info program kolej vokasional (menjurus kepada · pdf filetata cara serta teknik pemotongan...

13
INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) (ALIRAN PERDANA) KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Teknologi Elektrik Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC) , penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan. Teknologi Elektronik Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik. Teknologi Pemesinan Industri Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri. Teknologi Kimpalan Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer. Teknologi Automotif Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.

Upload: tranthu

Post on 31-Mar-2018

373 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL

(menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)

(ALIRAN PERDANA)

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Teknologi Elektrik Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC

& AC) , penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik

domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan,

melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan

peraturan pemasangan yang ditetapkan.

Teknologi Elektronik Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan

mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik,

memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan

elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan

video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem

komunikasi dan industri robotik.

Teknologi Pemesinan

Industri

Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel

pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk

pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai

alatan dan pengoperasian mesin industri.

Teknologi Kimpalan Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras

bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik.

Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan

kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal

arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan

dengan automasi komputer.

Teknologi Automotif Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi

menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk

melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang

automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat

menyumbang ke arah pembangunan negara.

Page 2: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

Teknologi

Penyejukbekuan &

Penyamanan Udara

Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali

bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang

unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat

melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan

membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul

seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang

lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga

kerja mahir dalam industri penyamanan.

Teknologi Pembinaan Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan

sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan

binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan,

keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik,

pengurusan industri

Teknologi Pemprosesan

Kayu dan Kemasan

Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni

pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar

setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.

Seni Kulinari Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan

penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran,

penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih

tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan

makanan halal dan pengurusan makanan.

Bakeri dan Pastri Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan

penyediaan roti, kek, manisan. Cokelat, pasteri, pencuci mulut,

donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan

istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang

ini.

Page 3: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

Pelancongan Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di

mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara,

pengoperasian agensi pelancongan, penajaman dan

penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran

dalam pemasaran dan jualan.

Fesyen dan Membuat

Pakaian

Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan

alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan

tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian

dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan

antarabangsa mengikut fesyen terkini.

Kosmetologi Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan

rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni

make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan,

pengurusan dan pengoperasian salon.

Pengajian Awal Kanak-

kanak

Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan

penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi

sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan

pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan

pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset

kewangan dan operasi.

Pengurusan Perniagaan Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang

pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan

pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Kesetiausahaan

Pentadbiran

Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan

pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi

perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan

lain-lain.Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Page 4: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

Perbankan Program ini menyediakan asas perbankan seperti ekonomi,

statistik, perakaunan, perundangan bank, khidmat pelanggan,

produk, pemasaran, pemprosesan serta pungutan dan

perolehan pinjaman dan etika dalam perbankan.

Insurans Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis,

prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan

pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam

perniagaan insurans.

Pemasaran Program ini memberi penekanan kepada murid dalam

mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan

dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi

meningkatkan hasil jualan syarikat.

Pengurusan Peruncitan Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga,

pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi

atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan

bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.

Perakaunan Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan

syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan,

untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang

prestasi syarikat.

Sistem Komputer &

Rangkaian

Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan,

penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem

komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping

pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

Page 5: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

Multimedia Kreatif

(Animasi)

Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan

unsusr media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan.

Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension (2D),

Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.

Rekabentuk Grafik

Industri (Print Media)

Kursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop

Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label

pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media

cetak.

Sistem Pengurusan

Pangkalan Data dan

Aplikasi Web

Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi,

penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan

serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara

atau User Interface (UI)

Agroindustri Tanaman Program ini menyediakan murid kepada penyediaan,

penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan

tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan

fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga

urusan penuaian hasil dan pemasaran.

Agroindustri Ternakan

Ruminan

Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti

ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan,

penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan

ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil

pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing

dan kerbau

Agroindustri Ternakan

Poultri

Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan

berkaki dua – unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan

ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga

penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik,

angsa, burung.

Page 6: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

Mekanisasi Agro Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan

penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading,

penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik,

pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.

Bioteknologi Program ini member pendedahan kepada teknologi berasaskan

biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi

industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada

teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam

penyelidikan biologi seperti penggabungan semula

Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan

pengkulturan tisu.

Akuakultur Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan

ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan,

menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan

menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal

Hortikultur Hiasan Dalam Program ini, murid akan didedahkan dengan

pengetahuan berkaitan penjagaan dan penanaman buah,

tumbuhan hiasan dan sayuran. Murid juga akan menjaga

tumbuhan dan menjualkannya jika telah sampai waktunya.

Landskap Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman

landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana

menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan

mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai

dan bagaimana membuat lakaran.

Pemprosesan Hasil

Pertanian

Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian

daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan

makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan

pengurusan sumber manusia.

Page 7: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

INFO KURSUS

SIJIL KEMAHIRAN

MALAYSIA (SKM)

BAGI MURID LEPASAN

TINGKATAN 3 TAHUN

2015

(ALIRAN PERDANA)

Page 8: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

Program dilaksanakan sepenuh masa selama dua (2) tahun dan murid diberi

latihan dalam dua (2) komponen iaitu:

Komponen akademik – menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran

Kemahiran (MPAK)

Komponen vokasional - mengikut National Occupational Skills Standard-

NOSS)

BIL KURSUS INFO

1. Pekerja Ladang Pertanian Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi

pertanian secara teori dan praktikal. Ia juga

menekankan aspek keselamatan dan kesihatan

semasa di ladang.

2. Juruteknik Elektrik Rendah Murid didedahkan teknik memasang dan

menyelenggara peralatan elektrik atau sistem elektrik.

3. Pengurusan Pejabat Murid didedahkan secara teori dan praktikal berkaitan

pengurusan pejabat yang sistematik, sistem fail dan

komunikasi yang berkesan

4. Pembuatan Pakaian Wanita Kursus meliputi pengetahuan membuat pakaian

wanita hingga siap dan membuat sebarang

perubahan (alteration) mengikut kehendak serta

keselesaan pemakai sama ada dengan menggunakan

jahitan tangan atau mesin jahit. Selain daripada

mengendalikan peralatan, membuat pola,

menggunting, memotong pakaian, mereka fesyen

pelatih juga diajar mengendalikan perniagaan

Page 9: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

5. Toubleshooting,

pembaikpulihan dan

Penyelenggaraan Peralatan

Elektronik

Kursus ini adalah untuk melengkapkan pelajar

dengan pengetahuan dan kemahiran dalam

pemasangan, masalah, pembaikan, penyenggaraan,

pembangunan produk, reka bentuk dan pengurusan

produk elektronik dan peralatan .Kandungan kursus

ini meliputi pengkhususan dalam peralatan elektronik

dan pemasangan peralatan serta penyelesaian

masalah peralatan elektronik. Selain itu, kursus ini

juga dilengkapi dengan kemahiran pengurusan dan

penyeliaan disamping mendedahkan kepada pelajar

tentang asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan

teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan

teknologi elektronik terutama dalam bidang

pengeluarandan pengukuran.

6. Operasi Pembuatan Perabot Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi serta

kemahiran praktikal dalam bidang rekabentuk dan

pembuatan perabot serta mempunyai kebolehan

untuk bekerja di dalam pasukan

7. Jurubina Bangunan

Berasaskan Kayu

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara

dan menggunakan pelbagai jenis mesin kayu,

membuat tanggam, memasang struktur kayu seperti

rangka bumbung, lantai kayu, rangka pintu serta

dinding, penerapan batu bata dan kerja paip.

8. Penyeliaan Pemasangan &

Penyelenggaraan HVAC

Murid diberi penekanan kepada pengetahuan dan

kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan

sistem penyamanan udara domestik, menganalisa

dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan

udara, mempelajari kemahiran menulis laporan

pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam

kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara

Page 10: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

9. Automotif-Servis Selepas

Jualan

Murid akan didedahkan penggunaan alatan tangan,

mesin, keselamatan, penyelenggaraan, pembaikkan,

bermula dari kerja-kerja asas hingga kerja-kerja

separuh mahir sebagai seorang mekanik kenderaan

10. Jurukimpal Arka Logam Murid akan diajar mengenai kaedah pemotongan,

membuat kimpalan logam, membaca simbol dan blue

print serta menguji sambungan kimpalan.

11. Jurukecantikan Murid didedahkan kepada topik keselamatan,

kebersihan diri, penggunaan peralatan dan perkakas

alat solek. Murid didedahkan kepada kaedah rawatan

dan penjagaan muka, teknik mekap dan khidmat

pelanggan

12. Operasi Pengeluaran

Pemprosesan Makanan Murid didedahkan kaedah pembersihan am kawasan

pengeluaran, peralatan dan semasa penerimaan

bahan mentah untuk pemprosesan, membuat

persiapan awal bahan mentah untuk pemprosesan.

Murid diberi pendedahan dalam melaksanakan dan

mengamalkan asas Amalan Perkilangan Yang Baik

atau Good Manufacturing Practices (GMP) dan

amalan kebersihan dan saintasi yang baik.

13. Timber Processing &

Finishing

Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi serta

kemahiran praktikal dalam bidang rekabentuk dan

pembuatan perabot serta mempunyai kebolehan

untuk bekerja di dalam pasukan

Page 11: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

Aliran Teknikal seluruh

Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut.

Bidang-bidang tersebut adalah :

Kejuruteraan Elektrikal Elektronik.

Kejuruteraan Awam

Kejuruteraan Mekanikal

Perdagangan

Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:

a. Tingkatan 4

b. Tingkatan 5

dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

(menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia)

(ALIRAN PERDANA)

Page 12: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

Kejuruteraan

Elektrik

Kursus ini adalah pendedahan kepada pelajar kepada asas

Kejuruteraan Elektrik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat

memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip

kejuruteraan Elektrik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod,

transistor dwikutub, perhubungan, komputer motor dan robotik

melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek.

Ia juga membantu pelajar untuk memahami komponen-komponen

elektrik serta simbol-simbolnya.

Kejuruteraan

Mekanikal

Kursus ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang

merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan

haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan

mesin serta alat tangan. Pelajar juga akan didedahkan kepada

pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan

momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatik dan robotik

asas. Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada

pemahaman konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal

serta kemahiran berkaitan

Kejuruteraan

Awam

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan

pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi

penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan,

Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem

Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber

dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan

Taksiran. Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran

secara teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan

untuk membentuk kesedaran pelajar agar peka terhadap alam

sekitar dan menyemai minat dalam kerja-kerja penyelidikan,

merekabentuk, menganalisis dan bertindak berasaskan fakta.

Page 13: INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (menjurus kepada · PDF fileTata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, ... mempelajari kemahiran menulis laporan ... kerja amali serta lawatan

Perdagangan

Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar

berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang

merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan,

bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan,

konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran

merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat

terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep,

peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia

perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk membina asas yang

kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras

lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk pelajar

mempelajari amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan

perkhidmatan.

Sains Pertanian

Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip

dan amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian

dan pengurusan ladang. Pelajar didedahkan kepada pengetahuan,

kemahiran dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang

mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai

suatu perniagaan. Pelajar juga akan mempelajari tentang pelbagai

faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran

ternakan serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu

pengeluaran. Aspek teknologi dalam pertanian juga diberi

penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja amali dan kerja

kursus.