jalal qulub

Upload: fakirkelana

Post on 03-Mar-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ISLAM

TRANSCRIPT

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    64

    Kitab Jala al-Qulub bi Zikrillah oleh Tuan Tabal: Satu Analisis

    Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim & Mohd Roslan Mohd Nor

    Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

    Abstrak: Kitab yang diberi nama Kitab Jalaal Qulub Bi Zikrillah oleh Tuan Tabal merupakan sebuah karya yang menekankan berkaitan dengan aspek tasawuf. Kitab ini dibahagikan kepada sepuluh fasal. Setiap fasal dinyatakan ilmu tasawuf dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Setiap bab dihuraikan dengan jelas tentang doktrin bagaimanakah untuk menyucikan diri dan hampir kepada Allah.s.w.t. Tuan Tabal juga juga membicarakan tentang manusia iaitu sebagai hamba Allah yang dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Ahlu Dunia, Ahlu Akirah dan Ahlu Allah dan martabat yang paling mulia ialah Ahlu Allah.

    PENGENALAN Pada peringkat awal istilah tasawuf tidak digunakan dalam memperkenalkan amalan tasawuf ini. Namun tasawuf ini mempunyai persamaan dengan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah iaitu ketika Rasulullah melakukan khalwah.1 Khalwah ialah amalan yang telah dilakukan oleh Rasulullah di gua Hira. Rasulullah telah menyendiri dan mencari ketengan dengan meninggalkan sekejap masyarakat dalam mencari kebenaran dan keredaan Allah S.W.T.2 Tasawuf merupakan bukan sesuatu yang baru, ianya muncul semenjak zaman awal Islam lagi. Namun pada masa itu amalan kerohanian ini bukan dipanggil dengan nama tasawuf. Penggunaan istilah adalah selepas ilmu ini berkembang dengan pesat. Namun sekarang ini perkataan tasawuf luas digunakan yang mana ia meliputi amalan kerohanian.

    Tasawuf adalah suatu ruang ilmu atau pengalaman yang cuba boleh dicapai menerusi apa yang diistilahkan sebagai ad-dhawq (rasan/kecapan rohani) dan al-suluk (pengembaran kerohnian di jalan kesufian).3 Selain itu tasawuf merupakan aspek amalan kerohanian kelompok manusia yang tumbuh dan berkembang dalam kerangka Syariat Islam.

    Oleh yang demikian amalan kerohanian yang tidak berlandaskan Syariat Islam adalah sama sekali tidak boleh dilebalkan sebagai ilmu tasawuf. Ini kerana ilmu tasawuf adalah amalan kerohanian yang berunsurkan Islam semata-mata. Jika sesorang itu mendakwa dirinya mengamalkan amalan kerohanian untuk mendekatkan diri kepda Allah S.W.T tetapi amalannya seharian orang itu tidak selaras dengan Islam maka ia tiada kena mengena dengan amalan yang diiktiraf oleh ilmu tasawuf.

    Secara objektif dapat dikatakan tasawuf ada dalam Islam dan mempunyai dasar yang mendalam.

    Tidak dapat dinafikan dan disembunyikan dapat dilihat dan di baca dalam al-Quran, sunnah Rasul s.a.w. dan para sahabatnya yang mempunyai sifat-sifat zuhud (tidak mahu atau menjauhi hubudunya, tidak suka hidup remeh sebagaimana sikap Khlifah Umar r.a., Ali r.a, Abu Darda, Salman al-Farisi, Abu Dzar r.a. dan lainnya. Terdapat juga dalam al-Quran yang menyarankan umat untuk sentiasa menyebut Allah, terutama apabila mereka ditimpa degan sesuatu perkara yang berbentuk musibah. Ini antaranya: (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"4.

    PERKEMBANGAN ILMU TASAWUF SECARA RINGKAS

    Zaman Rasulullah: Menyebut tentang ilmu tasawuf sudah tentu ianya merujuk kepada golongan sufi yang mencari keradaan Allah dengan menyucikan hati dengan menyebut nama Allah. Ilmu tasawuf ini sebenarnya bermula semenjak zaman awal kedatangan Islam lagi. Walaupun begitu ada juga yang berpendapat yang mengatakan bahawa amalan tasawuf ini tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah. Namun jika diperhatikan sejarah, sebenarnya amalan ini telah bermula pada zaman Rasulullah lagi. Lipatan sejarah telah membuktikan bahawa membuktikan bahawa cara kehidupan kerohanian seperti ini telah diperaktikan oleh baginda s.a.w. sendiri. Namun pada ketika itu istilah Tasawuf ini belum lagi digunakan dan belum lagi di pakai.

    Rasulullah adalah contoh yang paling baik dan sempurna. Pada siang hari baginda menjadi ketua ahli politik manakala pada malam hari pula baginda menjadi abid yang tekun beribadah kepada Allah Taala sehingga bengkak kakinya.5 Amalan zuhd,

    Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    65

    khalwah, tafakkur, muraqabah, tawakul dan lain-lain menjadi dasar para sufi untuk membentuk doktrin ini. Antara amalan yang dilihat dan menjadi asas kepada ilmu tasawuf ialah selepas Rasulullah menjadi Rasul, beliau terus melakukan Khalwah. Saidatina Aishah pernah bertanya: Kenapa tuan hamba beribadah sedemikian rupa, wahai Rasulullah, padahal dosa tuan hamba yang lepas dan akan datang telah diampuni Allah? Lalu baginda Bersabda: Adakah aku tidak patut menjadi hamba Yang bersyukur?6

    Baginda juga tidak pernah meninggalkan amalan khalwah ini setelah Baginda keluar dari Gua Hira.7 Selepas itu Baginda berkhalwah pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan.8 Selain itu terdapat banyak amalan Rasulullah yang menjadi doktrin golongan sufi ini dalam melaksanakan tasawuf ini. Seterusnya cara hidup yang menekankan persoalan kerohanian ini diikuti pula oleh para sahabat, tabiin dan masyarakat sehingga ke hari ini.9 Secara tidak langsung perkembangan pesat displin yang diamalkan oleh Rasulullah ini telah menjadi suatu yang penting dan seterusnya telah diperaktikan oleh masyrakat seluruh pelusuk dunia dalam mencari ketenangan hati dan jiwa. Kurun Kedua Hijrah: Pada masa ini ilmu kerohanian ini berkembang selaras dengan ajaran fiqh. Pada abad yang pertama amalan-amalan peninggalan Rasulullah terus menjadi landasan bagi golongan sufi. Antara kesinambungan yang di buat oleh golongan sufi ialah zikir yang berupa sebutan lisan secara berulang-ulang dan amalan membaiah zikir sebagaimana yang dilakukan Rasulullah sendiri. Baginda pernah berkumpul dengan sahabat dan bertanya tentang amalan kerohanian ini lalu baginda telah menyeru supaya sahabat menyebut tiada yang di sembah melainkan Allah. Kerana dengan menyebut nama Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Pada peringkat ini amalan kerohanian ini masih belum ada suatu peraturan dan kaedah am yang merangkumi amalan ke semua ahli ibadah itu. Pada masa ini amalan kerohanian ini hanya berlaku pada diri individu sahaja bukan dalam bentuk kumpulan dan gerakkan.

    Pada kurun pertama hijrah ini telah ramai tokoh-tokoh ibadah dari kalangan Tabiin yang mengamalkan dan menjalankan kehidupan zuhd. Antaranya ialah Hassan al-Basri (m. 110H./728M.). Beliau adalah pengasas mazhab basrah dalam bidang zuhd yang dibina atas dasar Khawf.10 Selain itu, Dawud al-Tai (m. 165H/785M) beliau memandang dengan hatinya hanya setakat kedua belah tangannya, lalu ia menutup pandangan mata daripada dunia, seolah-olah dia tidak melihat sesuatu pun. Tokoh lain ialah Fudaly b. al-Iyad (m. 187H/807M). Beliau digambarkan sebagai yang mencintai Allah Taala sehingga tiada sesiapa pun yang dapat menandinginya.11

    Seterusnya setelah masa demi masa beredar, maka pada abad yang kedua telah lahir pergerakkan dan aliran yang lebih tersusun dalam menjalankan amalan kerohanian ini. Aliran ini di susun dengan teratur dan mempunyai cara yang tersendiri dalam menjalankan amalan ini. Mereka terdiri daripada golongan yang berilmu dan dilantik beberapa orang guru bagi mengajar mereka yang kurang mengetahui tentang amalan ini. Anak-anak murid telah belahjar melalui guru ini. Pada pertengahan abad yang kedua perkataan suffi telah digunakan sebagai gelaran kepada Abu Hashim al-Kufi al-sufi (150H/776M). Beliau seorang yang berasal Kufah dan kemudiannya tinggal di Sham pada awal kurun ke 2H/8M. Beliau terkenal dengan kezuhudan dan kewarakan. Namun begitu, terdapat juga golongan yang berpendapat bahawa perkataan sufi telah terkenal lebih awal dari masa tersebut.12 Kurun Ketiga Hijrah dan Seterusnya: Ilmu tasawuf ini terus berkembangan pada adab yang seterusnya. Pada abad yang ketiga ini ilmu tasawuf ini dikatakan mencapai kematangan dan kesempurnaan yang sebenarnya. Istilah tariqah dan tariq mula digunakan secara meluas. Pelbagai konsep baru telah diperkenalkan dan ianya telah menjadi perbincangan hebat diantara mereka. Ahli sufi hebat membicarakan tentang penyucian dan perubahan akhlak dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Pada masa ini telah melahirkan ramai tokoh yang pakar dalam ilmu tasawuf ini.

    Pada abad ke3H/9M dan 4H/10M telah lahir cara baru dalam mendalami ilmu tasawuf ini. Pada masa ini telah berlaku pembukuan dalam bentuk karya.13 Keadaan ini telah memudahkan lagi dalam pembelajaran ilmu tasawuf ini. Pada masa ini ilmu tasawuf mula boleh dipelajari dengan cara teoritikal. Ini kerana banyak karya yang telah dihasilkan oleh para ilmuan tasawuf. Antara tokoh yang telah menabur bakti dalam menulis karya ilmu tasawuf ini ialah al-Muhasibi (m. 234H/863M). Hasil karya beliau adalah tertumpu kepada topik musabah diri dan menghuraikan tentang kehidupan kerohanian termasuk maqamat yang akan dilalui oleh para salik ketika dalam menuju perjalanan menuju Allah Taala. Melalui pembukuan ini telah melahirkan ramai ilmuan yang pakar dalam ilmu tasawuf ini.

    Pada abad yang ke-6H masayarakat memberi penghormatan yang tinggi kepada ahli tasawuf. Para murid yang mempelajari ilmu ini akan memberi penghormatan dan mencurahkan taat setia yang sepenuh hati kepada guru mereka. Mereka menganggap bahawa sheikh dan mengharapkan harapan yang tinggi terhadap sheikh. Ini kerana bagi golongan yang mengamalkan ilmu tasawuf ini dapat membantu mereka dalam menyembuhkan jiwa mereka.

    Begitulah seterusnya berlaku sehinggalah ilmu tasawuf sekarang ini terkenal keseluruh pelusuk dunia. Mereka mengamalkan ilmu tasawquf

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    66

    mengikut doktrin dan falsafah mereka sendiri. Kehidupan mereka yang mengamalkan ilmu tasawuf ini sungguh zuhud dan dalam kesedarhanaan. Perkembangan Tasawuf di Alam Melayu: Islam mula meresap masuk ke Tanah Melayu bermula abad yang ketujuh lagi. Apabila Islam menerap masuk ke Alam Melayu pelbagai cara hidup masyrakat telah berubah. Pada zaman pengaruh Hindu Budha masyarakat tidak hidup dengan teratur. Apabila Islam telah bertapak di Alam Melayu, Islam telah melakukan perubahan yang cukup ketara terhadap masyarakat pada masa itu. Pada zaman Islam ini masyarakat hidup dengan lebih tersusun dan Islam telah melengkapkan dari semua aspek kehidupan. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan dan menjadikan Alam Melayu sebagai yang maju dalam semua bidang ilmu.

    Keadaan yang disebutkan di atas turut juga berlaku terhadap ilmu tasawuf. Ini kerana para pedagang yang datang ke Alam Melayu dan menyebarkan ilmu tasawuf ini kepada masyarakat. Pada abad yang ke-9, pengaruh ilmu tasawuf mula berkembang di Melaka. Ini terbukti apabila kemasukan kitab al-Durr al-Manzum karangan Abu Isa al-Shirazi telah diajarkan kepada orang ramai. Kitab ini membahaskan tentang persoalan Zat, Sifat dan Afal Allah SWT berdasarkan pendekatan tasawuf. Menurut Prof Naquib al-Attas, ketibaan kitab ini melambangkan pengaliran ajaran tasawuf ke Tanah Melayu. Setelah itu ilmu taswuf ini telah berkembang ke peringkat yang lebih meluas yang mana ilmu ini mula diajarkan di masjid dan pondok-pondok di seluruh Tanah Melayu terutamanya di Kelantan.

    Selain itu ilmu tasawuf ini juga dapat dilihat semasa zaman Hamzah Fansuri dan Nuruddin ar-Raniri. Mereka masing-masing mengemukan fahaman ilmu tasawuf mereka masing-masing. Walaupun konflik yang besar telah berlaku antara Hamzah Fansuri dan Nuruddin Ar-Raniri, tidak dapat dinafikan bahawa mereka telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu tasawuf ini di Alam Melayu. Ilmu tasawuf berkembang dengan hebat di Tanah Melayu pada masa itu.

    Ramai ilmuan tanah melayu telah melanjutkan pelajaran ke tanah suci Mekah. Mereka telah pergi ke sana untuk menuntut ilmu yang tedapat di sana. Apabila pulang ke kampung halaman, mereka menyebarkan dan mengajar ilmu itu kepada orang lain pula. Ramai diantara mereka setelah pulang mereka menjadi ahli sufi dan mengamalkan ilmu tasawuf dalam kehidupan seharian mereka. Antara tokoh yang telah menyebarkan ilmu tasawuf ini ialah Haji Abdul Shamad bin Mohammad Sholeh Al-Kelantani. Beliau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal. Beliau telah mengamalkan ilmu tasawuf dalam kehidupan seharian dengan kaedah zikir dan amalan tersendiri.

    Boleh dikatakan bahawa beliau adalah pengasas kepada tarikat Ahmadiyah di Kelantan. Beliau telah menulis banyak hasil karya yang berkaitan denagan ilmu tasawuf ini. Antara hasil yang karya yang menyebut tentang ilmu taswuf ini ialah Jalalul Qulub bi Zikrillah, diselesaikan pada waktu Zuhur, hari Rabu, 18 Muharam 1287 Hijrah/1870 Masihi. Kandungannya juga mengenai tasawuf. Cetakan pertama oleh Majlis Ugama Islam Kelantan, 29 Zulhijjah 1254 Hijrah/ 1935 Masihi. Cetakan yang kedua, Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan. Diberi kata pendahuluan oleh Tuan Guru Haji Nik Daud bin Ahmad Jambu, di Bukit Rahmah Tanah Merah, Kelantan. Pada masa ini ramai lagi tokoh yang mengamalkan amalan kerohanian dalam kehidupan seharian mereka dan juga turut diajarkan kepada pengikut-pengikutnya. Analisis Kitab Jala al-Qulub bi Zikrillah: Kitab ini dibahagikan kepada sepuluh fasal, yang mana ianya adalah berkaitan dengan ilmu tasawuf. Setiap fasal dinyatakan ilmu tasawuf dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Setiap bab dihuraikan dengan jelas tentang doktrin bagaimanakah untuk menyucikan diri dan hampir kepada Allah.s.w.t. Dalam kitab ini Tuan Tabal mengemukakan ilmu tasawufnya dengan begitu lengkap dan sempurna. Ianya bermula denagn pendahuluan dan diakhiri dengan Khatimah iaitu penyudah. Jika diperhatikan setiap fasal ia adalah seperti berikut: (1) Pendahuluan: Dalam pendahuluan ini penulis kitab ini membicarakan sebab kenapa kitab ini dinamakan dengan nama Jalaal Qulub Bi Zikrillah (Menyucikan Hati dengan Menyebutkan Allah). Pada muqadimah Tuan Tabal membicarakan tentang manusia iaitu sebagai hamba Allah yang dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Ahlu Dunia, Ahlu Akirah dan Ahlu Allah. Martabat yang paling mulia ialah Ahlu Allah. Ini kerana jika seseorang itu kasih kepada Allah maka Allah akan kasih kepada mereka dan mereka akan selamat untuk selamanya.

    Tuan Tabal juga telah menegaskan supaya manusia jangan mengasihi selain daripada Allah dan jika manusia itu mengasihi sesuatu itu selain Allah hendaklah kerana Allah. Jika manusia itu mengasihi Allah dengan sepenuh hati maka Allah akan memberi balasan yang paling istimewa iaitu denagn memasukkan manusia itu ke dalam syurga. Ini kerana manusia mengasihi selain daripada Allah sesungguhnya setiap benda bernyawa itu tidak kekal dan akan mati. Bagi mengelakan kesedihan dan kerelaan pemergian itu manusia itu perlulah menyayangi sesuatu itu kerana Allah dan bagi mengelakkan daripada berlaku pemberontakkan dan mengelakkan kesedihan yang melampau menyebabkan manusia itu hilang kawalan diri.

    Selain itu ia juga membicarakan sifat-sifat yang terpuji iaitu ada sepuluh pertama kasihkan Allah dengan sepenuh hati, kedua mengasihkan Afalullah,

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    67

    ketiga tawajjih kepada Allah, keempat tawakal kepada Allah, kelima menyerahkan segala pekerjaan kepada Allah, keenam sabar dengan bala dan Qadaq yang telah ditetentukan oleh Allah ketujuh menghinakan diri bagi kebesaran Allah, kelapan hendaklah bertakwa sebenar-benar kepada Allah, kesembilan menyanyangi Allah sepenuh hati dan kesepuluh baqa dengan Allah.

    Sifat inilah yang perlu direalisasikan oleh orang yang beriman bagi mendekatkan diri kepada Allah. Iaitu dengan banyak berzikir kepada Allah, bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah. Tuan Menyarangkan kepada orang-orang yang beriman supaya mereka mencapai martabat Ahlu Allah dan bukan menjadi Ahlu Dunia dan Ahlu Akhirat kerana kedua-dua itu adalah bukan martabat yang paling hampir dengan Allah.

    Selain itu Tuan Tabal juga menyatakan tentang sifat yang keji dari segi kerohanian dan etika yang mesti dijauhi dan seterusnya dihapuskan oleh seseorang yang mencari kebahagian yang sebenarnya. Siafat itu ialah pertama menyayangi selain daripada Allah, kedua lalai terhadap Allah, ketiga syirik kepada Allah, keempat tidak berpegang pada agama Allah, kelima tidak mengambil iktibar daripada takdir yang telah ditentukan oleh Allah, keenam keluh kesah terhadap Allah, ketujuh marah dengan ketentuan Allah, kelapan menbesarkan makhuluk Allah kesembilan tidak memelihara amanah Allah dan kesepuluh menisbatkan wujud hakiki bagi yang lin daripada Allah. Dengan menjauhi segala sifat yang keji ini maka manusia akan selamat di dunia dan di Akhirat kelak. (1) Fasal Pertama: Tuan Tabal menyatakan bahawa hendaklah hanya kasih kepada Allah dan jangan kasih benda lain selain daripada Allah. Ini kerana kasih itu adalah diiberatkan permata yang sangat bernilai. Ia juga melarang kasih selain daripada Allah kerana jika kasih selain daripada Allah maka manusia akan lalai. Ini kerana setiap benda yang hidup akan mati. Bagi mengelakkan manusia itu berasa sedih apabila benda yang dikasihi itu mati atau meninggal dunia atau hilang di sisi mereka. Jika hendak mengasihi selain daripada Allah maka hendaklah mengasihi benda itu kerana Allah.

    Dengan kata lain, ia membicarakan tentang doktrin cinta kepada Tuhan dan cara-cara memupuk cinta itu sehingga manusia akhirnya mendapat kedudukan yang hampir kepada Allah. Manusia hendaklah mengasihi sepenuh hati kepada Allah. Iaitu dengan menumpukan segala kasih sayang hanya kepada Allah. Jika kasih selain, daripada Allah seperti anak, isteri dan kebendaan hendaklah manusia itu cuaba menjauhinya dengan zikir kepada Allah S.W.T. (2) Fasal Kedua: Dalam fasal ini Tuan Tabal, membicarakan tentang kepentingan memusatkan perhatian Rohaniah kepada Allah (tawajjuh). Dilihat

    dari segi kebahagian terakhir untuk manusia. Di dalam usaha kerohanian yang demikian manusia akan mencapai satu peringkat pengalaman yang didalamnya ia tidak terikat dengan alam benda serta dengan nilai-nilai yang timbul daripada. Ia juga akan bebas dari runtunan-runtunan nafsu yang rendah.

    Manusia hendaklah sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan keradaan Allah. Manusia juga perlu banyakkan berzikir dan berfikir tentang kekuasa Allah yang telah menciptakan alam ini dengan begitu sempurna. Manusia juga dilarang melakukan kerosakkan di atas muka bumi ini. Tidak dibenarkan melakukan kesakitan terhadap makhluk yang ada diatas muka bumi ini. Dengan ini manusia akan mencapai martabat yang paling tinggi iaitu martabat ahlulah. Ini menjadikan manusia itu semakin hanpir kepada Allah. (3) Fasal Ketiga: Dalam fasal ini, menganjurkan orang-orang yang percaya pada agama supaya merialisasikan tauhih afalullah iaitu peringkat kejayan rohaniah yang didalamnya orang yang berkenaan merasai dan mengalami bahawa semua perbuatan adalah satu sahaja dan penggerak ialah Allah. Kesedaran ini bukan hanya difahami secara mental sahaja, tetapi dialami dalam pengalaman rohaniah yang menimbulkan keyakinan yang tidak bergongcang.

    Segala perbuatan adalah adalah daripada Allah. Manusia perlu menyerahkan segalanya kepada Allah. Jangan sesekali menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk di alam ini. Ini kerana jika menusia itu menyamakan perbuatan denagn perbuatan Allah maka manusia itu akan menerima azab yang pedih dengan balasan api neraka di akhirat kelak. (4) Fasal Keempat: Membicarakan sifat keutamaan rohaniah iaitu tawaakal kepada Allah disebutnya tawakul atas Allah. Disebutkannya bahawa Maqam tawakkul atau tingkatan kejayan hidup rohaniah yang didalamnya orang yang berkenaan itu benar-benar bertawakkal kepada Tuhan perlu di capai.

    Dilarang menyerahkan sesuatu selaian kepada Allah, kerana setiap insan yang bergelar manusia memepunyai hajat tersendiri walaupun insan itu bergejar dan bertaraf raja sekali pun. Penyerahan diri hanya kepada Allah ini kerana isan tidak boleh menyempurnakan hajat bagi insan yang lain kerana penyerah diri hanya boleh kepada Allah. Setiap manusia perlulah menanam sikap berani dan tidak perlu takut. Manusia hanya perlu takut kepada Allah. Ini kerana hanya Allah tempat penyerahan penyerahan diri. (5) Fasal Kelima: Dalam fasal ini pula Tuan Tabal membicarakan doktrin mengikut kehendak Allah dalam semua perkara dalam kehidupan dengan menyerahkan tadbir hidup kepada Tuhan semata-

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    68

    mata. Dengan cara yang demikian maka manusia akan mencapai keberingan dalam hidupnya. Pada ajaran Tuan Tabal, dari segi ultimate yang mentafsirkan segala hal dan yang dimiliki segala yang ada ialah Tuhan.

    Allah telah mengatur alam ini dengan sistemnya. Manusia hanya mahu merancang sahaja, hanya Allah yang akan menentukan segalanya. Oleh yang demikian segala pekerjaan yang dilakukan hendaklah berserah kepada Allah. Jika manusia menyerahkan segala tadbir ini kepada Allah maka manusia akan selamat dan akan hanpir kepada Allah. (6) Fasal Keenam: Dalam fasal ini Tuan Tabal membicarakan, sifat redha dan hilm. Hilm ialah sifat memahami diri daraipada kasih dan meratap oleh sebab penderitaan. Manusia hendaklah sabar dalam menghadapi bala Allah. Ini kerana bala Allah adalah cabaran dan ujian bagi umat manusia. Bala yang diturunkan itu adalah untuk memeberi kesedaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah hanya maha berkuasa dan mampu untuk melakukan sesuatu dengan mengatakan Kum Fayaku sahaja yang bermaksud jadilah maka jadilah. Seperti mana Firman Allah: Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah dengan Dia berkata: "Jadilah!" Maka terjadilah ia.

    Ayat ini menyatakan bahawa Allah itu maha berkuasa. Oleh yang demikian bala yang diturunkan adalah untuk menyedarkan manusia supaya tidak lalai dan tidak lupa kepada Allah. Allah mendatangkan sakit bagi menghapuskan dosa-dosa. Ketika Allah mendatang bala ini, hendaklah manusia takut dengan kekuasaan yang Allah telah tunjukkan melalui bala ini.

    Sifat hilm tadi adalah sama maknanya dengan sifat sabar. Dengan adanya sifat seperti ini dalam diri seseorang insan yang bergelar manusia maka ia akan mendapat manfaat dari segi mala petaka dan cabaran Tuhan yang ditimpakan keatasnya. (7) Fasal Ketujuh: Dalam fasal ini membicarakan sifat redha manusia dengan segala apa yang dihadkan oleh Tuhan. Dengan adanya sifat redha atau suka dan menyerah pada menerima segala perbuatan Tuhan maka seseorang itu dapat lemah lembut pada qadar dapat manfaat didalam mudharat seperti bunga mawar mekar daripada pohon duri.

    Manusia tidak boleh menyalahkan takdir jika berlaku sesuatu. Seharusnya manusia itu perlu tabah dan redha dengan ketentuan yang telah ditentukan itu. Ini kerana setiap apa yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri. Hikmah ini hanya Allah yang mengetahuinya. Manusia juga tidak boleh meletakkan harapan terlalu tinggi kepada makhluk Allah. Ini kerana segala harapan yang diingini oleh manusia itu hanya Allah sahaja yang mampu untuk melaksanakannya.

    (8) Fasal Kelapan: Dalam ajaran Tuan Tabal sifat takbur mestilah dikikis dari hati manusia dan sebaliknya sifat menghina diri dihadapan Tuhan oleh sebab menyedari kaadaannya yang sebenar dalam perhubungannya dengan Tuhan mestilah direalisasikan.

    Walaupun manusia ini adalah ciptaan Allah yang paling sempurna, manusia tidak boleh takbur dengan keistimewaan yang dimiliki ini. Bahkan manusia ini perlu bersukur dan perlu merasakan dirnya lemah di sisi Allah. Allah amat memuliakan hambanya yang bersyukur.

    Allah amat membenci kepada manusia yang takbur. Ini kerana sikap takbur ini kan merosakkan diri manusia itu sendiri. Takbur akan merosakkan hati manusia itu. Sedangkan dalam Islam manusia dalah sama taraf sahaja yang membezakan ialah ilmu mereka itu. Apabila sikap takbur ini tiada dalam diri manusia maka manusia ini akan menjadi hamba yang bersyukur dan akan menurut perintah Allah. (9) Fasal Kesembilan: Fasal ini membicarakan bagaimana seseorang itu perlu melialisasikan faqir haqiqi (ar-Fiqh haqiqi) iaitu menyedari sifat berkehendakkan kepada Tuhan iaitu sifat yang perlu ada pada seseorang dan bukan berkehendak kepada apa-apa yang lain lagi. Dengan merialisasikn sifat ini dalam peribadi maka seseorang itu dapat merasai kebahagian yang sejati. (10) Fasal Kesepuluh: Sebelum bahagian penghabisan (Khatimah) Tuan Tabal mengajarkan doktrin merialisasikan bahawa wujud haqiqi (atau wujud yang sebenar-benarnya dalam erti kata metafizik) adalah perlu dihubungkan dengan Allahsemata-mata yang lain dari Allah hanya mempunyai wujud majazi iaitu wujud sebagai ibarat sahaja bukan yang sebenar.

    Dengan merialisasikn hakikat ini dalam pengalaman rohaniah maka seseorang itu akan sedar dengan sebenarnya akan hakikat Keesaan Tuhan(wahdahnya) iaitu pa yang terkandung dalam shahadah. Seseorang yang mencapai hakikat ini dengan pengalaman rohaniah adalah orang yang mempunyai hikmah dan bukan hanya mengetahui sahaja. Orang yang demikian juga adalah bebas dari ikatan masa dan ruang dalam hidupnya.

    KESIMPULAN

    Perbincangan di atas jelas membicarakan beberapa hakikat kerohanian dan tasawuf yang merupakan benih-benih asasi pemikirannya yang berkaitan dengan perhubungan antara Tuhan, manusia dan alam. Tuan Tabal menyarankan manusia supaya berusaha dalam mengejar martabat yang paling tinggi iaitu martabat Ahlu Allah. Dengan mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, seperti yang telah dinyatakan

  • PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    69

    sebelum ini, maka manusia ini akan dipermudahkan untuk menuju martabat ini. Apabila mencapai martabat ini manusia akan selamat untuk selamanya.

    Beliau juga menyarangkan supaya manusia ini memilih dan berhati-hati dalam memilih sahabat. Ini keran sahabat sedikit sebanyak akan memberi pengaruh dalam kehidupan seharian. Jika sahabat yang di pilih itu baik maka akan baiklah persahabatan yang dijalinkan itu.

    Selain itu, Tuan Tabal menyarankan supaya manusia ini memelihara kerja mereka. Manusia tidak boleh melakukan sesuatu itu sesuka hati. Dengan memilihara kerja ini maka manusia ini kan berhati-hati dan akan menjauhi pekerjaan yang akan menuju kelembah kehinaan. Manusia juga hendaklah cuba untuk menjauhi daripada melakukan benda yang telah diharamkan oleh syarak.

    Dalam mendekatkan hati kepada Allah ini Tuan Tabal telah mengemukan dua teori mudah dan boleh dilakukan oleh semua manusia kerana ia sangat senang. Cara yang bertama ialah dengan cara berzikir. Dengan berzikir manusia akan sentiasa mengingati Allah. Apabila manusia sentiasa mengingati Allah maka manusia akan takut untuk melakukan kemungkaran. Cara yang kedua ialah dengan cara berfikir tentang kejadian alam ini. Alam ini diciptakan dengan begitu sempurna. Jika manusia meneliti setiap kajadiaan alam ini maka manusia kan menjadi hamba yang bersyukur.

    NOTA HUJUNG 1 Pengasingan @pengunduran diri untuk tujuan-

    tujuan spiritual. Atau dalam pengertiannya yang lebih teknikal istilah ini merujuk kepada perbualan (muhadatlah) yang bersifat sirr yang berlaku secara langsung dengan Tuhan.

    2 Othman Napiah (2001). Pengantar Ilmu Tasawuf. Shah Alam: Universiti Teknologi Malaysia.

    3 Zakaria Stapa (1995). Akhlak & Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Snd. Bhd., h. 32

    4 Ertinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. kalimat Ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

    5 Keadaan ini terbukti ketika: syaidatina Aishah

    pernah bertanya: Kenapa tuan hamba beribadah sedemikian rupa, wahai Rasulullah, padahal dosa tuan hamba yang lepas dan akan datang telah diampuni Allah?. Lalu baginda Bersabda: Adakah aku tidak patut menjadi hamba Yang bersyukur?. Hadith diriwayatkan oleh: al-Bukhari sahih Bukhari.

    6 Hadith diriwayatkan oleh Bukhari di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari.

    7 Baginda telah menyisihkan diri dan memutuskan hubungan dengan masyarakat buat seketika untuk mencari kebersihan rohani dan dan memohon ketenangan jiwa dan merenung keagungan dan kekuasaan Ilahi yang berakhir dengan menikmati kerinduan yang mendalam terhadap Allah SWT.

    8 Para fuqa mengistilahkannya sebagai Itikaf. 9 Abd al-Rahman Badawi, Tarikh al-Tasawuf al-

    Islami, Kuwait: Wakalah al-Matbaah, h. 152. 10 Wan Suhaimi Wan Abdullah & Che Zarrina

    Saari (ed) (2004), Tasawuf dan Ummah, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, h. 9.

    11 Ibid., h. 16. 12 Muhammad Ghallab (1968), al-Tasawuf al-

    Islami, Kaherah: Mktabah al-Nahdah,cet. 2, h. 45.

    13 Ibid., h. 16.

    RUJUKAN Al-Quran Abd al-Rahman Badawi (t.t.). Tarikh al-Tasawuf al-

    Islami, Kuwait: Wakalah al-Matbaah. Muhammad Ghallab (1968). al-Tasawuf al-Islami,

    Kaherah: Maktabah al-Nahdah,cet. 2. Othman Napiah (2001). Pengantar Ilmu Tasawuf.

    Shah Alam: Universiti Teknologi Malaysia. Wan Suhaimi Wan Abdullah & Che Zarrina Saari

    (ed) (2004). Tasawuf dan Ummah, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya.

    Zakaria Stapa (1995). Akhlak & Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.