jiji

2
Ketua Jabatan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Mohd Yusri Bin Sahid, PPP DG41, S.K Sejijag, 94700 Sarawak. pua PERMOHONAN: Memohon Kembali Ditempatkan Di Sekolah Yang Mempunyai Opsyen Pendidikan Khas. Merujuk kepada perkara di atas, saya Mohd Yusri Bin Sahid, guru di SK. Sejijag, butiran seperti dibawah, ingin memohon kembali mengajar dan berada di kelas Pendidikan Khas demi mutu kerja. Nama – Mohd Yusri Bin Sahid Ic – 901114-11-5331 Nombor fail peribadi – S55213 Pengkhususan di IPG – Pendidikan Khas (masalah pembelajaran) Nama sekolah sekarang – SK. SEJIJAG, SERIAN SARAWAK Matapelajaran di ajar sekarang – sains (tahun 1,2,3,4,5), Bahasa Inggeris (tahun 1,3) 2. Surat penempatan pertama yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertarikh 28/1/2015 dengan nombor rujukan JPS(W)/SPS(Ren)153/08/17/02/02/Jld.140[51] telah menempatkan saya di Sk. Balai Ringin, 94700 Serian Sarawak yang mana sekolah tersebut mempunyai kelas integrasi Pendidikan Khas. Namun begitu, saya hanya sempat berada di sekolah berkenaan selama dua minggu. Ini kerana, atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah, saya telah di arahkan bertukar ke sekolah yang baharu iaitu di SK. Sejijag sepertimana yang di alamatkan di atas dan tidak mempunyai kelas Pendidikan Khas. 3. Perkara ini amat mendukacitakan saya kerana di arah untuk berada di aliran perdana yang amat jelas sangat berbeza dengan dunia pendidikan khas. Saya juga

Upload: yusri

Post on 18-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kiki

TRANSCRIPT

Ketua JabatanBahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia,Aras 2, Blok E2, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.Mohd Yusri Bin Sahid,PPP DG41,S.K Sejijag, 94700 Sarawak.

puaPERMOHONAN: Memohon Kembali Ditempatkan Di Sekolah Yang Mempunyai Opsyen Pendidikan Khas.

Merujuk kepada perkara di atas, saya Mohd Yusri Bin Sahid, guru di SK. Sejijag, butiran seperti dibawah, ingin memohon kembali mengajar dan berada di kelas Pendidikan Khas demi mutu kerja. Nama Mohd Yusri Bin Sahid Ic 901114-11-5331 Nombor fail peribadi S55213 Pengkhususan di IPG Pendidikan Khas (masalah pembelajaran) Nama sekolah sekarang SK. SEJIJAG, SERIAN SARAWAK Matapelajaran di ajar sekarang sains (tahun 1,2,3,4,5), Bahasa Inggeris (tahun 1,3)2. Surat penempatan pertama yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertarikh 28/1/2015 dengan nombor rujukan JPS(W)/SPS(Ren)153/08/17/02/02/Jld.140[51] telah menempatkan saya di Sk. Balai Ringin, 94700 Serian Sarawak yang mana sekolah tersebut mempunyai kelas integrasi Pendidikan Khas. Namun begitu, saya hanya sempat berada di sekolah berkenaan selama dua minggu. Ini kerana, atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah, saya telah di arahkan bertukar ke sekolah yang baharu iaitu di SK. Sejijag sepertimana yang di alamatkan di atas dan tidak mempunyai kelas Pendidikan Khas.3. Perkara ini amat mendukacitakan saya kerana di arah untuk berada di aliran perdana yang amat jelas sangat berbeza dengan dunia pendidikan khas. Saya juga merasa amat terkilan kerana terdapat segelintir dari rakan saya yang bukan dari opsyen Pendidikan Khas telah di tempatkan di kelas pendidikan khas sekaligus mengambil tempat yang lebih wajar diberikan kepada saya yang lebih layak. 4. Sebagai bukti terdapat rakan saya yang dahulunya dari PISMP Pendidikan Agama bernama Nur Hazirah Binti Alias dengan nombor kad pengenalan 900507-04-5528 telah diberikan ruang berada di kelas Pendidikan Khas di SK. Laksamana, Kuching Sarawak. Perkara yang bermain di fikiran saya adalah, adakah pihak Kementerian tidak mempunyai data yang tepat tentang kekosongan guru pendidikan khas dengan calon guru baharu yang ingin ditempatkan dengan opsyen yang sebetulnya sehinggakan terjadinya kes seperti saya yang dilihat menjadi mangsa keadaan. Segala pengalaman dan ilmu ketika menuntut di IPG dalam bidang Pendidikan Khas akan terbuang begitu sahaja andai kata perkara ini terus sepi tanpa tindakan. 4. Oleh itu, saya berharap dan memohon jasa baik dari pihak Tuan agar memandang serius perkara ini dan dapat mengambil tindakan dengan sewajarnya agar dapat saya kembali ke dunia Pendidikan Khas demi prestasi kerja yang lebih baik. Segala jasa baik pihak Tuan/Puan saya ucapkan ribuan terima kasih dan sejuta penghargaan. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(MOHD YUSRI BIN SAHID)