jabatan ketua pengarah tanah dan galian (p) kampus nre wadi ilmu... · kementerian/jabatan...

25
JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) SEKSYEN PENGAMBILAN TANAH JABATAN KETUA PENGARAH TANAH & GALIAN

Upload: phamphuc

Post on 27-Apr-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P)

SEKSYEN PENGAMBILAN TANAH

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH & GALIAN

Page 2: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

PENDAHULUAN

i. Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang sesuai dengan berunding dengan agensi-agensi yang berkaitan serta memastikan peruntukan kewangan telah mencukupi iaitu dua (2) tahun sebelum perlaksanaan projek.

ii. KJP perlu membuat permohonan pengambilan tanah melalui pengistiharan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) terlebih dahulu dan diikuti dengan pengistiharan di bawah Seksyen 8, APT 1960. ( Surat arahan JKPTG bertarikh 6 Jun 2012).

Page 3: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

Dalam Proses Pengambilan Tanah Dan Perkara-perkara Yang

Perlu Diambil Perhatian

Page 4: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

1. Cadangan Pengambilan Tanah Untuk Diwartakan Di bawah Seksyen 4, APT 1960 (i) KJP

(a)

KJP berbincang dengan JKPTG Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah berhubung dengan cadangan untuk mendapatkan tanah yang mungkin akan diambil untuk diwartakan di bawah Seksyen 4, APT 1960 bagi membolehkan KJP memasuki tapak untuk mengkaji Kesesuaian tanah (soil test) serta lain-lain maklumat dan Keperluan sebelum mengemukakan permohonan.

(b) Semasa menentukan kesesuaian tapak, KJP perlu mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Page 5: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

i. Menentukan spesifikasi projek;

ii. Memastikan projek yang dicadangkan bersesuaian dengan perancangan pembangunan.

iii. Memastikan tiada bantahan oleh masyarakat Setempat (politik/orang awam/NGO);

iv. Elakkan tapak yang mempunyai bebanan sosial yang rumit

v. Menyediakan peruntukan yang mencukupi

(c) KJP mengemukakan permohonan secara online melalui laman sesawang www.etapp.gov.my kepada JKPTG Negeri dan disalinkan kepada JKPTG Ibu Pejabat berserta perkara-perkara berikut:

Page 6: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

i. Surat permohonan pengambilan tanah dan salinan pengesahan permohonan pengambilan tanah yang dicetak daripada sistem e-tapp.

ii. Salinan pelan pengambilan lengkap yang mengandungi:

butir-butir tanah terkini seperti senarai No.

lot/PT yang terlibat, Mukim dan Daerah di mana tanah tersebut berada; dan

bilangan salinan pelan yang mencukupi [berbeza

mengikut negeri] iii. Pengesahan peruntukan kewangan yang

mencukupi untuk membiayai kos pampasan kerosakan akibat kerja-kerja ukur dan kajian tanah.

Page 7: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

(ii) JKPTG Negeri (d) JKPTG Negeri menerima, menyemak dan seterusnya mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan disalinkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), JKPTG Ibu Pejabat dan juga Pejabat Tanah Daerah (PTD).

(e) Bagi negeri-negeri yang proses pengambilan tanah tidak diuruskan oleh JKPTG Negeri, Pejabat Tanah akan memproses permohonan bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)/Menteri Besar /Ketua Menteri dan diwartakan di bawah Seksyen 4, APT 1960. Catatan : Bagi Negeri Selangor, Perak, Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, kuasa meluluskan telah diturunkan kepada Menteri Besar manakala bagi Negeri Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu masih lagi di bawah bidang kuasa MMK. Bagi W. P Kuala Lumpur kelulusan di bawah bidangkuasa Jawatankuasa Kerja Tanah W.P Kuala Lumpur.

Page 8: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

(iii) KJP (f) KJP boleh memasuki tanah dan membuat kerja-kerja ukur dan mengkaji kesesuaian tanah hanya setelah PTG mengeluarkan Borang ‘B’ (Kuasa Masuk dan Mengukur).

(g) Segala gantirugi kerosakan ke atas tanah akibat kerja-kerja ukur dan mengkaji kesesuaian tanah sebagaimana yang dinilai oleh PT akan dibayar oleh KJP kepada tuan tanah sekiranya tanah tersebut didapati tidak sesuai dan tidak jadi dibuat pengambilan.

(h) Dalam tempoh 12 bulan, jika KJP mendapati tanah tersebut sesuai dibuat pengambilan, maka KJP hendaklah memohon pengistiharan pengambilan tanah di bawah Seksyen 8, APT 1960.

Page 9: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

(i) Sekiranya KJP merasakan kajian tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 12 bulan, maka KJP perlu membuat permohonan baru di bawah Seksyen 4, APT 1960.

Page 10: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

2. Permohonan Pengambilan Tanah Untuk diwartakan Di Bawah Seksyen 8, APT 1960 (i) KJP

(a)

KJP berbincang dengan JKPTG Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah bagi memastikan tanah tersebut akan dibuat pengambilan untuk diwartakan di bawah Seksyen 8, APT 1960.

(ii) JKPTG Negeri / Pentadbir Tanah (PT)

(b) JKPTG Negeri/PT akan membawa cadangan ini untuk dibincangkan dan mendapatkan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

(iii) KJP (c) KJP mengemukakan permohonan secara online melalui laman sesawang www.etapp.gov.my kepada JKPTG Negeri dan disalinkan kepada JKPTG Ibu Pejabat berserta perkara-perkara berikut:

Page 11: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

i. Surat permohonan pengambilan tanah dan salinan pengesahan permohonan pengambilan tanah yang dicetak daripada sistem e-tapp;

ii. Salinan pelan pengambilan yang lengkap (mengikut skala) yang mengandungi ;

butir-butir tanah terkini seperti yang tercatat

dalam kedua-dua syit litho di Pejabat Tanah dan Pelan Akui di Pejabat JUPEM yang berkenaan;

skala sama seperti dalam syit litho Pejabat

Tanah;

Page 12: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

menggunakan warna berlainan untuk menandakan kawasan dan status tanah yang terlibat dengan pengambilan - warna merah (tanah berimilik), kuning (tanah kerajaan), hijau (tanah rizab hutan) oren (tanah milik Persekutuan), coklat (tanah rizab negeri) dan biru muda (tanah rizab Persekutuan);

jadual yang mempunyai maklumat tanah

yang tepat, lengkap dan terkini mengenai Mukim, Daerah, nombor syitlitho, nombor lot dan nombor hakmilik

pelan pengambilan yang mempunyai jadual

berasingan mengenai sebarang tanah milik/ rizab Persekutuan, tanah rizab Negeri dan tanah kosong/kerajaan, serta keluasan yang diperlukan untuk kegunaan projek (bagi projek berbentuk jajaran);

Page 13: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

bilangan salinan pelan yang mencukupi [berbeza mengikut negeri iaitu Kedah (45 salinan), Terengganu (40 salinan), W.P. Kuala Lumpur dan Pahang (35 salinan), Perak, Perlis dan Johor (25 salinan), Kelantan (20 salinan), Selangor dan Negeri Sembilan (15 salinan), dan (25 salinan) PulauPinang (30 salinan) manakala Melaka (30 salinan) ;

(d) Sijil Carian Rasmi yang terkini bagi lot-lot tanah yang terlibat;

(e) Ulasan Jabatan Teknikal dan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) jika perlu;

(f) Persetujuan Jawatankuasa Pembangunan Daerah/ Jawatankuasa seumpamanya.

Page 14: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

(g) Pengesahan peruntukan yang mencukupi termasuk kos penandaan, pengukuran, bayaran ‘ex-gratia’, bayaran kenaikan ‘award’ Pentadbir Tanah, pelarasan permohonan ukur, pecah pisah (severence), kesan mudarat (injurious affection) dan lain-lain kos serta mengambil kira kos tambahan dari harga tanah asal sebanyak 15% - 30% ; dan

(h) Surat Perakuan Segera (Borang ‘I’). Jika tanah tersebut diperlukan segera. (Bayaran caj 8% setahun akan dikenakan mulai dari tarikh pengeluaran Borang K hingga tarikh bayaran pampasan dibuat).

(iv) JKPTG Negeri / Pentadbir Tanah (PT)

(i) JKPTG Negeri menerima, menyemak dan seterusnya mengemukakan permohonan kepada Pejabat PTG dan disalinkan kepada Pejabat SUK, JKPTG Ibu Pejabat dan juga PTD.

Page 15: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

(j) JKPTG Negeri/PT akan memproses permohonan bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (MMK)/Menteri Besar/Ketua Menteri untuk dibuat pengistiharan di bawah Seksyen 8, APT 1960. PTG akan mengeluarkan Borang ‘D’.

(v) KJP (k) KJP akan membuat penandaan kawasan pengambilan apabila dimaklumkan oleh PT. Manakala bagi projek-projek berbentuk jajaran, KJP hendaklah mengarahkan Jurukur Berlesen untuk membuat penandaan.

3. Hadir Siasatan (i) KJP

Setelah menerima Notis Perbicaraan dalam Borang ’E’ daripada Pentadbir Tanah, KJP hendaklah menghantar wakil yang mempunyai pengetahuan mengenai projek yang akan dilaksanakan bagi pengambilan tanah tersebut di dalam setiap siasatan yang dijalankan.

Page 16: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

4. Pembayaran Pampasan Di Bawah Seksyen 14, APT 1960 (i) KJP

(a)

Setelah KJP menerima senarai bayaran pampasan dalam Borang ‘H’ daripada Pentadbir Tanah, maka tindakan-tindakan berikut hendaklah diambil dengan segera; i. Menguruskan penyediaan cek-cek bayaran

pampasan ataupun melalui Electronic Fund Transfer (EFT) terus ke akaun orang yang berkepentingan dan pembayaran ini hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir Tanah mengikut butir-butir yang dinyatakan dalam Borang ‘H’ serta bayaran lain-lain kos (Jika bayaran menggunakan cek, maka cek-cek tersebut hendaklah dihantar kepada JKPTG Negeri/PT untuk diserahkan kepada orang-orang yang berkepentingan);

Page 17: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

ii. Sekiranya pembayaran pampasan tidak dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penyerahan Borang ‘H’, maka caj bayaran lewat akan dikenakan kepada KJP dengan kadar 8% setahun daripada jumlah pampasan;

iii. Jika KJP hendak membuat bantahan terhadap amaun pampasan bagi sesuatu lot tanah melebihi RM 15,000.00 maka KJP hendaklah membuat pembayaran sebanyak 75% sahaja daripada amaun pampasan dan menahan baki 25% sehingga enam (6) minggu dari tarikh Borang ‘H’ diserahkan kepada KJP. Jika KJP tiada bantahan, maka KJP hendaklah menjelaskan baki 25% tersebut selepas tamat tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya KJP mempunyai bantahan, maka baki 25% tersebut hendaklah disimpan sehingga mendapat perintah mahkamah.

Page 18: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

5. Rayuan Atau Bantahan Di Bawah Seksyen 37(3) dan Seksyen 49, APT 1960 (i) KJP

(a)

KJP boleh membuat rayuan/bantahan ke Mahkamah Tinggi jika difikirkan award yang telah diberi dalam Borang ‘H’ terlalu tinggi.

(b) Jika KJP memutuskan untuk membuat bantahan ke Mahkamah Tinggi, maka Borang ‘N’ hendaklah disediakan dan dihantar terus kepada Pentadbir Tanah: sekiranya orang yang membuat permohonan

hadir atau diwakili dihadapan Pentadbir Tanah, dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award di bawah Seksyen 14 (Borang G) ‘’

Page 19: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

Sekiranya tidak hadir, dalam masa enam (6) minggu setelah menerima notis di bawah Seksyen 16 (Borang H) daripada Pentadbir Tanah, atau enam (6) bulan dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award di bawah Seksyen 14 (Borang G) atau dalam mengikut mana yang lebih dulu tamat tempohnya.

Borang ‘N’ yang diterima oleh Pentadbir Tanah selepas tempoh tersebut tidak boleh diambil apa-apa tindakan kecuali mendapat perintah Mahkamah Tinggi. KJP hendaklah mengemukakan Borang ‘N’ beserta bayaran deposit RM3,000.00 atas nama ‘Pentadbir Tanah’.

Page 20: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

(c) Jika KJP tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi maka KJP boleh membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 49, APT 1960.

6. Keputusan Mahkamah Mengenai Bantahan Amaun Pampasan (i) KJP

(a)

KJP akan menerima daripada Pentadbir Tanah keputusan Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan mengenai bantahan daripada KJP atau orang yang berkepentingan sama ada terdapat pertambahan /pengurangan /kekal mengenai amaun pampasan. Satu salinan keputusan Mahkamah tersebut hendaklah dikemukakan kepada PTP untuk tujuan rekod.

Page 21: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

(b) Sekiranya terdapat pertambahan amaun pampasan, bayaran yang perlu dibuat kepada orang yang berkepentingan adalah (tertakluk kepada keputusan Mahkamah): i. bayaran pampasan tambahan;

ii. faedah 8% setahun atas pampasan

tambahan yang dikira daripada tarikh tanah diambil milik (tarikh Borang K) hingga tarikh pembayaran pampasan tambahan ke Mahkamah Tinggi atau kepada orang yang berkepentingan;

iii. pampasan 25% yang telah ditahan pembayarannya di bawah Seksyen 29(A), APT 1960; dan

Page 22: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

iv. faedah 8% setahun ke atas pampasan 25% yang telah ditahan pembayarannya di bawah Seksyen 29(A), APT 1960 yang dikira daripada tarikh pembayaran pampasan 75% sehingga tarikh pembayaran pampasan 25% tersebut.

(c) KJP hendaklah dengan segera menguruskan penyediaan cek bayaran ataupun melalui EFT bayaran pampasan tambahan dan pampasan 25% kepada orang yang berkepentingan melalui Pentadbir Tanah yang berkenaan atau kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi (jika diperintah oleh Mahkamah).

Page 23: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

(d) Setelah dipastikan tarikh penyampaian cek atau melalui EFT bayaran pampasan tambahan dan bayaran 25% kepada orang yang berkepentingan atau kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi, maka KJP hendaklah dengan segera menguruskan pembayaran faedah 8% setahun kepada orang yang berkepentingan.

7. Pengambilan Tanah Secara Rasmi Di Bawah Seksyen 22, APT 1960 (i) KJP

(a)

Apabila KJP menerima daripada Pentadbir Tanah notis pengambilan milik tanah (taking possession) secara rasmi dalam Borang ‘K’ dan telah diendoskan dalam Dokumen Hakmilik Daftar, maka KJP bolehlah memasuki dan menggunakan tanah.

Page 24: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

LANGKAH UTAMA PERKARA-PERKARA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN

(b) Seterusnya KJP perlulah mengemukakan permohonan kepada PTP sama ada tanah tersebut hendak dipohon pemberimilikan ataupun perizapan.

(c) KJP juga perlu mengambil langkah-langkah penjagaan dan kawalan ke atas tanah yang telah dibuat pengambilan tersebut.

Page 25: JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) Kampus NRE Wadi Ilmu... · Kementerian/Jabatan Persekutuan (KJP) hendaklah mencari tapak yang ... IT, IT PowerPoint template, free, PowerPoint

Sekian, Terima Kasih…