info negara asean.doc

16
Bunga Kebangsaan Negara Asean BUNGA KEBANGSAAN 1. Indonesia Bunga kebangsaannya ialah bunga Anggerik Bulan (Phalaenopsis Amabilis) Bunga Anggerik Bulan berkembang sebanyak dua ke tiga kali dalam setahun dan gugur selepas dua ke enam bulan kemudian. Bunga ini banyak didapati di kawasan tanah rendah di Indonesia. 2. Singapura Bunga kebangsaannya juga sejenis orkid iaitu Vanda Miss Joaquim. Bunga ni berwarna ungu dan berkembang sepanjang tahun. Bunga ini banyak ditanam di serata Singapura. 3. Thailand Bunga kebangsaannya ialah Ratchaphruek (Cassia Fistula Linn) Bunga ini berkelompok-kelompok dan berwarna kuning. Orang Thai khasnya penganut Buddha menggangap warna kuning itu sebagai warna agama Buddha yang melambangkan kemenangan dan kecemerlangan.

Upload: zaza

Post on 16-Sep-2015

84 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Bunga Kebangsaan Negara Asean

BUNGA KEBANGSAAN1. IndonesiaBunga kebangsaannya ialah bungaAnggerik Bulan(Phalaenopsis Amabilis)

Bunga Anggerik Bulan berkembang sebanyak dua ke tiga kali dalam setahun dan gugur selepas dua ke enam bulan kemudian. Bunga ini banyak didapati di kawasan tanah rendah di Indonesia.

2. SingapuraBunga kebangsaannya juga sejenis orkid iaituVanda Miss Joaquim.Bunga ni berwarna ungu dan berkembang sepanjang tahun. Bunga ini banyak ditanam di serata Singapura.

3. ThailandBunga kebangsaannya ialahRatchaphruek(Cassia Fistula Linn)

Bunga ini berkelompok-kelompok dan berwarna kuning. Orang Thai khasnya penganut Buddha menggangap warna kuning itu sebagai warna agama Buddha yang melambangkan kemenangan dan kecemerlangan. Biasanya berkembang dalam bulan Februari hingga ke Mei dan menjadi lambang keharmonian dan kesatuan hati rakyat Thailand. Bunga ini banyak ditanam di sepanjang tepian jalanraya di negara ini.

4. VietnamBunga kebangsaan negara Viet Nam ialahBakawaliatauLotus. Dikenali sebagai Bunga Senjakala.

Bunga ini banyak didapati di tasik dan kolam di serata negara ini. Bagi rakyat Vietnam, bunga ini adalah lambang kesucian, komitmen dan harapan baik untuk masa depan mereka.

5. FilipinaBunga kebangsaannya ialahSampaguita Jasmine(Arabian Jasmine).

Bunga ini berwarna putih dan berkembang sepanjang tahun. Baunya amat harum dan setiap kali mengeluarkannya bau itu boleh tahan selama sehari. Bagi rakyat Filipina, bunga ini melambangkan kesucian dan kekuatan. Bunga ini berasal dari pergunungan Himalaya.

6. Brunei DarussalamBunga kebangsaan Negara Brunei ialahSimpor(Dillenia Suffruticosa).

Bunga ini berwarna kuning cerah dan berdaun lebar. Apabila berkembang penuh, kelopak-kelopaknya menyerupai sebuah payung. Gambar bunga ini digunakan pada wang kertas satu ringgit Brunei. Juga kerap kali digunakan sebagai corak pada hasil kraftangan tradisional Brunei. Bunga ini banyak tumbuh di sepanjang sungai-sungai di negara ini terutama di Sungai Temburong. Pokok bunga ini boleh digunakan sebagai ubat luka.

7. Burma/MyanmarBunga kebangsaannya ialahPaduak(Pterocarpus Indicus).

Bunga ini kecil-kecil dan berwarna kuning emas. Biasanya berkembang mekar dalam bulan April iaitu semasa rakyat Myanmar menyambut perayaan tahun baru mereka. Rakyat Myanmar menganggap tumbuhan ini sebagai lambang kekuatan dan ketahanan.

8. Cambodia (Kampuchea)Bunga kebangsaan negara ini ialahRumdul(Mitrella Mesnyi).

Bunga ini berwarna putih-kuning dan mengeluarkan bau yang harum pada waktu petang. Pokok Rumdul ini boleh tumbuh setinggi 8 hingga 10 meter dan banyak didapati di seluruh Cambodia. Biasanya bunga ini dijadikan tanaman hiasan di taman-taman bunga.

9. LaosBunga kebangsaan negara Laos ialahDok Champa(Plumeria).

Bunga berlilin ini berbau manis dan boleh didapati dalam warna merah, kuning, pink dan warna campuran. bagi rakyat negara ini, Bunga Dok Champa melambangkan kegembiraan dan ketulusan. Bunga ini kerap kali dijadikan hiasan dalam sesuatu upacara ataupun dijadikan kalung menyambut ketibaan tetamu.

10. MalaysiaBunga kebangsaan negara Malaysia ialah Bunga Raya(Hibiscus rosa sinensis)

Bunga raya, juga dikenali sebagaibunga sepatudankembang sepatu(Hibiscus rosa sinensis) ialah sejenistumbuhanberbunga sepanjang tahun dalam genusHibiscusyang sering ditanam sebagai pokok hiasan

Posted inBunga,Bunga Kebangsaan Negara Asean|Tags:asean flowers,asean national flower,bakawali,bunga angerik bulan,bunga casia,bunga kebangsaan,bunga kebangsaan asean,bunga kebangsaan brunei,bunga kebangsaan burma,bunga kebangsaan cambodia,bunga kebangsaan filipina,bunga kebangsaan indonesia,bunga kebangsaan laos,bunga kebangsaan malaysia,bunga kebangsaan myammar,bunga kebangsaan singapura,bunga kebangsaan vietnam,bunga nasional,bunga nasional brunai,bunga nasional burma,bunga nasional filipina,bunga nasional indonesia,bunga nasional kemboja,bunga nasional laos,bunga nasional myammar,bunga nasional singapura,bunga nasional thailand,bunga nasional vietnam,bunga negara,bunga negeri,BUNGA RAYA,flower,kemboja,lotus,national flower|No CoMata Wang Negara ASEAN1. Malaysia (MYR) atau dipanggil Ringgit

2. Indonesia (IDR) atau dipanggil Rupiah

3. Brunei Darussalam (BND) atau dipanggil Brunei Dolar

4. Singapura (SGD) atau dipanggil Singapore Dollar

5. Filipina (PHP) atau dipanggil Piso

6. Thailand (BHAT)

7. Kemboja (KHR) atau dipanggil Riel

8. Vietnam (VND) atau dipanggil Dong9. Laos (LAK) atau dipanggil KIP

10. Myanmar ( MMK ) dipanggil Kyat