jawapan€¦j1 praktis topikal kss: bahasa elayu tingkatan 3 jawapan unit 1 sistem bahasa kertas 1...

16
J1 Praktis Topikal KSSM: Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan UNIT 1 Sistem Bahasa Kertas 1 Bahagian A Praktis 1 1 B 2 C 3 B 4 C 5 A 6 B 7 D 8 A 9 A 10 C 11 D 12 C 13 D 14 D 15 B Praktis 2 1 B 2 A 3 C 4 C 5 C 6 B 7 D 8 A 9 C 10 D 11 B 12 D 13 B 14 A 15 D Praktis 3 1 A 2 D 3 B 4 D 5 C 6 B 7 D 8 C 9 A 10 A 11 D 12 A 13 B 14 D 15 D Praktis 4 1 B 2 C 3 C 4 D 5 D 6 C 7 D 8 B 9 B 10 A 11 B 12 C 13 B 14 D 15 B Praktis 5 1 C 2 B 3 D 4 D 5 A 6 D 7 D 8 D 9 A 10 A 11 D 12 B 13 C 14 C 15 C Praktis 6 1 A 2 D 3 C 4 D 5 B 6 C 7 B 8 C 9 B 10 A 11 C 12 C 13 B 14 B 15 C Kertas 1 Bahagian B Praktis 1 1 B 2 A 3 D 4 C 5 A 6 B 7 C Praktis 2 1 tengah hari 2 suruhanjaya 3 surat khabar 4 bandar raya 5 jawatankuasa 6 tandatangan 7 pilihan raya Praktis 3 1 2 3 4 5 6 7 Praktis 4 1 F 2 A 3 E 4 D 5 H 6 C 7 B Praktis 5 1 B 2 E 3 A 4 D 5 F 6 G 7 C Jawapan Praktis 6 1 tentang 2 antara 3 dalam 4 dari 5 Oleh sebab 6 kepada 7 Pada Praktis 7 1 Beberapa buah sajak akan dideklamasikan oleh penyajak itu dalam majlis sambutan hari kemerdekaan pagi ini. 2 Perkhemahan pengakap yang akan diadakan di Ulu Bendul pada cuti sekolah nanti akan disertai oleh abang. 3 Semangat kesukanan yang tinggi telah kalian tunjukkan pada hari sukan yang lalu. 4 Cita-cita yang tinggi haruslah kita tanam untuk berjaya dalam kehidupan. 5 Semua rakan baik telah saya jemput ke majlis hari jadi saya yang akan diadakan pada hujung bulan ini. UNIT 2 Pemahaman Teks Kertas 1 Bahagian A Praktis 1 1 A 2 D 3 A 4 D 5 D Praktis 2 1 B 2 A 3 D 4 C 5 A Praktis 3 1 C 2 D 3 B 4 B 5 C Praktis 4 1 B 2 C 3 D 4 C 5 D Praktis 5 1 A 2 D 3 C 4 C 5 B Praktis 6 1 D 2 C 3 A 4 C 5 B Praktis 7 1 C 2 C 3 D 4 C 5 D Praktis 8 1 B 2 B 3 B 4 A 5 C Praktis 9 1 B 2 C 3 D 4 B 5 D Praktis 10 1 C 2 C 3 A 4 A 5 D PT PT3 BM T3_JAW.indd 1 27/01/2019 11:00 PM

Upload: others

Post on 26-Oct-2019

3.488 views

Category:

Documents


216 download

TRANSCRIPT

J1 Praktis Topikal KSSM: Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan

UNIT 1 Sistem Bahasa

Kertas 1 Bahagian APraktis 1 1 B 2 C 3 B 4 C 5 A 6 B 7 D 8 A 9 A 10 C 11 D 12 C 13 D 14 D 15 B

Praktis 2 1 B 2 A 3 C 4 C 5 C 6 B 7 D 8 A 9 C 10 D 11 B 12 D 13 B 14 A 15 D

Praktis 3 1 A 2 D 3 B 4 D 5 C 6 B 7 D 8 C 9 A 10 A 11 D 12 A 13 B 14 D 15 D

Praktis 4 1 B 2 C 3 C 4 D 5 D 6 C 7 D 8 B 9 B 10 A 11 B 12 C 13 B 14 D 15 B

Praktis 5 1 C 2 B 3 D 4 D 5 A 6 D 7 D 8 D 9 A 10 A 11 D 12 B 13 C 14 C 15 C

Praktis 6 1 A 2 D 3 C 4 D 5 B 6 C 7 B 8 C 9 B 10 A 11 C 12 C 13 B 14 B 15 C

Kertas 1 Bahagian BPraktis 1 1 B 2 A 3 D 4 C 5 A 6 B 7 C

Praktis 2 1 tengah hari 2 suruhanjaya 3 surat khabar 4 bandar raya 5 jawatankuasa 6 tandatangan 7 pilihan raya

Praktis 3 1 ✗ 2 ✗ 3 ✓ 4 ✗ 5 ✓ 6 ✗

7 ✓

Praktis 4 1 F 2 A 3 E 4 D 5 H 6 C 7 B

Praktis 5 1 B 2 E 3 A 4 D 5 F 6 G 7 C

Jawapan

Praktis 6 1 tentang 2 antara 3 dalam 4 dari 5 Oleh sebab 6 kepada 7 Pada

Praktis 7 1 Beberapa buah sajak akan dideklamasikan oleh

penyajak itu dalam majlis sambutan hari kemerdekaan pagi ini.

2 Perkhemahan pengakap yang akan diadakan di Ulu Bendul pada cuti sekolah nanti akan disertai oleh abang.

3 Semangat kesukanan yang tinggi telah kalian tunjukkan pada hari sukan yang lalu.

4 Cita-cita yang tinggi haruslah kita tanam untuk berjaya dalam kehidupan.

5 Semua rakan baik telah saya jemput ke majlis hari jadi saya yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

UNIT 2 Pemahaman Teks

Kertas 1 Bahagian APraktis 1 1 A 2 D 3 A 4 D 5 D

Praktis 2 1 B 2 A 3 D 4 C 5 A

Praktis 3 1 C 2 D 3 B 4 B 5 C

Praktis 4 1 B 2 C 3 D 4 C 5 D

Praktis 5 1 A 2 D 3 C 4 C 5 B

Praktis 6 1 D 2 C 3 A 4 C 5 B

Praktis 7 1 C 2 C 3 D 4 C 5 D

Praktis 8 1 B 2 B 3 B 4 A 5 C

Praktis 9 1 B 2 C 3 D 4 B 5 D

Praktis 10 1 C 2 C 3 A 4 A 5 D

PT PT3 BM T3_JAW.indd 1 27/01/2019 11:00 PM

J2 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2019

Praktis 11 1 B 2 A 3 D 4 D 5 C

UNIT 3 Pemahaman Petikan

Kertas 1 Bahagian BPraktis 1 (i) Rangkai kata kebejatan sosial bermaksud keburukan/

kerosakan/kebobrokan sistem nilai. (ii) Punca-punca yang menyumbang kepada keruntuhan

akhlak remaja: ... sikap remaja yang inginkan kebebasan ... institusi keluarga yang berpecah-belah ... pengaruh rakan sebaya(iii) … memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada

anak-anak ... menasihati dan mendidik anak-anak dari kecil ... meluangkan masa bersama-sama anak untuk aktiviti

keluarga ... memantau pergerakan anak-anak terutamanya

selepas waktu persekolahan

Praktis 2 (i) Rangkai kata media arus perdana bermaksud alat/

wahana saluran/aliran utama. (ii) Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh pelbagai

pihak bagi menangani kemelut harga barangan ialah: ... pengguna harus menyuarakan pendapat tentang

kenaikan harga barangan ... ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak

mengamalkan budaya membawa bekalan makanan ke sekolah

... pengguna mengelakkan diri daripada membeli barangan mahal seperti barangan import dari luar negara

(iii) Peranan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah bagi melahirkan pengguna bijak ialah:

... meningkatkan tahap kesedaran tentang hak kepenggunaan dalam kalangan murid

... menganjurkan forum dan perbincangan tentang ciri-ciri pengguna yang bijak

... mendidik murid membeli barangan yang penting sahaja

Praktis 3 (i) Rangkai kata terjebak dalam gejala bermaksud terlibat/

terperangkap/termasuk dalam musibah. (ii) Peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa

..memastikan anak-anak tidak terjebak dalam gejala merokok:

... melakukan pemantauan yang teliti terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh anak-anak mereka

... menghantar anak-anak untuk menyertai program yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang

(iii) ... kempen yang berterusan dan efektif bagi meningkatkan tahap kesedaran tentang bahaya rokok ... pelancaran talian khas bagi perokok mendapat nasihat untuk menghentikan tabiat buruk mereka itu.

... menambahkan jumlah klinik berhenti merokok kerajaan

... kakitangan kementerian perlu dilatih bagi membuat penilaian, memberi kaunseling dan merawat perokok yang ingin meninggalkan tabiat itu.

Praktis 4 (i) Rangkai kata merealisasikan aspirasi bermaksud

menjadikan impian sebagai kenyataan. (ii) Tindakan yang boleh diambil bagi menghijaukan negara: ... kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap

pihak yang menebang pokok atau membalak secara haram dan tanpa kawalan

... program penanaman semula pokok perlu dijalankan dengan giat

... kerajaan perlu menyediakan lebih banyak taman rekreasi di kawasan bandar

(iii) ... membantu pihak sekolah menjaga pokok-pokok di sekitar kawasan sekolah

... melibatkan diri dalam aktiviti kitar semula untuk mengurangkan pencemaran alam

... menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata tempat

Praktis 5 (i) Rangkai kata menjana sumber ekonomi dalam petikan

ialah menghasilkan/ mengeluarkan punca pendapatan. (ii) Kepentingan laut terhadap kehidupan manusia: ... bertindak sebagai penyerap karbon dioksida dan

pengeluar sumber oksigen yang utama ... sistem perhubungan dan jaringan pengangkutan yang

sangat penting ... menjana sumber ekonomi yang penting kepada negara

kita (iii) ... kempen kesedaran tentang kepentingan laut di

Malaysia ... mendedahkan pencemaran laut yang sedang berlaku

melalui media massa ... mendenda pihak-pihak yang melakukan pencemaran

laut secara melulu

Praktis 6 (i) Rangkai kata meresap dalam jiwa bermaksud menyerap/

masuk dalam sanubari/hati/perasaan. (ii) Golongan muda menolak sesetengah jenis media massa

yang terdapat di negara ini kerana: ... stesen radio berbahasa Melayu lebih gemar dengan

rancangan yang berbentuk gelak tawa dan hiburan yang kosong

... stesen radio seumpama ini jarang menguatkan bual bicara yang membuatkan kita berfikir

... rancangan televisyen menyajikan drama hiburan yang kebanyakannya diadaptasi daripada novel cinta sahaja sebaliknya jarang mengemukakan karya sastera kebangsaan

(iii) ... membudayakan pembelajaran kritis dan kreatif dalam kalangan murid sekolah

... menggalakkan mahasiswa universiti menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang

... menyediakan peluang dan akses kepada pembacaan luas di semua institut pendidikan

PT PT3 BM T3_JAW.indd 2 27/01/2019 11:00 PM

J3 Praktis Topikal KSSM: Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan

UNIT 4 Novel

Kertas 1 Bahagian BPraktis 1Novel Justeru Impian Di JaringTema: Ketabahan seorang anak muda dalam usaha mengejar

cita-cita yang diimpikan– Peristiwa Syahir yang tabah walaupun sering menerima

kritikan daripada individu-individu yang tidak menyenanginya seperti Engku Aiman dan Syed Amiri

– Peristiwa Syahir yang tabah walaupun mengalami masalah memikirkan ibunya yang sakit serta gosip yang dilemparkan atas dirinya

– Peristiwa Syahir yang begitu tabah dan terus berusaha sehingga berjaya dalam kejohanan badminton di Jakarta selepas menewaskan Andri Minarwan di peringkat akhir

Novel Hempasan OmbakTema: Usaha dan kecekalan seorang anak muda memajukan

perniagaan– Pada usia yang muda, Farid begitu cekal memikul

tanggungjawab untuk meneruskan perusahaan batik peninggalan arwah ayahnya

– Farid telah berusaha dengan begitu cekal menjelaskan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh Syarikat Batik Nusantara dengan menjual van dan lori syarikat serta menggadaikan tanah dan emas milik ibunya

– Farid begitu cekal menghadapi ancaman pesaingnya seperti Mukhtar yang telah mengupah samseng-samseng membakar bengkel batik moden Syarikat Batik Nusantara

Novel Tawanan Komander CaucasusTema: Ketabahan remaja dalam menghadapi cabaran hidup– Farhani begitu tabah mencari kumbang di dalam dusun

milik datuknya seperti yang diarahkan oleh Cikgu Salimah untuk membuktikan keupayaan diri dan kumpulannya yang tidak mahu dipandang rendah oleh Haikal, Devnath dan Wei

– Farhani begitu tabah menghadapi saat dirinya ditawan oleh Komander Caucasus yang telah mengurungnya di dalam sebuah balang kaca dalam sebuah makmal rahsia untuk dijadikan bahan kajian Komander Caucasus yang ingin menjadi manusia dan menawan dunia

– Farhani tabah membantu Puteri Coleoptera yang disingkirkan oleh Komander Caucasus sebagai pewaris sah kerajaan kumbang sehingga Farhani sanggup menahan kesejukan kerana kehujanan di luar mahligai - memastikan kejayaan serangan yang dilakukan oleh Dara Merah

Novel ChotTema: Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan– Alias begitu menyayangi beruk kesayangannya yang

bernama Chot – kehilangan Chot telah membuatkan Alias tidak senang duduk dan bimbang

– Alias amat menyayangi ibunya yang lumpuh dan sering batuk-batuk – dia berpesan kepada Pak Din untuk membelikan ubat batuk untuk ibunya walaupun dia sendiri sedang menahan sakit telinga

– Kasih sayang Som, kawan baik Alias yang telah banyak berkongsi suka dan duka bersamanya – Som juga turut menangis bersama-sama Alias ketika menanam Chot

Praktis 2Novel Justeru Impian Di Jaring– Pembaca tertanya-tanya tentang nasib Syahir ketika

dia menentang Syed Amiri untuk melayakkan diri ke Jakarta. Dalam perlawanan tersebut, pengadil dan penjaga garisan telah menyebelahi Syed Amiri

– Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan ibu Syahir yang sakit sama ada penyakit itu akan membolehkan Syahir pergi ke Jakarta untuk mewakili negara dalam kejohanan di sana ataupun tidak

– Pembaca tertanya-tanya tentang perlawanan akhir antara Syahir dan Andre Minarwan dari Indonesia. Pembaca mengetahui bahawa Syahir hanya menggantikan tempat Gopinath yang tidak dapat bertanding kerana mengalami kemalangan jalan raya

Novel Hempasan Ombak– Pembaca tertanya-tanya identiti lelaki yang dihubungi

oleh Farid berpandukan nombor telefon yang diberikan oleh Tomsiah

– Pembaca tertanya-tanya individu yang menghantar surat layang kepada Farid yang memberikan amaran agar memutuskan hubungan dengan Zuraida dan melarang batik modennya menguasai pasaran

– Pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Azmi apabila Mahmood mencekak leher baju – T Azmi dan mengheretnya menghampiri kawah yang mengandungi lilin panas yang menggelegak

Novel Komander Caucasus– Pembaca tertanya-tanya punca yang menyebabkan

Farhani terdengar bunyi ranting patah seperti dipijak

– Pembaca tertanya-tanya keadaan Farhani yang ketakutan apabila seekor kumbang agam mendekatinya dan dia sebenarnya telah dikelilingi oleh spesies kumbang

– Pembaca tertanya-tanya sama ada Farhani berjaya melangkah keluar dari tempat persembunyian apabila tiba-tiba dia terdengar bunyi ranting kayu patah dipijak sesuatu

Novel Chot– Pembaca tertanya-tanya apakah hukuman yang akan

dijatuhkan oleh Cikgu Sunan terhadap Alias ketika Alias masuk lambat ke kelas

– Pembaca tertanya-tanya apabila Kamal memberitahu Budin bahawa beruk yang merosakkan kebun pisang emaknya telah mati ditembak – Alias menyangka-kan beruk yang mati ditembak itu ialah Chot

– Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya apabila Chot menggigit lengan Cikgu Sunan seperti tidak mahu melepaskannya

Praktis 3Novel Justeru Impian di JaringLatar tempat: – Rumah Syahir Peristiwa Syahir berbual-bual dengan ibu dan

kakaknya berkenaan sukan badminton dan ketika itu dia teringat akan ayahnya yang sudah meninggal dunia – pada peringkat awalnya ayah Syahir tidak

PT PT3 BM T3_JAW.indd 3 27/01/2019 11:00 PM

J4 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2019

menggalakkannya terlibat dalam sukan badminton tetapi lama kelamaan mengizinkannya.

– Pejabat akhbar Mingguan Riadah Peristiwa Syahir bertemu dengan Ratna, juara program

Akademi Impiana bersama tiga orang remaja dari UiTM – Syahir bergambar bersama-sama dengan mereka

– Dewan Badminton Tanjung Puteri Bahru Tempat Kejohanan Badminton Terbuka Johor diadakan

bagi acara beregu dan perseorangan – di sinilah Syahir turut bertanding walaupun dia asyik teringat akan ibunya yang tidak sihat

Latar tempat:Novel Hempasan Ombak– Bangsal batik moden Peristiwa Farid berbual-bual dengan Hartini berkaitan

dengan penghasilan batik moden dan kebakaran yang berlaku di bangsal tersebut

- Balai Polis Daerah Kuala Terengganu Peristiwa ketika Farid berada di Balai Polis Daerah Kuala

Terengganu untuk mendengar maklumat tentang kes kebakaran bangsal batik moden daripada Inspektor Rusman

– Pantai Batu Buruk Peristiwa Farid bertemu dengan Zuraida dan mendengar

penjelasan bahawa Zuraida sedang melanjutkan pelajaran di UiTM dalam jurusan pentadbiran perniagaan

Latar tempat:Novel Tawanan Komander Caucasus– Sekolah Menengah Seri Kenchana Peristiwa Cikgu Salmah memberikan tugasan kepada

murid-muridnya untuk mencari serangga bagi membina zoo mini

– Dusun milik Datuk Farhani Peristiwa Kim Yong masuk ke dalam hutan untuk mencari

kumbang bagi memenuhi hobinya mengumpulkan kumbang

– Hutan di dimensi kumbang Peristiwa Farhani, Kim Yong, Bara dan Dara Bintik tiba

setelah melalui perjalanan yang panjang selama hampir 2 jam dan terjumpa dengan sebuah khemah besar yang menjadi tempat perlindungan Puteri Coleoptera

Latar tempat:Novel Chot– Bilik Darjah Lima Peristiwa Cikgu Sunan sedang menulis beberapa soalan

Matematik di papan hijau – di bilik darjah itulah Alias ditengking oleh Cikgu Sunan sehingga jatuh terlentang dan telinganya terkena bucu

– Kebun Kelapa Pak Din Peristiwa Alias menyuruh Chot memetik buah kelapa dan

di kebun itu jugalah Budin, Kamal dan Talib mengganggu Alias

– Kawasan Rumah Pak Din dan Som Peristiwa Alias mahu meminta upah memetik buah kelapa

dan di situ jugalah Alias meminta tolong daripada Pak Din membelikan ibunya ubat batuk

Praktis 4Novel Justeru Impian Di Jaring– Nilai Kesabaran Syahir selalu bersabar apabila disindir oleh Engku Aiman

– dia juga bersabar dengan kerenah Syed Amiri yang tidak menyukainya

– Nilai Kegigihan Syahir amat gigih berlatih di bawah bimbingan Haji

Marzuki – kegigihannya menyebabkan dia memenangi kejohanan badminton di Jakarta

– Nilai bertanggungjawab Syahir amat bertanggungjawab terhadap keluarga

sehingga dia bimbang akan kesihatan ibunya – Syahir bertanggungjawab terhadap negara dan mahu berbakti kepada negara menerusi sukan badminton

Novel Hempasan Ombak– Nilai Ketabahan Farid begitu tabah menghadapi dugaan sepanjang

menguruskan perusahaan batik ayahnya – tabah menghadapi masalah hutang, pasaran yang semakin merosot dan bengkel batik modennya yang terbakar

– Nilai Kegigihan Farid gigih berusaha untuk mengembangkan perusahaan

batiknya sehingga dia berjaya membangunkan bengkel batik moden

– Nilai bertanggungjawab Farid bertanggungjawab menyelesaikan masalah

kewangan syarikat batik peninggalan ayahnya – dia sanggup mengambil risiko dengan mencari idea baharu bagi menyelesaikan masalah syarikatnya

Novel Tawanan Komander Caucasus– Nilai Ketabahan Farhani tabah menghadapi situasi dirinya yang ditawan

dan tabah mencari jalan untuk melarikan diri dengan menahan kesejukan di luar istana dan bersembunyi di balik pokok

– Nilai Keberanian Farhani berani masuk ke dalam dusun seorang diri untuk

mencari kumbang apabila Chea Mei dan Mira tiba lewat daripada masa yang dijanjikan

– Nilai Kebijaksanaan Farhani bijak berhujah dengan mengatakan bahawa

kumbang ialah serangga yang hidup di mana-mana sahaja – Farhani menggunakan cecair endosulfan untuk mengalahkan Dara Bintik dan tentera Caucasus

Novel Chot– Nilai Ketabahan Alias tabah menghadapi banyak cabaran hidup walaupun

usianya masih mentah – dia mencari rezeki dengan menanggung kesakitan dan diganggu oleh pemuda-pemuda nakal

– Nilai Kasih Sayang Alias sangat sayang akan beruknya, Chot sehingga selalu

mencium Chot walaupun beruknya itu berbau hapak – dia memandikan Chot dan risau apabila Chot hilang

– Nilai bertanggungjawab Alias sangat bertanggungjawab terhadap kesihatan ibunya

yang sering batuk-batuk – walaupun telinganya sendiri

PT PT3 BM T3_JAW.indd 4 27/01/2019 11:00 PM

J5 Praktis Topikal KSSM: Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan

sakit namun dia mendahulukan ibunya dengan meminta pertolongan Pak Din membelikan ibunya ubat batuk

Praktis 5Novel Justeru Impian di JaringPengajaran– Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan Contohnya, Syahir tabah menjalani latihan untuk

membolehkannya layak ke kejohanan badminton di Jakarta – walaupun sebelum ini dia pernah gagal, Syahir mencuba lagi di Jakarta sehingga akhirnya beroleh kejayaan

– Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh anggota keluarga

Syahir prihatin terhadap kesihatan ibunya dan berasa tidak selesa meninggalkan ibunya dalam keadaan sakit

– Kita haruslah berusaha untuk mengharumkan nama negara

Syahir berusaha dengan penuh gigih untuk mengharumkan nama negara – akhirnya berjaya menewaskan Andre Minarwan dalam kejohanan badminton di Jakarta

Novel Hempasan Ombak– Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan dengan baik Farid yang baru berusia 19 tahun telah melaksanakan

tanggungajawabnya dengan baik apabila menguruskan perusahaan batik warisan arwah ayahnya sehingga berjaya membangunkan sebuah bengkel batik moden

– Kita hendaklah bersaing secara sihat antara satu sama lain dalam bidang perniagaan

Mukhtar telah berusaha untuk memecahkan monopoli pasaran batik Syarikat Batik Nusantara dengan memberikan komisen yang tinggi kepada para ejen dan menjual dengan harga yang murah

– Kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya

Zuraida yang rajin berniaga telah melanjutkan pengajiannya di UiTM dalam bidang pentadbiran perniagaan untuk menguasai kemahiran mengurus perniagaan

Novel Tawanan Komander Caucasus- Kita haruslah berani menghadapi cabaran dalam

kehidupan ini Farhani begitu berani berhadapan dengan Komander

Chalcosoma Caucasus dan bertanyakan beberapa soalan– Kita haruslah bijak dalam mempelajari pelbagai perkara Farhani berjaya mengetahui habitat kumbang yang hidup

di udara, tanah, di tasik dan juga di kolam hasil daripada pembacaan yang luas

– Kita hendaklah menyayangi anggota keluarga Contohnya, ibu Farhani, Puan Asma menyuruh suaminya

melaporkan kehilangan anaknya kepada pihak polis dengan segera

Novel Chot– Kita haruslah hidup saling menyayangi sesama makhluk

ciptaan Tuhan Alias dan Chot saling menyayangi kerana hidup mereka

saling bergantung antara satu dengan yang lain – sebagai

anak pula, Alias amat menyayangi ibunya dengan mengambil berat terhadap kesihatannya

– Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam menjalani kehidupan

Alias yang masih muda begitu tabah menghadapi dugaan hidup dengan memikul tanggungjawab mencari rezeki

– Kita hendaklah sentiasa menghormati guru Walaupun Alias sentiasa dimarahi oleh Cikgu Sunan, tetapi

dia tidak pernah rasa marah atau berdendam sebaliknya cukup menghormati gurunya itu

Praktis 6Novel Justeru Impian di JaringLatar Masyarakat:– Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Contohnya, Syahir berusaha dengan gigih dengan berlatih

di bawah bimbingan Haji Marzuki sehingga dia berjaya memenangi kejohanan badminton di Jakarta setelah berjaya menewaskan pemain Indonesia di peringkat akhir

– Masyarakat yang berani mengubah masa depan Contohnya, Syahir amat berani dan tetap hati untuk

menjadi juara dalam bidang sukan badminton walaupun pernah dihalang oleh ayahnya satu masa dahulu

– Masyarakat yang saling membantu Contohnya, Wan Najihan memahami masalah Syahir

apabila Syahir tewas di tangan Syed Amiri – dia memberi sokongan moral dengan berharap agar Syahir tidak berputus asa untuk mencuba lagi

Novel Hempasan OmbakLatar masyarakat– Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Farid begitu gigih berusaha untuk mengembangkan

perusahaan batiknya dan hasil kegigihannya itu Farid berjaya membuka sebuah bengkel batik moden

– Masyarakat yang berani mengubah masa depan Farid suka bertanya dan meminta pendapat orang lain

untuk mendapatkan idea yang dikehendakinya kerana dia percaya masa depan hanya boleh diubah sekiranya kita berani bertindak

– Masyarakat yang bekerjasama dan saling membantu Farid selalu berbincang meminta pendapat dan bantuan

daripada keraninya, Tomsiah sebelum membuat sebarang tindakan – memanggil para pekerjanya bermesyuarat supaya dapat berbincang tentang cadangannya untuk memperbesar perusahaan batiknya

Novel Tawanan Komander CaucasusLatar masyarakat– Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Farhani gigih mencari kumbang di celah-celah pokok dan

di bawah dedaun berulang-ulang kali– Masyarakat yang berani mengubah masa depan Farhani berani masuk ke dalam dusun seorang diri untuk

mencari kumbang - menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Salimah untuk menangkap serangga bagi membina zoo mini - Farhani ingin mengubah persepsi supaya tidak dipandang rendah oleh rakan-rakannya

– Masyarakat yang saling membantu Cikgu Salimah bersama-sama anak muridnya pergi ke

dusun milik Datuk Farhani untuk mencari Farhani yang

PT PT3 BM T3_JAW.indd 5 27/01/2019 11:00 PM

J6 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2019

hilang – Dara Merah dan pengikutnya bekerjasama dan membantu Farhani dan Kim Yong untuk menewaskan tentera Komander Caucasus dengan menggunakan cecair endosulfan

Novel ChotLatar Masyarakat– Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Walaupun usianya masih mentah, Alias begitu gigih

berusaha untuk belajar dan mencari rezeki – apabila berehat semasa mengambil upah memetik kelapa bersama dengan Chot, Alias membaca buku Matematik dan buku Pendidikan Islam

– Masyarakat yang berani mengubah masa depan Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, Alias

cukup berani mengubah masa depannya yang ingin membebaskan dirinya daripada kemiskinan dengan belajar bersungguh-sungguh

– Masyarakat yang saling membantu Apabila Alias tidak pergi ke sekolah, kawan baiknya Som

akan memberitahu Alias semua kerja sekolah yang perlu disiapkan dan disalin – Som juga memberikan nasi lemak kepada Alias pada waktu rehat kerana dia tahu Alias belum makan

UNIT 5 Pemindahan Maklumat

Kertas 1 Bahagian CPraktis 1(Cadangan isi penting) 1 Guru-guru sendiri perlu lebih prihatin dalam mengajar

bahasa Melayu kepada murid 2 Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa diadakan bagi

memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan

3 Murid perlu diingatkan jangan mudah mengubah bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa asing menjadi bahasa Melayu

4 Guru perlu menasihatkan murid supaya sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Melayu

5 Guru harus menasihati murid-murid supaya jangan terikut-ikut dengan bahasa rojak yang didengar dan ditonton melalui radio, televisyen dan filem

Praktis 2(Cadangan isi penting) 1 Pihak sekolah dapat memanfaatkan bantuan alumni

bagi tujuan melatih murid-murid dalam pelbagai bidang 2 Pengalaman dan kepakaran alumni juga dapat digunakan

bagi melatih murid bagi menguasai kemahiran berucap dan menyediakan murid untuk pelbagai pertandingan

3 Alumni juga dapat membantu membela kebajikan murid miskin dan terabai di sekolah.

4 Alumni juga boleh bertindak sebagai mentor apabila murid melangkah ke alam pekerjaan.

5 Alumni juga mampu bertindak sebagai sumber sokongan emosi dan perlindungan kepada murid yang ingin melanjutkan pengajian di luar negara.

Praktis 3(Cadangan isi penting)

1 Aplikasi Skype dapat membantu murid-murid meningkatkan kecemerlangan akademik dalam bidang

STEM (Science, Technology, Engineering dan Mathematics).

2 Membantu murid yang mempunyai masalah keyakinan berbahasa Inggeris

3 Murid dapat menunjukkan bakat berkomunikasi dengan murid dan guru sekolah lain dengan penuh keyakinan

4 Membolehkan murid-murid mencungkil idea-idea yang baharu bagi membuat pembentangan, demonstrasi ataupun persembahan

5 Mendedahkan murid-murid dengan pelbagai kemahiran yang melibatkan elemen teknologi

Praktis 4(Cadangan isi penting) 1 Kedudukan yang menghadap arah kiblat 2 Pembinaan rumah Melayu tradisional juga mengambil

kira persekitaran yang kondusif 3 Rumah Melayu tradisional juga memberi keutamaan

kepada faktor keselamatan 4 Tiang rumah Melayu tradisional menggunakan kayu

yang berbentuk bulat dan diikat dengan rotan atau akar bagi menguatkan persendian tanpa menggunakan paku besi.

5 Rumah Melayu tradisional juga amat unik kerana menitikberatkan aspek pengaliran udara di dalam rumah.

Praktis 5(Cadangan isi penting) 1 Mengeratkan silaturahim sesama komuniti 2 Membantu untuk menyihatkan tubuh badan melalui

aktiviti yang dilakukan 3 Identiti atau warisan bangsa boleh terus dikekalkan dan

dimasyhurkan 4 Melonjakkan aktiviti pelancongan di negara ini 5 Memberi pulangan kepada pengusaha industri kraf

tangan yang menghasilkan gasing, wau dan sepak raga

Praktis 6(Cadangan isi penting) 1 Menjadi tempat berkumpul bagi murid sebelum sekolah

bermula dan juga selepas sekolah tamat 2 Kantin menjadi tempat untuk murid berinteraksi 3 Membolehkan mereka membentuk hubungan sosial

merentasi ras dan etnik 4 Meruntuhkan benteng perbezaan etnik dengan

menggalakkan murid-murid duduk bersama dalam kumpulan merentasi etnik

5 Guru mengambil inisiatif untuk duduk bersama murid sewaktu rehat dan menggunakan peluang tersebut untuk mendekati murid

Praktis 7Pendahuluan Kempen derma darah merupakan satu usaha yang terpuji yang dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini bagi menampung isu kurang bekalan darah di hospital-hospital

PT PT3 BM T3_JAW.indd 6 27/01/2019 11:00 PM

J7 Praktis Topikal KSSM: Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan

Isi-isi penting 1 Kempen derma darah tersebut dianjurkan oleh Syarikat

Kawasaki Motors (M) Sdn. Bhd. sebagai acara tahunan yang ke-9 pada 16 Mac 2019 dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di pintu utama aras bawah Summit USJ – hari Sabtu dipilih memandangkan hari cuti kerja dan lebih ramai orang boleh menderma darah pada hujung minggu

2 Orang yang berhajat menderma darah mestilah sihat tubuh badan, berat badan 45 kg ke atas dan berumur antara 18 hingga 60 tahun – hal ini bagi memastikan penderma darah tidak terdedah kepada sebarang risiko dan darah yang didermakan bebas daripada jangkitan kuman

3 Pelbagai kemudahan dan insentif disediakan oleh pihak penganjur seperti baju-T Kawasaki percuma dan hadiah cabutan bertuah – sebagai galakan dan motivasi bagi rakyat Malaysia untuk menderma darah dengan lebih kerap

4 Usaha yang dilakukan oleh Syarikat Kawasaki Motors ini perlu dicontohi oleh badan bukan kerajaan dan pihak swasta yang lain – sebagai sumbangan dan tanggungjawab badan korporat untuk membantu menimbulkan kesedaran dan bukan sekadar mem-peroleh keuntungan semata-mata

PenutupKempen derma darah perlu dijadikan amalan mulia oleh masyarakat di negara ini – dapat membantu golongan pesakit yang amat memerlukan darah

Praktis 8Pendahuluan Kempen kitar semula merupakan satu usaha murni yang perlu disokong oleh masyarakat bagi memastikan kelestarian dan kesejahteraan alam sekitar kitaIsi-Isi Penting 1 Kempen kitar semula telah diadakan pada 11 Mac 2018

bersamaan hari Ahad di Padang Perbandaran, Pandan Indah dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi – hari Ahad dipilih bagi memudahkan semua lapisan masyarakat tidak kira ataupun muda dapat mengambil bahagian dalam kempen kitar semula tersebut

2 Kempen ini berfokus kepada pembelian barangan kitar semula – masyarakat perlu memahami bahawa banyak barang terpakai boleh dikitar semula dan mempunyai nilai komersial

3 Barangan kitar semula yang boleh dihantar pada hari tersebut adalah seperti barangan kaca dan besi, kertas dan kotak, plastik dan aluminium – usaha ini dapat membangkitkan kesedaran kepada masyarakat bahawa semua barangan terpakai yang selalunya dibuang ke dalam tong sampah sebenarnya mampu menjana pendapatan apabila dikitar semula

4 Kempen kitar semula yang diadakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya perlu dicontohi oleh semua pihak lain sama ada pihak swasta mahupun badan berkanun – kesedaran secara kolektif dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dijelmakan

PenutupAmalan kitar semula perlu dijadikan budaya dalam kehidupan kita – dapat melahirkan masyarakat maju yang berminda kelas pertama

UNIT 6 Karangan Pendek

Kertas 2 Bahagian APraktis 1Pendahuluan– Amalan gaya hidup sihat amat penting diamalkan oleh

semua orang – boleh menyebabkan masalah obesiti –persoalannya, apakah langkah-langkah mengamalkan gaya hidup sihat?

Isi-isi pentingIsi 1 – Harus mengamalkan pemakanan seimbang – tujuh

kelas pemakanan diutamakan dalam diet seharian – mendapat zat makanan yang secukupnya

Isi 2 – Harus bersukan dan beriadah secara konsisten – dapat menjamin berat badan yang ideal – elakkan penyakit kronik – menghindari tekanan perasaan – elakkan kegemukan

Isi 3 - Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala –mengelakkan diri daripada penyakit berbahaya – sekiranya ada penyakit masih boleh dikawal dengan mengambil ubat yang sesuai

Penutup– Semua orang harus berusaha mengamalkan gaya hidup

sihat – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Praktis 2Pendahuluan– Amalan rumah terbuka biasanya diadakan semasa

sambutan perayaan di negara ini – apakah faedah mengadakan rumah terbuka semasa perayaan?

Isi-isi pentingIsi 1 – Mengeratkan perpaduan kaum – pelbagai bangsa

berinteraksi sambil menikmati juadah – memudahkan proses membina negara bangsa yang utuh

Isi 2 – Memahami budaya kaum lain – merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama – akan wujud perasaan saling menghormati

Isi 3 – Menjadi daya tarikan kepada pelancong asing - dapat mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing – serampang dua mata

Penutup– Amalan rumah terbuka banyak membawa manfaat kepada

masyarakat dan negara – konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak

Praktis 3Pendahuluan– Semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan

rakyat Malaysia sering diperkatakan – sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita

Isi-isi pentingIsi 1 – Semasa sambutan minggu patriotik di sekolah –

mengadakan pertandingan melukis potret pemimpin negara –murid-murid mengambil inisiatif mengenali wajah pemimpin yang pernah berjasa untuk negara

PT PT3 BM T3_JAW.indd 7 27/01/2019 11:00 PM

J8 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2019

Isi 2 - Menyiarkan filem-filem bercorak patriotik – dapat melihat kehebatan pahlawan negara berjuang

sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara daripada dicerobohi oleh orang asing – contohnya, Bukit Kepong

Isi 3 – Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah dapat dianjurkan oleh kelab Sejarah di sekolah – murid dapat melihat dan membaca kisah cerita sebenar semasa lawatan tersebut – dapat memberi kesedaran dan penghayatan akan pengorbanan yang telah dilakukan

Penutup– Makna dan erti kemerdekaan dapat dijamin tak kenal maka

tak cinta – setiap insan di muka bumi ini harus memiliki semangat patriotik yang tinggi untuk mempertahan negara

Praktis 4Pendahuluan– Pencemaran sungai di Malaysia semakin hari semakin

membimbangkan – apakah punca pencemaran sungai di negara kita?

Isi-isi pentingIsi 1 – Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai – boleh

menyekat pengaliran air – banjir kilat boleh berlaku – mendatangkan pelbagai musibah dan kerugian

Isi 2 – Pembuangan sisa daripada kilang – keracunan air berlaku jika penduduk sekeliling menggunakan air – boleh mengakibatkan pelbagai penyakit berbahaya

Isi 3 – Kegiatan pembalakan tanpa terkawal – boleh menyebabkan hakisan tanah menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat – air menjadi kotor dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai air minuman

Penutup– Semua pihak harus mengambil inisiatif untuk menangani

isu ini – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – memerlukan kos tinggi untuk merawat air yang kotor dan menambah beban kewangan negara

Praktis 5Pendahuluan– Pelancongan penting kepada ekonomi negara – keunikan

Malaysia menjadi tumpuan pelancongIsi-isi pentingIsi 1 – Menyumbangkan pendapatan negara – sumber pendapatan boleh digunakan untuk memajukan Malaysia – mampu meningkatkan taraf hidup

masyarakat – rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna

Isi 2 – Membuka peluang pekerjaan yang lebih luas – penduduk tempatan dapat menikmati peluang pekerjaan dalam sektor peruncitan, penyediaan perkhidmatan pengangkutan, dan penyediaan penginapan – serampang dua mata – meningkatkan imej negara di samping meningkatkan infrastruktur – menyediakan perkhidmatan kelas pertama dan bertaraf dunia

Isi 3 – Mempromosikan keunikan budaya rakyat Malaysia – rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Murut, Kadazan dan Iban – setiap kaum mempunyai adat dan budaya

yang berbeza – mampu menarik pelancong untuk mengenali keunikan rakyat Malaysia – tak kenal maka tak cinta

Penutup– Industri pelancongan merupakan salah satu sumber

ekonomi negara – rakyat harus bersatu padu untuk memastikan negara sentiasa aman damai untuk mengukuhkan industri pelancongan

Praktis 6Pendahuluan– Banyak pihak berpandangan bahawa mutu sukan negara

kita semakin merudum- pelbagai strategi perlu dilakukan bagi meningkatkan mutu sukan negara

Isi-isi pentingIsi 1 – Menyediakan infrastruktur yang lengkap – stadium,

kolam renang, padang dan peralatan sukan bertaraf antarabangsa perlu disediakan – memberi peluang kepada para atlet untuk berlatih mengikut standard yang terbaik

Isi 2 – Mengambil jurulatih yang berpengalaman – jurulatih tempatan yang kurang pengalaman perlu dibimbing dan digandingkan dengan jurulatih yang lebih hebat – para atlet akan menjadi lebih cekap dan terlatih

Isi 3 – Menyediakan ganjaran dan insentif yang menarik kepada para atlet – para atlet akan lebih bermotivasi dan melibatkan diri secara lebih serius – dapat meningkatkan taraf hidup para atlet

Penutup– Bidang sukan perlu dianggap sebagai satu industri

penting bagi mengharumkan lagi nama negara – di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Praktis 7Pendahuluan– Dewasa ini, pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan-

mendatangkan kebaikan kepada murid-muridIsi-isi pentingIsi 1 – Menambahkan pemahaman – kumpulan belajar lebih

kecil (10 hingga 15 orang) – mudah untuk bertanya guru

Isi 2 – Pengajaran berorientasikan peperiksaan – menambahkan persediaan untuk menghadapi peperiksaan, tahu teknik-teknik menjawab soalan

Isi 3 – Pembelajaran lebih kepada latih tubi menjawab soalan bukannya menyalin nota seperti di sekolah

Penutup– Walaupun dikenakan bayaran namun ramai ibu bapa

mendaftarkan anak-anak ke pusat tuisyen agar anak-anak mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan

UNIT 7 Penulisan

Kertas 2 Bahagian BPraktis 1Karangan Jenis Dialog/PerbualanPendahuluan Bertanyakan pandangan tentang langkah-langkah menjalani gaya hidup sihat

PT PT3 BM T3_JAW.indd 8 27/01/2019 11:00 PM

J9 Praktis Topikal KSSM: Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan

Isi-isi Penting 1 Mengamalkan pemakanan seimbang – mengambil

makanan yang mempunyai tujuh kelas nutrient – mengikut waktu yang betul – dapat menghindar penyakit kekurangan zat

2 Mendapatkan tidur yang mencukupi – rehat dan tidur yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang sudah hilang – sel-sel dalam badan termasuk sel otak mengalami tindak balas biokimia untuk memberikan kita tenaga

3 Bersenam dan bersukan – melakukan senanam sekurang-kurangnya dua kali seminggu kita sentiasa aktif – dapat mengurangkan kandungan toksin dalam badan

PenutupKesihatan hendaklah diutamakan dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan mental – bertindak segera supaya tidak mendapat penyakit kronik – jangan sudah terhantuk baru hendak tengadah

Praktis 2 Karangan Jenis Surat Tidak RasmiPendahuluanBertanyakan khabar - mengucapkan terima kasih kerana sudi bertanyakan pandanganIsi-isi Penting 1 Penguatkuasaan undang-undang – melaksanakan

hukuman yang berat supaya peragut akan berasa takut – masyarakat rasa selamat – untuk menjalankan kegiatan rutin harian – sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

2 Kempen kesedaran – tiada maklumat yang lengkap bagi membendung gejala ragut – tanam sikap lebih berhati-hati – elakkan berjalan seorang diri – melentur buluh biarlah dari rebungnya

3 Kerjasama masyarakat – masyarakat perlu bekerjasama dengan polis dengan melaporkan insiden yang mencurigakan – perlu ada kebersamaan – jangan jadi enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

PenutupRakyat Malaysia perlu ada kesedaran tentang bahaya jenayah ragut – perlu ditangani bersama sehingga ke akar umbi – keamanan dan kesejahteraan dapat dilestarikan – hidup bagai aur dengan tebing

Praktis 3 Karangan Jenis Surat RasmiPendahuluanAlamat pengirim, alamat penerima, tarikh - tajuk: Undangan Menyampaikan Ceramah Tentang Strategi Memupuk Semangat Perpaduan dalam Kalangan Rakyat MalaysiaIsi-isi Penting 1 Tujuan ceramah diadakan – untuk memberikan

kesedaran kepada murid-murid tentang strategi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia – dapat mengukuhkan integrasi nasional

2 Menyatakan tarikh, masa, dan tempat ceramah diadakan – kumpulan sasaran yang ditetapkan – tempoh masa ceramah yang ingin disampaikan 3 Bahan dan peralatan yang perlu disediakan oleh pihak

urusetia sebelum dan semasa ceramah – kertas putih,

projektor, komputer riba – biodata penceramah – untuk diedarkan kepada warga sekolah

4 Jumlah bayaran saguhati dan sijil yang diharapkan oleh penceramah –sebagai tanda penghargaan – satu perkongsian maklumat yang sangat berguna – input positif kepada murid-murid sekolah

PenutupBerharap akan menerima maklum balas secepat mungkin – amat menghargai kerjasama – ucapan terima kasih

Praktis 4Karangan Jenis Wawancara/Temu RamahPendahuluanPenerangan ringkas tentang tarikh dan tempat wawancara diadakan serta tokoh yang diwawancaraIsi-isi Penting 1 Memperkenalkan permainan tradisional – mendedahkan

permainan tradisional kepada anak-anak dengan menghadiahkan permainan tradisional – menggalakkan seluruh ahli keluarga bermain permainan tradisional – melentur buluh biarlah dari rebungnya

2 Dijadikan aktiviti kokurikulum – menubuhkan kelab atau persatuan yang mempromosi permainan tradisional – guru-guru diberi kursus tentang teknik permainan tradisional – tak kenal maka tak cinta

3 Mengadakan kempen secara konsisten – diadakan secara terancang dan berkesan – menggunakan media cetak dan media elektronik – menjemput pakar dan veteran permainan tradisional untuk menunjukkan demonstrasi – tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

PenutupMengucapkan terima kasih kerana sudi ditemu ramah – berharap akan meneruskan usahanya untuk membudayakan permainan tradisional dalam kehidupan generasi muda – di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Praktis 5Karangan Jenis LaporanPendahuluanTajuk laporan – tarikh, masa, bilangan peserta yang menyertai pertandingan pidato – guru pengiring Isi-isi Penting 1 Objektif pertandingan – membangkitkan kesedaran

dan peranan Rukun Negara dalam masyarakat majmuk – mendukung falsafah negara sebagai platform pembangunan negara

2 Penghayatan aspek ketuhanan dalam prinsip pertama Rukun Negara – minda rakyat dibangunkan melalui ajaran agama – negara kita ada identiti sendiri – di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

3 Peranan Rukun Negara dalam membentuk sahsiah diri – menjadi rakyat yang amanah, pemimpin yang jujur,

pekerja yang berintegriti – tidak ada prasangka buruk, sabotaj dan diskriminasi – tepuk dada tanya selera

PenutupPeluang menyaksikan pertandingan pidato tersebut dapat membuka minda dan kecintaan terhadap negara – menyedari Rukun Negara adalah wahana yang terbaik untuk membentuk jati diri – berharap dapat menggalakkan ahli kelab untuk mengambil bahagian dalam pertandingan pidato pada tahun hadapan

PT PT3 BM T3_JAW.indd 9 27/01/2019 11:00 PM

J10 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2019

Praktis 6Karangan Jenis BeritaPendahuluanTajuk berita – Usaha-usaha memajukan Industri Bioteknologi Negara – nama tempat – hari Isi-isi Penting 1 50 orang murid sekolah telah terpilih untuk menyertai

satu bengkel anjuran Pusat Sains Negara – dirasmikan oleh Pengarah Pusat Sains Negara – dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang

2 Bioteknologi dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar – langkah-langkah untuk memajukan industri bioteknologi negara perlu diberi perhatian

3 Mengadakan seminar pelaburan dalam bidang bioteknologi negara – seminar yang berkesan penting untuk menarik pelabur asing – membuka peluang kepada syarikat baharu membuat pelaburan – kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

4 Kerajaan memajukan prasarana yang sesuai untuk pengusaha-pengusaha baharu – membina pusat bioteknologi bagi menyampaikan maklumat terkini – Malaysia tidak ketinggalan bersaing dalam bidang bioteknologi – kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

PenutupBioteknologi amat penting kepada manusia kerana mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat membantu kehidupan manusia – langkah yang efektif harus dikenal pasti bagi memajukan industri bioteknologi negara – dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain – berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

Praktis 7Karangan Jenis SyarahanPendahuluanKata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, Pegawai Pendidikan Daerah, barisan panel hakim, serta rakan-rakan seperjuangan – menyatakan tajuk syarahan yang dipertandingkanIsi-isi Penting 1 Peranan ibu bapa – mendidik anak-anak untuk

menghargai dan mencintai alam sekitar – menjadi teladan kepada anak-anak dengan tidak membuang sampah merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka – melentur buluh biarlah dari rebungnya

2 Peranan pihak sekolah – memberi kesedaran kepada murid dengan menubuhkan Kelab Alam Sekitar – guru-guru memberi tugasan kepada murid berkaitan isu pencemaran alam secara intensif – sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

3 Peranan pihak berkuasa – menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman mandatori lima tahun penjara – tindakan tegas terhadap pengusaha kilang yang tidak menapis asap hitam dan melupuskan sisa toksik secara tidak bertanggungjawab – mencegah lebih baik daripada merawat

PenutupPencemaran alam sekitar perlu ditangani segera dengan kerjasama daripada semua pihak – alam sekitar anugerah Tuhan – perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab – jangan sampai nasi menjadi bubur

Praktis 8Karangan Jenis PerbahasanPendahuluankata alu-aluan mengikut protokol – menghuraikan tajuk – menyatakan pendirianIsi-isi Penting 1 Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya

petani – pertanian moden menguntungkan petani kerana dapat menambahkan pendapatan – petani dapat menambahkan hasil pertanian – usaha tangga kejayaan

2 Dapat mengurangkan import makanan dari negara luar – mengeluarkan makanan sendiri – dengan membangunkan kawasan terbiar – menggunakan teknik mencipta klon benih yang bermutu – khususnya tanaman padi – tidak perlu bergantung kepada beras yang diimport

3 Dapat mewujudkan peluang pekerjaan – kemajuan sektor pertanian memerlukan sumber manusia yang besar – pembukaan kilang menyediakan peluang pekerjaan baharu – masalah pengangguran khususnya dalam kalangan belia dapat dikurangkan – di mana ada semut, di situ ada gula

PenutupSektor pertanian berpotensi besar untuk dimajukan – pertanian tradisional dapat dinaik taraf menjadi pertanian moden – bidang pertanian negara dapat diperkasa – kepada pihak pembangkang akuilah kebenaran ini dan jangan cuba menegakkan benang yang basah

Praktis 9 Karangan Jenis Gambaran/KeperihalanPendahuluanTarikh, tempat, masa – hari keusahawanan tersebut diadakanIsi-isi Penting 1 Pengalaman pertama melibatkan diri dalam hari

keusahawanan – membuat persediaan untuk menghiasi gerai – sebanyak dua puluh buah gerai didirikan di kawasan tepi padang – menjual makanan, minuman, pakaian, buku dan majalah – suasana pada pagi itu sungguh meriah

2 Semua urus niaga dijalankan menggunakan kupon bernilai RM2, RM5 dan RM10 – sangat sibuk melayan para pelanggan yang hadir – orang ramai mula membanjiri gerai jualan apabila menjelang tengah hari – gerai jualan yang paling laris diuruskan oleh Persatuan Pengakap yang menjual burger bakar – semua murid sangat dedikasi dan komited menjalankan tugas

3 Pengalaman tidak dapat dilupakan – mengunjungi rumah hantu yang telah diuruskan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah – dikejar oleh hantu pocong – lari lintang pukang dan jatuh bersama kawan-kawan – sungguh mengerikan dan mendebarkan hati sehingga ada yang pengsan

PenutupHari usahawanan yang diadakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid, ibu bapa dan para pengunjung – memberikan pengalaman sangat berharga kerana dapat menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan – dapat mendedahkan pengetahuan asas tentang pengurusan perniagaan secara sistematik serta meningkatkan keyakinan diri

PT PT3 BM T3_JAW.indd 10 27/01/2019 11:00 PM

J11 Praktis Topikal KSSM: Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan

Praktis 10Karangan Jenis FaktaPendahuluanMalaysia memiliki banyak destinasi pelancongan yang kaya dengan flora dan fauna – keunikan tempat-tempat ini boleh diterjemahkan menjadi tumpuan pelancongan yang bernilai komersial – banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memajukan industri pelancongan negaraIsi-isi Penting 1 Menaik taraf kemudahan pengangkutan – menyediakan

pengangkutan yang moden yang cekap, murah dan selesa untuk para pelancong – lebih banyak destinasi pelancongan dapat dilawati – memberi pulangan yang optimum bagi setiap ringgit yang dibelanjakan oleh para pelancong

2 Menaik taraf kemudahan penginapan – menyediakan kemudahan penginapan yang moden, murah dan selamat seperti hotel dan inap desa – keselesaan para pelancong diutamakan dengan menawarkan kemudahan wi-fi percuma, bekalan air bersih dan tandas awam yang sentiasa bersih – tempat penginapan boleh juga mempromosi makanan, permainan dan busana tradisional – tak kenal maka tak cinta

3 Menyediakan kemudahan maklumat – pelbagai maklumat yang terperinci perlu disediakan bagi membolehkan para pelancong melawat setiap destinasi yang menarik – media massa bercetak dan elektronik serta laman-laman sesawang yang mempromosi keunikan dan keindahan Malaysia perlu disebarluaskan bagi capaian para pelancong – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

PenutupKeindahan landskap pelancongan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada Malaysia perlu dieksploitasi sepenuhnya – industri pelancongan berpotensi menjana pendapatan yang cukup besar kepada negara kita – hanya jauhari yang mengenal manikam

Praktis 11Karangan Jenis PendapatPendahuluanSeni pertahanan diri merupakan seni warisan bangsa yang telah diperturunkan dari generasi ke generasi – masyarakat berbilang kaum di negara ini amat berbangga dengan kehebatan seni pertahanan diri ini – manfaat seni pertahanan diri tidak dapat disangkal Isi-isi Penting 1 Dapat mempertahankan diri daripada ancaman - gejala

jenayah seperti peras ugut, rogol dan ragut semakin berleluasa dan tidak dapat dijangka – seni pertahanan diri memberikan keyakinan yang membantu mangsa jenayah khususnya remaja dan golongan wanita melindungi diri – sediakan payung sebelum hujan

2 Dapat menyihatkan tubuh badan – seni pertahanan diri memerlukan kecergasan fizikal dan mental serta tahap disiplin yang tinggi – tubuh badan yang sihat dapat menghindari penyakit berbahaya – melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan berkualiti – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

3 Dapat membina sahsiah dan jati diri yang cemerlang – seni pertahanan diri menuntut tahap disiplin yang tinggi

– berupaya meningkatkan semangat dan iltizam untuk membina keperibadian unggul dan berdisiplin- hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

PenutupSeni pertahanan diri mempunyai banyak manfaat untuk membangunkan modal insan di negara ini – keunikan dan kehebatan seni pertahanan diri perlu dipelihara agar terus subur dan tidak dilupakan oleh generasi zaman ini – biar mati anak, jangan mati adat

Praktis 12 Karangan Jenis PerbincanganPendahuluanSukan dan rekreasi amat penting bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dalam pelbagai aspek – rakyat di negara ini perlu menjadikan sukan dan rekreasi agenda utama dalam kehidupan seharian – terdapat banyak kepentingan sukan dan rekreasi terhadap kehidupan kita di negara iniIsi-isi Penting 1 Dapat menyihatkan tubuh badan – sukan dan rekreasi

memerlukan kecergasan fizikal dan mental serta tahap disiplin yang tinggi – tubuh badan yang sihat dapat menghindari penyakit berbahaya – melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan berkualiti – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

2 Dapat membina sahsiah dan jati diri yang cemerlang – sukan dan rekreasi menuntut tahap disiplin yang tinggi – berupaya meningkatkan semangat dan iltizam untuk membina keperibadian unggul dan berdisiplin- hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

3 Dapat mengembangkan kemahiran bersosial – sukan dan rekreasi melibatkan interaksi secara aktif antara rakan-rakan yang berbilang kaum, agama dan budaya – membina perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat serta bekerjasama dan bertoleransi – hidup bagai aur dengan tebing

PenutupSukan dan rekreasi banyak memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia – dapat menjadi pemangkin kepada agenda integrasi nasional dan kehidupan sejahtera – bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

Praktis 13 Karangan Jenis PendapatPendahuluanKeunikan kraf tangan di negara ini yang memiliki nilai tersendiri tidak dapat disangkal – mempunyai potensi besar untuk dijadikan sebagai satu sumber ekonomi negara sekiranya diberi penekanan yang sewajarnya – pelbagai usaha perlu dikenal pasti untuk membangunkan industri kraf tanganIsi-isi Penting 1 Kerajaan mempromosikan produk kraf tangan secara

agresif – promosi dilakukan melalui media cetak dan media elektronik dan laman sesawang – mengadakan pertandingan membuat hasil kraf tangan di peringkat kebangsaan – kalau tidak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya

2 Pengusaha memasukkan elemen kreatif dan inovatif dalam penghasilan kraf tangan – mempelbagaikan hasil

PT PT3 BM T3_JAW.indd 11 27/01/2019 11:00 PM

J12 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2019

barangan kraf tangan dengan reka bentuk yang menarik – mewujudkan rangkaian pemasaran yang lebih luas supaya mampu dibeli oleh semua orang – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

3 Memberikan latihan kemahiran secara formal oleh pengusaha – generasi muda dapat didedahkan dengan penghasilan produk kraf tangan yang boleh dipasarkan – menubuhkan pusat-pusat latihan kemahiran yang terbuka kepada golongan remaja dan dewasa – belakang parang diasah lagikan tajam

PenutupIndustri kraf tangan di Malaysia perlu dipertahankan oleh semua pihak kerana kesan limpahannya positif – terus maju sejajar dengan pembangunan negara sehingga menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara – tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

Praktis 14Karangan Jenis PendapatPendahuluanPendidikan menjadi wahana penting untuk memerdekakan jiwa seseorang bagi mendapatkan ilmu untuk berjaya dalam kehidupan – pembelajaran tidak harus berhenti setelah tamat pengajian di sekolah dan universiti – pembelajaran sepanjang hayat perlu digalakkan dengan menyediakan pelbagai bentuk insentif kepada rakyat Malaysia agar lebih bermaklumat dan berpengetahuanIsi-isi Penting: 1 Memberikan insentif kewangan untuk membiayai

pembelajaran – kakitangan kerajaan dan pihak swasta perlu menyediakan dana untuk membantu kakitangan mereka menyambung pembelajaran dalam bidang-bidang yang diminati – dapat menambah nilai kemahiran dan kualiti modal insan di negara ini – ilmu pelita hidup

2 Pusat-pusat pengajian perlu menyediakan kurikulum yang menarik yang sesuai untuk orang dewasa dan tua – kandungan kurikulum perlu merangkumi kemahiran insaniah bagi menjana pendapatan – kemahiran bercucuk tanam – menggubah bunga – menghasilkan kraf tangan serta aktiviti seni dan estetika – hanya jauhari yang mengenal manikam

3 Kerajaan perlu menyediakan platform pembelajaran yang selesa dan kondusif – pusat pembelajaran komuniti, institut latihan kemahiran, pusat pengajian tinggi dan perpustakaan perlu dibuka seluas-luasnya untuk menampung permintaan – dapat mendisiplinkan diri, mengurus, membahagi dan mengatur masa seharian sebaik-baiknya – masa itu emas

Penutup Fokus dan perhatian oleh pihak pemerintah bagi memastikan rakyat Malaysia berkualiti – tidak ada sempadan usia dan waktu untuk mana-mana individu menimba ilmu baharu – yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

Praktis 15Karangan Jenis PeribahasaPermulaanJohan baru saja ditawarkan kerja sebagai pengarah eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota –

dia berasa amat bangga kerana berjaya menjawat jawatan tersebut pada usia yang begitu muda – mungkin kerana pendidikan yang diterima dari universiti terkemuka dan berprestij di United KingdomPerkembanganJohan kurang senang terhadap setiap pekerja yang langsung tidak mahu menggunakan bahasa Inggeris sebaliknya menggunakan bahasa Melayu – hakikatnya banyak pelanggan di syarikat itu adalah orang tempatan dan bukannya orang luar – namun Johan tetap berkeras bahawa pekerja-pekerjanya mesti berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sepenuhnya bagi mengangkat imej korporat syarikat tersebutPerumitanSatu hari sewaktu Johan mempengerusikan mesyuarat pengurusan syarikat tersebut, pengurus syarikat berkenaan Yusof Zaki telah membentangkan pelaporannya dalam bahasa Melayu – Johan berasa marah lalu meminta Yusof Zaki meninggalkan bilik mesyuarat sekiranya enggan menyampaikan laporan dalam bahasa Inggeris – Yusof Zaki yang begitu kecewa dengan sikap Johan mengingatkan Johan bahawa bahasa kebangsaan di negara ini ialah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Inggeris – Johan menjadi lebih marah dan geram lau mengugut untuk memecat Yusof ZakiPuncakYusof Zaki tidak hadir bekerja sudah hampir seminggu – tiba-tiba Johan ditunjukkan surat khabar Berita Harian oleh setiausahanya pada pagi itu – terpampang berita Yusof Zaki memenangi anugerah novelis fiksyen terbaik dan menggondol hadiah wang tunai RM50,000 daripada Perdana Menteri Malaysia – Johan terkejut dengan berita itu dan mula bertanya kepada rakan-rakannya tentang identiti Yusof Zaki – rupa-rupanya Yusof Zaki yang berkelulusan Ekonomi dari Universiti Terkemuka di England juga merupakan seorang pejuang bahasa Melayu yang cukup hebat – apakan tidak, bapanya merupakan seorang tokoh bahasa Melayu yang ternama dari negeri Johor – timbul rasa kekesalan di sudut hati JohanPeleraianJohan menelefon Yusof Zaki dan mengaturkan pertemuan di sebuah restoran berhampiran dengan pejabatnya – dia sangat gembira kerana Yusof Zaki bersetuju untuk berjumpa dengannya – selepas mengucapkan tahniah, Johan meminta maaf kepada Yusof Zaki atas keangkuhannya terhadap Yusof Zaki tempoh hari yang lalu - kata-kata Yusof Zaki masih terngiang-ngiang di telinganya: “kita ini orang Melayu, setinggi mana pun pelajaran kita dan sehebat manapun jawatan kita, kita jangan lupa asal-usul kita – walaupun saya berpendidikan dari luar negara tetapi bahasa Melayu adalah darah dagingku – ingat Johan, ‘hilang bahasa hilanglah bangsa” – dari saat itu Johan menjadi insaf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diangkat dan dimartabatkan

Ujian Penilaian Kertas 1 Bahagian A 1 B 2 D 3 A 4 C 5 C 6 C 7 B 8 B 9 A 10 D 11 A 12 D 13 B 14 C 15 A 16 D 17 C 18 B 19 C 20 A

PT PT3 BM T3_JAW.indd 12 27/01/2019 11:00 PM

J13 Praktis Topikal KSSM: Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan

Bahagian BSoalan 1 1 H 2 B 3 C 4 D 5 F 6 A 7 E

Soalan 2(a) Membuka mata dunia bermaksud menyedarkan

peringkat antarabangsa.(b) Penghantaran Dr. Sheikh Muszaphar bermakna kepada

negara kerana beliau menjadi angkasawan pertama serta kejayaan beliau juga bersempena kemerdekaan negara yang ke-50 tahun. Hal ini juga membukti kejayaan dan keupayaan Malaysia pada peringkat antarabangsa dalam bidang penerokaan angkasa lepas.

(c) Cara untuk menarik minat golongan muda untuk menyertai program angkasawan negara adalah dengan memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan dengan ruang angkasa kepada mereka. Pendedahan dan pengalaman Dr. Sheikh Muszaphar di ruang angkasa perlu dibukukan dan beliau sendiri bertindak sebagai ikon bagi pelajar. Kerajaan juga perlu giat dan menggalakkan pelajar dalam meneroka bidang ini dengan menyediakan pusat khusus melatih mereka menjadi angkasawan.

Soalan 3Novel Justeru Impian di JaringWatak sampingan: Haji Marzuki• Seorang yang bertanggungjawab Buktinya, sebagai jurulatih badminton yang

berpengalaman dan bertaraf dunia, Haji Marzuki bertanggungjawab terhadap mutu permainan pemain-pemain yang dilatihnya seperti Syahir, Bernard dan Kam Heng.

• Seorang yang berkeyakinan tinggi Hj Marzuki begitu yakin bahawa Syahir mampu membawa

kejayaan dalam sukan badminton dengan memilihnya menggantikan tempat Gopinath yang tidak boleh menyertai kejohanan di Indonesia.

• Seorang yang bijak bermain psikologi Hj Marzuki memberitahu Syahir bahawa dia akan berhenti

menjadi jurulatih sekiranya Syahir gagal di Indonesia. Novel Hempasan Ombak• Seorang yang gigih berusaha Buktinya, Zuraida seorang peniaga gigih mengusahakan

gerainya, lebih-lebih lagi ibunya telah melepaskan gerai tersebut sepenuhnya kepada Zuraida setelah dia tamat SPM.

• Seorang yang berfikiran jauh Zuraida memiliki banyak pandangan yang bernas untuk

membolehkan Farid mengembangkan perusahaan batiknya.

• Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan Farid berasa kagum terhadap Zuraida apabila mengetahui

bahawa Zuraida sebenarnya sedang menuntut ilmu dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM, semester 1.

Novel Tawanan Komander Caucasus• Seorang yang tegas Komander Caucasus menunjukkan ketegasannya apabila

mengetahui Farhani dan Kim Yong tidak ditangkap sehingga dia mengarahkan tentera untuk menangkap kedua-dua remaja tersebut.

• Seorang yang bercita-cita tinggi Komander Caucasus ingin menakluk dunia yang telah

menculik Kim Yong dan Farhani untuk dijadikan bahan ujikaji bagi membolehkan cita-citanya tercapai.

• Seorang yang patuh akan perintah ketuanya Komander Caucasus telah membawa Farhani yang berjaya

ditangkap bagi menghadap Maharaja Tanduk dalam istana.

Novel Chot• Beruk yang sayang akan tuannya Chot telah menggigit lengan Cikgu Sunan ketika Cikgu

Sunan memeriksa telinga Alias kerana menyangkakan Cikgu Sunan ingin menyakiti tuannya.

• Beruk yang rajin membantu memetik buah kelapa Chot amat pandai memetik buah kelapa dan rajin

membantu Alias dan ibunya mencari rezeki dengan memetik buah kelapa.

• Beruk yang patuh akan arahan tuannya Chot amat disayangi oleh Alias kerana sangat patuh pada

setiap arahan yang diberikan olehnya sewaktu memetik buah kelapa.

Bahagian CSoalan 1 1 Memastikan murid dibekalkan dengan gambaran yang

jelas tentang ciri-ciri dan realiti budaya. 2 Penekanan terhadap nilai empati kepada murid. 3 Guru juga perlu mempunyai pengalaman yang baik

tentang amalan budaya pelbagai etnik dan tujuan sesuatu amalan dipraktikkan.

4 Guru perlu membuka minda murid untuk menghargai budaya etnik lain.

5 Guru perlu mendorong murid untuk menghargai persamaan yang terdapat dalam budaya merentasi etnik di negara ini.

Soalan 2PendahuluanKem kecemerlangan akademik khas untuk calon PT3 tahun 2019 diadakan bagi menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan dengan yakin.Isi-isi penting 1 Kem tersebut akan diadakan pada 3 Februari 2019

bersamaan hari Ahad di Dewan Sri Puteri, Puchong Indah, Selangor – memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kem kecemerlangan tersebut kerana cuti hujung minggu

2 Kem itu memakan masa hampir 8 jam bermula pada 8.00 pagi hingga 4.00 petang dengan yuran penyertaan yang amat berpatutan iaitu RM150.00.

3 Pengisian kem tersebut ialah merangka jadual waktu yang efektif – kerana perancangan penting untuk menentukan kejayaan

4 Pengisian seterusnya motivasi diri – membantu membina keyakinan dalam diri murid-murid

PT PT3 BM T3_JAW.indd 13 27/01/2019 11:00 PM

J14 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2019

PenutupKem kecemerlangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua murid sekolah yang tinggal berhampiran.

Kertas 2Bahagian AFaktor-faktor penderaan kanak-kanakPengenalanPenderaan kanak-kanak semakin menjadi-jadi dalam masyarakat – mereka tidak berdosa telah dinafikan hak untuk hidup – perlu dibendung dengan melihat faktor-faktor terjadinya kes penderaan ini.Isi-isi penting Isi 1: Tekanan hidup dan masalah individu – kehidupan

yang penuh persaingan – mengalami perubahan emosi dan psikologi – hilang pertimbangan akal – aniaya kanak-kanak yang lemah

Isi 2: Gangguan jiwa atau masalah mental yang dihadapi oleh pendera – emosi tidak stabil dan sukar dikawal – bertindak di luar batas kemanusiaan

Isi 3: Kurang kasih sayang dan perhatian – pendera tidak memperoleh perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa atau keluarga – tidak mempunyai perasaan simpati dalam diri

Isi 4: Kurang penghayatan dan didikan agama – agama melarang keganasan kepada insan yang lemah terutama kepada kanak-kanak dan kaum wanita – didikan rohani yang kurang menyebabkan mereka mudah dikuasai oleh emosi dan psikologi

PenutupMasalah ini menjadi masalah sosial – perlu usaha untuk banteras – jika dibiarkan berlarutan – kanak-kanak akan terjejas emosi dan fizikal

Bahagian BSoalan 1 Pendahuluan• Nyatakan tarikh, masa dan tempat temasya sukan

diadakan – gambarkan suasana dan kemeriahan temasya sukan tahunan dengan perhiasan khemah yang kreatif dan berwarna-warni – nyatakan tokoh perasmi sukan tahunan dan dif jemputan serta ibu bapa yang cukup banyak

Cadangan IsiIsi 1: Sebagai ketua rumah Laksamana saya telah membuat

persediaan yang rapi dengan memilih pakaian yang cukup menarik bagi pasukan perbarisan - motif yang telah dipilih ialah pakaian hulubalang Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka- latihan yang telah diadakan dengan gigih setiap petang – akhirnya membuahkan hasil – pasukan perbarisan rumah Laksamana dinobatkan sebagai johan perbarisan tahun ini – alah bisa tegal biasa

Isi 2: Para atlet dari rumah Laksamana telah mempamerkan daya juang yang cukup tinggi – para atlet mengambil bahagian dengan sepenuh jiwa raga untuk memastikan rumah Laksamana mendapat kutipan mata yang tertinggi – beberapa rekod baharu telah berjaya dicipta dalam acara larian dan balapan – berasa bangga dan gembira yang tidak terhingga - kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Isi 3: Setelah semua acara olahraga dan balapan berakhir

pada jam 12.00 tengah hari – acara kemuncak iaitu acara tarik tali telah diadakan – walaupun dibarisi oleh ahli-ahli yang berbadan sasa dan tegap namun kecundang kepada pasukan rumah Bendahara – agak kecewa tetapi masih bangga – pada jam 1.00 tengah hari rumah Laksamana telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan temasya sukan tahun ini – saya telah dijemput ke astaka untuk diberikan piala pusingan - debaran di hati akhirnya bertukar menjadi memori indah dan saya rasa amat bangga melihat bendera rumah Laksamana dikibarkan oleh semua ahli

Penutup Setelah tamat upacara penyampaian hadiah oleh Yang Dipertua PIBG, temasya sukan tahunan dilabuhkan tirainya dengan nyanyian lagu Negaraku – semua murid sekolah berasa cukup bangga dan patriotik apabila menyanyikan lagu kebangsaan – saya berasakan sumbangan saya pada temasya sukan tahunan kali ini cukup bermakna dan dihargai oleh guru rumah sukan saya – di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Soalan 2Pendahuluan● Sukan pada hari ini perlu dilihat sebagai satu bidang yang dapat menjamin masa depan yang cerah – ibu bapa perlu bersikap positif dan proaktif dengan memberi galakan dan keyakinan kepada anak-anak tentang peluang masa depan yang cerah sebagai ahli sukan – ibu bapa perlu memainkan peranan yang positif bagi membentuk jiwa anak-anak agar mencintai bidang sukan dan memilih acara-acara yang sesuai dengan jiwa merekaCadangan IsiIsi 1: Ibu bapa membangkitkan kesedaran kepada anak-

anak tentang potensi bidang sukan yang dapat menjamin masa depan mereka – tanggapan biasa bahawa hanya bidang akademik sahaja yang boleh menjamin masa depan anak-anak perlu dikikis – kecerdasan dan kecergasan fizikal anak-anak juga dapat ditingkatkan dengan pelibatan yang aktif dalam bidang sukan

Isi 2: Ibu bapa juga harus meyakinkan anak-anak mereka bahawa bergiat aktif dalam bidang sukan akan diberi keutamaan untuk anak-anak memasuki pusat pengajian tinggi – anak-anak boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan sukan yang diminati – anak-anak juga berpeluang mewakili negeri atau negara dengan ganjaran yang lumayan

Isi 3: Ibu bapa sendiri perlu menjadi suri teladan dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan – ibu bapa boleh terlibat sebagai jurulatih, penasihat atau jawatankuasa sukan di peringkat sekolah – anak-anak akan bermotivasi dan lebih bersemangat dengan pelibatan ibu bapa - anak-anak lebih yakin bahawa sukan dapat dijadikan satu bidang profesional yang boleh menjana pendapatan yang lumayan

Isi 3: Ibu bapa perlu membawa anak-anak menghadiri pameran dan forum sukan – anak-anak akan mendapat maklumat yang lebih jelas tentang jaminan masa depan melalui penglibatan dalam bidang sukan – kisah kejayaan ikon sukan negara seperti Datuk Lee

PT PT3 BM T3_JAW.indd 14 27/01/2019 11:00 PM

J15 Praktis Topikal KSSM: Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan

Chong Wei, Datuk Nicol Ann 1David dan Pandalela Rinong akan membuka minda anak-anak

PenutupBidang sukan pada hari ini perlu dilihat sebagai satu industri yang dapat menjana pendapatan para atlet – ibu bapa wajib menjelaskan kepentingan sukan sebagai satu alternatif untuk mencapai kejayaan anak-anak – melentur buluh biarlah dari rebungnya

Soalan 3PendahuluanMemberikan salam – memperkenalkan diri dan memperkenalkan tokoh yang diwawancara – menjelaskan isu yang sedang dibincangkan, iaitu kepentingan industri sukan terhadap kemajuan negaraCadangan IsiIsi 1: Industri sukan menyediakan peluang pekerjaan

kepada rakyat – bidang sukan mampu menyediakan pelbagai pekerjaan profesional seperti jurulatih, fisioterapi dan pakar pemakanan – memberikan pendapatan yang cukup lumayan kepada yang terlibat – pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara dapat menyediakan pelbagai program pengajian yang berkaitan dengan industri sukan

Isi 2: Industri sukan memberikan pendapatan yang lumayan – atlet pada hari ini boleh menjadi jutawan dalam usia yang sangat muda – pendapatan mereka juga dapat dijana daripada hadiah kemenangan dan juga penajaan daripada syarikat-syarikat besar – contoh terbaik ialah kejayaan Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol An David – berjaya menjadi jutawan sukan yang tersohor

Isi 3: Industri sukan dapat memajukan ekonomi negara – ekonomi berkembang pesat dengan penganjuran sukan bertaraf dunia seperti “Le Tour de Langkawi” dan “Grand Prix Formula One” – ekonomi bertambah kukuh dengan kemasukan pelancong asing bagi menyaksikan pertandingan-pertandingan ini – selepas menyaksikan pertandingan, mereka menghabiskan banyak wang dengan melancong sebelum pulang

Isi 4: Industri sukan dapat membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan anak muda – sukan mampu menjadi pemangkin untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum menjadi satu bangsa Malaysia yang hebat – meningkatkan semangat patriotik sehingga generasi muda mencintai negara kelahiran mereka – di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung

Penutup● Mengucapkan terima kasih kerana sudi diwawancara – berharap agar industri sukan di negara ini dapat disuburkan – generasi muda seharusnya merebut peluang untuk melibatkan diri dalam industri ini agar ekonomi negara pesat berkembang di samping melahirkan masyarakat yang sihat sejahtera dan cerdas – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

PT PT3 BM T3_JAW.indd 15 27/01/2019 11:00 PM

Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2019 J16

Catatan

PT PT3 BM T3_JAW.indd 16 27/01/2019 11:00 PM