kerajaan) dan swasta khususnya di kalangan Juruukur Tanah Berlesen (JTB) di bawah Lembaga Juruukur Tanah Berlesen (LJT) telah sekian lama terjalin bagi meningkatkan sistem penyampaian ukur negara. Usaha seperti mengkategorikan jenis ukuran yang dilaksanakan sama ada oleh pengukur JUPEM atau JTB telah dilaksanakan seperti pengukuran Hak milik Strata, Pecah

Berita UKUR 17

Page 18: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Bahagia atau Pecah Sempadan tanah oleh JTB dan pengukuran kurniaan pertama oleh pengukur JUPEM bagi mempercepatkan pengukuran di lapangan. Selain itu, kerjasama mewujud dan memperkasakan NDCDB seperti memadatkan bilangan Cadastral Reference Mark (CRM) di lapangan oleh pengukur JUPEM dan JTB telah membantu meningkatkan ketepatan NDCDB dari semasa ke semasa.

Kajian ilmiah di antara JUPEM, LJT, agensi berkaitan tanah yang lain, pihak swasta dan institusi pengajian tinggi membolehkan beberapa feasibility project atau projek perintis dilaksanakan khususnya yang melibatkan inovasi dalam pengukuran seperti projek Cadastral Coordinated System (CCS), Multipurpose Cadastre (MPC) dan Kadaster 3D yang bertujuan mengenal pasti keberkesanan suatu projek sebelum diimplementasikan di seluruh negara.

Kerjasama ini haruslah diteruskan supaya JUPEM kekal relevan kepada pembangunan tanah dan geospatial negara serta sistem penyampaian ukur meningkat.

vi. Penyataan 6: Cadastre 2014 will be cost recovering.

Konsep paperless yang diperkenalkan di dalam sistem eKadaster membolehkan penjimatan dari sudut permintaan terhadap bekalan pejabat seperti kertas, kartrij dan alat tulis dikurangkan. Dari sudut jangka masa panjang, penjimatan dalam keperluan operasi seharian juga dapat dikurangkan dari semasa ke semasa memandangkan tempoh melengkapkan proses penyediaan Pelan Hak milik turut dapat disingkatkan daripada dua (2) tahun kepada dua (2) bulan. Satu kajian cost-benefit akan diadakan bagi mengenal pasti jumlah penjimatan sebenar yang telah berjaya dilaksanakan dengan pelaksanaan sistem eKadaster.

3.2. Analisa penandaarasan bagi syor (Recommendations) Cadastre 2014 terhadap peranan pengukuran Kadaster dapat diringkaskan seperti jadual berikut:

Syor Kadaster 2014 Konsep eKadasterPengukuran mengoptimumkan penggunaan peralatan ukur dan ICT terkini (Field to Finish)

Field to Finish dan fleksibiliti dalam pengukuran

Mengadaptasi penggunaan teknologi GIS Kesediaan Sistem GIS readyMengoptimumkan teknologi pengukuran GNSS Survey Accurate CoordinatePeta atau Pelan dipapar secara asas dan maklumat lanjut dirujuk daripada Pangkalan Data

Pangkalan Data Ukur Kadaster Kebangsaan dan Pangkalan Data Strata

i. Secara keseluruhannya, pewujudan NDCDB di dalam pembangunan Sistem eKadaster telah membolehkan syor-syor yang diperakukan menerusi Cadastre 2014 ini dipenuhi, khususnya dalam pelaksanaan Survey Accurate Coordinate.

ii. Usaha-usaha untuk memperkasakan NDCDB sedang giat dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) supaya data NDCDB adalah topological error free dan ketepatan data adalah sentiasa di dalam had yang ditetapkan supaya kerja-kerja pengukuran Kadaster di lapangan adalah lebih cepat dan mudah dilaksanakan. Selain itu, penganalisisan yang tepat dapat dilakukan melalui NDCDB bagi tujuan perancangan dan pembangunan tanah.

4. ANALISA TANDA ARAS SISTEM KADASTER LUAR NEGARA BERASASKAN COUNTRY REPORT, CADASTRE TEMPLATE

4.1. Analisa bagi proses penandaarasan sistem Kadaster di Belanda, Australia, Denmark, Jerman dan Sweden adalah tertumpu pada reformasi sistem Kadaster khususnya isu-isu sistem Kadaster yang telah dilaksanakan sehingga tahun 2010.

4.2. Selain itu, pemilihan negara-negara tersebut adalah berasaskan kepada kajian ‘A Comparison Between Cadastre 2014 and Cadastral System of Various Countries’ yang dibentangkan di International Conference Electronic Government di Columbia pada tahun

Berita UKUR18

Page 19: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR 19

2009 oleh M. Khasif Faroouq, yang menunjukkan negara Belanda, Australia, Denmark, Jerman dan Sweden adalah di antara negara yang mempunyai sistem Kadaster terbaik di dunia.

4.3. Maklumat yang ditanda araskan adalah seperti berikut:

i. Cadastral Issues; dan

ii. Current Initiatives.

4.4. Secara keseluruhannya hasil analisa adalah seperti berikut: i. Isu integrasi data;

Kecuali Malaysia dan Australia, majoriti negara yang ditanda aras telah pun menggunakan sistem Kadaster yang telah diintegrasikan dengan maklumat topografi, penilaian dan pendaftaran hak milik serta mempunyai pangkalan data yang bersepadu. Urusan pendaftaran dan penyediaan pelan Kadaster dilaksanakan oleh Unit/ Bahagian yang sama dan memudahkan proses pentadbiran hak milik. Walau bagaimanapun perkara ini tidak dilihat sebagai isu yang kritikal disebabkan oleh penggunaan teknologi ICT terkini melalui konsep Service Oriented Architechture atau Cloud Computing dilihat dapat menangani isu data interoperability.

ii. eGovernment

Setiap negara yang ditanda araskan telah melaksanakan konsep Electronic Government (eGovernment) terhadap pengurusan data Kadaster di negara masing-masing.

iii. Akses data;

Kesemua negara yang ditanda aras telah membenarkan akses (tetapi terhad) kepada maklumat Kadaster melalui sistem-sistem yang telah dibangunkan berasaskan konsep Web-based. Bagi negara Jerman, orang awam telah dibenarkan untuk mengakses, menyemak (kecuali maklumat berkaitan nama pemilik) dan memberi maklum balas terhadap maklumat ` Kadaster.

iv. Completeness of Cadastral Database

Kesemua negara yang ditanda araskan mempunyai Pangkalan Data Kadaster yang lengkap iaitu merujuk kepada pertukaran salinan peta atau pelan Kadaster secara hardcopy kepada digital sepenuhnya. Isu yang dihadapi oleh setiap negara yang ditanda aras adalah proses mengemaskinikan Pangkalan Data Kadaster masih tidak semasa serta perlu kerap dikemaskinikan supaya asas Spatial Data Infrastructure (SDI) dapat dioptimumkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, di Malaysia, penggunaan QT telah menyebabkan kelompangan maklumat di dalam Pangkalan Data Kadaster berlaku. Hal ini mengakibatkan satu usaha perlu dilaksanakan baik oleh JUPEM atau PTG/PTD supaya urusan menyegerakan penukaran QT ke FT hendaklah dilaksanakan.

v. Survey Accurate Coordinate

Majoriti negara yang ditanda aras telah atau dalam tindakan mengimplementasikan Survey Accurate Coordinate.

5. KEPUTUSAN ANALISA

Berpandukan analisa yang dibuat seperti di para 3 dan 4, adalah didapati konsep modenisasi atau transformasi sistem ukur Kadaster di JUPEM telah berjaya mengadaptasi saranan yang ditetapkan di peringkat antarabangsa, malah turut bersaing rapat dengan negara yang mempunyai sistem Kadaster yang maju.

Page 20: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR20

6. CADASTRE 2.06.1. Walaupun urusan menyenggara dan menambah baik lagi sistem ukur Kadaster di JUPEM khususnya eKadaster hendaklah sentiasa berterusan, namun JUPEM haruslah akur terhadap permintaan data geospatial kini semakin meningkat dan haruslah tepat serta terkini.

6.2. Merujuk Commission 7, FIG konsep Cadastre 2014 yang telah disarankan sejak 1998 perlu dikemaskinikan bersesuaian dengan kehendak dan teknologi semasa. Oleh yang demikian, konsep Cadastre 2.0 dicetuskan selaras dengan istilah Web 2.0 yang bermaksud perkembangan aplikasi yang menjurus kepada penggunaan World Wide Web bagi tujuan perkongsian serta kolaborasi maklumat, data interoperability dan komunikasi. Selain itu, konsep GIS kini semakin berkembang selari dengan teknologi yang lain seperti teknologi pengukuran, pengkomputeran, komunikasi dan data.

6.3. Ciri-ciri Cadastre 2.0 adalah selaras di peringkat antarabangsa seperti berikut:

i. Multipurpose Kadaster;ii. Mengadaptasi standard pelaksanaan Land Administration Domain Model (LADM) dan Social Tenure Domain Model (STDM);iii. Ketelusan data melalui citizen enggagement;iv. Mewujudkan unsur 3D Kadaster; v. Penerapan konsep mudah alih (mobile) dan cloud computing pada sistem dan aplikasi berkaitan ukur Kadaster; danvi. Kolaborasi Data (Hubungan dua hala)

6.4. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan perkara-perkara berikut dipertimbangkan sebagai persiapan JUPEM menghadapi cabaran generasi kedua pengguna berkaitan Kadaster di Malaysia:

i. Multipurpose Kadaster;

Konsep Single Purpose Kadaster iaitu menjurus kepada tujuan hak milik sahaja hendaklah dipelbagaikan terutamanya sebagai decision making tool bagi tujuan penganalisisan data yang tepat untuk perancangan dan pembangunan, dengan NDCDB sebagai peta asas. Konsep Service Oriented Archithecture hendaklah diperluaskan di dalam pembangunan Multipurpose Kadaster supaya isu data interoperability dapat di atasi dan perkongsian data secara terkawal dapat dilaksanakan.

ii. Land Administration Domain Model (LADM);

Kajian terhadap standard yang ditetapkan di dalam LADM hendaklah dibuat supaya kaedah pentadbiran tanah terbaik dapat diadaptasikan di Malaysia di mana berkaitan.

iii. Kolaborasi Data;

Meningkatkan kolaborasi data di antara stakeholders dan orang awam dengan mengoptimumkan penggunaan Web 2.0 di bawah inisiatif Cadastre 2.0 seperti berikut:

a) Carian, semakan dan urus niaga maklumat Kadaster;

b) Laporan kehilangan tanda sempadan atau apa jua perbezaan berkaitan sempadan hak milik melalui konsep crowd sourcing;

c) Memuat naik atau memuat turun maklumat tidak terhad Kadaster;

d) Volunteered Geographic Information (khusus kepada Ukuran Kadaster)

iv. Mobile Computing;

Mewujudkan konsep multiple platforms eKadaster di atas teknologi Windows, Android dan Macintosh. Selain itu, mempergiatkan penggunaan teknologi cloud computing supaya kos

Page 21: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

operasi sistem semakin murah dan pengurusan menjadi mudah serta selaras dengan saranan MAMPU.

v. Device Independency;

Penggunaan pelbagai peralatan bagi mengakses maklumat Kadaster melalui dalam talian dan tidak terhad kepada notebook atau personel computer sahaja. vi. Space Cadastre; dan

Konsep Space Cadastre atau Kadaster Ruang hendaklah dikaji kerana jenis Kadaster sedia ada adalah 2D sahaja tetapi secara realitinya merujuk kepada pelbagai dimensi dan ruang serta darat atau maritim. Ini adalah supaya hak, sekatan dan tanggung jawab adalah jelas untuk difahami oleh pemilik atau pemohon. Selain itu, di Jerman usaha untuk melengkapkan maklumat city modelling kepada Level of Details 2 (LOD 2) sedang dijalankan supaya gambaran Kadaster adalah lebih jelas kepada pengguna untuk tujuan perancangan atau analisa.

vii. Integriti Data.

Mengenal pasti integriti data dan menetapkan syarat serta garis panduan sekiranya konsep crowd sourcing digunakan di dalam proses mengemaskinikan maklumat Kadaster.

7. PENUTUPSecara keseluruhannya sistem eKadaster yang dibangunkan JUPEM telah mengadaptasi saranan dan syor yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa. Di peringkat antarabangsa, Malaysia mempunyai sistem Kadaster yang setaraf dengan negara maju. Walau bagaimanapun, menyedari permintaan terhadap data geospatial dan Web 2.0 semakin meningkat, maka JUPEM hendaklah bersiap sedia menghadapi generasi pengguna data Kadaster yang baru, yang akan lebih berminat terhadap data ukur Kadaster yang tepat, cepat dan terkini. Beberapa cadangan telah disyorkan di dalam kertas ini sebagai persiapan JUPEM terhadap konsep Kadaster 2.0 seterusnya memastikan objektif Aktiviti Kadaster iaitu perkhidmatan ukur Kadaster JUPEM sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder berkaitan Ukur Kadaster.

8. RUJUKAN8.1. Australia Country Report, 2010, PCGIAP Cadastral Template

8.2. Malaysia Country Report, 2010, PCGIAP Cadastral Template

8.3. The Netherlands Country Report, 2010, PCGIAP Cadastral Template

8.4. Denmark Country Report, 2010, PCGIAP Cadastral Template

8.5. Germany Country Report, 2003, PCGIAP Cadastral Template

8.6. Sweden Country Report, 2011, PCGIAP Cadastral Template

8.7. Brent A Jones, “Building Evolving Cadastral System”, 14 – 17 February 2012, International Symposium on Spatially Enabled Government,

8.8. G. Schennach, Austria, “Land Management in a Cadastre 2.0 Surrounding”, 6 – 10 May 2012, FIG Working Week 2012

8.9. Brent JONES, USA and Nick LAND, UK, “Cadastre 2.0 – A technology vision for the cadastre of the future”, 6 – 10 May 2012, FIG Working Week 2012

8.10. M. Khasif Faroouq, “A Comparison Between Cadastre 2014 and Cadastral System of Various Countries” ; International Conference Electronic Government, Columbia, 2009

Berita UKUR 21

Page 22: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR22

BERITA JUPEM NEGERILawatan Mesra Ke Kota Iskandar, Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor Sempena Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia Ke-29, yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, PUSPANITA JUPEM Johor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor (KSKJUJ) telah menganjurkan suatu program lawatan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang baru, di Kota Iskandar, Nusajaya pada 5 Julai 2013.

Seramai 21 orang terdiri dari Isteri-Isteri Pegawai Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kanan JUPEM serta beberapa pegawai dari PUSPANITA JUPEM Johor menyertai program ini. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat mengenai pembangunan dan perancangan Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Johor selain untuk menjalin hubungan mesra di antara mereka.

Dalam lawatan ini, satu sesi penerangan mengenai Pembangunan dan kemajuan telah disampaikan oleh Encik Abdul Rashid Narikko, wakil pegawai dari pemaju Kota Iskandar.

Penghargaan Anugerah Naziran Cemerlang Pejabat Cawangan Wilayah III Sandakan, Seksyen Topografi Sabah telah menerima Sijil Penghargaan Anugerah Naziran Cemerlang Jabatan Akauntan Negara Malaysia tahun 2013 pada 16 Julai 2013.

Pasukan Naziran daripada Jabatan Akauntan Negara (JANM), Sandakan, telah dianggotai oleh Encik Ahmad Sharizat bin Mohd. Saffian, Puan Nur Affiyana binti Wad, dan Encik Abd. Hamid bin Arbin.

Penyerahan Sijil telah disampaikan kepada Penolong Pengarah Ukur Topografi Wilayah III Sandakan, Sr Adam Musli bin Che Sulaiman di Dewan Suria Perdana, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Page 23: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

JUPEM Selangor LANCARKAN TABUNG Anak Yatim & Fakir Miskin di Bulan RamadhanSempena kedatangan bulan Ramadhan 1434 Hijrah, Biro Kebajikan KSJU JUPEM Selangor telah mengatur beberapa program untuk mengimarahkan bulan yang penuh dengan barakah.

Satu Majlis Pelancaran Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor, Sr Ahamad bin Zakaria telah diadakan di Ibu pejabat JUPEM Selangor pada 19 Julai 2013 bersamaan 10 Ramadhan 1434H.

Pelancaran ini bertujuan untuk mengumpul dana kewangan untuk disalurkan atau disumbangkan ke Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan miskin ‘Desa Fahmi’ di negeri Selangor . Kutipan yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini merupakan satu langkah dan usaha amal kebajikan pegawai dan kakitangan JUPEM Selangor untuk meringankan beban kepada insan yang kurang bernasib baik, bagi menghadapi musim perayaan yang bakal menjelang. Dalam program ini juga, satu majlis berbuka puasa untuk pegawai dan kakitangan JUPEM Selangor yang beragama Islam telah diadakan.

PASUKAN INSPEKTORAT Adakan Lawatan Kerja Ke JUPEM Perak

Pada 24 hingga 25 Julai 2013, JUPEM Perak telah menerima satu lawatan kerja oleh Pasukan Inspektorat Ibu Pejabat JUPEM, diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Ahmad Fauzi bin Nordin. Lawatan ini bertujuan untuk memastikan dan mengesahkan tindakan pematuhan yang telah diambil terhadap maklumbalas pengauditan yang telah dijalankan oleh Jabatan Akuantan Negara. Satu perbincangan juga telah diadakan di antara kedua belah pihak untuk mengambil tindakan sewajarnya dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil, merujuk kepada teguran auditan yang lepas demi untuk penambahbaikan kepada jabatan. Walau bagaimanapun pihak Pasukan Inspektorat telah berpuas hati dan mengucapkan tahniah atas kecemerlangan yang dicapai oleh JUPEM Perak melalui laporan penilaiannya.

Berita UKUR 23

Page 24: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Program Masyarakat PenyayangPada 30 hingga 31 Julai 2013, JUPEM Perak dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Perak telah menganjurkan program masyarakat penyayang di dua buah kampung iaitu Kampung Sri Kinta dan Kampung Kepayang. Usaha murni dan terpuji yang dijalankan di bulan Ramadhan ini bertujuan untuk meringankan penderitaan dan beban kepada golongan yang kurang bernasib baik dan keluarga miskin seperti ibu tunggal dan anak-anak yatim bagi persiapan menyambut hari raya aidilfitri. Sumbangan berbentuk wang ringgit dan makanan yang didermakan oleh pegawai dan kakitangan JUPEM Perak ini telah disampaikan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perak, Sr Jasni bin A. Rahman.

Cerapan di Ambang SyawalSatu program mencerap anak bulan bagi menentukan permulaan bulan Syawal telah diadakan pada 7 Ogos 2013 bersamaan 29 Ramadhan 1434 Hijrah bertempat di Kampung Kuala Sungai Baru, Perlis. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis dengan kerjasama JUPEM Perlis telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta terdiri dari pelajar pengajian tinggi awam dan swasta serta kakitangan kerajaan. Turut hadir di majlis tersebut, DYMM Raja Muda Perlis, Menteri Besar Perlis dan Ahli Exco Negeri Perlis.

Ekspedisi Mendaki dan Menjejaki Stesen Trigonometri

JUPEM Johor telah mengadakan ekspedisi mendaki dan menjejaki Stesen Trignometri pada 19 Ogos 2013 di Gunung Ledang, Tangkak, Johor. Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan menyertai program ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Ukur (Operasi) , Sr Hamzah bin Hassan.

Antara tujuan ekspedisi yang dijalankan, untuk membudayakan amalan hidup sihat dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk menjejaki

dan meninjau kawasan persekitaran stesen tersebut.

Aktiviti yang dijalan ini juga merupakan satu langkah untuk memberi peluang dan pengalaman kepada peserta supaya mereka dapat melihat dengan lebih dekat stesen trigonometri yang menjadi satu monumen dan titik penting dalam aktiviti ukur dan pemetaan selain menjadi input bagi perancangan seperti pemagaran kawasan untuk tujuan pewartaan dan telah dibina.

Berita UKUR24

Page 25: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Program Kempen Derma Darah

Seksyen Topografi Sabah telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 20 Ogos 2013.

Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk membantu Pusat Darah Negara mengisi tabung darah mereka. Selain itu ianya sebagai salah satu alternatif ke arah kebajikan yang dapat dilakukan oleh pihak Seksyen Topografi Sabah kepada masyarakat umum di samping memberi informasi dan pendidikan yang berguna serta bermaklumat tentang kesihatan.

Program Kempen Derma Darah yang dijalankan ini telah berjaya mengutip sebanyak 71 beg (pints) darah yang didermakan oleh pegawai dan kakitangan Seksyen Topografi Sabah serta orang awam. Walaupun jumlah itu dilihat sedikit tetapi sumbangan yang diberikan sememangnya amat dihargai. Pihak penganjur juga mengharapkan agar kempen ini akan mendapat sambutan dan perhatian daripada orang ramai pada masa akan datang dengan memberikan lebih banyak publisiti serta promosi yang lebih meluas dan informasi awal kepada masyarakat umum.

JUPEM TerengganuTerima Anugerah Penganjur dan Penderma Aktif Program Derma Darah

JUPEM Terengganu telah mendapat pengiktirafan apabila dianugerah sebagai Penganjur Aktif Bagi Program Derma Darah Negeri Terengganu pada Majlis Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2013. Perasmian dan penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh YB Mohd Mahdi bin Musa, mewakili YABhg To' Puan Seri Hajah Norliza binti Mahmud, Isteri kepada YAB Menteri Besar Terengganu. Majlis dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ini telah

diadakan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam ( TTI ), Pulau Wan Man pada 19 September 2013. Tahniah juga diucapkan kepada seorang kakitangan JUPEM Terengganu, Tengku Sharun bin Tengku Husin yang telah menerima anugerah Penderma Darah Paling Aktif peringkat Negeri Terengganu. Beliau merupakan ahli sukan yang aktif diperingkat jabatan dan negeri, telah menyumbang jasa yang begitu berharga kepada masyarakat dan insan yang amat memerlukan dengan menderma darah sebanyak 115 kali sejak tahun 1982. Semoga apa yang telah beliau lakukan ini dapat dijadikan ikutan dan contoh yang baik kepada kita semua.

Berita UKUR 25

Page 26: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Program Kesihatan Menangani STRESS DAN OBESITI JUPEM Pahang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kesihatan, Menangani Stress dan Obesiti Melalui Aktiviti Kecergasan Fizikal bertempat di Residence Inn Cherating, Kuantan pada 20 hingga 22 September 2013. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada warga kerjanya terutama kepada pegawai dan kakitangannya yang agak berusia supaya kembali aktif dalam aktiviti luar pejabat

Kursus selama tiga hari ini telah dihadiri oleh 31 orang pegawai dan kakitangan JUPEM Pahang yang berumur 40 tahun ke atas, dikendalikan oleh Encik Ishak Abidin, seorang jurulatih dari sebuah syarikat kecergasan.

Satu sesi penerangan yang menyentuh mengenai kepentingan menjaga kesihatan juga telah disampaikan oleh beliau kepada semua peserta yang hadir untuk dijadikan pedoman atau ‘tip’ yang berguna untuk kesejahteraan hidup bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati’. Program ini juga telah diisi dengan sesi latihan seperti kaedah senaman yang mudah untuk kebaikan kesihatan tubuh badan yang diadakan di dalam bilik kuliah.Selain daripada itu penceramah turut memberi penekanan berhubung dengan pengambilan bahan makan yang sihat dan bermutu demi menjaga kesihatan yang baik.

Majlis Penyerahan Kunci Kenderaan Pacuan 4 Roda

Seksyen Topografi Sabah telah menerima tiga buah kenderaan pacuan 4 roda model ISUZU DMAX untuk kegunaan pasukan kerja luar. Perolehan kenderaan tersebut adalah bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang telah uzur dan tidak ekonomi untuk dibaiki lagi selain bagi memastikan kerja-kerja pengukuran topografi dan sempadan antarabangsa dapat berjalan dengan lancar. Satu majlis penyerahan kunci telah diadakan pada 24 September 2013 oleh Pengarah Ukur Topografi Sabah di Pejabat Wilayah Kerja Luar Kota Kinabalu.

Berita UKUR26

Page 27: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

JUPEM Kedah Terima’3 Bintang’ di KONVENSYEN 5S PERINGKAT KEBANGSAAN JUPEM Kedah telah dipilih oleh MPC untuk menyertai Konvensyen 5S Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 3 Oktober 2013 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Dalam konvensyen tersebut, JUPEM Kedah telah memenangi anugerah ‘3 Bintang’ iaitu anugerah tertinggi dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

JUPEM PULAU PINANG Tempat Kedua Pertandingan Kaunter Berkualiti

Jawatankuasa Penyelarasan Penyenggaraan Bangunan KOMTAR (JPPBK), Pulau Pinang telah menganjurkan satu pertandingan Kaunter Berkualiti sepanjang bulan Oktober 2013. Pertandingan yang diadakan ini adalah bagi memastikan semua kaunter di Jabatan Kerajaan Persekutuan sentiasa dilengkapi dengan maklumat fungsi, peranan dan Piagam Pelanggan Jabatan, selain dari aspek kebersihan, kekemasan dan keselesaan.

JUPEM Pulau Pinang tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan yang julung kalinya diadakan. Pertandingan yang disertai oleh sepuluh (10) Jabatan Kerajaan Persekutuan di Bangunan KOMTAR telah mempamerkan keadaan kaunter yang ‘sedap mata memandang’ dengan ciri-ciri sebuah kaunter jabatan kerajaan yang baik dan berkualiti. Tahniah kepada JUPEM Pulau Pinang kerana telah berjaya mencipta nama sebagai pemenang ditempat kedua dalam pertandingan ini. Johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Jabatan Akauntan Negara Pulau Pinang dan Jabatan Perhilitan Pulau Pinang. Penyampaian hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Pengerusi JPPBK kepada Pengarah Ukur Pulau Pinang, Sr Ahmad Azman bin Ghazali.

Berita UKUR 27

norliza
Typewritten Text
norliza
Typewritten Text
norliza
Typewritten Text
norliza
Typewritten Text
norliza
Typewritten Text
norliza
Typewritten Text
Page 28: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Seksyen Topografi Sabah Sertai Program RAS

Seramai 7 orang pegawai dan kakitangan Seksyen Topografi Sabah telah menyertai program Rakan Alam Sekitar (RAS) pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di Dataran Kobis (Astaka Budaya), Pekan Kundasang, Ranau, Sabah pada 21hb Oktober 2013.

Program telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, YBhg. Datuk Michael Emban. Antara aktiviti yang diadakan seperti membuat lilin, dan membuat bakul dari bahan buangan. Dalam program ini juga, sebanyak 500 batang pokok dari

pelbagai jenis telah ditanam. Memeriahkan lagi program ini, satu aktiviti Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar 1 Malaysia iaitu acara berkonvoi dengan kenderaan pacuan 4 roda menjadi tarikan dan tumpuan peserta program.

JUPEM Perlis Anjur Seminar Kesedaran Alam Sekitar

JUPEM Perlis telah menganjurkan Seminar Kesedaran Alam Sekitar pada 23 Oktober 2013 bertempat di Pusat Pendidikan Konservasi ( Perhilitan ) Wang Pinang, Bukit Kubu , Kuala Perlis. Program yang diadakan ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan individu dan masyarakat umum dalam menjaga alam sekitar terutama mengenai penjagaan hutan melalui amalan gotong royong serta mengambil langkah kreatif seperti mengedarkan risalah kesedaran alam sekitar kepada masyarakat.

Seramai 61 orang peserta terdiri dari pegawai dan kakitangan JUPEM Perlis, kakitangan awam hadir di seminar ini. Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mat bin Haji Hassan, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Berita UKUR28

Page 29: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Bengkel Pemantapan Penyelia Pasukan Ukur

JUPEM Terengganu telah mengadakan bengkel pemantapan bagi penyelia pasukan ukur di Port Dickson pada 10 hingga 13 November 2013. Bengkel ini dirasmikan oleh Pengarah Ukur Terengganu, Sr Haji Abd Rahman bin Mohd Don. Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan menghadiri bengkel ini. Program yang dijalankan ini bertujuan untuk memantapkan lagi penyeliaan di kalangan Pasukan Ukur JUPEM Terengganu.

SAMBUTAN HARI INOVASI 2013 JUPEM Negeri Sembilan

Majlis Sambutan Hari Inovasi 2013 peringkat Jabatan telah diadakan pada 26 November 2013 bertempat di Dewan National Council of Women's Organisations (NCWO) Jalan Raja Muda Ali, Seremban. Majlis telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan JUPEM Negeri Sembilan. Turut hadir Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, Sr Haji Hamdani bin Haji Sadiman.

Seorang penceramah jemputan telah diundang dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Encik Ahmad Badruddin bin Abdullah. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Penjawat Awam Minda Kelas Pertama'. Majlis diserikan dengan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada kakitangan JUPEM Negeri Sembilan yang cemerlang.

Berita UKUR 29

Page 30: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Taklimat Penggunaan Kenderaan dan KESELAMATAN DI JALAN RAYA

Pejabat Jurukur Daerah, JUPEM WPKL/Putrajaya telah menganjurkan Taklimat Penggunaan Kenderaan dan Keselamatan Di Jalanraya pada 28 November 2013 bertempat di Dewan Ukur JUPEM, Ibu pejabat Kuala Lumpur. Taklimat yang diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran serta kepentingan amalan baik kepada pengguna kenderaan dan pengguna jalanraya khususnya kepada semua kakitangan kerjaluar Pejabat Juruukur Daerah dan pemandu kenderaan jabatan. Seramai 78 orang terdiri dari pegawai dan kakitangan termasuk pengawal keselamatan hadir dalam taklimat ini. Program telah di isi dengan sesi taklimat mengenai pengenalan keselamatan dan amalan kerjaluar yang disampaikan oleh Juruukur Sr Mazlan bin Zainal, manakala seorang

penceramah undangan, Encik Nordin bin Harul dari Jabatan Keselamatan Jalanraya (JKJR) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah menyampaikan ceramah mengenai penggunaan topi keledar semasa menunggang motorsikal serta menunjukkan cara penggunaan yang betul. Satu klip video kejadian kemalangan jalanraya melalui rakaman CCTV turut dipertonton untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada peserta program supaya sentiasa beringat dan berhati-hati di jalan raya.

JUPEM Pahang Sertai KONVENSYEN KIK Peringkat KebangsaanJUPEM Pahang telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 3 Disember 2013 di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak. Penyertaannya adalah lanjutan dari kemenangannya menjuarai pertandingan di Konvensyen KIK peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam kategori Teknikal.

Sebanyak 52 pasukan dari pelbagai jabatan kerajaan bersaing untuk merebut kejuaraan yang dipertandingan di konvensyen ini. Kumpulan Gen XY terdiri dari 11 orang ahli telah berjaya mempamerkan persembahan yang menarik dengan tajuk, ‘Proses Pembuatan Batu Sempadan Yang Tidak Efisien di JUPEM Pahang‘. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumpulan ini kerana telah berusaha gigih serta komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh semua ahli dan ketua pasukan demi mengharumkan nama jabatan.

Berita UKUR30

Page 31: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

JUPEM TERENGGANU Serah Bantuan Mangsa Banjir Di KemamanBencana banjir yang berlaku di Terengganu pada awal bulan Disember 2013 telah turut melibatkan seramai 16 orang kakitangan JUPEM Terengganu. Tidak kurang kerugian dan kerosakan yang mereka tanggung terhadap harta benda berharga seperti perabot, perkakas elektrik dan lain-lain lagi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sebagai tanda simpati dan mengurangkan beban yang mereka tanggung ini, pada 9 Disember 2013, pihak pengurusan serta pegawai dan kakitangan JUPEM Terengganu telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian dan mengunjungi tempat kediaman mangsa banjir di samping menghulur sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan keperluan barang makanan seperti beras, tepung gandum, gula pasir dan minyak masak.

SAMBUTAN HARI INOVASI JUPEM WPKL/Putrajaya

JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Inovasi 2013 pada 17 Disember 2013 bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P Kuala Lumpur/Putrajaya, Encik Md Zaki bin Ad Wahid. Program telah diisi dengan sesi ceramah jemputan, Prof. Dr. Nasoha bin Saabin, seorang penyelidik dan pakar optometri juga merupakan Dekan Fakulti Optometri, Kolej Universiti Antarabangsa Twintech mengenai tajuk berkaitan Kreativiti dan Inovasi iaitu ‘Peranan dan Tanggungjawab Pekerja’.

Menyerikan program ini, satu persembahan bertemakan Kreativiti dan Inovasi seperti nyanyian berkumpulan, lakonan dan bacaan sajak turut diadakan. Sempena hari inovasi ini juga satu pertandingan mereka bentuk pakaian korporat, merekacipta bahan kitar semula dan pertandingan foto kreatif bertemakan suasana pejabat telah diadakan.

Berita UKUR 31

Page 32: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

PENYELARASAN NDCDB dan Lawatan di Lapangan

Satu mesyuarat penyelarasan NDCDB dan lawatan di lapangan bagi lot-lot kadaster serta kawasan persempadanan bersama negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang telah diadakan pada 31 Disember 2013 di Pejabat Ukur Daerah Pahang Selatan, Kuala Rompin, Pahang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang, Sr Abdul Aziz bin Jantan dan Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, Sr Wan Zainuddin bin Wan Yusuff dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari kedua-dua JUPEM Negeri.

Mesyuarat yang diadakan bertujuan untuk membincangkan dan membuat penyelarasan terhadap aktiviti pengukuran kadaster, serta keperluan teknikal dan hal-hal berkaitan masalah persempadanan negeri-negeri terlibat selain untuk memantapkan lagi NDCDB bagi kawasan terbabit bersesuaian dengan persekitaran dan keperluan e-kadaster.

Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia (PESUMA) Ke-29 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor (KSKJUJ) telah diadakan pada 5 hingga 8 Julai 2013 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Seramai lebih kurang 1,874 orang yang terlibat terdiri dari pegawai dan peserta untuk menyertai sebanyak 26 acara sukan yang dipertandingkan.

Sejumlah 19 kontinjen dari JUPEM Negeri dan Ibu Pejabat termasuk 3 kontinjen jemputan iaitu Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam dan Institut Tanah Negara (INSTUN), merebut kejuaraan pesta sukan yang diadakan ini.

Majlis perasmian telah berlangsung di Stadium UTM, Skudai Johor Bahru pada jam 8.45 malam, disempurnakan oleh Ir Haji Hasni bin Haji Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor yang mewakili Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamaed Khaled bin Nordin. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Datuk Prof Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib yang juga merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur PESUMA Ke-29, Sr Wan Zainuddin bin Wan Yusoff, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), JUPEM dan lain-lain Jemputan Khas.

Berita UKUR32

PESUMA KE-29 Disambut Meriah

Page 33: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Keputusan Akhir PESUMA Ke-29;

• Johan-IbuPejabatJUPEM,KualaLumpur• NaibJohan-JabatanTanah&SurveySabah• Ketiga-JUPEMJohor• Keempat–JUPEMTerengganu

Satu persembahan koir dan perbarisan lintas hormat semua kontinjen dan perarakan masuk bendera kejohanan, mewarnai dan memeriahkan suasana pembukaan PESUMA Ke-29. Bagi memberkati majlis ini, satu bacaan doa telah diadakan memohon agar perjalanan sepanjang kejohanan berjalan dengan lancar. Keseluruhan acara sukan dipertandingkan di Kompleks Sukan, Dewan Serbaguna, Padang Utama UTM kecuali acara khas menembak diadakan di Lapang Sasar Pistol, PULADA sementara acara khas golf diadakan di Orchard Golf & Country Club, Kulai, manakala acara bowling pula telah diadakan di Ampang Bowl, Pelangi Leisure Mall, Taman Pelangi, Johor Bahru.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II pada 7 Julai 2013, di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor. Dalam ucapan penutup, JUPEM Kedah telah diumumkan sebagai tuan rumah PESUMA Ke-30 yang akan diadakan pada tahun 2015 diikuti acara penyerahan bendera kejohanan mengakhiri majlis penutup ini.

Berita UKUR 33

Bil. Acara Johan Naib Johan Ketiga

1 Badminton Campuran Brunei D.S JTU Sabah Ibu Pejabat2 Bola Jaring Brunei D.S JTU Sabah Johor3 Bola Sepak Kedah Johor JTU Sabah4 Damak Lelaki Ibu Pejabat Brunei D.S Terengganu5 Damak Wanita Perak Terengganu Selangor6 Hoki 6 Sebelah Sabah Pahang Terengganu7 Karom Lelaki Ibu Pejabat Terengganu WPKL/Putrajaya8 Karom Wanita Perak Pahang Johor9 Ping Pong Campuran Ibu Pejabat Terengganu JTU Sabah10 Tenis Ibu Pejabat Sabah Terengganu11 Sepak Takraw JTU Sabah Johor Perak12 Bola Tampar Lelaki JTU Sabah Pahang Perlis13 Futsal Lelaki Perlis JTU Sabah Pahang14 Tarik Tali JTU Sabah WPKL/Putrajaya Terengganu15 Dam Aji Ibu Pejabat Kedah Johor16 Bola Tampar Wanita JTU Sabah INSTUN Ibu Pejabat17 Futsal Wanita Ibu Pejabat Johor Selangor18 Snooker Terbuka Johor Selango r JTU Sabah19 Catur Campuran Ibu Pejabat Perak JTU Sabah20 Congkak Wanita INSTUN IPKL Selangor21 Bowling Lelaki Ibu Pejabat JTU Sabah Ibu Pejabat22 Bowling Wanita JTU Sabah Perak Ibu Pejabat23 Perbarisan Johor Perak Melaka

Page 34: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

GALERI PESUMA Ke-29

Berita UKUR34

Page 35: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Berita UKUR 35

Page 36: JUL - DIS a UKUR...siri lawatan beliau ke jabatan-jabatan di bawah Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 2012 ISSN0128-0414 JUL - DIS 2013 a UKUR Bilangan 55 Berita UKUR 1 Lawatan

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM)

Jabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaWisma JUPEM Jalan Semarak

50578 Kuala LumpurTel : 03-26170800 Fax : 03-26933618

www.jupem.gov.my