jenis-jenis bacaan

30
KOD KURSUS : BMM1034 PENSYARAH : PN.RODIAH BT AHMAD AHLI KUMPULAN : CHIA HUEY YING ONG XIN YIE JENIS-JENIS BACAAN SECARA KONTEKSTUAL

Upload: xincess

Post on 06-Sep-2015

677 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

JENIS-JENIS BACAAN SECARA KONTEKSTUAL

KOD KURSUS : BMM1034

PENSYARAH : PN.RODIAH BT AHMAD

AHLI KUMPULAN : CHIA HUEY YING

ONG XIN YIE

JENIS-JENIS BACAANSECARA KONTEKSTUAL

JENIS-JENIS BACAAN

Secara luaran kita mungkin mengatakan bahawa bacaan itu adalah membaca, menukar grafik kepada makna dan seterusnya memahami keseluruhan apa yang dibaca.

Sebenarnya bacaan boleh dibahagikan kepada EMPAT jenis seperti:

Bacaan Mekanis

Bacaan Mentalis

Bacaan Intensif

Bacaan Ekstensif

Bacaan Mekanis

bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul.

membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul.

Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Tujuan Bacaan Mekanis

Untuk membolehkan murid-murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul menggunakan tanda baca serta berhenti (jeda) pada tempat yang sesuai gaya dan laras yang sesuai dengan kelancarannya.

Bacaan Mentalis

dikenali sebagai bacaan akaliah yang merupakan bacaan secara senyap.

Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan.

sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.

Tujuan Bacaan Mentalis

Untuk membolehkan murid-murid berlatih membaca sendiri secara senyap/kuat, pantas dan perlahan.

Dapat mencari isi-isi penting, menganalisis idea, menilai idea dan merumus idea.

Bacaan Intensif

bertujuan mengesan dan menikmati unsur tertentu dalam bahasa, mengenal pasti pelbagai laras bahasa.

memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.

Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Konsep Bacaan Intensif

Aktiviti membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan perkembangan pembelajaran bahasa di bawah bimbingan guru.

Memberi asas penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata.

Dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, spt susunan kata dalam ayat, pengertian menurut kamus.

Mengembangkan usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan penulisan.

Kepelbagaian latihan dianggap penting.

Tujuan Bacaan Intensif

Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul sebutan, intonasi, lancar, dan tahu tanda baca.

Mengembangkan kebolehan mentafsir perkara yang tertulis.

Membaca senyap dengan kepantasan yang wajar.

Menilai dan mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan bacaan.

Mengesan, memaham, dan menikmati unsur-unsur estetika dalam bahasa.

Mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca.

Bacaan Ekstensif

bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas.

biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek seperti:

-menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan

-menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan

-meningkatkan kepantasan membaca

-membina dan mengukuh minat membaca

-kebolehan memetik isi-isi penting.

Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Konsep Bacaan Ekstensif

Murid akan mendapat kepuasan melalui bacaan ekstensif, berasa seronok, dan berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Meneroka pelbagai bahan bacaan mengikut kesesuaian dan usia murid.

Tujuan Bacaan Ekstensif

Membolehkan murid:

membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan langsung orang lain.

membaca dengan lancar dalam bahasa yang dipelajari oleh mereka.

mendapat pengetahuan di samping dapat menghiburkan hati.

Memperkaya bahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat, keindahan bahasa.

Memberi peluang kepada murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan.

Melatih murid membina ayat-ayat yang kreatif melalui pembacaan.

Menambahkan minat membaca.

Meningkatkan minat membaca.

Membina daya fikir dan membentuk sikap yang baik dalam kalangan murid.

Meningkatkan mutu dan kepantasan membaca.

Memperluas tahap penguasaan bahasa.

Membentuk tabiat gemar membaca.

Mengamalkan kebiasaan membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan.

Mendedahkan murid pada pelbagai laras bahasa.

Memperkembang daya kreatif dalam penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi.

Kaedah Pengajaran Pemulihan Bacaan

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan.

Perkara terpenting ialah pelajar perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap.

Kemahiran-kemahiran yang akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seperti:

-kaedah pandang sebut

-aktiviti pengamatan

-kaedah fonetik

Kaedah Pandang Sebut

Guru menggunakan perkataan dan ayat pendek yang ditulis pada kad-kad imbasan.

Murid menyebut perkataan secara kelas, kumpulan dan individu.

Langkah ini diikuti dengan menyebut bahan yang sama daripada buku.

Tidak ada sebarang cerakinan(penyelidikan) yang dibuat.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan

Bertujuan untuk melatih keupayaan mata murid-murid mengecam, membeza dan membandingkan bentuk-bentuk, gambar, benda-benda maujud dan sebagainya mengikut jenis, warna dan saiz.

Merupakan asas penting untuk murid-murid sebelum mereka diperkenalkan dengan huruf.

Kaedah Fonetik

Dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform dan berkait rapat dengan kaedah terus.

Pengajaran ini dimulakan dengan latihan pendengaran, diikuti dengan latihan penyebutan, iaitu bermula daripada penyebutan bunyi, kata, frasa dan ayat.

Ayat-ayat akhirnya digabung menjadi dialog atau cerita.

Fonetik adalah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia.

Belajar membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan satu proses.

Proses itu bermula dengan memperkenalkan bunyi secara sistematik:

-murid-murid perlu tahu bunyi huruf.

-perlu kenal huruf.

-dapat menghubungkan bunyi dengan huruf yang mewakili bunyi tersebut.

Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid-murid mengenal dan mengingat bunyi 26 vokal dan konsonan Melayu.

Tujuan Pembelajaran dan Pengajaran

Murid-murid boleh:

Mengenali dan membezakan huruf-huruf, menyebut nama dan membunyikan huruf.

Membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul serta sesuai.

Dilatih membaca senyap dan memahami isi bahan yang dibaca itu serta dapat menyatakan semula kandungan yang dibaca dengan betul.

Menggunakan bahasa yang betul dan tepat secara lisan mahupun bertulis

Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang pelbagai perkara serta dapat digunakan sama ada dalam peperiksaan, penulisan mahupun semasa berkomunikasi dalam masyarakat.

Menanam sikap bahawa membaca sebagai satu budaya masyarakat.

Menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu selaras dengan kehendak zaman pada masa kini.

Dapat menuturkan ayat yang gramatis, memahami maknanya dan meluaskan kosa kata murid-murid.

Faktor Mempengaruhi Pembelajaran Bacaan

Perkembangan persepsi

Perkembangan intelek

Peringkat kedewasaan termasuklah faktor jantina

Latar belakang dan pengalaman kendiri

Kemahiran membeza melalui pendengaran dan penglihatan

Perkembangan bahasa

Perkembangan pancaindera

Teraf kesihatan

Sikap dan motivasi

Perkembangan sosial dan emosi

Kaedah, teknik dan prosedur pengajaran

Rujukan

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2012/05/jenis-jenis-bacaan.html

Bahasa Melayu II Akademik ( Husin Fateh Din & Nazariyah Sani)

Terima Kasih