juahir

Upload: nurol-fatin

Post on 06-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Juahir

    1/11

    1

    MENINGKATKAN KECEKAPAN MENGURUSSALAH LAKU DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH

    OLEH GURU-GURU SMK RAJA ABDULLAHMELALUI PROGRAM JOM GEMPUR

    JUAHIR BIN MONDAKIR

    SMK RAJA ABDULLAHJALAN JAMBU OFF JALAN KEPONG

    52000 KUALA LUMPUR

    ABSTRAK

    Gejala pelajar berkeliaran semasa waktu pengajaran dan pembelajaran banyakberlaku. Gejala ini mungkin berpunca dari kelemahan dalam mengesan danmengambil tindakan ke atas pelajarr-pelajar yang ponteng kelas . Daripada tinjauanawal didapati guru-guru mata pelajaran kurang memberi kerjasama merekod kesponteng kelas dan lain-lain kesalahan pelajar semasa dalam kelas. Hal inidisebabkan mereka tidak berpuas hati kerana banyak kes yang dicatatkan dalamBuku Kawalan Kelas tidak diambil tindakan. Melalui kajian ini diharapkan denganmemperkemaskan pengurusan disiplin sewaktu pengajaran dan pembelajaran

    melalui program jom gempurmasalahdisiplinpelajar dalam bilik darjah dapatdibendung. Dalam melaksanakan kajian ini semua guru mata pelajaran dimintamencatatkan secara tekal kes-kes disiplin dalam bilik darjah di dalam Buku KawalanKelas dengan format yang diperbaharui. Penggunaan Buku Kawalan Kelas formatbaru ini merupakan inovasi yang diperkenalkan dalam kajian ini. Semua guru dalamLembaga Disiplin yang ditugaskan memantau Buku Kawalan Kelas dimintamengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang dilaporkan olehguru-guru mata pelajaran. Bagi memastikan guru-guru membuat pemantauan keatas Buku Kawalan Kelas dan membuat rondaan saya , PKHEM dan PK Petangmembuat semakan ke atas Buku Kawalan Kelas dan memantau guru-guru yangbertugas. Begitu juga pihak pengurusan sekolah membuat pemantauan secara

    rawak ke kelas-kelas untuk memastikan guru-guru mencatatkan pelajar-pelajar yangponteng kelas. Dari pemeriksaan ke atas Buku Kawalan Kelas didapati bilangan kesdisiplin yang dicatatkan telah meningkat begitu juga peratus kes disiplin yang diambiltindakan juga telah meningkat. Daripada soal selidik yang dijalankan terhadap guru-guru didapati mereka berpuashati dengan tindakan yang telah diambil oleh pihaksekolah untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di dalam bilik darjah. Begitu jugadaripada temubual yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar didapati mereka jugaberpuas hati terhadap tahap disiplin dalam bilik darjah dan kecekapan pengurusandisiplin oleh Lembaga Disi[lin Sekolah. Kesimpulannya melalui program jomgempur kecekapan mengurus salah laku disiplin dalam bilik darjah oleh guru-guru di

    sekolah ini telah dapat ditingkatkan.

  • 8/3/2019 Juahir

    2/11

    2

    1.0 REFLEKSI AMALAN PENGURUSAN DISIPLIN YANG LALU

    Saya telah menjadi pengetua di sekolah ini selama tiga tahun. Selama itulah saya

    perhatikan gejala pelajar-pelajar berkeliaran semasa waktu pengajaran dan

    pembelajaran sering berlaku. Begitu juga kadang kala saya dapati ada guru yang

    menghadapi kesukaran mengawal kelas dan keadaan kelas terlalu bising. Ada juga

    beberapa kelas lemah terdapat pelajar-pelajar yang tidak memberi perhatian

    terhadap pengajaran guru dan tidak membuat tugasan yang diberikan oleh guru.

    Setiap kelas telah dibekalkan Buku Kawalan Kelas supaya pelajar-pelajar yang

    bermasalah atau ponteng kelas dicatatkan nama mereka oleh guru-guru mata

    pelajaran atau guru relief. Guru-guru juga diminta hanya membenarkan pelajar

    keluar kelas semasa p&p dengan menggunakan pas keluar. Guru-guru dalamkalangan Lembaga Disiplin juga telah dilantik untuk mengambil tindakan susulan ke

    atas pelajar-pelajar yang nama mereka dicatat dalam Buku Kawalan Kelas. Begitu

    juga telah ada guru-guru yang dilantik membuat rondaan bagi memastikan pelajar-

    pelajar yang berkeliaran diambil tindakan. Tetapi keadaan seperti tidak bertambah

    baik malah semakin meruncing. Tentu ada kekurangan di dalam sistem pengurusan

    disiplin secara keseluruhan.

    Perkara ini mungkin disebabkan saya kurang memantau keseluruhan sistem kerana

    desakan lain-lain tugas. Mungkin juga pihak pentadbir sekolah kurang membuat

    pemantauan ke atas guru-guru yang sepatutnya mengambil tindakan susulan ke

    atas pelajar-pelajar yang dicatatkan nama mereka di dalam Buku Kawalan Kelas.

    Borang Kawalan Kelas sedia ada (LAMPIRAN 1) tidak menekankan aspek

    pemantauan oleh mana-mana pihak. Oleh kerana kurangnya pemantauan

    menyebabkan pelajar-pelajar semakin berani melanggar peraturan disiplin dan ada

    yang menimbulkan masalah di dalam bilik darjah. Keadaan ini perlu diperbaiki

    kerana mengikut James (2007:m.s 297) pengurusan disiplin murid yang tidak

    dipantau boleh memberi implikasi negatif kepada kewibawaan pengetua.

    Saya yakin sekiranya satu gerakan menggempur dan memperbetulkan kepincangan

    dalam sistem pengurusan disiplin secara keseluruhannya masalah yang sedang

    berlaku tentu dapat diatasi. Kepercayaan saya ini bersandarkan pendapat Ayob

    (2004:m.s 74) yang mengatakan bahawa untuk memastikan matlamat tercapai

    pengetua perlu mengadakan sistem kawalan yang membolehkan semua unit dan

  • 8/3/2019 Juahir

    3/11

    3

    individu berfungsi seperti dikehendaki. Oleh itu melalui program jom gempur

    semua peringkat pemantauan dapat diaktifkan dan masing-masing guru akan

    memainkan peranan mereka agar masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah dapat

    diatasi.

    2.0 FOKUS KAJIAN

    Oleh kerana masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah banyak bergantung kepada

    kesungguhan guru-guru mata pelajaran menanganinya maka saya perlu kembalikan

    keyakinan mereka terhadap memberi kerjasama dalam melaporkan kes-kes disiplin

    yang berlaku di dalam bilik darjah secara membuat catatan dalam Buku Kawalan

    Kelas. Untuk meningkatkan sokongan guru-guru mata pelajaran melaporkan kes-

    kes disiplin dalam bilik darjah dalam kajian ini memerlukan guru-guru disiplin

    mengambil tindakan susulan seberapa segera ke atas pelajar-pelajar yang

    bermasalah yang dilaporkan oleh guru-guru mata pelajaran. Begitu juga bagi

    memastikan guru-guru disiplin memainkan peranan mereka dengan berkesan kajian

    ini memerlukan pihak pentadbir pula membuat pemantauan berterusan.

    3.0 Objektif Kajian

    Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:

    3.1 Objektif Umum

    Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kecekapan guru-

    guru dalam mengurus masalah disiplin dalam bilik darjah. Diharapkan dengan

    meningkatkan kecekapan guru-guru menguruskan kes-kes disiplin yang dilaporkan

    maka masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat diatasi.

    3.2 Objektif Khusus

    Objektif khusus kajian ini adalah seperti di bawah:

    i. Untuk memastikan peratus kes-kes disiplin yang dilaporkan oleh guru-guru

    mata pelajaran dalam Buku Kawalan Kelas diambil tindakan susulan

    meningkat dari 35.1% kepada 85%.

  • 8/3/2019 Juahir

    4/11

    4

    ii. Untuk memastikan tahap kepuasan guru terhadap tindakan susulan yang

    diambil bagi kes-kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas

    meningkat.

    iii. Untuk memastikan tahap kepuasan pelajar terhadap pengurusan disiplin

    dalam bilik darjah meningkat.

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Kumpulan sasaran terdiri daripada semua guru . Saya mengambil keputusan untuk

    menjalankan kajian ke atas guru-guru ini agar mereka menyedari bahawa mereka

    mampu menangani kes-kes disiplin dalam bilik darjah secara berkesan jika semua

    pihak memberi kerjasama sepenuhnya.

    5.0 TINJAUAN AWAL

    Dari beberapa kelas yang ditinjau didapati ada kes-kes disiplin yang dicatatkan oleh

    guru-guru mata pelajaran tidak diambil tindakan susulan oleh guru-guru dalam

    Lembaga Disiplin sekolah. Ada juga pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas

    tidak dicatatkan oleh guru-guru mata pelajaran. Dapatan daripada tinjauan yang

    dilakukan adalah seperti Jadual 1.

    Jadual 1

    Analisis Bilangan Kes Disiplin Yang Dilaporkan Dan Diambil Tindakan Pada BulanFebruari 2010

    Bilangan kes disiplin yangdilaporkan dalam Buku

    Kawalan Kelas

    Bilangan kes disiplin yangdiambil tindakan susulan

    Peratus kes disiplin yangdilaporkan dan diambil

    tindakan susulan214 75 35.1 %

    Berdasarkan Jadual 1, daripada 214 kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku

    Kawalan Kelas hanya 75 kes (35.1 %) yang diambil tindakan susulan. Dapatan ini

    menunjukkan bahawa sebahagian besar kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku

    Kawalan Kelas 139 kes (64.9 %) tidak diambil tindakan susulan. Daripada

    pemerhatian juga sering terdapat pelajar-pelajar yang berkeliaran sewaktu

  • 8/3/2019 Juahir

    5/11

    5

    pengajaran dan pembelajaran. Daripada temubual yang dijalankan terhadap guru-

    guru pula mereka kurang berpuas hati kerana banyak kes disiplin yang dilaporkan

    dalam Buku Kawalan Kelas tidak diambil tindakan susulan. Saya juga melihat

    secara lebih teliti pada Buku Kawalan Kelas (LAMPIRAN 1) yang digunakan. Saya

    dapati dalam Buku Kawalan Kelas tersebut tiada ruangan disediakan untuk

    memastikan bahawa sesuatu kes yang dilaporkan telah diambil tindakan.

    Oleh itu sememangnya wajar dijalankan kajian untuk mencari punca kepada

    masalah yang berlaku.

    6.0 PELAKSANAAN

    Saya dapati banyak masalah disiplin dalam bilik darjah kurang dapat dibendung

    kerana kelemahan sistem pemantauan dan penguatkuasaan. Oleh itu dalam kajian

    ini saya melaksanakan program jom gempur iaitu memperkemas kawalan dan

    memantapkan sistem pengurusan disiplin secara menyeluruh dari peringkat

    pengetua, penolong kanan, guru-guru dalam Lembaga Disiplin sehinggalah kepada

    semua guru mata pelajaran di dalam bilik darjah. Tempoh perlaksanaan kajian

    adalah dari 1 April 2010 hingga 31 Mei 2010. Carta Ghantt seperti pada Jadual 2

    menjelaskan secara terperinci perancangan dan perlaksanaan kajian tindakan ini.

    Jadual 2

    Carta Ghantt Perancangan dan Perlaksanaan Kajian Tindakan JOM GEMPUR

    Bil Aktiviti Februari Mac April Mei Jun

    1. Tinjauan Awal X X X X2. MesyuaratLembagaDisiplin

    X

    3. Taklimat Guru X4. Taklimat Pelajar X5. Pelaksanaan

    KajianX X X X X X X X

    6. PengumpulanData

    X X X X X X X X

    7. Penulisan

    Laporan

    X X X X

  • 8/3/2019 Juahir

    6/11

    6

    i. Aktiviti 1: Mesyuarat Khas Lembaga Disiplin

    Satu mesyuarat khas Lembaga Disiplin telah diadakan bagi membincangkan

    keperluan mengadakan kajian tindakan ini. Dalam mesyuarat tersebut telah

    dipersetujui dasar-dasar yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat

    bagi melaksanakan kajian ini. Dasar-dasar tersebut adalah:-

    Semua guru mata pelajaran diminta mencatatkan kes-kes disiplin dalam bilik

    darjah yang mereka tidak dapat uruskan seperti ponteng kelas, biadab

    terhadap guru bergaduh dan sebagainya di dalam Buku Kawalan Kelas

    Bagi memantapkan sistem pemantauan di semua peringkat Buku Kawalan

    Kelas dipinda dengan mewujudkan ruangan untuk rekod tindakan susulan

    oleh guru disiplin dan pihak pentadbir (LAMPIRAN 2) Seorang guru dalam Lembaga Disiplin ditugaskan memantau Buku Kawalan

    Kelas setiap kelas

    Guru Lembaga Disiplin yang dipertanggungjawabkan bagi setiap kelas

    diminta memeriksa Buku Kawalan Kelas dan mengambil tindakan susulan ke

    atas pelajar-pelajar yang dilaporkan setiap hari

    Pengetua/Penolong Kanan HEM/PK Petang memantau perlaksanaan dasar

    dasar di atas dari semasa ke semasa.

    ii. Aktiviti 2: Taklimat Kepada Semua Guru

    Satu taklimat khas berhubung perlaksanaan kajian tindakan telah disampaikan

    kepada semua guru. Para guru telah dijelaskan rasional dan objektif dijalankan

    kajian tindakan tersebut. Mereka telah diyakinkan bahawa jika semua pihak

    mempunyai kesungguhan untuk membendung salah laku disiplin dalam bilik darjah

    keadaan kelas akan lebih terkawal dan guru dapat memberi tumpuan lebih terhadap

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    iii. Aktiviti 3: Pemberitahuan Kepada Pelajar Dalam Perhimpunan

    Satu taklimat kepada semua pelajar telah disampaikan dalam perhimpunan sekolah

    oleh Ketua Guru Disiplin. Pelajar-pelajar yang nama mereka dicatatkan dalam Buku

    Kawalan Kelas akan diambil tindakan disiplin oleh guru-guru Lembaga Disiplin.

  • 8/3/2019 Juahir

    7/11

    7

    iv: Aktiviti 4: Pemantauan Oleh Pengetua/PK HEM/PK Petang

    Pengetua, PKHEM dan PK Petang membuat rondaan dari semasa ke semasa untuk

    melihat guru ada membuat catatan dalam Buku Kawalan Kelas dan guru-guru dalam

    Lembaga Disiplin yang ditugaskan mengambil tindakan susulan ke atas kes-kes

    disiplin yang dilaporkan telah mengambil tindakan yang sepatutnya. Dalam kes-kes

    tertentu tindakan lewat diambil kerana guru berkenaan tiada di sekolah atau kerana

    pelajar tidak hadir ke sekolah.

    v. Aktiviti 5: Pengumpulan Data Kajian

    Guru-guru dalam Lembaga Disiplin diminta merumuskan data-data di bawah seliaan

    mereka. Data-data dirumuskan mengikut kategori kes-kes yang dilaporkan dan kes-

    kes yang telah diambil tindakan. Ketua Guru Disiplin membuat rumusan

    keseluruhan bagi satu sekolah. Pihak guru kaunseling telah diminta membuat soal

    selidik untuk melihat sejauh mana guru-guru mata pelajaran berpuashati dengan

    kecekapan kes-kes disiplin yang dilaporkan diambil tindakan. Mereka juga diminta

    menemubual beberapa orang pelajar untuk melihat tahap kepuasan hati terhadap

    kawalan disiplin oleh guru-guru dalam bilik darjah. Data-data dapatan kajian

    dirumuskan dalam Jadual 3, Jadual 4 dan Jadual 5.

    Jadual 3

    Analisis Kes Disiplin Yang Dilaporkan Dan Diambil Tindakan Bagi April Dan Mei2010

    Bulan Bilangan kes yang

    dilaporkan dalam BukuKawalan Kelas

    Bilangan yang

    diambil tindakan

    Peratus kes yang

    diambil tindakan

    April 378 284 75.7%

    Mei 167 139 83.2%

  • 8/3/2019 Juahir

    8/11

    8

    Jadual 4

    Analisis Tahap Kepuasan GuruTerhadap Tindakan Disiplin Yang Diambil

    Tahap kepuasan Bilangan Guru Peratus Guru

    Tidak memuaskan 7 8.4%

    Memuaskan 56 67.5%

    Baik 17 20.5%

    Sangat baik 3 3.6%

    Jadual 5

    Analisis Respons Pelajar Terhadap Soalan Temubual

    Soalan BilanganSetuju/Puas

    hati

    PeratusSetuju/Puas

    hati

    Bilangan TidakSetuju/Puas

    hati

    Peratus TidakSetuju/Puas

    hati

    Soalan 1 10 66.7% 5 33.3%

    Soalan 2 10 66.7% 5 33.3%

    Soalan 3 11 73.3% 4 26.7%

    Soalan 1 :

    Adakah anda setuju terdapat perubahan sikap pelajar setelah tindakan disiplin

    diambil ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin dalam bilik darjah?

    Soalan 2: Adakah anda setuju pelaksanaan p&p di dalam kelas dapat dijalankan

    dengan lebih lancar setelah tindakan disiplin diambil?

    Soalan 3: Adakah anda berpuas hati terhadap perkhidmatan / tindakan susulan yang

    telah diambil oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah ke atas kes-kes disiplin yang

    dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas?

  • 8/3/2019 Juahir

    9/11

    9

    7.0 PENILAIAN

    Daripada Jadual 3 didapati bagi tempoh April hingga Mei peratus kes disiplin yang

    dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas telah meningkat iaitu 75.7% (April) dan

    83.2% (Mei) berbanding 35.1% dalam bulan Februari (Jadual 1). Pada bulan Mei

    bilangan kes telah merosot kerana peperiksaan pertengahan tahun dijalankan

    sepanjang dua minggu terakhir.

    Daripada soal selidik yang dijalankan terhadap guru-guru didapati 91.6% guru

    (Jadual 4) berpuas hati terhadap kecekapan kes-kes disiplin diuruskan oleh guru-

    guru dalam Lembaga Disiplin. Manakala daripada temubual yang dijalankan

    terhadap 15 orang pelajar didapati 66.7% pelajar (Jadual 5) bersetuju bahawa

    terdapat perubahan sikap pelajar yang telah diambil tindakan disiplin dan proses

    pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Sebanyak 73.3%

    pelajar berpuas hati terhadap tindakan susulan yang diambil oleh pihak Lembaga

    Disiplin Sekolah terhadap kes-kes yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas.

    8.0 REFLEKSI

    Semasa perlaksanaan kajian didapati kes-kes pelajar berkeliaran di luar bilik darjah

    telah berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan pelajar-pelajar yang ponteng

    kelas, dan lain-lain kes disiplin banyak dilaporkan oleh guru-guru mata pelajaran

    dalam Buku Kawalan Kelas. Ini dapat dilihat daripada bilangan kes yang tinggi

    dilaporkan dalam bulan April iaitu sebanyak 378 kes berbanding 214 kes pada bulan

    Februari. Ini bermaksud lebih ramai pelajar yang melakukan kesalahan telah diambil

    tindakan oleh guru-guru Lembaga Disiplin kerana lebih 80% kes yang dilaporkan

    telah diambil tindakan. Melalui program jom gempur didapati kecekapan mengurus

    salah laku disiplin dalam bilik darjah oleh guru-guru di sekolah ini telah meningkat.

    Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan kajian. Satu faktor

    kritikal yang membawa kejayaan kajian ini ialah dengan penggunaan Buku Kawalan

    Kelas format baru (LAMPIRAN 2) di mana diwujudkan ruang untuk merekod

    tindakan susulan oleh guru disiplin terhadap kes-kes disiplin yang dilaporkan dan

    pemantauan oleh Pengetua, Penolong Kanan HEM atau .Penolong Kanan Petang

  • 8/3/2019 Juahir

    10/11

    10

    Apabila guru-guru mata pelajaran melihat sendiri daripada rekod tersebut bahawa

    tindakan susulan telah diambil bagi setiap kes yang dilaporkan mereka berasa puas

    hati dan bersemangat untuk melaporkan kes-kes disiplin yang berlaku semasa

    mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini selari dengan apa

    yang perkatakan oleh James (2007:m.s 153) iaitu moral guru-guru sekolah juga turut

    terjejas apabila mereka berpendapat pihak pentadbiran sekolah tidak mengambil

    tindakan yang sepatutnya. Keadaan dapat diperhatikan semasa tinjauan awal

    sebelum kajian dijalankan di mana guru-guru menyatakan rasa tidak puashati

    mereka kerana guru disiplin dan pihak pentadbir gagal mengambil tindakan segera

    terhadap kes-kes yang dilaporkan. Penggunaan Buku kawalan Kelas dengan format

    baru ini merupakan satu inovasi yang diperkenalkan dalam kajian ini bagi

    mempertingkatkan kecekapan sistem dalam mengambil tindakan sesulan terhadap

    masalah disiplin dalam bilik darjah.

    Faktor kedua yang membawa kepada kejayaan kajian ialah penekanan pada aspek

    pemantauan. James (2007:m.s 270) menjelaskan bahawa pemantauan ke atas

    murid atau kakitangan perlu dibuat bagi memastikan pencapaian sesuatu matlamat

    yang ditetapkan oleh sekolah. Dalam hal ini sebelum kajian dijalankan pelajar-

    pelajar semakin berani melanggar peraturan disiplin dan ada yang menimbulkan

    masalah di dalam bilik darjah kerana kurang pemantauan oleh guru-guru disiplin dan

    pihak pentadbir sekolah termasuk pengetua. Keadaan ini perlu diperbaiki kerana

    mengikut James (2007:m.s 297) pengurusan disiplin murid yang tidak dipantau

    boleh memberi implikasi negatif kepada kewibawaan pengetua. Oleh itu melalui

    penggunaan Buku Kawalan Kelas format baru dan penglibatan langsung Pengetua,

    PK HEM dan PK Petang memantau guru-guru yang ditugaskan mengambil tindakan

    segera terhadap kes-kes yang dilaporkan maka keadaan disiplin telah bertambah

    baik.

    Selain itu, kajian ini berjaya kerana sokongan daripada semua guru. Untuk

    memperolehi sokongan ini sebelum kajian dijalankan telah diadakan Mesyuarat

    Lembaga Disiplin dan Taklimat Khas kepada semua guru. Perkara ini adalah

    penting bagi kejayaan program kerana mengikut James (2007: m. S. 254) secara

    idealnya, Pengetua harus mendapatkan persetujuan dan sokongan semua stafdalam proses penghasilan dan penguatkuasaan peraturan sekolah. Beliau juga

  • 8/3/2019 Juahir

    11/11

    11

    berpendapat bahawa dalam hal pengurusan disiplin murid, pandangan dan

    pendapat para guru perlu diambil kira sebelum sesuatu keputusan penting darihal

    hala tuju disiplin sekolah yang baru dapat digubal ataupun dilaksanakan (m.s 259).

    Melalui mesyuarat dan taklimat yang dijalankan Pengetua dapat memastikan semua

    guru jelas dan sedar tentang keperluan menjalankan kajian tindakan ini. Dengan

    demikian mereka telah memberi sokongan terhadap perlaksanaan kajian tindakan

    dengan memainkan peranan masing-masing.

    Walaupun kami berpuas hati terhadap kesan kajian yang dijalankan tetapi

    penambahbaikan perlu dilakukan dari segi memastikan semua Buku Kawalan Kelas

    tiada yang hilang atau halamannya dikoyakkan atas unsur-unsur sabotaj oleh

    pelajar-pelajar yang bermasalah. Saya telah mengenal pasti beberapa bentuk

    kawalan perlu dilaksanakan supaya semua data dan maklumat penting dapat

    sampai kepada Lembaga Disiplin Sekolah.

    Perlaksanaan Kajian Tindakan ini juga menyedarkan saya bahawa adalah amat

    penting sistem pengurusan disiplin ini mempunyai kawalan dalaman yang mantap

    dan semua itu menuntut komitmen daripada Pengetua.

    9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

    Oleh sebab masih terdapat ruang data-data yang direkodkan oleh guru mata

    pelajaran hilang kerana halaman Buku Kawalan Kelas dikoyakkan atau Buku

    Kawalan Kelas dihilangkan maka saya bercadang untuk menjalankan kajian

    tindakan yang seterusnya dan mencari kaedah baru bagi memastikan maklumat

    pelajar yang melanggar disiplin sampai ke Lembaga Disiplin secepat mungkin.

    BIBLIOGRAFI

    Ayob Jantan (2004). Pengetua sekolah yang efektif. PTS Professional Publishing

    Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

    James Ang Jit Eng, Ph.D. (2007). Pengurusan disiplin murid. PTS Professional

    Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.