israk

29
DISEDIAKAN OLEH : NUR FATIN AZMA BT. RASIDI 4 MARIKH ANTOLOGI HARGA REMAJA CERPEN : ISRAK PENULIS : ERDA ROSLAN KHAIRI

Upload: fatin-azma

Post on 05-Jul-2015

141 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISRAK

DISEDIAKAN OLEH :NUR FATIN AZMA BT. RASIDI

4 MARIKH

ANTOLOGI HARGA REMAJACERPEN : ISRAK

PENULIS : ERDA ROSLAN KHAIRI

Page 2: ISRAK

TEMA

Page 3: ISRAK

Kemerosotan jati diri remaja kota

akibat terpengaruh oleh gaya hidup

moden.

Page 4: ISRAK

PERSOALAN

Page 5: ISRAK

• Sikap ego seorang cucu

• Kasih sayang dalam keluarga

• Kesabaran menghadapi ujian hidup

• Kepentingan sejarah dalam kehidupan

• Perkahwinan campur

Page 6: ISRAK

WATAK DAN

PERWATAKAN

Page 7: ISRAK

ISRAK (WATAK UTAMA)

• Anak sulung Adam dan Siti Hawa, abang kepada Mikraj.

• Israk terpengaruh oleh budaya barat.• Dia seorang yang sombong.• Dia juga seorang yang egois dan pemarah.• Israk akhirnya insaf dan menyesali perangai

buruknya setelah diselamatkan oleh Wah semasa terjatuh ke dalam sungai.

Page 8: ISRAK

WAH (WATAK SAMPINGAN)

• Wah ialah ibu Adam, ibu mertua Siti Hawa dan nenek Israk dan Mikraj.

• Berkahwin dengan Firdaus Frank tetapi menjadi balu setelah suaminya meninggal dunia ketika dia sarat mengandung.

• Selain itu, dia juga amanah.• Wah taat akan perintah agama.• Dia berani dan penyayang.

Page 9: ISRAK

MIKRAJ (WATAK SAMPINGAN)

• Mikraj ialah anak bongsu Adam dan Siti Hawa dan adik Israk.

• Dia manja dan pandai mengambil hati serta menghormati orang lain.

• Mikraj seorang yang penyayang.• Dia seorang yang pemberani.• Mikraj tahu akan asal usulnya.

Page 10: ISRAK

GAYA BAHASA

Page 11: ISRAK

GAYA BAHASA1. Personifikasi

* pintu bilik yang bergegar ditampar angin

desa (halaman 132)

2. Sinkope

* aku bukan kau (halaman 138)

3. Metafora

* asap kemarahan (halaman 134)

4. Simile

* laksana seorang primadona (halaman 131)

5. Peribahasa

* Bagai cacing kepanasan (halaman 134)

Page 12: ISRAK

BINAAN PLOT

Page 13: ISRAK

PERMULAAN

• Adam, Siti Hawa, Mikraj dan Israk pulang ke rumah ah di Kampung Sayong untuk bercuti. Wah menerima kedatangan mereka dengan baik. Israk yang baru pertama kali datang ke rumahnya itu menunjukkan rasa kurang selesa.

Page 14: ISRAK

PERKEMBANGAN

• Israk tidak dapat menyesuaikan diri di rumah Wah. Dia berasa jijik melihat kawasan sekitar, tempat duduk, makanan, minuman dan buah-buahan di kampung. Adam, Siti Hawa dan Mikraj berasa tidak senang hati dengan perangai Israk manakala Mikraj dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung dan amat menyayangi neneknya itu.

Page 15: ISRAK

PERUMITAN

• Israk menghina kehidupan neneknya dan masyarakat di kampung itu sehingga mencetuskan pertengkaran dengan Mikraj. Mikraj menasihati abangnya supaya menjaga perangai dan tutur kata demi menjaga perasaan nenek mereka. Israk tidak mempedulikan nasihat Mikraj. Wah yang berkecil hati dengan sikap Israk menasihati cucu-cucunya itu supaya tidak bergaduh di dalam rumahnya.

Page 16: ISRAK

KLIMAKS

• Israk terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika hendak mandi. Dia hampir lemas tetapi dibantu dan berjaya diselamatkan oleh Wah.

Page 17: ISRAK

PELERAIAN

• Israk memakai baju Melayu. Semua orang terkejut apabila dia menceduk gulai, apatah lagi apabila dia bertanyakan jering dan tempoyak kepada Wah.

Page 18: ISRAK

TEKNIK PLOT

Page 19: ISRAK

TEKNIK PLOT

1. Teknik Dialog2. Teknik Pemerian3. Teknik Saspens4. Teknik Kejutan

5. Teknik imbas kembali

Page 20: ISRAK

LATAR

Page 21: ISRAK

LATAR

MASA

•Pada 4 Oktober•Pada waktu pagi

Page 22: ISRAK

LATAR TEMPAT

Rumah Wah

Bukit Antarabangs

a, Kuala Lumpur

Perth, Australia

Sungai Perak

Page 23: ISRAK

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat kampung

Masyarakat yang mementingkan kebendaan

Masyarakat kota

Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan

Page 24: ISRAK

NILAI

Page 25: ISRAK

Nilai

• Baik hati• Kasih sayang

• Kerajinan• Keberanian• Kesyukuran

Page 26: ISRAK

PENGAJARAN

Page 27: ISRAK

• Kita hendaklah menjauhi diri daripada sikap ego.

• Kita hendaklah mengamalkan kesopanan dalam kehidupan.

• Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban demi kita.

• Kita mestilah bersabar ketika menghadapi ujian hidup.

• Kita hendaklah berani menegur perlakuan buruk seseorang.

Page 28: ISRAK

SOALAN

1. Jelaskan 2 persoalan yang terdapat dalam cerpen Israk.2. Huraikan 3 perwatakan Israk dan berikan contoh dari cerpen Israk.3. Sekiranya anda berada di tempat Wah,

bagaimanakah anda mengatasi masalah Israk?4. Mengapakah Wah enggan menjual rumah Wah

kepada Majlis Daerah?5. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk

menghormati orang yang lebih tua daripada kita?

Page 29: ISRAK

SEKIAN , TERIMA KASIH