janakuasa tunggu sedia

21
Pengenalan Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan. Dalam sistem penjanaan kecil atau sederhana kebanyakkan bahan bakar yang mudah diperolehi ialah diesel. Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan. Janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF board (Automatic Main Failure) yang mana telah dirancang dari segi sistem litar kawalan. Ia dapat dihidupkan secara Auto,Test dan Manual. Janakuasa tunggu sedia kebiasaannya dipasang pada bangunan yang menggunakan beban yang melebihi 150Amp dan hanya satu set sahaja. Janakuasa ini perlu didaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan kadar feenya adalah mengikut jumlah kW. Bagi mengendali dan mengawal janakuasa tunggu sedia, pihak pengurusan perlu melantik seorang yang memegang satu perakuan kekompeten Penjaga Jentera kategori A4-1. (Gambarajah Janakuasa) Kebiasaan janakuasa yang menggunakan enjin diesel beroperasi dalam dua cara: a) Sebagai janakuasa tunggu sedia. b) Janakuasa yang beoperasi secara terus

Upload: muhammad-iskandar

Post on 11-Jan-2016

1.732 views

Category:

Documents


188 download

DESCRIPTION

NOTA JANAKUASA SEDIA TUNGGU

TRANSCRIPT

PengenalanJanakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan.Dalam sistem penjanaan kecil atau sederhana kebanyakkan bahan bakar yang mudah diperolehi ialah diesel. Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan.

Janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF board (Automatic Main Failure) yang mana telah dirancang dari segi sistem litar kawalan.

Ia dapat dihidupkan secara Auto,Test dan Manual.

Janakuasa tunggu sedia kebiasaannya dipasang pada bangunan yang menggunakan beban yang melebihi 150Amp dan hanya satu set sahaja.

Janakuasa ini perlu didaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan kadar feenya adalah mengikut jumlah kW.

Bagi mengendali dan mengawal janakuasa tunggu sedia, pihak pengurusan perlu melantik seorang yang memegang satu perakuan kekompeten Penjaga Jentera kategori A4-1.

(Gambarajah Janakuasa)

Kebiasaan janakuasa yang menggunakan enjin diesel beroperasi dalam dua cara: a) Sebagai janakuasa tunggu sedia.b) Janakuasa yang beoperasi secara terus Bahagian Utama Janakuasa

Ciri-ciri Keperluan Janakuasa Enjin Block Air or Liquid Cooling Intake Air Mufflers Minyak Pelinciran Major brand of engine Electrical system and circuit breakers

PENENTUAN & KIRAAN SAIZ JANAKUASA

1 fasa atau 3 fasa (single phase / three phases) Bergantung pada primis tempat anda. Kita pastikan bekalan yang digunakan pada penyambungan dengan TNB.

Ampiar Genset Lihat pada panel papan suis yang sedia ada. Jika 100A, tak perlu beli Genset lebih besar. Atau kita boleh kurangkan saiz ampiar Genset (contoh kepada 60A) hanya untuk kegunaan beban penting sahaja.

Diesel atau Petrol Adalah dicadangkan lebih baik menggunakan janakuasa enjin diesel kerana jangka hayatnya lebih panjang, kos operasi adalah 30%-50% lebih murah daripada petrol dan kos penyenggaraan yang lebih rendah.

Kadar kelajuan janakuasa (rpm) Peralatan elektrik biasanya menggunakan bekalan kuasa pada ulangan tetap (fixed frequency) 50 Hz . Keluaran ulangan janakuasa bergantung kepada ketetepan kelajuan enjin dan jumlah kutub janakuasa (Number of pole). Untuk menghasilkan bekalan elektrik dengan ulangan 50 hz biasanya janakuasa beroperasi pada 1500 atau 3000 rpm. Bagi janakuasa yang beroperasi pada kadar 1500 rpm empat kutub (4 pole) adalah yang biasa digunakan pada janakuasa yang besar dan lebih mahal, ia mempunyai kecekapan dan jangka hayat enjin yang baik.Bagi janakuasa beroperasi pada kadar 3000 rpm dua kutub (2 pole) adalah janakuasa jenis kecil dan rengan sesuai untuk jenis mudah alih untuk penggunaan beban kecil.

Jenama Engine Memilih janakuasa yang tidak berjenama atau terpakai, kurang di pasaran anda mungkin sukar untuk mendapatkan keperluan alat ganti yang tulin dan perkhidmatan selepas jualan kebanyakan enjin datang dengan kotak alat ganti. Pastikan anda memilih atau membeli janakuasa ang mempunyai perkhidmatan senggaraan. Sistem Elektrikal, Perlindungan & Circuit Breaker Sistem elektrikal di dalam Genset biasanya menggunakan 12V atau 24V sahaja (sama saiz bateri). Sistem elektrikal ini hanya bertujuan untuk i. Penghidup motor dan bateri. Bagi janakuasa besar mestilah mempunyai pengecas alternator dengan solid state voltage regulatorii. Enjin diesel yang besar mesti mempunyai pre-heat switch dan suis start/stop.iii. Semua janakuasa mestilah mempunyai perlindungan enjin untuk tekanan minyak rendah (oil pressure loss) kelajuan lampau (over-speed) lebih mengengkol (over-crank) dan lampau panas (high water or operating temperature).iv. Sistem pemutus litar (circuit breaker) bagi perlindungan janakuasa.

Saiz Genset Saiz mestilah dipilih bersesuaian dengan beban yang hendak disambungkan. Jika saiz Genset terlalu besar,janakuasa akan berkabon, minyak berlebihan , melilih dan mudah kerosakan enjin.Sekiranya anda memilih janakusan dibawah saiz ia akan banyak mengeluarkan asap dan alatalat elektrik akan jadi rosak.Untuk mendapatkan saiz yang sebenar adalah dengan mengambil kira jumlah beban yang akan di tanggung oleh janakuasa. Adalah dimaklumkan bahawa janakuasa tidak digunakan secara berterusan dengan beban yang kurang dari 40% sebaiknya beban adalah dari 50% hingga 75% adalah optimum.

Contoh: Jumlah beban kecemasan dalam watt = 15 KWBeban hendaklah didarab dengan 75% oleh kerana tidak semua beban digunakan secara serentak.Jadi saiz janakuasa adalah15,000 x 75= 11,250 watt 100Atau saiz janakuasa 12,000 watt = 12 KWJanakuasa tunggu sedia yang diperlukan adalah 12 KW atau 14 KVA