ios

14
PENDAHULUAN Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan pada masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempraktikkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada pelajar. Penggunaan teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program pendidikan guru di zaman kini. Sebagai contoh, pengintegrasian kemahiran abad ke-21 boleh diterapkan dikalangan guru dan pelajar dengan menggunakan Ipad di dalam bilik darjah. Kejayaan dalam melahirkan guru yang mempunyai pakej lengkap dalam teknologi pendidikan serta penguasaan dalam kemahiran abad ke-21 akan memberikan faedah ke atas pelajar yang bakal dilahirkan dengan memenuhi kehendak industri serta sejajar dengan kepesatan teknologi kini supaya menjadi pemacu kepada sektor ekonomi negara. Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi dalam pendidikan boleh dedifinisikan sebagai satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan,

Upload: sorupanathan-sadayan

Post on 28-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

OUM

TRANSCRIPT

Page 1: IOs

PENDAHULUAN

Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan

komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan pada

masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempraktikkan penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada pelajar. Penggunaan

teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program pendidikan

guru di zaman kini. Sebagai contoh, pengintegrasian kemahiran abad ke-21 boleh diterapkan

dikalangan guru dan pelajar dengan menggunakan Ipad di dalam bilik darjah. Kejayaan dalam

melahirkan guru yang mempunyai pakej lengkap dalam teknologi pendidikan serta penguasaan

dalam kemahiran abad ke-21 akan memberikan faedah ke atas pelajar yang bakal dilahirkan

dengan memenuhi kehendak industri serta sejajar dengan kepesatan teknologi kini supaya

menjadi pemacu kepada sektor ekonomi negara.

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai

pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna

dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi dalam pendidikan boleh dedifinisikan sebagai satu rangkaian elektronik untuk

mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara

efektif, pantas dan banyak (Ahmad Fuad Othman, 2003). Teknologi pendidikan juga merupakan

satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid

dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Bahagian Teknologi

Pendidikan, 2012). Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (2012) lagi, teknologi pendidikan

ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah

pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini seperti komputer dan

teknologi yang berkaitan. Teknologi pendidikan juga boleh didefinisikan sebagai satu bidang dan

amalan etika yang dipraktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi

yang sesuai (Karti Suharto, 1990).

Page 2: IOs

IPAD

IPad adalah satu gadget yang berbentuk komputer tablet yang dikeluarkan oleh Syarikat

Apple. Bentuk iPad adalah lebih kecil daripada komputer riba biasa, tetapi jauh lebih besar

daripada telefon pintar. iPad boleh dikatakan mirip sebuah mini laptop, yang juga berfungsi

untuk penggunaan multimedia, internet dan games. iPad adalah satu tablet yang tidak

mempunyai papan kekunci tetapi mempunyai layar skrin sentuh untuk yang digunakan untuk

mengawal peranti.

Seperti telefon pintar iPhone yang juga dikeluarkan oleh Syarikat Apple, iPad

menggunakan sistem operasi IOS Apple. Ini membolehkan iPad untuk menjalankan aplikasi

pihak ketiga, yang boleh dimuat turun dari App Store Apple. Walaupun aplikasi yang direka

untuk iPhone juga boleh digunakan pada iPad, tetapi telah banyak aplikasi IOS yang

dibangunkan khusus untuk penggunaan iPad. Selain daripada itu, iPad juga mempunyai fungsi-

fungsi yang sama seperti netbook iaitu wifi dan Bluetooth serta menggunakan Safari sebagai

sistem operasinya.

Oleh kerana skrin iPad adalah lebih besar daripada skrin iPhone, banyak aplikasi

daripada IOS Apple yang hanya dapat digunakan pada iPad antaranya ialah aplikasi produktiviti,

grafik dan video editing. IPad telah dibina dengan mempunyai permukaan skrin sesentuh yang

bersaiz 9.7 inci persegi dengan berat sekitar 600gm sahaja. iPad juga telah dibina dengan

menggunakan sistem processor buatan Apple A41 GHz. Baterinya boleh menjangkau sehingga

10 jam untuk penggunaan aktif dan mampu bertahan selama sebulan jika hanya menggunakan

fungsi standby.

IPad juga dilengkapi dengan applikasi iTunes yang membolehkan penggunanya memuat-

turun lagu dan video serta berkongsi data dengan iPod. IPad juga disertai dengan aplikasi iBook

yang membolehkan pengguna iPad membaca dan memuat-turun ebook dalam format PDF.

Dengan permukaan skrin iPad yang bersaiz 9.7 inci, ianya sangat sesuai digunakan untuk

pembaca ebook. IBooks adalah satu aplikasi yang dibina untuk pengguna iPad memuat turun

buku dalam bentuk versi elektronik dari iBook store dan boleh dibaca pada iPad. Selain daripada

itu, iPad yang mempunyai skrin warna penuh juga membolehkan pengguna iPad yang ingin

memuat turun novel serta buku cerita kanak-kanak dan juga majalah dapat membaca seperti

Page 3: IOs

buku yang sebenar, bezanya buku dalam iBook berbentuk digital. Aplikasi iBook ini juga boleh

dibaca satu halaman pada satu masa dalam mod potret atau dengan sebelah muka surat dalam

mod landskap.

Semua versi iPad dapat menggunakan jaringan internet Wi-Fi. Dengan adanya perisian

tersebut ianya membolehkan pengguna untuk untuk melayari web, memeriksa e-mail, dan

memuat turun aplikasi secara langsung kepada peranti. Beberapa versi iPad generasi baru

terdapat model yang mempunyai sokongan 3G untuk memuat turun data melalui sambungan

talian telekomunikasi dan ini memerlukan kontrak perkhidmatan selular yang dibayar secara

bulanan. Keluaran generasi pertama iPad tidak mempunyai kamera, manakala iPad generasi

kedua telah diubahsuai dengan mempunyai kamera pada kedua-duanya termasuk kamera depan

dan kamera belakang. Dengan adanya kamera ini, pengguna iPad boleh menggunakannya untuk

persidangan video dengan pengguna iPad yang lain, iPhone, atau pengguna Mac melalui aplikasi

FaceTime.

Page 4: IOs

PENGGUNAAN IPAD DALAM PENDIDIKAN

Dalam abad ke 21, teknologi komunikasi semakin menunjukkan kemajuan sejajar dengan

peredaran masa. Kecanggihan teknologi tersebut bukan sahaja diaplikasi untuk tujuan

komunikasi malah turut diserapkan dalam bidang pendidikan. Teknologi bermaksud produk atau

alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan

sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. Pelbagai alatan gadget yang terdapat

dipasaran dan boleh digunakan dalam pendidikan seperti pc tablet, iPad dan telefon pintar.

Banyak Negara yang telah memperkenalkan pendidikan berasaskan “Mobile Learning”. Dunia

pendidikan yang berasaskan “Mobile Learning” amat membantu para pelajar dan guru untuk

mengakses sesuatu maklumat tidak mengira di mana sahaja mereka berada. Ini kerana dengan

adanya aplikasi tertentu yang telah dibina dalam setiap gadget atau peranti tersebut, pelbagai

maklumat dapat diperolehi dengan mudah. Pengguna hanya perlu memuat turun perisian atau

aplikasi tersebut dan dengan adanya jaringan internet, semua maklumat dapat dilayari. Bagi

pengguna iPad, pelbagai aplikasi yang boleh digunakan seperti ibook, Keynote, Numbers, Pages,

iMovie, Evernote, Dropbox dan juga perisian-perisian lain. Bagi guru-guru yang mengajar

matapelajaran seperti Sejarah dan Geografi, mereka boleh menggunakan Keynote untuk

membuat tayangan slide kepada pelajar-pelajar mereka. Aplikasi seperti Numbers pula boleh

digunakan untuk guru-guru membuat graf, pengiraan markah dan sebagainya.

Selain daripada itu, dengan adanya teknologi tersebut dapat mengurangkan beban kepada

pelajar untuk membawa buku teks. Anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang sarat

dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah. Pelajar boleh memuat turun iBook dan

selepas itu, mereka boleh memuat turun buku-buku dalam itunes u dan disimpan di dalam iBook

Dipetik dari suratkhabar Kosmo yang bertarikh 17 Jun 2011 yang bertajuk Peranti teknologi di

dalam bilik darjah, “Seramai 120 pelajar dan 16 guru di sekolah tersebut diberikan iPad sebagai

kumpulan sampel dengan kos lebih RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar di

sekolah tersebut memiliki komputer tablet setiap seorang”. Oleh itu, dengan kemunculan

teknologi ini amat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.

Sejajar dengan itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar

dengan memberikan pendedahan awal terhadap penggunaan teknolgi tersebut di dalam aktiviti

pembelajaran.

Page 5: IOs

Aplikasi ios Evernote

Apa Itu Evernote?

Dalam kehidupan seharian, ada pelbagai peristiwa yang berlaku atau terjadi. Kita

memerlukan satu tempat untuk mencatat atau menyimpan semua maklumat tersebut. Dengan

adanya aplikasi seperti Evernote, pelbagai perkara yang boleh kita simpan dan rakamkan.

Evernote ialah satu alat Web 2.0 yang membolehkan mereka merakam gambar hampir semua

perkara yang ingin diingati. Dalam ruangan penyimpanan Evernote, gambar juga boleh

disimpan, disusun dan diberi penerangan ringkas untuk menjadikan gambar tersebut mudah

diperoleh pada masa akan datang. Selain daripada itu, penggunaan aplikasi ini membolehkan

pengguna menambah teks, maklumat, gambar, video, dan pautan sebagaimana yang boleh

dilakukan dengan aplikasi web yang lain.

Kebaikan Menggunakan Evernote

1. Pelajar

Penggunaan Evernote ini amat membantu pelajar untuk mengatur atau menguruskan

perancangan tugasan mereka. Evernote membantu mereka untuk memastikan semua tugasan

penting seperti nota, kuiz, kerja rumah dan lain-lain ditulis secara tersusun dan terancang.

Mereka tidak perlu risau catatan tentang tugasan mereka akan hilang atau terlupa dengan tugasan

yang perlu dilaksanakan. Caranya amat mudah iaitu, pelajar boleh mengambil gambar-gambar

penting untuk setiap tugasan tersebut dan memuat turun ke dalam Evernote. Kemudian, pelajar

boleh menyusun gambar-gambar tersebut mengikut tajuk-tajuk atau kelas. Aplikasi Evernote ini

membantu mereka untuk melaksanakan tugasan dengan cepat dan mudah untuk mendapatkan

maklumat yang dikehendaki.

Page 6: IOs

2. Guru

Evernote dapat membantu guru untuk menjadikan tugasan mereka dapat dilakukan secara

tersusun dan terancang bagi menyimpan atau mencatat maklumat tentang tugasan pelajar atau

nota rujukan. Contohnya, seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni. Mereka

boleh mengambil gambar tugasan-tugasan pelajar mereka seperti gambar lukisan atau projek

seni. Kemudian mereka boleh memuat turun ke dalam Evernote dan menyimpan gambar tersebut

mengikut kelas yang diajar. Guru tersebut tidak perlu membawa balik semua tugasan projek

tersebut ke rumah kerana semua gambar tersebut ada di dalam Evernote. Jadi, guru tersebut

boleh melihat tugasan projek seni yang dilakukan oleh pelajar hanya melalui gambar yang

disimpan di dalam Evernote dan memberi markah kepada mereka.

Selain daripada itu, Evernote juga membolehkan seseorang guru tersebut menyimpan

video yang hendak digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh

mengambil gambar video tersebut, tajuknya atau pautan video tersebut. Mereka hanya perlu

membuat beberapa catatan atau penerangan ringkas, kemudian menghubungkan laman web

tersebut ke dalam Evernote. Apabila mereka ingin menggunakan video tersebut, mereka hanya

perlu mengingati video tersebut dan gunakannya pada bila-bila masa sahaja.

Penggunaan Evernote dalam Pengajaran

Aplikasi Evernote adalah satu alat teknologi yang amat membantu tugas seorang guru

dalam merancang dan menyusun tugasan yang ingin dilaksanakan. Ada beberapa cara

penggunaan Evernote yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran iaitu terbahagi kepada

tiga (Michael, 2011):

i. Sebelum kelas

ii. Semasa kelas

iii. Selepas kelas

iv. Sebelum kelas

Page 7: IOs

1. Rancang dan susun kelas anda menggunakan tags:

Penggunaan tags merupakan salah satu cara terbaik untuk merancang dan mengatur

pengajaran anda mengikut minggu atau kelas. Contohnya , jika anda tahu bahawa terdapat subjek

tertentu yang perlu diajar pada minggu kedua sesi persekolahan, semua kandungan pelajaran

yang berkaitan anda boleh gunakan tag "minggu 2". Setelah sistem ini diwujudkan, anda boleh

terus menambah item tambahan sepanjang tahun.

2. Pangkalan Data Piawai:

Susunkan piawaian pencapaian bagi gred atau subjek tertentu. Anda juga boleh berkongsi

dengan guru, ibu bapa, pentadbir dan pelajar-pelajar yang menggunakan ciri-ciri perkongsian

Evernote.

3. Pembangunan kerjaya:

Jika anda menfaatkan cuti semester untuk mempertingkatkan kemahiran atau meneruskan

pengajian anda, simpanlah semua nota, sumber-sumber, pelajaran dan idea-idea baru yang

dipelajari ndalam Evernote. Ianya juga amat sesuai baik untuk guru dalam perkhidmatan,

persidangan, bengkel dan seminar yang dihadiri.

4. Template kelas:

Template adalah cara yang terbaik untuk menjimatkan masa apabila member markah dan

menilai pelajar anda. Jika anda menggunakan template seperti helaian gred atau borang penilaian

pelajar, simpanlah di dalam Evernote agar ianya berada di hujung jari anda sepanjang tahun.

5. Bersedia untuk ketiadaan anda:

Gunakan Evernote sebagai satu cara untuk memastikan kelas anda tetap diteruskan

walaupun anda tidak hadir. Evernote memudahkan anda untuk berkongsi buku nota dengan guru

ganti. Kongsikan rancangan pelajaran, lembaran kerja, kunci jawapan dan contoh kerja yang

telah siap. Ini untuk memastikan kelas anda tetap dijalankan walaupun anda tidak berada di sana.

Page 8: IOs

Semasa Kelas

1. Kongsi buku nota dengan kelas anda:

Selepas membina satu buku nota awam (public notebook), kongsikan pautan URL

dengan kelas anda. Dengan cara ini, apa sahaja catatan yang ditambahkan boleh dilihat oleh

pelajar-pelajar anda (atau ibu bapa mereka).

2. Gambar papan putih:

Mengambil gambar papan putih merupakan satu kegunaan Evernote yang digemari.

Ambil gambar papan putih sebelum kelas bermula dan sekali lagi apabila kelas tamat. Ini akan

memberi anda rakaman gambar dengan cetakan waktu yang tepat mengenai perkara yang anda

lakukan pada bila-bila masa. Anda boleh memberikan tajuk atau tag pada setiap gambar

berdasarkan nombor turutan kuliah bagi memudahkan pencarian gambar-gambar tertentu. Anda

juga boleh berkongsi gambar tersebut dengan pelajar yang tidak dapat menghadiri sesuatu kelas

agar mereka tetap menerima nota pelajaran tersebut.

3. Simpan nota di tempat yang mudah dicapai:

Simpan semua nota lembaran kerja, templat, panduan belajar dan tugasan yang sering

digunakan di dalam Evernote supaya mudah dicari dan dicapai.

Selepas Kelas

1. Memudahkan pemarkahan:

Imbas ujian yang telah diberikan markah dan tambahkannya ke dalam Evernote. Anda

boleh memasukkannya ke dalam buku markah atau lembaran hamparan (spreadsheet) apabila

anda mempunyai masa terluang. Ini juga sesuai jika anda mempunyai guru pembantu. Anda

boleh berkongsi buku nota dengan mereka dan meminta mereka membantu dalam proses

pemarkahan.

2. Mengatur aktiviti ko-kurikulum anda:

Sekiranya anda menyertai mana-mana jawatankuasa atau melatih sesuatu pasukan, anda

boleh menggunakan Evernote menyusun semua nota kajian, dan maklumat yang berkaitan

dengan aktiviti ko-kurikulum tersebut. Perkongsian maklumat tersebut di dalam Evernote adalah

Page 9: IOs

cara yang mudah bagi memastikan jawatankuasa anda memperolehi maklumat dan memikirkan

perkara yang sama serta berkongsi pengetahuan tentang sesuatu projek.

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam pendidikan di Negara kita masih

lagi di tahap permulaan. Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi

desakan ke atas penggunaan teknologi sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan diharapkan dapat mempertingkatkan lagi kesediaan

guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dengan ini, penghasilan guru sejajar dengan abad ke-21 dapat dilaksanakan

dengan jayanya.

Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam

menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan

kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam

menggunakan teknologi maklumat dan komuniksi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini

menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu negara merealisasikan

penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan

pelajar dan keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan juga

pelajar. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah memberikan komitmen penuh dalam

merealisasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai

hasrat Negara yang menginginkan sumber manusia yang berkualiti dan berkebolehan pada masa

akan datang.