jenayah kolar putih

22
Jenayah kolar putih PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2

Upload: cg-zue

Post on 11-Jun-2015

10.587 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenayah kolar putih

Jenayah kolar putih

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2

Page 2: Jenayah kolar putih

DEFINISI

Page 3: Jenayah kolar putih

Definisi

Perbuatan salah laku yang dilakukan oleh golongan pertengahan / atasan yang brsangkut paut dengan bidang tugas mereka.

T. R. Young: jenayah yang melibatkan pecah amanah secara tersirat yang wujud bersama- sama jawatan yang dipegang / mana-mana kedudukan amanah.

Page 4: Jenayah kolar putih

• Didefinisikan sebagai penipuan dan perbuatan salah laku merugikan yang melibatkan individu- individu tertentu dalam sesebuah organisasi perniagaan, badan kerajaan atau badan perdagangan.

• Turut dikenali sebagai jenayah ekonomi, jenayah perdagangan dan jenayah korporat.

Page 5: Jenayah kolar putih

Elemen penting jenayah kolar putih

Melibatkan niat untuk melakukan perbuatan salah laku.

Melibatkan tindakan yang penuh dengan tipu muslihat.

Berunsur penipuan. Melibatkan penyembunyian berterusan

tentang sesuatu tindakan.Tidak melibatan penggunaan paksaan

secara fizikal / ancaman.Berorientasikan matlamat peribadi dan

keuntungan perniagaan.

Page 6: Jenayah kolar putih

JENIS – JENIS JENAYAH KOLAR PUTIH

Page 7: Jenayah kolar putih

Rasuah

• Berasal daripada perkataan Arab ‘al-risywah’ .• Secara literal, rasuah merupakan sesuatu yang dapat

membantu seseorang individu untuk mencapai tujuan atau matlamatnya .

• Secara umum , rasuah mempunyai ciri-ciri yang berikut:

a) Penyalahgunaan kuasa yang dimiliki melalui pemegangan sesuatu jawatan atau amanah.

Page 8: Jenayah kolar putih

b) Merangkumi perbuatan meminta, menerima, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan.

Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1961 menyatakan seseorang yang didapati bersalah melakukan jenayah rasuah boleh dikenakan hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan .

Page 9: Jenayah kolar putih

Penyelewengan

• Tindakan seseorang atau sesuatu pihak menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta orang atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi kepentingan diri sendiri .

• Contohnya perbuatan yang dikategorikan sebagai penyelewengan adalah seperti yang berikut:-

a. Menggelapkan harta atau wang syarikatb. Memberi harta yang bukan hak miliknya kepada orang lainc. Melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian

kepada pihak yang bertanggungjawab.

Page 10: Jenayah kolar putih

• Hukuman yang dikenakan terhadap seseorang yang didapati bersalah melakukan penyelewengan ialah hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada enam tahun, sebatan rotan serta denda .

Page 11: Jenayah kolar putih

Pecah Amanah• Tanggungjawab yang diberi kepada seseorang yang

mempunyai kuasa dan hak untuk mengelak daripada melakukan perbuatan curang .

• Menyalahgunakan harta yang telah diamanahkan hak penjagaannya kepada individu terbabit . Individu terbabit dikatakan telah menyalahgunakan harta tersebut untuk kegunaan sendiri .

• Meliputi penggunaan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham/aset (untuk diri sendiri) & menjual saham/aset tersebut kepada syarikat di mana ia bertugas untuk mengaut keuntungan peribadi.

Page 12: Jenayah kolar putih

• Mengikut Seksyen 406 Kanun keseksaan , seseorang yang didapati bersalah melakukan pecah amanah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun serta sebatan rotan.

• Bagi kesalahan pecah amanah yang dilakukan oleh penjawat awam, jurubank, saudagar dan ejen, hukuman penjara yang dijatuhkan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, sebatan rotan serta denda.

Page 13: Jenayah kolar putih

KONFLIK KEPENTINGAN• Satu bentuk jenayah kolar putih yang dilakukan oleh

seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi

• Tindakannya menunjukkan tanda- tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya terhadap organisasi perniagaan tersebut.

• Seseorang pengarah yang mempunyai kuasa dan hak membuat keputusan tidak boleh memasuki sesuatu kontrak yang sah dengan sesebuah syarikat yang lain walaupun tidak terlibat secara langsung.

Page 14: Jenayah kolar putih

• Percanggahan sedemikian mungkin wujud dalam 2 keadaan iaitu:-

a) Pengarah yang dilantik oleh lembaga pengarah mewakili kepentingan sesuatu kumpulan tertentu.

b) Pengarah syarikat mungkin merupakan pengarah syarikat lain yang bersaing antara satu sama lain.

• Hukuman yang lazim dikenakan ialah pembatalan kontrak sekiranya wujud sesuatu kontrak yg mengikat kedua-dua belah pihak berkenaan.

Page 15: Jenayah kolar putih

Penyalahgunaan Kuasa• Berlaku apabila seseorang yang diberi kuasa untuk menjalankan

tanggungjawab tertentu berdasarkan bidang kuasa yang diamanahkan kepadanya mengambil tindakan untuk melanggar peraturan yang ditetapkan.

• Keputusan yang dibuat oleh individu terbabit memberi keutamaan terhadap sesuatu kepentingan yang berada di luar skop kepentingaPenyalahgunaan kuasa yang sering berlaku ialah dagangan dalaman.

• Merujuk kepada tindakan seseorang yang mempunyai kuasa yang luas untuk menjalankan urus niaga saham menyalahgunakan maklumat dalaman yang diperoleh melalui kedudukannya untuk kepentingan diri dan pihak lain.

Page 16: Jenayah kolar putih

• Sering dilakukan oleh pihak yang mempunyai kuasa yang luas dan mengetahui maklumat dalaman syarikat tersebut.

• Individu yang bersalah boleh dihukum di bawah Akta Syarikat 1965.

• Penyalahgunaan kuasa berlaku apabila seseorang menggunakan kedudukan dan jawatan untuk memenuhi keperluan peribadi.

• Contoh penyalahgunaan kuasa ialah meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri dan kelulusan kemasukan barangan dari luar negara untuk perniagaan yang diusahakan dalam negara.

Page 17: Jenayah kolar putih

HUKUMAN

Page 18: Jenayah kolar putih

Denda:-

• Denda ialah hukuman berbentuk pembayaran wang yang dikenakan terhadap pihak tertuduh yang telah disabitkan kesalahan.

• Jumlah denda yang dikenakan bergantung pada jenis jenayah kolar putih yang dilakukan dan ditentukan oleh pihak mahkamah.

Page 19: Jenayah kolar putih

Penjara:-

• Hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap pihak tertuduh yg telah disabitkan kesalahan dengan menahan pesalah dalam penjara dan kebebasan pesalah untuk bergerak disekat.

Page 20: Jenayah kolar putih

TUNGGU SEBENTAR

!!!!!

ADA SOALAN ??

JIKA TIADA SOALAN, KAMI ADA SOALAN .....

Page 21: Jenayah kolar putih

SOALAN…1) Huraikan definisi jenayah kolar putih.

2) Nyatakan tiga elemen penting jenayah kolar putih.

3) Jelaskan tiga jenayah kolar putih yang mungkin berlaku dalam kalangan pengurus pembelian dengan memberikan satu contoh bagi setiap jenis tersebut.

Page 22: Jenayah kolar putih

DISEDIAKAN OLEH:KUMPULAN 5

Muhammad AmirulUlul Azmi

Nur HaninaNor Nadjwa Asmaa

Siti Nur Asmida