jabatan bendahari - universiti putra malaysia · web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi...

30
PEJABAT BURSAR DOKUMEN TENDER BEKALAN TAJUK TENDER : <TAJUK PEROLEHAN> NO. RUJUKAN TENDER : <NO. RUJUKAN TENDER> BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Kenyataan Tawaran Tender 2/16 2. Perkara Am 3/16– 4/16 3. Syarat-Syarat Tender 5/16 – 9/16 6. Borang Maklumat Petender 10/16– 16/16 5. Borang Tawaran Harga LAMPIRAN A 6. Surat Akuan Pembida LAMPIRAN B 7. Senarai Sesifikasi LAMPIRAN C 8. Jadual Pembekalan LAMPIRAN D 9. Senarai Semakan Dokumen - Tarikh kemaskini: 22 Februari 2019 DF007/BUY NOTA PENTING SILA BACA SYARAT-SYARAT TENDER DENGAN TELITI, KEGAGALAN PIHAK TUAN MEMATUHI SYARAT-SYARAT TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN TENDER TUAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN

Upload: others

Post on 15-Feb-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

PEJABAT BURSAR

DOKUMEN TENDER BEKALAN

TAJUK TENDER : <TAJUK PEROLEHAN>

NO. RUJUKAN TENDER : <NO. RUJUKAN TENDER>

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Kenyataan Tawaran Tender 2/16

2. Perkara Am 3/16– 4/16

3. Syarat-Syarat Tender 5/16 – 9/16

6. Borang Maklumat Petender 10/16– 16/16

5. Borang Tawaran Harga LAMPIRAN A

6. Surat Akuan Pembida LAMPIRAN B

7. Senarai Sesifikasi LAMPIRAN C

8. Jadual Pembekalan LAMPIRAN D

9. Senarai Semakan Dokumen -

Tarikh kemaskini: 22 Februari 20191/16

DF007/BUY

NOTA PENTING

SILA BACA SYARAT-SYARAT TENDER DENGAN TELITI, KEGAGALAN PIHAK TUAN MEMATUHI SYARAT-SYARAT TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN TENDER TUAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN

Page 2: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIASERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa kepada petender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di dalam bidang berkaitan dan pendaftaran masih lagi berkuatkuasa bagi tawaran berikut;

<TAJUK PEROLEHAN>; dan

dan modal minima berbayar sekurang-kurangnya ………<SYARAT MODAL MINIMA>......pada tarikh tutup tender.

Dokumen Tawaran boleh diperolehi pada waktu pejabat dari Kaunter Bahagian Perolehan dan pengurusan Aset, Pejabat Bursar II, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran dengan harga RM50.00 senaskah secara bayaran tunai atau dalam bentuk Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Bank Deraf yang dibuat atas nama Bendahari, Universiti Putra Malaysia (yang tidak akan dikembalikan).

Petender hendaklah mengemukakan salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) sebelum dibenarkan membeli dokumen tawaran dan menyerahkan satu salinan sijil berkenaan di Kaunter Pejabat Bursar II.

Tawaran hendaklah sampai dan dimasukkan ke dalam Peti Tender No <NO. PETI> pada atau sebelum <TARIKH TUTUP TENDER> jam 12.00 tengahari

Tarikh kemaskini: 22 Februari 20192/16

Page 3: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

DOKUMEN TAWARAN TENDER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIASERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN

(Arahan Perbendaharaan No. 171)

Tajuk : <TAJUK TENDER>

No. Rujukan Tender : <NO. RUJUKAN TENDER>

No. Peti Tender : <NO. PETI>

Tarikh Tutup : <TARIKH TUTUP TENDER>

Masa : 12 Tengahari

Perkara Am

1. Tawaran adalah dipelawa untuk melaksanakan bekalan di atas tertakluk kepada syarat-syarat yang dikembarkan bersama ini.

2. Sila nyatakan tempoh hantaran yang ditawarkan.

3. Tempoh sah laku tawaran tender hendaklah tidak melebihi 90 hari (3 bulan) dari tarikh tutup tender.

4. Jika diminta, petender hendaklah menyediakan katalog bagi alat-alat yang telah ditetapkan.

5. Sila gunakan sampul surat khas tender yang disediakan. Selain daripada sampul surat itu, tawaran mungkin tidak akan dipertimbangkan.

6. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, petender bolehlah menggunakan lampiran dan lampiran hendaklah ditandatangani dan dicop dengan cop pembekal.

7. Syarat-syarat kepada petender:-

(a) Petender hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan satu salinan Sijil Pendaftaran tersebut hendaklah dihantar bersama dokumen tender ini.

(b) Petender hendaklah bebas dari sebarang tindakan tatatertib pihak Kementerian Kewangan Malaysia. Tindakan akan diambil ke atas pembekal yang melanggar peraturan ini.

(c) Petender yang menyertai tender ini atas pilihan dan risikonya sendiri dan tidak berhak membuat apa-apa tuntutan ke atas Universiti Putra Malaysia, segala gantirugi dari sebarang kerugian yang berpunca dari penyertaannya dalam tender ini adalah di bawah tanggungannya sendiri.

Tarikh kemaskini: 22 Februari 20193/16

Page 4: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

8. Kriteria Penilaian Tender

(a) Penilaian Teknikal adalah berdasarkan keperluan seperti Lampiran B dan keperluan dokumen sokongan yang berkaitan.

(b) Penilaian Kewangan mengambil kira kriteria tawaran harga, pengalaman petender dalam tempoh lima (5) tahun terakhir, prestasi kerja petender daripada agensi, beban kerja petender dalam tempoh lima (5) tahun terakhir dan kedudukan kewangan petender.

9. Jika petender menawarkan accessories (alat tambahan) dan/atau alat-alat pilihan (optional items), tuan hendaklah mencatat jumlah berasingan (separate totals) bagi tiap-tiap kumpulan accessories dan/atau optional items itu.

Fakulti/Jabatan/Bahagian

<NAMA PENTABDIR KONTRAK/KETUA PTJ>

Tandatangan dan cop:

Tarikh kemaskini: 22 Februari 20194/16

Page 5: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SYARAT-SYARAT TENDER UNTUK BEKALAN

1. PENDAHULUAN

Hanya petender-petender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian dalam tender yang dikeluarkan oleh Universiti. Petender-petender hendaklah mengemukakan salinan sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sebelum dibenarkan membeli dokumen tender.

2. CAGARAN TENDER (TENDER DEPOSIT)

Petender-petender tidak perlu lagi mengemukakan cagaran tender. Bagaimanapun jika petender menolak tawaran setelah surat tawaran dikeluarkan atau petender enggan menandatangani kontrak atau menarik balik tawaran sebelum keputusan tender dikeluarkan tindakan menggantung pendaftaran akan diambil seperti berikut:-

i) Dua (2) tahun bagi kesalahan kali pertamaii) Lima (5) tahun bagi kesalahan kali keduaiii) Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya

3. HARGA TAWARAN

Harga yang ditawarkan hendaklah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan merupakan harga bersih meliputi semua kos perbelanjaan termasuk pengangkutan, pemasangan, pembungkusan, cukai-cukai berkaitan atau lain-lain.

Sekiranya barangan adalah diimpot, sila beri harga termasuk cukai kastam dan tanpa cukai kastam. Tempoh SAH LAKU harga yang ditawarkan hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan.

4. BORANG TAWARAN

4.1 Petender adalah dikehendaki mengisi borang tawaran yang disediakan seperti berikut dengan lengkap:

a) Borang Tawaran Spesifikasi b) Borang Tawaran Harga

4.2 Borang tawaran ini hendaklah diisi dalam dua (2) salinan. Petender dikehendaki menurunkan tandatangan dan cop syarikat pada tiap-tiap salinan Borang Tawaran Harga. Petender boleh juga mengemukakan spesifikasi lengkap tawaran dengan melampirkan butir-butir harga secara berasingan.

4.3 Petender hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

5. BORANG MAKLUMAT PETENDER

Petender adalah dikehendaki mengisi borang maklumat petender dengan lengkap dan menyertakan salinan-salinan sijil yang berkaitan.

Tarikh kemaskini: 22 Februari 20195/16

Page 6: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

6. SYARAT PEGANGAN EKUITI SYARIKAT SEMASA TEMPOH KONTRAK

Petender dilarang membuat perubahan pegangan ekuiti syarikat sepanjang tempoh kontrak berkuat kuasa tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Universiti terlebih dahulu.

7. SAMPUL SURAT TENDER

Petender hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

a) Perincian teknikal dan perincian harga hendaklah disediakan dalam sampul yang berasingan dan berlakri;

b) Kedua-dua sampul perincian tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu bungkusan; dan

c) Petender tidak dibenarkan mencatat nama petender dan harga dalam dokumen spesifikasi yang dikemukakan. Bagi Petender yang tidak mengikut arahan ini akan menyebabkan tawaran tender mereka tidak layak dipertimbangkan.

8. PINDAAN/PEMBATALAN DALAM BORANG-BORANG TAWARAN

Segala pindaan atau pembatalan dalam borang-borang tawaran hendaklah ditandatangani oleh petender dan tandatangan ini hendaklah diberikan tarikh dan dicop dengan cop syarikat.

9. DOKUMEN TENDER

(a) Dokumen Tender hendaklah dihantar dan dialamatkan kepada :-

Pejabat BursarTingkat BawahBangunan Canselori PutraUniversiti Putra Malaysia43400 UPM Serdang

(b) Dokumen Tender yang dihantar dengan tangan dimasukkan terus ke dalam Peti Tender yang telah ditetapkan.

(c) Dokumen Tender hendaklah sampai pada atau sebelum tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Dokumen yang diterima lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

10. SAMPEL

Apabila diminta, contoh barang-barang atau contoh pembungkusan hendaklah diberi untuk diperiksa atau dianalisa. Contoh yang diminta hendaklah dikirim mengikut bilangan dan pada masa yang ditentukan. Contoh-contoh ini hendaklah ditanda dengan butiran dalam tender dan nama petender. Petender-petender yang tidak mengikut arahan tidak akan dipertimbangkan.

11. KEUTAMAAN/KEISTIMEWAANTarikh kemaskini: 22 Februari 2019

6/16

Page 7: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

Keistimewaan akan diberi kepada tender-tender di mana:-

(a) Seluruh barang atau sebahagian barang dikeluarkan/dikilangkan di Malaysia.

(b) Firma menggunakan pekerja-pekerja yang terdiri dari warganegara Malaysia dan yang mencerminkan pembahagian mengikut kaum dalam Malaysia.

(c) Syarikat Bumiputera.

12. PERSETUJUAN

(a) Pihak Universiti akan memberi notis bertulis kepada petender yang berjaya apabila tendernya dipersetujui.

(b) Notis itu mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai pengubahsuaian syarat-syarat yang dilampirkan bersama ini. Oleh yang demikian tender itu tidaklah boleh disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada petender menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai itu telah diterima.

(c) Apabila dipersetujui maka suatu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Universiti dengan petender mengikut syarat-syarat kontrak yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai yang tersebut itu, jika ada) dan tidak ada sebarang perjanjian atau syarat lain walau dari apa jenis pun boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini.

(d) Pihak Universiti adalah berhak mempersetujui tender sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya.

(e) Pihak Universiti tidak terikat mempersetujui tender yang rendah sekali atau mana-mana tender jua pun.

13. TEMPOH PENYERAHAN BEKALAN

a) Petender hendaklah menyatakan tempoh penyerahan bekalan. Jika syarat-syarat penyerahan/hantaran tidak dipatuhi, pihak Universiti berhak membatalkan Pesanan Belian atau mengenakan denda ke atas jumlah Pesanan Belian seperti berikut:-

i) Jika kelewatan itu tidak melebihi dua kali ganda tempoh penyerahan, suatu denda sebanyak 2.5% daripada jumlah nilai barang yang dipesan akan dikenakan.

ii) Manakala kelewatan yang melebihi dua kali ganda lamanya tempoh penyerahan, denda yang dikenakan ialah sebanyak 5% daripada jumlah nilai barang yang dipesan.

b) Pembekalan

Tarikh kemaskini: 22 Februari 20197/16

Page 8: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

Bekalan yang dibekal hendaklah tidak cacat atau rosak disebabkan gangguan semasa pemunggahan/penghantaran. Pembekal hendaklah menggantikan bahagian atau seluruh mesin yang didapati rosak/cacat apabila diarahkan oleh UPM.

c) Pembelian

UPM berhak untuk membeli peralatan dari punca lain sekiranya pembekal gagal menghantar peralatan dalam tempoh yang ditetapkan atau lanjutan tempoh yang dibenarkan oleh UPM. Perbezaan kos yang perlu dibiayai oleh UPM akan dituntut sebagai satu denda terhadap asal yang sebut harganya dipilih.

d) Tempoh Hantaran

Bekalan hendaklah dihantar/disiapkan menurut tempoh tawaran yang dipersetujui di dalam Borang Tawaran Tender.

14. DEPOSIT CAGARAN KESELAMATAN

i) Petender/pembekal hendaklah memberi deposit cagaran keselamatan /jaminan bank sebanyak 5% daripada jumlah harga kontrak bagi bekalan yang bernilai melebihi RM500,000.

ii) Cagaran Keselamatan ini hendaklah dalam bentuk:

a) Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank atau syarikat kewangan berlesen; atau

b) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat insurans berlesen.

15. SURAT MENYURAT DARI PETENDER YANG TIDAK BERJAYA

Universiti tidak akan melayan sebarang surat-menyurat daripada petender-petender mengenai sebab-sebab tender mereka tidak berjaya.

16. PELAKSANAAN INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Bagi mengukuhkan usaha ke arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam Perolehan Kerajaan, semua Agensi Kerajaan perlu melaksanakan Integrity Pact berdasarkan Garis Panduan seperti berikut:

(a) Semasa Penghantaran Dokumen Tawaran Oleh Petender:

Kesemua petender yang menghantar dokumen tender hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran A bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Pewakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

(b) Semasa Mengembalikan Surat Setuju Terima Oleh Petender Berjaya

Petender yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran

Tarikh kemaskini: 22 Februari 20198/16

Page 9: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Pewakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

17. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

(a) Sebarang perubahan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

(b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segara ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

(c) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tataterib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan syarikat atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

(d) Mana-mana syarikat atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

18. TENDER YANG TIDAK MENGIKUT ARAHAN-ARAHAN DI ATAS

Tender yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan di atas, tidak akan dipertimbangkan.

Pengesahan Syarikat

Syarat-syarat di atas telah dibaca dan saya/syarikat ini bersetuju dengannya.

……….…………………………………………..Tandatangan & Cop

Nama Penuh : ……………………………………………………….

No. K/P : ……………………………………………………….

Alamat : ………………………………………………………

Tarikh kemaskini: 22 Februari 20199/16

Page 10: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIASERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MAKLUMAT PETENDER

NO. RUJUKAN : ……...….…………………

NO. P/TENDER : ……………………………

T/TUTUP & MASA : ……………………………

1. Nama dan alamat : ……………………………………………………

Petender : ……………………………………………………

2. No. Telefon : ……………………………………………………

3. Tarikh ditubuhkan : ……………………………………………………

4. No. Pendaftaran : ……………………………………………………Syarikat

5. No. Pendaftaran : ……………………………………………………JKDM

6. Maklumat mengenai tuan punya syarikat:

No. Kad Jawatan/TarafNama Pengenalan Dalam Syarikat

a) …………………………… …………………… ……………………..………

b) …………………………… …………………… ………..……………………

c) …………………………… …………………… ……………………………..

d) …………………………… …………………… ……………………………..

e) …………………………… …………………… ……………………………..

* ( Pengarah Urusan, Ahli Lembaga/empunya tunggal dll)

7. Maklumat mengenai bank :

Nama Bank Cawangan & Alamat No. Akaun

…………………… …………………………… ……………………..………

…………………………… …………………..…………

……………………………

Tarikh kemaskini: 22 Februari 201910/16

Page 11: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

b) Maklumat mengenai pegawai yang menandatangani cek-cek syarikat

Nama No. Kad Tandatangan Pengenalan

1) …………………………. …………………….…… ………………………

2) …………………………. …………………….…… ………………………

3) …………………………. …………………….…… ………………………

8. Model Perniagaan:

Modal dibayar RM ………………..

Modal dibenarkan RM ………………..

9. Maklumat mengenai taraf syarikat:

a) Taraf Syarikat

Bumiputera

Bukan Bumiputera

(Tandakan / dikotak berkenaan)

b) Jika petender adalah syarikat Bumiputera, sila nyatakan peratus (%) penyertaan kaum-kaum seperti di bawah:-

i) Pengurusan Syarikat:

Melayu ………………………..%

China ………………………...%

India ………………………...%

Lain-lain ………………………...%

Jumlah ==================

ii) Kakitangan syarikat:

Melayu ………………………..%

China ………………………..%

India ………………………..%

Lain-lain ………………………..%

Jumlah ==================

iii) Pembahagian Saham syarikat:

Melayu ………………………..%

China ………………………..%

India ………………………..%

Lain-lain ………………………..%Tarikh kemaskini: 22 Februari 2019

11/16

Page 12: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

Jumlah ==================

10. Maklumat mengenai pembekalan yang pernah dilakukan/dijalankan. SILA PENUHKAN LAMPIRAN 1.

11. Maklumat mengenai kakitangan/pekerja. SILA PENUHKAN LAMPIRAN 2

12. Maklumat mengenai kemudahan pengangkutan. SILA PENUHKAN LAMPIRAN 3.

13. Maklumat mengenai kemudahan Stor/Bengkel. SILA PENUHKAN LAMPIRAN 4.

14. Bersama ini disertakan:

a) Memorandum and Article of Association

b) Borang 9/13/D/E (Pendaftaran Syarikat)

c) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikatdari Kementerian Kewangan

d) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran SyarikatBumiputera dari Kementerian Kewangan

e) Surat kelulusan daripada JKDM

Tarikh kemaskini: 22 Februari 201912/16

Page 13: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

SENARAI PEMBEKALAN/KERJA/PERKHIDMATAN YANGPERNAH DILAKSANAKAN DALAM TAHUN …………..

Nota : Wajib disenarai dalam tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun kebelakang dan sila lampirkan bukti pengalaman tersebut.

Bil. Jenis Tarikh KontrakDilaksanakan/

Siap

No. Kontrak/No.Pesanan Belian

Nama AgensiKerajaan

Nilai(RM)

Jumlah

Tarikh kemaskini: 22 Februari 201913/16

LAMPIRAN 1

Page 14: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

SENARAI KAKITANGAN SYARIKAT

Nota : Wajib disenarai semua kakitangan dan pekerja dan sila sertakan salinan caruman KWSP kakitangan atau salinan permit pekerja asing (jika berkaitan)

Bil. Nama No. Kad Pengenalan

Tarikh Mula Berkhidmat

Dengan Syarikat

Jawatan/Tugas Lain-lain

Tarikh kemaskini: 22 Februari 201914/16

LAMPIRAN 2

Page 15: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

Nota : Wajib disenaraikan senarai pengangkutan

Bil. Jenis Pengangkutan Jumlah No. PendaftaranKenderaan

Lain-lain

Tarikh kemaskini: 22 Februari 201915/16

LAMPIRAN 3

Page 16: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

KEMUDAHAN BENGKEL/STOR

Bil. Alamat Keluasan KemudahanPeralatan

Lain-lain

Tarikh kemaskini: 22 Februari 201916/16

LAMPIRAN 4

Page 17: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

LAMPIRAN A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG TAWARAN HARGA

Untuk Kegunaan Jawatankuasa Pembukaan TenderKod Syarikat:T/Tangan:

No. Rujukan: <NO. RUJUKAN>No. Peti: <NO. PETI>T/Tutup & Masa: <TARIKH TUTUP> & 12.00 TGH

DIISI MENGIKUT KESESUAIAN PTJ

Bil. Nama Alatan Jenama/Model Buatan

Kua

ntiti

Harga/Unit(RM) Jumlah Harga(RM)

Jum. Harga Aksesori

Pilihan (RM)

Perbelanjaan Penyelenggaraan

Tahunan

Tempoh Hantaran (Minggu)

Jangkamasa

Jaminan (Bulan)

SILA ISI ITEM SEPERTI DALAM SPESIFIKASI

JUMLAH TANPA CUKAI JUALAN

JUMLAH TERMASUK CUKAI JUALAN

Tandatangan Petender:

Nama, Alamat dan Cop Syarikat :NOTA PENTING :1. Kos latihan seperti " On Site Training " dan "Factory Training" hendaklah diasingkan dari Tawaran Harga Peralatan (jika berkaitan).2. Cadangan Aksesori Pilihan (Optional Accessories) yang tidak termasuk dalam spesifikasi (jika berkaitan).3. Sila kemukakan satu tawaran pilihan sahaja. Tawaran Alternatif tidak dibenarkan.4. Borang hendaklah diisi dalam dua (2) salinan.5. Tempoh SAH LAKU harga yang ditawarkan hendaklah adalah selama 3 bulan.

Tarikh kemaskini: 22 Februari 2019

Page 18: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

LAMPIRAN B

SURAT AKUAN PEMBIDABagi

( )

Saya,………………………………………. nombor K.P……………………………….yang *mewakili/memiliki………………………………….………………………………. nombor Pendaftaran……………………………..…………dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam…………………………………………atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam……………………………………………atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan bilik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga * diatas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan

Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

…………………………….Nama dan No. K.P.:Cop Syarikat:

Catatan* Potong mana yang tidak berkaitan.

Tarikh kemaskini: 22 Februari 2019

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Hargat)

(Nama Syarikat)

(Nama Kementerian/Agensi)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

(Nama Wakil Syarikat/Nama Pemilik Syarikat)

Page 19: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

LAMPIRAN C

DF005/BUY

PEJABAT BURSAR

SENARAI SPESIFIKASI

Untuk Kegunaan J/KuasaPembukaan Tender/Sebutharga

Kod Petender/Penyebut harga : ____________________

T/Tangan : ____________________

No. Rujukan Tender : ………………………

No. Peti Tender : ………………………

Tarikh Tutup : ……………………..

TAJUK TENDER : ……………………………………………………………………….

NO. RUJUKAN TENDER : …………………………………………………………………

(MASUKKAN SENARAI SPESIFIKASI BERDASARKAN KEPERLUAN PTJ)

Tarikh kemaskini: 22 Februari 2019

Page 20: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

LAMPIRAN D

JADUAL PELAKSANAAN

Tajuk: <TAJUK PEROLEHAN>

Petender hendaklah mengisi ruangan yang telah disediakan.

PERLU DIISI OLEH PUSAT TANGGUNG JAWAB BERDASARKAN KEPERLUAN SPESIFIKASI.

BIL. PERKARAJADUAL

PELAKSANAAN

KEUPAYAAN UNTUK MEMENUHI

PERKHIDMATAN(tandakan di ruangan

yang telah disediakan)

1. <Nama item/alatan> Tempoh hantaran:

……………………….

( ) Setuju

( ) Tidak Setuju

2. <Nama item/alatan> Tempoh hantaran:

……………………….

( ) Setuju

( ) Tidak Setuju

Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

…………………………………….. (Tandatangan Petender)

Nama Penuh :No. Kad Pengenalan :Jawatan :Tarikh :

…………………………………….. (Tandatangan Saksi Petender)

Nama Penuh :No. Kad Pengenalan :Jawatan :Tarikh :

Tarikh kemaskini: 22 Februari 2019

(Diisi oleh Petender)

(Diisi oleh Petender)

Page 21: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

SENARAI SEMAKAN(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)

Nota: Sila tandakan ( / ) Bagi Dokumen-dokumen yang disertakan.

Bil Perkara/Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa

Pembuka Tender

Senarai Semak Dokumen Kewangan

1.*Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (Wajib)

2.Salinan Sijil Akuan Syarikat Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (Sekiranya Ada)

3.Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (Sekiranya Ada)

Tarikh kemaskini: 22 Februari 2019

Page 22: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

Bil Perkara/Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa

Pembuka Tender

4. Salinan Sijil Pendaftaran CIDB (Sekiranya Ada)

5. Surat kelulusan daripada JKDM (Sekiranya Ada))

6.Borang Tawaran Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan Ditandatangani (Wajib)

7. Borang Maklumat Petender (Wajib)

8.Salinan Akaun Syarikat Bagi Tempoh Dua (2) tahun Terakhir Yang Telah Disahkan Dan Diaudit (Sekiranya Ada)

9. Surat Pengesahan Dari Pengeluar/Pembuat (Jika Berkaitan)

10.Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (Dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh tutup tender) (Wajib)

11. Surat Akuan Pembida (Wajib)

Senarai Semak Dokumen Teknikal-DILARANG mempunyai sebarang cop/pengenalan syarikat

12. Senarai Spesifikasi (Wajib)

13. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog (Jika Berkaitan)

14. Cadangan Penyelenggaraan /Penyenggaraan Katalog (Jika Berkaitan)

15. Senarai Kakitangan Teknikal (Jika Berkaitan)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen tender. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar

Jawatankuasa Pembuka Tender mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ……………..(jika ada).

              Tandatangan: Tandatangan:  

Nama:   Nama:  

Jawatan:   Jawatan:  

Tarikh kemaskini: 22 Februari 2019

Page 23: JABATAN BENDAHARI - Universiti Putra Malaysia · Web viewbahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani

Bil Perkara/Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa

Pembuka Tender

Tarikh:   Tarikh:                       

    Tandatangan:  

    Nama:  

   Jawatan:

 

    Tarikh:  

Tarikh kemaskini: 22 Februari 2019