isi kandungan - universiti malaysia terengganurepocovid19.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/...isi...

10

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ISI KANDUNGAN

    TUJUAN

    LATAR BELAKANG

    PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

    KUATKUASA, PEMAKAIAN DAN AM

    1.0

    2.0

    4.0

    5.0

    04

    04

    05

    08

  • 4 P E K E L I L I N G P E R A N C A N G A N S E N A R I O ( S C E N A R I O P L A N N I N G ) P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I

    1. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang telah diisytiharkan pada 18 Mac 2020, pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menyediakan panduan kepada semua warga UMT termasuk penyelidik, pelajar siswazah, pasca kedoktoran, pembantu penyelidik, agensi pemberi dana dan pihak berkepentingan untuk urusan-urusan berkaitan penyelidikan dan inovasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

    2. Pendekatan Perancangan Senario (Scenario Planning) bertujuan untuk membantu menangani pergolakan, ketidakpastian, kebaharuan dan kesamaran yang timbul susulan perintah PKP akibat Pendamik COVID-19 ini.

    3. Pengurusan UMT telah mengeluarkan pekeliling dan arahan berkaitan COVID-19 seperti berikut:

    i) Pekeliling Khas Covid-19 Bil. 5 Tahun 2020 (Pelanjutan tempoh Penutupan Sementara Kampus Universiti Malaysia Terengganu, Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan Sehingga 12 Mei 2020);

    ii) Pekeliling Khas Covid-19 Bil. 4 Tahun 2020 (Pelanjutan tempoh Penutupan Sementara Kampus Universiti Malaysia Terengganu, Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan Sehingga 28 April 2020);

    iii) Pekeliling Khas Covid-19 Bil. 3 Tahun 2020 (Pelanjutan tempoh Penutupan Sementara Kampus Universiti Malaysia Terengganu, Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan Sehingga 14 April 2020);

    iv) Pekeliling Khas Covid-19 Bil. 2 Tahun 2020 (Penutupan Sementara Kampus Universiti Malaysia Terengganu, Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan Pada 18 Mac 2020-Hingga 31 Mac 2020);

    v) Pekeliling Khas Covid-19 (Arahan Pematuhan Langkah-Langkah Pencegahan Penularan Wabak Covid -19);

    vi) Garis Panduan Aktiviti Penyelidikan, Sepanjang Tempoh Kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan;

    vii) Garis Panduan Masuk Ke Kampus Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan.

    TUJUAN

    PEKELILING BERKAITAN

  • 4 P E K E L I L I N G P E R A N C A N G A N S E N A R I O ( S C E N A R I O P L A N N I N G ) P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I 5P E K E L I L I N G P E R A N C A N G A N S E N A R I O ( S C E N A R I O P L A N N I N G ) P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I

    Berikut adalah kaedah urusan yang berkaitan penyelidikan dan inovasi di UMT;

    4.1 Permohonan Geran Penyelidikan Permohonan geran adalah berdasarkan syarat dan garis panduan pemberi dana yang mana

    kaedah penilaian permohonan dilakukan secara atas talian;

    4.2 Pemantauan Geran Penyelidikan Pemantauan geran adalah berdasarkan syarat dan garis panduan pemberi dana yang mana

    kaedah pemantauandi lakukan secara atas talian;

    4.3 Perolehan Geran Penyelidikan Perolehan geran adalah diteruskan seperti biasa tertakluk kepada arahan atau notis daripada

    Bendahari UMT.

    4.4 Perlindungan Harta Intelek Semua penyelidik UMT adalah tertakluk kepada UMT Intellectual Property Policy. Permohonan

    perlindungan harta intelek hendaklah di kemukakan kepada Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMT (CRIM) melalui email.

    4.5 Promosi Produk Penyelidikan Promosi produk penyelidikan secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.

    4.6 Pengkomersilan Proses pengkomersilan berjalan seperti biasa dengan menggunakan kaedah atas talian.

    Penyelidik di saran menggunakan aplikasi atas talian bersesuaian untuk tujuan komunikasi dengan pihak luar, namun kepentingan UMT harus sentiasa menjadi agenda utama dalam perundingan.

    4.8 Pembantu Penyelidik Siswazah/Pembantu Penyelidik (GRA/RA) Pelantikan GRA/RA yang baharu adalah ditangguhkan sehingga tempoh PKP tamat.

    Walaubagaimanapun, bayaran elaun untuk GRA/RA sedia ada adalah di teruskan, melainkan Ketua Projek memohon penangguhan bayaran elaun kepada CRIM diatas sebab-sebab tertentu.

    Ketua Projek perlu nyatakan sebab-sebab penangguhan dan mendapatkan persetujuan bertulis daripada pihak GRA/RA bagi tujuan penangguhan bayaran elaun. Walau apa pun, terma dan syarat perjanjian antara Ketua Projek dan Pemberi Dana hendaklah menjadi rujukan utama.

    4.9 Pasca Kedoktoran Permohonan Pasca Kedoktoran yang baharu adalah ditangguhkan sehingga tempoh tamat PKP.

    Walaubagaimanapun, bayaran elaun untuk Pasca Kedoktoran sedia ada akan diteruskan seperti sediakala.

    Bagi pasca siswazah yang telah ditawarkan jawatan kepada Pasca Kedoktoran hendaklah melapor diri di UMT secara atas talian sepertimana Surat Tawaran Pasca Kedoktoran.

    Penyelia Pasca Kedoktoran dan Pengarah Institut Penyelidikan hendaklah bertanggungjawab diatas perkara ini.

    4.10 Bayaran Yuran Artikal Jurnal Permohonan bagi tujuan Bayaran Artikal Jurnal hendaklah di hantar terus ke CRIM dalam bentuk

    hard copy (salinan keras).

    4.0 PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

  • 6 P E K E L I L I N G P E R A N C A N G A N S E N A R I O ( S C E N A R I O P L A N N I N G ) P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I

    CRIM akan mengeluarkan notis kepada warga penyelidik berkenaan tarikh dan tempoh penghantaran borang serta dokumen sokongan (hard copy) ke CRIM dari semasa ke semasa.

    4.11 Penggunaan & Pengoperasian Makmal Penyelidikan Semasa tempoh PKP, penggunaan dan pengoperasian Makmal Penyelidikan adalah secara

    minimum hanya untuk memastikan kelangsungan hidup haiwan dan tumbuhan. Aktiviti-aktiviti penyelidikan MASIH TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Adalah ditegaskan bahawa jadual sistem penggiliran hendaklah dilaksanakan dan pengguna perlu mematuhi peraturan-peraturan penjarakan sosial yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

    Pihak Makmal Berpusat (atau PPPL) akan mengeluarkan notis dari semasa ke semasa mengenai perkara ini.

    4.12 Penyelenggaraan Peralatan Saintifik Tiada sebarang penyelenggaraan peralatan saintifik akan dilakukan berikutan tiada penggunaan

    peralatan saintifik sepanjang tempoh PKP ini.

    4.13 Pelupusan Peralatan Saintifik Tiada pelupusan peralatan saintifik sepanjang tempoh PKP ini.

    4.14 Kelangsungan hidupan haiwan dan tumbuhan Bagi memastikan kelangsungan hidup haiwan dan tumbuhan, Penyelidik perlu melakukannya

    secara jadual penggiliran yang sistematik dan tidak dibenarkan melebihi satu (1) orang pada satu masa.

    4.15 Pengisian Gas di Makmal Pengisian Gas di Makmal perlu dilakukan secara jadual penggiliran yang sistematik di antara staf

    dan tidak dibenarkan melebihi satu (1) orang pada satu masa.

    4.16 Penghasilan (Penulisan) Artikal Jurnal Pensyarah/penyelidik hendaklah menghasilkan penerbitan Artikel Jurnal sebagaimana yang

    dipersetujui dalam Sasaran Kerja Tahunan.

    4.17 Pengurusan Akaun Amanah di bawah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Sebarang pembelian melibatkan Akaun Amanah di bawah TNCPI boleh diteruskan bergantung

    kepada keutamaan penggunaan.

    4.18 Kebenaran Hadir ke Makmal/Hatcheri Kebenaran untuk hadir ke makmal/hatcheri hanya boleh diberikan atas sebab untuk memastikan

    kelangsungan hidup haiwan dan tumbuhan. Ianya hendaklah dilakukan sistem jadual penggiliran dan mendapatkan kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Aktiviti-aktiviti penyelidikan masih tidak dibenarkan sama sekali.

    4.19 Keselamatan Makmal/Hatcheri Keselamatan Makmal/Hactheri hendaklah dipantau oleh pihak Bahagian Keselamtan UMT, staf

    makmal dan staf hactheri secara berkala dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

    4.20 Kebenaran Menjalankan Penyelidikan (Sampling/Mengutip Data) Kebenaran Menjalankan Penyelidikan (sampling/mengutip data) dalam tempoh PKP ini masih

    TIDAK DIBENARKAN oleh Majlis Keselamatan Negara.

    Walaubagaimanapun, kebenaran akan diberikan kepada penyelidik yang perlu menjalankan penyelidikan berkaitan COVID-19.

  • 6 P E K E L I L I N G P E R A N C A N G A N S E N A R I O ( S C E N A R I O P L A N N I N G ) P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I 7P E K E L I L I N G P E R A N C A N G A N S E N A R I O ( S C E N A R I O P L A N N I N G ) P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I

    4.21 Penganjuran Majlis/Program/Latihan (berkaitan Penyelidikan & Inovasi) Penganjuran Majlis/Program/Latihan (berkaitan Penyelidikan & Inovasi) hanya dibenarkan secara

    dalam talian sahaja dan permohonan penganjuran perlu mendapat kelulusan Mesyuarat MPU sekiranya melibatkan apa-apa perbelanjaan UMT.

    4.22 Pengurusan Makmal Alami Pengurusan Makmal Alami telah diselaraskan oleh PPPL. PPPL telah menempatkan seorang staf

    bertugas di Makmal Alami Kenyir dan pemantauan oleh pegawai telah dibuat pada Makmal Alami Marin Pulau Bidong. Tiada mana-mana orang dibenarkan menjalankan akitiviti penyelidikan di semua Makmal Alami UMT.

    4.23 Profesor Pelawat/Profesor Adjung Bayaran elaun bagi Profesor Pelawat/Profesor Adjung yang telah dilantik perlu ditangguh ke

    tahun hadapan berikutan PKP keran tidak dapat melaksanakan apa-apa aktiviti yang ditelah dijadualkan melainkan lantikan baru bagi Profesor Pelawat/Profesor Adjung boleh meneruskan tugasan atas talian.

    4.24 Hebahan Hasil Penyelidikan (Media Massa/Elektronik) Penyelidik boleh membuat hebahan hasil penyelidikan melalui media massa dan/atau elektronik

    namun hendaklah mematuhi peraturan-peraturan sedia ada. Hebahan hendaklah berasaskan evidence based research danmembuat hebahan hasil penyelidikan secara berlebihan (over claim) adalah tidak dibenarkan.

    4.25 Penghantaran Data MyRA Penghantaran Data MyRA akan diteruskan mengikut tarikh yang telah ditetapkan pada Takwim

    2019 dan Takwin 2020 iaitu pada Julai 2020 sehingga mendapat makluman baru dari pihak Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).

    4.26 Pengurusan Journal of Sustainability Science and Management (JSSM), Jounal of Business and Social Development (JBSD) dan Journal of Undergraduate Research (JUR)

    Pengurusan JSSM dan JBSD masih diteruskan sepanjang tempoh PKP ini dan telah menerima banyak artikel daripada dalam dan luar negara. Segala urusan JSSM dan JBSD dilakukan secara atas talian. Hebahan pada warga UMT akan dilaksanakan bagi mana-mana penyelidik/pensyarah ingin menyumbang apa-apa artikel dalam seksyen khas iaitu “COVID 19” untuk isu JSSM akan datang.

    4.27 Kebenaran Perjalanan ke Luar Daerah/Luar Negeri Terengganu Kebenaran Perjalanan ke Luar Daerah/Luar Negeri Terengganu adalah tertakluk kepada PKP dan

    arahan serta peraturan-peraturan Majlis Keselamatan Negara.

    4.28 Kebenaran Perjalanan Keluar Negara Kebenaran Perjalanan Keluar Negara adalah tertakluk kepada PKP dan arahan serta peraturan-

    peraturan Majlis Keselamatan Negara

    4.29 Kes Salahlaku (RA/GRA) RA/GRA adalah lantikan di bawah kontrak dengan Penyelidik maka adalah tidak tertakluk

    kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) (Akta 605). Namun jika terdapat apa-apa salahlaku atau apa-apa dakwaan jenayah di mana-mana Mahkamah, maka UMT berhak mengambil tindakan penamatan atau apa-apa tindakan sebagaimana yang dinyatakan di dalam perjanjian pelantikan.

  • 8 P E K E L I L I N G P E R A N C A N G A N S E N A R I O ( S C E N A R I O P L A N N I N G ) P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I

    i) Semua warga UMT dan penyelidik yang berurusan dengan program dan aktiviti penyelidikan adalah tertakluk kepada panduan Pekeliling ini dan ianya berkuatkuasa serta merta pada tarikh ia dikeluarkan;

    ii) Pekeliling ini adalah tertakluk arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pengurusan UMT, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan COVID-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

    5.0 KUATKUASA, PEMAKAIAN DAN AM

    Dikeluarkan oleh:

    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)Universiti Malaysia Terengganu

    Tarikh: 5 Mei 2020

  • 8 P E K E L I L I N G P E R A N C A N G A N S E N A R I O ( S C E N A R I O P L A N N I N G ) P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I

  • Di sediakan oleh : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi,

    Universiti Malaysia Terengganu

    Tel : 6096684139 email : [email protected]

    w w w . c r i m . u m t . e d u . m y