inventori harga diri

Download Inventori harga diri

Post on 05-Jul-2015

309 views

Category:

Education

9 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. Harga Diri Harga diri merupakan penilaian menyeluruh tentang diri kita samada secara positif negatif. Orang yang mempunyai Harga diri yang negatif tidak selesa dengan keadaan dirinya dan kurang yakin dengan diri sendiri, sebaliknya orang yang mempunyai hargai diri yang tinggi, bangga dengan diri sendiri dengan pencapaian yang telah diperolehi.

2. Estem Diri Setiap pagi kita melihat diri kita di dalam cermin. Adakah kita suka melihat apa yang kita lihat? Yang kita lihat di dalam cermin itu ialah diri kita sendiri. Dia adalah diri kita. Perasaan suka kepada diri sendiri bermakna kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada diri kita dan tidak malu mengakuinya. Ingatlah, di sekeliling kita terdapat ramai yang mahu kita menjadi seperti itu dan ini, bukan seperti yang kita mahu. Terpulanglah kepada kita untuk menerima atau menolak saranan-saranan itu. Estim-diri kita terpancar pada cara kita berperilaku dan berkata-kata. Ia juga terpancar pada sikap yang kita miliki, pada keyakinan kita terhadap diri sendiri dan pada apa yang kita rasa berkenaan diri kita. 3. Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri Arahan: Tuliskan (B) bagi BENAR jika pernyataan di bawah mengambarkan diri anda. Tulis (T) jika pernyataan itu TIDAK BERKAITAN dengan anda. Anda hendaklah jujur dengan respon anda. 4. Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri BILITEM1Saya sayangkan diri saya2Saya seorang optimistik3Saya boleh mengambarkan diri saya berjaya dalam hidup4Saya bertanggungjawab atas kerja buat saya5Saya menganggap masalah sebagai cabaranBT 5. Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri BILITEM6Saya berasa sentiasa tenteram7Saya boleh mengakui kesilapan saya Saya boleh bergaul mesra8 9Saya boleh mengatur kehidupan harian saya10Saya mempunyai matlamat yang jelasBT 6. Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri BIL 11 12 13ITEM Saya sentiasa bangga dengan kehidupan saya Saya boleh membuat keputusan dan berpegang teguh padanya Saya suka mengemukakan pendapat14Saya mengalu-alukan kritikan membina15Saya bersedia menerima tugas yang mencabarBT 7. Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri BIL 16 17ITEM Saya boleh berbual dengan orang saya tidak kenali Saya lakukan apa yang saya fikirkan terbaik, walaupun orang lain tidak bersetuju18Saya dapat memberitahu tentang kebolehan saya kepada orang lain19Saya dapat mengemukakan perasaan hati saya yang sebenar20Umumnya saya berpuas hati dengan diri sendiriBT 8. Kuiz Harga Diri : Mengukur Harga Diri 0-4Konsep Kendiri anda amat rendah5-9kendiri anda rendah10 - 14 Konsep Kendiri anda tinggi15 - 20 Konsep Kendiri anda amat tinggi 9. CIRI HARGA DIRI YANG TINGGIYakin diri Menghomati diri Sentiasa memajukan diri Tenang dan damai Hubungan Interpersonal yang baik Menerima tanggungjawab Sabar menghadapi kekecewaan Asertif/ Tegas Diri Ramah Sanggup mengambil risiko Penyayang dan mudah disayangi Bermatlamat 10. CIRI HARGA DIRI YANG RENDAHTakut menerima risiko Takut persaingan Suka mengkritik orang lain Tidak tegas Kurang Inisiatif Pesimistik Pemalu Ragu-ragu membuat keputusan Kurang menyengi diri sendiri Rasa tidak disayangi Sentisasa memikirkan kelemahan diri Aspirasi rendah 11. Kelebihan konsep kendiri positif 1. Dapat menilai diri mereka dengan positif dan percaya bahawa mereka lebih berkebolehan. 2. Mengawal diri pengaruh luar 3. Memikul tanggungjawab. 4. Daya ketahanan perasaan kecewa 5. Bercakap, berfikir dan bertindak dengan positif. 12. MEMBENTUK PERSONALITI Percakapan negatif kepada positif Usah berkata Tak bolehlah .. Tengoklah dulu.. Dah terpaksalah.. Sekejap lagilah.. Susahlah.. Tak yakinlah.. Tak apalah.. Seganlah.. Benci !Benci! Dah nasib badan -Rangsangan negatif-Personaliti negatif-Katakan Aku bolehlah ! Aku pasti berjaya Ini satu cabaran ! Sekarang juga ! Cuba lagi ! Pasti berjaya! Jangan tangguh ! Buktikan ! Kasih .. Aku pasti berjaya! -Rangsangan positif -Personaliti positif- 13. KELEBIHAN KONSEP KENDIRI POSITIF 6. Berasa bangga dengan diri. 7. Berupaya mencapai gred yang tinggi. 8. Lebih bersedia menerima risiko. 9. Menerima diri dengan lebih positif. 10.Menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan & kelemahan diri. 14. Konsep Kendiri NegatifPercakapan yang negatifPemikiran yang negatifNegatifTabiat dan sikap yang negatif.Tiada tindakan atau hasil yang negatif 15. Konsep Kendiri PositifPeribadi SosialPeribadi RohaniPeribadi Emosi Penghargaan Kendiri Keyakinan Diri, Pribadi BermotivasiDaya Diri tahan, ProaktifPeribadi Fizikal 16. Estem diri Jadi, sekiranya kita mempunyai estim-diri yang tinggi, antara tanda-tandanya ialah: 1. Kita menghormati dan menghargai diri sendiri, oleh itu kita tidak melakukan perbuatan yang memalukan dan membahayakan diri sendiri. Kita juga tidak menerima sahaja apabila orang lain menyebabkan kita mendapat malu atau membahayakan diri sendiri. Sebagai contoh, kita tidak akan menipu kerana perbuatan seperti itu akan menyebabkan kita boleh mendapat malu. Kita tidak akan menunggang motorsikal dengan laju kerana takut kemalangan. Jadi, orang yang sanggup melakukan perbuatan yang menyebabkan orang lain tidak hormat kepada mereka adalah orang yang estim-diri mereka rendah. 2. Kita dapat memisahkan antara diri kita dengan perbuatan kita. Jadi, kita dapat mengatakan kita yang bodoh. Sebaliknya, kita akan mengatakan perbuatan kita yang silap. Umpamanya, kita akan berkata pada diri sendiri bahawa kita pandai, cuma pada hari itu cara kita menjawab soalan peperiksaan itu yang silap. 3. Kita dapat menerima diri kita sendiri sebagaimana adanya. Kita tahu kelebihan yang kita miliki dan kita juga tahu kekurangan diri. 4. Kita berupaya menentukan apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu untuk diri kita sendiri. jadi, kita tidak akan membuat sesuatu semata-mata hendak menjaga apa orang lain kata. 5. Kita boleh menerima kenyataan bahawa orang lain mungkin lebih berjaya,lebih kaya dan lebih berbakat daripada diri sendiri. Kita tidak dengki, dan tidak berasa diri kita malang. Estim-diri yang rendah tergambar pada perbuatan-perbuatan kita dan terpancar pada bahasa yang kita gunakan apabila kita bercakap. 17. Estem diri Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan estim-diri. Berikut adalah beberapa cara: 1. Kita mesti yakin kita berkuasa menentukan imej diri kita sendiri. Setiap orang boleh menentukan cara bagaimana dia mahu melihat dirinya sendiri. Oleh itu kita berkuasa mengubah imej diri kita. Kalau sekarang kita melihat diri sebagai seorang yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan, kita mesti mengubah tanggapan anggapan itu. Imej diri kita ada dalam minda kita. Oleh itu kita ada pilihan sama ada mahu mengubahnya atau tidak. 2. Jangan biarkan orang lain menentukan matlamat hidup kita. Ramai orang terperangkap dalam keadaan mereka menilai diri sendiri dengan berpandukan apa orang lain kata. 3. Kenal pasti matlamat hidup kita yang tidak realistik. Salah satu punca kegagalan kita ialah ialah kita membuat matlamat yang di luar keupayaan diri kita untuk mencapainya. 4. Buang stail bual-diri yang negatif. Kita semua berbual dengan diri sendiri. Perbualkan berlaku dalam otak dan hati. Kebanyakan perbualan kita dengan diri sendiri adalah berkenaan analisis diri, iaitu apa kita kata tentang diri sendiri. Untuk menaikkan estim-diri, kita perlu mengiktiraf keupayaan dan bakat yang ada pada kita. 18. Estem diri Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan estim-diri. Berikut adalah beberapa cara: 5. Kukuhkan kekuatan dan keistimewaan diri. Setengah-setengah kelemahan memang tidak dapat kita ubah, sebagai contoh warna kulit dan tinggi tubuh kita. Hakikat ini mesti kita terima, tapi janganlah kita membesar-besarkannya. 6. Lipat gandakan usaha memperbaiki diri. Antara perkara-perkara yang dapat kita lakukan ialah dengan membuat matlamat hidup yang realistik, menambah ilmu pengetahuan, belajar kemahiran baru dan menukar perbualan diri daripada perbualan negatif kepada perbualan positif. 7. Belajar menjalin hubungan positif dengan orang-orang lain. Kajian pakar-pakar psikologi mendapati orang-orang yang mempunyai estim-diri yang rendah cenderung melakukan perbuatan atau berkata-kata dengan niat merendah-rendahkan orang lain. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap (Siri Komunikasi Utusan). 19. Berasal dari dasar laut yang sangat dalam Penyelam menyabung nyawa untuk mendapatkannya Di bawa keluar dari dasar laut Mesti di buka kulit tiramnya untuk mengeluarkan mutiara Di bawa ke pakar untuk dijadikan barang hiasan menarik / bermutu Menjadi paling berharga apabila wanita telah memakainya -Haji Ali Sheikh Yacob-