jabatan akauntan negara malaysia prosedur kerja

30
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : GANJARAN KONTRAK RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 1/9 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN Ganjaran Kontrak Ganjaran merupakan salah satu faedah tamat perkhidmatan yang dibayar kepada pegawai yang telah menamatkan perkhidmatan dengan memuaskan. 1. Pegawai yang meletakkan jawatan atas apa sebab sekalipun tidak layak dibayar ganjaran kecuali perletakan jawatan kerana mendapat tawaran perlantikan dalam sektor awam, termasuk pegawai yang disyaratkan untuk mengikut kursus pra perkhidmatan dalam sektor awam sebelum dilantik secara tetap. 2. Pegawai layak dibayar ganjaran jika perkhidmatannya ditamat atau dipendekkan oleh agensi sebelum cukup tempoh yang di tetapkan,dan tidak layak dibayar apabila penamatan atau pemendekan kontraknya dibuat atas sebab tatatertib atau prestasi kerja yang tidak memuaskan TAKRIFAN Pegawai Kontrak Seorang pegawai yang dilantik oleh pihak berkuasa melantik (PBM) untuk berkhidmat dengan agensi awam yang di uruskan mengikut pek.perkhd. bil.2/2008 bagi tempoh tertentu berasaskan kepada syarat perkhidmatan seperti yang di persetujui dalam perjanjian kontrak yang ditandatangani oleh calon atau pegawai dengan pihak berkuasa melantik .Tempoh kontrak sesuatu kontrak tidak melebihi 3 tahun. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008.

Upload: doantram

Post on 16-Jan-2017

526 views

Category:

Documents


58 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : GANJARAN KONTRAK

RUJUKAN DOKUMEN :

MUKASURAT : 1/9

KELUARAN :

PINDAAN :

TARIKH UBAHSUAI :

PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Ganjaran

Kontrak

Ganjaran merupakan salah satu faedah tamat

perkhidmatan yang dibayar kepada pegawai yang telah

menamatkan perkhidmatan dengan memuaskan.

1. Pegawai yang meletakkan jawatan atas apa sebab

sekalipun tidak layak dibayar ganjaran kecuali

perletakan jawatan kerana mendapat tawaran

perlantikan dalam sektor awam, termasuk pegawai

yang disyaratkan untuk mengikut kursus pra

perkhidmatan dalam sektor awam sebelum dilantik

secara tetap.

2. Pegawai layak dibayar ganjaran jika

perkhidmatannya ditamat atau dipendekkan oleh

agensi sebelum cukup tempoh yang di

tetapkan,dan tidak layak dibayar apabila

penamatan atau pemendekan kontraknya dibuat

atas sebab tatatertib atau prestasi kerja yang tidak

memuaskan

TAKRIFAN

Pegawai Kontrak

Seorang pegawai yang dilantik oleh pihak berkuasa

melantik (PBM) untuk berkhidmat dengan agensi awam

yang di uruskan mengikut pek.perkhd. bil.2/2008 bagi

tempoh tertentu berasaskan kepada syarat

perkhidmatan seperti yang di persetujui dalam perjanjian

kontrak yang ditandatangani oleh calon atau pegawai

dengan pihak berkuasa melantik .Tempoh kontrak

sesuatu kontrak tidak melebihi 3 tahun.

Pekeliling

Perkhidmatan

Bilangan 2 Tahun

2008.

Page 2: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : GANJARAN KONTRAK

RUJUKAN DOKUMEN :

MUKASURAT : 2/9

KELUARAN :

PINDAAN :

TARIKH UBAHSUAI :

PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Ganjaran

Kontrak

Contract Of Service (COS)

Mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji

sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan

Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan

menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000.

Ketua Perwakilan

Dalam konteks Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di

Luar Negeri adalah merujuk kepada:

1) Duta Besar Malaysia atau Pesuruhjaya Tinggi

Malaysia yang di tauliah oleh Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong ke negara berkenaan;

2) Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Antarabangsa

dan

3) Serantau yang mendapat surat lantikan daripada YB

Menteri Luar Negeri dan diperkenan oleh Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;

a) Wakil Tetap Malaysia ke PBB bagi New York;

b) Wakil Tetap Malaysia ke PBB bagi Geneva;

dan

c) Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN.

4) Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan

Malaysia di Taipei yang memperolehi surat lantikan

daripada YB Menteri Luar Negeri;

5) Konsul Jeneral yang memperolehi surat lantikan dari

YB Menteri Luar Negeri; dan

6) Konsul yang memperolehi surat lantikan dari YB

Menteri Luar Negeri.

Bukan Warganegara

1. Seseorang bukanlah seorang warganegara

menurut kuasa perenggan (b) Fasal (1) jika, pada

masa dia lahir;

Surat Pekeliling Am

Bilangan 2 Tahun

2009

Page 3: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : GANJARAN KONTRAK

RUJUKAN DOKUMEN :

MUKASURAT : 3/9

KELUARAN :

PINDAAN :

TARIKH UBAHSUAI :

PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Ganjaran

Kontrak

2. Bapanya, yang bukan seorang warganegara

Persekutuan, mempunyai apa-apa kekebalan

daripada guaman dan proses undang-undang

sebagaimana yang diberikan kepada utusan

sesuatu kuasa berdaulat yang diwatikahkan

kepada Yang di-Pertuan Agong; atau

3. dalam hal kelahiran yang berlaku di suatu tempat di

bawah pendudukan musuh, bapanya ialah seorang

orang asing musuh; atau

4. kedua-dua ibu bapanya bukan warganegara

Persekutuan dan kedua-duanya bukan

pemastautin tetap di dalam Persekutuan.

Pihak Berkuasa Melantik

Pihak Berkuasa Melantik adalah pegawai yang diberi

kuasa menimbang perlantikan secara kontrak bagi

gred-gred tertentu seperti di Lampiran A

Penamatan Kontrak

1. Penamatan kontrak seseorang pegawai boleh

dipendekkan atau ditamatkan oleh pihak berkuasa

melantik mengikut kategori pegawai atau pegawai

itu sendiri mengikut peruntukan dalam perjanjian

kontrak atau peraturan lain yang dikuatkuasakan

dari semasa ke semasa seperti lampiran B.

2. Ketua Jabatan atau pegawai boleh menamatkan

perkhidmatan kontrak ini dengan memberi notis

30 hari atau pun membayar sebulan gaji bagi

menggantikan notis.

Perlembagaan

Malaysia Para 14

Pekeliling

Perkhidmatan

Bilangan 2 Tahun

2008.

Lampiran A

Page 4: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : GANJARAN KONTRAK

RUJUKAN DOKUMEN :

MUKASURAT : 4/9

KELUARAN :

PINDAAN :

TARIKH UBAHSUAI :

PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Ganjaran

Kontrak

3. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan

permohonan pemendekan notis penamatan

kontrak, di mana pegawai boleh dikecualikan

membayar sebulan gaji sebagai ganti notis jika

ditawarkan perlantikan lain dalam sektor awam

atau ditawar kursus pra-perkhidmatan dalam sektor

awam seperti tertakluk dalam kontrak perjanjian.

Takrifan Kuasa Penamatan Kontrak

Kuasa penamatan kontrak bagi gred-gred tertentu

dilakukan oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa oleh

(PBM) seperti Lampiran A

1.0 Pastikan Permohonan Faedah Faedah

Persaraan/Elaun Kecederaan/Pencen Tanggungan

dan dokumen sokongan berikut disertakan;-

i. Perakuan Perlantikan

ii. Borang Perjanjian Kontrak

iii. Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan

Seseorang Pegawai.

iv. Kenyataan Cuti

v. Penyata Dividen KWSP berhung dengan syer

Kerajaan bagi Pegawai Konterak.

vi. Borang Permohonan Sijil Penyelesaian Cukai

Pendapatan/Penyata Cukai Pendapatan untuk

bayaran ganjarana Pegawai Kontrak

vii. Sijil Penyelesaian Cukai Pendapatan/Penyata

Cukai Pendapatan untuk bayaran ganjarana

Pegawai Kontrak

Pekeliling

Perkhidmatan

Bilangan 2 Tahun

2008.

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran B1 Lampiran B2 Lampiran B3 Lampiran B4 Lampiran B5 Lampiran B6 Lampiran B7

Page 5: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : GANJARAN KONTRAK

RUJUKAN DOKUMEN :

MUKASURAT : 5/9

KELUARAN :

PINDAAN :

TARIKH UBAHSUAI :

PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Ganjaran

Kontrak

2.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun

semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & memenuhi

syarat berikut :-

a. Tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun kewangan

semasa.

b. Baki peruntukan dalam tahun perbelanjaan dan

semasa adalah mencukupi

3.0 Sekiranya syarat AP58(a) tidak dipatuhi, pastikan surat

kelulusan perbendaharaan disertakan. Sila semak

kelayakan penuntut.

4.0 Terdapat 3 cara pengiraan Ganjaran Kontrak

1) Pegawai yang mencarum KWSP

(17.5% − caruman majikan dalam KWSP) x (gaji

akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang

boleh dimasuk kira) − (jumlah faedah ke atas

caruman majikan dalam KWSP). Jika jumlahnya

negatif (-) pegawai tidak dikehendaki membayar

balik jumlah tersebut.

2) Pegawai yang Tidak Mencarum KWSP

(17.5% x gaji akhir x jumlah genap bulan

perkhidmatan yang boleh dimasuk kira)

3) Ketua Perwakilan Di Seberang Laut

3.1 Pegawai Yang Mencarum KWSP

(18.5% − caruman majikan dalam KWSP) x (gaji

akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang

boleh dimasuk kira) − (jumlah faedah ke atas

caruman majikan dalam KWSP).Jika jumlahnya

Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran C

Page 6: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : GANJARAN KONTRAK

RUJUKAN DOKUMEN :

MUKASURAT : 6/9

KELUARAN :

PINDAAN :

TARIKH UBAHSUAI :

PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Ganjaran

Kontrak

negatif (-) pegawai tidak dikehendaki membayar

balik jumlah tersebut

5.0 Segala tanggungan kewangan dengan kerajaan

hendaklah di tolak daripada ganjaran kontrak

pegawai berkenaan. Perkara yang perlu ditolak

/disemak sebelum pembayaran ganjaran kontrak

dibuat adalah seperti berikut:-

5.1 Syer Majikan Pegawai.

a) Bagi pegawai-pegawai yang mencarum,

,jumlah syer majikan hendaklah ditolak

daripada jumlah Ganjaran kontrak yang

diluluskan.

(b) Bagi mendapatkan syer majikan, KetuaJabatan

perlu mendapat maklumat daripada pihak

KWSP terlebih dahulu.

5.2 Cuti yang tidak layak diberikan

ganjarankontrak.

5.2.1 Cuti rehat yang berlebihan daripada

tempoh perkhidmatan kontrak.

a) Pegawai kontrak tidak layak di berikan

kemudahan cuti tanpa gaji. Sekiranya

pegawai tidak hadir bertugas untuk

sesuatu tempoh, tempoh pegawai

tidak hadir bertugas ini tidak

melayakkan beliau dibayar gaji.

Tempoh ini perlu ditolak daripada

tempoh perkhidmatan kontrak.

Walaubagamanapun pegawai boleh

dipertimbangkan tidak lebih 30 hari

setelah menggenapkan tiga (3) tahun

perkhidmatan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008.

Page 7: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : GANJARAN KONTRAK

RUJUKAN DOKUMEN :

MUKASURAT : 7/9

KELUARAN :

PINDAAN :

TARIKH UBAHSUAI :

PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Ganjaran

Kontrak

Cuti Tanpa Gaji ini hanya untuk tujuan

mengerjakan fardhu haji bagi pegawai

beragama slam yang tidak layak

mendapat Cuti Haji. Cuti Tanpa Gaji atas

sebab yang lain tidak dibenarkan.

b) Sekiranya pegawai layak diberikan cuti

rehat dan jumlah cuti rehat yang

diambil melebihi jumlah yang

dibenarkan dalam kontrak maka

jumlah yang berlebihan itu perlu ditolak

daripada tempoh perkhidmatan

kontrak dan jumlah ganjaran kontrak

akan dikurangkan

5.2.2 Cuti Sakit yang berlebihan daripada

cuti sakit yang ditetapkan.

a) Pegawai layak diberi cuti sakit tidak

melebihi 15 hari setahun. Kemudahan

ini diluluskan oleh ketua jabatan

dengan syarat sijil cuti sakit

dikemukakan dengan disahkan oleh

pegawai perubatan yang sah, yang

mengesahkan bahawa pegawai tidak

sihat menjalankan tugas.

b) Sekiranya dalam tempoh 15 hari cuti

sakit telah tamat, tetapi pegawai

masih lagi tidak sihat pegawai boleh

dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan

untuk tidak hadir bertugas tidak

melebihi 75 hari cuti sakit atas sebab

kesihatan setahun dengan

mengemukakan sijil sakit yang

disahkan oleh pegawai perubatan

yang sah dan berdaftar.

Page 8: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : GANJARAN KONTRAK

RUJUKAN DOKUMEN :

MUKASURAT : 8/9

KELUARAN :

PINDAAN :

TARIKH UBAHSUAI :

PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Ganjaran

Kontrak

c) Ketidak hadir bertugas dalam cuti

sakit ini kontrak tidak putus tetapi

pegawai tidak dibayar sebarang

emolumen bagi tempoh tersebut.

d) Apabila selepas 75 hari cuti sakit

pegawai masih lagi tidak dapat

bertugas maka kontrak pegawai

hendaklah ditamat.

e) Bayaran ganjaran akan diambilkira

sebagai tempoh perkhidmatan.

5.2.3 Cuti Haji Yang Diambil Sebelum Perkhidmatan Pegawai Mencapai Tempoh 5 tahun atau Pegawai yang telah menikmati kemudahan ini semasa dalam perkhidmatan.

a) Cuti Haji boleh diberikan kepada pegawai pegawai Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat secara kontrak bagi tempoh tidak kurang 5 tahun dan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan kontraknya dengan Kerajaan.

b) Bagi pegawai kontrak yang belum menggunakan kemudahan Cuti Haji bergaji penuh ketika dalam perkhidmatan tetap sebelum bersara wajib, mereka layak diberikan kemudahan Cuti Haji bergaji penuh dalam perkhidmatan kontrak.

c) Bagi mereka yang telah menggunakan

kemudahan ini ketika dalam perkhidmatan

tetap, dan menunaikan Haji dalam tempoh

berkhidmat secara kontrak, tempoh ini

dianggap pegawai tidak hadir bertugas dan

pegawai tidak layak dibayar gaji. Tempoh

tidak hadir bertugas ini perlu ditolak

daripada tempoh perkhidmatan kontrak.

Page 9: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : GANJARAN KONTRAK

RUJUKAN DOKUMEN :

MUKASURAT : 9/9

KELUARAN :

PINDAAN :

TARIKH UBAHSUAI :

PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN

Ganjaran

Kontrak

5.2.4 Cuti Bersalin yang diambil berserta dengan cuti menjaga anak.

Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus.

5.3 Sebarang tunggakan hasil yang belum diselesaikan termasuk cukai pendapatan. Sijil Penyelesaian Cukai Pendapatan hendaklah diperolehi daripada LHDN untuk memastikan tiada sebarang tunggakan hasil yang belum diselesaikan atau yang dikenakan potongan cukai pendapatan supaya ianya boleh ditolak daripada bayaran ganjaran kontrak. Borang ini perlulah terlebih dahulu diperolehi daripada Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

6.0 Kod objek pembayaran ialah:-

47401 – bayaran ganjaran kontrak

82205 - bayaran yang terhutang (KWSP)

Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PS 1.1

Page 10: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN A

PIHAK BERKUASA MELANTIK / MENAMATKAN PEGAWAI KONTRAK

Kuasa Kategori Pegawai

1 Ketua Setiausaha Negara Pegawai kontrak kumpulan pengurusan tertinggi

2 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Pegawai kontrak kum. pengurusan dan profesional:- (i) yang dilantik oleh Jab. Perkhidmatan Awam melalui penurunan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau (ii) Yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Ketua Perkhidmatan

3 Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Pegawai kontrak kumpulan sokongan Gred 27 dan ke atas di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Ketua Perkhidmatan

4 Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam

Pegawai Kontrak kumpulan sokongan gred 26 dan ke bawah di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Ketua Perkhidmatan

5 Ketua Setiausaha Kementerian (di Jab.Perdana Menteri kuasa di beri kepada Tim. Ketua Setiausaha Kanan)

Pegawai kontrak kumpulan Pengurusan dan Profesional di kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya

6

Timbalan Ketua Setiausaha (di jab.Perdana Menteri kuasa di beri kepada Setiausaha Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia)

Pegawai kontrak kump. Sokongan di kementerian dan jabatan di bawahnya.

7 Pegawai kontrak kump. Sokongan di kementerian dan jabatan di bawahnya.

Pegawai kontrak semua kumpulan bagi perkhidmatan di mana Akauntan Negara adalah Ketua Perkhidmatan

8 Ketua Peguam Negara

Pegawai kontrak Perkhidmatan Perundangan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

9 Ketua Pengarah Pelajaran

Pegawai kontrak Perkhidmatan Pendidikan semua Kumpulan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

10 Ketua Polis Negara

Pegawai kontrak Perkhidmatan Polis semua kumpulan yang dilantik oleh Suruhanjaya Pasukan Polis

Page 11: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN B

Page 12: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 13: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN B1

Page 14: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN B2

Page 15: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 16: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 17: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 18: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 19: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 20: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 21: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN B3

Page 22: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN B4

Page 23: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN B5

Page 24: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 25: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN B6

Page 26: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 27: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN B7

Page 28: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 29: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
Page 30: JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA

LAMPIRAN C CONTOH PENGIRAAN GANJARAN Pegawai Yang Mencarum Kepada KWSP (17.5% – caruman majikan dalam KWSP) x (gaji akhir x jumlah bulan perkhidmatan) – (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP). Jika jumlahnya negatif (–), pegawai tidak dikehendaki membayar balik jumlah tersebut. Contoh pengiraan: Pegawai Perubatan Gred U41 yang dilantik kontrak selama dua (2) tahun mulai 1 Januari 2000 hingga 31 Disember 2001 dengan ditawarkan gaji permulaan P1T6. Gaji - RM 2,137.73 (bagi tahun pertama) RM 2,217.59 (bagi tahun kedua) Tempoh kontrak - 24 bulan Caruman majikan - Tahun 1 = RM256.53 sebulan (RM3,078.36 setahun) dalam KWSP (12%) - Tahun 2 = RM266.11 sebulan (RM3,193.32 setahun) Faedah atas caruman - Tahun 1 = 6 % x RM3,078.36 = RM184.70 majikan (tahun 2000: 6%; tahun 2001: 5%) - Tahun 2 = 5 % x RM3,193.32 = RM159.67 ________________ Jumlah = RM344.37 Ganjaran yang dibayar ialah: = (17½ % - 12%) x RM2,217.59 x 24 bulan – RM344.37 = (5½ % x RM2,217.59 x 24 bulan) – RM344.37 = RM2,927.22 – RM344.37 = RM2,582.85 Pegawai Yang Tidak Mencarum Kepada KWSP 17.5% x gaji akhir x jumlah bulan perkhidmatan Contoh pengiraan: Pegawai Perubatan Gred U41 yang dilantik kontrak selama dua (2) tahun mulai 1 Januari 2000 hingga 31 Disember 2001 dengan ditawarkan gaji permulaan P1T24. Gaji - RM4,107.61 (bagi tahun pertama) RM4,107.61 (bagi tahun kedua) Tempoh kontrak - 24 bulan Ganjaran yang dibayar ialah: = 17½ % x RM4,107.61 x 24 bulan = RM17,251.96

Penjelasan kepada formula tersebut: i. kadar caruman majikan adalah seperti yang telah ditetapkan melalui Akta KWSP. Jumlah caruman

majikan ini ialah sepanjang tempoh kontrak; ii. gaji akhir ialah gaji di mata gaji yang diterima oleh pegawai di akhir kontrak; iii. jumlah bulan perkhidmatan ialah tempoh kontrak sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian kontrak

antara pegawai dengan majikan tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji; dan iv. faedah atas caruman majikan kepada KWSP ialah faedah atau dividen yang diisytiharkan oleh pihak

KWSP setiap tahun didarab dengan jumlah caruman majikan kepada KWSP pada tahun berkenaan.