jat punye.refleksikoku

Upload: ilham-izzat

Post on 03-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Koku

TRANSCRIPT

REFLEKSI PROGRAM REHLAH ILMIAH TESL 4Disediakan oleh: Ilham Izzat bin Adnan

Pada 23 hingga 25 Julai yang lepas, saya bersama rakan-rakan dari 6PISMP TESL 4 telah menyertai Program Rehlah Ilmiah yang bertempat di Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu. Program selama 3 hari 2 malam tersebut diadakan bagi memenuhi keperluan syarat kursus WAJ3131 Ko-Kurikulum Persatuan. Kami seramai 13 orang telah diiringi oleh pensyarah penasihat kami, Tuan Haji Wan Mohd Zil bin Wan Salleh.Sebelum bergerak ke destinasi yang dituju, saya bersama rakan-rakan perlu merancana pergerakan dan keperluan kami sebaik mungkin. Hal ini penting bagi mengelakkan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh kami di sana. Selain itu, kami juga menyediakan senarai semak peralatan dan pembahagian tugas bagi melancarkan kerja-kerja kami. Ini mengunjurkan betapa perlunya buat kami untuk mengadakan pembahagian tugas yang sistematik dan adil buat semua ahli. Aktiviti pertama yang kami lakukan di sana adalah aktiviti snorkelling. Sebelum aktivti snorkelling dijalankan, kami terlebih dahulu perlu melakukan ativiti keyakinan air. Perkara ini perlu ditekankan bagi mengelakkan kami daripada panik apabila menjejakkan kaki ke dalam air dalam. Ini juga merupakan persediaan yang penting bagi melatih kami mendapatkan keseimbangan dan kestabilan di dalam air. Usai sahaja aktiviti keyakinan air, kami pun melakukan aktiviti snorkelling. Semasa aktiviti ini dijalankan, saya berasa sangat gembira kerana dapat melihat keindahan ciptaan Yang Maha Esa dengan mata saya sendiri. Ini sekaligus dapat membentuk saya menjadi seorang guru yang sentiasa bersyukur dan menghargai rezeki dikurniakan kepada saya.Selain dari aktiviti snorkelling, saya juga mendapat peluang untuk melihat persekitaran Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Berbeza dengan kehidupan yang saya lalui di Kota Bharu, saya dapati bahawa gaya seharian para murid di Pulau Perhentian amat berlainan sekali. Kemudahan yang ada di sekolah tersebut amat terbatas dan serba kekurangan. Sebagai contoh, sekolah tersebut tiada kemudahan padang sekolah dan akses internet. Ini sedikit sebanyak membataskan penguasaan dan perkongsian ilmu buat para murid di situ. Namun begitu, saya bertekad, seandainya saya diberi peluang untuk bertugas di sekolah tersebut, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menabur bakti buat anak pulau tersebut. Secara kesimpulannya, Program Rehlah Ilmiah ini telah banyak memberikan ilmu yang berguna buat saya sebagai bakal guru. Jika diberi peluang untuk saya mengikuti lagi aktiviti seperti ini, saya akan memberikan komitmen saya sepenuh mungkin.