jenis nisbah

10

Click here to load reader

Upload: huey-ling-ng

Post on 17-Jan-2016

167 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

KH

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis nisbah

JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN

Nisbah Kecairan (Mudah Tunai)

Menilai kemampuan firma membayar liability jangka pendek dengan aset mudah

tunai. Ia membolehkan penganalisis mengukur keupayaan satusatu syarikat membayar

liability semasa apabila ia matang. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah

nisbah semasa dan nisbah cepat. Daripada segi prinsip, syarikat yang mempunyai

nisbah lebih daripada 1.00 disifatkan sebagai berkemampuan memenuhi tanggungan

atau liability semasanya.

Nisbah Semasa

Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka

pendek.

Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti

semasa.

Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik

hutang jangka pendek.

Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah

semasa firma melebihi 1.

Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk

menjelaskan tuntutan semasanya.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Semasa = Aset Semasa = 816762 = 2.40 kali Liabiliti Semasa 340416

Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa

Page 2: Jenis nisbah

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut

mempunyai aset semasa 2.40 kali ganda daripada libiliti semasa. Ini bermakna

syarikat menyediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki

bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

Nisbah Cepat

Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk

menampung liabiliti semasa.

Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian

nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori

merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap, dan

pembelian secara kredit. Oleh itu ianya mengambil masa untuk mendapatkan

tunai.

Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Cepat = Aset Semasa – Inventori = (816762 – 583908) = 0.68 kali Liabiliti Semasa 340416

Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada 1 yang

membawa maksud jumlah asset yang boleh ditunaikan adalah kurang daripada

liability semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap RM 1 lbiliti yang

dituntut.

Nisbah Cepat = Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa

Page 3: Jenis nisbah

Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik.

Nisbah Pengurusan Aset (Aktiviti)

Boleh digunakan bagi mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam

mengurus aset syarikat. Secara amnya, pengurusan yang berkesan dan cekap

menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset

yang dimiliki.

Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan nisbah pengurusan aset ialah:

Pusing ganti aset tetap

Pusing ganti jumlah aset

Pusing ganti inventori

Tempoh pungutan purata

Pusing Ganti Aset Tetap

Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah syarikat

menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan.

Contoh:

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 270900 = 7.51 kali Jumlah Aset Tetap 360510

Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti asset tetap

sebanyak 7.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi

sebanyak RM 7.51 jualan dapat dijanakan.

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset Tetap

Page 4: Jenis nisbah

Pusing Ganti Jumlah Aset

Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana

hasil jualan.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih = 2709000 = 2.29 kali Jualan Aset 1182000

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan

sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang dilaburkan

dalam asetnya menghasilkan RM 2.84

Pusing Ganti Inventori

Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih

tinggi, lebih baik, kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset

Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori

Page 5: Jenis nisbah

Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan = 1625400 = 2.78 kali Inventori 583908

Berdasarkan kepada pengiraan diatas, syarikat tersebut mempunyai nisbah pusing

ganti inventori yang tinggi. Nisbah yang tinggi disebabkan penjualan produk syarikat

yang laris atau syarikat tidak menyimpan banyak inventori yang daripada segi

menyimpan. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2.78 kali. Dengan kata

lain, stok dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual.

Tempoh Kutipan Purata

Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia

menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan

atau akaun belum terima. Kebiasaannya nisbah tempoh kutipan purata yang rendah

dianggap baik kerana ini menunjukkan syarikat berjaya mengutip semula akaun-

akaun belum terima dalam jangka masa yang pendek.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima = 111108 = 14.97 hari Purata Jualan Sehari 7421.918

Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut mngambil masa selama

14.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima.

Syarikat ini perlu menjelaskan liability syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.

Nisbah Keberuntungan

Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima Purata Jualan Sehari

Page 6: Jenis nisbah

Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma

dalam menjana keuntungan. Terdapat tiga jenis nisbah keberuntungan iaitu:

Nisbah margin untung bersih

Nisbah pulangan atas aset

Nisbah pulangan atas ekuiti

Secara ringkasnya, semakin tinggi pulangan yang diperoleh bererti semakin berupaya

syarikat membuat keuntungan.

Nisbah Margin Untung Bersih

Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih

yang diperolehi bagi setiap jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan

setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini mengukur keupayaan

syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang

mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 116487 = 4.30% Jualan 2709000

Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak

semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan perkataan lain,

daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 4.30

sen

Secara ringkasnya terdapat beberapa factor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu faktor:

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan

Page 7: Jenis nisbah

Harga Kos Jualan

Nisbah Pulangan atas Aset (ROA)

Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar keuntungan

daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Selain itu menunjukkan

kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi nisbah, semakin baik

kerana menunjukkan keuntungan.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih = 116487 = 9.86% Jumlah Aset 1182000

Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada

penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9.86%

Nisbah Pulangan Ekuiti

Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana

keuntungan pemegangsaham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah

pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana

keuntungan cukup supaya diagih-agihkan di antara mereka.

Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah:

Keuntungan tertahan

Saham keutamaan

Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset

Page 8: Jenis nisbah

Saham biasa

Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada

keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham.

Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan

pengembangan syarikat.

Contoh:

Rujuk Lampiran 1

Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 116487 = 20.45% Jumlah Ekuiti 569724

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah

20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak

RM 20.45.

Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti