item pentaksiran lp

40
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Higher Order Thinking Skills

Upload: ima1806

Post on 03-Sep-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Slide 1

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI(KBAT)

Higher Order Thinking Skills

KBAT menjadi satu agenda penting negara yang mesti diterap dalam kalangan murid dan guru. Selaras dengan dasar Tranformasi Pendidikan Negara, transformasi pentaksiran dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Cadangan Pemantapan Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025Perancangan Pentaksiran KBAT

Meningkatkan kerangka pentaksiran bagi menambahkan item yang menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta menggunakan rujukan standard dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025Perancangan Pentaksiran KBAT

KBAT berfokus kepada pemikiran aras tinggi dengan memberi tumpuan kepada:

MengaplikasiKebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu seperti menjalankan eksperimen dan membuat binaan.MenganalisisMencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil, menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain.

MenilaiMembuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui memeriksa dan mengkritik.Mencipta Menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu; menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen ke dalam corak atau struktur yang baharu.

KBAT dilihat sebagai proses kitaran dari pemikiran aras rendah (KBAR) ke pemikiran aras tinggi (KBAT).

Konsep KBAT telah memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif.

Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan, menyelesai masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang diperlukan.

Konsep KBAT

Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.

Konsep Pentaksiran

Proses ialah satu susunan langkah / tindakan / operasi yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki

Maklumat ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir

Konsep Pentaksiran

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid

Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai / adab yang diperoleh murid setelah melalui proses pendidikanKonsep Pentaksiran

Dua konsep penting dalam pentaksiran ialah

Kesahan KebolehpercayaanKonsep Pentaksiran

Dua konsep penting dalam pentaksiran ialah

Kesahan - sejauh mana skor sesuatu ujian pentaksiran itu menggambarkan apa yang hendak ditaksir

Konsep Pentaksiran

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor itu untuk menggambarkan prestasi murid yang ditaksir. Kebolehpercayaan merujuk kepada skor dan instrumen. berkait dengan konsep tepat, tekal (konsisten), stabil, boleh diharapkan dan boleh meramal.

Konsep Pentaksiran

KONSTRUK

APA (perkara) yang ditaksir

Merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrit (contoh: tinggi, berat) dan abstrak (contoh: pengetahuan, kemahiran dan sikap) yang dibangun atau diperkembang melalui hasil pembelajaran sesuatu mata pelajaran

Konstruk yang diukur dalam instrumen pentaksiran bagi suatu mata pelajaran dikenal pasti berdasarkan dokumen kurikulum mata pelajaran tersebut.

Konsep Pentaksiran

KONTEKS

Atau tajuk adalah tempat pentaksiran sesuatu konstruk itu dilaksanakanMerupakan bahagian-bahagian tertentu mata pelajaranDikenal pasti daripada Sukatan PelajaranLazimnya dinyatakan mengikut kawasan tertentu dalam sesuatu bidangBiasanya dibahagikan kepada beberapa subkonteks

Konsep Pentaksiran

ARAS KESUKARANDitentukan daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai berdasarkan tiga aspek:Peringkat pengetahuan atau kemahiran Asas Lanjutan (Basic Advanced)Kebiasaan (Familiarity)Kerencaman (Complexity)

Konsep Pentaksiran

KATA TUGAS

Kata kerja yang digunakan dalam sesuatu item

Berfungsi untuk menjelaskan bentuk respons yang perlu diberikan oleh murid.

Konsep Pentaksiran

ITEM

Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons daripada murid sebagai evidens hasil pembelajaran yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk serta cara pemberian skornya

Boleh diklasifikasikan sebagai Pengingatan (Recall Item) dan Pemikiran (Thinking Item)

Konsep Pentaksiran

Item Pengingatan Item yang memerlukan pengingatan untuk menjawabnya

Merupakan item aras rendah kerana murid tidak memerlukan KBAT untuk mendapatkan respons, hanya memerlukan daya ingatan.

Konsep Pentaksiran

Item Pemikiran

Item yang memerlukan calon mengaplikasikan kemahiran berfikir untuk menjawabnya

Murid perlu melakukan beberapa proses atau tingkat pemikiran seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi

Konsep Pentaksiran

Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:

Tepat mentaksir perkara yang hendak ditaksirTugasan dan arahan jelasAyat pendek, padat, jelas dan terus kepada maksudKunci jawapan tidak bersifat payung, terlalu umum, paling panjang, paling menonjol, paling lengkapKonsep Pentaksiran

Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:

Stem tidak memberi panduan (clue) kepada jawapan (leading item) atau word associationRangsangan berfungsi. Item mesti didasarkan kepada rangsanganTiada negatif bergandaTata bahasa betulLaras bahasa sesuai dengan kohort umur kumpulan sasar

Konsep Pentaksiran

Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:

Menggunakan istilah yang biasa, terkini dan diterima umumTulen tidak diciplak dari mana-mana sumberTidak bias jantina, etnik, kumpulan sosio-ekonomi, lokasi geografiTidak menyentuh hal sensitif agama, budaya, etnikKonsep Pentaksiran

Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:

Pilihan jawapan homogen dari segi panjang pilihan jawapan, jenis, kumpulanMenyoal perkara yang penting dari segi konteks dan situasi. Tidak wajar menyoal perkara yang terlalu terpencil dan tidak mempunyai kepentinganJelas tata bahasa, ayat, ekspresi, stailKonsep Pentaksiran

Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:

Tanda bacaan, huruf besar, huruf kecil hendaklah tepatBoleh mendiskriminasikan murid yang berlainan keupayaan. Bukan item terlalu senang iaitu item yang dijangka boleh dijawab oleh semua murid atau item terlalu sukar yang tidak boleh dijawab oleh semua murid Konsep Pentaksiran

KOMPONEN ITEMRangsangan / stimulusMengandungi maklumat khusus dalam bentuk petikan, rajah, jadual, dll. Rangsangan terdiri daripada pelbagai jenisTugasanApa yang perlu diberikan sebagai respons.ArahanBagaimana cara memberikan respons.Konsep Pentaksiran

KOMPONEN ITEMOpsyen(bagi item objektif aneka pilihan)Pilihan Jawapan.Peraturan Pemarkahan / Skema Penskoran (bagi item subjektif)

Kaedah pemberian skor sama ada menggunakan penskoran analitikal atau rubrik holistikKonsep Pentaksiran

Konsep Item KBATBerdasarkan definisi KBAT oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013), maka konsep item KBAT merupakan item-item yang menguji keupayaan murid untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Konsep Item KBAT

Konsep Item KBATMenggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikalMemberi maklumat secukupnya kepada murid untuk menjana idea

Mempelbagaikan penggunaan kata tugas untuk menguji pelbagai aras pemikiran kognitifMengundang pelbagai bentuk respons

Berdasarkan konteks baharu yang bukan lazim-Menggunakan situasi di luar bilik darjah-Mengalakkan murid berfikir lebih mendalam dan bukan sekadar mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik darjah

Konsep Item KBATBerdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan harianMendorong murid menggunakan hasil pembelajaran dari pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian

Menggunakan item tidak berulang-Item berbeza setiap tahun-Menggunakan bahan yang melangkaui bahan buku teks, buku kerja, buku latihan, dll

Jenis Item KBAT & PenskoranTiga jenis item item aneka pilihanitem berstruktur atau item respons terhad item respons terbuka.

Langkah Pembinaan Item KBATTentukan konstruk, konteks dan aras kesukaran Tentukan jenis itemRancang penggunaan stimulus yang berkaitan dengan konteks untuk mengukur konstrukTentukan jenis evidens (fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional)Tulis itemTulis Peraturan Pemarkahan/rubrik penskoranMenilai item menggunakan prinsip 9 poin

Langkah Pembinaan Item KBAT

ITEM_MIRIP LP_B05 - Jirim.docx

Penilaian ItemPenilaian item pula ialah proses membuat pengadilan atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu:

DiterimaSedia guna pakai untuk pemasangan instrumen pentaksiran(b) Dalam Perhatian (Keep in view - KIV)Mesti diperbaiki, kemudian dinilai semula(c) Ditolak Mesti diperbetulkan, kemudian dinilai semula

Penilaian ItemProses penilaian ini harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu:Semua Positif = Diterima* Satu atau Lebih Negatif = Dalam Perhatian** Satu atau Lebih Negatif = Ditolak

Contoh-contoh ItemITEM_MIRIP LP_B05 - Dinamik.docxITEM_MIRIP LP_B14.docxITEM_MIRIP LP_B15.docLP_Form2_B7_QCEdited.doc

Contoh-contoh ItemWhich cube has the highest total surface area per volume ratios?A. C.

B. D.

1. Different animals have different ways to adapt themselves in different environment.The diagram shows an animal lives in a tropical environment. Which structure of the body helps it to adapt itself to the hot environment?1cm1cm3cm3cm2cm2 cm5cm5cm

ABCD1.Rajah 1 menunjukkan dua jenis ekosistem X dan ekosistem Y.

Apakah maksud kepelbagaian esosistem?Berdasarkan pemerhatian anda dalam Rajah 1, mengapakah X dan Y adalah ekosistem yang berbeza?(Konstruk Analisis)Spesis organisma yang tinggal dalam habitat dan ekosistem yang berbezakerana X dan Y mempunyai spesis berbeza / habitat berbezaNamakan jenis kepelbagaian ekosistem di Rajah 1:X :Y :Tsunami telah melanda kawasan X. Semua tumbuhan telah musnah. Terangkan apa yang akan berlaku kepada populasi herbivor dalam kawasan itu.(Konstruk Sintesis)X : Ekosistem PayaY : Ekosistem LautHerbivor berkurangPenerangan :Tiada sumber makananHabitat musnah