jabatan perumahan negara kpkt/dasar/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan...

50
JABATAN PERUMAHAN NEGARA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN ARAS 6, BLOK F (UTARA), PUSAT BANDAR DAMANSARA 50782 KUALA LUMPUR TEL: 603-2087 4500/4700 FAKS: 603-2093 6982

Upload: others

Post on 09-Dec-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

JABATAN PERUMAHAN NEGARAKEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

ARAS 6, BLOK F (UTARA), PUSAT BANDAR DAMANSARA

50782 KUALA LUMPUR

TEL: 603-2087 4500/4700FAKS: 603-2093 6982

Page 2: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

2

Page 3: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

3

Selaras dengan Gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, adalah menjadi harapan Kerajaan

membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang mampu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) telah menetapkan bahawa pembangunan perumahan akan terus diberi penekanan untuk menyediakan perumahan yang mencukupi dengan persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera di samping kemudahan awam yang lengkap dan kemudahan taman rekreasi yang bermutu.

Justeru itu, sektor swasta diberi kepercayaan untuk memacu industri perumahan negara. Sektor awam pula akan memberi kerjasama sebagai pemudahcara yang berkesan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan perumahan mampu milik untuk golongan yang berpendapatan rendah.

Pelancaran Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah amat sesuai dan bertepatan dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh industri perumahan. Adalah menjadi harapan Kerajaan untuk menjadikan DRN sebagai alat berkesan bagi memastikan keteguhan industri perumahan.

DRN juga akan memberi perhatian terhadap pembangunan yang seimbang dengan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan perumahan yang mesra alam serta penggunaan teknologi dan inovasi baru dalam sektor perumahan.

Dengan pelaksanaan DRN ini, saya percaya, sektor perumahan akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara langsung dan merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

PerutusanTimbalan Perdana Menteri Malaysia

Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. YassinTimbalan Perdana Menteri Malaysia

Page 4: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

4

PerutusanMenteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Kerajaan komited ke arah memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu

dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah. Komitmen ini dapat dicapai melalui strategi yang memberi keseimbangan kepada permintaan dan penawaran, memperkenalkan industri perumahan yang cekap dan mampan serta menyediakan kemudahan awam dan persekitaran yang bersih.

Dalam hubungan ini, adalah mustahak bagi Kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk mewujudkan industri perumahan yang berdaya saing dan mampan. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pemilik rumah dan juga pemaju perumahan.

Dalam hal ini, pembentukan Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah tepat pada masanya untuk membantu sektor swasta menyahut seruan Kerajaan bagi mencapai matlamat menyediakan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki bagi kumpulan yang memerlukan.

Untuk memastikan sektor perumahan mencapai kemajuan yang diharapkan dan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan, DRN dijangkakan mampu menyelesaikan masalah dan cabaran yang berkaitan dengan kualiti pembinaan, isu projek perumahan terbengkalai, dan keupayaan memiliki atau menyewa rumah melalui sistem pengagihan yang efektif dalam Program Perumahan Rakyat (PPR).

Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan DRN, dengan

enam (6) teras strategik dan dua puluh (20) pernyataan dasar dapat menyediakan hala tuju yang jelas kepada agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan yang maju dan berdaya saing.

Dato’ Wira Chor Chee HeungMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 5: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

5

PrakataKetua Setiausaha Kementerian

Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Dato’ Ahmad bin Haji KabitKetua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Dasar Perumahan Negara (DRN) diwujudkan untuk menggariskan halatuju serta dijadikan asas dalam

perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Matlamat DRN adalah untuk menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti, dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

DRN juga diperkenalkan untuk menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perumahan pada masa kini. Isu-isu yang kompleks dan mencabar serta cabaran memerlukan penyelesaian yang cekap bagi menjamin pertumbuhan industri yang sihat dan mampan.

Untuk merealisasikan matlamat dan objektif DRN, satu pelan tindakan akan dibentuk untuk menggariskan langkah-langkah strategik yang selaras dengan matlamat dan teras DRN. Kejayaan dalam melaksanakan DRN ini juga memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak dalam industri perumahan di negara ini. Sehubungan itu, kerjasama yang erat di antara sektor awam dan sektor swasta amatlah penting dalam menangani pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perumahan.

Saya yakin kejayaan pelaksanaan DRN akan dapat menyumbang sebanyak mungkin kepada pertumbuhan ekonomi negara walaupun ianya masih dibelenggu dengan kemungkinan yang tidak pasti pada masa hadapan.

Page 6: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

6

3 PERUTUSAN Timbalan Perdana Menteri Malaysia Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

5 PRAKATA Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

9 PENGENALAN

14 KEPERLUAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)

16 ISU-ISU DAN CABARAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)

24 MATLAMAT DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)

26 OBJEKTIF DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)

29 TERAS DAN PERNYATAAN DASAR PERUMAHAN

NEGARA (DRN) Teras 1 32 Teras 2 34 Teras 3 36 Teras 4 38 Teras 5 40 Teras 6 42

46 SINGKATAN

50 PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

Page 7: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

7

Page 8: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

8

Page 9: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

9

Perumahan merupakan salah satu keperluan asas untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa

terpelihara. Sektor pembinaan juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan sektor-sektor lain, termasuk sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan bahan-bahan binaan. Berdasarkan Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2010/2011, sektor pembinaan dijangka menyumbang sebanyak 4.9% daripada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2010.

Oleh itu, Kerajaan perlu terus memberi penekanan terhadap keperluan penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa terutamanya bagi memenuhi keperluan golongan yang disasarkan. Penekanan akan diberi kepada kesesuaian lokasi serta persekitaran tempat tinggal yang kondusif selaras dengan Strategi Keempat, Rancangan

Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi memastikan akses kepada perumahan berkualiti dan mampu milik. Dalam RMKe-10, Kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak 78,000 unit rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan untuk penempatan semula setinggan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38,950 unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 39,050 unit di bawah program yang berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain daripada itu, sebuah dana berjumlah RM500 juta akan diperuntukkan di bawah RMKe-10 bagi tujuan membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan rumah mampu milik awam dan swasta. Dana ini akan diagihkan melalui kaedah geran sepadan, di mana separuh daripada kos akan disumbangkan oleh Kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.

PENGENALAN

Page 10: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

10

Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu “Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah” dan “Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar”, Kerajaan telah memutuskan beberapa langkah drastik diambil untuk mengatasi masalah perumahan, khususnya bagi golongan miskin dan miskin tegar. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

(i) Memberikan bantuan untuk meningkatkan hak milik rumah dengan menawarkan 44,000 unit rumah kos rendah untuk dijual dan disewa melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN);

(ii) Menyediakan 50,000 unit rumah baru dan dibaik pulih untuk penduduk miskin dan miskin tegar luar bandar menjelang 2012, dua pertiga daripadanya di Sabah dan Sarawak;

(iii) Memastikan penerima bantuan yang berkelayakan sahaja menerima bantuan perumahan. Bakal penerima bagi program perumahan ini dikenalpasti oleh agensi-agensi peringkat daerah dan negeri serta menerusi portal e-Kasih, pangkalan data nasional mengenai isi rumah berpendapatan rendah; dan

(iv) Menawarkan bantuan kewangan bagi bayaran muka, yuran guaman dan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah untuk isi rumah berpendapatan rendah yang bukan penerima atau pembeli rumah kos rendah yang disediakan oleh Kerajaan.

Page 11: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

11

Page 12: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

12

Page 13: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

13

Dalam memenuhi keperluan ini, faktor-faktor seperti kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan sentiasa mempengaruhi permintaan dan penawaran sektor perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa, pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk di mana keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran perumahan adalah lebih meluas. Namun, bagi memenuhi keperluan perumahan masa kini, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, Kerajaan dan pihak swasta haruslah memainkan peranan masing-masing untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat.

Bagi pelaksanaan pemajuan perumahan oleh pihak swasta, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa mengambil tindakan pemantauan dan penguatkuasaan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] untuk memastikan projek-projek berjalan lancar dan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Page 14: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

14

KEPERLUANDasar Perumahan Negara

Page 15: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

15

Dasar Perumahan Negara (DRN) dijadikan hala tuju dan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan oleh semua kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan serta pihak swasta.

Page 16: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

16

Bagi memastikan sektor perumahan dalam negara mencapai pembangunan yang sihat dan terus meyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, pelbagai isu dan cabaran berkaitan perumahan perlu ditangani dengan berkesan. Antara isu-isu utama yang dikenalpasti ialah:

(i) Kualiti rumah yang dibina;

(ii) Projek perumahan terbengkalai;

(iii) Kemampuan serta aksesibiliti rakyat untuk membeli atau menyewa rumah yang disediakan;

(iv) Permintaan yang melebihi penawaran bagi rumah kos rendah dan kos sederhana;

(v) Pembangunan PRMM di lokasi yang tidak strategik; dan

(vi) Isu pengagihan PRMM.

ISU-ISU DAN CABARANDasar Perumahan Negara

Page 17: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan
Page 18: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

18

Bagi menangani isu-isu perumahan ini secara menyeluruh, DRN dapat dijadikan sebagai asas bagi memandu, mengurus dan menyelaras perancangan dan pembangunan sektor perumahan agar lebih efisien dan sistematik. DRN digubal dengan tujuan untuk memastikan sektor perumahan dapat mengatasi cabaran-cabaran yang sedang dan akan dihadapi, serta terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang. Cabaran-cabaran tersebut antaranya adalah seperti berikut :

(i) Penyediaan PRMM masih tidak mencukupi

Pada umumnya, penyediaan rumah oleh sektor swasta telah dapat memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan golongan setinggan masih belum mencukupi.

Berasaskan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) Berkomputer yang dikendalikan oleh KPKT bagi tempoh 1 Januari 2009 sehingga 31 Ogos 2010, seramai 20,426 orang telah mendaftar untuk memiliki rumah kos rendah di seluruh negara. Di samping itu, bancian oleh Kerajaan-kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2010 pula menunjukkan seramai 90,282 keluarga setinggan yang masih belum dipindahkan dan ditempatkan semula.

Page 19: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

(ii) Kualiti pembinaan yang rendah

Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang didirikan telah mencapai tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih terdapat pemajuan yang kurang berkualiti. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan rumah-rumah yang didirikan kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian. Penggunaan teknologi pembinaan terkini yang masih rendah dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang kurang mahir dan murah turut menjejaskan kualiti pembinaan rumah.

Page 20: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

20

(iii) Kelemahan dalam memastikan pelaksanaan dan pematuhan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan perumahan

Sebelum sesuatu projek perumahan dimulakan, ianya perlu melalui proses permohonan dan kelulusan di peringkat pejabat tanah dan PBT. KPKT berperanan untuk mengeluarkan lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan selepas kelulusan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan diperolehi daripada PBT. Jika berlaku kelemahan dalam mana-mana peringkat kelulusan, seluruh proses pemajuan akan lewat dilaksanakan.

Page 21: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

21

(iv) Kelemahan kawalan, pemantauan dan penguatkuasaan

Terdapat beberapa undang-undang yang terpakai dalam cadangan pemajuan untuk melaksanakan projek perumahan. Ini termasuklah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan peraturan-peraturan tanah di negeri-negeri. Keperluan pematuhan kepada semua aspek perundangan dan peraturan ini amat penting untuk difahami dan diikuti bagi memastikan pelaksanaan projek perumahan dibuat mengikut kelulusan yang diberikan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dan kelemahan pelaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan.

Dari segi pembinaan PRMM, terdapat pelbagai agensi dan badan-badan tertentu yang terlibat termasuklah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), badan-badan berkanun, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDC) dan agensi lain yang berkaitan. Penyelarasan di kalangan agensi-agensi ini adalah perlu supaya pembinaan dan pengagihan unit-unit rumah mengikut negeri dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, sistematik dan seimbang. Dalam hubungan ini, DRN mencadangkan supaya peranan dan kerjasama kesemua agensi dan badan-badan yang terlibat dipertingkatkan.

Page 22: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

22

(v) Masalah pelaksanaan kuota PRMM

Para pemaju perumahan terikat kepada syarat-syarat menyediakan PRMM mengikut kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, dari segi pelaksanaan, penetapan kuota didapati tidak seragam dan tidak konsisten antara negeri-negeri. Para pemaju perumahan pula lebih berminat sekiranya mereka tidak menanggung bebanan membina PRMM kerana kos pembinaannya perlu disubsidi daripada penjualan rumah harga sederhana dan tinggi. Di samping itu, disebabkan siling jualan bagi PRMM telah ditetapkan, penjualan unit-unit PRMM ini tidak memberi pulangan yang memuaskan.

(vi) Peningkatan tahap kemampanan sektor perumahan

Pada masa sekarang, walaupun terdapat usaha yang dilakukan untuk mempertingkatkan tahap kemampanan sektor perumahan, namun keperluan untuk memperkemaskannya perlu diteruskan dalam konsep pembangunan yang seimbang. Dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memantapkan kualiti dan standard pembinaan perumahan, DRN memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi dan peralatan terkini seperti penggunaan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) serta menggalakkan perkongsian teknologi dan kepakaran dari luar negara.

Page 23: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

23

(vii) Persekitaran dan kemudahan sosial yang kurang kondusif

Sebilangan kawasan perumahan didapati tidak mempunyai kemudahan sosial dan perkhidmatan asas yang lengkap seperti kemudahan pengangkutan, keselamatan dan penyenggaraan. DRN mencadangkan supaya pemajuan perumahan turut memberi penekanan terhadap peningkatan tahap kemudahan sosial, perkhidmatan asas dan persekitaran yang kondusif. DRN juga menyarankan supaya program-program kejiranan bagi menangani isu-isu sosial, keselamatan awam dan pemuliharaan alam sekitar juga dipertingkatkan.

Page 24: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

24

MATLAMATDasar Perumahan Negara

Page 25: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

25

Menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemapanan hidup rakyat.

Page 26: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

26

Objektif 1

Objektif 2

Objektif 3

Menyediakan Perumahan yang Mencukupi dan Berkualiti dengan Kemudahan yang Lengkap dan Persekitaran yang Kondusif;

Meningkatkan Keupayaan dan Aksesibiliti Rakyat bagi Memiliki atau Menyewa Rumah; dan

Menetapkan Hala Tuju Kemampanan Sektor Perumahan.

OBJEKTIFDasar Perumahan Negara

Page 27: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

27

Page 28: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

28

Page 29: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

29

Bagi mencapai objektif-objektif yang ditetapkan, DRN digubal berasaskan kepada enam (6) teras dan dua puluh (20) pernyataan dasar.

Teras 1: Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya

Teras 2:Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan Perumahan

Teras 3:

Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan Memastikan Pematuhan Kepada Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Perumahan

Teras 4:Peningkatan Keupayaan Rakyat Bagi Memiliki Rumah Serta Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah

Teras 5:Pemampanan Sektor Perumahan

Teras 6:Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan Asas dan Persekitaran yang Berdaya Huni (Liveable)

TERAS DAN PERNYATAAN Dasar Perumahan Negara

Page 30: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

30

Page 31: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

31

Page 32: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

32

TERAS 1: Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya

Rumah merupakan keperluan asas dan selaras dengan “shelter for all”, Kerajaan komited dalam memastikan bahawa semua rakyat mampu memiliki atau menyewa rumah. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan masih belum mencukupi.

Oleh itu, Kerajaan dan pihak swasta perlu meneruskan usaha penyediaan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) untuk disewa atau dibeli oleh semua golongan rakyat, termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta ibu tunggal. Pelaksanaan rumah-rumah kos sederhana oleh pihak swasta juga digalakkan bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM3,999 sebulan.

Page 33: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

33

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:

DRN 1.1: Peningkatan peranan agensi-agensi Kerajaan di peringkat negeri selain daripada Kerajaan Persekutuan dan pihak swasta dalam meneruskan usaha penyediaan PRMM untuk disewa atau dimiliki;

DRN 1.2: Penyediaan perumahan untuk semua golongan rakyat terutamanya rumah kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah dan menggalakkan penyediaan rumah kos sederhana untuk golongan berpendapatan sederhana; dan

DRN 1.3: Kerajaan Negeri diberi fleksibiliti dalam penentuan kuota Rumah Kos Rendah (RKR) yang perlu dibina dalam projek pemajuan bercampur mengikut kesesuaian lokasi dan permintaan.

Page 34: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

34

TERAS 2: Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan Perumahan

Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang didirikan telah mencapai tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih terdapat pemajuan yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan dan menyebabkan kualiti pembinaan rumah adalah rendah. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan serta kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang tidak terlatih juga merupakan antara faktor utama yang menyebabkan rumah yang didirikan kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian. DRN menggariskan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan perumahan dengan menggalakkan penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah, penggunaan piawaian kualiti minimum pembinaan dan penggunaan bahan-bahan binaan tempatan yang berkualiti.

Page 35: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

35

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:

DRN 2.1: Penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah bagi kerja-kerja pembinaan bangunan bagi meningkatkan kualiti rumah melalui sistem akreditasi yang telah diiktiraf;

DRN 2.2: Penetapan standard kualiti dan spesifikasi minimum perumahan; dan

DRN 2.3: Peningkatan penggunaan bahan-bahan binaan tempatan.

Page 36: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

36

TERAS 3: Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan Memastikan Pematuhan Kepada Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Perumahan

Pematuhan kepada semua aspek perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan pemajuan perumahan adalah amat penting bagi memastikan projek perumahan dilaksanakan secara teratur, mengikut jadual pelaksanaan dan spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya undang-undang, dasar dan peraturan tidak dilaksanakan dengan berkesan, ianya akan menjejaskan sistem penyampaian sektor perumahan.

Melalui DRN, penyelarasan dan pelaksanaan dasar yang melibatkan pelbagai agensi akan dipertingkatkan. Sementara itu, keupayaan dan kecekapan sistem penyampaian perumahan juga akan dipertingkatkan melalui pemantauan, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan dan pelaksanaan kaedah-kaedah baru yang telah diperkenalkan seperti pelaksanaan Pusat Sehenti (OSC), Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan konsep Bina Kemudian Jual (BKJ). Di samping itu, untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam sektor perumahan mengenai pembinaan, penjualan dan penyenggaraan RKR awam, hanya satu agensi Kerajaan Persekutuan akan dipertanggungjawabkan.

Page 37: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

37

Lima pernyataan dasar adalah seperti berikut :

DRN 3.1: Penyediaan, pengemaskinian dan penguatkuasaan perundangan, peraturan-peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan sektor perumahan;

DRN 3.2: Peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berkaitan dengan perumahan melalui penyelarasan dasar dan pelaksanaan yang melibatkan pelbagai agensi;

DRN 3.3: Penggalakan kaedah BKJ dalam sistem penyediaan perumahan;

DRN 3.4: Peningkatan hubungan dan kerjasama di kalangan pihak Kerajaan, swasta dan badan-badan profesional dalam sektor perumahan; dan

DRN 3.5: Program-program perumahan awam di peringkat persekutuan dipertanggungjawab-

kan kepada hanya satu agensi persekutuan yang akan merancang, melaksana, menjual/menyewa dan menyenggara perumahan awam. Di peringkat negeri pula, ianya akan terus dipertanggungjawabkan melalui agensi-agensi di bawahnya.

Page 38: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

38

TERAS 4: Peningkatan Keupayaan Rakyat bagi Memiliki Rumah serta Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah

Dalam memenuhi keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, faktor-faktor seperti kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan sentiasa mempengaruhi kedudukan permintaan dan penawaran sektor perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa, pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk di mana keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran perumahan adalah lebih meluas. Bagi mengimbangi keperluan perumahan masa kini, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pihak Kerajaan dan swasta perlu memainkan peranan masing-masing untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat. Melalui DRN, pendekatan komprehensif dan menyeluruh diperkenalkan untuk meningkatkan aksesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah yang disediakan.

Page 39: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

39

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:

DRN 4.1: Penentuan paras harga rumah serta pengawalan terhadap pemilikan dan penjualan Rumah Kos Rendah (RKR) bagi tujuan mengelakkan spekulasi;

DRN 4.2: Penentuan kadar sewa RKR awam yang realistik; dan

DRN 4.3: Menyedia dan mempertingkatkan kemudahan pembiayaan untuk membeli rumah bagi golongan berpendapatan rendah.

Page 40: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

40

TERAS 5: Pemampanan Sektor Perumahan

Melalui DRN, usaha untuk meningkatkan kemampanan sektor perumahan dilaksanakan melalui pelbagai usaha oleh pihak Kerajaan dan pihak swasta. Antara perkara yang diberi penekanan ialah pelaksanaan pembangunan yang seimbang dan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan rumah yang mesra alam dengan penggunaan teknologi dan inovasi baru. Penekanan diberikan terhadap pelaksanaan konsep teknologi hijau (green technology) yang dapat membantu memelihara alam sekitar dalam konteks kecekapan penggunaan tenaga dan sumber, khususnya dalam reka bentuk bangunan, penggunaan bahan-bahan kitar semula dan pembangunan bangunan pintar (smart building). Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan lagi kualiti kehidupan di samping memelihara alam sekitar.

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:

DRN 5.1: Peningkatan penggunaan teknologi baru, inovasi dan penyediaan perumahan yang mesra alam;

DRN 5.2: Peningkatan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor perumahan; dan

DRN 5.3: Penggalakan pembaharuan bandar (urban renewal) dan pembangunan semula bangunan lama selaras dengan matlamat Kerajaan bagi tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan.

Page 41: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

41

Page 42: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

42

TERAS 6: Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan Asas dan Persekitaran Yang Berdaya Huni (Liveable)

Sebilangan kawasan perumahan didapati masih belum dilengkapi dengan kemudahan sosial dan perkhidmatan asas yang sempurna seperti kemudahan pengangkutan, keselamatan dan penyenggaraan. Memandangkan perumahan adalah aspek yang penting bagi membentuk kesejahteraan rakyat dan masyarakat bersepadu, DRN mencadangkan supaya selain menyediakan perkhidmatan asas, pendekatan perancangan pembangunan yang seimbang hendaklah diamalkan dengan memasukkan elemen kemudahan sosial, pembentukan persekitaran yang kondusif serta berdaya huni (liveable) termasuk pelaksanaan konsep Bandar Selamat dan pembangunan komuniti (community building).

Page 43: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

43

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut :

DRN 6.1: Penyediaan perumahan yang lengkap dan pembangunan yang mampan dengan kemudahan dan perkhidmatan asas mengikut piawaian dan keperluan semasa serta keperluan-keperluan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;

DRN 6.2: Pemantapan mekanisme pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata dan harta bersama yang efisien; dan

DRN 6.3: Pelaksanaan konsep Bandar Selamat yang berkaitan dengan kawasan perumahan.

Page 44: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

44

Page 45: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

45

Page 46: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

46

Akta 118 : Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)1966

Akta 133 : Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Akta 171 : Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 172 : Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 BKJ : Bina Kemudian Jual

CCC : Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan

DBKL : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

DRN : Dasar Perumahan Negara GTP : Program Transformasi Kerajaan

IBS : Sistem Pembinaan Berindustri IPT : Institusi Pengajian Tinggi JPN : Jabatan Perumahan Negara KDNK : Keluaran Dalam Negeri Kasar

KPKT : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

KTN : Kanun Tanah Negara 1965 NGO : Badan-Badan Bukan Kerajaan NKRA : Bidang Keberhasilan Utama Negara OKU : Orang kelainan upaya OSC : Pusat Sehenti (One Stop Center)

PBT : Pihak Berkuasa Tempatan

PRMM : Perumahan Rakyat Mampu Milik

R&D : Penyelidikan dan pembangunan RKR : Rumah Kos Rendah RMK-10 : Rancangan Malaysia Kesepuluh SEDC : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri SPNB : Syarikat Perumahan Negara Berhad SPT : Sistem Pendaftaran Terbuka

SINGKATAN

Page 47: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

47

Page 48: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

48

Page 49: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

49

Page 50: JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT/DASAR/… · meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan NegaraNational Housing Policy

50

Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan dalam memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan penyediaan Dasar Perumahan Negara (DRN). Penghargaan juga ditujukan khas buat wakil-wakil daripada Badan-Badan Profesional, Institusi Pengajian Tinggi, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan DRN ini.

PENGHARGAAN