jawapan esei buku teks ting 4

Download Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Post on 11-Aug-2015

5.637 views

Category:

Documents

20 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SOALAN DAN JAWAPAN LATIHAN BUKU TEKS TINGKATAN 4 BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Latihan muka surat 4. 1. Bagaimanakah masyarakat pada Zaman Prasejarah berubah daripada Zaman Mesolitik kepada Zaman Neolitik? Jawapan - Berubah secara evolusi disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya, antaranya: - Manusia mula hidup secara menetap di sesuatu tempat dan tidak berpindah-randah. - Bercucuk tanam dan menternak binatang. - Hidup secara berkelompok dan membina kediaman yang lebih kukuh. - Kesuburan tanah di lembah sungai membolehkan mereka mengusahakan tanaman makanan untuk keperluan harian. - Perkampungan berubah menjadi bandar, seterusnya wujud sistem undang-undang atau peraturan bagi menjamin kestabilan dan keharmonian hidup mereka. - Seorang ketua dilantik untuk menguatkuasakan undang-undang bagi kesejahteraan hidup. - Kehidupan yang lebih tersusun menyebabkan manusia mempunyai lebih banyak masa untuk memikirkan cara-cara meningkatkan hidup mereka. - Menghasilkan pelbagai ciptaan seperti roda, bajak, peralatan tembikar, dan sebagainya. - Hasil ciptaan alatan membolehkan lebihan makanan dikeluarkan dan mendorong kepada aktiviti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui pertukaran barangan (sistem barter). 2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka. Jawapan - Bercucuk tanam, seperti tanaman gandum, jagung dan sebagainya. - Menternak binatang sepeti lembu dan kambing - Aktivti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui sistem barter. 3. Terangkan keadaan masyarakat pada Zaman Logam. Jawapan - Kepandaian manusia melebur logam khususnya besi menyebabkan manusia pada zaman berjaya mencipta perahu dan rumah. - Di sesetengah tempat, pada zaman ini telah muncul petempatan besar dan kota pertahanan. Petempatan besar ini kemudian berkembang menjadi bandar atau kota. - Manusia sudah pandai merekodkan peristiwa yang berlaku dalam bentuk tulisan. - Mengetahui cara-cara mengebumikan mayat dengan iringan bekalan kubur seperti tembikar, makanan, alatan besi dan sebagainya. - Alatan batu diganti dengan logam. - Pandai membuat tembikar daripada tanah liat dengan ukiran-ukiran yang cantik.

1

Latihan muka surat 5. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun? - Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, politik, ekonomi, serta perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, plitik, ekonomi, perbandaran dan sebagainya. 2. Nyatakan maksud tamadun pada pandangan Islam. Jawapan - Tamadun bukan hanya pencapaian atau kejayaan manusia dalam pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga aspek rohaniah yang menjadi tunjang kepada ketamadunan menurut Islam. Latihan muka surat 8. 1. Senaraikan ciri tamadun. Jawapan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Petempatan kekal. Kehidupan berorganisasi. Sistem pemerintahan. Pengkhususan pekerjaan. Agama dan pekerjaan. Bahasa dan sistem tulisan.

2. Terangkan ciri-ciri tamadun awal manusia. Jawapan - Petempatan kekal membawa kepada corak kehidupan yang sistematik. - Kehidupan berorganisasi memastikan kestabilan dan kemakmuran. - Sistem pemerintahan untuk menjadi panduan dalam menjamin kesjahteraan. - Pengkhususan pekerjaan membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi. - Agama dan pekerjaan manusia cuba memahami dan menyesuaikan kehidupan dengan alam sekelilig. - Bahasa dan sistem tulisan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan, pentadbiran.

2

3. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun? Jawapan Langkah permulaan untuk sesuatu masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian, penternakan, struktur pemerintahan yang lebih teratur dan berorganisasi serta mempraktikkan ritual-ritual tersendiri dengan mendirikan rumah-rumah ibadat. Mendorong kepada pertambahan penduduk akibat lebihan makanan dan hubungan dengan kawasan lain. Membolehkan sesebuah masyarakat mempunyai masa untuk berfikir bagi menyesuaikan kehidupan mereka. Manusia sentiasa berusaha untuk membaiki kehidupan mereka, dengan itu, mereka telah mencipta pelbagai ciptaan untuk memudahkan kehidupan harian mereka. Mereka juga berfikir bagaimana untuk mengatasi halangan/cabaran yang melanda hidup mereka seperti banjir, kemarau, cuaca panas/sejuk, dan sebagainya. Membina sistem pengairan yang baik, mencipta roda, dan sebagainya. Latihan dalam buku teks, muka surat 9. 1. Senaraikan tamdun awal yang terbentuk di lembah sungai. Jawapan

Tamadun Mesopotamia Sg. Tigris dan Sg. Euphrates (3500 S.M.) Tamadun Mesir Purba Sg. Nil (3000 S.M.) Tamadun Indus Sg. Indus (2500 S.M.) Tamadun Hwang Ho Sg. Hwang Ho (1800 S.M.)

2. Mengapakah tamadun awal bermula di lembah sungai? Jawapan Sungai sebagai sumber ekonomi asas. Sungai merupakan kawasan pertanian subur. Sungai sumber bekalan air untuk pertanian. Sungai sebagai sumber protein. Sungai mempunyai iklim yang sesuai. Kesuburan tanah. Latihan dalam buku teks, muka surat 17. 1. Dimanakah terbentuknya tamadun Mesopotamia? Jawapan Tamadun Mesopotamia terbentuk di antara dua batang sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, Dataran Tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.

3

2. Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia? Jawapan Raja sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota. Raja sebagai ketua pentadbir dan, ketua pendita serta berkuasa dalam hal-hal keagamaan. Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di zigurat serta menentukan bentuk pentadbiran. Raja berkuasa terhadap soal tanah, percukaian, hasil pertanian dan perniagaan. Walaupun raja dianggap sebagai wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja, kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 2255 S.M.). 3. Huraikan Kod Undang-Undang Hammurabi. Jawapan Digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi yang memerintah kerajaan Babylon. Undang-undang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan yang berbeza mengikut susun lapis masyarakat. Kod ini mengandungi 282 indang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar supaya rakyat boleh membacanya. Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat. Undang-undang ini dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam masyarakat. Undang-undang ini membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. 539 S.M..

4. Senaraikan kegunaan tulisan dalam masyarakat Mesopotamia. Jawapan Tulisan membawa kepada kewujudan sistem pendidikan yang bertujuan melahirkan jurutulis. Kewujudan jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan direkodkan. Kewujudan tulisan membolehkan semua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota, dan surat kredit. Tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia yang mengandungi falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia.

4

Latihan dalam buku teks, muka surat 23. 1. Senaraikan nama bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir Purba. Jawapan Bandar Thinis. Bandar Memphis. Bandar Thebes. 2. Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan dan agama. Jawapan Firaun adalah raja berkuasa mutlak dan dianggap suci. Ketua pendeta, pemilik semua tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan. Jawatan Firaun diwarisi secara turun-temurun. Firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus. Firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan matahari iaitu Amon-Re.

3. Terangkan fungsi tulisan hieroglif. Jawapan Merekodkan segala aktiviti pertanian, percukaian. Tujuan keagamaan, amalan-amalan ritual dan kepercayaan.

4. Jelaskan pencapaian tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan. Jawapan Pengamal perubatan diberikan status tinggi oleh masyarakat Mesir dan berkhidmat di istana. Kebolehan mengubati penyakit, memberikan rawatan kecantikan. Mengawetkan mayat menjadi mumia. Mahir dalam ilmu pembedahan. Latihan dalam buku teks, muka surat 28. 1. Bagaimanakah tamadun Indus terbentuk? Jawapan Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus. Kesuburan tanah dan sumber air membentuk masyarakat pertanian yang bercucuk tanam dan menternak binatang.

5

Berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan membawa kepada pertambahan jumlah penduduk. Penempatan kekal membentuk satu sistem perancangan bandar yang teratur.

2. Apakah keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus? Jawapan Bandar terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian utama merupakan pusat keagamaan dan pentadbiran, tempat mandi awam digunakan untuk upacara ritual dan tempat penyimpanan hasil pertanian. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Dikelilingi oleh tembok-tembok. Bandar disusun atur dengan begitu rapi berasaskan blok-blok berbentuk segi empat. Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus. Sistem kumbahan yang terancang. Bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan. Menggunakan batu-bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi untuk membina rumah. Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian. 3. Nyatakan sebab-sebab masyarakat Indus dapat membina bandar terancang. Jawapan Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri, matematik, kesenian dan teknologi pembakaran batu-bata. Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir.

Latihan dalam buku teks, muka surat 33. 1. Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho. Jawapan Dinasti Hsia (2205 S.M. 1766 S.M.) Dinasti Shang (1766 S.M. 1050 S.M.) Dinasti Chou (1050 S.M. 256 S.M.)