jenis kertas kerja

15
KERTAS KERJA

Upload: cher

Post on 20-Feb-2016

684 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Definisi dan ciri-ciri kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

Definisi

•Merupakan komunikasi bertulis.•Meyakinkan sesuatu pihak tentang idea yang hendak disampaikan.• Selain berbentuk teks, kertas kerja juga boleh dibentangkan.

Jenis-jenis Kertas Kerja

a) Kertas kerja seminar- Sesuatu perkara yang dikemukakan kepada sesuatu kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar.- Mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya sebagai panduan bagi menerokai sesuatu perkara atau bidang yang baharu.

b) Kertas kerja projek- Dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat dan institusi tertentu.- Mendapat kelulusan daripada pihak-pihak tertentu.- Jenis-jenis kertas kerja projek:

i. Kertas kerja perniagaanii. Kertas kerja lawataniii. Kertas kerja programiv. Kertas kerja perkhemahanv. Kertas kerja hari keluargavi. Kertas kerja sukan dan lain-lain

Format Menulis Kertas Kerjaa) Format kertas kerja seminar

- Tajuk - Nama/nama-nama pembentang kertas kerja- Nama institusi- Abstrak (sinopsis/ringkasan)- Pengenalan- Sorotan kajian- Metodologi- Analisis data/dapatan- Rujukan- Lampiran

b) Format kertas kerja projek- Tajuk- Latar belakang/rasional- Objektif/matlamat- Jangka masa yang diperlukan- Kumpulan sasaran- Andaian-andaian halangan- Anggaran belanjawan- Penubuhan jawatankuasa- Menentukan jadual tugas- Pelaksanaanya

1. Penggunaan bahasa yang baik•Struktur ayat yang betul dan gramatis, pemakaian imbuhan perkataan yang tepat dan pemilihan kosa kata sesuai mengikut kontesk.•Melahirkan apa yang disampaikan jelas.•Pemilhan kata yang mempunyai kejelasan, kekhususan, ketepatan, kesesuaian dan elakkan ulangan yang tidak perlu.

2. Keutuhan wacana dalam tulisan•Wacana merupakan satu susunan bahasa terlengkap dengan runtutan dan tautan tinggi yang berkesinambungan.•Maklumat disusun sesuai dengan urutan.

Ciri-ciri

3. Penggunaan laras yang betul•Laras bahasa ialah variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang.•Pemilihan kata, frasa, ayat, khalayak dan bidang yang diperkatakan.•Laras bahasa yang sering digunakan ialah laras bahasa umum.

4. Ringkas, tepat dan padat•Maklumat diolah dengan jelas tanpa diulang dan sesuai dengan tujuan penghasilan kerja.

5. Maklumat yang lengkap•Penulis membuat rujukan dan semakan supaya maklumat yang diperlukan tidak tertinggal.

6.Ketekalan penulisan•Bentuk penulisan dipersembahkan dalam bentuk yang tekal dan konsisten terutama dari segi ejaan.•Ketekalan bentuk akan memudahkan pembaca membuat rujukan dan kertas kerja kelihatan kemas.

7. Penomboran yang sesuai•Menyusun maklumat dengan susunan yang sesuai dengan memberikan penomboran.•Memudahkan pembahagian tajuk-tajuk kecil.

8. Kepanjangan yang sesuai•Tidak terlalu panjang dan tebal.•Mempunyai tajuk yang ringkas.•Kepanjangan kertas kerja bergantung pada jenis kertas kerja dan tujuannya.

StrategiSebelum menulisMengenal Pasti Audiens Sasaran• Kenal pasti kumpulan sasaran yang akan menjadi pembaca kertas kerja.

Mengenal Pasti Bentuk Penulisan• Tujuan penulisan kertas kerja akan menentukan bentuk penulisan yang perlu digunakan.

Mengenal Pasti Bahasa yang Digunakan Perlu mematuhi peraturan tatabahasa dan gaya

penulisan yang betul semasa menghasilkan kertas kerja. Gaya penulisan yang baik perlu memenuhi ciri-ciri

seperti :◦ keseragaman◦ kebolehbacaan◦ memenuhi kehendak pembaca

Mengenal Pasti Teknik Penulisan• Teknik penulisan mestilah dalam format yang betul.

Mengenal Pasti Bahagian-bahagian Kertas Kerja Kenal pasti bahagian-bahagian yang perlu ada dalam

kertas Bahagian pengenalan merupakan bahagian yang

menerangkan latar belakang terhadap kandungan kertas kerja.

Bahagian isi merupakan bahagian yang sangat penting dalam sesuatu kertas kerja. Bahagian ini mengandung huraian tajuk, keterangan, penjelasan dan sebagainya.

Bahagian kesimpulan yang merumuskan kandungan kertas kerja. Saranan dan cadangan boleh dimasukkan dalam bahagian ini.

Mendapat Maklumat Penting yang Berkaitan Dapatkan maklumat-maklumat awal yang berkaitan

untuk dimasukkan dalam draf kerja. Hal ini akan memudahkan anda menulis dan penulisan anda akan berjalan lancar.

Semasa MenulisSentiasa Berbincang dengan Pihak-pihak Tertentu untuk

Mendapatkan Idea Tambahan. Dengan ini, kertas kerja yang akan anda hasilkan itu

benar-benar mengandung maklumat yang lengkap.

Gunakan Laras dan Wacana yang Betul Konsep komunikasi tulisan perlu difahami oleh

seseorang penulis kertas kerja. Penggunaan laras dan wacana yang betul akan

menjadikan komunikasi lebih berkesan

Selepas Menulis Melakukan penyemakan dengan teliti. Menyemak kesilapan ejaan dan tatabahasa.

Sekian Terima Kasih