islamophobia

9
1.0 PENGENALAN Istilah Islamophobia merupakan perkataan yang boleh membawa kepada satu bentuk pemahaman yang serong terhadap agama Islam sekiranya disalah ertikan mengikut pemahaman individu yang tidak bersandarkan kepada sesuatu sumber yang sahih. Sebelum kita bergerak dengan lebih jauh, marilah kita menjengah satu persatu difinisi Islamophobia melalui pendifinisian secara literal mahupun secara konseptual, agar kita semua berpanduan serta tidak terkial-kial dan menyimpang jauh dalam asas pemahaman Islamophobia itu sendiri. Dari segi takrifan literal, perkataan Islam berasal dari perkataan arab yang membawa maksud selamat,aman,damai. Islam merupakan sebuah agama dalam tradisi Nabi Ibrahim dan pengikut agama Islam pula dipanggil sebagai Muslim. Muslim perlu mengikut 5 rukun Islam iaitu: (1) percaya tiada tuhan selain Allah, (2) solat 5 waktu, (3) berzakat, (4) berpuasa Ramadhan (5) mengerjakan haji di Mekah. Tonggak kepercayaan islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Manakala perkataan phobia pula, merupakan ketakutan atau kebencian yang sangat keterlaluan dan tidak rasional terhadap sesuatu. [1] Secara konseptualnya pula yang menjadi kiblat pengupasan bagi isu ini, Islamophobia telah diterjemahkan melalui satu bentuk ketakutan yang tidak rasional atau amat kuat atau kebencian terhadap Islam. Dalam bahasa yang mudah ialah sifat benci terhadap penganut agama islam, pandangan negatif dan menganggap orang islam ini jahat dan juga pengganas. Namun, kini pemahaman Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ianya turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip. Islamophobia merupakan satu terma yang menjurus kepada sifat prajudis terhadap umat islam terutamanya di negara – negara barat. Konsep ini semakin popular selepas peristiwa 11 September 2001. Namun begitu, konsep ini juga menjadi satu kontroversi apabila penerbitan kartun Denmark secara negatif telah

Upload: muhd-nazmi

Post on 22-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Istilah Islamophobia merupakan perkataan yang boleh membawa kepada satu bentuk pemahaman yang serong terhadap agama Islam sekiranya disalah ertikan mengikut pemahaman individu yang tidak bersandarkan kepada sesuatu sumber yang sahih. Sebelum kita bergerak dengan lebih jauh, marilah kita menjengah satu persatu difinisi Islamophobia melalui pendifinisian secara literal mahupun secara konseptual, agar kita semua berpanduan serta tidak terkial-kial dan menyimpang jauh dalam asas pemahaman Islamophobia itu sendiri.

TRANSCRIPT

Page 1: islamophobia

1.0 PENGENALAN

Istilah Islamophobia merupakan perkataan yang boleh membawa kepada satu bentuk

pemahaman yang serong terhadap agama Islam sekiranya disalah ertikan mengikut pemahaman

individu yang tidak bersandarkan kepada sesuatu sumber yang sahih. Sebelum kita bergerak

dengan lebih jauh, marilah kita menjengah satu persatu difinisi Islamophobia melalui

pendifinisian secara literal mahupun secara konseptual, agar kita semua berpanduan serta tidak

terkial-kial dan menyimpang jauh dalam asas pemahaman Islamophobia itu sendiri. 

Dari segi takrifan literal, perkataan Islam berasal dari perkataan arab yang membawa

maksud selamat,aman,damai. Islam merupakan sebuah agama dalam tradisi Nabi Ibrahim dan

pengikut agama Islam pula dipanggil  sebagai Muslim. Muslim perlu mengikut 5 rukun Islam

iaitu: (1)  percaya tiada tuhan selain Allah, (2) solat 5 waktu, (3) berzakat, (4)  berpuasa

Ramadhan (5) mengerjakan haji di Mekah. Tonggak kepercayaan islam berdasarkan Al-Quran

dan As-Sunnah. Manakala perkataan phobia pula, merupakan ketakutan atau kebencian yang

sangat keterlaluan dan tidak rasional terhadap sesuatu. [1]

Secara konseptualnya pula yang menjadi kiblat pengupasan bagi isu ini, Islamophobia

telah diterjemahkan melalui satu bentuk ketakutan yang tidak rasional atau amat kuat atau

kebencian terhadap Islam. Dalam bahasa yang mudah ialah sifat benci terhadap penganut agama

islam, pandangan negatif dan menganggap orang islam ini jahat dan juga pengganas. Namun,

kini pemahaman Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ianya turut menggabungkan

kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip.

Islamophobia merupakan satu terma yang menjurus kepada sifat prajudis terhadap umat

islam terutamanya di negara – negara barat. Konsep ini semakin popular selepas peristiwa 11

September 2001. Namun begitu, konsep ini juga menjadi satu kontroversi  apabila penerbitan

kartun Denmark secara negatif telah menggambarkan perwatakan Nabi Muhammad. Dalam

buku “Islamophobia: Making Muslims the Enemy” yang dikarang oleh Peter Gottschalk dan

Gabriel Greenberg menyatakan bahawa isu Islamophobia ini berleluasa adalah berkaitan dua

belas gambaran Nabi Muhammad yang dihasilkan oleh editor akhbar Denmark. Hal ini kerana

beliau beranggapan bahawa ramai orang – orang eropah berasa ragu – ragu terhadap masyarakat

Islam. Disebabkan oleh gambaran dan paparan mengenai Nabi Muhammad ini yang diterbitkan

sekitar bulan september 2005, masyarakat muslim Belanda memohon ganti rugi daripada pihak

akhbar dan kerajaan tetapi tidak mendapat sebarang tindakan. Hal ini menunjukkan bagaimana

Islamophobia sangat kontroversi di dunia barat terutamanya di eropah.[2]

Page 2: islamophobia

 Daripada pandangan peribadi, saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan

oleh penulis buku ini yang menyatakan bahawa sejak era atau zaman imperialisme Eropah

terhadap dunia Islam khususnya telah membawa banyak perbezaan pandangan. Hal ini kerana

mereka beranggapan bahawa mereka lebih superior dan berlakunya pertembungan pandangan.

Hal ini telah menyebabkan masyarakat Islam beranggapan bahawa pemikiran barat ini sebagai

Islamophobia.

Selain itu, dalam buku 'Islamophobia and the Politics of Empire: The Cultural Logic of

Empire' yang dikarang oleh Deepa Kumar sangat menarik kerana pengupasan dan penjelasan

beliau mengenai Islamophobia ini mengambil kira daripada aspek sejarah dan ketamadunan. Hal

ini kerana sangat penting untuk difaham bahawa konflik masyarakat Islam dan bukan Islam

terutamanya di barat sehingga munculnya terma Islamophobia sangat berkait dengan sejarah.

Dalam buku ini penulis cuba menerang secara terperinci bagaimana Islamophobia ini terjadi.

Beliau juga mengaitkan peristiwa 11 September dengan Islamophobia. Hal ini kerana media dan

ahli politik barat ketika itu seringkali membahaskan mengenai Islamophobia. Namun begitu,

Islamophobia ini bukan hanya terjadi selepas peristiwa 11 September tetapi sudah lama berlaku,

dan boleh dikatakan sejak dahulu lagi. Konsep ini didengari lagi selepas berlakunya 11

September itu hanya sebagai satu retorik pemimpin barat sehinggakan presiden Amerika

Syarikat ketika itu George Bush mengeluarkan mandat 'War on Terror'.[3]

2.0 FAKTOR-FAKTOR ISLAMOPHOBIA

Islamophobia ialah ketakutan yang berlebihan terhadap islam dan penganutnya.

Islamophobia bukan sahaja perkara baru dalam hubungan Islam dan Barat-Kristian. Berabad-

abad sejak terjadinya Perang Salib, Islamophobia sudah mulai muncul dan terkonstruk dalam

fikiran dan budaya Barat.Kisah ini hanya berlaku dalam negara Eropah dan kurang pengetahuan

dalam agama Islam.

Islamophobia berlaku kerana kurang keilmuan dalam kalangan bukan Islam. Kejahilan

dan kurang pengetahuan dalam Islam oleh orang bukan Islam .Islam dilihat sebagai menggugat

gaya hidup bebas dan ganas. Selain itu, kekurangan informasi dan maklumat yang sebenar dalam

penyebaran Islam iaitu negara Islam yang menjadi keganasan dan kurang maklumat tentang

insiden Islamophobia. Mereka hanya mendengar perkara buruk sahaja dalam Islam dan ada yang

mula membenci tentang Islam dan tidak mengetahui tentang keganasan oleh gerakan agama lain.

Contohnya, salah faham tentang Islam dan Syariah seperti hudud dan isu murtad.

Penyalahgunaan kebebasan media juga berlaku prejudis dan diskriminasi oleh orang

bukan Islam. Menurut Elizabeth Poole dalam Ensiklopedia Race dan kajian Etnik, media telah

dikritik kerana memberi maklumat yang tidak benar tentang Islamophobia. Beliau memetik satu

Page 3: islamophobia

kajian kes memeriksa sampel artikel dalam akhbar British  yang menyimpulkan bahawa

pandangan Islam telah diwakili oleh isu-isu yang melibatkan orang Islam biasanya digambarkan

mereka dalam pandangan yang negatif . Isu ini telah memberi gambaran bahawa umat Islam

member ancaman kepada barat. Pihak media dan iklan  juga telah dikritik kerana di bawah

laporan jenayah kebencian terhadap umat Islam.  Media barat yang berat sebelah dalam memberi

liputan dan penjelasan tentang Islam. Media ini telah memburukkan tentang umat Islam dalam

kalangan bukan islam iaitu berlaku penyalahgunaan media di negara barat. [4]

Tambahan pula, laporan European Monitoring Centre on Racism and

Xenophobia(EUMC) iaitu projek terbesar islamphobia yang telah dijalankan oleh Pusat

Pemantauan Eropah pada EUMC. Satu laporan iatu ringkasan laporan mengenai islamophobia di

Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001 yang ditulis oleh Chris Allen dan Jorgen S. Nielsen

dari Universiti Birmingham adalah berdasarkan kepada 75 laporan dari setiap negara ahli

Eropah. Laporan itu menekankan kekerapan dengan umat Islam biasa menjadi sasaran untuk

serangan selepas 9/11.Walaupun perbezaan tempat dalam setiap negara anggota telah berlaku

serangan berulang ke atas ciri-ciri yang dikenali dan dilihat umat Islam adalah penemuan yang

paling penting laporan itu.

Insiden ini terdiri daripada penderaan lisan, menyalahkan semua umat Islam untuk

keganasan, meludah ke atas umat Islam, memanggil kanak-kanak "Usama", dan serangan secara

rawak.[5]

Secara kesimpulannya, islamphobia berlaku adalah kerana kekurangan ilmu pengetahuan

dalam Islam yang telah berlaku pergaduhan di negara barat. Kekurangan maklumat dan

informasi menyebabkan penyebaran Islam di negara barat sukar dilakukan.

3.0 KESAN PENULARAN ISLAMOPHOBIA

Pelbagai kesan yang ketara hasil daripada wujudnya Islamophobia. Tiada satu pun kesan

baik yang wujud hasil daripada kewujudan yang disengajakan ini untuk memburukkan Islam dari

pelbagai aspek. Menurut ideologi yang ditulis Quraishi, dalam bukunya Muslim & Crime : A

Comparative Study, ada menjelaskan tentang secara terperinci mengenai maksud kesan

Islamophobia secara keseluruhan.Kesan pertama yang akan berlaku ialah hak asasi masyarakat

atau kaum Islam itu terjejas ataupun didiskriminasi secara sengaja. Apabila ideologi

Islamophobia itu diperluas dengan pelbagai cara oleh musuh -musuh Islam, golongan yang tidak

mengenali Islam secara mendalam akan terus mempercayai tanpa meragui kebenaran konsep

Islamophobia. Kepercayaan ini akan memberi kesan buruk kepada hak asasi umat Islam.

Misalnya, hak asasi umat wanita Islam untuk memakai tudung ditindas dan dihalang secara

Page 4: islamophobia

terbuka di khalayak ramai. Hal ini demikian kerana masyarakat yang mempercayai dan

mengamalkan Islamophobia hilang hormat terhadap umat Islam, malah lebih buruk lagi segala

hak asasi umat Islam dipijak tanpa ada balas kasihan sebagai seorang insan. Sudah tentulah

keamanan hidup umat Islam di dunia pada ketika itu menjadi sukar dan sulit, tambahan lagi

apabila tiada satu suara pun yang berani cuba mempertahankan hak asasi umat Islam yang

teraniaya tersebut.

Kedua, keterbatasan politik dan sosiolistik umat Islam dengan masyarakat negara lain

akan terbatas akibat daripada sifat pessimistik mentaliti yang wujud dari idealogi Islamophobia.

Keterbatasan politik dan sosiolistik terjadi kerana apabila negara Islam ingin melakukan

persahabatan ataupun perjanjian dengan negara yang bukan Islam yang mengamalkan sifat

Islamophobia, sudah tentu perjalinan ini tidak akan berlaku oleh sebab kebencian mereka

terhadap umat Islam itu sendiri. Misalnya, perikatan kerjasama ekonomi eksport dan import

sesuatu barangan ataupun bekalan bahan mentah seperti minyak tanah. Perkara ini menyebabkan

terbantut sistem peredaran kitaran politik dan sosiolistik umat Islam.

4.0 PENYELESAIAN ISU ISLAMOPHOBIA

Isu Islamophobia tidak boleh di diamkan begitu sahaja. Isu ini perlu diselesaikan dan

ditangani dengan secepat mungkin. Penyelesaian isu ini perlu dilakukan secara diplomasi. Orang

Islam perlu keluar ke hadapan, memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang agama Islam.

Islamophobia lahir kerana kebencian dan kejahilan barat kepada Islam. Pihak barat ramai yang

menyangka bahawa Islam itu sinonim dengan bangsa Arab dan hanya orang Arab sahaja yang

beragama Islam. Orang Islam perlu tampil ke hadapan dan bersuara untuk menjustifikasikan

kebenaran yang sebenar supaya kebencian dan kejahilan mereka itu dapat dikalahkan.

Tambahan pula, paracendekiawan Islam dari agama Islam sendiri yang sepatutnya

bersuara dan melakukan penjelasan dalam bidang agama ini. Penulisan dalam bidang agama oleh

para cerdik pandai agama juga patut ditingkatkan. Jangan biarkan Bernard Lewis, Philip K. Hitti,

William Montgomery Watt, Maxime Rodinsondan Karen Armstrong yang mempengaruhi dunia

Islam. Orang Islam sendiri perlu lebih pro-aktif di dalam membuat penjelasan tentang

Islam.Islam memerlukan lebih ramai lagi cerdik pandai Islam yang lantang bersuara seperti Dr.

Yusuf al-Qaradawi, Dr. Bilal Philips, Dr. Ingrid Mattson, Yvonne Ridley dan Tariq Ramadan.

Penjelasan dan penerangan tentang agama Islam perlu dilakukan supaya pihak yang

menyebarkan diayah islamophobia ini membuka mata bahawa Islam itu tidaklah seperti apa yang

disangkakan. Cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini juga dengan cara berdialog dan

menerangkan bahawa al-Quran bukanlah kitab yang mengandungi ayat-ayat tentang peperangan

Page 5: islamophobia

semata-mata tetapi ada berbagai-bagai ayat lain yang terkandung didalamnya. Maksud dari ayat-

ayat yang menyentuh tentang jihad juga perlu diberikan penjelasan supaya golongan bukan Islam

ini tidak terus menerus takut pada agama dan orang Islam.

Selain itu, Semangat cintakan perdamaian, saling bertolak ansur sesama manusia dan

saling kasih mengasihani mestilah dipupuk dalam jiwamasyarakat Islam. Agama Islam ialah

agama yang sangat menitikberatkan kedamaian, keamanan dan toleransi.Islam itu ialah deen al-

tasamuh yang bererti agama toleransi. Islam mengajarkan supaya orang Islam bertoleransi

terhadap yang bukan Islam apatah lagi yang beragama Islam.Islam mengajarkan toleransi dalam

semua peringkat iaitu peringkat individu, kumpulan dan negara (Muzammil Siddiqi, 2006).

Dr.Muzammil Siddiqi, mantan Presiden bagi Islamic Society of North America (ISNA)

menyatakan bahawa pada hari ini sikap tidak bertoleransi semakin meningkat di dunia,

menyebabkan kematian, pembunuhan beramai-ramai, keganasan, pencabulan keagamaan dan

begitu juga dengan perselisihan. Adakalanya perselisihan ini berpunca dari bangsa dan etnik dan

adakalanya pula berpunca dari agama dan ideologi, ada masanya pula ia kerana masalah politik

dan sosial. Dalam apa jua situasi, ia adalah perbuatan yang cela dan menyakitkan (Muzammil

Siddiqi, 2006).

Selain itu, cara penyelesaian Islamophobia ialah memulihkan imej Islam. Dato' Raja

Rezza Shah adalah antara mereka yang terpanggil untuk sama-sama berjuang mengatasi

'Islamophobia' dengan caranya yang tersendiri. Beliau cenderung kepada penggunaan cara yang

lembut dan halus serta berpegang kepada prinsip "seseorang mungkin merasa sangsi terhadap

apa yang diperkatakan tetapi selalunya akan mempercayai apa yang dilakukan". Dalam erti kata

lain, melihat adalah mempercayai. Beliau percaya masyarakat antrabangsa perlu melihat dan

merasai keindahan agama Islam serta dipersembahkan dengan 'bahasa visual' yang akan

mendorong mereka untuk menganggap dan memperkatakan tentang agama Islam secarapositif.

Keindahan kepelbagaian budaya dalam Islam perlu dikongsi bersama masyarakat antarabangsa

bagi menghapuskan anggapan negatif yang lazim dikaitkan dengan umat Islam, sekaligus mesej

yang ingin disampaikan tentang Islam tidak lagi dipolitikkan, malah mempunyai identiti yang

lebih lembut secara keseluruhannya.

5.0 KESIMPULAN

Maka disini sedikit sebanyak dapatlah kita mengetahui serba sedikit tentang isu-isu yang

berlaku di dunia terutamanya yang melibatkan tomahan dan tanggapan negatif terhadap Islam

yang dipanggil Islamophobia. Isu ini bukanlah suatu isu yang baharu tetapi isu ini sudahpun

mula timbul bibit-bibitnya sejak tahun 1922 dalam sebuah essai seorang orientalis bernama

Page 6: islamophobia

Etiene Dinet dalam keryanya yang berjudul “L’orient Vu De L’’Occident”. Meskipun bermacam

definisi mengenai Islamophobia yang diperdebat, namun semuanya mengarah kepada sebuah

kesamaan tentang terbentuknya ideologi ketakutan yang tidak rasional terhadap Islam. Dari

perasaan ketakutan inilah terus muncul keyakinan bahawa setiap muslim merupakan penganut

fanatik ajaran Islam, mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan terhadap orang-

orang non-Muslim dan meyakini pula bahawa Islam menolak nilai-nilai seperti kesetaraan,

toleransi dan demokrasi. [6]

Islamophobia berlaku salah satunya adalah disebabkan oleh agenda kafir untuk

menjatuhkan umat Islam. Bukan sahaja untuk memburuk-burukkankan umat Islam daripada

dipandangan masyarakat bukan Islam, bahkan melemahkan umat Islam itu sendiri. Ideologi

sekular yang ingin memecahkan umat dan melarikan umat Islam jauh dari tanggungjawabnya

yang sebenar. Lebih-lebih lagi menjauhkan umat Islam daripada terus bersatu dan melaksanakan

Islam secara kaffah.[7]  [Al-Baqarah : 208] [“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah

kalian kepada Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kalian mengikuti jejak-jejak

syaitan karena sesungguhnya syaitan adalah musuh besar bagi kalian.”]

Pencerahan mengenai maksud Islamophobia itu sendiri adalah seperti berikut: 

            -Islam adalah monolitik dan tidak dapat menyesuaikan dengan realiti baru.

            -Islam tidak berkongsi nilai-nilai bersama dengan agama-agama besar lainnya.

-Islam sebagai agama di anggap lebih rendah daripada Barat. Ia kuno, biadap, dan tidak   

rasional.

-Islam adalah agama keganasan dan menyokong keganasan.

-Islam adalah sebuah ideologi politik keganasan.[8]

Propaganda sebeginilah yang menjatuhkan umat Islam tanggapan Islamofobia

merupakan satu propaganda yang sengaja dicipta oleh kumpulan tertentu untuk melihat

kemunduran dan kejatuha Islam.  Fahaman itu sebenarnya boleh dilenyapkan sekiranya umat

Islam sendiri tidak menjadi ejen untuk mempromosikannya.Tidak ada istilah Islamofobia

sebenarnya. Sebenarnya itu rancangan jahat sesetengah kumpulan yang sengaja mahu melihat

umat Islam mundur. 

Sehubungan itu, golongan cendekiawan Islam perlu mula berdialog dan memperbetulkan

kembali konsep salah yang selama ini dipegang masyarakat. Penyelesaian perlu dilakukan adalah

dengan dialog dan beri kesedaran kepada umat Islam dan bukan Islam khususnya yang selama

ini mereka keliru dengan konsep fobia ini. Oleh itu, setiap tingkah laku yang dibuat perlu

berlandaskan ajaran Islam sebenar yang tertulis di dalam al-Quran dan Sunnah.

Page 7: islamophobia

6.0 RUJUKAN

[1] Diana Kendall, (January  1, 2011), Sociology in Our Times 9th Edition , Wadsworth

Publishing; 8 edition

[2] Gabriel Greenberg, Peter Gottschalk. (2008). Islamophobia: Making Muslims the Enemy.

United States of America: The Rowman and Littlefield Publishing Group.Inc.

[3] Kumar, D. (2012). Islamophobia and the Politics of Empire. Chicago: Haymarket Books 

[4] Ansari, Mohammad Mehdi. 22 Feb, 2007, “Iran Press Commentary Condemns Western

Politicians,         Media for Islamophobia'” Financial Times Information.

[5] Chris Allen, Ashgate (2007).Islamophobia. London: Ashgate 

[6]  Daniel Norman. (1980). Islam and West, the Making of an Image. Scotland:

       Edinburgh University Press Ashgate.

[7] Al-Baqarah: 208, Al-Quran Al-Karim

[8] Mohamed Nimer, 1st edition (June 1, 2007), “Islamophobia and Anti-Americanism: Causes

and Remedie”,Amana publications;