item dskp tahun 5 (2015)

17
Soalan 1-20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. David membonceng __________ ayahnya semasa pergi ke sekolah pada setiap hari. A kereta B bas sekolah C motosikal D van 2. Ayah berjanji akan menghadiahi adik sepasang kasut sukan berjenama __________ jika sebagai hadiah hari jadinya. A Toshiba B Adidas C Parker D Canon 3. “ Siapakah yang membuat __________ murka? ” tanya bendahara kepada putera sultan. A tuanku B hamba C patik D tuan hamba 4. Puan Marina menyusun periuk-periuk yang sudah dicuci di atas __________ yang diperbuat daripada papan. A pepara B kekuda C tetupai D kekisi 5. Pergerakan pesilat itu sangat __________ semasa melawan musuh di dalam gelanggang. A cergas B lincah C aktif D ligat Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Upload: ijammatrix6731

Post on 22-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tahun 5

TRANSCRIPT

Page 1: Item DSKP Tahun 5 (2015)

Soalan 1-20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. David membonceng __________ ayahnya semasa pergi ke sekolah pada setiap hari.A kereta B bas sekolahC motosikal D van

2. Ayah berjanji akan menghadiahi adik sepasang kasut sukan berjenama __________ jika sebagai hadiah hari jadinya.A Toshiba B AdidasC Parker D Canon

3. “ Siapakah yang membuat __________ murka? ” tanya bendahara kepada putera sultan.A tuanku B hambaC patik D tuan hamba

4. Puan Marina menyusun periuk-periuk yang sudah dicuci di atas __________ yang diperbuat daripada papan.

A pepara B kekudaC tetupai D kekisi

5. Pergerakan pesilat itu sangat __________ semasa melawan musuh di dalam gelanggang.A cergas B lincahC aktif D ligat

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Abang Raju hanya mampu __________ di atas katil sejak kakinya lumpuh akibat kemalangan.A terbaring B terdudukC tersungkur D tertidur

7. Burung-burung __________ menuju ke sarang apabila menjelang senja.

Page 2: Item DSKP Tahun 5 (2015)

A diterbangkan B penerbangan C berterbangan D menerbangkan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Para pelanggan __________ mengunjungi pusat beli-belah itu semasa jualan murah diadakan.A berpusu-pusu B bertolak-tolakC berlumba-lumba D berebut-rebut

9. Penyakit demam denggi berpunca daripada sikap penduduk __________ tidak mementingkan kesihatan.A yang B supayaC bahawa D kerana

10. Encik Lim berasa amat kecewa kerana gagal dalam __________ jawatan pengurus bank.A temu duga B temu janji C temu bual D temu ramah

11. Puan Suhaila menyanyikan lagu sambil ____________anak bongsunya di dalam buaian.

A ditidurkan B meniduriC ketiduran D menidurkan

12. Tukang kebun sekolah itu sedang __________ daun-daun pokok dengan sebilah gunting yang besar.

A mengerat B menebas C menebang D memangkas

13 A. Samad Said merupakan seorang __________ negara yang terkenal kerana hasil karyanya

yang bermutu.

Page 3: Item DSKP Tahun 5 (2015)

A olahragawan B biduanC sasterawan D seniman

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. __________ itu menyelam hingga dasar laut untuk mengkaji tentang batu karang.

A Juruterbang B JurufotoC Juruselam D Juruhebah

15. Puan Anita memotong kaki seluar anaknya yang terlalu __________ itu. A ketat B longgar C labuh D senteng

16. Sikapnya yang __________ itu menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan. A penyayang B peramah C pengasih D pemalu

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Guru besar sedang __________ pingat kepada pemenang tempat kedua.A mengalungkan B meletakkanC menyampaikan D menghulurkan

18. Perkhemahan itu melibatkan __________ orang murid tahun lima sahaja.A para B semuaC beberapa D sesetengah

Page 4: Item DSKP Tahun 5 (2015)

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19. Pak Cik Hassan menjual __________ buah mangga di kebunnya.A sekampit B sebungkusC sebiji D seikat

20. Muka budak lelaki itu __________ akibat disengat lebah.A hitam-legam B bengkak-bengkilC calar-balar D comot-momot

Soalan 21 Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris.

21 Puan Chong melarang murid-muridnya menyentuh peralatan di dalam makmal sains tanpa kebenaran. A membiarkan B membenarkanC menghalang D mengesahkan

22. Para pelancong tertarik dengan hasil tenunan songket yang halus buatannya.A kesat B kasarC licin D tebal

Soalan 23Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

23. Encik Wong berasa sedih dengan sikap anak sulungnya yang tidak pernah pulang ke kampung sejak menjawat jawatan tinggi.

Page 5: Item DSKP Tahun 5 (2015)

Sikap anak Encik Wong diumpamakan __________ .A bagai aur dengan tebing B bagai kacang lupakan kulitC bagai tikus membaiki labu D bagai katak di bawah tempurung

24 Semua simpulan bahasa di bawah menggambarkan sikap seseorang kecuali _________ A berat tulang B kera sumbang C ringan mulut D ayam tambatan

Soalan 25Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di bawah.

25. Ke manakah semua peserta kem motivasi itu akan dibawa?A Kem motivasi itu boleh menempatkan seramai 200 orang peserta .B Semua peserta akan mengikuti kem motivasi itu selama tiga hari dua malam.C Kem motivasi itu dikhususkan untuk semua murid sekolah rendah.D Semua peserta kem motivasi itu akan dibawa ke Hutan Lipur Batu Hampar.

Soalan 25Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

26. Aniza dan Mona telah berkenalan semasa mereka menghadiri kem motivasi.A Bilakah Aniza dan Mona berkenalan?B Mengapakah Aniza berkenalan dengan Mona?C Bagaimanakah Aniza berkenalan dengan Mona?D Di manakah Aniza dan Mona telah berkenalan?

Soalan 26 - 27Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

27. Budak lelaki itu didenda oleh guru disiplin kerana menconteng tandas sekolah.A Tandas sekolah itu diconteng oleh budak lelaki yang didenda oleh guru disiplin.B Guru disiplin mendenda budak lelaki itu kerana menconteng tandas sekolah.C Budak lelaki yang didenda oleh guru disiplin itu telah menconteng tandas sekolah.D Budak lelaki dan guru disiplin didenda kerana menconteng tandas sekolah.

Soalan 28-30Pilih ayat yang betul.

28. A Banyak kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan.B Budak yang paling sangat tinggi itu ialah adik saya.

Page 6: Item DSKP Tahun 5 (2015)

C Datuk sedang menebang rumput-rampai di belakang rumah.D Kereta itu tidak kepunyaan bapa saya.

29. A Lauk-pauk yang dimasak oleh ibu sangat menyamankan.B Majlis perkahwinan itu telah didatangi oleh tetamu kehormat.C Perbuatan merosakkan harta benda awam patut dielakkan.D Pembalakan hutan itu dilakukan oleh individu yang tidak dipertanggungjawabkan.

30. A Ibu membeli kain untuk menjahit langsir.B Faiz akan menghadiri temu duga di petang ini.C Salmah akan ke rumah datuknya semalam.D Abang suka menyelerakkan pakaiannya pada atas katil.

Bahagian BBaca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan ayat yang gramatis.

Pada zaman moden ini, negara semakin pesat membangun seperti sama dengan negara maju yang lain. Internet semakin penting di Malaysia. Oleh itu, penggunaan internet merupakan ilmu pengetahuan kepada semua pengguna, terutamanya pelajar.

Kebaikan internet ialah membantu pelajar mencari maklumat. Hal ini kerana pelajar yang melayari internet dapat mencari banyak maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan. Pelajar yang luas pengetahuan boleh diibaratkan seperti perpustakaan bergerak dan tidak akan digelar seperti katak di bawah tempurung.

Selain itu, pelajar juga dapat menambah kenalan daripada penggunaan internet. Hal ini kerana laman sosial seperti Facebook dan Twitter kini telah menjadi popular dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pelajar boleh bertukar-tukar maklumat mahupun pendapat melalui kenalan daripada laman sosial.

Namun begitu, internet juga mendatangkan keburukan jika tidak digunakan dengan sebaiknya.Banyak pelajar yang mengabaikan pelajaran kerana menghabiskan masa dengan melayari laman sosial seperti Facebook atau bermain permainan video berjam-jam lamanya.Akibatnya murid tidak menyiapkan kerja sekolah kerana terlalu leka menggunakan komputer.

Selain itu juga, internet juga menyebabkan sseorang itu enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin renggang. Jika keadaan ini berterusan maka ramai golongan remaja yang akan menjadi kera sumbang.

Page 7: Item DSKP Tahun 5 (2015)

Kesimpulannya, pengguna internet terutama remaja haruslah bijak menggunakan internet. Pihak ibu bapa juga perlulah lebih peka dengan mengawasi anak-anak mereka agar tidak terlalu leka dengan internet.

31. Mengapakah pelajar yang luas pengetahuan diibaratkan seperti perpustakaan bergerak ?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(1 markah)

32. Bagaimanakah pelajar dapat menambah kenalan melalui internet?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(1 markah)

33. Siapakah yang patut mengawasi anak-anak semasa melayari internet?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(1 markah)

34. Pada pendapat anda, bilakah masa yang paling sesuai untuk murid-murid melayari internet ?

__________________________________________________________________________

Page 8: Item DSKP Tahun 5 (2015)

__________________________________________________________________________

(3 markah)

35. Berikan dua kebaikan dan dua keburukan melayari internet berdasarkan petikan.

Kebaikan

1)

2)

Keburukan

1)

2)

(4 markah)

Soalan 36 – 40Lihat gambar kemudian jawab soalan-soalan berikut dalam ayat yang gramatis.

Page 9: Item DSKP Tahun 5 (2015)

36. Di manakah anda biasa lihat situasi dalam gambar di atas?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(2 markah)

37. Apakah pekerjaan lelaki yang memegang papan tanda ‘berhenti’?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Page 10: Item DSKP Tahun 5 (2015)

(2 markah)

38. Mengapakah kita perlu berhati-hati semasa melintas jalan?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(2 markah)

39. Nyatakan dua cara melintas jalan yang selamat ?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(2 markah)

40. Apakah akibat jika tidak berhati-hati semasa melintas jalan ?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(2 markah)

Page 11: Item DSKP Tahun 5 (2015)

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A

1) A 11) D 21) B

2) B 12) D 22) B

3) A 13) C 23) B

4) A 14) C 24) D

5) B 15) D 25) D

6) A 16) B 26) B

7) C 17) A 27) C

8) A 18) C 28) A

9) A 19) B 29) C

10) A 20) B 30) A

Bahagian B

Page 12: Item DSKP Tahun 5 (2015)

31. Mengapakah pelajar yang luas pengetahuan diibaratkan seperti perpustakaan bergerak ?Pelajar yang luas pengetahuan diibaratkan seperti perpustakaan bergerak kerana dapat mencari maklumat tambahan.

32. Bagaimanakah pelajar dapat menambah kenalan melalui internet?Pelajar dapat menambah kenalan melalui internet melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

33. Siapakah yang patut mengawasi anak-anak semasa melayari internet?Ibu bapa yang patut mengawasi anak-anak semasa melayari internet.

34. Pada pendapat anda, bilakah masa yang paling sesuai untuk murid-murid melayari internet ?Masa yang paling sesuai untuk murid-murid melayari internet ialah selepas menyiapkan kerja sekolah. / pada masa lapang / hujung minggu / cuti sekolah / lain-lain jawapan yang sesuai.

35. Berikan dua kebaikan dan dua keburukan melayari internet ?

Kebaikan:

1) Internet dapat membantu pelajar mencari maklumat tambahan. 2) Kita dapat menambah kenalan melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Keburukan:

1) Pelajar mengabaikan pelajaran dengan melayari internet sepanjang masa.2) Murid enggan bersosial dan hubungan keluarga menjadi renggang.

36. Dimanakah situasi di dalam gambar di atas biasa anda lihat ?Situasi di dalam gambar di atas biasa kita lihat di hadapan kawasan sekolah.

37. Apakah pekerjaan lelaki yang memegang papan tanda ‘berhenti’?Pekerjaan lelaki yang memegang papan tanda ‘berhenti’ ialah pengawal keselamatan.

39. Nyatakan dua cara melintas jalan yang selamat ?

Dua acara melintas jalan yang selamat ialah menggunakan jejantas / menggunakan lintasan belang / menggunakan lampu isyarat.

Page 13: Item DSKP Tahun 5 (2015)

40. Apakah akibat jika tidak berhati-hati semasa melintas jalan ?Jika tidak berhati-hati semasa melintas jalan akan berlaku kemalangan / dilanggar kereta.