jaminan bekalan - selangorkini · untuk membuat pelaburan di selangor. kita dimaklumkan, pelaburan...

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 21 - 28 Julai 2017, 27 Syawal - 4 Zulkaedah 1438 PKNS menjengah angka � HIJRAH salur modal RM� � juta Halang Persekutuan halau penduduk Jepun tambah pelaburan BERITA PENUH MUKA � 4 11 14 2 JAMINAN BEKALAN MAMPAN Usaha untuk memanfaatkan air hujan sebagai sumber bekalan air alternatif termasuk kaedah Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) perlu diteliti Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar Usaha untuk memanfaatkan air hujan sebagai sumber bekalan air alternatif termasuk kaedah Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) perlu diteliti Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar Usaha untuk memanfaatkan air hujan sebagai sumber bekalan air alternatif termasuk kaedah Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) perlu diteliti Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar

Upload: dangdien

Post on 27-Jun-2019

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 21 - 28 Julai 2017, 27 Syawal - 4 Zulkaedah 1438

PKNS menjengah angka ��

HIJRAH salur modal RM��� juta

Halang Persekutuan halau penduduk

Jepun tambah pelaburan

BERITA PENUH MUKA �

4 11 142

JAMINANBEKALAN MAMPAN

Usaha untukmemanfaatkan air hujan

sebagai sumber bekalan airalternatif termasuk kaedahSistem Penuaian Air Hujan

(SPAH) perlu ditelitiDato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Dato’ Menteri Besar

Usaha untukmemanfaatkan air hujan

sebagai sumber bekalan airalternatif termasuk kaedahSistem Penuaian Air Hujan

(SPAH) perlu ditelitiDato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Dato’ Menteri Besar

Usaha untukmemanfaatkan air hujan

sebagai sumber bekalan airalternatif termasuk kaedahSistem Penuaian Air Hujan

(SPAH) perlu ditelitiDato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Dato’ Menteri Besar

2Utama

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Hab operasi global bertapak di Selangor

Pelaburan Jepun kian rancakKLANG - MI Services Malaysia Sdn Bhd (MIS) iaitu sebuah hab operasi global kepada syarikat pengeluar alat muzik elektronik terkemuka du-nia, Roland Corporation melebar-kan sayap apabila sekali lagi memi-lih Bandar Sultan Sulaiman, Klang sebagai lokasi pengoperasian.

Difahamkan, ia membabitkan pelaburan berjumlah AS$60 bi-lion (RM257 bilion) oleh Roland Corporation.

Dibangunkan sebagai ibu peja-bat kedua syarikat pengeluar alat muzik elektronik terkemuka di luar Jepun dan beroperasi sepenuhnya, pada Januari 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Roland Group, Jun-ichi Miki berkata, kele-bihan rakyat Malaysia yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Ing-

geris dengan baik menarik minat syarikat itu mengembangkan pela-buran, di sini.

Pembangunan MIS adalah pengembangan perniagaan Ro-land Corporation susulan pembu-kaan Roland Manufacturing Malay-sia di tempat sama yang beroperasi, sejak Julai 2015.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangu-nan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata, Jepun adalah pelabur keempat terbesar negara meliputi pelbagai bidang antaranya sektor pembua-tan membabitkan 53 projek de-ngan nilai pelaburan RM1.9 bilion, tahun lalu.

Beliau berkata, pelaburan berkenaan dijangka mewujudkan

Jepun tak pilih Pekan dan Bagan DatohHULU LANGAT - Kestabilan politik dan perkembangan posi-tif ekonomi negeri mendorong pelabur asing kekal memilih Se-langor sebagai destinasi pela-buran terbaik rantau ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, Kerajaan Negeri giat men-jalinkan perbincangan bersama Jepun bagi mengukuhkan lagi hubungan perdagangan seran-tau membabitkan negara ma-tahari terbit itu.

“Hasil pentadbiran baik dan

kukuh, pelabur asing terus menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan mereka. Hal ini dibuktikan apabila Duta Besar Jepun bertemu saya dan membawa pelabur besar dari negara itu.

“Hasil pertemuan itu, kita sedang menguruskan bebera-pa perkara selepas negara itu meletakkan keyakinan tinggi untuk membuat pelaburan di Selangor. Kita dimaklumkan, pelaburan yang akan dibawa dalam tempoh terdekat ini ber-

jumlah RM1.2 bilion dan akan diletakkan di satu daerah, di negeri ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, pengumu-man daerah berkenaan akan dibuat pada tempoh tertentu selepas mengambil kira keteta-pan perbincangan rangka kerja hubungan dua hala itu dimuk-tamadkan.

“Jepun tidak pilih Pekan, Pa-hang. Mereka tidak pilih Bagan Datoh, Perak bukan juga di Jo-hor. Tetapi, Selangor menjadi

destinasi pelaburan mereka,” ka-tanya ketika berucap pada Maj-lis Aidilfitri peringkat Parlimen Hulu Langat, pada 15 Julai lalu.

Sebelum ini, Lembaga Pem-bangunan Pelaburan Malay-sia (MIDA) terus menggalak-kan hubungan perniagaan dan usahasama pelaburan dengan negara luar dan turut mende-dahkan Jepun terus kekal se-bagai sumber utama Malaysia bagi pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan, sejak 1980.

Jepun tidak pilih Pekan, Pahang. Mereka tidak pilih Bagan Datoh, Perak bukan juga di Johor. Tetapi, Selangor menjadi destinasi pelaburan merekaMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Bumbung Stadium Shah Alam siap dua mingguSHAH ALAM - Proses baik pulih bumbung Stadium Shah Alam di-laksanakan segera bagi memasti-kan ia dapat digunakan dengan selamat bagi perlawanan bola sepak Liga Malaysia termasuk temasya Sukan Sea 2017, Ogos ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari ber-kata, Kerajaan Negeri menyege-rakannya termasuk mengkaji kos bagi memastikan segala proses berjalan lancar.

Beliau berkata, perbincangan juga dijalankan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pengurusan stadium ber-hubung perkara itu.

“Isu penting dibincangkan hari ini (14 Julai) juga semalam ialah berkaitan bumbung de-ngan usia stadium ini melebihi 20 tahun, maka saya kira memang wajar ia diubah.

“Kita tidak memandang mu-dah perkara ini dan akan segera melihat jumlah kos yang dijang-

kakan sekitar RM500,000 ke RM600,000,” katanya selepas me-ninjau keadaan bumbung dan padang di Stadium Shah Alam, di sini.

Bahagian bumbung stadium itu mendapat perhatian ramai apabila terdapat objek terjatuh akibat hujan lebat ketika per-lawanan persahabatan Malaysia B-22 menentang Myanmar B-22 yang menyebabkan perlawanan dihentikan beberapa minit, pada 13 Julai lalu.

Amirudin menjelaskan, kerja bagi baik pulih bakal dijalankan segera dan dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga ming- gu untuk siap.

Bagaimanapun, katanya, ia ti-dak mengganggu perlawanan bola sepak yang diadakan di sana seperti Liga Malaysia dan Tema-sya Sukan Sea 2017 bagi acara bola sepak membabitkan pasu-kan negara.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri menyambut baik huluran tangan Kementerian Belia dan

Sukan untuk membantu menye- lenggara kerosakan, di Stadium Shah Alam.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri tidak mempunyai seba-rang masalah menjalin kerjasama pentadbiran dengan Kerajaan

Persekutuan demi manfaat rak-yat termasuk kerjasama dengan sebarang persatuan jika kena dengan caranya.

“Soalnya, semua pihak perlu hormati tugas dan peranan ma-sing-masing kerana akhirnya kita

menjawab kepada tanggungja-wab, amanah serta pengundi.

“Memang kita sentiasa ter-buka soal rundingan. Siapa yang faham, fahamlah,” katanya menerusi status terkini di laman Facebook rasminya.

Jepun sentiasa memandang kita sebagai destinasi penting untuk melabur. Disebabkan itu, setiap tahun kita adakan misi pelaburan ke sana dan berjumpa dengan syarikat yang menunjukkan minatAZMAN MAHMUDKetua Pegawai Eksekutif MIDA

kira-kira 4,390 peluang pekerjaan kepada rakyat pada masa akan datang bagi sektor itu.

Katanya, antara syarikat Jepun yang menjadi pelabur utama ne-gara adalah UMW Toyota, Rohm-Wako Electronic, Sagami Manu-facturing, Rikevita, Nippon Electric Glass, Cosmo Scientex dan Poly-plastics Asia Pacific.

“Jepun sentiasa memandang

kita sebagai destinasi penting un-tuk melabur. Disebabkan itu, setiap tahun kita adakan misi pelaburan ke sana dan berjumpa dengan syarikat yang menunjukkan minat," katanya lapor BERNAMA selepas merasmikan MIS, di sini, pada 15 Julai lalu.

Amirudin memeriksa keadaan bumbung Stadium Shah Alam bakal dibaik pulih untuk kegunaan Temasya Sukan Sea 2017, pada Ogos ini

Utama3SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Perubahan iklim ancam tekanan air

Komited rangka langkah penjimatanOLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Kerajaan Negeri komi-ted meneruskan rancangan pen-jimatan air ekoran pertumbuhan pesat ekonomi dan pertambahan bilangan penduduk, di Selangor.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pel-bagai langkah dirangka secara berterusan dengan mengambil kira Rancangan Struktur Selangor 2035 yang menjangkakan jumlah penduduk meningkat kepada sembilan juta.

Katanya, perubahan iklim dan cuaca kering akan memberi an-caman kepada tekanan air rantau ini, menjelang 14 tahun lagi.

"Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut menjangkakan du-nia akan mengalami kekurangan bekalan air sebanyak 40 peratus, menjelang 14 tahun lagi.

"Manakala pada hujung 2016, margin purata bekalan air te-rawat di Selangor berada pada paras 4.34 peratus.

"Bagaimanapun, jumlah per-mintaan yang semakin mening-kat tahun ini menyebabkan pu-rata itu menurun kepada 3.54 peratus," katanya di Majlis Pelan-caran Program Jimat Air di Pang-sapuri Pelangi Court, di sini, pada 16 Julai lalu.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin mengingatkan penduduk

supaya berjimat cermat bagi me-mastikan kelangsungan bekalan air terawat.

Katanya, hal itu kerana ketika ini kadar penggunaan air terawat di Selangor tertinggi di rantau Asean iaitu 250 liter sehari per kapita.

"Pertubuhan Kesihatan Sedu-nia (WHO) mengesyorkan peng-gunaan air terawat pada kadar 165 liter sehari per kapita.

"Kajian kita juga menunjuk-kan 30 peratus daripada bekalan terawat digunakan untuk makan dan minum sementara 70 pera-tus digunakan untuk mencuci kereta, pakaian, siraman tanaman serta kolam renang," katanya.

Pertama tubuh unit khas konservasiKLANG - Pengurusan Air Sela-ngor Berhad muncul operator air pertama di negara ini den-gan menubuhkan unit khas kon-servasi air untuk melaksanakan aktiviti berterusan dalam usaha memupuk kesedaran penggu-naan berhemah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman ber-kata, salah satu inisiatif utama unit terbabit adalah memperke-nalkan bidal air yang berfungsi mengurangkan aliran air daripa-da pili supaya pembaziran dapat dikurangkan.

"Program jimat air juga di-perkenalkan untuk meningkat-kan kesedaran dalam kalangan pengguna secara berhemah dan memupuk sikap mengelak pem-baziran.

"Hal itu supaya kesinambu-ngan air dapat dijamin untuk keperluan generasi akan datang," katanya ketika Majlis Pelancaran Program Jimat Air yang disem-purnakan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, di

Pangsapuri Pelangi Court, di sini, pada 16 Julai lalu.

Suhaimi berkata, program ji-mat air membabitkan pengguna di semua peringkat antaranya domestik, komersial, perindus-trian, institusi pendidikan, agensi kerajaan serta premis ibadat.

"Kami berharap pengguna akan terus mengamalkan kebi-jaksanaan menggunakan air de-ngan usaha ini, sekali gus dapat membantu Air Selangor me-nyumbang ke arah bekalan air mampan bagi kegunaan semua insan, pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar," katanya.

Pada masa sama, beliau ber-kata, Air Selangor akan melak-sanakan perjumpaan dengan pengguna domestik melalui bi-cara komuniti, seminar dan kem-pen.

Pengurusan Air Selangor ber-tanggungjawab ke atas rawatan dan agihan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Segera laksana tuaian air hujanKLANG - Pihak Berkuasa Tempa-tan (PBT) dan agensi lain digesa meneliti Sistem Penuaian Air Hu-jan (SPAH) untuk diterjemahkan dalam perancangan serta reka bentuk bangunan kediaman, in-dustri juga landskap.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PBT akan dapat melaksanakan lebih banyak pembangunan yang me-nepati indeks penarafan hijau seperti Green Building Indeks (GBI) melalui kaedah itu.

Katanya, pemaju turut disaran menggunakan peralatan berino-vasi untuk menjimatkan air se- perti dual-flush toilet serta kemu-dahan sensor dan pemasa untuk penggunaan air.

“Usaha untuk memanfaatkan

air hujan sebagai sumber beka-lan air alternatif termasuk kaedah SPAH perlu diteliti.

“Melalui kaedah ini, kita dapat menggalakkan penggunaan semula air hujan bukan untuk tujuan minuman seperti kegu-naan tandas, mencuci lantai, me-nyiram pokok bunga dan kerja pembersihan am,” katanya.

Mohamed Azmin turut mem-beri contoh kaedah itu dipelo-pori sendiri Kerajaan Negeri yang melaksanakan sistem SPAH bagi kegunaan tandas di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahud-din Abdul Aziz Shah.

Katanya, semua pihak juga perlu mengambil contoh dilak-sanakan Singapore’s National Water Agency (PUB) iaitu agensi

air kebangsaan Singapura yang menguruskan sistem bekalan air negara itu, tadahan dan air digu-nakan secara bersepadu.

“Dengan visi Water for All : Con-serve, Value, Enjoy', PUB berpera- nan memastikan bekalan air yang pelbagai dan mampan untuk Singapura serta melaksanakan program advokasi kepada ma-syarakat untuk memulihara air, menjaga tadahan juga menikma-ti sumber air mencukupi untuk semua.

“Ini termasuk melaksanakan program Skim Pelabelan Penji-matan Air Mandatori (Mandatory Water Efficiency Labelling Scheme, MWELS) yang menilai daya pen-jimatan air sesuatu produk,” ka-tanya.

Jamin bekalan cukupKLANG - Kerajaan Negeri mem-beri jaminan bekalan air di negeri itu terus mampan dan mencuku-pi bagi semua keperluan terma-suk industri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jaminan terbabit diberikan ke-pada sebuah syarikat gergasi dari Jepun yang bakal membawa pelaburan RM1.2 bilion.

“Dalam perbincangan ber-sama syarikat itu, mereka mahu Kerajaan Negeri memastikan bekalan air mencukupi supaya keperluan industri tidak tergang-gu.

“Sudah tentu kita memberi jaminan dan komitmen tidak ber-

belah bagi, sekali gus membukti-kan Kerajaan Negeri berkhidmat dengan jujur supaya pelabur te-rus yakin,” katanya di Majlis Pelan-caran Program Jimat Air, di Pang-sapuri Pelangi Court, di sini, pada 16 Julai lalu.

Mohamed Azmin berkata, pi-haknya akan berbincang dengan Invest Selangor dan Air Selangor bagi memastikan perkara itu di-laksanakan.

Terdahulu, Mohamed Azmin memaklumkan, Kerajaan Negeri kini giat menjalinkan perbinca-ngan bersama Jepun bagi me-ngukuhkan lagi hubungan perda-gangan serantau membabitkan negara matahari terbit itu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mendengar penerangan daripada pempamer dan turut disertai Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Zaidy Abdul Talib

4Utama

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Isu Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang 1

Halang tindakanhalau pendudukOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bersedia menghalang sebarang tindakan Kerajaan Persekutuan untuk menghalau penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 yang enggan mendaftar dengan mereka.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Persekutuan tidak berhak menghalau peng-huni selagi tiada penyerahan se-cara rasmi dari Kerajaan Negeri kepada mereka.

Katanya, Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di-pengerusikan Dato’ Menteri Be-sar pada 13 Julai lalu memutus-kan Majlis Bandaraya Petaling

Jaya (MBPJ) akan terus mengu-ruskan PPR berkenaan.

“Mesyuarat juga menetapkan Kerajaan Negeri akan tetap de-ngan tuntutan RM60 juta dari-pada Kerajaan Persekutuan un-tuk segala kos penyelenggaraan dan baik pulih sepanjang ia di-uruskan MBPJ, sejak 2001.

“Kerja sedang dilakukan Ke-rajaan Persekutuan di PPR itu juga tidak mendapat kebenaran MBPJ dan mereka perlu bertang-gungjawab ke atas sebarang ke-malangan, kecederaan atau ke-matian akibat kerja berkenaan,” katanya dalam kenyataan, pada 14 Julai lalu.

Terdahulu, penduduk menga-du Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kera-jaan Tempatan memberi tempoh

sehingga 22 Julai ini bagi penye-wa mendaftar atau unit mereka bakal diisytiharkan kosong serta disewakan kepada orang lain.

Iskandar berkata, ugutan Kerajaan Persekutuan itu tidak perlu dikhuatiri kerana Kerajaan Negeri yang berkuasa ke atas pengurusan PPR berkenaan.

“Saya ingin menegaskan ba-hawa Kerajaan Negeri mempu-nyai keupayaan untuk meng-halang sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan mengusir penduduk.

“Ugutan kementerian selari dengan amalan Kerajaan Bari-san Nasional yang mengha-lau rakyat dari tempat tinggal seperti polisi ‘Setinggan Sifar’ ketika mereka menguasai Sela-ngor,” katanya.

Tak terbabit roboh Kuil Sri MeenatchiSHAH ALAM - Kerajaan Negeri menafikan sebarang pembabitan dalam perobohan Kuil Sri Mee-natchi Sunthereswarar di Klang se- perti ditularkan dalam media so-sial.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Pri-hatin dan Pekerja Ladang, V Ga-nabatirau berkata, perobohan kuil hindu itu difahamkan sebagai tindakan penguatkuasaan oleh tuan tanah selaras Penghakiman Persetujuan bersama pengurusan kuil, bertarikh 10 September 2013.

Katanya, pengurusan kuil dalam penghakiman itu bersetu-ju membeli tanah HS(M)6131 No

PT 22301 dan HS(M) 6173 No PT 22343 Mukim Klang pada harga RM80,000 serta memindahkan kuil, dalam tempoh enam bulan.

“Kegagalan pengurusan me-mindahkan kuil mengikut Peng-hakiman Persetujuan meru-mitkan keadaan sehingga tuan tanah terpaksa mendapatkan perintah mahkamah terbaru un-tuk mengosongkan tapak kuil iaitu hak milik sendiri, pada 16 April lalu.

“Perobohan tapak kuil di-jalankan kontraktor persendirian dengan kawalan polis serta tuan tanah. Kerajaan Negeri tak ter-

babit kerana ia adalah tindakan penguatkuasaan melalui perin-tah mahkamah yang dipersetujui kedua pihak,” katanya dalam ke-nyataan, baru-baru ini.

Terdahulu, beberapa laman Facebook pro Barisan Nasional menyebarkan maklumat konon-nya Kerajaan Negeri dalang di se-balik perobohan kuil berkenaan.

“Kerajaan Selangor meroboh- kan Kuil Sri Meenatchi Sunda- reswarar, pagi ini. Dulu BN Roboh 1 kuil, semua bising. Kini Pakatan roboh kuil hari-hari, senyap saja,” berikut antara perkongsian la-man berkenaan serta gambar.

Beri pampasan munasabah setinggan Kampung SelamatHULU KELANG - Pemaju projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dinasihatkan supaya memberi nilai pampasan muna-sabah kepada peniaga gerai se-tinggan Kampung Selamat yang diberikan notis pengosongan tapak, sehingga hujung bulan ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib ber-kata, Kerajaan Negeri sudah memaklumkan kepada pemaju supaya mempertimbangkan jumlah pampasan dan beliau sendiri cuba untuk mengenal-pasti tapak baru.

“Saya mohon pampasan biar munasabah. Sebagai ADN, saya akan usahakan tapak baru. Mengikut tapak sama, mereka sudah berpindah se-banyak tiga kali dan difaham-kan sudah berniaga lebih 30 tahun,” katanya.

Ketika ditemui di Maj-lis Rumah Terbuka ADN Hulu Kelang, beliau menjelaskan, pihaknya cuba untuk berun-ding dengan peniaga, namun cubaan bertemu enam kali ga-gal, sejak 2008

Sehingga notis pengoso-ngan tapak dikeluarkan, akhir- nya wakil kumpulan peniaga yang difahamkan terdiri dari 40 orang bertemu beliau bagi mencari jalan penyelesaian.

Mengikut dasar Kerajaan Negeri, sebarang pemindahan setinggan tidak boleh dilaku-kan sebelum tapak baru dise-diakan.

Difahamkan, terdapat segelintir peniaga mahu mem-bawa perkara itu ke mahka-mah jika keputusan sesuai ga-gal dicapai.

Saari berkata, kepentingan penduduk di Pangsapuri Ri-dhuan, Ukay Perdana juga per-lu diambil kira kerana kawasan mereka terlindung selain me-miliki jalan masuk yang sempit.

Majlis rumah terbuka di perkarangan parkir kenderaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Taman Melawati itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Utama5SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Banjir kawasan pinggir bandar

Pelan tindakan jamin keselamatan penduduk

OLEH ERMIZI MUHAMAD

HULU LANGAT - Kerajaan Ne-geri giat melaksanakan pelan tindakan bagi mengelakkan ber-lakunya masalah banjir berulang khususnya di kawasan pinggir bandar.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu dilaksanakan sebagai komitmen pentadbiran negeri memastikan aspek keselamatan penduduk terjamin.

“Pelan tindakan ini dilak-sanakan menerusi kerjasama pegawai Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS) kerana saya tidak mahu banjir berulang yang akan memberi kesan kepada rakyat juga kesan ekonomi negeri.

“Jika penyelenggaraan perpa-ritan baik dan pemaju diberikan amaran keras supaya garis pan-duan ditetapkan, saya percaya masalah ini mampu ditangani se-cara bijaksana.

“Pastinya Kerajaan Negeri ti-dak akan berkompromi dengan pemaju yang menjadi punca ber-lakunya banjir kerana kita tidak mahu mereka fikir untung sahaja tetapi sebenarnya aspek kesela-matan yang perlu diutamakan,”

katanya pada Majlis Rumah Ter-buka Parlimen Hulu Langat di Da-taran Nanding Batu 13, Kampung Dusun Nanding, pada 15 Julai lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut menyampaikan ban-tuan sumbangan kepada mangsa banjir Hulu Langat yang terkesan akibat bencana itu, pada Jun lalu.

Terdahulu, beberapa ka-wasan di Hulu Langat dinaiki air membabitkan kediaman di Batu 13 hingga 19 yang turut me-ngorbankan seorang penduduk apabila lemas dihanyutkan arus deras.

MBI, �� GLC bantu mangsa banjirHULU LANGAT - Pemerbadan-an Menteri Besar (MBI) bersa-ma 30 anak syarikat Kerajaan Negeri meneruskan tradisi membantu masyarakat me-merlukan yang terkesan aki-bat bencana banjir, baru-baru ini.

Bantuan disampaikan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mo-hamed Azmin Ali pada Majlis Sambutan dan Rumah Terbu-ka Aidilfitri peringkat Parlimen Hulu Langat di Dataran Nan- ding Batu 13, Kampung Du-sun, pada 15 Julai lalu.

Majlis Penyerahan sumba-ngan itu turut dihadiri Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat; Ahli Dewan

Negeri Dusun Tua, Razaly Has-san dan Ketua Pegawai Opera-si MBI, Soffan Affendi Aminu-din.

Difahamkan, penyerahan bantuan itu dilaksanakan se-bagai tanggungjawab sosial korporat MBI dan anak syari-kat Kerajaan Negeri bagi me-mastikan masyarakat memer-lukan terus dibantu.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri konsisten me-mastikan kebajikan keluarga mangsa banjir tidak terabai dan dipantau jika berlaku sebarang musibah.

Pada sama sama, beliau turut menghargai komitmen dizahir-kan pelbagai agensi dan pucuk

pimpinan negeri bagi memasti-kan mangsa banjir dibantu.

"Pada kesempatan ini, saya ingin melahirkan rasa simpati kepada keluarga yang dilanda musibah banjir. Mohon maaf kerana ketika kejadian saya tidak dapat bersama mangsa.

"Namun, saya cukup ber-terima kasih kepada pentadbi-ran negeri dan pengurusan MBI yang segera turun membantu keluarga terjejas," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Pejabat Daerah Hulu Langat sebelum ini menyenaraikan 629 keluarga membabitkan pen-duduk di Batu 13 hingga 19 ter-kesan akibat bencana banjir itu, pada Jun lalu.

Persimpangan bertingkat Kajang � tiada tolKAJANG - Tiada tol dikenakan bagi persimpangan bertingkat menghubungkan Bandar Baru Bangi–Kajang 2–Bandar Teknolo-gi Kajang yang dibiayai sepenuh-nya tujuh pemaju, sekali gus akan membantu meringankan kos hi-dup penduduk tempatan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, projek bernilai RM62 juta itu dan RM3.2 juta lagi bagi pembinaan jambatan di Bandar Teknologi Kajang itu juga bakal menjimat masa lebih 50,000 penduduk.

“Ia satu alternatif kepada pen-duduk selain menggunakan lalu-an sedia ada melalui terowong di bawah landasan keretapi yang menyukarkan dan tidak sesuai untuk kenderaan berat,” katanya ketika merasmikan persimpa-ngan, di sini, pada 17 Julai lalu.

Beliau berkata, persimpangan bertingkat yang merentasi Ste-sen Komuter Kajang dan Jalan Reko itu turut menyambungkan Bandar Baru Bangi dengan Ter-minal Pengangkutan Bersepadu Stesen Komuter Kajang 2 yang

kini dalam pembinaan.Katanya, ia secara tidak lang-

sung menggalakkan penggu-naan pengangkutan awam bagi mengurangkan pelepasan kar-bon monoksida kerana kawasan Bandar Baru Bangi adalah pilot project untuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mewujudkan ban-dar rendah karbon.

Mohamed Azmin turut me-rakamkan ucapan terima ka-sih kepada semua pemaju yang menanggung kos pembinaan juga berharap supaya dicontohi pihak lain dan langkah menyiap-kan infrastruktur terlebih dahulu sebelum memulakan projek pe-rumahan adalah tepat.

Sebelum itu, Timbalan Penga-rah Urusan MKH Berhad, Datuk Ben Chen berkata, persimpangan bertingkat itu berukuran sejauh 4.5 kilometer.

“Terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan ke-pada MKH Berhad sebagai lead developer untuk menerajui pem-binaan persimpangan bertingkat ini,” katanya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Hulu Langat

6Utama

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Institut Darul Ehsan (IDE) menubuhkan Pusat Kajian Maqasid Al-Shari’ah dalam usaha memperkukuh dan meng-angkatnya sebagai asas peng-gubalan dasar Kerajaan Negeri.

Timbalan Pengerusinya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, usaha terbabit dilakukan sejajar titah DYMM Sul-tan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya perkara itu di-beri penekanan sewajarnya.

“Sejak penubuhannya, kita me- nganjurkan seminar antarabang-sa, lapan siri diskusi Maqasid Al-Shari’ah dan menterjemahkan bu-ku berkaitan daripada bahasa Arab serta Inggeris ke bahasa Melayu.

“IDE juga sedang mengusa-hakan penerbitan 100 istilah glo-sari Maqasid Al-Shari’ah untuk manfaat kajian dan kefahaman masyarakat awam.

“Semoga usaha ini dapat me-nimbulkan kesedaran berkenaan-nya dalam kalangan pelbagai lapisan rakyat, pembuat dasar, pen-

Kukuh asas penggubalan dasar Kerajaan Negeri

IDE tubuh Pusat KajianMaqasid Al-Shari’ahtadbir, pendidik, pemimpin ma-syarakat dan orang ramai,” katanya.

Sehingga kini, beliau berkata, IDE berjaya menerbitkan 17 judul buku daripada pelbagai bidang dalam usaha meningkatkan pro-gram penecerahan dan pencer-dasan rakyat, di samping menjelas-kan isu semasa yang menjadi perbincangan dalam masyarakat.

Selain itu, katanya, IDE turut membuat jaringan strategik ber-sama Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Sheikh Dr Ahmad Raisuni dari Kesatuan Ulama Islam Se-dunia bagi tujuan sama selain menjalin kerjasama dengan Prof Dr Jasser Auda (Maqasid Institute

London) juga Sheikh Abdul Rah-man (Rabitah Ulama Jordan).

Pada masa sama, katanya, IDE juga bekerjasama dengan Uni-versiti Selangor khususnya Insti-tut Kajian Pilihan Raya dan Pema-juan Demokrasi (IESAD) dalam membangunkan sistem senti-men analisis yang kelak mampu menganalisis data besar Big Data Analytic termasuk mengkaji sen-timen rakyat di media sosial.

“IDE turut mempunyai hubu-ngan strategik dengan badan survei seperti Lembaga Survei In-donesia, Habibie Centre Jakarta dan Rajaratnam School of Inter-national Studies, Singapura.

SHAH ALAM - Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) konsisten melaksanakan tanggungjawab korporat menerusi penajaan 2000 tiket percuma sempena penganjuran Pameran Artifak Ra-sulullah SAW.

Ketua Jabatan Tanggung-jawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali berka-ta, komitmen itu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada masyarakat Selangor merasai pengalaman melihat artifak asli peninggalan Nabi Muhammad SAW secara dekat.

“Program ini sebenarnya di-laksanakan menerusi usahasama Masjid Negeri dan Jabatan Aga-ma Islam Selangor. Namun, MBI

memainkan peranan dengan membuat penajaan tiket percu-ma sebanyak 2000 keping untuk diagihkan kepada rakyat seluruh negeri.

“Tanggungjawab sosial ini adalah salah satu cara untuk kami di MBI menzahirkan kasih sayang kita kepada rasul yang dicintai ini,” katanya kepada SelangorKini, pada 13 Julai lalu.

Pameran artifak itu diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, bermula 7 Julai lalu sehingga 9 Ogos ini.

Antara tarikan istimewa pa-meran ialah pengunjung diberi peluang melihat pedang perang asli, kelengkapan peribadi milik Rasulullah SAW, janggut dan ram-

“Selain aktiviti penyelidikan, IDE juga berhasrat membawa dapatan kajian untuk mengukuh- kan lagi proses pencerahan juga pencerdasan masyarakat melalui

produk program digerakkan se- perti Akademik Kepimpinan Muda, Akademik Politik dan Pen-didikan Demokrasi, Siri Diskusi Maqasid Shari’ah,” katanya.

���� tiket percuma pameran artifak Rasulullah SAW

Antara barangan peribadi milik Hassan

RA dan Hussain RA dipamerkan di

Pameran Artifak Asli Nabi Muhammad

SAW dan Sahabat RA

but milik baginda serta artifak se-jarah peradaban Islam terdahulu.

Pameran dibuka seawal jam 10.00 pagi dan ditutup jam 9.00 malam dengan jualan tiket dijual pada harga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Bagaimanapun, Mohd Jaafaru-din berkata, masyarakat yang ingin mendapatkan tiket percuma boleh melayari laman sosial Facebook dan Instagram @csrmbiselangor untuk sebarang terma serta syarat penyer- taan.

“Anda hanya perlu mengikuti kami di Instagram dan Facebook, ‘tag’ kawan anda kemudian ‘re-post’, sekali gus berpeluang un-tuk mendapat dua tiket percuma bagi menyaksikan pameran ini,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pada Program Meet and Greet Raqib Majid dan Ustaz Jay (MBI) sempena penyampaian tiket per-cuma itu kepada 46 peserta ber-tuah, di sini.

Sementara itu, Zuraidah Abdullah, 41, berkata beliau ti-dak menyangka terpilih untuk menerima agihan tiket percuma sempena penganjuran pameran artifak berkenaan.

“Sekadar mencuba dan tidak sangka dipilih sebagai pemenang memandangkan sebelum ini ba-nyak pertandingan di media so-sial yang saya masuk. Namun, tuah memang memihak kepada saya terutama memang berminat untuk menyaksikan pameran dan artifak sejarah lama,” katanya.

Zuraida Abdullah, 41 tersenyum bersama tiket Pameran Artifak Asli Nabi Muhammad SAW dan Sahabat RA yang dimenangi beliau menerusi pertandingan anjuran Pemer-badanan Menteri Besar Selangor (MBI)

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Seramai 116 asnaf fakir dan miskin DUN Seri Muda menerima sum-bangan wang tunai RM34,800 yang di- sumbangkan Pemerbadanan Menteri Be-sar (MBI).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkesempatan menyampaikan sumbangan itu di Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri di Padang Awam MBSA, Seksyen 27, di sini, pada 15 Julai lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Muda, Shu-

Aidilfitri DUN Seri Muda rai ��6 asnaf

Utama7SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KAJANG - Pembukaan Dewan Seri Cem-paka, Taman Saujana Impian, di sini, bakal memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk bagi penganjuran program ko-muniti setempat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, pembangunan di bawah komitmen kuasa Majlis Perban-daran Kajang (MPKj) itu dilaksanakan selepas mengambil kira keperluan kemu-dahan perbandaran itu.

“Projek ini selaras dengan pengumu-man Belanjawan Negeri 2017 supaya Pi-hak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil inisiatif membangunkan dewan komuniti yang dapat memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Pembangunan pesat seperti taman perumahan dan pusat komersial serta keperluan industri menuntut supaya de-wan seumpama ini dibangunkan untuk kemudahan rakyat menganjurkan majlis keraian.

“Tahniah diucapkan kepada MPKj se-bagai PBT pertama yang menyahut caba-ran Kerajaan Negeri untuk membangun-kan kemudahan seperti ini,” katanya pada Majlis Perasmian Dewan Seri Cempaka dan Rumah Terbuka Aidilfitri MPKj 2017, di

Dewan Seri Cempaka

Manfaat jangkapanjang warga Kajangsini, pada 18 Julai lalu.

Antara yang hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Amin Ahmad Ahya; Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib dan Ean Yong Hian Wah juga Ahli Dewan Negeri Ka-jang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Ba-kar.

Majlis perasmian menyaksikan Mohamed Azmin menandatangani plak perasmian se-bagai simbolik perasmian dewan berkenaan.

Dewan Seri Cempaka dibangunkan bagi menggantikan Dewan Bandaran MPKj apabila tapak lokasi asal dijadikan stesen MRT membabitkan peruntukan RM15 juta yang dijalankan, sejak 9 Disember 2014

Ia boleh memuatkan kira-kira 1,000 tetamu untuk penganjuran majlis kera-maian manakala 2,000 bagi program semi-nar.

haimi Shafiei berkata, golongan itu meneri-ma sumbangan RM300 setiap asnaf.

“Pada sambutan hari ini, kita juga me-nyampaikan sumbangan kepada 69 mas-jid dan surau yang terdapat di DUN Seri Muda,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, dalam sambutan rumah

terbukanya, Shuhaimi berkata, kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan itu.

Pengunjung disajikan dengan menu is-timewa Aidilfitri antaranya kambing golek, nasi beriani, ayam masak merah, sate, pel-bagai jenis mee dan aiskrim.

MERIAH… Kehadiran pimpinan Pakatan Harapan menyerikan lagi di Rumah Ter-buka Aidilfitri DUN Kajang yang diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN terbabit, pada 15 Julai lalu.

8Nasional

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Lebih ramai ambil kesempatan

Pusat transit bukan penyelesaianOLEH AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR - Walaupun pusat transit gelandangan di ibu kota diibaratkan sebagai ‘syurga’ bagi golongan itu, namun ia bu-kan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah berkenaan.

Pengasas Food For Gelanda-ngan (FFG), Mohd Azizan Zainal Abidin berkata, hal itu kerana khidmat pusat terbabit tidak sampai kepada golongan sepa-tutnya, malahan lebih ramai yang mengambil kesempatan.

Katanya, pihak berkuasa perlu mempunyai pelan kukuh untuk memastikan nasib golongan terbabit terus terbela walaupun lambakan gelandangan di nega-ra ini masih terkawal.

“Kerajaan perlu mempunyai rancangan membawa golongan ini keluar dari jalanan kerana kita mahu Kuala Lumpur dan Malay-sia secara keseluruhannya bebas gelandangan.

Beliau ditemui ketika menge-darkan kira-kira 700 bungkus makanan bersama sukarelawan FFG kepada gelandangan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Mohd Azizan berkata, ter-dapat empat golongan gelan-

Hari Keputeraan Agong dipinda � SeptemberSHAH ALAM - Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan A-gong, Sultan Muhammad V bagi tahun ini dipinda dari 29 Julai kepada Sabtu, 9 September ini.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyata-an pada 13 Julai lalu meng-umumkan pindaan itu dan ini adalah kali kedua sam-butannya dipinda.

Pada April lalu, kerajaan

mengumumkan sambu-tan itu dipinda dari Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada Sabtu minggu tera-khir Julai sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda, sehingga 2021.

Menurut kenyataan JPM pada 26 April lalu, pindaan itu mengambil kira hari Sabtu minggu pertama Jun pada 2017, 2018 dan 2019 jatuh dalam bulan Ramadan.

dangan di Kuala Lumpur iaitu mereka yang memerlukan tem-pat tinggal (tiada kudrat beker-ja), pendatang asing, able bodied homeless (mampu bekerja tetapi tiada tempat tinggal) dan indi-vidu yang mengambil kesempa-tan.

Justeru, katanya, setiap badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil menghulurkan bantuan perlu memastikan ia diedarkan kepada mereka yang layak bu-

kannya dibuat secara sembe-rono.

“Mesej ini disampaikan ke-pada pihak berkaitan terutama NGO, jangan amalkan pengeda-ran statik untuk mengelakkan membuat kesilapan ketika mem-bantu gelandangan.

“Jika mahu membantu gelan-dangan, badan ini perlu berge-rak ke seluruh tempat supaya mereka dapat lihat sendiri situasi sebenar golongan itu,” katanya.

Bahan kimia dalam plastik bahayaCANBERRA - Bahan kimia ber-bahaya dikenali ftalat (phthalate) yang terdapat dalam plastik se- perti botol minuman mampu me-nyumbang risiko penyakit kronik terhadap kaum lelaki, lapor agen-si berita China Xinhua.

Kajian terhadap 1,500 lelaki oleh Saintis Universiti Adelaide dan Institut Penyelidikan Ke-sihatan dan Perubatan Australia Selatan mendapati bahan kimia itu mempunyai kaitan dengan penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi serta diabetes je-nis-2.

Profesor Madya Universiti A-delaide, Zumin Shi dalam satu ke-nyataan berkata, ujian mendapa-ti ftalat dikesan dalam sampel air kencing hampir setiap (99.6 peratus) daripada mereka yang berumur 35 tahun ke atas kerana tabiat memakan makanan yang dibungkus dalam plastik.

“Kajian juga mendapati tiga je-nis penyakit berkenaan lazimnya meningkat dalam kalangan lelaki yang mempunyai paras ftalat le-bih tinggi.

“Kami masih tidak mema-hami punca sebenar mengapa ftalat dikaitkan dengan penya-kit berkenaan walaupun kita mengetahui kesan kimia ke atas sistem endokrin manusia yang mengawal pertumbuhan pem-

bebasan hormon, metabolisme serta perkembangan dan fungsi seksual,” katanya dipetik dari BER-NAMA.

Beliau berkata, adalah sesuatu yang tipikal bahawa tahap ftalat orang di barat lebih tinggi kerana banyak makanan kini dibungkus dalam plastik.

Sebelum ini, katanya, kajian terdahulu mendapati mereka yang minum minuman ringan dan makan makanan dalam bungkusan, maka air kencingnya mempunyai kadar ftalat lebih tinggi berbanding yang menga-malkan pemakanan sihat.

“Sementara itu, 82 peratus lela-ki yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes apabila diu-ji, maka didapati hubungan anta-ra tahap ftalat dan penyakit tidak mempunyai perubahan banyak.

“Kajian turut mendapati fak-tor sosioekonomi dan gaya hi-dup seperti merokok dan minum alkohol apabila dikaitkan dengan tahap ftalat serta penyakit juga tidak menunjukkan sebarang pe-rubahan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ba-nyak lagi kajian lanjut diperlukan, namun mengurangkan pendeda-han ftalat terhadap alam sekitar disusuli amalan gaya hidup lebih sihat dapat membantu mengu-rangkan risiko penyakit kronik.

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menggunakan perkhid- matan Transit Aliran Massa (MRT) laluan kedua antara Ka-jang dan Sungai Buloh, bermula 17 Julai lalu.

Jajaran keseluruhan lalu-an Sungai Buloh-Kajang (SBK) membabitkan 51 kilometer merentasi 31 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah de-

ngan integrasi laluan LRT di Pasar Seni, Maluri dan Merdeka yang berintegrasi dengan ste-sen LRT Plaza Rakyat.

Jajaran itu turut mempunyai kemudahan sambungan de-ngan rangkaian LRT, monorel, KTM Komuter dan ERL di ste-sen Muzium Negara yang di-hubungkan dengan stesen KL Sentral.

Perkhidmatan MRT dijang- ka dapat mengurangkan ke-sesakan trafik dengan sasaran penurunan 160,000 kenderaan memasuki ibu kota, setiap hari.

Ia sejajar dengan sasaran un-tuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus seperti yang ditetap-kan kerajaan, menjelang 2030, lapor Astro Awani.

Operasi MRT Sungai Buloh-Kajang mulai �� Julai

9SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

Nasional

1.

2.

3.

Jangan teruskan cadangan penyusunan semula

SPR perlu hormati mahkamahOLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menghormati keputusan mahkamah dan tidak meneruskan cada-ngan penyusunan semula seperti yang ingin dilakukan.

Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pi-lihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 berkata, gesaan itu disuarakan berpan-dukan rujukan laporan berita BERNAMA, pada 7 Julai lalu.

Katanya, laporan bertajuk “SPR Terus Siasat Persempadanan Semula Selangor” itu diperbetulkan kepada “SPR Teruskan Siasatan Persempadanan Semula Se-menanjung Kecuali Selangor, Melaka”.

Tambahnya, laporan berita oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang dipetik menyatakan baha-wa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak membenarkan permohonan Kerajaan Se-langor untuk membuat injunksi SPR dari-pada menjalankan pertanyaan pusingan kedua kecuali Selangor dan Melaka.

Berhubung perkara itu, pihaknya menjelaskan ada kekeliruan dalam lapo-ran disiarkan kerana terdapat perintah tetap terhadap siasatan tempatan per-tama bagi Selangor diberikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Disember tahun lalu yang menbawa maksud proses penyusu-nan semula di negeri itu dihentikan se-hingga proses pemeriksaan kehakiman selesai.

“Keputusan dibuat mahkamah pada 5 Julai lalu adalah pengekangan selanjut-nya terhadap SPR sebagai reaksi terhadap keputusan mereka yang tidak pernah ber-laku sebelum ini untuk menyiarkan notis peralihan semula kedua tidak termasuk Selangor.

“Perintah itu tidak membenarkan SPR menyelesaikan proses penyusunan semu-la tanpa Selangor. Bagaimanapun, hakim

menegaskan bahawa tidak membuat se-barang keputusan berhubung perlem-bagaan pengecualian Selangor dalam no-tis kedua kerana pemohon berpuas hati dengan injunksi itu.

“Sebagai tambahan kepada Selangor, terdapat satu lagi perintah tetap diberi-kan Mahkamah Tinggi Melaka, pada Mei lalu terhadap siasatan tempatan kedua untuk Melaka yang bermakna SPR tidak boleh menyelesaikan penyusunan semula sehingga kajian kehakiman ke atasnya se-lesai dilakukan,” katanya dalam kenyataan media.

Jawatankuasa itu berkata, tindakan SPR mahu menerbitkan notis kedua de-ngan pengecualian Selangor amat mem-bimbangkan kerana ia tidak menghirau-kan perintah tetap pada kes Selangor dan membuktikan suruhanjaya itu bersung-guh dalam menolak peralihan semula wa-laupun masalah perlembagaan ditimbul-kan dalam kes itu.

Sehubungam itu, BERSIH 2.0 dan rakyat tidak mempunyai pilihan selain bertindak balas dengan mengambil lebih banyak tindakan mahkamah terhadap SPR.

“Di samping kes Selangor dan Melaka, terdapat lima lagi kes tertangguh berkai-tan penyusunan semula membabitkan Perak, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kelantan.

“SPR tidak sepatutnya meneruskan dengan notis dan pertanyaan kedua kera-na isu perlembagaan yang serius dibang-kitkan sebaliknya harus menunggu penye- lesaiannya.

“BERSIH 2.0 tidak menentang proses penyusunan semula, namun ia mesti di-lakukan dengan adil dan betul mengikut prinsip undang-undang juga Perlem-bagaan Persekutuan, namun sebaliknya SPR memecat prinsip ini serta mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebe-lumnya,” katanya.

10Fokus

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Penduduk Puncak Alam disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan sebarang aktiviti tidak sihat sekitar kawasan rekreasi dan kolam taku-ngan Puncak Alam.

Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, ia bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil segera pihak berkenaan seterusnya memben-dung kegiatan negatif seperti van-dalisme.

Katanya, MDKS sedia bertindak dan bekerjasama walaupun ke-mudahan rekreasi masih di bawah tanggungjawab pemaju.

"Berdasarkan semakan MDKS, kawasan pintu masuk utama di Persimpangan Jalan Puncak Alam 1 serta Persiaran Puncak Bestari Utama 1, Puncak Alam masih di bawah tanggungjawab pemaju ekoran terdapat kerja pemajuan

MDKS sedia kerjasama

Bendung vandalisme Puncak Alam

di kawasan berkenaan yang masih belum selesai sepenuhnya.

"Melalui pemakluman pemaju, pihak syarikat akan mengemuka-kan cadangan menaik taraf semula kawasan itu kerana kemudahan sedia ada di tapak ini perlu dibaik pulih bagi kemudahan penduduk setempat," katanya kepada Sela-ngor Kini.

Mohd Azhar berkata, kolam takungan Puncak Alam serta Pun-cak Bestari terbabit dengan kerja pengorekan juga pendalaman oleh Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS). "Difahamkan, kerja berkenaan

dilakukan bagi mengatasi masalah banjir di Lorong Lautan Samudera, Puncak Alam," katanya.

Sementara itu, pemaju World-wide Holdings Berhad berkata, pi-haknya sedang menyelenggara ka-wasan berkenaan secara berkala.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menerusi agensinya sudah me-ngambil langkah sewajarnya ber-hubung isu apungan sampah di dalam Kolam Takungan Puncak Alam, kata Zaidy Abdul Talib.

Exco Insfrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Permodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani itu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mula melaksanakan kerja pembersihan pada 13 Ju-lai lalu sejurus menerima aduan awam.

Katanya, JPS juga akan mula melakukan kerja pembersihan se-cara berkala bagi mengelak ma-salah sama berulang.

"Majlis Daerah Kuala Selangor turut mengambil langkah mema-sang perangkap sampah di kolam takungan itu.

"Bagaimanapun, arus memba-wa sampah dan memenuhi kolam takungan apabila hujan lebat," ka-tanya kepada Selangor Kini.

Zaidy berkata, kerja pembersi-han kali ini membabitkan kos di

bawah RM20,000 manakala kerja pembersihan secara berkala di-jangka membabitkan kos sekitar RM15,000.

Katanya, ia turut membabitkan kerja membersihkan sampah di dalam kolam takungan berkenaan selain memotong rumput di seki-tarnya.

"Kerajaan Negeri menganjurkan penduduk untuk bersama men-jaga kebersihan dan tidak mem-buang sampah merata seterusnya memenuhi kolam takungan itu.

"Jika sikap ini tidak berubah, kita bimbang masalah tetap berulang dan menuntut kos agak tinggi un-tuk kerja pembersihan," katanya.

Sebelum ini, kolam takungan berkenaan berada di bawah tang-gungjawab MDKS sebelum di- serahkan kepada JPS, awal tahun ini.

Sejurus mengambil alih, JPS su-dah melakukan kerja mendalam-kan kolam takungan bagi me-ngurangkan risiko banjir di Puncak Alam.

JPS laksana pembersihan berkala

Tak mahu kawasan rekreasi terabaiSHAH ALAM - Penduduk Pun-cak Alam mahu tasik dan taman rekreasi di bandar itu tidak dia-baikan sehingga mengundang keadaan tidak selesa.

Pengerusi Persatuan Pen-duduk Puncak Alam, Mohd Hanif Md Sultan berkata, tasik berke-naan disediakan pemaju kira-ki-ra lima tahun lalu dan berfungsi sebagai kolam tadahan.

Katanya, bagaimanapun ia kini dipenuhi sampah sarap se-lain fasiliti dan kemudahan lain tidak diselenggara dengan baik.

"Sekarang, kita dapat lihat

sendiri semua berada dalam keadaan tidak memuaskan se-hingga penduduk sukar untuk melakukan aktiviti riadah.

"Bukan sekadar sampah sarap, kawasan ini juga menjadi lokasi pilihan mereka yang ti-dak bertanggungjawab melaku-kan aktiviti seperti membuang bekas minuman keras," katanya menerusi temubual segmen A-duan Rakyat, TV Selangor.

Mohd Hanif berkata, Kerajaan Negeri diharap dapat memba-ngunkan semula satu-satunya kawasan rekreasi di kawasan itu.

"Kita bukan sahaja mahu ia dibangunkan semula, tetapi pa-ling penting kerja penyelengga-raan turut diberi perhatian dan dilakukan secara berkala.

"Jika kawasan ini terjaga, kita pasti boleh jalankan pelbagai program komuniti," katanya.

Pada 12 Julai lalu, Dato' Men-teri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menerusi Twitter ber-kata, Jabatan Pengairan dan Saliran akan memulakan kerja pembersihan sampah dalam kolam tadahan di kawasan berkenaan.

Melalui pemakluman pemaju, pihak syarikat akan mengemukakan cadangan menaik taraf semula kawasan itu kerana kemudahan sedia ada di tapak ini perlu dibaik pulih bagi kemudahan penduduk setempat

MOHD AZHAR MOHAMED ALIYang Dipertua MDKL

Pengguna terpaksa memakai topeng muka ketika beriadah bagi mengelakkan bau busuk sampah akibat pencemaran Tasik Puncak Bestari

11SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

Ekonomi MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Pelbagai kejayaan diraih Program Mikrokredit Hijrah Selangor (HIJ- RAH) sehingga suku tahun kedua pelaksa-naan skim itu dan perkembangan terbabit memperlihatkan landasan terbaik bagi melebarkan pendapatan kelas menengah.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Se-langor, Datuk Dr Mansor Othman berkata, pihaknya memperuntukkan bantuan per-mulaan modal niaga RM232 juta kepada 38,000 peserta bagi tempoh berkenaan.

Beliau berkata, jumlah itu hampir men-capai sasaran awal 56,000 peserta, bagi tempoh berakhir hujung 2017.

“Skim pinjaman mikrokredit ini berjaya dilaksanakan bagi memenuhi visi Kerajaan Negeri di bawah dasar pembaharuan Dato’ Menteri Besar.

“Pelaksanaan skim ini juga dilihat beru-paya membantu Kerajaan Negeri dalam menangani isu kemiskinan,” katanya kepa-da SelangorKini pada Program Rumah Ter-buka Aidilfitri Hijrah Selangor di Bangunan

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada 12 Julai lalu.

Pada masa sama, Dr Mansor berkata, yayasan itu giat menjalankan pemantau-an secara dekat bagi mengatasi isu kega-galan pembayaran semula skim pinjaman permodalan perniagaan itu.

“Untuk tahun ini, kita mengalami se-dikit penurunan sekitar 80 peratus sahaja jumlah pembayaran balik khususnya di kawasan bandar seperti Ampang dan Pan-dan Indah.

“Kita kerap turun padang dan menga-dakan perbincangan secara dekat bersama pejabat zon seluruh negeri bagi mengatasi masalah ini. Kita harap pemantauan se-cara dekat, di samping kajian menyeluruh ini dapat mengenalpasti sebarang kaedah dan punca bagi mengatasinya,” katanya.

Program di bawah Inisiatif Peduli Rak-yat (IPR) itu adalah Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) yang memberi tumpuan bagi meningkatkan pendapatan ekonomi golongan pertenga-han.

Penuhi permintaan, bantu kembang IKS

KUALA LUMPUR - Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPI) meningkat 4.6 peratus pada Mei lalu berbanding bu-lan sama 2016 ekoran disokong pertum-buhan kukuh dalam sektor pembuatan dan elektrik.

Indeks pembuatan dan elektrik ma-sing-masing menokok 7.3 peratus dan 2.5 peratus dalam bulan dikaji, demikian menurut Jabatan Statistik dalam satu ke-nyataan, pada 12 Julai lalu.

Pada asas bulan ke bulan, pengelua- ran sektor pembuatan terus mencatat pertumbuhan ketara pada bulan sama selepas berkembang 6.7 peratus (April) dengan peningkatan dicatatkan dalam

sektor kecil utama khususnya produk elektrikal juga elektronik (11.6 peratus) manakala makanan, minuman dan tem-bakau (12.9 peratus) serta produk petro-leum, kimia, getah dan plastik (3.1 pera-tus).

Pengeluaran sektor perlombongan su-sut 2.3 peratus menyusuli penguncupan 2.0 peratus pada April lalu disebabkan indeks minyak mentah yang lebih ren-dah pada 5.4 peratus walaupun indeks gas asli menokok 1.5 peratus, lapor BER-NAMA.

Sementara itu, sektor elektrik mengu-kuh 2.5 peratus pada Mei lalu selepas su-sut 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya.

IPI meningkat �.�% pada Mei

Suku tahun kedua pelaksanaan HIJRAH

��,��� terima manfaat

KUALA SELANGOR - Selangor Fruits Valley (SFV) mempunyai peluang luas untuk me-neroka usaha mewujudkan industri mengetin buah-buahan tempatan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha itu bagi memenuhi permintaan pasaran, mempelbagaikan peng-gunaan dan mengatasi lambakan buah-buah-an tempatan.

Katanya, industri itu sudah dilaksanakan negara jiran, Thailand yang mempunyai kadar produktiviti pertanian tinggi.

“Statistik menunjukkan negara mempu-nyai kebergantungan yang tinggi kepada import produk makanan diproses termasuk dalam tin.

“SFV juga perlu berperanan membantu perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan menyuntik nilai tambah meneru-si industri pemprosesan makanan seperti pembungkusan serta mengetin,” katanya.

Pada 2015, Malaysia mencatatkan jumlah eksport pemprosesan makanan negara ber-

jumlah RM18 bilion manakala import RM17.8 bilion.

Nilai import antara lain merangkumi produk tenusu RM3.5 bilion, gula dan kon-fektionari gula (RM3.4 bilion), sayur-sayuran dan buah-buahan (RM1.8 bilion) serta koko (RM1.5 bilion).

Pada masa sama, Mohamed Azmin ber-harap, SFV dapat mendukung program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS) de-ngan memberikan khidmat nasihat dan lati-han serta meneroka penggunaan teknologi khususnya dalam aspek pembungkusan juga pemasaran.

“SFV juga harus menerajui hasil tana-man organik serta meneroka potensi pa-saran, selaras trend masyarakat yang se-makin menyedari pentingnya penjagaan kesihatan.

“Jalinan kerjasama erat dengan Jabatan Pertanian dan MARDI perlu juga diberi perhatian SFV untuk merangkul peluang pasaran,” katanya.

Album Album13SelangorKini 21 - 28 Julai 201712 SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

ADN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong turun padang menyantuni penduduk dan mengam-bil maklum permasalahan setempat

ADN Sabak, Sallehen Mukhyi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas memerlukan di DUN beliau

ADN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad

Dahalan menyampaikan

bekalan buku UPSR dan wang

saku bulanan kepada anak

murid angkat DUN beliau ADN Sijangkang, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi turun padang menyampaikan sumbangan kepada Surau Taman Perwira di

kawasan beliau

ADN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar turun padang menyampaikan sumbangan untuk disalurkan kepada Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

ADN Daman-sara Utama, Yeo Bee Yin menyampaikan peruntukan bagi kempen keselamatan kejiranan kepada wakil penduduk di kawasan beliau

ADN Morib, Hasnul Baharddin turun padang berjum-pa penduduk berhubung masalah banjir lumpur di Pekan Permatang Pasir

ADN Balakong, Ng Tien Chee turun padang memeriksa dan meneliti kerja-kerja penambahbaikan aliran trafik di kawasan Aeon Cheras Selatan

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa menyantuni dan menyampaikan sumbangan di Sambutan Hari Ibu Bapa diadakan di kawasan beliau

14Rencana

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SYASYA SUFFIAN

Memetik buku Per-badanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 20 tahun

(1964-1984), “Jika PKNS itu se-bagai seorang insan, umur 20 tahun ialah had umur yang men-jangkau dewasa selepas melalui ranjau-ranjau hidup yang penuh pengalaman suka duka. Sesung-guhnya sejarah hidup PKNS bu-kanlah satu cerita yang penuh melodramatik.

“Hasil yang dapat dilihat pada hari ini adalah adunan daripada pelbagai cubaan, usaha, inisiatif serta daya kreatif pengurusan dan kakitangannya sehingga membawa kepada perkemba-ngan yang boleh dibanggakan sebagai penggerak kemajuan ekonomi dan sosial, di Selangor.”

PKNS ditubuhkan di bawah Enakmen No.4, 1964 dan memu-lakan tugasnya pada 1 Ogos ta-hun sama selepas Petaling Jaya Development Corporation (PJDC) yang tugasnya memajukan dan membangunkan bandar Petaling Jaya dimansuhkan.

Seterusnya, PKNS mengambil alih sebahagian daripada kaki-tangan dan semua kegiatan yang dijalankan PJDC serta meluaskan lagi kegiatan itu ke seluruh Sela-ngor.

Terdahulu, pembangunan Pe-taling Jaya bermula lebih awal ia-itu pada 1952 apabila satu badan yang dinamakan Lembaga Peta-ling Jaya ditubuhkan untuk me-majukan sebuah bandar satelit berhampiran Kuala Lumpur.

Pada 1958, Lembaga Petaling Jaya dimansuhkan untuk diwu-judkan pula Lembaga Kemajuan Petaling Jaya sebelum seterus-nya ditukarkan kepada Perbada-

PKNS dari ‘Zero’ ke Hero’

�� tahun majukan Selangor

nan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sebilangan besar pegawai dan kakitangan profesional dan bukan profesional dari Lembaga Kemajuan Petaling Jaya dipin-dahkan ke PKNS, maka dengan itu pengalaman pegawai dan kakitangan dalam memajukan Petaling Jaya iaitu bandar satelit pertama di Malaysia dibawa ber-sama.

PKNS penyumbang kemajuan ekonomi

Sebagai sebuah Perbandaran Kemajuan Ekonomi Negeri yang tertua, PKNS ditugaskan untuk memajukan Selangor membabit-kan usaha pembangunan sektor awam.

Kemajuan ekonomi dalam bi-dang lain seperti perusahaan dan perdagangan juga menjadi ke-giatan utama PKNS.

Dalam melaksanakan tugas itu, PKNS menyurapkan dasar kerajaan terutama Dasar Ekono-mi Baru ke dalam kegiatannya, khususnya selepas tahun 1970 bila dasar itu dipecahkan kepada lima bahagian iaitu perumahan, memajukan bandar baru, me-majukan kawasan perusahaan, pemulihan kawasan setinggan dan pembinaan kompleks.

Polisi PKNS berkenaan pe-rumahan ialah melaksanakan pembangunan sektor peruma-han bertujuan menyediakan se-buah rumah bagi setiap satu ke-luarga.

Pelaksanaan polisi ini dijalan-

Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Dato Keramat.

Sehingga kini, aktiviti peruma-han masih terus berkembang dan membesar kerana ia men-datangkan pendapatan terbesar, setiap tahun.

Selain perumahan, PKNS tu-rut bergiat aktif dalam memaju-kan bandar baru, memulihkan kawasan setinggan, memajukan perusahaan dengan meningkat-kan taraf hidup serta membina

Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris melawat ke kawasan perumahan murah sekitar Kuala Lumpur bersama Pengurus Besar PKNS, Tahir Abdul Rahim

Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris melawat tiga buah kawasan pe-rumahan murah di sekitar bandar Kuala Lumpur. Gambar menunjukkan Harun (bertopi) sedang bercakap dengan Setiausaha Kerajaan Selangor, Shamsuddin Taacob (bertali leher) berkenaan rancangan itu di tapak rumah rumah di Kampung Baru.

an dengan besungguh mulai dari awalnya PKNS ditubuhkan hing-ga ke masa ini.

Desakan penduduk yang ber-tambah menyebabkan PKNS ter-us memberi keutamaan menye-diakan kemudahan perumahan kepada orang ramai.

PKNS juga lebih dikenali se-bagai pemaju perumahan kerana dalam 1960, PKNS mempelopori pembangunan semula kawasan perumahan orang Melayu di

KEGIATAN-KEGIATAN PKNS

Pembinaan bangunan-bangunan dan rumah-rumah

Pembangunan bandar-bandar baru

Pembangunan kawasan-kawasan perusahaan

Kegiatan-kegiatan perniagaan

Kuasa-kuasa Tempatan

15SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

kompleks, di seluruh Selangor.Berdasarkan pengalaman lalu,

PKNS terus mengatur rancan-gan dengan sedaya upaya wa-laupun menghadapi pelbagai masalah sepanjang 53 tahun, namun tetap menjawab dengan sokongan kuat daripada Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat, penguasa tempatan dan pelbagai pihak.

PKNS raih pendapatan RM84.1 juta

suku tahun 2017

PKNS berjaya meraih pendapa-tan RM84.1 juta bagi suku tahun 2017, kata Ketua Pegawai Ekse-kutifnya, Noraida Mohd Yusof.

Beliau berkata, perolehan itu didorong hasil penjualan dan permintaan kadar pasaran harga rumah mampu milik yang giat dibangunkan, di seluruh negeri.

Katanya, perkembangan itu diyakini mampu meletakkan sasaran untuk menyiapkan 19 projek serta Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Jumlah itu sememangnya agak jauh daripada sasaran tetapi kita mampu menampung baki sasaran menerusi penjualan projek baru.

“Kita letakkan sasaran tinggi kepada penjualan rumah mam-pu milik berharga RM250,000 ke bawah memandangkan keadaan ekonomi kurang memberang-

sangkan ketika ini.“Ini bermakna, kita siapkan

projek dan boleh serahkan terus kepada pembeli dengan adanya CCC,” katanya kepada Selangor-Kini, baru-baru ini.

Terdahulu, PKNS meletakkan sasaran pendapatan RM800 juta bagi tempoh berakhir tahun ini selepas mengambil kira kepesa-tan pembangunan Rumah Se-langorku dan hartanah lain.

Peningkatan sasaran itu juga dikaitkan dengan pertambahan jumlah projek hartanah seluruh negeri yang diyakini mampu melonjakkan lagi prestasi per-badanan itu.

Sebelum ini, PKNS dilihat mampu berdiri sebagai satu je-nama pilihan dalam kalangan pembeli hartanah.

Tingkat projekrumah mampu milik agenda utama PKNS

Pembinaan rumah mampu mi-lik terus menjadi agenda utama PKNS dengan meletakkan sasa-ran untuk membina 13,484 unit, menjelang tahun 2020.

Noraida berkata, ia mampu di-capai ekoran pertambahan jum-lah pembangunan 1,157 unit har-tanah menerusi 12 projek baru, tahun ini.

“PKNS akan melaksanakan per-

ancangan pembangunan yang lebih sistematik melalui peman-tauan secara hands on dan pene-tapan indeks prestasi utama (KPI) yang akan dipantau secara berkala.

PENCAPAIAN PKNS

lAsia Pasific Property Awards Development (2013-2014) Best Office Development Malaysia, Laman PKNS, Shah Alam

lGreen Building Index (2014) Platinum Award

lAnugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Ke- rajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2013 Pengurusan Pelanggan Terbaik

lGlobal Leadership Awards 2013 Masterclass Leadership in Macroecomonic Strategy

lAnugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2012

lThe BrandLaureate - SMEs Best Brands (Corporate Branding) - 2011

lAnugerah Kota Mampan (2010)

lThe BrandLaureate Master Awards (2010)

lDianugerahkan ‘2009 International Business Review Award for Excellence in Government Delivery Service’ (Pembangunan Hartanah dan Infrastruktur)

lDianugerahkan ‘State Economic Development Agency of the Year 2009’ oleh SMI dan SME Worldwide Network

“Untuk itu, kita optimis un-tuk meningkatkan lagi jumlah pembinaan projek rumah mam-pu milik sebagai agenda utama menerusi komitmen bersama di

peringkat Kerajaan Negeri.“Kita berjaya membina le-

bih 1,500 unit rumah mampu milik setakat ini. Malah, de- ngan sokongan Kerajaan Negeri kita berusaha sebaiknya untuk mencapai hasrat yang ditetap-kan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, PKNS giat melaksanakan pro-jek pembangunan hartanah sepanjang tahun ini membabit-kan sembilan lokasi iaitu Kota Damansara, Rasa, Kota Puteri, Bernam Jaya, Antara Gapi, Sela-yang, Shah Alam, Kuala Sela-ngor dan Selangor Cyber Valley.

Noraida berkata, pertamba-han jumlah projek itu dilihat mampu memberikan pulangan peningkatan pendapatan 20 peratus berbanding tahun se-belumnya.

Kita berjayamembina lebih 1,500 unit rumah mampu miliksetakat ini. Malah, dengan sokongan Kerajaan Negeri kita berusaha sebaiknya untuk mencapai hasrat yang ditetapkan

NORAIDA MOHD

YUSOFKetua

Pegawai Eksekutif

TAHUN 1952Lembaga Petaling Jaya ditubuhkan bagi menjalankan fungsi pihak berkuasa tempatan di bandar satelit, Petaling Jaya.

TAHUN 1958Lembaga Petaling Jaya diperbadankan sebagai Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya yang juga diberi kuasa sebagai pemaju.

JANUARI 1964Lembaga Kemajuan Petaling Jaya dibubarkan. Bagi meneruskan tu-gas pihak berkuasa tempatan, Lembaga Bandaran Petaling Jaya ditubuhkan.

1 OGOS 1964Perbadanan Kemajuan Negeri Se-langor ditubuhkan di bawah enak-men Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964 (No.4, 1964) Negeri Selangor dengan kuasa-kuasa ter-maktub.

SEJARAH PENUBUHAN

Pemangku Menteri Besar, Shoib Ahmad menghabiskan masa melawat kawasan PKNS telah dibina di Kuala Lumpur, Sungai Renggam dan kawasan perusahaan Batu Tiga

Bangunan Ibu Pejabat PKNS yang lama di Jalan Sultan, Petaling Jaya dibina pada tahun 1962

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Oleh AKIF JEBAT

Di sini satu-satunya tem-pat yang tiada tuhan dan tiada setan. Syurga dan neraka tidak laku

diperdagangkan waima semurah maruah pelacur. Aku berdiri ber-seorangan menghadap kekoso-ngan ruang yang melangit di ha-dapanku. Seperti di gurun padang pasir yang tiada tumbuhan sudi menghadirkan diri. Masa di sini tidak mengikut waktu bumi. Ada kalanya lebih lama dari 24 jam dan ada kalanya kurang dari satu saat.

Di sini aku berpeluang mem-buat apa sahaja yang aku suka. Tia- da siapa yang mampu menyuruh dan melarang aku untuk melaku-kan apa sahaja yang aku suka. Bo-leh saja aku merogol siapa sahaja yang aku mahu walaupun kaum sejenis denganku. Malah, kepada ibuku sendiri juga mampu kulaku-kannya. Namun, itu tidak mung-kin terjadi. Tanpa tuhan dan setan pun aku mampu melarang diriku daripada melakukan perkara ter-kutuk itu. Aku masih berfikir apa-kah perkara yang mahu aku laku-kan selama ini tanpa tuhan dan setan melibatkan diri.

Tiba-tiba ada seorang wanita mampir ke arah diriku. Berpurdah litup namun matanya persona memugar keterujaanku.

“Abang, sudah lama Hawa menanti abang, ke manakah abang menghilang? Marilah ikut Hawa pulang ke rumah.”

“Siapa kamu?”“Astaghfirullahalzim, inikan

Hawa, isterimu yang sah di dunia dan akhirat.”

“Tapi di sini bukanlah dunia mahupun akhirat. Jadi, kamu bukanlah isteriku. Dan kalau di dunia sekalipun kamu menjadi isteriku yang sah, belum tentu di akhirat nanti kamu ialah isteriku yang sah.”

“Sampai hati abang berkata begitu. Bukankah kita sudah ber-janji untuk sehidup semati hing-ga ke syurga.”

“Kamu barang kali dipinjam-kan oleh tuhan untukku bergurau senda denganmu di dunia. Tapi di akhirat aku belum pasti lagi. Ke-rana di sana telah disediakan bi-dadari yang lebih cantik daripada

dirimu sebagai manusia. Dan aku juga berpeluang melunaskan im-pianku untuk bersenggama de- ngan wanita-wanita yang aku ga-gal menikahinya di bumi. Cukup- lah di dunia kita saling dipinjam-kan antara satu sama lain. Sudah, berambuslah kamu dari sini!”

“Tidak! Hawa akan setia bersa-ma Abang sampai hujung nyawa Hawa.”

Wanita berpurdah ini melutut di depanku. Aku tidak hiraukan-nya. Namun, tingkahnya melahir-kan kerimasan kepadaku. Lantas kakiku mencium wajahnya lalu ter-lentanglah wanita berpurdah itu ti-dak bermaya. Aku keluarkan pisau yang terselit di pinggangku. Perla-han-lahan kulapah tubuh wanita berpurdah itu. Kepalanya dipeng-galkan. Matanya dikorek lalu aku kunyah perlahan-lahan. Kenyal tapi berlemak. Kulitnya disiat-siat dan perutnya ditikam lumat.

Tubuhnya terbit segala darah.Tubuhku hadir seriat darah.Aku terus berjalan meninggal-

kan wanita itu tanpa mempedu-likannya lagi. Langkahku masih tiada arah tuju. Berjalan dan terus berjalan meneliti apa yang ada di tempat yang tiada tuhan dan setan ini. Pada sudut jauh di ha-dapan sana, berdiri enam orang memanggilku dari jauh seakan-akan menyuruhku merapati me-

reka. Kepala mereka tidak seperti kepala manusia biasa. Tiada mata untuk mereka melihat. Tiada hi-dung untuk mereka menghidu. Tiada telinga untuk mereka men-dengar. Yang ada hanya sebuah buku segi empat yang terletak elok di atas tubuh menjadi kepala mereka. Satu persamaan kepala mereka dengan kepala manusia biasa ialah mereka mempunyai mulut dan lidah untuk berkata-kata. Aku merapati mereka. Tan-pa sempat aku berkata apa-apa mereka memperkenalkan diri. Bermula dari kiri, seorang demi seorang bersuara.

“Namaku I-Ching.”“Namaku Tipitaka.”“Namaku Veda.”“Namaku Talmud.”“Namaku Bible.”“Namaku Quran.”Aku pernah mendengar nama-

nama manusia berkepala buku ini di dunia. Dan aku tahu salah satu daripada mereka sudah menjadi sahabatku di dunia dan mungkin juga di akhirat nanti. Di dunia, tu-hanku juga telah mendoktrinkan diriku untuk mencintai salah satu daripada mereka. Atau mung-kin juga setiap manusia di dunia telah didoktrinkan oleh tuhan masing-masing untuk mencintai salah seorang daripada mereka.

“Cintailah aku.” Kata I-Ching.“Cintailah aku.” Kata Tipitaka.“Cintailah aku.” Kata Veda.“Cintailah aku.” Kata Talmud“Cintailah aku.” Kata Bible.“Cintailah aku.” Kata Quran.Di tempat ini, tuhan dan se-

tan tidak terlibat untuk men-doktrinkan aku agar mencintai salah seorang daripada mereka berenam. Tanpa doktrin tuhan, aku perlu memilih salah seorang daripada mereka untuk aku cin-tai. Boleh saja aku memilih salah seorang daripada mereka yang telah aku cintai di dunia. Dan mungkin aku mahu saja berubah selera untuk memilih mereka yang lain atau mungkin juga aku memilih kesemua daripada me-

reka untuk meraikan perbezaan ini yang tiada di dunia. Namun, tidak mustahil juga untuk aku bunuh mereka semua seperti yang telah aku lakukan terha-dap wanita berpurdah yang me-ngaku dirinya ialah isteriku tadi. Jika aku bunuh mereka, barang kali akan hadir kembali perasaan

jalan, kelihatan sebuah pohon merimbun dan daunnya melam-bai-lambai seakan-seakan me-manggilku mendekati pohon tersebut. Aku berjalan mendekati pohon yang berbuah ini. Buah-nya tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Barang kali se-biji buahnya cukup-cukup me-lepasi kerongkong seorang lelaki biasa. Buahnya yang gugur akan pecah lalu menerbitkan darah. Darah kotor. Namun perkara itu tidak menghadirkan rasa seriat darah pada tubuhku cuma sedikit rasa jijik bergelumang di jiwaku.

Kata orang, pohon inilah yang menunjukkan jalan keluar ke-pada manusia pertama yang mendiami syurga lalu dicampak-kan oleh tuhan ke bumi. Namun aku tahu, pohon ini tidak pernah menjentik pesona mana-mana lelaki yang diciptakan tuhan wai-ma aku mahupun lelaki pertama yang diciptakan oleh tuhan itu. Buah pohon ini hanya berjaya menambat hati manusia wanita pertama yang diciptakan oleh tu-han. Dan kuasa wanita sangatlah dahsyat sehingga berjaya memu-juk hati lelaki supaya mengikut kemahuannya. Oleh sebab itu-lah bersepahlah manusia hidup di bumi hanya kerana pujukan seorang wanita kepada lelaki.

Tidak seperti manusia perta-ma yang diciptakan oleh tuhan itu, barang kali aku telah mem-buat keputusan yang tepat untuk membunuh wanita pertama yang hadir di dalam tempat yang tiada tuhan dan setan ini. Maka seka-rang tiada siapa yang mampu memujukku untuk diperdayakan oleh sebuah pohon yang buah-nya menerbitkan darah apabila gugur ini. Tanpa berfikir panjang, aku mengambil sebilah kapak yang terletak di perdu pohon itu lalu menebang pohon terse-but sehingga tumbang. Batang pohon yang tumbang itu meng-hempap tanah lalu membelah permukaan tanah di tempat yang tiada tuhan dan setan ini. Bela-han tanah ini menjadi semakin luas lalu menarikku ke dalam ta-nah sehingga tenggelam. Aku telah dicampakkan kembali ke dunia nyata di mana tuhan dan setan sentiasa ada. Lalu aku bing-kas bangun dan melihat di sebe-lah kananku turut dicampak ber- sama ialah salah seorang dari-pada enam lelaki yang berkepala buku itu. Dan di sebelah kiriku pula berdiri seorang wanita ber-purdah yang telah kubunuh sewaktu berada di tempat yang tiada tuhan dan setan itu.

Aku mula memeluk lelaki berke-pala buku yang dicampak bersa-maku itu lalu menciumnya. Setelah puas aku memeluknya, aku beralih pula kepada perempuan berpur-dah yang telah kubunuhnya ketika di tempat yang tiada tuhan dan se-tan itu lalu aku menciumnya dan kami bergurau senda sehingga ke lewat malam.

Tanpa doktrin tuhan, aku perlu memilih salah seorang daripada mereka untuk aku cintai. Boleh saja aku memilih salah seorang daripada mereka yang telah aku cintai di dunia. Dan mungkin aku mahu saja berubah selera untuk memilih mereka yang lain atau mungkin juga aku memilih kesemua daripada mereka untuk meraikan perbezaan ini yang tiada di dunia.

seriat darah seperti mana telah aku rasai ketika aku membunuh dan melapah tubuh wanita ber-purdah yang mengaku dirinya is-teriku tadi. Apatah lagi jika enam orang berkepala buku ini hendak- ku bunuh dan melapah tubuh mereka tentunya akan meng-hadirkan rasa maha seriat darah terhadap tubuhku sendiri. Atau mungkin aku perlu membunuh dan melapah diriku sendiri su-paya terbit segala darah lalu akan menghadirkan perasaan seriat darah pada tubuh mereka pula. Tanpa memberikan sebarang jawapan dan keputusan, aku me-ninggalkan keenam-enam ma-nusia berkepala buku ini dengan persoalan-persoalan tersebut lalu terus melangkah cuba me-neroka seluruh tempat yang tia-da tuhan dan setan ini.

Dari kejauhan ketika aku ber-

17SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

ADN MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - 15,000 warga Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Seri Andalas mene-rima pelbagai manfaat daripada pelaksa-naan dasar Inisiatif Peduli Rakyat (IPR),sejak ia dilaksanakan.

Ahli Dewan Negerinya, Dr Xavier Jaya-kumar berkata, pencapaian itu diraih hasil usaha keras pentadbiran negeri dan pusat khidmat DUN yang turun padang menyan-tuni rakyat.

“Kita banyak mencapai perubahan teru-tama pelaksanaan di bawah program IPR membabitkan masyarakat Seri Andalas.

“Berpandukan jangkaan, seramai 15,000 warga Seri Andalas sudah dibantu di bawah program kebajikan IPR bersama Kerajaan Negeri.

“Tentunya ia pendekatan yang sangat bermanfaat kepada masyarakat di kawasan ini,” katanya kepada SelangorKini pada pro-gram Aidilfitri peringkat DUN Seri Andalas, baru-baru ini.

Terdahulu, IPR adalah penjenamaan dasar baru yang dulunya dikenali sebagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Untuk rekod, sebanyak 17 program IPR ditawarkan kepada rakyat Selangor sejak ia mula dilaksanakan, pada 2008.

Antaranya dasar pemberian air percu-ma, Skim Mesra Usia Emas, Tabung Wari-san Anak Selangor, Skim Kesihatan Wanita, Skim Hijrah dan Insentif Perkahwinan Belia.

Selain itu, pelaksanaan program ban-tuan lain adalah Food Stamp, Rumah Sela-ngorku, Bas Smart Selangor, Wifi Smart Se-langor dan Skim Peduli Sihat.

SHAH ALAM - Penantian lebih 30 tahun peneroka di Kampung Seri Aman nyata berbaloi apabila mereka akhirnya menerima ge-ran tanah kekal.

Ahli Dewan Negeri Seri Ser-dang, Noorhanim Ismail berkata, 45 peneroka dan pemilik terda-hulu diberi kebenaran pendudu-kan sementara (TOL), sebelum masing-masing menerima geran sementara.

Katanya, Kerajaan Negeri me-

lalui Pejabat Daerah dan Tanah Petaling mengeluarkan geran kekal kepada pemilik selepas be-berapa siri perbincangan.

“Hari raya adalah hari keja-yaan kepada peneroka ini kerana menerima geran kekal masing-masing.

“Saya faham kesukaran timbul apabila tidak mempunyai geran kekal kerana banyak kemung-kinan boleh berlaku,” katanya dalam satu majlis penyerahan

geran itu, baru-baru ini.Beliau berkata, lebih 200 pe-

neroka di kampung itu membuat permohonan secara berpering-kat, sejak 2008.

Bagaimanapun, katanya, baki selebihnya akan menerima geran kekal selepas proses dan prose-dur tertentu diperolehi.

“Kita akan usahakan selebih-nya secara berperingkat kerana masih wujud isu tanah bertindih dan perkara lain,” katanya.

KLANG - Hampir 80 peratus ma-salah sampah di DUN Kota Alam Shah berjaya diatasi sejak pengu-rusan sisa pepejal dikawasan itu diuruskan Hebat Abadi Sdn Bhd (HASB).

Ahli Dewan Negeri Kota Alam Shah, V Ganabatirau nyata gem-bira dengan perubahan positif berkenaan ma-salah itu.

“Dalam tem-poh dua tahun ini, saya lihat ba-nyak perkara yang berjaya diperbaiki dalam penguru-san sisa pepejal. Namun, masih banyak usaha yang kita ingin perbaiki dalam meningkatkan kecekapan pe-ngurusan dan sistem.

“Saya tidak berani me-ngatakan kita berjaya selesaikan sepenuhnya tetapi berusaha ke arah itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka DUN Kota Alam Shah, pada 9 Julai lalu.

Beliau yang juga Exco Kemiski-nan, Kerajaan Prihatin dan Peker-ja Ladang berkata, kawasannya tidak terlepas daripada masalah banjir yang sering melanda di

empat kawasan utama iaitu Ta-man Malawis, Taman Chi Leong, Taman Southern Park dan Taman Bayu Perdana.

Katanya, pelbagai usaha se-dang dilakukan dan beliau mengharapkan beberapa agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor dapat bertindak

segera demi kesele-saan rakyat.

“Kita mengurang-kan masalah ban-jir dengan bantuan Majlis Perbandaran Klang dan agensi kerajaan. Ada bebe-rapa projek yang masih belum dijalan-kan dan saya masih menaruh harapan ia dapat disegerakan,”

katanya.Selain itu, beliau turut me-

ngakui kawasannya sering ber-hadapan kesesakan aliran trafik tambahan pembinaan Jambatan Ketiga Klang turut membabitkan kawasan Kota Alam Shah.

Namun, beliau lega kerana perkhidmatan Bas Smart Sela-ngor berjalan dengan baik dan sentiasa penuh, sekali gus dapat membantu mengurangkan serba sedikit kesesakan trafik.

Inisiatif Peduli Rakyat

��,��� warga DUN Seri Andalas terima manfaat

8�% masalah sampah Kota Alam Shah selesai

Peneroka Seri Aman dapatgeran tanah kekal

18PBT

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUCHONG - Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) berjaya menghasilkan lebih 29,000 kilo-gram (kg) baja kompos diperbuat daripada sisa makanan yang di-kutip sekitar kawasan pentadbi-rannya.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohammad Zulkurnain Che Ali berkata, secara purata MPSJ mengutip sehingga 750kg bahan boleh kompos sehari ter-masuk 500kg daripadanya adalah sisa makanan.

“Kita berjaya mengutip 750kg sisa makanan atau sampah kom-pos ini di restoran, kantin sekolah dan premis lain. Semua sisa boleh kompos ini diproses menjadi 250 hingga 300kg produk akhir.

“Baja kompos ini berharga RM7.50 tetapi kita bukan nak ber-niaga, jadi kebanyakannya diberi secara percuma. Tahun lalu saha-ja, sebanyak 20,000kg dan lebih 9,000kg (2015),” katanya pada Majlis Penyampaian Tong Kom-pos dan Lawatan Hijau ke Pusat Biomas MPSJ 2017, di sini, pada 12 Julai lalu.

Beliau berkata, pada masa ini jumlah bahan boleh kompos ti-dak dimanfaatkan amat tinggi hingga mencecah 37 peratus dari 500 tan sehari sisa pepejal yang dihantar ke pusat pelupusan sampah.

Katanya, jumlah sampah di-hantar ke pusat pelupusan boleh dikurangkan jika wujud keseda-ran terhadap kepentingan men-jaga alam sekitar

Inisiatif MPSJ

Sisa makanan jadi ��,��� kg baja kompos

SHAH ALAM - Majlis Bandara-ya Shah Alam (MBSA) mengkaji kaedah terbaik dalam usaha menangani masalah sampah domestik di kawasan pemba-ngunan pe-r u m a h a n berstrata.

D a t u k B a n d a r n y a , Dato’ Ah-mad Zaharin Mohd Saad berkata, hal itu kerana pro-gram pengasi- ngan sampah dari rumah ke rumah yang diperke-nalkan sukar ditangani di ka-wasan perumahan terbabit.

Katanya, bagaimanapun program itu mendapat sambu-tan baik di kawasan perumah-an bukan berstrata.

“MBSA berpendapat pendidi-kan awal berkenaan kebersihan sangat perlu didedahkan seawal usia kanak-kanak.

“MBSA sedang mengkaji be-berapa kaedah lain selain me-nyediakan pusat pendidikan atau kaedah berhubung kesedaran ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sesi Townhall Bandar Raya Rendah Karbon Shah Alam 2017, di Teater Diraja, pada 11 Julai lalu.

Tangani sampah domestik perumahan berstrata

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan Portal Knowledge Management System (KMS) yang menjadikan pengurusan pihak berkuasa tem-patan itu lebih efisien dan bersiste-matik.

Dato’ Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, inisiatif itu diperkenalkan kepada warga kerja MBPJ untuk hebahan infor-masi terkini membabitkan anggo-tanya.

“Melalui portal ini, pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama antaranya direktori pegawai dan kakitangan, kalendar latihan, video dalam talian, pekeliling, akta, garis panduan dan carian.

“Ciri portal ini lebih dinamik, sudut informasi jelas, responsif dan mesra pengguna selain menginte-

Portal KMS mudah urus komuniti

SHAH ALAM - Laluan basikal baru sepanjang 15 kilometer (km) di Shah Alam dijangka mula digunakan tahun depan dengan peruntukan RM2.4 juta.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, pembinaan laluan baru sekali jalan raya itu mengambil contoh beberapa bandar di luar negara seperti Amsterdam, Milan dan Melbourne.

“Tambahan laluan ini turut menampilkan kelainan apabila sekali dengan jalan raya. MBSA membezakan laluan basikal dan jalan raya menerusi perbezaan

warna iaitu biru juga gambar da-ripada segi keselamatan,” kata-nya, di sini, baru-baru ini.

Ahmad Zaharin berkata, be-berapa jalan utama di pusat ban-dar seperti Persiaran Dato’ Men-teri, Persiaran Bandaraya dan kawasan sekitar akan terbabit.

Katanya, MBSA mensasarkan penduduk bandar bakal meng-gunakan laluan terbabit ke se-suatu tempat bagi mengurang-kan penggunaan karbon.

Pada masa sama, beliau ber-kata, MBSA sedang mengkaji pelaksanaan penyewaan basikal selepas laluan baru itu siap selain

menumpukan di kawasan tum-puan pelajar.

“Sebuah syarikat dari Taiwan membentangkan projek ini ke-pada Kerajaan Negeri dan kita berminat dengan cadangan itu sebagai Pihak Berkuasa Tempa-tan,” katanya.

Terdahulu, MBSA turut menye-diakan kemudahan laluan basikal sepanjang 10km meliputi bebe-rapa kawasan seperti Seksyen 3, 4, 5, 9 dan 14 melalui beberapa lokasi menarik antaranya Dataran Kemerdekaan, Taman Tasik Shah Alam serta Taman Lembah Bukit SUK.

Laluan baru basikal ��km di Shah Alam

Pada masa sama, Ahmad Za-harin memaklumkan, MBSA kini mempunyai dua mesin kompos sampah organik di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepajal dan Pem-bersihan Awam serta landskap.

“MBSA meletakkan dua mesin pengkomposan sisa makanan di pasar Seksyen 6 bagi menghasil-kan baja kompos.

“Bagi kawasan taman pula, se-buah mesin ditempatkan di Sek-syen 17 untuk sampah landskap antaranya daun yang dipotong dan cantas,” katanya.

grasikan semua sistem dalam por-tal melalui capaian satu pautan.

“Ia boleh diakses melalui talian internet atau telefon pintar melalui imbasan aplikasi QR Code yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit sahaja,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan MPAJ Bila-

ngan 6/2017 di Dewan Auditorium MBPJ, pada 11 Julai lalu.

Pada masa sama, MBPJ turut memperkenalkan sistem E-Agree-ment bagi tujuan memudahkan proses permohonan penyediaan perjanjian tender dan sebut harga.

“Semua permohonan diterima masuk disemak secara dalam talian melalui laman senarai semak per-janjian.

“Paparan status berjaya dihan-tar kepada jabatan terbabit untuk tindakan susulan dan kaedah ini lebih memudahkan urusan sema-kan lengkap pada butiran perjan-jian yang dibuat.

“Diharap dua kemudahan ini dapat memastikan sistem teknolo-gi terbabit dimanfaatkan sepenuh-nya untuk kepentingan stake- holders dan komuniti,” katanya.

Mohd Azizi Mohd Zain

MBSA berpendapat pendidikan awal

berkenaan kebersihan sangat perlu didedahkan seawal usia kanak-kanak

AHMAD ZAHARIN MOHD SAADDatuk Bandar MBSA

lMPSJ memulakan usaha memproses baja kompos, pada tahun 2013

lMPSJ mengutip 700 kilogram bahan boleh dikomposkan sehari termasuk 500 kilogram sisa makanan yang diperolehi daripada pengusaha restoran dan kantin

lBahan kompos dikumpulkan di pusat pengumpulan Biomas MPSJ untuk proses penguraian

lProses penguraian dijalankan dengan sisa makanan mengambil masa 24 hingga 48 jam, manakala sisa kebun mengambil masa sehingga tiga bulan. Dua bahan ini melahirkan baja kompos gred berbeza

lSehingga 2015, MPSJ berjaya memasarkan 9,000 kilogram baja kompos

lPada 2016, baja kompos yang dipasarkan meningkat kepada 20,000 kilogram

Kaedah memproses BAJA KOMPOS OLEH MPSJ

19SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan Buku Pelan Tindakan Rendah Karbon Bandar Raya Shah Alam 2030 sebagai panduan kepada orang ra-mai dalam melaksanakan tindakan itu kelak.

Datuk Bandarnya, Dato’ Ahmad Zaha-rin Mohd Saad berkata, buku itu turut me-ngandungi program dirancang bagi men-jadi panduan untuk dilaksanakan supaya sasaran ditetapkan dicapai khususnya pe-ngurangan 45 peratus pelepasan karbon.

Katanya, program dan aktiviti diran-cang itu membabitkan semua peringkat termasuk kerajaan, swasta dan institusi pendidikan.

“Melalui pelan tindakan ini juga, pemu-liharaan dan pemeliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan memberikan kesan positif kepada semua pihak.

“Hal itu supaya alam sekitar di Shah Alam terpelihara dan kepatuhan terhadap

garis panduan ditetapkan MBSA dipatuhi,” katanya di Sesi Townhall Bandar Raya Ren-dah Karbon Shah Alam, di Teater Diraja, di sini, pada 11 Julai lalu.

Ahmad Zaharin berkata, buku pelan tin-dakan itu membuktikan kesungguhan dan komitmen MBSA ke arah bandar raya ren-dah karbon.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alu-kan pembabitan semua pihak dalam Per-tandingan Anugerah Rendah Karbon Shah Alam 2017 yang dianjurkan, pada 18 Mei hingga 15 September ini.

Katanya, sebanyak RM94,000 ditawarkan kepada peserta dalam menjayakan per-tandingan itu yang bertujuan mengumpul-kan pelbagai aktiviti pelaksanaan inisiatif hijau membabitkan semua peringkat.

"Kita menggalakkan budaya kreatif dan inovasi terhadap alam sekitar berteraskan rendah karbon, di samping tanda peng-hargaan terhadap individu serta orga-nisasi yang melaksanakan inisiatif hijau,” katanya.

Lestari alam

Buku pelan tindakan dilancar

SHAH ALAM - Pertambahan populasi penduduk di bandar mendorong Maj-lis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) giat melaksanakan pembaharuan dasar demi kelangsungan komuniti setempat.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, cabaran itu menjadi-kan pihaknya konsisten mengurus tadbir perbandaran secara bersistematik demi manfaat penduduk.

“Pertambahan jumlah penduduk ini menjadi satu cabaran besar kepada kami untuk mengurus dan melestarikan per-bandaran ini. Ia menjadikan kita lebih kuat untuk merealisasikan pelan strategik 2016 hingga 2025 untuk tempoh dasar 10 ta-hun itu.

“Kita perlu bersedia menghadapi caba-ran ini dengan menggunakan peluang se-baiknya ke arah menjadikan MBPJ sebagai bandar raya terbaik,” katanya pada Per-himpunan Bulanan MBPJ di Dewan Audi-torium, pada 11 Julai lalu.

Mohd Azizi turut memetik bancian

dilakukan jabatan berkaitan MBPJ ber-hubung populasi masyarakat negara ini.

Beliau menjangkakan rakyat kini le-bih memilih untuk menetap di bandar atas pelbagai peluang dan faktor yang mendorong kepada kepesatan populasi, menjelang 2025.

“Jika data di peringkat Malaysia, pu-rata negara kini melebihi purata dunia dengan menunjukkan 74 peratus pen-duduk Malaysia tinggal di bandar.

“Ini bermaksud, sebanyak 22.3 juta masyarakat kini tinggal di bandar dan kita jangka data ini akan naik hampir 80 peratus untuk tempoh akan datang,” ka-tanya.

Pada masa sama, katanya, Mohd Azizi turut mengulas dasar Pembangunan Negara fasa kedua yang dilancarkan di peringkat Persekutuan, baru-baru ini.

Beliau berkata, MBSA juga perlu le-bih bijak menyusun perancangan secara efektif bagi membolehkan pelaksanaan dasar itu direalisasikan.

Optimis urus bandar sistematik

PUCHONG - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperuntukkan kira-kira RM8 juta setahun bagi menguruskan 500 tan sampah di kawasan pentadbirannya, setiap hari.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mo-hammad Zulkurnain Che Ali berkata, di-anggarkan 37 peratus sampah dibuang terdiri daripada sisa makanan dan bahan lain yang boleh dijadikan baja kompos.

“Tempat lupus sampah semakin tepu. Kini, MPSJ uruskan 500 tan sehari dengan sebulan kira-kira 15,000 tan dan angka ini akan terus meningkat jika kita tidak buat sesuatu,” katanya pada Majlis Penyam-

paian Tong Kompos dan Lawatan Hijau ke Pusat Biomas MPSJ 2017, di sini, baru-baru ini.

Katanya, perbelanjaan mengurus boleh dikurangkan jika orang ramai mempunyai kesedaran mengasingkan sampah untuk dikitar semula atau dikompos.

Pada masa sama, Zulkurnain berkata, walaupun negara masih belum mempu-nyai undang-undang menguatkuasakan pengasingan sampah, namun MPSJ giat menjalankan kempen secara berterusan.

“Menerusinya, jika kita dapat kurang-kan dari 500 tan sehari kepada 450 tan juga sesuatu yang baik,” katanya.

RM8 juta urus ��� tan sampah

KENYATAAN TAWARANMEMBEKAL DAN MENGHANTAR LEMBU BAGI TUJUAN KORBAN

1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat tempatan bagi perkhidmatan seperti tajuk di atas dengan syarat-syarat berikut;

a. Syarikat bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). b. Memiliki kandang dan ternakan sendiri. c. Syarikat pembekal perlu berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. d. Perniagaan syarikat adalah 100% berkaitan ternakan lembu. e. SPESIFIKASI LEMBU l Berat: tidak kurang 260kg l Jenis: Brahman Cross/KK Cross l Umur: 2 tahun ke atas (cukup umur lembu korban)

2. MBI tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan tawaran. MBI juga mempunyai hak mutlak untuk membatalkan proses tawaran ini tanpa memberi notis dan juga tidak akan mempunyai apa-apa liabiliti daripada pembatalan proses tawaran ini.

3. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel kepada [email protected] bermula dari tarikh iklan ini dikeluarkan sehingga jam 7:30 petang hari Khamis, 20hb Julai 2017. Pertanyaan hanya boleh di buat melalui e-mel. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustaz Jaafarudin 019-4666908 atau Puan Ezma 018-2018271

4. Borang yang lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah diletakkan di dalam sampul tertutup dan dilabelkan sebagai “Tawaran Bagi Membekal dan Menghantar Lembu Bagi Tujuan

Korban” dan dihantar kepada MBI sebelum atau pada jam 4:00 petang hari Jumaat, 21hb Julai 2017 di alamat berikut;

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Tingkat 14,Bangunan Darul Ehsan Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor

PERINGATAN:1. SATU PEMBEKAL DIBENAR MENAWARKAN SATU TAWARAN SAHAJA

2. BORANG SEBUT HARGA WAJIB DILETAK HARGA DAN DITANDATANGANI

Dokumen Sebutharga boleh diperolehi secara percuma pada waktu pejabat di tempat dan masa sebagaimana berikut:

Mula Rabu 12 Julai 2017

Hingga Jumaat 21 Julai 2017

Tempat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Tingkat 14, Bangunan Darul Ehsan Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor

20Pendidikan

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Kebolehpasaran graduan Universiti Selangor (UNISEL) diakui hospital pakar terkenal, Darul Ehsan Medical Centre (DEMC).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif DEMC, Dato’ Dr Omar Abd Hamid berkata, pelajar UNISEL yang menjalani latihan praktikal di hospital itu terbukti sangat komited dan bersung-guh dalam melaksanakan tu-gasan.

Katanya, faktor itu seterus-nya mendorong DEMC menye-rap mereka sebagai kakitangan, di sana.

“Satu pujian buat UNISEL ke-rana berjaya melahirkan gra-duan yang sungguh komited. Kami juga mengalu-alukan ke-datangan pelajar UNISEL untuk menjalani latihan praktikal, di sini.

“Diharap kerjasama antara UNISEL dan DEMC dapat dite-

ruskan, pada masa akan datang,” katanya lapor Pengarah Komu-nikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan.

Dr Omar ditemui pada Maj-lis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara UNISEL dan DEMC, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Oth-man serta Timbalan Naib Can-selor, Prof Dr Mokhtar Abdullah.

Mereka yang berminat menjadi sebahagian warga UNISEL boleh menghubungi segera universiti itu kerana tarikh pendaftaran pe-lajar baru pengambilan Julai akan dilanjutkan sehingga 21 Julai ini.

Mereka yang berminat juga bo-leh datang secara terus ke kampus pengajian Shah Alam atau Bes- tari Jaya.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Pemasaran dan Kemasukan di talian 03-55223400 atau 012-3401740 dan 011-3390768.

Komited laksana tugasan

DEMC pilih graduan UNISEL

PUCHONG - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) terus me-ngorak langkah memperkasakan pendidikan dan pengetahuan berkenaan amalan hijau terbaik terhadap komuniti membabitkan pelbagai lapisan masyarakat khu-susnya generasi muda.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohammad Zulkurnain Che Ali berkata, antara langkah diambil termasuk mengadakan program pendidikan kepada guru dan pelajar sekolah, di kawasan pentadbirannya.

“Sebanyak 32 sekolah menawarkan diri untuk terbabit

dalam Program Kompos Sisa Or-ganik, namun 17 sekolah terawal dipilih dalam program pendidi-kan, hari ini.

“Sebagai sokongan MPSJ ter-hadap pelaksanaan program kompos ini, 17 sekolah terbabit akan dibekalkan tong kompos berputar secara percuma sum-bangan syarikat Rotocraft Tech-nology Sdn Bhd,” katanya ketika Majlis Penyampaian Tong Kom-pos dan Lawatan Hijau ke Pusat Biomas MPSJ 2017, di sini, pada 12 Julai lalu.

Pada masa sama, katanya, guru dan pelajar juga diberikan

taklimat juga demonstrasi peng-komposan sisa organik menggu-nakan tong kompos berpusing sebelum projek itu dilaksanakan, di sekolah masing-masing.

Zulkurnain berkata, projek terbabit adalah pengkomposan sisa kebun dan makanan, ver-mikompos, biodiesel kitar semula minyak masak terpakai serta bio-gas anaerobik digestion.

“Proses pembelajaran dan amalan pengkomposan ini akan diterus serta dikembangkan ke-pada pelajar lain melalui aktiviti ko-kurikulum seperti Persatuan Alam Sekitar,” katanya.

Tong kompos perkasa pendidikan amalan hijau

SHAH ALAM - Yayasan Hijrah Sela-ngor bakal menjalin kerjasama de-ngan Universiti Selangor (UNISEL) bagi mengkaji keberkesanan pelak-sanaan skim mikrokredit HIJRAH ke-pada usahawan seluruh negeri.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Hij- rah Selangor, Datuk Dr Mansor Oth-man berkata, penilaian dan kajian menyeluruh akan dijalankan untuk tempoh dua tahun skim berkenaan diperkenalkan.

“Kita lantik UNISEL menjalan-kan kajian impak termasuk mem-buat tinjauan di lapangan bagi mendapatkan laporan khusus ber-hubung pelaksanaan skim ini untuk dihantar kepada Kerajaan Negeri.

“Ini adalah tempoh selayaknya kajian perlu dibuat bagi HIJRAH se-jak ia diperkenalkan kepada golo-ngan usahawan juga penggiat in-dustri kecil dan sederhana negeri,” katanya.

Dr Mansor berkata, hasil kajian akan diaplikasikan bagi membuat penilaian berhubung pelaksanaan dasar berkebajikan baru itu yang ditubuhkan di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali.

Pada masa sama, beliau berka-ta, proses pinjaman modal pernia- gaan baru HIJRAH akan diperke-tatkan untuk tahun ketiga selepas mengambil kira beberapa faktor kelemahan membabitkan isu kega-galan membuat pembayaran balik peminjam khusus di kawasan ban-

Kerjasama akademik kaji inisiatif HIJRAH

dar.“Kita sudah mengarahkan pega-

wai di 22 zon seluruh negeri mem-perhalusi proses pemilihan dan ke-lulusan peminjam.

“Walaupun proses kelulusan di peringkat zon sangat mudah, na-mun kita minta supaya beberapa isu diambil perhatian termasuk tu-juan dan keupayaan perniagaan itu sendiri,” katanya.

Kita lantik UNISEL menjalankan kajian impak termasuk membuat tinjauan di lapangan bagi mendapatkan laporan khusus pelaksanaan skim ini untuk dihantar kepada Kerajaan Negeri

MANSOR OTHMANPengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor

21SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan RM14 juta setahun bagi memperkasa golo-ngan asnaf Al-Riqab, di negeri itu.

Setiausahanya, Dato’ Bakhtiar Hus-sin berkata, ia merangkumi perbelanjaan bagi mengurus tiga pusat perlindungan dan pemulihan milik MAIS.

Katanya, ia termasuk Pusat Perlin-dungan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam, Pusat Pemurniaan Akidah Bai-tul Iman (Ulu Yam) dan Pusat Pemulihan Baitul Islah (Serendah).

“Ini adalah usaha berterusan MAIS bagi memastikan umat Islam yang dibe-lenggu (Al-Riqab) kembali kepada akidah Islam yang sebenar dan tidak terpesong ke jalan tidak diredai.

“Kita cuma berharap jumlah pelatih dapat terus berkurangan tetapi dalam masa sama MAIS sentiasa bersedia

MAIS urus tiga pusat perlindungan dan pemulihan

RM�� juta untuk asnaf Al-Riqab

MAKKAH - Kira-kira 6.75 juta visa umrah dikeluarkan kerajaan Arab Saudi tahun ini iaitu peningkatan enam peratus, berban-ding tahun lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mo-hammed Salleh Banten berkata, peningka-tan itu selari dengan matlamat Wawasan Saudi 2030.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan, terdapat penu-runan bilangan jemaah umrah beberapa negara seperti Mesir, Turki dan Jordan yang berpunca daripada keadaan ekonomi serta keselamatan.

Bagaimanapun, jumlah jemaah dari Amerika Syarikat, Jerman, Norway serta be-berapa negara lain meningkat.

Warga Pakistan menduduki tangga ter-

atas senarai jemaah umrah tahun ini de-ngan 1,446,284 mengerjakan ibadah itu.

Ia diikuti Indonesia dengan 875,958 je-maah membabitkan peningkatan 25 pera-tus berbanding tahun lalu, manakala India berada di tangga ketiga dengan 624,604 juta sementara 80,977 adalah warga Bang- ladesh.

Sebanyak 264,878 visa umrah juga dike-luarkan kepada rakyat Iraq iaitu penamba-han 58 peratus, berbanding tahun lalu.

Pada masa sama, setiausaha rendah ke-menterian berkenaan, Mohammed Al-Klaiby berkata, kadar penginapan di hotel di Makkah dan Madinah juga tinggi musim berkenaan.

Katanya, terdapat peningkatan 113 pera-tus dalam kadar penginapan di hotel lima bintang sementara kadar penginapan hotel empat bintang meningkat 71.2 peratus.

�.�� juta tunai umrah tahun ini

WAKTU SOLAT SELANGOR21 - 28 Julai 2017

27 Syawal - 4 Zulkaedah 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

21 Jumaat 5:39 5:49 7:11 1:22 4:46 7:30 8:4422 Sabtu 5:40 5:50 7:11 1:22 4:46 7:30 8:4423 Ahad 5:40 5:50 7:11 1:23 4:46 7:30 8:4424 Isnin 5:40 5:50 7:11 1:23 4:45 7:30 8:4425 Selasa 5:40 5:50 7:11 1:23 4:45 7:30 8:4426 Rabu 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:4427 Khamis 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:4428 Jumaat 5:41 5:51 7:11 1:23 4:44 7:30 8:43

21 Jumaat 5:42 5:52 7:11 1:25 4:48 7:33 8:4722 Sabtu 5:42 5:52 7:11 1:25 4:48 7:33 8:4723 Ahad 5:42 5:52 7:11 1:25 4:48 7:33 8:4624 Isnin 5:42 5:52 7:12 1:25 4:48 7:33 8:4625 Selasa 5:42 5:52 7:12 1:25 4:47 7:33 8:4626 Rabu 5:43 5:53 7:12 1:25 4:47 7:33 8:4627 Khamis 5:43 5:53 7:12 1:25 4:47 7:32 8:4628 Jumaat 5:43 5:53 7:12 1:25 4:47 7:32 8:46

memenuhi keperluan masyarakat Islam yang perlu kita tangani secara serius,” ka-tanya pada sidang media selepas Hari Ke-cemerlangan Pelatih Pusat Perlindungan Baitul Ehsan, di sini, pada 12 Julai lalu.

Baktiar berkata, MAIS membelanjakan RM2.7 juta setahun bagi mengurus Bai-tul Ehsan yang dikhaskan untuk pelatih wanita sahaja.

“Baitul Iman pula khusus diuruskan

untuk golongan lelaki dengan kita me-nyediakan pembimbing dan program untuk mereka bersemangat juga bang-kit.

“Sementara itu, Baitul Islah dijangka beroperasi dalam tahun ini dan khusus disediakan untuk pesakit kronik HIV (Hu-man Immunodeficiency Virus) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebang-saan,” katanya.

Kita cuma berharap jumlah pelatih dapat terus berkurangan tetapi dalam masa sama MAIS sentiasa bersedia memenuhi keperluan masyarakat Islam yang perlu kita tangani secara serius

BAKHTIAR HUSSINSetiausaha MAIS

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan)

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

BahagianKontrak

danUkur

Bahan,JKR Negeri

Selangor

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN

BARU DI MAAHAD TAHFIDZ

SAINS DAN TEKNOLOGI

ISTANA BANDAR, DAERAH KUALA

LANGAT, SELANGOR

DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N) 028/(T)/2017

BP(T) SPKK, PKK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:B

Pengkhususan:B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

25/07/2017 (Selasa)

Sehingga

08/08/2017(Selasa)

RM995.00

(Draf Bank/ KirimanWang/

Wang Pos)Atas Nama Bendahari

NegeriSelangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

15/08/2017(Selasa)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak adalah diwajibkan pada 24/07/2017 (Isnin) Masa : 9.30 pagi Bertempat di JKR Daerah Kuala Langat. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Kontrak & Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor. No. Tel: 03-55447752

*Jenis SyarikatTempatan:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% ekuiti Bumiputra milik tempatan (Warganegara)Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara.Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

22Wanita

SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM - Majlis Aga-ma Islam Selangor (MAIS) men-jalin kerjasama dengan Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) dalam usaha memperkasa pela-tih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Baktiar Hussin berkata, kerjasama yang bermula sejak 2015 itu khusus memperlengkapkan pelatih de-ngan latihan kemahiran ditawar-kan di kolej berkenaan.

“Ia termasuk kemahiran me-

masak dan menjahit untuk mempersiapkan pelatih dengan ilmu seterusnya membantu me-reka dalam perancangan masa hadapan.

“Usahasama ini diharap men-jadi satu tanda aras untuk dise-bar luas kepada kolej komuniti lain bagi menjalin kerjasama serupa dalam usaha memberi manfaat kepada belia Islam,” ka-tanya pada sidang media, pada 12 Julai lalu.

Terdahulu, beliau menyem-purnakan Hari Kecemerlangan Pusat Perlindungan Baitul Ehsan, di sini.

Baktiar berkata, MAIS juga bakal menjalin Perjanjian Perse-famanan (MoU) bersama pe-jabat kesihatan bagi menyalur perkhidmatan kaunseling dan nasihat kepada pelatih di pusat berkenaan.

“Perkhidmatan ini penting terutama kepada wanita yang melahirkan anak kerana di sini terdapat kes kelahiran luar nikah.

“Kita tidak mahu abaikan me-reka, sebaliknya ingin ibu dan anak menerima sokongan juga bantuan sewajarnya daripada mereka yang arif supaya lebih terjamin,” katanya.

Kerjasama dengan Kolej Komuniti Sabak Bernam

Perkasa pelatih Baitul Ehsan

SHAH ALAM - Dua lagi syarikat menyatakan persetujuan me-nyertai program ‘Kasihku Zakat Selangor’ dengan menyalurkan sumbangan hampir RM800,000.

Syarikat terbabit adalah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Ber-had iaitu RM782,157.87 dan UEM Sunrise Berhad pula RM10,000.

Penyerahan sumbangan itu diterima Ketua Pegawai Ekse-kutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Hussin Mohd Ali dalam Majlis Mesra Aidilfitri di Dewan Yayasan Ar Raha, di sini, pada 12 Julai lalu.

Terdahulu, LZS memperkenal-kan program ‘Kasihku Zakat Se-langor’ bagi memberi ruang ke-pada pengeluar zakat terutama dalam kalangan syarikat korporat menyantuni keperluan penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat.

‘Kasihku Zakat Selangor’ diper-kenalkan sebagai inisiatif kepada syarikat korporat yang mengeluar- kan zakat RM50,000 ke atas.

Melalui ‘Kasihku Zakat Sela-ngor’, syarikat berkaitan boleh memohon agihan semula 3/8 atau 37.5 peratus daripada jum-lah bayaran zakat dikeluarkan pada tahun semasa untuk di-agihkan kepada asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan LZS termasuk asnaf fisabilillah.

Wang zakat disalurkan ber-dasarkan empat pakej utama di-tawarkan membabitkan pakej bantuan pendidikan, modal, pe-rubatan dan sosial.

‘Kasihku Zakat Selangor’ juga landasan kepada syarikat korpo-rat meningkatkan sumbangan melalui peruntukan Tanggung-jawab Sosial Syarikat (CSR) selain memberi ruang kepada pengelu-

ar zakat membantu asnaf dengan lebih dekat lagi.

Pada majlis sama, LZS tu-rut menerima zakat perniagaan daripada Angkatan Koperasi Ke-bangsaan Malaysia Berhad (ANG- KASA) sebanyak RM152,360.38 melalui Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Selangor, Dato’ Alias Hamzah.

Selain itu, Felda Global Ven-tures Berhad (FGV) turut me-nyerahkan zakat perniagaan RM112,628 diwakili Ketua Pega-wai Operasinya, Dato’ Khairil A-nuar Aziz.

LZS turut menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan me-dia dan blogger atas komitmen juga jalinan kerjasama yang di-berikan dalam menyebarluas-kan dakwah zakat serta bersama lembaga itu menyantuni asnaf zakat, di Selangor.

Dua syarikat jayakan ‘Kasihku Zakat Selangor’

SHAH ALAM - Seramai 56 pe-nyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh DUN menja-yakan Jamuan Silaturahim Ai-dilfitri bersama Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi di sini, pada 16 Julai lalu.

Menariknya, semua penye-lia terbabit membawa 56 jenis juadah hasil air tangan masing-masing untuk meraikan Syawal yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi.

“Semangat dan kerjasama ditunjukkan berjaya merapat-kan jurang perbezaan agama dan kaum antara penyelia ber-

sama masyarakat di negeri ini untuk meraikan Aidilfitri,” kata Dr Daroyah kepada Selangor-Kini.

Antara hidangan juadah yang disajikan adalah rendang, ketupat, nasi impit, lemang, sate dan kuih-muih selain pe-nyerahan duit raya kepada kanak-kanak.

Jamuan itu turut diserikan dengan kehadiran Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parli-men Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Soffan Affendi Aminudin.

�� penyelia PWB jayakan jamuan Aidilfitri

23SelangorKini 21 - 28 Julai 2017

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA - Pemilihan Se-langor sebagai tuan rumah kali pertama Kejohanan Marching Band Asia 2017 mampu melonjakkan in-dustri pelancongan ne- geri, kata Exco Pem-bangunan Generasi Muda, Sukan, Kebu-dayaan dan Pem-bangunan Usahawan, Amiruddin Shari.

Amirudin berkata, Kera-jaan Selangor mendukung sepenuhnya penganjuran program yang bakal diadakan bermula 20 hingga 22 Julai ini dalam usaha menye- marakkan lagi pelbagai program ber-manfaat kepada golongan belia dan pelancongan negeri itu.

“Kami di peringkat Kerajaan Ne- geri berbesar hati apabila Selangor dipi-lih menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang julung kali diadakan ini.

“Inisiatif ini juga mampu menjadi lan-dasan terbaik kepada golongan belia yang berpotensi dalam kemahiran akti-viti ini untuk diketengahkan ke pering-kat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran kejohanan yang turut dihadiri Pengarah Urusan Stix Art Pro-duction, K Ganes selaku penganjur uta-

ma kejohanan.di Hotel Geno, di sini, pada

12 Julai lalu.Kejohanan itu turut

didukung sepenuhnya Maj- lis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya

Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Penguru-san Hotel Geno selaku penaja kediaman rasmi peserta.

Pada masa sama, ke-johanan itu bakal diser-

tai peserta dari negara luar membabitkan penyertaan

Indonesia, Thailand dan Hong Kong.Kejohanan itu juga membabitkan be-

berapa kategori iaitu terbuka, remaja dan kanak-kanak seawal lapan tahun dengan setiap pemenang bakal memba-wa pulang trofi kejohanan, sijil penyer- taan serta pungutan mata bagi lanjutan melayakkan diri beraksi di kejohanan an-tarabangsa.

Sementara itu, kejohanan bakal diada-kan di beberapa lokasi utama di Stadium Petaling Jaya dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Tiket mula dijual serendah RM50, RM100 dan RM130 dengan tempahan pembelian boleh dibuat melalui [email protected] atau membuat pem-bayaran terus di kaunter stadium.

Kejohanan Marching Band Asia 2017

Selangor tuan rumah pertama

SHAH ALAM - Penyokong bola sepak negara diminta berfikiran realistik walau-pun kedudukan pasukan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jatuh dari tangga 155 kepada 167.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, hal itu ekoran tidak banyak boleh diubah dalam tempoh 100 hari.

“Kita berada dalam sistem yang su-dah ‘tidur’ lebih 30 tahun dan kurang memberi sumbangan, justeru perubahan kedudukan pasukan kebangsaan dan in-frastruktur akan mengambil masa.

“Kita sudah melantik pengarah teknikal yang akan bertugas pada September ini bersama ranking konsultan, bagaimana-pun ranking futsal kita meningkat dari tangga 69 ke 64 dunia. Pemikiran perlu realistik,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Hamidin berkata, penurunan kedudu-kan pasukan kebangsaan dalam ranking FIFA itu bukan sesuatu mengejutkan apa-bila tewas dalam perlawanan menentang Lebanon diikuti tiada perlawanan persa-habatan dijalankan ekoran Liga Malaysia sedang rancak berlangsung.

Pemikiran perlu realistik

Katanya, pasukan Malaysia akan me-ngadakan beberapa perlawanan per-sahabatan bagi mendapatkan kembali mata bagi memperbaiki kedudukan ran-king negara, pada September ini.

“FAM juga akan mengkaji semula ja-dual perlawanan dan melantik ranking konsultan seperti dipraktikkan, di India,” katanya.

KUALA LUMPUR - Atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017, di London, pada 15 Julai lalu.

Pada acara yang berlangsung di Sta-dium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lon-taran 17.29 meter (m) memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio pada ta-hun lalu iaitu 16.48m.

Pingat perak diraih atlet dari Ecua-dor, Stalin David Mosquera dengan ja-rak 16.61m, manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa de-ngan lontaran 15.94m.

“Saya bangun pagi ini (15 Julai) dan berfikir mungkin dapat memecahkan rekod dunia.

“Saya selalu impikan untuk melakukan-nya dan malam ini berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia, ia sangat bagus.

“Saya tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia teta-pi tahu ia tidak begitu jauh. Saya tahu ia salah.

“Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangkan. Ini mengganggu saya teta-pi sekarang sangat gembira memenangi acara ini,” kata Muhamad Ziyad lapor BER-NAMA seperti dipetik dalam laman se-sawang rasmi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Ziyad Zolkefli pecah rekod dunia

Kita berada dalam sistem yang sudah ‘tidur’ lebih 30 tahun dan kurang memberi sumbangan, justeru perubahan kedudukan pasukan kebangsaan dan infrastruktur akan mengambil masa

HAMIDIN MOHD AMINSetiausaha Agung FAM

23

SUKSES �� medan ke SUKMA ���8

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

Selangor tuan rumah pertama Kejohanan Marching Band Asia ����

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Pengurusan PKNS FC melantik jurulatih kelahiran Jerman, Sven Gartung, sebagai ketua jurulatih baru kelab itu, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan media, kelab Liga Super itu memaklumkan pelantikan Sven diumumkan pengurusannya dalam satu majlis ringkas di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, dekat sini.

“Sven berusia 47 tahun, warganegara Jerman mempu-nyai lesen kejurulatihan Kesatu-an Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) A.

“Beliau adalah Pengarah Keju-rulatihan Akademi Merah Kuning, sejak Februari lalu. Sebelum itu, beliau adalah jurulatih pasukan Bawah 17 Tahun Grasshopper Zu-rich, di Switzerland.

“Selain bidang kejurulatihan, Sven juga lulusan pengurusan sukan dan media serta pernah menjawat beberapa jawatan penting media, di China juga Switzerland,“ katanya.

Ketua Jurulatih baru PKNS FC

Sven galas tugas besar

Pelantikan itu dibuat PKNS FC ekoran prestasi hambar pasukan dalam Liga Super dengan men-duduki tangga kesembilan liga dengan 15 mata hasil tiga ke-menangan, enam seri dan tujuh kalah.

Sven akan memulakan tugas membimbing PKNS FC menen-tang Kuala Lumpur dalam sai-ngan Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam.

Pada 6 Julai lalu, penguru-san kelab Selangor itu mem-buat keputusan merehatkan E Elavarasan dan melantik Adam

Abdullah selaku Pemangku Ke-tua Jurulatih berkuat kuasa ser-ta-merta sehingga jurulatih baru dikenal pasti.

Keputusan itu dibuat bagi me-mastikan skuad Semut Merah dapat kembali bersaing dan ke-luar daripada zon penyingkiran seterusnya kekal di Liga Super pada musim depan selain mene-tapkan untuk layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Di bawah kendalian Adam, PKNS FC hanya mencatat satu kemenangan ketika berdepan Pulau Pinang (2-0) dan kalah ke-pada Pahang (1-3) dalam Liga Su-per serta tewas 1-2 kepada Felda United (Piala Malaysia).

Sven akan memulakan tugas membimbing PKNS FC menentang Kuala Lumpur dalam saingan Piala Malaysia

SHAH ALAM - Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-12 ber-langsung di semua lokasi Pihak Berkuasa Tempatan, mulai 19 Ju-lai hingga 13 Ogos ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berka-ta, sukan dwi-tahunan kali ke-12 anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor akan menjadi medan penting bagi pemilihan atlet ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak, dalam usaha mem-pertahankan kejuaraan.

“Kejohanan kali ini memper-tandingkan 17 acara dengan tawaran 654 pingat secara ke- seluruhan yang dilangsungkan di seluruh daerah, di Selangor.

“Ia membabitkan penyerta-an 478 pegawai dan atlet dari sembilan daerah, di negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Aidil-fitri MSN Selangor, di sini, pada 18 Julai lalu.

Selain pemilihan atlet ke SUK-

MA, beliau berkata, antara ob-jektif penganjuran SUKSES yang bermula pada 1995 ialah meng-galakkan usaha pembangunan sukan peringkat akar umbi di se-

tiap daerah serta menyediakan kejohanan tahunan sebagai kayu pengukur kepada atlet yang menjalani latihan sepanjang ta-hun di bawah program pemba-

ngunan sukan ke arah memben-tuk kecemerlangan dan kegemi-langan sukan.

Katanya, ia juga dapat mela-hirkan lebih ramai atlet berpo-

tensi untuk diketengahkan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Semua atlet yang menyertai kejohanan ini adalah mereka yang berusia di bawah 20 tahun.

“Antara lokasi kejohanan ini ialah di Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi sepak takraw, hoki lelaki juga tenpin bowling, Majlis Perban-daran Ampang Jaya (badminton), Majlis Perbandaran Klang (bowling padang, hoki wanita dan bola ba-ling), Majlis Bandaraya Shah Alam (taekwondo) serta Majlis Perban-daran Selayang (olahraga).

“Ia juga berlangsung di Majlis Perbandaran Sepang (berbasikal lebuh raya atau trek), Majlis Per-bandaran Subang Jaya (bola ja-ring), Majlis Perbandaran Kajang (ragbi), Majlis Daerah Kuala Se-langor (petangue), Majlis Daerah Hulu Selangor (karate-do), Majlis Daerah Kuala Langat (memanah dan bola keranjang), Majis Dae-rah Sabak Bernam (pencak silat), manakala bola sepak diadakan di semua daerah,”katanya.

Amirudin merasmikan Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-12 diiringi kibaran bendera oleh wakil kontinjen