jawapan kepada soalan- mengenai proses … images/laporan2014/updated/soalan_soala… · jawapan...

21
788 JAWAPAN KEPADA SOALAN- SOALAN JAWAB MULUT YANG DIJAWAB SECARA BERTULIS DARIPADA YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN: 1. Soalan daripada Yang Berhormat hormat Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad: i) Perkara ini, kaola tujukan kepada Jabatan Tanah. Proses berkaitan dengan pindah milik, tukar syarat dan pemecahan tanah yang bergeran atau lease. Mengikut Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) yang ada sekarang akan mengambil masa selama 6 bulan tapi masih terdapat permohonan seperti di atas mengambil masa lebih dari 6 bulan, kadang-kadang memakan masa sehingga setahun atau lebih untuk diluluskan. Dicadangkan supaya proses yang ada sekarang dapat dipermudahkan agar lebih nampak efisien. Jawapan: Mengenai proses pindah milik dan tukar syarat, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Tanah sentiasa berusaha untuk memudahkan dan mempercepatkan proses berkenaan. Pada masa ini, TPOR bagi proses berkenaan adalah tidak melebihi 6 bulan walau bagaimanapun, kadang-kadang terdapat permohonan- permohonan yang bermasalah yang mana mungkin mengambil masa yang lebih lama. Mengenai proses pemecahan tanah yang bergeran atau lease, kerja-kerja ini adalah tertakluk kepada Juruukur berlesen yang melaksanakan kerja-kerja tersebut. Setelah cadangan pemecahan dihadapkan kepada Pihak Layak Yang Berkuasa Pemecahan dan Penyantuman Tanah (yang dipengerusikan oleh Juruukur Agung) dan diluluskan, barulah kerja-kerja pengukuran dibuat sebelum tanah didaftarkan di Jabatan Tanah. Secara keseluruhannya, pihak Kementerian Pembangunan melalui jabatan-jabatan yang berkenaan sedang berusaha untuk mengadakan permohonan secara online. Memandangkan kebanyakkan proses membabitkan beberapa jabatan (contohnya permohonan tukar syarat) maka penyelerasan perlu dibuat supaya proses berkenaan teratur dan mengikut undang-undang dan garis panduan yang berkuatkuasa. ii) Tukar nama tanah TOL. Sebelum ini tukar nama atau pemilik tanah TOL yang ada aset di atasnya iaitu rumah contohnya kalau pertukaran itu daripada ibu kepada anak yang warganegara Brunei Darussalam atau penduduk tetap tidak mempunyai sebarang masalah ianya dibenarkan tetapi pada akhir-akhir ini, kaola dimaklumkan perkara tersebut tidak lagi dibenarkan. Kaola memohon penjelasan dalam perkara ini. Jawapan: Seperti yang diterangkan pada sesi jawatankuasa sebelum ini, tanah Lesen Tumpang Sementara atau TOL telah dibekukan bermula pada tahun 2008 bagi semua jenis kegiatan sementara dasar

Upload: nguyenhuong

Post on 06-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

788

JAWAPAN KEPADA SOALAN-

SOALAN JAWAB MULUT YANG

DIJAWAB SECARA BERTULIS

DARIPADA YANG BERHORMAT

MENTERI PEMBANGUNAN:

1. Soalan daripada Yang

Berhormat hormat Awang Haji

Mohd. Shafiee bin Ahmad:

i) Perkara ini, kaola tujukan

kepada Jabatan Tanah. Proses

berkaitan dengan pindah milik,

tukar syarat dan pemecahan

tanah yang bergeran atau

lease. Mengikut Tekad

Pemedulian Orang Ramai

(TPOR) yang ada sekarang

akan mengambil masa selama

6 bulan tapi masih terdapat

permohonan seperti di atas

mengambil masa lebih dari 6

bulan, kadang-kadang

memakan masa sehingga

setahun atau lebih untuk

diluluskan. Dicadangkan

supaya proses yang ada

sekarang dapat

dipermudahkan agar lebih

nampak efisien.

Jawapan:

Mengenai proses pindah milik dan tukar

syarat, Kementerian Pembangunan

melalui Jabatan Tanah sentiasa berusaha

untuk memudahkan dan mempercepatkan

proses berkenaan. Pada masa ini, TPOR

bagi proses berkenaan adalah tidak

melebihi 6 bulan walau bagaimanapun,

kadang-kadang terdapat permohonan-

permohonan yang bermasalah yang mana

mungkin mengambil masa yang lebih

lama.

Mengenai proses pemecahan tanah yang

bergeran atau lease, kerja-kerja ini adalah

tertakluk kepada Juruukur berlesen yang

melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Setelah cadangan pemecahan dihadapkan

kepada Pihak Layak Yang Berkuasa

Pemecahan dan Penyantuman Tanah

(yang dipengerusikan oleh Juruukur

Agung) dan diluluskan, barulah kerja-kerja

pengukuran dibuat sebelum tanah

didaftarkan di Jabatan Tanah.

Secara keseluruhannya, pihak

Kementerian Pembangunan melalui

jabatan-jabatan yang berkenaan sedang

berusaha untuk mengadakan permohonan

secara online. Memandangkan

kebanyakkan proses membabitkan

beberapa jabatan (contohnya permohonan

tukar syarat) maka penyelerasan perlu

dibuat supaya proses berkenaan teratur

dan mengikut undang-undang dan garis

panduan yang berkuatkuasa.

ii) Tukar nama tanah TOL. Sebelum

ini tukar nama atau pemilik

tanah TOL yang ada aset di

atasnya iaitu rumah contohnya

kalau pertukaran itu daripada ibu

kepada anak yang warganegara

Brunei Darussalam atau

penduduk tetap tidak

mempunyai sebarang masalah

ianya dibenarkan tetapi pada

akhir-akhir ini, kaola

dimaklumkan perkara tersebut

tidak lagi dibenarkan. Kaola

memohon penjelasan dalam

perkara ini.

Jawapan:

Seperti yang diterangkan pada sesi

jawatankuasa sebelum ini, tanah Lesen

Tumpang Sementara atau TOL telah

dibekukan bermula pada tahun 2008 bagi

semua jenis kegiatan sementara dasar

Page 2: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

789

TOL baru didraft. Pada tahun 2011, satu

dasar baru telah dikeluarkan yang mana

membukaan permohonan TOL untuk

kegunaan perniagaan, perindustrian,

sekolah dan site office sahaja manakala

TOL bersyaratkan perumahan, pertanian,

bangunan kebajikan dan lain-lainnya tidak

lagi diterima.

Walau bagaimanapun, Kementerian ini

maklum mengenai terdapatnya tanah-

tanah TOL yang mempunyai aset seperti

rumah kediaman yang dipohonkan untuk

diambil alih oleh ahli keluarga yang

terdekat. Perkara tersebut telah pun

diberikan pertimbangan oleh Kementerian

Pembangunan bagi tanah-tanah TOL yang

berkenaan asalnya dikeluarkan sebelum

pembekuan iaitu tahun 2008. Mana-mana

permohonan terutamanya TOL yang baru

dan dipohonkan selepas tahun 2008 masih

lagi dalam penelitian pihak Kementerian

Pembangunan. Ini adalah memandangkan

Kerajaan telah merancang untuk

menyelaras penggunaan tanah-tanah

Kerajaan untuk dioptimakan dan

mengenal pasti tanah-tanah yang tidak

lagi sesuai untuk diberikan secara TOL.

Tambahan lagi, Kerajaan juga telah,

sedang dan akan menyediakan

perumahan-perumahan di dalam

Rancangan Perumahan Negara. Sayugia

juga diingatkan bahawa tanah-tanah TOL

tidak boleh dipindah milik kerana ianya

adalah tanah yang diberikan secara lesen

tumpang sementara dan untuk kegunaan

sementara sahaja. Lesen Tumpang

Sementara atau TOL tersebut hanya sah

dari tahun kesetahun dan memang

dipersyaratkan bahawa jika Kerajaan

berhasrat untuk menggunakan tanah

tersebut untuk projek Kerajaan maka

lesen-lesen tersebut boleh dibatalkan.

2. Saranan daripada Yang

Berhormat Awang Haji Jumat bin

Akim, Yang Berhormat Awang

Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad,

Yang Berhormat Orang Kaya Jaya

Putera Dato Paduka Awang Haji

Mohamad Taha bin Abd. Rauf:

Isu-isu RPN (Rancangan Perumahan

Negara

Mengwujudkan kawasan perumahan

di kampung-kampung

Jawapan:

Projek ‘infill scheme’ menyediakan lot-lot

tanah di kawasan tanah kosong di

kampung-kampung telah dilaksanakan di

beberapa kampung seperti Kampung

Madang, Kampung Meragang dan

beberapa buah kampung lagi. Skim infill

ini akan dilaratkan ke kawasan tanah

kosong di kampung lain. Ini termasuklah

penyediaan rumah mengikut tempat

kediaman asal pemohon di kampung

pedalaman. Tapak-tapak yang

bersesuaian di kampung-kampung sedang

dikenal pasti.

3. Soalan daripada Yang Berhormat

Awang Haji Sulaiman bin Haji

Ahad:

Mengenai kegiatan perniagaan di

kawasan perumahan dan

pembesaran jalan belakang ke

Rancangan Perumahan Negara

(RPN) Kampung Rataie.

Jawapan:

Syarat Perumahan RPN yang tidak

membenarkan pemilik rumah menjalankan

kegiatan perniagaan adalah bagi tujuan

mengelakan kesan atau impak yang boleh

menjejaskan kesejahteraan dan

keharmonian kejiranan penduduk

setempat. Kegiatan perniagaan boleh saja

Page 3: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

790

menimbulkan kesan bising, menjejaskan

lalulintas dan kebersihan kawasan.

Mengenai kemudahan bagi penduduk RPN

Kampung Rataie menjalankan perniagaan,

dimaklumkan tapak bagi kawasan

perniagaan memang ada disediakan di

kawasan RPN Kampung Rataie. Penduduk

kampung boleh menggunakan tapak ini

bagi maksud menjalankan perniagaan

mereka. Mengenai cadangan untuk

mendirikan gerai jualan, cadangan ini

akan kita usahakan dengan pihak-pihak

berkenaan. Cadangan pembesaran jalan

ke RPN Kampung Rataie akan JKR teliti

dan usahakan.

4. Soalan daripada Yang Berhormat

Awang Haji Jumat bin Akim:

i. Jalan keluar masuk menuju ke

Pusat Kesihatan Bunut dengan

jalan besar supaya akan dapat

dinaik taraf ataupun

dibesarkan bagi melancarkan

perjalanan kenderaan teutama

jika sekiranya ada kecemasan

berlaku.

Jawapan:

Jabatan Kerja Raya, Kementerian

Pembangunan akan mengkaji cadangan

daripada Yang Berhormat Awang Haji

Jumat bin Akim dan akan meningkatkan

jalan laluan berkenaan mengambil kira

keadaan tapak, trafik dan keselamatan

jalan raya untuk melancarkan trafik

terutamanya semasa kesibukan. Kerja-

kerja berkenaan dapat dilaksanakan

melalui kontrak penggal Jabatan Kerja

Raya (JKR) yang sedia ada.

ii. Simpang 4, Jalan Mulaut-

Masin, Jalan Lampaki dan

Jalan Lubuk Sigurun Kampung

Mulaut. Akhir-akhir ini, Jalan

Mulaut/Masin semakin sibuk

dan sesak oleh kenderaan

yang lalu lalang menggunakan

jalan berkenaan terutama

pada waktu pagi, tengahari,

petang dan waktu balik

bekerja. Kesesakan ini

semakin bertambah dengan

adanya ibu bapa dan orang

ramai yang menghantar dan

mengambil anak-anak mereka

ke sekolah dari Pusat

Tingkatan Enam Sengkurong-

Mulaut, Sekolah Rendah

Mulaut, Sekolah Agama dan

sebagainya. Oleh itu penduduk

kampung mencadangkan

supaya lampu isyarat (traffic

light) didirikan di Simpang 4

yang dimaksudkan.

Jawapan:

Jabatan Kerja Raya, Kementerian

Pembangunan juga akan mengkaji

keadaan trafik di simpang berkenaan dan

jika trafik telah melebihi kapasiti simpang

berkenaan, JKR akan memohon

peruntukan tertentu bagi pembaikkan

persimpangan dan pemasangan lampu

isyarat berkenaan.

5. Soalan daripada Yang Berhormat

Dato Paduka Awang Haji Abdullah

bin Haji Mohd. Jaafar:

i. Kaola akan membawa isu

menaik taraf jalan, simpang

jalan (excess road). Antara

syarat bagi menaik taraf

jalan, simpang laluan (excess

road) ialah kawasan tersebut

hendaklah sekurang-kurang-

nya ada 5 buah rumah. Dalam

hal ini, kaola mencadangkan

syarat tersebut dikaji semula

dengan mempertimbangkan

Page 4: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

791

sokongan laluan yang kurang

dari 5 buah rumah. Ini

membolehkan semua rakyat

dapat kemudahan yang sama

dengan yang lain.

Jawapan:

Skim bagi menaik taraf simpang-simpang

telah pun diadakan untuk perkembangan

sosio-ekonomi Negara. Sejak RKN ke 6,

sebanyak 862 simpang dalam sepanjang

226 km diseluruh negara telah pun dinaik

taraf.

Syarat utama bagi menaik taraf simpang-

simpang adalah kepadatan simpang

berkenaan mesti melebihi 30 buah rumah

dalam 1 kilometer dan mempunyai

sekurang-kurangnya dalam 5 buah rumah

pada simpang berkenaan. Walaupun

syarat kepadatan masa ini amat tinggi,

sejumlah lebih 360 simpang yang

memenuhi syarat berkenaan adalah dalam

giliran untuk dinaik taraf, tertakluk kepada

peruntukan yang diluluskan.

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Kerja

Raya, Kementerian Pembangunan

menyedari bahawa kepadatan di Daerah

Tutong dan Daerah Temburong adalah

kurang jika dibandingkan dengan Daerah

Brunei dan Muara, maka syarat-syarat

bagi menaik taraf simpang di daerah-

daerah berkenaan akan direview semula

demi untuk kebaikan penduduk-penduduk

di daerah-daerah tertentu.

ii. Sehubungan dengan ini juga,

kaola cadangkan jalan kecil

Bukit Panggal yang

menghubungkan Jalan Tutong

ke Lebuh Raya Muara-Tutong

dapat dilebarkan dan

seterusnya dinaik taraf kerana

jumlah kereta yang

menggunakan jalan tersebut

setiap hari meningkat.

Dicadangkan supaya dibina

flyover bagi menyeberangi

jalan kerana mengunakan

pusingan U-turn yang ada

sekarang adalah berbahaya.

Jawapan:

Satu perancangan sedang dalam kajian

oleh pihak BEDB untuk mengadakan

kemajuan industri di kawasan Bukit

Panggal. Kajian berkenaan akan termasuk

juga perancangan menaik taraf jalan dari

Lebuhraya hingga ke Jalan Tutong lama

dan perancangan bagi sebuah jejambat di

persimpangan Lebuhraya Jalan Bukit

Panggal. Maklumat-maklumat

perancangan berkenaan mungkin dapat

dikongsikan selepas perancangan

berkenaan siap selesai nanti.

6. Yang Berhormat Awang Haj

Sulaiman bin Haji Ahad:

i. Kaola mencadangkan supaya

benteng tebing Sungai

Temburong di Pekan Bangar,

yang sudah ada pada masa ini,

akan dapat dipertimbangkan

untuk disambung hingga ke

hujung Kampung Menengah

sebagai benteng menahan air

bah yang deras bila musim

tengkujuh dan bagi

mengelakkan hakisan tanah

atau tanah runtuh yang akan

melibatkan rumah-rumah yang

berdekatan dengan tebing

sungai penduduk kampong

yang berkenaan.

Jawapan:

Page 5: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

792

Dalam jangka masa panjang, projek

saliran bagi penyambungan benteng

penahan air tebing Sungai Temburong

dari Pekan Bangar ke hujung Kampung

Menengah adalah termasuk dalam

perancangan Jabatan Kerja Raya,

Kementerian Pembangunan di bawah

senarai Skim Rancangan Kemajuan Ke-11.

ii. Dicadangkan jalan kedua

dibina dari Kampung Ratie,

Mukim Bokok menunju ke

Kampung Peliunan, Mukim

Bangar Temburong. Diusulkan

supaya ada jalan alternative

jika berlaku banjir kilat di

kampung dan mukim tersebut

dan sebagai jalan pintas ke

Pekan Bangar.

Jawapan:

Laluan jalan alternative ini belum terdapat

dalam rancangan Kementerian

Pembangunan. Namun demikian, usul ini

akan diteliti kesesuaiannya

memandangkan kawasan yang akan

dilalui adalah merentasi bukit tinggi dan

memerlukan kajian terperinci.

iii. Dicadangkan supaya mesin

memproses aspal diadakan

di Daerah Temburong

bagi kemudahan dan

mempercepatkan lagi kerja-

kerja membaiki kerosakan dan

menaiktaraf jalan-jalan raya

di Daerah ini.

Jawapan:

Perkara ini adalah tertakluk kepada situasi

pasaran. Kontraktor-kontraktor akan

melabur dalam penyediaan mesin

memasak asphal jika kerja-kerja

pembinaan dan pemeliharaan berlaku

semasa kontraktor melaksanakan

pelebaran Jalan Puni ke Pos Kawalan

Labu. Walau bagaimanappun, selepas

projek siap dilaksanakan, mesin memasak

asphal di keluarkan daripada Daerah

Temburong kerana jumlah penggunaan

asphal bagi pemeliharaan adalah cuma

sedikit saja. Jabatan Kerja Raya akan

sentiasa memastikan langkah-langkah

berpatutuan diambil oleh pihak kontraktor

supaya kualiti asphal yang dibekalkan dari

Daerah Brunei dan Muara adalah

memenuhi spesifikasi bagi kerja-kerja

pemeliharaan jalan raya di Daerah

Temburong.

iv. Kaola sukacita mencadangkan

supaya jalan kecil Kampung

Peliunan, Mukim Batu Apoi,

memerlukan pembaikan dan

dinaik taraf kerana jalan raya

yang ada pada masa ini terlalu

kecil bagi laluan dua buah

kenderaan bila bertembung

dan jalan raya berkenaan

banyak rosak dan berlubang-

lubang.

Jawapan:

Jabatan Kerja Raya, Kementerian

Pembangunan akan mengadakan

pemeriksaan atas jalan berkenaan dan

mengambil tindakan yang bersesuaian. Di

samping itu pihak Jabatan Kerja Raya juga

akan menilai jalan berkenaan untuk tujuan

pembaikannya.

Walau bagaimapun, implemantasi

pembaikannya adalah tertakluk kepada

keutamaan dan kebenaran peruntukan.

Page 6: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

793

JAWAPAN KEPADA SOALAN-

SOALAN JAWAB MULUT YANG

DIJAWAB SECARA BERTULIS

DARIPADA YANG BERHORMAT

MENTERI PENDIDIKAN:

7. Soalan Yang Dibawakan Oleh

Yang Berhormat Awang Haji

Tahamit Bin Haji Nudin:

“Aduan dari pelajar-pelajar yang

mengikuti pengajian di luar negeri,

mengenai pemberitahuan kelayakan

menerima biasiswa dari pihak Kerajaan.

Ada segelintir pelajar hanya mengetahui,

mereka akan belajar ke luar negeri sehari

sebelum bertolak ke luar negeri.”

Jawapan:

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan

penghargaan dan terima kasih kepada

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin

Haji Nudin di atas keprihatinan beliau

dalam mengetengahkan isu kelambatan

pemberitahuan biasiswa kepada pemohon

yang berjaya.

Kementerian Pendidikan mengambil

maklum bahawa isu ini adalah penting dan

perlu diberikan perhatian serius. Adalah

dimaklumkan pada masa ini pihak

Kementerian sedang berusaha keras untuk

memperbaiki perkara ini dengan

mengambil langkah-langkah strategik

untuk menilai dan merebiu lagi proses-

proses, tatacara, syarat-syarat

permohonan dan pemilihan biasiswa yang

sedia ada. Ini adalah untuk memastikan

perjalanan seorang pemohon biasiswa itu

lancar dimana pemberitahuan keputusan

biasiswa akan dapat dibuat lebih awal

daripada tarikh berangkat ke luar negara.

Kementerian Pendidikan mengambil

maklum bahawa persiapan untuk ke luar

negara adalah mencabar dan memakan

masa seperti permohonan visa,

pemeriksaan kesihatan dan urusan tiket

pelayaran. Di samping itu, para pemohon

juga perlu untuk sampai ke negeri

destinasi pada masa yang awal dan sesuai

untuk urusan tempat tinggal, membuka

akaun bank, menghadiri orientasi,

pendaftaran universiti dan sebagainya,

jesteru ini, beberapa Student Unit di

bawah Kementerian Pendidikan memang

telah ada beroperasi di negara-negara

tertentu bagi memastikan kelancaran

kedatangan para penuntut kita ke negara-

negara tersebut.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam telah bertitah

pada Majlis Bersama Rakyat dan

Penduduk Negara Brunei Darussalam yang

berada di United Kingdom dan Ireland

pada bulan Disember 2013 bagi satu polisi

dermasiswa baru dibentuk bagi

mempastikan calon-calon penerima

biasiswa kerajaan adalah benar-benar

layak. Ini adalah bagi memastikan isu

mismatch tidak berlarutan dan

memastikan pelaburan Kerajaan selama

ini membuahkan hasil atau Return on

Investment (ROI) yang maksima.

Adalah juga dimaklumkan bahawa satu

‘Jawatankuasa Ad Hoc bagi Meneliti Skim-

Skim Biasiswa Di Negara Brunei

Darussalam’ telah ditubuhkan untuk

merebiu dasar dan menilai pelbagai isu

berkaitan biasiswa demi menambahbaik

lagi proses dan pemilihan biasiswa.

Alhamdulillah, berkaitan dengan perkara

biasiswa ini juga, Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darissalam telah memperkenankan

penubuhan satu Badan Khas yang

bertanggungjawab menyediakan dasar

perancangan sumber tenaga manusia

Page 7: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

794

(manpower planning). Tujuan utama

Badan Khas Sumber Tenaga Manusia ini

ditubuhkan adalah untuk memadankan

permintaan dan bekalan bagi kemahiran

(demand and supply for skills) dalam

pembangunan ekonomi berdasarkan tahap

sedia ada dan anggaran keperluan masa

depan.

Apa yang lebih penting, Badan Khas ini

akan membolehkan projeksi keperluan

sumber tenaga manusia yang boleh

digunakan sebagai panduan untuk

menawarkan biasiswa menurut bidang

dan bilangan selaras dengan keperluan

sebenar sumber tenaga manusia di negara

ini.

Insya Allah, penganugerahan biasiswa

oleh Kementerian Pendidikan akan

dijalankan dengan lebih strategik, selaras

dengan keperluan Negara dan diberikan

kepada yang benar-benar layak

menerima. Kita perlulah juga ingat dan

faham bahawa biasiswa bukanlah satu hak

(right) tetapi adalah satu keistimewaan

bagi mereka yang betul-betul layak.

8. Yang Berhormat Awang Haji

Ramli bin Haji Lahit:

Adakah perancangan supaya herba-

herbaan hutan negara ini termasuk

dalam kajian saintifik untuk

mengenal pasti kandungan dan

khasiatnya? Kerana di bawah Skim

Insentif Pendidikan Brunei,

peruntukan $5 juta disediakan untuk

meningkatkan aktiviti penyelidikan

dan pembangunan R&D (Research

and Development).

Jawapan:

Kaola ingin merujuk pertanyaan dari Yang

Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit

mengenai penyelidikan dalam bidang

perubatan herba atau herbal medicine

sebagaimana dititahkan oleh Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam di Majlis Konvokesyen

Universiti Brunei Darussalam pada tahun

2011. Penyelidikan-penyelidikan herba

termasuk perubatan herba ada dijalankan

di Universiti Brunei Darussalam di mana

ianya adalah salah satu program

penyelidikan di bawah penyelidikan

Biodiversity. Adalah dimaklumkan bahawa

Biodivesity adalah salah satu bidang

penyelidikan niche bagi Universiti Brunei

Darussalam. Bidang penyelidikan nichle

lain di Universiti Brunei Darussalam

termasuk tenaga, agrotechnology,

Kewangan dan Tabdir Urus Islam dan

Pengajian Asian.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat

jua, penyelidikan Biodiversity di Universiti

Brunei Darussalam merentasi disiplin dan

dijalankan oleh beberapa fakulti dan pusat

penyelidikan terutama sekali oleh Institute

of Biodiversity and Environment Research.

Institut ini adalah institut antarabangsa

dan aktif dalam aktiviti-aktiviti

penyelidikan dan pendidikan kerjasama

termasuk dalam pertukaran pelajar-pelajar

bersama institut-institut terkemuka seperti

Priceton University, Cambridge University,

New York Botanical Garden dan lain-lain

lagi. Universiti Brunei Darussalam adalah

juga pengasas, pengerusi dan sekretariat

bagi rangkaian universiti-universiti

antarabangsa yang dikenali sebagai iCUBE

iaitu International Consortium of

Universities in the study of Biodiversity

and Environment. Ahli-ahli lain dalam

rangkaian ini adalah National University of

Singapore, Kings College London, Monash

Unversity di Australia, Auckland University

di New Zealand, Korea University, Bonn

Page 8: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

795

University di Germany dan University of

North Carolina at Chapel Hill di Amerika

Syarikat.

Menyentuh penyelidikan khusus kepada

perubatan herba atau herbal medicine

pula, ada terdapat beberapa projek yang

merentasi beberapa disiplin di bawah

penyelidikan ini. Dana dari Majlis

Penyelidikan Brunei (Brunei Research

Council) bagi penyelidikan ini adalah

sebanyak $6.25 juta dan $750,000 lagi

diperuntukan bagi pengeluaran paten hasil

dari penyelidikan ini.

Universiti Brunei Darussalam berkolabarasi

dengan beberapa institusi antarabangsa

dalam penyelidikan ini termasuk G STEP

dari Korea, Universiti Malaya, dan baru-

baru ini Osaka University. Skop

penyelidikan perubatan herba adalah luas

dari takat penggunaan herba sebagai ubat

di kalangan masyarakat melayu ke

penyelidikan yang melibatkan

bioprospecting bagi mengkaji herba-herba

yang terdapat di Brunei untuk

kegunaannya dalam perubatan tradisional.

Ada terdapat 68 jenis herba tempatan

yang sedang dalam kajian dan ini

termasuk pengaga, bunga kunyit, pucuk

pawas dan ginseng Brunei. Skop

penyelidikan herba meliputi beberapa

jenis kajian termasuk kajian aktiviti anti-

oxidant dan kajian kandungan bio active

compounds. Selain dari itu, extract dari

herba juga sedang dikaji bagi

kegunaannya dalam perubatan seperti

selepas besalin dan penyakit kencing

manis. Di sini juga perlu dimaklumkan

bahawa penyelidikan sains yang

membawa faedah kepada manusia

selalunya mengambil tempoh yang lama.

Walau bagaimanapun, setakat ini

beberapa perkembangan didapati di mana

contohnya ada herba yang dilihat

mempunyai kemampuan untuk

menumbuhkan semula sel (cell

regeneration) dari organ pancreas dalam

tikus dan ini adalah berpotensi untuk

perubatan bagi kencing manis.

Program penyelidikan ini juga berhasrat

untuk membangun kapasiti tenaga

kepakaran terutama sekali anak tempatan

kita. Pada masa ini, ada terdapat 4

pelajar di tahap PhD dan 3 pelajar di

tahap Sarjana selain daripada beberapa

researcher fellows yang lain. Selain dari

ini, Fakulti Sains juga akan menawarkan

pengkhususan dalam bidang Biochemistry

and Molecular Biology di peringkat Sarjana

Muda di mana pendidikan dan

penyelidikan herba akan dimasukkan.

PENJELASAN TAMBAHAN DARIPADA

YANG BERHORMAT MENTERI

PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-

SUMBER UTAMA:

“Kampung Tanjung Maya, sering dibanjiri

dan kemasukan air-air masin ataupun

air pasang daripada laut ini

menjejaskan pengusaha-pengusaha

daripada mendapatkan pengeluaran yang

tinggi. Di Lamunin ini akan kaola lihat

macam mana kesesuaiannya, tetapi

memang dikesan Kampung Tanjung Maya

itu, air daripada laut telah mula menaiki

kawasan atasan kawasan ulu di Sungai

Tutong. Kaola pada masa ini, dengan

bantuan ITB membuat kajian tentang

macam mana usaha untuk mengurangkan

kemasukan air masin dari laut ke sungai-

sungai di Tutong itu. Walau macam

manapun, Yang Berhormat tadi telah

mencadangkan supaya diusahakan

dengan pokok-pokok rumbia.

Di Lubuk Gusih, 4 tahun lalu telah dibuka

dan ini akan diusahakan untuk dijadikan

Page 9: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

796

tempat pengeluaran yang melibatkan

kerjasama dengan ITB terutamanya

tentang mendatangkan pengaliran air dan

sebagainya dan mengurangkan kesan-

kesan kemasukan air pasang air masin

dari laut ke kawasan-kawasan tersebut.”

JAWAPAN TAMBAHAN DARIPADA

YANG BERHORMAT MENTERI

PENDIDIKAN:

Kaola ingin memberi jawapan tambahan

mengenai soalan dari Yang Berhormat

Awang Haji Ramli bin Haji Lahit mengenai

usaha untuk mengurangkan air masin dari

laut ke sungai-sungai di Tutong. Adalah

dimaklumkan bahawa Institut Teknologi

Brunei dan Kementerian Perindustrian dan

Sumber-Sumber Utama ada menjalankan

penyelidikan pengairan padi. Ianya

melibatkan beberapa ahli akademik dan

pembantu penyelidik (research assistants)

lepasan diploma yang termasuk anak

tempatan. Projek Pengairan Padi ini

dibaiyai oleh Majlis Penyelidikan Brunei

(BRC) dengan dana penyelidikan sebanyak

B$613,460.

Penyelidikan ini berfokus kepada skim

padi di Lubok Gusih yang terletak di

Mukim Kiudang dengan keluasan hampir

55.9 hektar. Kawasan padi adalah rata

dan berpaya dan berhampiran dengan

Sungai Birau. Kawasan ini mempunyai

masalah dengan pengairan di mana:

1) Bekalan air tidak mencukupi;

2) Hanya kawasan padi berhampiran

dengan sungai sahaja yang dapat

menerima pembekalan air;

3) Kemarau selama 1-2 bulan boleh

menyebabkan air dari laut masuk

sungai dan terus ke kawasan

tanaman padi, seterusnya

menyebabkan penanaman padi

diberhentikan untuk seketika; dan

4) Di waktu hujan lebat, saliran akan

tersekat menyebabkan padi

tenggelam oleh air yang

bertekung.

Penyelidikan adalah untuk menyelesaikan

masalah-masalah tersebut dengan

membentuk struktur pengawalan yang

dipanggil Sluice Gates. Pagar ini

digunakan untuk mengawal dan menyukat

kadar aliran air di dalam sungai dan

terusan terbuka. Sluice gate perlu

disimpan tinggi apabila air dalam keadaan

rendah. Bagi mukim ini, 2 reka alternatif

telah dicadangkan:

1) Empangan direka-bentuk di mana

tahap crest sama dengan air

pasang;

2) Empangan rendah dengan sluice

gate.

Fasa penyelidikan seterusnya adalah

untuk mereka-bentuk Sluice Gate secara

terperinci dan keberkesanan kos atau cost

effectiveness pengendaliannya. Projek

yang bermula April 2010 akan dijangka

selesai April 2014.

Hari Selasa, 16 Jamadilawal 1435 / 18

Mac 2014 (Pagi)

9. Yang Berhormat Dato Paduka

Awang Haji Abdullah bin Haji

Mohd. Jaafar:

Pada masa ini, terdapat empat buah

institusi pengajian tinggi, tiga di

Kementerian Pendidikan dan satu di

Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kaola difahamkan, aktiviti-aktiviti

para ahli akademik adalah

pengajaran (teaching) menyediakan

penyelidikan dan juga sumbangan

Page 10: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

797

kepada masyarakat. Sukacita ingin

mengetahui:

i. Adakah kriteria-kriteria bagi

kenaikan pangkat bagi para ahli

akademik di empat institusi ini,

seragam atau berlainan?; dan

ii. Apakah kriteria-kriteria bagi

kenaikan pangkat para ahli

akademi ke Profesor Madya?

Berapa banyak pendidikan yang

diperlukan untuk kenaikan

pangkat ini? Adakah para ahli

akademi ini menerbitkan hasil

penyelidikan mereka di jurnal

tempatan dan di luar Negara?

PENJELASAN TAMBAHAN DARIPADA

YANG BERHORMAT MENTERI

PENDIDIKAN:

Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin

memberikan penjelasan tambahan untuk

soalan yang ditimbulkan oleh Yang

Berhormat Dato Paduka Haji Awang

Abdullah bin Haji Mohd. Jaafar mengenai

kriteria-kriteria kenaikan pangkat bagi ahli

akademik di Institusi Pengajian Tinggi.

Alhamdulillah, kaola dengan ini

memaklumkan bahawa melalui surat Yang

Mulia Timbalan Menteri Kewangan

bilangan KKW/MKII/24 bertarikh

4 Jamadilawal 1435 bersamaan 6 Mac

2014, menyatakan bahawa Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam telahpun memperkenankan

skim baru – Skim Perkhidmatan Tenaga

Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam

(SPTA). SPTA ini adalah untuk kesemua

institusi-institusi pengajian tinggi di Brunei

Darussalam, iaitu UBD, ITB, UNISSA dan

KUPUSB.

Pengemaskinian skim ini adalah bertujuan

bagi:

1. Menyediakan satu skim

perkhidmatan yang lebih

kompetitif untuk berdaya-saing

bagi menarik tenaga akademik

yang berkualiti tinggi dalam

semua peringkat, setanding

dengan yang terdapat di

institusi-institusi pengajian

tinggi antarabangsa;

2. Menaik taraf kelayakan tenaga

akademik untuk memastikan

mereka sentiasa relevan dan

diperkembangkan dari segi

keupayaan;

3. Penyediaan insentif yang

kompetitif bagi menarik tenaga

akademik yang diperlukan

didalam bidang-bidang strategik

termasuk klinikal dan

professional, diantaranya, dari

kalangan tenaga akademik

antarabangsa yang berkelayakan

dan berpengalaman;

4. Menyediakan aliran peringkat

rendah iaitu Penolong Pensyarah

sehinggalah ke peringkat

profesor dengan kemudahan

tanggagaji yang kompetitif

bagi menggalakkan dedikasi

perkhidmatan di dalam

pengajaran dan penyelidikan;

5. Menekankan kepada kelayakan-

kelayakan akademik dan

profesional serta KPI yang perlu

dipenuhi oleh tenaga akademik

bagi kemajuan di sepanjang

aliran kerjaya tenaga akademik;

dan

Page 11: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

798

6. Mewujudkan aliran kerjaya

(career path) yang seimbang

dan selaras dengan jawatan,

insentif, kelayakan dan

kedudukan tanggagaji yang

tidak bertindih.

Dalam SPTA baru ini, kenaikan

pangkat ahli-ahli akademik pada

setiap peringkat akan perlu

mencapai KPI yang sediakan

berasaskan kepada tiga kriteria,

iaitu 1) Pengajaran, 2)

Penyelidikan dan Penerbitan, dan

3) Servis (kepada universiti,

masyarakat dan negara, termasuk

servis di peringkat antarabangsa).

Perlu ditekankan di sini bahawa

hanya ahli-ahli akademik yang

betul-betul berkelayakan akan

beralih ke Skim Baru. Mereka yang

tidak memenuhi kriteria akan

masih bertahan dalam skim lama,

sehinggalah mereka memenuhi

kriteria-kriteria perpindahan.

Di sini kaola ingin memetik Titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Seri Baginda Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam

di Majlis Konvokesyen UBD ke-21,

pada 12 Zulkaedah 1430 Hijrah

bersamaan dengan 31 Oktober

2009:

“Beta juga mahu melihat

peningkatan jumlah tenaga

akademik tempatan yang

berjawatan Pensyarah Kanan

dan Profesor Madya. Namun

dalam pada itu, kita tidak

menggalakkan hanya untuk

meningkat semata-mata,

tetapi peningkatan mestilah

betul-betul menepati kriteria

kelayakan, sebagaimana yang

diamalkan oleh universiti-

universiti yang berprestij di

dunia.

Maka untuk itu, calon-calon

Pensyarah Kanan dan Profesor

Madya itu hendaklah betul-

betul memenuhi syarat-syarat

yang diperlukan, diantaranya

mesti kreatif dan gigih

melakukan penyelidikan-

penyelidikan serta

menghasilkan karya-karya

penulisan yang bermutu.

Semua ini akan turut menjadi

sukat-sukat kepada tahap

kualiti mereka. Tanpa

penyelidikan dan hasil-hasil

kreatif itu, maka akan

sukarlah untuk kita bercakap

mengenai kualiti.”

Pelbagai strategi juga

akan diusahakan bagi

memperkembangkan keupayaan,

kepakaran dan kemahiran ahli-ahli

akademik bukan sahaja untuk

memberikan kesempatan untuk

mereka beralih ke Skim Baru ini,

terutamanya di kalangan ahli

akademik ini. Di UBD misalnya,

pelbagai inisiatif dan insentif telah

dilaksanakan bagi memangkin

produktiviti ahli-ahli akademinya,

serta memantapkan keupayaan

mereka. Inisiatif-inisiatif ini akan

dilaratkan ke Institusi-institusi

pengajian tinggi yang lain.

Inisiatif ini termasuk:

1. Pemberian dana dan cuti

penyelidikan (research grants

and leave);

Page 12: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

799

2. Penyediaan program-program

latihan perkembangan

akademik, seperti bengkel-

bengkel pengajaran, penulisan,

perisian dan keadah-kaedah

penyelidikan yang inovatif;

3. Pemberian cuti sabatikal,

temasuk program latihan

lepasan pasca-kedoktoran

(post-doctoral training) ;

4. Pemberian atau milik-sama

hak-hak penyelidikan, seperti

Hak-Hak Harta Intelek

(Intellectual Property Rights),

Paten-paten (patents) dan

Royalti (Royalties) ;

5. Pemberian anugerah-anugerah

cemerlang seperti Anugerah

Pengajar Cemerlang (Teaching

Excellence Award) dan

Anugerah Penyelidik Cemerlang

(Research Excellence Award).

JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS

DARIPADA YANG BERHORMAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA

DAN SUKAN:

10. Yang Berhormat Awang Haji

Mohd. Shafie bin Ahmad:

i. Mengenai succession

planning, melalui

pemerhatian bahawa

jawatan Timbalan

Setiausaha Tetap di

Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan sudah

setahun tidak diisi.

Sepatutnya tidak dibiarkan

kosong (sekadar menarik

perhatian Dewan sahaja).

Jawapan:

Sukacita menarik perhatian

Yang Berhormat jua bahawa

jawatan Timbalan Setiausaha

Tetap adalah merupakan antara

jawatan yang paling kanan dan

pengisiannya adalah berbeza

dari jawatan yang lain yang

memerlukan penelitian yang

rapi. Lantikan Timbalan

Setiausaha Tetap ini juga bukan

semata-mata bidang kuasa

kementerian tetapi juga agensi-

agensi yang lain dan

sememangnya pihak

kementerian memberikan

perhatian mengenai perkara ini.

ii. Apakah status isu-isu sosial

terkini yang dibincangkan

oleh Majlis Kebangsaan Isu

Sosial, khususnya penilaian

yang dibuat serta

perkembangan mengenai

langkah-langkah yang telah

diambil ke atas pelan

tindakan untuk menangani

isu-isu sosial di negara ini?

Jawapan:

Majlis Kebangsaan Isu Sosial

telah mengenal pasti 11 isu

sosial utama yang perlu

ditangani iaitu kemiskinan,

rumah daif, pekerjaan sekuriti

sosial, mentaliti masyarakat,

kegiatan kurang bermoral,

jenayah, isu wanita, keluarga,

orang berkeperluan khas dan

warga emas.

Bagi menangani isu ini,

beberapa jawatankuasa khas

yang diterajui oleh beberapa

Page 13: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

800

agensi dalam kerajaan sedang

dan telah meluluskan pelan

tindakan masing-masing.

Walau bagaimanapun, bagi

jawatankuasa khas di bawah

Kementerian Kebudayaan, Belia

dan Sukan seperti

Jawatankuasa Khas Institusi

Keluarga dan Isu Wanita,

Jawatankuasa Khas Isu Warga

Emas dan Orang Berkeperluan

Khas dan Jawatankuasa Khas

Kemiskinan telah pun

meluluskan pelan-pelan

tindakan masing-masing dan

sedang melaksanakannya.

Kementerian ini bersedia untuk

memberikan taklimat kepada

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang

berminat mengenainya.

iii. SMRC – mempersoalkan

mengenai jawatan-jawatan

di SMRC untuk diisi atau

diambil alih oleh

(menerajui) anak-anak

tempatan yang mempunyai

kelulusan Sports Science.

Jawapan:

Kelulusan belumlah mencukupi

untuk menjadi pakar dalam

bidang sains sukan. Ianya

memerlukan pengalaman dan

latihan-latihan lanjutan dan ini

mengambil makan jangka masa

yang panjang. Mengenai

dengan bidang ini, anak-anak

tempatan lebih berminat untuk

menjadi pegawai atau pakar

perubatan di

Kementerian Kesihatan. Walau

bagaimanapun, pada masa ini 2

kekosongan jawatan bagi

Pegawai Perubatan di SMRC

sedang dalam proses

pengiklanan dan 2 jawatan

Physiotherapist, dalam proses

temuduga. Daripada

pengalaman, profesi dalam

bidang dukungan sains sukan

seperti bio mechanic, exercise

physiologist adalah kurang

menarik dalam mana banyak

mereka yang telah diambil

menjawat jawatan-jawatan

tersebut telah berhenti apabila

mendapat tawaran yang lebih

baik di tempat lain. Ini

disebabkan skim perkhidmatan

jawatan-jawatan berkenaan

adalah merupakan sebagai

jawatan sementara (non

established post) dan pihak

Kementerian akan terus

berusaha untuk mendapatkan

sebagai jawatan tetap.

iv. Memohon mengongsikan

penilaian yang telah dibuat

oleh Majlis Kebangsaan Isu

Sosial ke atas hasil kajian

atau dapatan mengenai

kemiskinan yang telah

dibuat oleh ZD Consultant,

khususnya yang boleh

diguna pakai oleh majlis

sebagai pelan tindakan

atau garis panduan untuk

menangani isu kemiskinan

di negara ini.

Jawapan:

Mengenai kajian kemiskinan

di Negara Brunei Darussalam,

pihak konsultan telah

mengemukakan pelan tindakan

yang menyeluruh dan

bersepadu bagi mempercepat-

Page 14: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

801

kan usaha mengeluarkan

orang-orang miskin dari

belenggu kemiskinan yang

mana terbahagi kepada 3

peringkat yang perlu

dilaksanakan serentak iaitu:

Peringkat Individu

Peringkat Masyarakat

Peringkat Kerajaan

Dalam hal ini, beberapa

tindakan telah dan sedang

dilaksanakan oleh

Jawatankuasa Khas Kemiskinan

yang dipengerusikan oleh Yang

Berhormat Menteri

Kebudayaan, Belia dan Sukan

iaitu:

a) Di peringkat masyarakat,

usaha-usaha sektor

persendirian, organisasi-

organisasi masyarakat sivil

dan organisasi akar umbi

menyokong dasar-dasar

Kerajaan melalui

tanggungjawab korporat

sosial dan masyarakat sivil

dalam membantu merubah

kehidupan orang-orang

miskin. Satu contoh adalah

One Village One Product di

bawah Kementerian Hal

Ehwal Dalam Negeri, yang

mana bertujuan untuk

mengiatkan budaya motivasi

diri dan sara diri di kalangan

penduduk tempatan dan

seterusnya membuka ruang

dan peluang pekerjaan,

meningkatkan pendapatan

keluarga dan memperbaiki

taraf kehidupan dan

seterusnya mengurangkan

kadar kemiskinan.

b) Di peringkat kerajaan, usaha-

usaha menangani kemiskinan

melibatkan penyertaan pelbagai

agensi yang antaranya

termasuk meningkatkan

pelaburan dalam sumber

tenaga manusia, peningkatan

kapasiti para penganggur /

pencari kerja, menyediakan

persekitaran yang kondusif bagi

meningkatkan penghasilan dan

peluang-peluang pekerjaan,

penyediaan mikro kredit,

pengukuhan public private

partnerships dan mempromosi

tanggungjawab sosial korporat.

Jawatankuasa Khas Kemiskinan

akan terus berusaha bagi

integrasi inisiatif-inisiatif

pembasmian kemiskinan yang

mana termasuk streamlining

semua bantuan sosial,

pengurusan kemiskinan dan

program-program pembasmian

kemiskinan.

c) Di peringkat individu, usaha-

usaha berterusan telah dibuat

untuk merubah minda dan

mengangkat keberdayaan

individu yang lemah agar keluar

daripada kepompong

kemiskinan. Dalam Program

“workfare”, penerima-penerima

bantuan kebajikan bulanan

yang muda dan berkeupayaan

diberikan latihan melalui

Program Perkasa dan Program

Perkasa Komuniti di Pusat

Pembangunan Belia. Di

samping itu, jerayawara dan

taklimat mengenai Pengurusan

Kewangan dan Budaya

Menabung juga telah diadakan

di sekolah-sekolah, kampung-

Page 15: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

802

kampung dan mukim-mukim

termasuklah melalui media

elektronik (Telivesyen dan

Radio).

d) Mengenai Kadar Minima Asas

(KMKA) yang dicadangkan oleh

pihak konsultan, pihak

Kementerian Kebudayaan, Belia

dan Sukan sedang membuat

penyelarasan dengan

mengambil kira hasil kajian

perbelanjaan keluarga yang

akan dibuat oleh pihak Jabatan

Perancangan dan Kemajuan

Ekonomi. Oleh yang demikian,

MKMA belum dapat dikongsikan

pada masa ini.

v. Ingin mengetahui apakah

status isu sosial terkini

yang dibincangkan khusus

mengenai penilaian yang

dibuat dalam menangani

isu sosial (pelan tindakan).

Oleh itu, dicadangkan

untuk dikongsikan hasil

kajian yang telah

dilaksanakan oleh CSPS

mengenai dengan isu sosial

di kalangan belia (dapatan

yang diperolehi daripada

kajian berkenaan).

Jawapan:

Mengenai dengan hasil kajian

mengenai isu sosial di

kalangan belia, pihak CSPS

membuat kesimpulan masalah

tersebut adalah berpunca

daripada masalah keluarga dan

pengaruh rakan sebaya. Dalam

hal ini, Kementerian ini

bersedia memberikan taklimat

kepada Ahli-Ahli Yang

Berhormat yang berminat

mengenainya.

vi. Berapa orang yang

disenaraikan dalam

golongan miskin dan

berapa orang yang telah

dapat dikeluarkan daripada

golongan berkenaan.

Jawapan:

Kadar kemiskinan di Negara

Brunei Darussalam adalah

kemiskinan relatif dan

bukannya kemiskinan tegar.

Walau bagaimanapun, kategori

orang susah di negara ini

adalah mereka yang menerima

bantuan kebajikan bulanan dan

pengagihan wang zakat. Pada

bulan Januari 2014 senarai

5,318 ketua keluarga menerima

bantuan daripada Jabatan

Pembangunan Masyarakat.

Jumlah yang terkeluar daripada

kemiskinan pada masa ini

adalah terlalu sedikit kerana

pelan-pelan yang dilaksanakan

hanya mengeluarkan hasil

dalam tempoh jangka masa

yang panjang.

vii. Ingin mengetahui status

perancangan Kementerian

Kebudayaan, Belia dan

Sukan mengenai cadangan

penubuhan Pusat

Perkembangan Belia di

Daerah Tutong/Belait.

Jawapan:

Mengenai dengan status

pembinaan Pusat

Page 16: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

803

Pembangunan Belia baru bagi

kawasan Daerah Belait dan

Tutong, cadangan ini masih

dalam proses perbincangan

dengan pihak Jabatan

Perancang Kemajuan Ekonomi

(JPKE).

11. Yang Berhormat Awang Haji

Sulaiman bin Haji Ahad:

i. Ingin mengetahui sama

ada tapak Program

Khidmat Bakti Negara

di Daerah Temburong

adalah tanah gazet di

bawah Jabatan Belia

dan Sukan bagi kemudahan

sukan di Daerah

Temburong dan

mempersoalkan sama ada

dengan penubuhan tapak

berkenaan nanti adakah

tidak menjejaskan

prasarana sukan yang akan

dibina.

Jawapan:

Tapak Kompleks Kem Kekal

Program Khidmat Bakti Negara

(PKBN) yang akan dibangun di

Kampung Gadong Baru Mukim

Batu Apoi meliputi tanah seluas

12 ekar dengan bangunan-

bangunan dan kelengkapannya

yang tersendiri. Walau

bagaimanapun, perlaksanaan

pembangunan Kompleks kekal

ini akan diusahakan secepat

mungkin.

Tapak pembinaan kem tetap

PKBN di Batu Apoi itu adalah

tapak yang digazetkan di

bawah Jabatan Belia dan

Sukan. Ketetapan ini dibuat

oleh kerana kem tetap PKBN

perlu dibangunkan seberapa

segera. Tapak yang digunakan

itu akan diganti dengan

memohonkan tapak yang lain.

ii. Jurulatih sukan tempatan

di Daerah Temburong.

Jawapan:

Pada masa ini Jabatan Belia

dan Sukan telah mengaturkan

jurulatih tempatan bagi sukan

pencak silat dan karatedo

secara berjadual ke Daerah

Temburong.

iii. Menyentuh mengenai

dengan perancangan serta

pelaksanaan pelbagai

program dan aktiviti belia

agar selari dengan Perintah

Kanun Hukuman Jenayah

Syariah seperti aktiviti

kebudayaan, kapal belia

dan sebagainya.

Jawapan:

Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan akan sentiasa

mematuhi apa jua garis

panduan yang disediakan oleh

pihak-pihak yang berkuasa di

dalam sama-sama

melaksanakan Perintah Kanun

Hukuman Jenayah Syariah.

Dalam waktu yang sama, pihak

Kementerian sentiasa

menasihatkan peserta-peserta

sukan untuk memakai pakaian

yang bersesuaian. Begitu jua

berkaitan dengan aspek

kebudayaan dan kesenian.

Page 17: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

804

Mengenai dengan Program

Kapal Belia, program tersebut

adalah di bawah pengendalian

dan pembiayaan pihak Jepun

dengan menggunakan kapal

kepunyaan Jepun. Walau

bagaimanapun, belia-belia

yang dipilih bagi mewakili

Negara Brunei Darussalam

mengikuti kapal Belia tersebut

diberikan kursus, tunjuk ajar

dan peringatan untuk sentiasa

menjaga imej, maruah dan

identiti sebagai wakil kepada

sebuah Negara Melayu Islam

Beraja.

12. Yang Berhormat Awang Haji

Gapor @ Haji Md. Daud bin

Karim:

i) Bilakah kadar kemiskinan

ini akan dikongsikan?

Setiap berapa tahunkah

kajian kemiskinan

diadakan?

Jawapan:

Pada masa ini, kadar

kemiskinan yang diperolehi

melalui Kajiselidik Kemiskinan

Mengenai Kemiskinan di

Negara Brunei Darussalam

akan diselaraskan dengan hasil

Kajian Perbelanjaan Keluarga

(Houshold Expenditure Survey)

pada tahun 2011. Oleh yang

demikian, perkara ini belum

dapat dikongsikan pada masa

ini.

ii) Jumlah orang-orang miskin

di Negara Brunei

Darussalam?

Jawapan:

Jumlah orang-orang miskin

yang menerima bantuan

kebajikan bulanan pada bulan

Januari 2014 ialah 5318 ketua

keluarga.

iii) Menyentuh mengenai

kenapakah pemenang di

peringkat serantau tidak

mendapat pingat seperti

yang pernah diberikan

kepada pemain bola sepak

Piala Malaysia pada tahun

1999 yang telah

dianugerahkan PJK.

Jawapan:

Dari masa ke semasa,

Kementerian ini menyokong

bagi penganugerahan pingat

kepada para atlet yang telah

mengharumkan nama negara

di arena sukan serantau dan

antarabangsa.

Semasa ucapan mukadimah

Yang Berhormat Menteri

Kebudayaan, Belia dan Sukan

juga telah memaklumkan

bahawa sebuah Galeri Sukan

akan dibuka rasmi pada

7 April 2014 sebagai satu cara

untuk memberikan

penghormatan terhadap

pencapaian mereka dalam

sukan.

13. Yang Berhormat Datin Paduka

Dayang Hajah Salbiah binti

Haji Sulaiman:

Page 18: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

805

i. Pelan Tindakan Isu

Kemiskinan. Bilakah pelan

ini akan dikongsikan

dengan orang ramai?

Apakah KPI bagi menilai

keberkesannya?

Jawapan:

Pelan Tindakan Membasmi

Kemiskinan telahpun

dimaklumkan dalam majlis-

majlis yang berkaitan dengan

pembasmian kemiskinan dan

ianya memang telahpun

disebarluaskan kepada semua

stakeholders dan agensi-agensi

yang perlu mengambil

tindakan. Ianya juga

disebarluaskan kepada

peserta-peserta seminar,

pekerja-pekerja sosial dan

pihak-pihak yang tertentu.

Pelan tindakan ini memang

sudah dalam proses

perlaksanaan oleh semua

agensi yang bertanggungjawab

bagi aspek-aspek pembasmian

kemisikinan yang tersebut.

KPI bagi menilai keberkesanan

pelan tindakan ini sedang dalam

proses penyediaan atau

penetapan yangmana agensi-

agensi berkenaan diperlukan

untuk menjelaskan kedudukan

pencapaian KPI-KPI tersebut.

ii. Child Online Protection

Framework. Apakah

perancangan Kementerian

Kebudayaan, Belia dan

Sukan dalam melaksana-

kan COP Frameworks?

Jawapan:

Child Online Protection Framework

baru diserahkan kepada KKBS

sebagai lead agency pada 5hb Mac

2014 daripada AITI, Kementerian

Perhubungan. Pelaksanaanya

akan dikendalikan bersama dengan

semua agensi termasuk AITI.

Perancangan pelaksanaan

seterusnya ialah untuk finalise

terma rujukan Child Online

Protection oleh semua

stakeholders. Antara program

awal, adalah meningkatkan

kesedaran orang ramai terutama

sekali kanak-kanak dan ibu bapa

mengenai risiko mangsa siber.

iii. Perlindungan ke atas

kanak-kanak. Tahun lepas,

terdapat 7 kes penderaan

kanak-kanak dan

meningkat kepada 15 kes.

Terdapat perbezaan dari

segi?

Jawapan:

Kes-kes penderaan kanak-kanak

ditangani mengikut prosedur-

prosedur yang tertentu mengikut

Children and Young Persons Act.

Apabila kes-kes baru diterima,

pihak Jabatan Pembangunan

Masyarakat (JAPEM) akan

memohon interim order yang

mana ianya hanya dibenarkan

untuk menempatkan kanak-kanak

berkenaan di rumah perlindungan

tidak lebih dari 3 hari waktu

bekerja. Dalam tempoh 3 hari

tersebut, berkenaan di rumah

perlindungan tidak lebih dari 3 hari

waktu bekerja. Dalam tempoh 3

hari tersebut, JAPEM dikehendaki

untuk mendapat perintah

perlindungan kekal daripada pihak

Page 19: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

806

mahkamah. Pihak Mahkamah

seterusnya akan menilai

kesesuaian mangsa diberi

perlindungan berdasarkan kepada

laporan sokongan daripad JAPEM,

pihak polis dan pihak hospital.

Dalam hal ini, tidak semua kes

yang dirujuk ke pihak hospital,

terutama sekali suspected abuse,

akan diberikan perintah

perlindungan. Dan tidak ada

suspected abuse cases dimasukkan

ke rumah perlindungan tanpa

perintah mahkamah. Setentunya

keutamaan diberikan kepada best

intersest of the child, walau

bagaimanapun tindakan dibuat

berdasarkan akta dan peraturan.

iv. ATOCP patut mendalami lagi

kefahaman mengenai CYPA

supaya lebih berkesan.

Mengenai dengan kefahaman

CYPA supaya lebih berkesan.

Alhamdulillah pada masa ini,

seorang penasihat undang-undang

telah ditempatkan di kompleks

rumah-rumah kebajikan bagi

memberikan nasihat dan

membantu pihak JAPEM dalam

melaksanakan akta ini.

14. Yang Berhormat Pehin Orang

Kaya Maharaja Kerna Dato

Paduka Seri Awang Haji Yaakub

bin Pehin Orang Kaya Maharaja

Diraja Dato Paduka Awang Haji

Zainal:

i. Adakah lepasan dari Pusat

Pembangunan Belia (PPB)

diberikan pekerjaan dalam

Jabatan-Jabatan Kerajaan

atau dicarikan pekerjaan di

sektor swasta?

Jawapan:

Mengenai dengan pertanyaan

samada Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan melalui Pusat

Pembangunan Belia memberikan

pekerjaan di pihak kerajaan.

Sukacita dimaklumkan bahawa

penubuhan Pusat Pembangunan

Belia adalah matlamat untuk

memberikan latihan kemahiran

kepada para belia yang tidak

dapat meneruskan pendidikan

formal. Walau bagaimanapun,

Pusat Pembangunan Belia telah

membuat beberapa inisiatif yang

berkaitan dengan pemasaran

sumber tenaga manusia Pusat

Pembangunan Belia di sektor

swasta seperti:

Melaksanakan Karnival Kerjaya

yang dilaksanakan setiap

tahun dengan menjemput

syarikat-syarikat swasta yang

menawarkan jawatan-jawatan

kosong yang ada di syarikat

mereka dengan mengadakan

temuduga di Pusat

Pembangunan Belia.

Pusat Pembangunan Belia juga

ada melaksanakan projek Kick-

Start yang diadakan bagi

mengumpul semua rakan-

rakan strategik PPB

berdasarkan kursus-kursus

yang ditawarkan di Pusat

Pembangunan Belia dalam

memberikan penerangan dan

kefahaman kepada para

majikan di syarikat swasta

Page 20: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

807

untuk menilai kualiti lepasan

Pusat Pembangunan Belia.

Sukacita juga dimaklumkan pada

masa ini, sejumlah 73% lepasan

pelatih Pusat Pembangunan Belia

telah berjaya mendapat pekerjaan

mahupun memulakan perniagaan.

Dalam mukadimah Yang

Berhormat Menteri Kebudayaan,

Belia dan Sukan juga telah

memaklumkan bahawa Pusat

Pembangunan Belia akan

memperluaskan lagi kursus-kursus

yang ditawarkan dan Kementerian

ini mengambil perhatian di atas

cadangan Yang Berhormat

tersebut.

Dalam membantu lepasan pelatih

PPB untuk memulakan perniagaan,

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam melalui

Kementerian Kebudayaan, Belia

dan Sukan telah memperuntukkan

bajet Program Belia Berdikari yang

boleh digunakan untuk membantu

para belia lepasan pelatih Pusat

Pembangunan Belia yang

berkeinginan untuk memulakan

perniagaan. Setakat ini seramai 29

orang telah dikenal pasti untuk

diberikan bantuan kewangan

berbentuk grant bagi fasa 1.

Mengenai dengan cadangan untuk

mengadakan kursus dalam industri

pembinan di Pusat

Pembangunan Belia seperti

menyimin, memasang tile, mencat

dan sebagainya, ianya adalah satu

cadangan yang baik dan akan

dipertimbangkan.

Mengenai dengan cadangan

membukakan kursus seperti

memasak, salon kecantikan bagi

ibu-ibu tunggal pada masa ini,

Pusat Pembangunan Belia memang

ada menerima permohonan

daripada ibu-ibu tunggal yang ingin

mengikuti kursus-kursus seperti

masakan, jahitan, pembuatan kek

dan pastry, solekan melalui

Program Perkasa komuniti.

Program ini akan dilaratkan lagi di

daerah-daerah lain.

Page 21: JAWAPAN KEPADA SOALAN- Mengenai proses … Images/laporan2014/updated/soalan_soala… · JAWAPAN KEPADA SOALAN- ... Tingkatan Enam Sengkurong-Mulaut, Sekolah Rendah ... akaun bank,

808