isi kandungan - awal.my file♦ panduan – kisah teladan 13 – 14 ♦ panduan – chan chan the...

16

Upload: nguyendiep

Post on 04-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7

2 | w w w . a w a l . m y

ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 ♦ Panduan – Ani & Umar 7 – 8 ♦ Panduan – Little Prof 9 – 12 ♦ Panduan – Kisah Teladan 13 – 14 ♦ Panduan – Chan Chan the Chick 15 – 16

PENGENALAN Majalah Awal edisi ini membawa anak-anak meneroka pelbagai isi kandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah alam hidupan dengan sub-tema sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan.

Panduan ini disediakan buat guru dan diharap dapat membantu guru dalam merancang Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Fokus untuk panduan ini menjurus kepada pembentukan kemahiran membaca dan pemahaman awal sains melalui pendekatan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics).

Semoga guru-guru dapat memanfaatkan panduan yang disediakan agar pembelajaran menggunakan majalah AWAL di dalam kelas dapat membentuk anak-anak menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif.

3 | w w w . a w a l . m y

KEMAHIRAN MEMBACA Membaca merupakan proses mentafsir bunyi yang dilambangkan oleh gabungan huruf dalam sesuatu perkataan. Kajian terkini menunjukkan bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang bergabung untuk membentuk perkataan tersebut.

Dalam mengajar membaca, guru atau ibu bapa perlu memberi bimbingan dengan melakukan aktiviti seperti bacaan bersama, permainan bahasa, bernyanyi, bercerita dan bacaan berirama kerana ia dapat membantu anak menguasai kemahiran membaca.

KEMAHIRAN ASAS MEMBACA

Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa. Kemahiran ini perlu diajar kerana ia bukan kemahiran semulajadi. Kemahiran ini dirumuskan mengikut sistem 4P seperti berikut:

1. Pengisian Bunyi (PI) Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas yang ada dalam sesuatu bahasa. Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai fonem.

2. Pengecaman Bentuk (P2) Kemahiran mengaitkan bunyi dengan huruf atau gabungan huruf yang melambangkan bunyi tersebut.

3. Pemisahan Bunyi (P3) Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang sesuai dalam sesuatu perkataan.

4. Pemaduan Bunyi (P4) Kemahiran memadukan bunyi-bunyi asas untuk membentuk suku-suku kata dan seterusnya memadukan suku-suku kata tersebut untuk membentuk perkataan.

4 | w w w . a w a l . m y

AWAL SAINS DENGAN PENDEKATAN STEM Kaedah PIL CERDAS STEM melibatkan empat fasa, iaitu Fasa Inkuiri, Fasa Penerokaan, Fasa Reka Cipta dan Fasa Refleksi. Berikut dihuraikan aktiviti pembelajaran yang perlu dijalankan oleh guru dalam setiap fasa. Fasa Inkuiri Dalam fasa ini kanak-kanak diperkenalkan kepada masalah yang akan diselesaikan dalam projek ini. Guru boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengarahkan perhatian murid kepada topik yang akan dipelajari. Misalnya guru membawa murid keluar meneroka di sekitar halaman taska/tadika atau sekolah, menunjukkan gambar atau video mengenai isu yang terbabit, bercerita atau membaca berita daripada surat khabar, membuat lawatan dan sebagainya. Berdasarkan isu/topik yang dibincangkan itu, guru bertanya kanak-kanak mengenai apa yang mereka sudah tahu mengenai isu/subjek berkenaan. Guru membina peta minda "Apa yang kami tahu tentang...". Peta minda ini merupakan pengetahuan awal kanak-kanak yang perlu diketahui oleh guru mengikut teori konstruktivis. Kemudian guru bersama kanak-kanak membina peta minda "Apa yang kami ingin tahu mengenai...". Dengan bimbingan guru, kanak-kanak menentukan soalan apa yang mereka ingin selidik dan jawab dalam projek ini. Fasa Penerokaan Dalam fasa ini, kanak-kanak bersama guru mencari maklumat mengenai konsep-konsep yang berkaitan dan yang mereka telah tahu tetapi belum begitu faham. Pencarian maklumat dilakukan dengan pelbagai cara; dari internet, video, nature walk, lawatan, kajian buku-buku sains, dan sebagainya. Di peringkat ini, kanak-kanak membina pengetahuan baharu dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada mengenai perkara yang dikaji. Setelah mendapat semua maklumat yang diperlukan, mereka dibimbing untuk meneroka mengenai persoalan yang mereka sendiri mencari jawapan atau penyelesaiannya. Untuk itu, guru membimbing

5 | w w w . a w a l . m y

kanak-kanak memikirkan reka bentuk dan alat serta bahan-bahan yang diperlukan. Fasa Reka Cipta Dalam fasa ini, kanak-kanak membina, mencuba dan menghasilkan reka cipta kreatif berdasarkan reka bentuk yang dibuat. Mereka bekerja dalam kumpulan kecil, menggunakan alat-alat teknologi yang selamat dengan bimbingan dan pengawasan pendidik. Ciptaan yang dihasilkan boleh dipertandingkan atau dipamerkan untuk dilihat oleh rakan-rakan yang lain dan ibu bapa. Fasa Refleksi Dalam fasa ini, kanak-kanak mereflek proses pembelajaran yang mereka lalui dan memberi pandangan tentang reka cipta yang mereka hasilkan. Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak mengenai kajian saintifik, menghargai hasil ciptaan rakan-rakan, kesedaran terhadap alam sekitar, kesedaran tentang teknologi dan kejuruteraan, dan penghayatan penghargaan kepada Tuhan Maha Pencipta.

6 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (CERIA BERSAMA CIKI) Ciki dan kawannya, Lala berada di kebun sayur. Mereka menanam pelbagai sayuran seperti sawi, cili dan bendi. Semasa berkebun, ada seekor ulat yang naik ke kaki Ciki. Ciki yang kegelian berlari ke sana sini. Tajuk Ceria Bersama Ciki (ms 2) Tunjang Utama Komunikasi – BM 2.4.4 Membaca dan memahami ayat mudah dengan sebutan yang betul. Tunjang Disepadukan Sains & Teknologi – SA 2.4.1 Membuat andaian yang mudah dan munasabah berdasarkan pemerhatian. Objektif Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menandakan (√) pada 1 daripada 2 gambar yang menunjukkan perbuatan yang patut Ciki lakukan jika ada ulat pada daun sawi.

Aktiviti Prabacaan

1. Guru boleh menunjukkan gambar kebun sayur-sayuran dan bercerita dan bertanyakan soalan tentang gambar tersebut.

Aktiviti Membaca 1. Guru membacakan cerita “Ceria Bersama Ciki”. Murid

mendengar. 2. Guru meminta murid membacakan cerita. 3. Guru menyoal murid berkenaan cerita yang didengar. 4. Murid membuat aktiviti kefahaman di bahagian bawah cerita

dengan bimbingan guru.

Aktiviti Pengukuhan 1. Guru meminta murid melengkapkan aktiviti “Warna Kreatif” di

dalam sisipan (ms 31) di tadika / rumah.

7 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (ANI & UMAR) Kisah Ani & Umar bertajuk “Lidah Ibarat Pisau” yang menceritakan tentang seorang pekebun pisang dan seorang tuan guru. Pengajaran daripada kisah ini adalah untuk sentiasa menjaga percakapan agar tidak mengguris hati orang di sekeliling kita.

Tajuk

Ani & Umar (MS 33 - 37)

Tunjang Utama

Komunikasi – BM 1.4.1 Mendengar dan menyebut ayat mudah secara bertatasusila.

Tunjang Disepadukan

Kerohanian, Sikap & Nilai – PI 5.1.8 Membincangkan kepentingan mengamalkan adab dalam kehidupan.

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menyebut 3 perkataan daripada cerita yang didengar. 2. Memilih 3 daripada 4 gambar yang menunjukkan kesan jika tidak

menjaga pertuturan dengan orang lain. 3. Bercerita tentang hikmah apabila kita menjaga pertuturan.

Aktiviti Prabacaan

1. Murid melihat gambar di muka surat 33. 2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkenaan gambar pada

muka surat tersebut. 3. Guru meminta murid mengaitkan dengan perayaan hari raya yang

baru disambut.

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan cerita Ani & Umar dengan penuh ekspresi dan intonasi. Murid mendengar.

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan cerita bagi meningkatkan kefahaman murid.

3. Guru membaca cerita sekali lagi.

8 | w w w . a w a l . m y

4. Guru meminta murid membaca perkataan di bahagian bawah muka surat.

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid membuat aktiviti di muka surat 37 dengan bimbingan guru. 2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Tulis” di dalam sisipan (ms 20)

di tadika/rumah.

9 | w w w . a w a l . m y

TEACHING GUIDE (LITTLE PROF) The approach in teaching science, technology, engineering and mathematics (STEM) as practiced by Prof. Aminah Ayob and her team from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) follows the following phases:

1. Inquiry 2. Exploratory 3. Experimental / Design 4. Reflection

In this issue, children will learn about the needs of a plant in order to survive. Let us go through the phases as listed above in describing the topic.

Title

Little Prof - Grow Tall, Grow Well (page 38 – 39)

Main Domain

SA 3.4.4 Menyatakan keperluan tumbuhan untuk hidup melalui pemerhatian Integrated Domain

BI 3.2.4 Copy familiar words in legible print.

Objectives

At the end of the lesson, children will be able to:

1. Say aloud 3 out of 4 needs of plants. 2. Write the correct parts of a plant based on a picture.

The lesson begins with an inquiry about what they already know about the subject in this case – plants. The children participate to make a Web about “What we know about plants” (Web 1). The second step involves “What they want to know about plants” – together make a Web on this (Web 2). At the end of this activity, the teacher guides the children to discuss about the needs of a plant as shown in page 38 – 39.

10 | w w w . a w a l . m y

1. INQUIRY PHASE:

Ideally show a plant in a glass pot so that when we remove some of the soil, we can see the roots. Ask the children “Do you know what plants need to survive?”

An example of Web of What We Know is shown below:

Web 1: What does a plant need to survive? For preschool children, the teacher writes the ideas on the board.

What does a plant need to survive?

(teacher)

It needs water.

(child A)

It needs sunlight. (child B)

It needs soil.

(child C)

It needs air.

(child D)

11 | w w w . a w a l . m y

Next, ask the children what else they want to know about the needs of plant? An example of Web of What We Want to Know:

Web 2: What we want to know about the needs of plants?

What else we want to know

about needs of plants?

(teacher)

How long can a plant live

without sunlight? (child A)

Can plants grow in the

dark? (child B)

What is the difference

between red & black earth?

(child C)

How long can a plant live without

water? (child D)

12 | w w w . a w a l . m y

2. Exploratory Phase

In this phase, the teacher/parent explores the subject together with the children by using references from internet, books and other suitable sources to find information and to clarify any misconceptions on the topic.

The summary of “Do you know what plants need to grow tall and healthy?” is described in simple terms on page 38-39 in this issue of AWAL™.

In this phase, guide the children to explore what happens when a plant is not watered for 10 days.

3. Experimental/Design Phase

When the children are clear of the concepts involved, guide them to the activity in Lab Notes on page 29 to write and paste the different parts of the plant and colour it according to their creativity.

4. Reflection Phase

In this phase, children discuss what they have learned from this project. Teacher/parent should also instill the practice of teamwork and sharing of ideas. In addition, children should appreciate nature and be grateful to God for his beautiful creations as seen in “Grow Tall, Grow Well”.

13 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (KISAH TELADAN) Kisah Teladan menceritakan tentang Haikal, atuk dan nenek yang menziarahi rumah anak yatim sempena hari raya Aidilfitri. Atuk dan nenek kemudian bercerita tentang ketabahan Nabi Muhammad SAW kerana baginda juga merupakan anak yatim.

Tajuk

Kisah Teladan (MS 40 - 43)

Tunjang Utama

Kerohanian, Sikap & Nilai – PI 4.1.1 Bercerita tentang Nabi Muhammad SAW.

Tunjang Disepadukan

BM 1.2.4 Mendengar dan memberi respon dengan bertatasusila terhadap:

(i) cerita

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Memilih 3 daripada 4 gambar yang menunjukkan kasih sayang kepada anak yatim.

Aktiviti Prabacaan

1. Guru menunjukkan gambar pada muka surat 40 dan 41 dan bertanyakan soalan kepada murid tentang gambar tersebut.

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan Kisah Teladan dengan penuh ekspresi dan intonasi. Murid mendengar.

2. Guru menyoal murid berkenaan cerita yang didengar. Antara soalan yang boleh ditanya: a) Siapakah nama ibu/datuk/bapa saudara Nabi Muhammad SAW? b) Bilakah ibu Nabi Muhammad SAW meninggal dunia? c) Apakah yang dimaksudkan dengan anak yatim?

14 | w w w . a w a l . m y

d) Apakah contoh amalan yang boleh dibuat untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak yatim.

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid membuat aktiviti Bijak Fikir (ms 43). 2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Jawi” dan “Pendidikan Islam” di

dalam sisipan (ms 26 - 29) di tadika/rumah.

15 | w w w . a w a l . m y

TEACHING GUIDE (CHAN CHAN THE CHICK) In Story Time with Chan Chan entitled “What Should I Do in My Free Time?” Chan Chan thinks about all the fun activities that can be done during his free time. Among the activities that he’d like to do is baking, painting, fishing and gardening.

In Sing-Along with Chan Chan, let’s sing a fun song entitled “Tiny Seeds” to the tune of Mulberry Bush. The song is about planting a seed.

Title

Chan Chan the Chick (Page 46 - 48)

Main Domain

Komunikasi – BI 1.2.5 Listen to and respond to stories

Integrated Domain

Kemanusiaan KM 5.3.1 Bercerita tentang amalan memelihara dan memulihara alam sekitar.

Objective

At the end of the lesson, students will be able to:

1. Read 3 words with the /ae/ sound and 3 words with the /ai/ sound. 2. Write the correct letter based on the given symbols.

Pre-Reading Activity

1. Teacher sings the song on page 48 with the correct intonation and expression.

2. Teacher asks questions pertaining to the song. Example of questions: a) Have you done a gardening activity before? b) How do we plant a tree? c) Do you know that planting trees help the environment?

Reading Activity

1. Teacher reads aloud the story called “What Should I Do In My Free Time?” with intonation and expression.

2. Teacher asks questions pertaining to the story. Example of questions:

16 | w w w . a w a l . m y

a) What are the activities that Chan Chan would like to do? (Asks children to say aloud the activities according to the sequence of the story)

b) Why can’t Chan Chan bake a cake? c) Why can’t Chan Chan paint? d) Why can’t Chan Chan go fishing? e) What is the activity that Chan Chan decided to do? f) Based on the 4 activities, which one would you like to do? Why?

3. Teacher asks the students to say the words at the bottom of the pages. Teacher shall provide guidance if students are having difficulty.

4. Teacher can ask student to say aloud the sound in groups, pairs or individually.

Post-Reading Activity

1. Students complete the Word Hunt activity on page 18 at school/home.