islam dalam tamadun melayu

50
ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU DISEDIAKAN OLEH: NUR HAHANI BINTI HANAFI NUR HIDAYAH BINTI ABU HASSAN NURULAINI BINTI KUSMANIIRAT PENSYARAH PEMBIMBING: PN. SHABIBAH SYAUFIT AFFANDI OPSYEN: IP1F – PENDIDIKAN KHAS

Upload: nurulaini-binti-kusmaniiat

Post on 16-Jun-2015

2.366 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYUDISEDIAKAN OLEH:

NUR HAHANI BINTI HANAFINUR HIDAYAH BINTI ABU HASSANNURULAINI BINTI KUSMANIIRAT

PENSYARAH PEMBIMBING:PN. SHABIBAH SYAUFIT AFFANDI

OPSYEN:IP1F – PENDIDIKAN KHAS

Page 2: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

1) Sejarah dan asas sistem pemerintahan2) Agama Islam dan adat istiadat Melayu3) Sistem perundangan tradisional4) Kewarganegaraan, semangat dan jati diri

kebangsaan5) Kedudukan istimewa orang Melayu dan

Bumiputera

Page 3: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

SEJARAH DAN ASAS SISTEM PEMERINTAHAN

• Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal

• Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut merupakan kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-Lingga

Page 4: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU

• Menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia

• Merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan

• Islam menjadi teras bagi identiti Melayu • Di peringkat kebangsaan,agama Islam telah

dijadikan sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia

Page 5: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

SISTEM PERUNDANGAN TRADISIONAL

• Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang terdiri di atas tunggak rukun negara

• Berdasarkan sejarah, negeri-negeri Melayu mempunyai kanun perundangan yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah (undang-undang Islam). Contohnya:

1. Melaka: Hukum Kanun Melaka, Undang- Undang Laut Melaka

2. Johor: Undang-undang Johor, Undang-Undang tubuh negeri Johor 1895

Page 6: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

3. Pahang: Undang-Undang Pahang4. Kedah: Undang-Undang Kedah5. Perak: Undang-Undang 99 perak dan

Undang-Undang Keturunan daripada keturunan negeri Perak

6. Terengganu: Perlembagaan Negeri Terengganu 1911

7. Negeri Sembilan: Di Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu

Page 7: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KEWARGANEGARAAN, SEMANGAT DAN JATI DIRI KEBANGSAAN

• Kekuatan pegangan Islam dalam tamadun Melayu banyak memberi sumbangan kepada cendikiawan dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.

• Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan untuk berjuang mempertahan dan membebaskan Tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh beberapa pemikir dan cerdik pandai.

Page 8: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam beberapa majalah.

• Hasil daripada gerakan kesedaran cintakan tanah air melalui semangat agama ini, golongan cendikiawan yang menanam kecintaan kepada tanah air digelar refomis manakala kaum muda digelar golongan islah

Page 9: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Penentangan golongan cendikiawan yang berlatarkan pendidikan agama Islam bergabung dengan cendikiawan berkelulusan pengajian Melayu terhadap cadangan British Military Administration (BMA) untuk membentuk Malayan Union amat jelas lagi menampakkan peranan agama Islam dan kemelayuan dalam menanam jati diri dan semangat kebangsaan dalam kalangan bangsa Melayu dalam mempertahankan ketuanan Melayu di Tanah Melayu

Page 10: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Peranan agama Islam dapat menyelamatkan bangsa Melayu daripada terpengaruh dengan fahaman Komunis apabila ianya cuba disebarkan dalam kalangan masyarakat tempatan

• Hasil daripada kegigihan pemikiran dan pejuang Melayu dalam mengekalkan identiti Melayu dalam negara Malaysia dapat dilihat daripada beberapa dasar yang telah digubal dan dibentuk dari semasa ke semasa.

Page 11: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Contohnya Akta Pendidikan (1961) telah menjadi Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Bahasa Kebangsaan (1967) dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dan Rukun Negara (1971) telah memaparkan kesinambungan peranan agama Islam dan semangat kemelayuan dalam membentuk arus pembinaan Negara

Page 12: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA

• Keistimewaan orang Melayu telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 153

• Perlembagaan Malaysia juga memberikan perakuan dan pengiktirafan terhadap undang-undang adat yang dilaksanakan di kalangan orang Melayu

• Namun undang-undang adat ini dapat mengatasi kuasa perlembagaan Persekutuan Malaysia

Page 13: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM

MELAYU

China India Arab

Page 14: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

DARI CHINA

• Orang Cina Islam menyatakan bahawa orang Arab-Islam telah datang ke China pada zaman pemerintahan Maharaja T’ai Tsuing dari Dinasti Tang (627 – 650M).

• Rasulullah s.a.w telah mengutus seorang pendakwah bernama Wahab Abi Kasyah ke Canton.

• Khalifah Othman Ibn Affan juga telah mengutus Saad bin Abi Waqqas. Dimana beliau telah mengasaskan sebuah masjid di Canton yang diberi nama oleh Wan Shin-Zi.

Page 15: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Khalifah Abu Jaafar dari kerajaan Bani Abbasiyah telah menghantar 10 000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan untuk membantu Maharaja Hsnan Tsung (755M) menentang pemberontakan.

• Kesannya kerajaan China telah memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada orang-orang Islam di sana.

Page 16: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

TEORI YANG MENYOKONG KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA

• Menurut Emanuel Godinho De Evedia, Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9M.

• Terbukti dengan penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu.

• Disokong oleh fakta yang menunjukkan telah berlaku kegiatan perdagangan pada abad ke-7M.

Page 17: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Menurut Masudi, terdapat lebih kurang 200 000 pedagang yang berlabuh di perlabuhan Canton dan sebahagiannya adalah pedagang Islam (Arab-Parsi).

• S.Q Fatimi – pada abad ke-9M orang Cina Islam Canton telah berpindah @ melarikan diri ke Asia Tenggara akibat pemberontakan berdarah di China.

Page 18: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

BUKTI YANG MENYOKONG KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA

• Pengaruh China juga dapat di lihat pada bentuk masjid di Melaka dan Jawa yang kelihat seperti Pagoda.

• Syed Naguib Al-Attas berkata pemberontakan di Canton pada tahun 877M (263H) mengorbankan lebih 120,000 kebanyakannya beragama Islam (Arab dan Parsi) menyelamatkan dirinya dengan berhijrah ke Kalah (Kedah).

Page 19: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• S.Q. Fatimilah berkata adanya kerajaan Bani Champa (1000-1471M) merupakan pelarian Syiah Alawiyah dari Damshik. Hujahnya ialah Batu Bersurat di Terengganu tarikh 1303M yang menyamai batu nisan di Champa Selatan.

• S.Q Fatimi mengatakan ada persamaan nisan Fatimah binti Maimon 1082M di Leran, Jawa Timur dengan batu-batu nisan di Phan-rang, Champa Selatan 1039M dan 1035M.

• Batu Bersurat di Teluk Cik Munah, Pahang yang tarikhnya dikatakan 419H (1028M), iaitu lebih awal dari Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 H (1303 M) itu.

• Bukti ini dapat juga menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur dari China atau Indochina.

Page 20: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

DARI INDIA

• Didokong oleh golongan orientalis barat seperti Snouck Hugronje, Brain Harrison, Arnold dan Weirtheim.

• Mereka mengaitkan kedatangan Islam berdasarkan hubungan perniagaan dan kebudayaan antara pedagang India dengan masyarakat Nusantara pada abad ke-13 M.

• Brain Harrison menyatakan masyarakat Nusantara memandang India sebagai tempat mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan.

Page 21: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Jassolin Den Jong berpendapat penyebaran Islam ke Nusantara dimainkan oleh pedagang-pedagang Gujerat kerana persamaan sosio budaya masyarakat Melayu Nusantara dengan masyarakat India.

• Thomas Arnold berpendapat Islam dibawa oleh pedagang India Muslim dari Banggala @ Malabar bukan Gujerat kerana penduduk di Banggala @ Malabar dan Nusantara menggunakan pegangan mazhab Syafie sedangkan penduduk di Gujerat menggunakan mazhab Hanafi.

• Van Ronkel berkata Islam dibawa dari India Selatan kerana ciri-ciri mistik, sastera roman dan sebagainya adalah berasal dari India Selatan.

Page 22: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Snouck Hurgronje berkata “… seolah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orang-orang Islam dari India turut mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di Nusantara, dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke wilayah Nusantara”.

• Pendapat ini telah disokong oleh beberapa orang orientalis barat seperti R.O.Winstedt dan B. Harrison.

Page 23: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Catatan Marco Polo dan Ibn Batutah yang pernah melawat Alam Melayu sekitar abad ke-13 dan 14 M.

• Penemuan makam Sultan Malik al-Salleh, pemerintah pasai yang disebut dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai sebagai pemerintah pertama di Kepulauan Melayu pada 1297 M.

Page 24: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

BUKTI YANG MENYOKONG KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA

• Moquette pula mengemukakan bukti tentang adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai (1428) dan di Gerisek (1419) dengan batu nisan di Gujerat.

• Batu-batu nisan awal yang ditemui telah diimport dari Kambay (Kembayat) Gujerat.

• Tradisi Kesusasteraan Melayu lebih mirip kepada tradisi India Islam.

Page 25: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

DARI ARAB

• Merupakan teori yang paling tepat dengan bukti-bukti dan penemuan sejarah serts catatan ahli pelayaran.

• Penemuan sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama “Ta-Shih” pada tahun 650M.

• S.M Naquib al-Attas menegaskan kandungan persuratan Melayu Islam menggunakan sumber Arab.

Page 26: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

TAHAP KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Tahap Persinggahan (-

441 M)

Tahap Pertapakan (661 – 1258 M)

Tahap Penyebaran secara meluas

(selepas 1258M)

Page 27: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

TAHAP PERSINGGAHAN (- 441 M)

• Berlaku ekoran hubungan awal antara Asia Barat dengan Nusantara sejak zaman pra-Islam di Semenanjung Tanah Arab lagi.

• Penerimaan Islam oleh orang-orang Yaman sehingga Rasulullah menghantar Muaz b. Jabal untuk mengajar Islam dan menjadi wakil di sana.

• Membawa pengaruh besar kerana Yaman ketika itu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa.

Page 28: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

TAHAP PERTAPAKAN (661 – 1258M)

• Berlaku sepanjang zaman kerajaan Bani Umayyah (661-750M) dan kerajaan Bani Abasiyyah (750-1258M).

• Terdapat penempatan orang Arab Islam di Pantai Barat Sumatera pada 674 M dan orang “Tas-Shih” di Jawa.

• Khalifah Muawiyyah telah mengutus surat kepada Raja Sri Wijaya supaya memeluk Islam.

• Raja Srindravarnam (718M) memeluk Islam hasil usaha dakwah Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M)

Page 29: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

TAHAP PENYEBARAN SECARA MELUAS (SELEPAS 1258M)

• Berkait rapat dengan cabaran yang menimpa dunia Islam menjelang abad ke-13M.

• Dimana gerakan Salibiyyah dan kaum Syiah yang sanggup bersekutu dengan pejuang slib semasa pemerintahan Fatimiyyah sehingga mengundang Hulagu Khan.

• Abad terakhir kegemilangan kerajaan Islam diwarnai dengan semangat taklid serta fanatik kemazhaban.

Page 30: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

BUKTI YANG MENYOKONG KEDATANGAN ISLAM DARI ARAB

• Penggunaan tulisan jawi yang meluas.• Pengaruh Timur Tengah dalam bacaan Al-

Quran.• Pengaruh dalam kesusasteraan Melayu.• Pengaruh dalam perkataan Melayu.• Terdapat keturunan Syed dan Sharifah di Alam

Melayu.

Page 31: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Page 32: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTDBIRAN

• Dari segi pentadbiran, islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka, kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah, Johor dan Terengganu.

• Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan di Timur Tengah seperti Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

• Konsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep sultan yang menganggap sultan sebagai zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa sultan itu adalah amanah Allah s.w.t di muka bumi.

Page 33: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Sultan juga dianggap sebagai Aminul Mukminin iaitu ketua kepada umat islam.

• Dalam sektor agama, sultan menjadi ketua agama islam dan baginda bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelatanya.

• Selain daripada peranan sultan, ahli-ahli sufi dan ulama-ulama juga menjadi penasihat tentang agama islam kepada raja.

• Ketua negara-raja sebagai pemerintah dan dibantu oleh pembesar.

Page 34: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Pembesar diberi gelaran tertentu. (bendahara, syahbandar, temenggung, laksamana)

• Di peringkat antarabangsa islam menjadikan hubungan persahabatan dan perdagangan dengan negara luar seperti china, india dan asia barat.

• Di peringkat kampung pula diketuai oleh ketua kampung yang dipilih berdasarkan keturunan.

Page 35: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

EKONOMI

• Aktiviti ekonomi bercorak agrarian masih berlansung selepas kedatangan islam.

• Telah meningkatkan aktiviti perdagangan di kalangan masyarakat Melayu.

• Lahir pasar serta kota bersifat antarabangsa di Parsi, China, India, dan sebagainya.

• Perdagangan- barter dan mata wang semakin berkembang.

• Sistem mata wang diguna pakai secara meluas sesuai dengan perkembangan aktiviti perdagangan bersifat antarabangsa pada masa tersebut.

Page 36: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KESENIAN

• Pengaruh kesenian islam dalam masyarakat Melayu dapat dilihat pada batu nisan, makam, masjid, dan kaligrafi.

• Batu nisan- karya seni islam yang terawal – batu nisan Syeikh Abd al-Qakir bertarikh 903 (kedah)

• Kesenian batu nisan dan makam dapat dilihat juga pada bentuk dan hiasannya.

• Hiasan tulisan ayat al-Quran membuktikan kemahiran pengurnya dalam seni khat Arab.

Page 37: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Pada peri gkat awal, masjid yang didirikan masih mempunyai pengaruh hindu dari segi bentuk dan hiasannya seperti bunga teratai, daun-daunan, permandangan dan garis geometri.

• Namun secara keseluruhannya, masjid mempunyai maksud tertentu bagi masyarakat islam, seperti mihrab,mimbar dipenuhi dengan seni kaligrafi islam yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran.

Page 38: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

BAHASA DAN SASTERA

• Kedatangan islam telah membawa perubahan besar kepada bahasa Melayu dengan menjadikan sebagai bahasa lingua franca di alam melayu.

• Bahasa sanskrit telah digantikan dengan bahasa melayu.

• Bahasa melayu telah diangkat tarafnya sebagai bahasa pengantar di kawasan alam melayu yang mempunyai sekitar 200 bahasa daerah.

Page 39: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Islam seolah-olah telah menyatupadukan masyarakat melayu yang terpisah oleh perbezaan bahasa.

• Turut diperkenalkan sistem tulisan Arab jawi.• Bahasa melayu mencapai kedudukan sebagai

bahasa sastera yang popular sehinggakan sastera warisan hindu kemudiannya ditulis dengan menggunakan tulisan Arab-jawi.

Page 40: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Sastera melayu yang bercirikan islam dapat dibahagikan kepada dua bentuk :a) prosacth: hikayat para sahabat nabi. Misalnya cerita tentang abu bakar al-siddiq, Umar al-Qattab, Ali bin Talib dllb) puisicth: karya Abdul Rauf Fansuri. Misalnya Syair Makrifat

Page 41: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

PENDIDIKAN DAN ILMU SYARIAH

• Pengaruh besar kedatanagn islam dapat dilihat dalam bidang ilmu dan pendidikan iaitu meliputi :

-aspek ilmu yang diajar.-institusi pendidikan dan strukturnya.-guru dan muridnya.

• Dari segi pengetahuan, perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah atau naqliyyah(bidang ususluddin, fekah dan tasawuf)

Page 42: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Aktiviti ilmu dan pendidikan berlansung :-istana yang berfungsi sebagai perpustkaan dan tempat penterjemahan- rumah maulana atau ulama- masjid- madrasah atau surau

• Kebanyakkan guru agama adalah daripada orang asing seperti arab, parsi, turki dan sebagainya

• Murid-murid terdiri daripada raja dan kaum bangsawan disamping rakyat jelata.

Page 43: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Perkembangan dalam bidang ilmu dan pendidikan telah membawa kepada kelahiran ulama Melayu dengan kemampuan ilmiah yang tidak kurang hebatnya.

Page 44: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

UNDANG-UNDANG

• Dari segi undang-undang, undang islam memainkan peranan dalam kerajaan-kerajaan melayu di tanah melayu.

• Para ulama memainkan peranan yang penting dalam perundangan islam.

• Perundangan islam telah menjadi tunjang kepada undang-undang bertulis seperti hukum kanun melaka.

• Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri melayu yang lain pada hari kemudian.

Page 45: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Sebagai contoh, undang-undang 99 perak dan undang-undang pahang.

• Selain itu, undang-undang syariah yang meliputi pelbagai perkara seperti hukum kesalahan jenayah (mencuri, membunuh, dan sebagainya), jual beli, hal ehwal perkahwinan dan pembahagian harta pusaka juga diperkenalkan

• Tokoh-tokoh yang akan memelihara undang-undang ini terdiri daripada hakim dan kadi.

Page 46: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Walaupun haikm dan kadi menjadi tokoh yang memelihara undang-undang tetapi rajalah yang akan menjatuhkan hukuman.

• Baginda akan menjatuhkan hukuman mengikut hukum adat dan bukan hukum islam.

Page 47: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN

• Bagi masyarakat melayu, aspek kepercayaan dan keagamaan membantu memberikan fungsi manusia sebagai satu cara hidup yang sempurna.

• Bagi yang berpegang teguh kepada agama islam, akan bekerja bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab pula dalam soal ibadat .

• Kesimpulnnya, kepercayaan agama masyarakat melayu banyak membeawa perubahan kepada mereka yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan pada masa yang sama mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap kehidupan sosial mereka.

Page 48: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

ADAT RESAM

• Islam juga membawa pengaruh kepada resam masyarakat tempatan.

• Agama islam telah membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya.

• Masyarakat melayu telah membuat penyesuaian antara unsur-unsur hindu dan islam untuk mengelakkan amalan yang diamalkan pada dahulu kala bertentangan dengan ajaran islam.

Page 49: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Agama islam telah menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf atau sistem kasta.

• Mengikut agama islam, semua umat islam merupakan satu gagasan.

• Mereka haruslah sentiasa beriman dan bersaudara dan menjadikannya sebagai prinsip ke arah peprpaduan masyarakat.

• Mereka juga menganggap orang asing yang beragama islam adalah saudara mereka.

Page 50: ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

• Antara adat resam yang banyak dipengaruhi oleh islam ialah adat bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya.

• Selain itu, aspek islam yang baru juga diamalkan contohnya membayar zakat, bekerjasama, bergotong royong dan kekeluargaan.