indahnya tragedi mimosa pudica - sabah · garis panduan tadbir urus masjid yang ku sampaikan....

20

Upload: others

Post on 12-May-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini
Page 2: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Pengurusan kewangan masjid adalah satu perkara yang penti ng dalam menentukan pengurusan masjid berjalan dengan baik. Dalam konteks masjid, jumlah simpanan dalam akaun bank masjid bukanlah ukuran kejayaan sesebuah masjid, tetapi bagaimana tabung masjid itu dibelanjakan, itu yang utama. Memang tidak dapat dinafikan, masjid-masjid yang terletakdi kawasan bandar atau pekan akan lebih banyakjumlah tabungannya setiap minggu atau bulan berbanding masj id yang berada di kampung-kampung.

Pengurusan kewangan atau dana masjid bergantung kepada individu yang menganggotai jawatankuasa masjid kerana jawatankuasa itulah yang mencorakkan ke m a m p u a n p e n g u r u s a n m a s j i d - m a s j i d i t u . Antara faktor yang mempengaruhi kejayaan suatupengurusan masjid ialah tingkat pendidikan ahli jawatankuasa. Tingkat kelulusan tinggi yang dimiliki oleh pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa masjid dijangka mempengaruhi secara positif kecekapan pengurusan masjid. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai tingkat pendidikan yangtinggi juga boleh sama memberi pengaruh kepada kemajuan sesebuah masj id dengan membuka ruang kerjasama dengan mana-mana pihak dalam kariah masjid atau luar masjid. Di sinilah letaknyakepentingan latihan dan pendedahan kemahiran berterusan kepada ahli Jawatankuasa Masjid.

Dalam konteks pengurusan dana dan harta, latihan dan kemahiran perakaunan adalah merupakan satukewajipan, terutamanya apabila terdapat ramai bendahari kepada jawatankuasa masj id yang tidak mempunyai kemahiran ini. Sekiranya boleh, kemahiran-kemahiran lain juga perlu dimiliki seperti kemahiran dalam menyediakan program-program yang dapat mendidik ahli kariah secara lebihberkesan, kemahiran dalam teknologi maklumat, kemahiran dalam menjana pendapatan masjid itu sendiri, dan kemahiran dalam menguruskan harta-harta yang telah diwakafkan. Jawatankuasa masjid terpaksa berusaha memiliki kemahiran pengurusanyang strategik demi memakmurkan masjid dalamsuasana yang semakin mencabar.

Program Bengkel Tadbir Urus Masjid Negeri Sabah(BTUM) yang diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah adalah salah satu kaedah bagi meningkatkan pengurusan Jawatankuasa Masjid, yang sekali gus meletak satu sistem tadbir urus yang dapat diikuti dan dirujuk oleh sesiapapun yang akanmenerajui pentadbiran Jawatankuasa Masjid itudi masa akan datang.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiUstaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Puan Aisyah binti Muhammad SayutiAdajiwa

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA

Warnamu hijau Alami Bahkan warna kesukaan NabiHijau yang menenangkan dan meluluhkan hati Sutera hijau pakaian syurga juga bahkan persis seperti warnamupenuh dengan sulaman Qudrat

Menjalar di lantai-lantai keesaanKupuanya mengucup tanda sifat sejati seorang hamba hendaknya keredahan hati menguntai sanubariTerkulai lena dengan hanya satu hembusan mesraSungguh santun perketi nyaTanda pencipta memberkati sekalian alam dengan rahmatnya

Tumbuhmu mampu ti dak diperkiramenghiasi seti ap sudut alam ciptaanyabatangnya tegak keti ka muda ibarat keimanan yang perlu di didik pada usia mudalalu menjalar pasti apabila matangibarat memberi teduhan kepada dunia yang semakin kelam

Dahannya halus namun berduribercabang mekar menjunjung langit sang penciptaBerharap hujan ti dak selalu turunkerana ia ti dak mampu bernafas di dalam air kemungkaran duniatetap berdiri gagah walau dicabut kerana keimanan yang hakiki tetap akan hidupseperti Mimosa Pudica walaupun dibuanglalu dicampak namun mampu kekal hidupdan tumbuh sebagai pepohon yang baru

Oleh:Mashor bin Awang LongFakulti Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

25 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

BIL. GANGGUAN/MIMPI 1. Mimpi seram

2. Kerap mendengar bisikan

3. Terasa diri selalu diperhati

4. Melihat kelibat

5. Selalu ditindih ketika tidur

6. Darah haid melebihi 15 hari/ada sampai setahun

7. Mengantuk mendengar ayat Al-Quran

8. Kerap keguguran

9. Panas baran

10. Malas beribadat

11. Kerap bertengkar

12. Melompat dari tempat tinggi

13. Sakit dada/sesak nafas

14. Menyusukan bayi

15. Sukar mendapat jodoh

16. Badan terasa berat

LELAKI

BIL. TANDA BAHAGIAN TUBUH 1. Lebam Lengan

WANITA

BIL. TANDA BAHAGIAN TUBUH 1. Lebam Peha, Betis

ASAS RAWATAN

BIL. SOLAWAT/SURAH

1. Al-Fatihah

2. Asmaul-husna

3. Syifa/Tafrijiyah

4. Azan

5. Sajdah/Dukhan/Yassin/Kahfi/Jin/Hasyr

6. Solawat

7. Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas)

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

PENGIKTIRAFAN PERKAHWINAN-PERKAHWINAN YANG DILAKUKAN DI KEDUTAAN-KEDUTAAN DI NEGERI SABAH

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Perkahwinan orang Islam yang berlangsung di negara ini walaupun bukan warganegara adalah diiktiraf sebagaimana perkahwinan warga tempatan yang menepati hukum syarak dan mematuhi prosedur. Hal ini dijelaskan dalam seksyen 110 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam tahun 2004 iaitu:

Sesuatu perkahwinan orang Islam yang bukan warganegara Malaysia yang dilakukan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul negara asing di Negeri Sabah hendaklah diiktirafkan sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika-

(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang- undang negara Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu, atau mengikut cara yang dibenarkan di bawah Enakmen ini;

(b) tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat bermastautinnya; dan

(c) jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri Sabah, kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.

Oleh yang demikian walaupun seseorang yang tinggal bermastautin di negeri Sabah ini sebagai contoh warga Indonesia dan melangsungkan perkahwinan di kedutaan serta memenuhi semua prosedur maka perkahwinannya hendaklah diiktiraf sebagaimana yang dikehendaki dalam enakmen ini.

Asal sebut saja pusat rawatan Islam, pesakit akan merasa tidak selesa. Tetap enggan untuk dibawa berubat. Kekadang sudah menyatakan persetujuan untuk berubat tetapi apabila tiba waktu asar dan menjelangnya waktu maghrib, empunya diri sudah menghamburkan seribu alasan untuk tidak pergi, malaslah, mengantuklah dan pasti menidurkan diri.

Sering marah-marah, sering serba tidak kena, mood yang tidak terjangka. Keadaan ini berterusan dari hari ke hari dan paling jelas, pesakit sering sakit kepala walaupun telah mengambil ubat. Sakitnya tidak hilang, stresnya makin menjadi. Pesakit begini biasanya tidak dapat tidur pada sebelah malam. Cuba untuk tidur awal tetapi pemikiran tetap tidak “shut-down.” Ini bermakna kualiti tidurnya terganggu.

Jika ia pekerja, pasti produktivitinya terjejas. Ia sudah malas untuk menghadirkan diri ke tempat kerja. Jadi seorang yang pendiam apabila berada di dalam rumah. Tidak banyak bercakap dan yang paling mendukacitakan, ia mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja. Dahulu seorang yang ceria, rajin dan berketrampilan. Situasi ini mengejutkan kita sebagai ibu bapa dan ahli keluarga.

Tanda gangguan Jin

LEBAMOleh:

TuanHajiNordinLossin

Lebam

Kesan lebam ini akan melarat jika dibiarkan tanpa rawatan. Ianya seperti tompok hitam kebiruan. Untuk wanita, disarankan memakai seluar panjang dan tidak mendedahkan aurat semasa tidur. Kesan atau tompok hitam ini tanpa disedari oleh pemilik badan. Bangun sahaja pagi, ada kesan tompok hitam di bahagian peha, lengan dan betis.

RawatanRawatan Islam penyelesaiannya. Kunjungi pusat rawatan Islam yang mengamalkan ayat-ayat al-Quran sebagai asas rawatannya.

Insya-Allah, tiga ke lima kali rawatan, simptom yang anda hadapi akan berkurangan atau sembuh sepenuhnya. Jangan rawat diri sendiri, pergi ke pusat rawatan Islam.

185Safar1441H/4Oktober2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5Safar1441H/4Oktober2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

Penulis Bersama Pengerusi dan Ahli JawatankuasaMasjid Jamek Yusuf Al-Qardhowi,

Telupid Selepas BTUM

TADBIR URUS MASJID 4:DI SINI MASJID JAMEK YUSUF AL-QARDHOWI

Oleh:Adi Pitang

“Cikgu mari minum sekali …” Ajakku pada cikguNorbakti bin Abu Bakar, Penyelia Pendidikan Agama,Pejabat Pendidikan Daerah Telupid, selepas usaipermainan badmintaon kami malam itu di SK PekanTelupid. Rasa segar dengan bermandi keringat setelahmenghabis 4 permainan tanpa henti. Hilang kemurungan,istilah gurauan rakan-rakan team Bengkel Takbir Urus Majid Negeri Sabah (BTUM) yang selalu bersama dalamroadshow BTUM di setiap masjid di negeri ini. Peralatanbadminton barangan yang nombor wahid dibawa dalam

roadshow ini. Riadah wajib dan mudah bila ada keluangan pada sebelah petang atau malam. Bukan pandaimain sangatpun, tapi kalau setakat rakan-rakan fasilitator BTUM, boleh makan..,hahaha.

Bertemu dan berbicang secara lebih dekat dengan rakan-rakan Jawatankuasa Masjid yang pelbagailatar belakang, memberi suatu anjakan semangat dalam usaha untuk memperkemas dan memperkasa tadbirurus masjid di negeri ini. Memang bukan sesuatu yang mudah. Meminta seseorang melakukan sesuatu yangkadang-kadang dengan keupayaan yang terbatas merupakan suatu cabaran. Apatah lagi untuk mengekalkansemangat rakan-rakan Jawatankuasa dalam memastikan pengurusan masjid berkekalan baik menuntut kepadaistiqamah amal, yang berpaksi kepada nawaitu kerana-Nya. Hmmm... kadang-kadang orang yang memberimotivasi pun semangatnya turun naik, hahah. Tapi apa yang penting dalam tadbir urus masjid ini ialah semangatberpasukan. Jawatankuasa masjid ditubuhkan secara berpasukan. Persefahaman, kesepakatan dan kerjaberpasukan dalam pengurusan masjid ini sangat ditagih.

Pagi sebelum itu, BTUM diadakan di Masjid Yusof Al-Qardhowi, Telupid. Cikgu Norbakti selaku pengerusijawatankuasa masjid bersama ahli jawatankuasanya tekun mendengar perkongsian dan penerangan tentangGaris Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yangkurang difahami, menjadikan bengkel ini hidup dan segar walau tanpa penghawa dingin kerana dibuatdi beranda masjid yang memuatkan 30 orang ahli jawatakuasa masjid itu.

Pentadbiran masjid bukan setakat mengurus kewangan masjid tapi juga soal-soal yang menyentuh hal-hal lainyang berkaitan masjid seperti perancangan program, pengurusan aset/harta, pengurusan fail, mesyuarat, rekod dan data kariah, kemudahan, prasarana dan persekitaran. Semua ini perlu berjalan seiring demi memastikanmasjid ditadbir dengan sistem pentadbiran yang menyeluruh yang akhirnya akan memberi keselesaan kepada Jemaah masjid dalam melakukan ibadah atau aktiviti di masjid.

Hasil dari perbincangan bengkel, ahli jawatankuasa Masjid Yusof Al-Qardhowi telah mencapai kata sepakatbahawa visi masjid ini adalah sebagai pusat keilmuan dan komuniti kepada masyarakat setempat. Dengan misi mencapai kecemerlangan masjid melalui perancangan, pengurusan dan pemantauan yang sistematik,mengembangkan dakwah dan pembinaan ummah melalui program dan aktiviti masjid dan membinakecemerlangan kominuniti melalui kebajikan, pendidikan dan pembinaan sahsiah remaja.

Apa yang penting dalam BTUM ini ialah ahli jawatankuasa telah memahami dengan jelas hala tuju pengurusanmasjid, bagaimana ia sepatutnya ditadbir dan perkara-perkara yang membawa kepada kecemerlangan masjid. Insya-Allah.

AKU TIDAK PEDULIOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Khubaib dibeli oleh Hujair ibn Abu Ahab dan diberikan kepada saudaranya seibu, Uqbah ibn Naufal, untukdibunuh sebagai balas dendam atas kematian ayahnya. Mereka menahan Khubaib di tempat Mawiyyah, budakdari Hujair. Ketika Mawiyyah masuk Islam, ia menceritakan kisah kematian dan penyaliban Khubaib.Mawiyyah menuturkan:“Khubaib pernah ditawan di rumahku. Aku mendatanginya dan pada saat itu ia sedang memegang setangkaianggur seperti manusia dan memakannya, padahal sepengetahuanku di sini tidak ada anggur yang dapat dimakan. Ketika hendak menghadapi detik-detik kematiannya, ia berkata kepadaku, ‘Beri aku sepotong besi agar aku dapat membersihkan diri dengannya untuk kematianku."Kemudian aku memberikan sebilah pisau kepada salah seorang anak muda di kampung tersebut dan berkata,‘Berikan pisau ini kepada lelaki yang ada di dalam rumah itu.’ Anak muda itu pergi seketika untuk menemuiKhubaib. Aku berkata dalam hati, ‘Apa yang telah kulakukan?' Demi Allah ia boleh membalas dendam dengan membunuh anak muda itu, Jadi, nyawa satu orang dibalas dengan satu orang.’Ketika anak tersebut menyerahkan pisau kepada Khubaib, Khubaib menerimanya seraya berkata, ‘Akubersumpah, ibumu tidak takut aku akan berkhianat ketika ia menyuruhmu ke sini untuk memberikan pisau ini.’ Kemudian ia pun membiarkan anak tersebut pergi.Orang-orang Quraisy membawa Khubaib ke luar Mekah. Ketika sampai di Tan’im untuk dibunuh, ia berkatakepada mereka, ‘Apakah kalian mengizinkan aku melaksanakan solat dua rakaat?'Mereka menjawab, ‘Ya, silakan.’Khubaib melaksanakan solat dua rakaat, kemudian menemui mereka lagi dan berkata, ‘Demi Allah, seandainya kalian tidak akan menduga aku takut mati, nescaya aku akan memperpanjang solatku.’Khubaib adalah orang pertama yang menganjurkan solat dua rakaat sebelum dibunuh. Lalu mereka meletakkan Khubaib di atas kayu. Ketika mereka telah mengikatnya, ia berkata, ‘Ya Allah, sungguh aku telah menyampaikan risalah Nabimu, maka sampaikanlah kepadanya besok pagi apa yang telah mereka perbuat kepadaku. Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka, dan jangan sisakan satu orang pun dari mereka.’Khubaib melantunkan sebuah syair:Orang-orang dari segenap kabilah telah berkumpul di sekitarkuMereka semua menunjukkan permusuhan kepadaku kerana aku tetap teguh pada pendirianMereka mengumpulkan anak-anak dan isteri-isteri merekaSedangkan aku terikat dalam sebuah batang kurma yang Panjang dan kokohHanya kepada Allah sajalah aku mengadukan keterasingan dan kesedihankuSerta kezaliman mereka saat aku menemui ajalkuWahai pemilik ‘arsy, berilah aku kesabaran terhadap apa yang aku hadapiMereka telah melukai diriku putuslah harapankuSemua itu bagi Allah dan jika ia berkehendak, ia boleh memberkati cabikan daging yang berserakMereka memberiku pilihan antara kekufuran dan kematianNamun pandangan mataku tidak bergeming dari kematianAku tidak dapat menghindari dari kematian jika tiba ajalkuNamun aku lebih memilih menghindar dari jilatan api nerakaAku tidak peduli bagaimana cara kematiankuYang terpenting aku mati dalam keadaan muslimAku juga tidak mahu menampakkan kesedihan dan kelemahan di hadapan musuhSebab aku pasti akan kembali kepada Allah

45 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

"Setinggi-tinggi ilmu, semurni-murni tauhid, sepintar-pintar siasat.’’ - H.O.S. Tjokroaminoto.

H.O.S. Tjokroaminoto atau Raden Mas Hadji Oemar Said Tjokroaminoto lahirdi Ponorogo, Jawa Timur, pada 16 Ogos 1882. Beliau ialah anak keduadaripada 12 orang bersaudara.

Ayahnya bernama RM Tjokroamiseno bekerja sebagai seorang pegawaipemerintah. Sejak kecil Tjokroaminoto mulai mengenyam pendidikandi sekolah Belanda yang khusus diperuntukkan untuk orang Belanda danpara pegawai pemerintah. Dalam biografi Tjokroaminoto yang ditulis dalambuku Memoria Indonesia Bergerak diketahui bahawa Tjokroaminotomenyelesaikan pendidikannya di OSVIA (Opleiding School Voor Inlandsche Ambtenaren).

Tjokroaminoto digelar oleh Belanda sebagai ‘’De Ongekroonde van Java’’ atau "Raja Jawa TanpaMahkota" dan menjadi guru para pemimpin besar di Indonesia. Antara nama besar yang berguru padaTjokroaminoto ialah Semaoen, Alimin, Muso, Soekarno, Kartosuwiryo dan Tan Malaka.

Pada bulan Mei 1912, Tjokroaminoto mendirikan Sarekat Islam yang sebelumnya dikenali sebagai Sarekat Dagang Islam dan terpilih menjadi ketua. Di bawah kepemimpinan Tjokroaminoto, Sarekat Islam diakuioleh pemerintah kolonial Belanda dan memiliki badan hukum yang jelas. Dalam kongresnya, Sarekat Islam bertujuan ingin merdeka, memiliki pemerintahan sendiri dan menyatukan seluruh bangsa Indonesia.

Di sela-sela kesibukannya sebagai ketua Sarekat Islam, beliau sempat menjadi direktur sekali guspimpinan redaksi dari harian Oetoesan Hindia yang berpejabat di Surabaya. Antara karya karanganTjokroaminoto:

i. Islam dan Sosialisme

ii. Program Asas dan Program Tandhim Partai Sarekat Islam Indonesia

iii. Tarich Agama Islam, Riwayat dan Pemandangan atas Kehidupan dan Perjalanan Nabi Muhammad

iv. Reglemen Umum Bagi Ummat Islam

Salah satu wasiat Tjokroaminoto yang terkenal ialah ‘’lerena mangan sakdurunge wareg’’ yang bererti"berhentilah makan sebelum kenyang’’. Pesanan yang bersumber dari hadis Nabi ini dimaksudkan agargenerasi penerus menghindari sikap rakus dan serakah serta menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi.

H.O.S. Tjokroaminoto meninggal dunia di Yogyakarta, Indonesia, pada 17 Disember 1934 ketika berusia 52 tahun. Presiden Soekarno atas nama pemerintah Republik Indonesia menetapkan H.O.S. Tjokroaminoto sebagai Pahlawan Nasional pada tahun 1961.

H.O.S. TJOKROAMINOTOOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

PERJALANAN ROHDI BEBERAPA DESTINASI (MONOLOG)Oleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Untuk apa aku dilahirkan, adakah hanya kerana dilahirkan, tumbuhmembesar, bermodalkan beberapa tahun kemudian mati. Adakahsekadar itu? Tidak mungkin, kerana haiwan juga sedemikian.Bagaimana mungkin manusia dan haiwan mempunyai tujuan hidup dan mati yang sama.Aku mula mencari jawapan dengan mengenali dari mana asalku,di mana aku sekarang dan ke mana halatujuku.Berpandukan wahyu dan sabdaan, tahulah aku bahawa hakikatdiriku bukanlah apa yang aku lihat pada rupa zahir ini semata-mata, bentuk yang hanya lahir beberapa tahun yang lepasdengan anggota-anggota badan yang lengkap untuk menjadikenderaan kepada diriku.Hakikat diriku adalah suatu yang tak dapat kulihat, yang menunggang tubuh kasar ini selama berada di dunia. Ia beradadalam jasadku. Ia lah sebenarnya yang merasa, memandang danmendengar. Itulah “roh” yang berasal dari alam roh. Roh itulahmerupakan diriku yang sebenar.Roh yang dahulunya pernah menyaksikan Allah SWT ketikaperjanjian “Alastu” diambil dari semua roh. Roh yang mendengarkalam Allah SWT yang Maha Indah, roh yang memahami danmengakui ketuhanan Allah SWT lalu roh ini bercakap dengan Zatyang Menciptakannya “Bahkan, kami menyaksikan”.Roh yang tak diketahui bagaimana rupanya kerana iamenyaksikan-Nya bukan dengan bola mata, mendengar kalam-Nyabukan dengan gegendang telinga dan bercakap bukan dengan kotak suara dan mulut.Roh itulah hakikat diriku. Roh yang diciptakan dari cahaya. Rohyang mempunyai pengalaman hebat melihat rohnya dan berdialogdengan-Nya. Rupa-rupanya aku berasal dari roh yang sudahbermakrifat. Bermakna asal usul aku ialah “arif billah”.Apabila tiba masa yang dikehendaki Allah SWT, aku berpindahke alam yang lain, bernama alam rahim. Di dalamnya aku di tiupsetelah kenderaan jasad ini benar-benar mampu dan siap untukmenanggung aku iaitu setelah ia berusia 4 bulan dalam kandungan ibu biologiku.Setelah 9 bulan 10 hari, aku lahir di dunia bersama kenderaankuyang tercipta dari tanah dan air ini. Roh ku yang asalnya sucibersih bersifat cahaya nurani dan rohani, kini berpengalaman barubersama tubuh baru, mempunyai elemen tanah yang bersifat fi trahpada waktu kelahirannya. Maka hakikat "aku" bukanlah jasad yangmemiliki roh tapi roh yang mengenderai jasad.Cantuman cahaya dan tanah ini menyebabkan aku terlupabahawa aku berasal dari alam yang tinggi. Aku dilupakan AllahSWT terhadap perjanjian asal dan pertemuan dengan-Nya agardi dunia aku diuji untuk mencari Dia. Aku dilupakan untuk mengingati.Tidak sedikit yang tatkala tiba didunia yang terlupa dan terus lupauntuk mengingati akan perjanjian yang telah termeterai dengan-Nya.Tika aku lahir di dunia, telinga kananku diazankan dan telinga kirikudi iqamatkan, aku bertanya mana solatnya untuk azan dan iqamatini? Rupanya ia ditundakan sehingga nyawaku bercerai dari jasadku,

waktu kematianku, solat akan didirikanke atasku. Sebagai suatu mesejpadaku bahawa kehidupan duniaamat singkat seperti pendeknya masa antara azan dan solat.

Tubuh badanku membesar dan membesar. Di dalam tubuh jasad inimempunyai nafsu dan beberapa sifatkehaiwanan. Benar-benar aku beradadalam ujian selama berada di dunia.Aku memerlukan bapa rohani yangdapat menunjukkan jalan kepadakuuntuk mengenal (makrifat) rohku, bapa rohani (mursyid, murobbi)yang boleh memupuk dan membersihkan jiwa, hati dan nafsuku.Kerana kotornya perkara-perkara itu akan mengotorkan rohku.

Di sini ramai manusia termasuk diriku terleka dan terbuai dengannafsu dan alam dunia ini. Alpa terhadap tujuan dilahirkan di sini.Tujuan hidupku di sini ialah untuk menyucikan roh dan nafsu (jiwa)tersebut dari noda dan zulumat. Memberikan santapan rohanikepadanya sepertimana diberi makan kepada jasad zahir ini.Menjaga kesihatan rohku seperti menjaga kesihatan badan. Demi untuk kembalikan kepada sifat asalnya iaitu bermakrifat kepadaAllah SWT.

Kecenderunganku di alam dunia sentiasa terpikat dengankesempurnaan, kecantikan, keindahan dan kemerduan keranapengalaman rohku itu sendiri dahulu pernah menyaksikan, mendengardan berdialog kepada Allah SWT Zat Yang Maha Indah dan Maha Cantik.

Amat rugi jika aku hanya membersih dan menjaga kenderaan sajadan mengabaikan diriku yang sebenar. Rohanilah yang lebih berhakdiutamakan kerana itulah sebenarnya diriku. Mata rohani (basirah)wajib dicelikkan supaya sekali lagi dapat menyaksikan Allah SWT (musyahadah), sepertimana ia pernah menyaksikan-Nya di alam roh.

Allah SWT tidak membiarkan manusia begitu sahaja, diutus parautusan-Nya dan Kitab-kitab suci mengingatkan manusia mengenaiperjanjian Alastu dan perhisaban ke atasnya kelak di akhirat.Mengingatkan mengapa kita berada di sini dan apa tujuan akhirnya.

Apabila ajal tiba, roh akan dicabut dari jasad ini. Itulah maut yangpertama dan terakhir kalinya buatku. Maka terkulailah jasad yangada mata tapi tiada boleh melihat, gegendang telinga yang tiadaboleh mendengar, tangan dan kaki yang tiada mampu bergerak,kerana aku telah meninggalkannya.

Jasadku akan ditanam, dikembalikan ketempat asalnya iaitu tanah.Ia akan mereput dan hancur. Boleh jadi saja ia akan menjadihabuan ulat dan tanah. Itulah nasib kenderaanku. Namun aku, akuakan tetap ada dan terus ada dengan izin-Nya. Sekarang di alam barzakh, akulah yang akan ditanya oleh Munkar Nakir.

Setelah tiupan sangkakala, di Mahsyar kelak jasadku yang telahhancur akan dibangkitkan semula. Sekali lagi aku akan ditiupkansemula kedalamnya seperti ia pernah ditiupkan buat pertamakalinya di alam dunia. Tiupan roh kedua adalah untuk aku menujuke medan perhisaban. Akulah yang akan dipertanggungjawabkankeatas segala perlakuanku di dunia.

Setelah itu rohku bersama jasad hidup selama-lamanya tanpa mautakan datang menjemputnya lagi. Tiada lagi perpisahan roh darijasad. Di sana adalah kehidupanku yang hakiki. Untuk mengenalPenciptaku dan untuk kehidupan akhirat itulah aku dilahirkan di duniaini. Demikian perjalananku dan seluruh hamba.

165 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

HUKUM MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KIRIOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hukum makan dan minum dengan tangan kiri? Contohnya makan dengan menggunakan sudu,mestikah saya menyuap menggunakan tangan kanan?

JAWAPANAlhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkanke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat sertagolongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.

Nabi SAW seringkali mengutamakan dan mendahulukan bahagian kanan untuk sebahagian besarurusan seharian yang melibatkan kebaikan. Daripada ‘Aisyah R.Anha:

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW membiasakan diri mendahulukan yang kanan dalammemakai selipar, menyikat rambut, bersuci dan dalam setiap urusan kehidupan sehariannya." (SahihBukhari, 168).

Pandangan Para Ulama1. Sunat menggunakan tangan kanan, makruh dengan tangan kiri tanpa keperluanJumhur ulama mazhab Hanafi , Maliki, Syafi ’e dan Hanbali berpandangan bahwa hukum makan dengantangan kanan hanyalah sunat dan dianjurkan, dan makruh hukumnya makan dan minum dengan tangan kiri ketika tidak dalam keadaan darurat. (Rujuk Al-Bahr al-Ra’iq 1/56, Bariqah Mahmudiyyah 4/111, 45/294, Hasyiyah al-‘Adawi 2/425, Mathalib Uli al-Nuha 5/242, Mughni al-Muhtaj 3/250 dan Al-Iqna’ fi Fiqh Imam Ahmad bin Hanbal, 3/231).

Tarjih dan KesimpulanTuntasnya, setelah meneliti dalil-dalil dan perbahasan pandangan para ulama, dapatlah disimpulkanbahawa: 1. Makan dan minum dengan tangan kanan adalah sunat, manakala menggunakan tangan kiri

adalah makruh, dan inilah pandangan majoriti ulama.

2. Haram makan dan minum menggunakan tangan kiri dengan sengaja beserta niat untukmemperlekehkan sunnah Nabi SAW dan syariat Islam.

3. Makan menggunakan kedua-dua belah tangan juga tidak diharamkan dalam keadaan yangmemerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang melibatkan penggunaan sudu dan garfu untuk sesetengah jenis hidangan dan jenis makanan.

4. Namun demikian, seboleh-bolehnya hendaklah berusaha untuk menyuap makanan danminuman menggunakan tangan kanan dalam setiap keadaan, dalam rangka beramal dengan sunnah Rasulullah SAW.

Wallahu a’lam.

BERADABLAH KETIKA MENGUAPOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam mengajarkan manusia akhlak-akhlak yang mulia dan melarang manusia dari akhlak-akhlak yangtercela. Di antara akhlak mulia dalam Islam adalah Islam mengajarkan adab ketika menguap.

Di antara adab yang diajarkan Islam ketika menguap adalah berusaha menahannya semampu mungkin. Tidak membiarkan mulut ternganga dan terbuka ketika menguap. Kadang kita temui orang yang menguap sengaja membuka mulut dengan luasnya dan mengeluarkan suara yang kuat dan tidak disenangi. DariAbu Hurairah radhiallahu’anhu, Nabi bersabda:

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan tidak menyukai tasa’ub (menguap). Jika seseorang bersinmaka ucapkanlah hamdalah, dan merupakan hak baginya terhadap setiap muslim yang mendengarnyauntuk ber-tasymit. Adapun menguap, itu dari syaitan. Maka hendaknya ia menahannya semampumungkin. Jika ia menguap sampai mengeluarkan suara “hah” maka syaitan pun tertawa” (HR. Bukhari & Muslim).

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu’anhu, Nabi bersabda:

“Jika kalian menguap maka tutuplah mulut dengan tangan. Kerana syaitan akan masuk.”

Ibnu Allan Asy Syafi ’i mengatakan:

“Maksudnya tahanlah semampu mungkin. Iaitu dengan melakukan ithbaq (menggabungkan bibir). Jikatidak dapat ditahan maka dengan meletakkan tangan di mulut.”

Dari dalil-dalil di atas, dapat kita simpulkan bahawa yang pertama kali diusahakan ketika menguapadalah menahan mulut dengan menggabungkan bibir. Jika tidak mampu maka baru menggunakan tangan.Kemudian bersamaan dengan itu, berusaha untuk tidak mengeluarkan suara apapun baik suara “hah”atau suara lainnya.

Ketika menutup mulut apabila menguap, tangan apa yang sebaiknya digunakan? Kanan atau kiri?

Sebahagian ulama menganjurkan untuk menutup mulut dengan tangan kiri. Kerana menguap adalahkeburukan, sehingga lebih didahulukan tangan kiri. Sebagaimana kaedah yang ditetapkan sebahagianulama:

“Didahulukan tangan kanan dalam semua perkara yang mulia. Dan didahulukan tangan kiri dalam semua perkara yang hina”.

65 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (danberkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua ataumenyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.”Ibnu Jarir meriwayatkan bersumberkan daripada Ibnu Abbas sebab turunnya fi rman Allah SWT dalam ayat ini, Rasulullah SAW ditanya tentang golongan yang sangat tua sehingga nyanyuk pada zaman itu, apakahyang akan terjadi terhadap perbuatan dan perkataan mereka yang nyanyuk ini (kurang waras)? Allah SWT lalu menerangkan bahawa mereka akan dimaafkan dan hanya diberikan ganjaran/balasan atas amalyang pernah dilakukan sewaktu masih muda dan waras. Penciptaan manusia dalam bentuk sebaik-baik kejadian, lebih jauh hebat berbanding penciptaan mahkluk haiwan, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, langit dan keseluruhan makhluk ciptaan Allah SWT. Ini keranamanusia dibekalkan dengan akal dan syariat Allah SWT bila mendepani cabaran godaan syaitan danhawa nafsu agar sentiasa berada di paksi ketauhidan sesuai dengan maksud dan tujuan penciptaannyasebagai hamba Allah SWT. Menjadi tanggungjawab setiap diri manusia untuk mempertahankan posisi kemuliaan penciptaannyasupaya tidak jatuh tersungkur ke lembah kehinaan dan kekal bermastautin di alam neraka. Penegasanayat dalam surah At-Tiin ini jelas memperlihatkan manusia boleh hilang segala keistimewaan kedudukannyadi sisi Sang Pencipta jika tidak menitikberatkan persoalan iman dan amal soleh yang perlu dipeliharadan disuburkan bukan sahaja sewaktu hayat dikandung badan tetapi menjadi pahala jariah selepaskematian.Di sinilah titik jatuhnya pandangan kehebatan Allah SWT terhadap penciptaan manusia, lantaran itulahdipilih menjadi Khalifah Allah SWT di muka bumi dengan mengalas segala amanah yang pastinya tidakterpikul oleh makhluk lain meskipun lebih jauh besar, kuat dan perkasa seperti gunung-ganang dan langitjika dibandingkan dengan fi zikal manusia yang lebih jauh kecil dan lemah.Seluruh makhluk dicipta adalah untuk memberikan perkhidmatan dan keselesaan kepada manusia, tetapimanusia dicipta adalah untuk membawa manusia kepada Sang Pencipta dengan jalan iman dan amalsoleh. Beruntunglah sesiapa yang beriman dan amal soleh lalu mengajak orang lain untuk turut berimandan beramal soleh dan kemudian meningkatkan pengabdiannya terhadap Allah SWT menerusi kerja-kerja dakwah, ilmu yang bermanfaat, ibadah sedekah, infak dan wakaf meskipun ianya sudah tiada lagidi dunia. Justeru itu, Islam amat prihatin bukan sahaja perihal hubungan dengan Khalik secara vertikal, bahkanhubungan sesama manusia secara horizontal hal ini dapat dilihat dalam konteks iman dan amal. Kedua konsep ini saling lengkap melengkapi antara keduanya tidak mungkin boleh dipisahkan kerana ia adalah kesimbangan penciptaan manusia berdasarkan Iman adalah tunjang sedangkan amal adalah aplikasi.Tanpa kita sedari setiap kita memilki potensi untuk mengembangkan manafaat dalam diri sendiri danorang lain. Dengan berbaki usia yang masih ada, gunakanlah potensi diri yang dianugerahkan olehAllah SWT seperti ilmu, kedudukan, jawatan, kekayaan, kebijaksanaan dan kepelbagaian kemahiran diridengan melakukan sesuatu yang boleh melayakkan kita bergelar “Asyroful Makhlukat”, dan sebaliknyabersihkanlah hati dari sifat mazmumah takut kita disibukkan dengan perbuatan hasad dengki, dendamkesumat, benci membenci, menabur fi tnah dan sebagainya hingga hilang fokus untuk “mengislahkan diri”dan memperbanyakkan amalan soleh.

AYAT AL-QURAN SURAH AT-TIIN : 4 - 5“BILA RUNTUHNYA EMPAYAR IMAN DALAM

DIRI MANUSIA”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATSesungguhnya kita adalah umat Iqra’, umat ‘Bacalah!’, yangmencintai ilmu dan menjadi agung dengannya. Rasulullah SAWtelah meninggalkan contoh terbaik, bagaimana membudayakanilmu ini pada diri baginda seorang guru dan pada para sahabatnya murid-murid baginda, yang menjadi guru pulabagi generasi seterusnya; hal yang seharusnya kita hayati - atas dasar cinta kepada baginda, dan ingin menurutijejak langkah mereka yang terbilang. Dalam makalah ini, kita merujuk Kitab alIlm dalam Sahih al-Bukhari sebagaisumber utama kajian ringkas ini.Rasulullah SAW sebagai guru menggunakan pelbagai metod dalam menyampaikan ilmu. Baginda ada kalanyaberkhutbah (memberi maklumat secara langsung), ataupun bertanya, sepertimana yang sabit dalam hadis Nakhlah,dengan tujuan untuk menarik perhatian murid (para sahabat) dan melatih mereka menggunakan akal fikiran mereka.Baginda ada kalanya akan menguatkan suara baginda, khasnya ketika memberi amaran. Begitu juga, baginda sebelumberkhutbah pada Haji Wada’, berkata kepada Jarir, “Mintalah agar orang ramai diam seketika.”, dan murid-muridbaginda pun senyap untuk mendengar khutbah hingga ke akhirnya.Baginda meletakkan jadual khusus bagi ilmu dan nasihat, tidaklah disampaikan baginda setiap hari, kerana takutsahabatnya (muridnya) akan bosan, sepertimana dikhabarkan Ibn Mas’ud Radiallah Anhu. Akan tetapi baginda setiapmasa bersedia menjawab pertanyaan dan memberi fatwa. Baginda akan mengulang-ulang ilmu yang disampaikannyasebanyak tiga kali atau lebih; kerana meraikan kekurangan pada sebahagian sahabat yang mungkin kurang dengaratau kurang faham pada kali pertama. Baginda juga mengkhususkan waktu untuk mengajar wanita, meraikan sifatpemalu yang kuat pada kebanyakan wanita ketika itu.Baginda akan menyampaikan ilmu sesuai dengan kadar kefahaman pendengarnya, menggunakan uslub yang sesuai.Hal ini dipelajari dan diajarkan juga oleh murid baginda, Saidina Ali Radiallah Anhu, “Bicaralah kepada manusiadengan apa yang mereka tahu. Adakah dikau suka sekiranya Allah dan Rasul-Nya didustakan?”, yakni keranakekurangan pada penyampaian yang tidak meneliti perihal pendengar.Para sahabat pula, selaku murid, kita dapati, saat khutbah atau pengajian, akan duduk mengelilingi baginda(membuat halaqah-lingkaran) dan bertalaqqi (mendengar langsung dari guru-zaman kini talaqqi itu di dalam kelas).Mereka akan berebut-rebut untuk duduk dekat dengan baginda, dari kerana terdapat ganjaran yang hebat dudukmendengarkan ilmu (taman syurga), dan baginda sendiri mencela perbuatan sebilangan orang yang enggan dudukdi majlis ilmu (jauh daripada rahmat Allah SWT).Sebahagian mereka menyalin ilmu itu dalam suhuf mereka. Misalnya Saidina Ali, memiliki suhufnya sendiri, yangmengandungi antaranya al-Aql (hikmah kebijaksanaan). Sementara kebanyakan para sahabat, menghafal langsungdaripada Rasulullah SAW.Dari kerana kesibukan sehari-hari,kita dapati misalnya Saidina Umar akan silihganti dengan jirannya untuk mendengar nasihat dan ilmu daripada Rasulullah SAW. Apabila Saidina Umar datang ke majlis ilmu Rasulullah SAW, beliau akan mengkhabarkan kepada jirannya setelah pulang ke rumah. Dan begitu juga sebaliknya. Kerana mereka takut tidakmahu ketinggalan dan terlepas daripada mendengar wahyu dan ajaran-ajaran baru daripada baginda.Saidina Umar turut berpesan, “Tafaqquhlah kamu (Perdalamilah ilmu agama), sebelum kamu menjadi Pemimpin!”,kerana kesulitan menuntut ilmu kebenaran sesudah menjadi Pemimpin, dek takabur dan/atau kesibukan duniawi.Sifat malu bertanya tentang ilmu adalah penyakit kepada penuntut ilmu. Aisyah ibu kita Radiallah Anha berkata, “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar. Sifat malu tidak pernah menghalang mereka daripada tafaqquh (mendalami) ilmuagama!” Kerana mereka suka bertanya hingga jelas permasalahannya sejelas mungkin, hinggakan ke cara terperincibagaimana bersuci daripada haid, yang membuat baginda tergamam lalu mengucapkan Subhanallah!’, yangselanjutnya dijelaskan Aisyah.Demikianlah sedikit gambaran yang boleh diringkaskan, mengenai sikap para Sahabat selaku murid, dan sikapRasulullah SAW selaku guru, selaku tinjauan awal dan ibrah bersama, selaku umat Iqra’ yang menjadi agung keranailmu.

BUDAYA ILMU ZAMANRASULULLAH SAWOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

145 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

PENGGUNAAN PEWARNA KUKU BAGI KAUM WANITAOleh:

Aisyah binti Muhammad SayutiAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Berhias, berdandan dan mencantikkan diri merupakan fi trah semulajadi bagi setiap kaum wanita. Agama Islamtidak melarang kaum wanita daripada berhias akan tetapi ada batas-batasnya. Ianya juga hendaklah tidakbercanggah kepada syariah Islam. Tambahan pula, hiasan kecantikan tersebut hendaklah diutamakan kepadasuaminya sahaja ataupun kepada mahram kepada wanita tersebut yang jelas tidak merasakan tarikanterhadapnya.

Pewarna kuku bukanlah suatu perhiasan yang terkini kerana ia merupakan sebahagian daripada perhiasanyang telah lama wujud bagi kaum wanita. Terdapat banyak perselisihan pendapat mengenai hukum perhiasanini kerana perhiasan ini sering di gayakan oleh orang-orang kafi r. Akan tetapi sekiranya seseorang wanitatersebut berniat hanya untuk mempercantikkan diri tanpa mempunyai niat lain, maka ia dibolehkan untukmemakai. Sepertimana sabda Rasulullah SAW iaitu:

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat.” (Riwayat al-Bukhari).

Selain itu, pewarna kuku yang digunakan hendaklah diyakini bahan-bahan yang terkandung di dalamnya iaitubersih daripada najis dan tidak mengandungi bahan-bahan yang dapat memberikan kemudaratan kepadakesihatan. Sekiranya ianya terkandung bahan-bahan tersebut ataupun terdapat bahan-bahan yang menimbulkankeraguan, maka adalah lebih baik ianya dijauhkan. Sebagaimana fi rman Allah SWT dalam potongan SurahAl-‘A’raf ayat 157 iaitu:

Maksudnya: “…dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”

Di samping itu, sifat bagi pewarna kuku ini juga adalah tidak dapat ditembusi oleh air dan sudah tentu jika inginmembersihkan diri (mandi wajib) ataupun berwudhu’ adalah tidak sah kerana air tidak dapat mengalir padabahagian tersebut. Sepertimana fi rman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 6 berkenaan wudhu’ iaitu:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahalkamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputisiku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…”

Oleh itu, seorang wanita itu hendaklah membersihkan dahulu pewarna kuku tersebut menggunakan penanggal yang dikhaskan untuk menanggalkannya sebelum membersihkan diri dan sebelum berwudhu’. Ianya adalahsupaya air dapat mengalir pada bahagian tersebut tanpa sebarang keraguan.

Kesimpulannya, mewarnakan kuku adalah dibolehkan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah dan menepati syariah yang telah ditetapkan dalam Islam. Dan perlu diingatkan kepada semua kaum wanita bahawa setiap perhiasan yang diperlihatkan hendaklah tidak menarik perhatian kaum lelaki yang bukanmahram, tidak berlebihan dan tidak mengundang kepada fi tnah dan zina. Allah SWT telah berfi rman dalamSurah Al-Nur ayat 31 iaitu:

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandanganmereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah merekamemperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…”

PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH SWTOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Tsa’labah al-Khusyani Jursum bin Nasyir RA meriwayatkan daripadaRasulullah SAW, Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkanbeberapa kewajipan, maka janganlah engkau meninggalkannya (mensia-siakannya). DanAllah SWT telah menentukan beberapa hudud (batasan), maka janganlah engkaumelampauinya. Dan Allah SWT telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah engkau melanggarinya.Dan Allah SWT telah diam daripada beberapa perkara (tidak menentukan hukum atas sesuatu perkara) sebagaitanda rahmat-Nya ke atas kamu, bukannya kerana terlupa, maka janganlah engkau mempersoalkannya.” (Hadis inihadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutni dan lain-lain)

HURAIAN HADISHadis ini mengingatkan kepada setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya. Terdapat dua bahagian fardu iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Fardu ainialah kewajipan yang dibebankan kepada setiap individu seperti solat lima waktu, puasa dan zakat. Manakala fardukifayah ialah kewajipan yang apabila sebahagian orang melakukannya, maka semua orang Islam terlepas dari dosa.Namun sekiranya tidak ada seorang pun yang melakukannya, maka semua orang Islam akan berdosa, seperti solatjenazah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

Kemudian hadis ini menerangkan berkaitan hukuman yang dihadkan Allah SWT seperti hukuman zina, hukumanmencuri dan hukuman meminum arak. Hukuman-hukuman tersebut perlu dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah disyariatkan tanpa perlu menambah atau menguranginya, seperti had zina dengan direjam, had mencuri dengandipotong tangan dan had minum arak dengan dirotan. Seterusnya Allah SWT juga melarang kita untuk mendekatiperkara-perkara haram dan melakukannya seperti persaksian palsu, memakan harta anak yatim dan riba. Maka setiap mukmin dituntut agar sentiasa berwaspada dan menjaga sempadan hukum halal haram ini, jangan sampai terjerumus melakukannya apatah lagi menghalalkan perkara yang telah haramkan oleh Allah SWT.

Berkenaan tiada ketetapan hukum terhadap sesuatu perkara dan tidak ada nas tentang halal dan haramnya, makaperkara tersebut merupakan satu rahmat yang dikurniakan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya.

PENGAJARAN HADIS1. Hukum-hakam yang terdapat dalam agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan. 2. Sifat taat dan patuh kepada segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya merupakan sifat mukmin

yang sejati.3. Hukuman had yang telah disyariatkan oleh Allah SWT perlu dilaksanakan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan

tanpa perlu dikurangi atau ditambah.4. Melakukan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah SWT akan mengundang dosa dan bala terhadap kita.5. Pertanyaan yang tidak memberi manfaat merupakan sesuatu yang sia-sia.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

85 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

RELEVANSI AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAHDALAM MENONGKAH ARUS ZAMAN

(BAHAGIAN 2)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Metod dan kaedah berfikir lojik rasional yang digunakan oleh kaum Muktazilah sebagaimana disebutkan sebelum ini mendapat respon yang agak keras daripada mereka yang digelar sebagai dengan “Salafiyyun”, iaitu pengikut aliran Salaf dalam akidah. Menurut Imam Abu Zahrah, aliran Salafiyyah baru diwujudkan pada abad ke-4H, tanpa menyebut siapa yang merintis perkara tersebut cuma beliau menjelaskan bahawa golongan Salafiyyah berasal dari kalangan Hanabilah, iaitu para pengikut Ahmad ibn Hanbal (w.241H/855M). (Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah).

Pendukung utama golongan Salafiyyah adalah dari kalangan tokoh-tokoh ahli Hadith, kerana bersesuaian dengan ketekunan mereka dalam menjaga kelestarian hadith dari satu generasi ke generasi berikutnya. Tradisi para sahabat Nabi SAW dalam memahami dan menyatakan pendapat-pendapat mereka berkenaan akidah merupakan salah satu yang mereka lestarikan itu. Sehubungan dengan itu, kaedah yang dipergunakan dalam aliran ini ialah metod tekstual iaitu dengan berpegang kepada teks-teks wahyu yang diterima, serta bersikap berhati-hati dalam tafsiran rasional yang mendalam terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan akidah. (Mustafa Hilmi, Manhaj ‘ulama' al-Hadith).

Benar dari segi metod dan pendekatan, Salafiyyah berbeza dengan kaum Muktazilah. Andai kata Muktazilah lebih mengutamakan metodologi rasional sehingga naqli harus tunduk kepada akal berbeza dengan Salafiyyah yang mempergunakan metodologi tekstual iaitu akal tunduk di bawah naqli.

Namun demikian, dalam penerapannya di kalangan tokoh-tokoh aliran ini sendiri, metodologi ini tidaklah membuahkan hasil yang sama. Hal ini disebabkan adanya pengaruh situasi, budaya dan keadaan pada masa tersebut. Dalam sejarah, di kalangan Salafiyyah terdapat kelompok yang disebut sebagai al-Hashwiyyah dan al-Kullabiyyah iaitu para pengikut Ibnu Kullab (w.240H/842M.), seorang tokoh Salaf yang terpengaruh dengan fahaman falsafah dan oleh kerana itulah, Ibnu Taymiyyah yang dianggap sebagai tokoh pemuka golongan Salafiyyah sendiri telah berusaha memisah-misahkan mereka yang berbeza itu dengan menuduh mereka yang tidak sealiran dengannya sebagai bukan pengikut Salafiyyah malahan Ibnu Taymiyyah mengeluarkan kelompok Hashwiyyah dari golongan Salafiyyah. (Ibrahim Madkur, Fi al-falsafah al-Islamiyyah dan Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah).

Istilah al-Hashw, al-Tashbih dan al-Tajsim merupakan tiga terminologi yang hampir bersamaan pengertian dan maksudnya. Kelompok Hashwiyyah, yang terdiri daripada beberapa ahli Hadith yang berpendapat bahawa ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang bersifat mutashabihat harus difahami menurut pengertian harfiahnya. Akibat dan kesannya membawa makna bahawa Allah SWT mempunyai sifat-sifat seperti bertangan, bermuka, bermata, datang, turun, marah, senang dan sebagainya. Ada pun golongan al-Mushabbihah di kalangan Syiah menggambarkan Allah SWT mempunyai kesamaan dengan manusia. Manakala al-Mujassimah adalah menggambarkan Allah SWT pasti berjasad seperti manusia, bertempat dan beranggota tubuh badan, seperti yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith yang diertikan dan difahami secara harfiah. (Jalal Musa, Nash’at al-Ashariyyah).

Menurut al-Shahrastani dalam kitab al-Milal wa al-nihal kemunculan fahaman ‘Tashbih’ dan ‘Tajsim’ di kalangan Hashwiyyah berkait erat dengan munculnya hadis-hadis palsu yang banyak diadaptasi daripada sumber agama Yahudi yang menggambarkan adanya keserupaan atau kesamaan Tuhan dengan makhluk-Nya. jika pendapat ini benar, bererti penggunaan metodologi tekstual seperti yang dilakukan oleh Hashwiyyah telah dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan Islam (Yahudi) sehingga boleh membawa kepada fahaman yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk-Nya. (al-Shahrastani, al-Milal wa al-nihal).

SEPATAH KATA YANG DITULISKAN DI BUMI KEKALDALAM CATATAN DIRI DI LANGIT ILAHI

Oleh:Adajiwa

Hampir semua orang memiliki telefon pintar. Bahkan anak kecil juga dipujuk agar tidak meragam dengan bermain telefon pintar dan gajet. Maklumat sampai ke dalam rumah tanpa dapat kita menepisnya melalui telefon pintar. Realiti pada hari ini dengan satu butang klik kita share atau forward maklumat yang boleh mendatangkan mudarat enggan menekan butang share atau forward. "Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat: 6).

Memakai semua huruf besar tanda seseorang itu sedang bengang dan marah. Sepatah kata boleh menyebabkan kita merasa gembira dan dukacita. Begitulah besarnya kesan kata-kata pada kita. Siapa makan cili terasa pedasnya, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kata-kata yang diucapkan secara lisan mahupun yang dituliskan sama sahaja rasanya. Tambahan dalam dunia media sosial komunikasi kita banyak menggunakan facebook, whatsApp dan instagram. Kita kadangkala lupa memikirkan kesan kata-kata yang dituliskan. Tulislah perkataan yang baik-baik walau kita sedang terpaksa menerima kritikan atau makian. Kerana dengan membalas kata-kata buruk dengan cercaan dan makian tidaklah ada bezanya kita dengan dia. Satu kajian barat mendedahkan bahawa kebanyakan pekerja membazirkan 38% daripada masa bekerja mereka di laman sosial. Sebagai muslim, perkara ini boleh dikurangkan sekiranya dilihat bahawa masa bekerja adalah amanah. Sudah menjadi lumrah untuk seseorang itu menerima kritikan di media sosial. Soalnya bagaimana reaksi kita menerima kritikan.

Adakah kita menerimanya dengan hati yang terbuka atau melawan balik dengan lemparan maki hamun dan carut marut? Kita boleh sahaja delete atau memadamkan kata-kata yang telah kita tuliskan dengan sempat dibaca ratusan dan dikongsi puluhan pembaca kita. Tetapi adakah tulisan kita tadi akan dipadamkan dalam catatan amalan di bahu kiri? “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (surah Qaf ayat 18).

RUJUKAN:● [30/09, 12:40 pm] Dari Dr. Luqman Abdul Samad - Kolom Isu Semasa.

125 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

Program Bicara Dakwah bersama Ustaz Abdul Somad LC.MA Penceramah Undangan dari Indonesia yang tersohor di Nusantara, semasa di Sabah program dakwah beliau diselaraskan oleh MUIS dan

JHEAINS untuk menyampaikan kuliah subuh serta ceramah umum di Papar, Masjid Negeri Sembulan dan Masjid-masjid di sekitar Kota Kinabalu bermula pada 13 hingga 16 September 2019

Diskusi Isu-Isu Perundangan Syariah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bersama penceramah undangan Prof Madya Dr Siti Zubaidah Ismail,Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya

pada 13 September 2019 di Bilik Madani Wisma MUIS

Peristiwa

105 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

Program Bicara Dakwah bersama Ustaz Abdul Somad LC.MA Penceramah Undangan dari Indonesia yang tersohor di Nusantara, semasa di Sabah program dakwah beliau diselaraskan oleh MUIS dan

JHEAINS untuk menyampaikan kuliah subuh serta ceramah umum di Papar, Masjid Negeri Sembulan dan Masjid-masjid di sekitar Kota Kinabalu bermula pada 13 hingga 16 September 2019

Diskusi Isu-Isu Perundangan Syariah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bersama penceramah undangan Prof Madya Dr Siti Zubaidah Ismail,Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya

pada 13 September 2019 di Bilik Madani Wisma MUIS

Peristiwa

105 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

RELEVANSI AKIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAHDALAM MENONGKAH ARUS ZAMAN

(BAHAGIAN 2)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Metod dan kaedah berfikir lojik rasional yang digunakan oleh kaum Muktazilah sebagaimana disebutkan sebelum ini mendapat respon yang agak keras daripada mereka yang digelar sebagai dengan “Salafiyyun”, iaitu pengikut aliran Salaf dalam akidah. Menurut Imam Abu Zahrah, aliran Salafiyyah baru diwujudkan pada abad ke-4H, tanpa menyebut siapa yang merintis perkara tersebut cuma beliau menjelaskan bahawa golongan Salafiyyah berasal dari kalangan Hanabilah, iaitu para pengikut Ahmad ibn Hanbal (w.241H/855M). (Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah).

Pendukung utama golongan Salafiyyah adalah dari kalangan tokoh-tokoh ahli Hadith, kerana bersesuaian dengan ketekunan mereka dalam menjaga kelestarian hadith dari satu generasi ke generasi berikutnya. Tradisi para sahabat Nabi SAW dalam memahami dan menyatakan pendapat-pendapat mereka berkenaan akidah merupakan salah satu yang mereka lestarikan itu. Sehubungan dengan itu, kaedah yang dipergunakan dalam aliran ini ialah metod tekstual iaitu dengan berpegang kepada teks-teks wahyu yang diterima, serta bersikap berhati-hati dalam tafsiran rasional yang mendalam terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan akidah. (Mustafa Hilmi, Manhaj ‘ulama' al-Hadith).

Benar dari segi metod dan pendekatan, Salafiyyah berbeza dengan kaum Muktazilah. Andai kata Muktazilah lebih mengutamakan metodologi rasional sehingga naqli harus tunduk kepada akal berbeza dengan Salafiyyah yang mempergunakan metodologi tekstual iaitu akal tunduk di bawah naqli.

Namun demikian, dalam penerapannya di kalangan tokoh-tokoh aliran ini sendiri, metodologi ini tidaklah membuahkan hasil yang sama. Hal ini disebabkan adanya pengaruh situasi, budaya dan keadaan pada masa tersebut. Dalam sejarah, di kalangan Salafiyyah terdapat kelompok yang disebut sebagai al-Hashwiyyah dan al-Kullabiyyah iaitu para pengikut Ibnu Kullab (w.240H/842M.), seorang tokoh Salaf yang terpengaruh dengan fahaman falsafah dan oleh kerana itulah, Ibnu Taymiyyah yang dianggap sebagai tokoh pemuka golongan Salafiyyah sendiri telah berusaha memisah-misahkan mereka yang berbeza itu dengan menuduh mereka yang tidak sealiran dengannya sebagai bukan pengikut Salafiyyah malahan Ibnu Taymiyyah mengeluarkan kelompok Hashwiyyah dari golongan Salafiyyah. (Ibrahim Madkur, Fi al-falsafah al-Islamiyyah dan Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah).

Istilah al-Hashw, al-Tashbih dan al-Tajsim merupakan tiga terminologi yang hampir bersamaan pengertian dan maksudnya. Kelompok Hashwiyyah, yang terdiri daripada beberapa ahli Hadith yang berpendapat bahawa ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang bersifat mutashabihat harus difahami menurut pengertian harfiahnya. Akibat dan kesannya membawa makna bahawa Allah SWT mempunyai sifat-sifat seperti bertangan, bermuka, bermata, datang, turun, marah, senang dan sebagainya. Ada pun golongan al-Mushabbihah di kalangan Syiah menggambarkan Allah SWT mempunyai kesamaan dengan manusia. Manakala al-Mujassimah adalah menggambarkan Allah SWT pasti berjasad seperti manusia, bertempat dan beranggota tubuh badan, seperti yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith yang diertikan dan difahami secara harfiah. (Jalal Musa, Nash’at al-Ashariyyah).

Menurut al-Shahrastani dalam kitab al-Milal wa al-nihal kemunculan fahaman ‘Tashbih’ dan ‘Tajsim’ di kalangan Hashwiyyah berkait erat dengan munculnya hadis-hadis palsu yang banyak diadaptasi daripada sumber agama Yahudi yang menggambarkan adanya keserupaan atau kesamaan Tuhan dengan makhluk-Nya. jika pendapat ini benar, bererti penggunaan metodologi tekstual seperti yang dilakukan oleh Hashwiyyah telah dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan Islam (Yahudi) sehingga boleh membawa kepada fahaman yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk-Nya. (al-Shahrastani, al-Milal wa al-nihal).

SEPATAH KATA YANG DITULISKAN DI BUMI KEKALDALAM CATATAN DIRI DI LANGIT ILAHI

Oleh:Adajiwa

Hampir semua orang memiliki telefon pintar. Bahkan anak kecil juga dipujuk agar tidak meragam dengan bermain telefon pintar dan gajet. Maklumat sampai ke dalam rumah tanpa dapat kita menepisnya melalui telefon pintar. Realiti pada hari ini dengan satu butang klik kita share atau forward maklumat yang boleh mendatangkan mudarat enggan menekan butang share atau forward. "Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat: 6).

Memakai semua huruf besar tanda seseorang itu sedang bengang dan marah. Sepatah kata boleh menyebabkan kita merasa gembira dan dukacita. Begitulah besarnya kesan kata-kata pada kita. Siapa makan cili terasa pedasnya, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kata-kata yang diucapkan secara lisan mahupun yang dituliskan sama sahaja rasanya. Tambahan dalam dunia media sosial komunikasi kita banyak menggunakan facebook, whatsApp dan instagram. Kita kadangkala lupa memikirkan kesan kata-kata yang dituliskan. Tulislah perkataan yang baik-baik walau kita sedang terpaksa menerima kritikan atau makian. Kerana dengan membalas kata-kata buruk dengan cercaan dan makian tidaklah ada bezanya kita dengan dia. Satu kajian barat mendedahkan bahawa kebanyakan pekerja membazirkan 38% daripada masa bekerja mereka di laman sosial. Sebagai muslim, perkara ini boleh dikurangkan sekiranya dilihat bahawa masa bekerja adalah amanah. Sudah menjadi lumrah untuk seseorang itu menerima kritikan di media sosial. Soalnya bagaimana reaksi kita menerima kritikan.

Adakah kita menerimanya dengan hati yang terbuka atau melawan balik dengan lemparan maki hamun dan carut marut? Kita boleh sahaja delete atau memadamkan kata-kata yang telah kita tuliskan dengan sempat dibaca ratusan dan dikongsi puluhan pembaca kita. Tetapi adakah tulisan kita tadi akan dipadamkan dalam catatan amalan di bahu kiri? “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (surah Qaf ayat 18).

RUJUKAN:● [30/09, 12:40 pm] Dari Dr. Luqman Abdul Samad - Kolom Isu Semasa.

125 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

PENGGUNAAN PEWARNA KUKU BAGI KAUM WANITAOleh:

Aisyah binti Muhammad SayutiAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Berhias, berdandan dan mencantikkan diri merupakan fi trah semulajadi bagi setiap kaum wanita. Agama Islamtidak melarang kaum wanita daripada berhias akan tetapi ada batas-batasnya. Ianya juga hendaklah tidakbercanggah kepada syariah Islam. Tambahan pula, hiasan kecantikan tersebut hendaklah diutamakan kepadasuaminya sahaja ataupun kepada mahram kepada wanita tersebut yang jelas tidak merasakan tarikanterhadapnya.

Pewarna kuku bukanlah suatu perhiasan yang terkini kerana ia merupakan sebahagian daripada perhiasanyang telah lama wujud bagi kaum wanita. Terdapat banyak perselisihan pendapat mengenai hukum perhiasanini kerana perhiasan ini sering di gayakan oleh orang-orang kafi r. Akan tetapi sekiranya seseorang wanitatersebut berniat hanya untuk mempercantikkan diri tanpa mempunyai niat lain, maka ia dibolehkan untukmemakai. Sepertimana sabda Rasulullah SAW iaitu:

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat.” (Riwayat al-Bukhari).

Selain itu, pewarna kuku yang digunakan hendaklah diyakini bahan-bahan yang terkandung di dalamnya iaitubersih daripada najis dan tidak mengandungi bahan-bahan yang dapat memberikan kemudaratan kepadakesihatan. Sekiranya ianya terkandung bahan-bahan tersebut ataupun terdapat bahan-bahan yang menimbulkankeraguan, maka adalah lebih baik ianya dijauhkan. Sebagaimana fi rman Allah SWT dalam potongan SurahAl-‘A’raf ayat 157 iaitu:

Maksudnya: “…dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”

Di samping itu, sifat bagi pewarna kuku ini juga adalah tidak dapat ditembusi oleh air dan sudah tentu jika inginmembersihkan diri (mandi wajib) ataupun berwudhu’ adalah tidak sah kerana air tidak dapat mengalir padabahagian tersebut. Sepertimana fi rman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 6 berkenaan wudhu’ iaitu:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahalkamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputisiku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…”

Oleh itu, seorang wanita itu hendaklah membersihkan dahulu pewarna kuku tersebut menggunakan penanggal yang dikhaskan untuk menanggalkannya sebelum membersihkan diri dan sebelum berwudhu’. Ianya adalahsupaya air dapat mengalir pada bahagian tersebut tanpa sebarang keraguan.

Kesimpulannya, mewarnakan kuku adalah dibolehkan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah dan menepati syariah yang telah ditetapkan dalam Islam. Dan perlu diingatkan kepada semua kaum wanita bahawa setiap perhiasan yang diperlihatkan hendaklah tidak menarik perhatian kaum lelaki yang bukanmahram, tidak berlebihan dan tidak mengundang kepada fi tnah dan zina. Allah SWT telah berfi rman dalamSurah Al-Nur ayat 31 iaitu:

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandanganmereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah merekamemperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…”

PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH SWTOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Tsa’labah al-Khusyani Jursum bin Nasyir RA meriwayatkan daripadaRasulullah SAW, Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkanbeberapa kewajipan, maka janganlah engkau meninggalkannya (mensia-siakannya). DanAllah SWT telah menentukan beberapa hudud (batasan), maka janganlah engkaumelampauinya. Dan Allah SWT telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah engkau melanggarinya.Dan Allah SWT telah diam daripada beberapa perkara (tidak menentukan hukum atas sesuatu perkara) sebagaitanda rahmat-Nya ke atas kamu, bukannya kerana terlupa, maka janganlah engkau mempersoalkannya.” (Hadis inihadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutni dan lain-lain)

HURAIAN HADISHadis ini mengingatkan kepada setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya. Terdapat dua bahagian fardu iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Fardu ainialah kewajipan yang dibebankan kepada setiap individu seperti solat lima waktu, puasa dan zakat. Manakala fardukifayah ialah kewajipan yang apabila sebahagian orang melakukannya, maka semua orang Islam terlepas dari dosa.Namun sekiranya tidak ada seorang pun yang melakukannya, maka semua orang Islam akan berdosa, seperti solatjenazah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

Kemudian hadis ini menerangkan berkaitan hukuman yang dihadkan Allah SWT seperti hukuman zina, hukumanmencuri dan hukuman meminum arak. Hukuman-hukuman tersebut perlu dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah disyariatkan tanpa perlu menambah atau menguranginya, seperti had zina dengan direjam, had mencuri dengandipotong tangan dan had minum arak dengan dirotan. Seterusnya Allah SWT juga melarang kita untuk mendekatiperkara-perkara haram dan melakukannya seperti persaksian palsu, memakan harta anak yatim dan riba. Maka setiap mukmin dituntut agar sentiasa berwaspada dan menjaga sempadan hukum halal haram ini, jangan sampai terjerumus melakukannya apatah lagi menghalalkan perkara yang telah haramkan oleh Allah SWT.

Berkenaan tiada ketetapan hukum terhadap sesuatu perkara dan tidak ada nas tentang halal dan haramnya, makaperkara tersebut merupakan satu rahmat yang dikurniakan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya.

PENGAJARAN HADIS1. Hukum-hakam yang terdapat dalam agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan. 2. Sifat taat dan patuh kepada segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya merupakan sifat mukmin

yang sejati.3. Hukuman had yang telah disyariatkan oleh Allah SWT perlu dilaksanakan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan

tanpa perlu dikurangi atau ditambah.4. Melakukan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah SWT akan mengundang dosa dan bala terhadap kita.5. Pertanyaan yang tidak memberi manfaat merupakan sesuatu yang sia-sia.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

85 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (danberkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua ataumenyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.”Ibnu Jarir meriwayatkan bersumberkan daripada Ibnu Abbas sebab turunnya fi rman Allah SWT dalam ayat ini, Rasulullah SAW ditanya tentang golongan yang sangat tua sehingga nyanyuk pada zaman itu, apakahyang akan terjadi terhadap perbuatan dan perkataan mereka yang nyanyuk ini (kurang waras)? Allah SWT lalu menerangkan bahawa mereka akan dimaafkan dan hanya diberikan ganjaran/balasan atas amalyang pernah dilakukan sewaktu masih muda dan waras. Penciptaan manusia dalam bentuk sebaik-baik kejadian, lebih jauh hebat berbanding penciptaan mahkluk haiwan, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, langit dan keseluruhan makhluk ciptaan Allah SWT. Ini keranamanusia dibekalkan dengan akal dan syariat Allah SWT bila mendepani cabaran godaan syaitan danhawa nafsu agar sentiasa berada di paksi ketauhidan sesuai dengan maksud dan tujuan penciptaannyasebagai hamba Allah SWT. Menjadi tanggungjawab setiap diri manusia untuk mempertahankan posisi kemuliaan penciptaannyasupaya tidak jatuh tersungkur ke lembah kehinaan dan kekal bermastautin di alam neraka. Penegasanayat dalam surah At-Tiin ini jelas memperlihatkan manusia boleh hilang segala keistimewaan kedudukannyadi sisi Sang Pencipta jika tidak menitikberatkan persoalan iman dan amal soleh yang perlu dipeliharadan disuburkan bukan sahaja sewaktu hayat dikandung badan tetapi menjadi pahala jariah selepaskematian.Di sinilah titik jatuhnya pandangan kehebatan Allah SWT terhadap penciptaan manusia, lantaran itulahdipilih menjadi Khalifah Allah SWT di muka bumi dengan mengalas segala amanah yang pastinya tidakterpikul oleh makhluk lain meskipun lebih jauh besar, kuat dan perkasa seperti gunung-ganang dan langitjika dibandingkan dengan fi zikal manusia yang lebih jauh kecil dan lemah.Seluruh makhluk dicipta adalah untuk memberikan perkhidmatan dan keselesaan kepada manusia, tetapimanusia dicipta adalah untuk membawa manusia kepada Sang Pencipta dengan jalan iman dan amalsoleh. Beruntunglah sesiapa yang beriman dan amal soleh lalu mengajak orang lain untuk turut berimandan beramal soleh dan kemudian meningkatkan pengabdiannya terhadap Allah SWT menerusi kerja-kerja dakwah, ilmu yang bermanfaat, ibadah sedekah, infak dan wakaf meskipun ianya sudah tiada lagidi dunia. Justeru itu, Islam amat prihatin bukan sahaja perihal hubungan dengan Khalik secara vertikal, bahkanhubungan sesama manusia secara horizontal hal ini dapat dilihat dalam konteks iman dan amal. Kedua konsep ini saling lengkap melengkapi antara keduanya tidak mungkin boleh dipisahkan kerana ia adalah kesimbangan penciptaan manusia berdasarkan Iman adalah tunjang sedangkan amal adalah aplikasi.Tanpa kita sedari setiap kita memilki potensi untuk mengembangkan manafaat dalam diri sendiri danorang lain. Dengan berbaki usia yang masih ada, gunakanlah potensi diri yang dianugerahkan olehAllah SWT seperti ilmu, kedudukan, jawatan, kekayaan, kebijaksanaan dan kepelbagaian kemahiran diridengan melakukan sesuatu yang boleh melayakkan kita bergelar “Asyroful Makhlukat”, dan sebaliknyabersihkanlah hati dari sifat mazmumah takut kita disibukkan dengan perbuatan hasad dengki, dendamkesumat, benci membenci, menabur fi tnah dan sebagainya hingga hilang fokus untuk “mengislahkan diri”dan memperbanyakkan amalan soleh.

AYAT AL-QURAN SURAH AT-TIIN : 4 - 5“BILA RUNTUHNYA EMPAYAR IMAN DALAM

DIRI MANUSIA”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATSesungguhnya kita adalah umat Iqra’, umat ‘Bacalah!’, yangmencintai ilmu dan menjadi agung dengannya. Rasulullah SAWtelah meninggalkan contoh terbaik, bagaimana membudayakanilmu ini pada diri baginda seorang guru dan pada para sahabatnya murid-murid baginda, yang menjadi guru pulabagi generasi seterusnya; hal yang seharusnya kita hayati - atas dasar cinta kepada baginda, dan ingin menurutijejak langkah mereka yang terbilang. Dalam makalah ini, kita merujuk Kitab alIlm dalam Sahih al-Bukhari sebagaisumber utama kajian ringkas ini.Rasulullah SAW sebagai guru menggunakan pelbagai metod dalam menyampaikan ilmu. Baginda ada kalanyaberkhutbah (memberi maklumat secara langsung), ataupun bertanya, sepertimana yang sabit dalam hadis Nakhlah,dengan tujuan untuk menarik perhatian murid (para sahabat) dan melatih mereka menggunakan akal fikiran mereka.Baginda ada kalanya akan menguatkan suara baginda, khasnya ketika memberi amaran. Begitu juga, baginda sebelumberkhutbah pada Haji Wada’, berkata kepada Jarir, “Mintalah agar orang ramai diam seketika.”, dan murid-muridbaginda pun senyap untuk mendengar khutbah hingga ke akhirnya.Baginda meletakkan jadual khusus bagi ilmu dan nasihat, tidaklah disampaikan baginda setiap hari, kerana takutsahabatnya (muridnya) akan bosan, sepertimana dikhabarkan Ibn Mas’ud Radiallah Anhu. Akan tetapi baginda setiapmasa bersedia menjawab pertanyaan dan memberi fatwa. Baginda akan mengulang-ulang ilmu yang disampaikannyasebanyak tiga kali atau lebih; kerana meraikan kekurangan pada sebahagian sahabat yang mungkin kurang dengaratau kurang faham pada kali pertama. Baginda juga mengkhususkan waktu untuk mengajar wanita, meraikan sifatpemalu yang kuat pada kebanyakan wanita ketika itu.Baginda akan menyampaikan ilmu sesuai dengan kadar kefahaman pendengarnya, menggunakan uslub yang sesuai.Hal ini dipelajari dan diajarkan juga oleh murid baginda, Saidina Ali Radiallah Anhu, “Bicaralah kepada manusiadengan apa yang mereka tahu. Adakah dikau suka sekiranya Allah dan Rasul-Nya didustakan?”, yakni keranakekurangan pada penyampaian yang tidak meneliti perihal pendengar.Para sahabat pula, selaku murid, kita dapati, saat khutbah atau pengajian, akan duduk mengelilingi baginda(membuat halaqah-lingkaran) dan bertalaqqi (mendengar langsung dari guru-zaman kini talaqqi itu di dalam kelas).Mereka akan berebut-rebut untuk duduk dekat dengan baginda, dari kerana terdapat ganjaran yang hebat dudukmendengarkan ilmu (taman syurga), dan baginda sendiri mencela perbuatan sebilangan orang yang enggan dudukdi majlis ilmu (jauh daripada rahmat Allah SWT).Sebahagian mereka menyalin ilmu itu dalam suhuf mereka. Misalnya Saidina Ali, memiliki suhufnya sendiri, yangmengandungi antaranya al-Aql (hikmah kebijaksanaan). Sementara kebanyakan para sahabat, menghafal langsungdaripada Rasulullah SAW.Dari kerana kesibukan sehari-hari,kita dapati misalnya Saidina Umar akan silihganti dengan jirannya untuk mendengar nasihat dan ilmu daripada Rasulullah SAW. Apabila Saidina Umar datang ke majlis ilmu Rasulullah SAW, beliau akan mengkhabarkan kepada jirannya setelah pulang ke rumah. Dan begitu juga sebaliknya. Kerana mereka takut tidakmahu ketinggalan dan terlepas daripada mendengar wahyu dan ajaran-ajaran baru daripada baginda.Saidina Umar turut berpesan, “Tafaqquhlah kamu (Perdalamilah ilmu agama), sebelum kamu menjadi Pemimpin!”,kerana kesulitan menuntut ilmu kebenaran sesudah menjadi Pemimpin, dek takabur dan/atau kesibukan duniawi.Sifat malu bertanya tentang ilmu adalah penyakit kepada penuntut ilmu. Aisyah ibu kita Radiallah Anha berkata, “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar. Sifat malu tidak pernah menghalang mereka daripada tafaqquh (mendalami) ilmuagama!” Kerana mereka suka bertanya hingga jelas permasalahannya sejelas mungkin, hinggakan ke cara terperincibagaimana bersuci daripada haid, yang membuat baginda tergamam lalu mengucapkan Subhanallah!’, yangselanjutnya dijelaskan Aisyah.Demikianlah sedikit gambaran yang boleh diringkaskan, mengenai sikap para Sahabat selaku murid, dan sikapRasulullah SAW selaku guru, selaku tinjauan awal dan ibrah bersama, selaku umat Iqra’ yang menjadi agung keranailmu.

BUDAYA ILMU ZAMANRASULULLAH SAWOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

145 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

HUKUM MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KIRIOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hukum makan dan minum dengan tangan kiri? Contohnya makan dengan menggunakan sudu,mestikah saya menyuap menggunakan tangan kanan?

JAWAPANAlhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkanke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat sertagolongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.

Nabi SAW seringkali mengutamakan dan mendahulukan bahagian kanan untuk sebahagian besarurusan seharian yang melibatkan kebaikan. Daripada ‘Aisyah R.Anha:

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW membiasakan diri mendahulukan yang kanan dalammemakai selipar, menyikat rambut, bersuci dan dalam setiap urusan kehidupan sehariannya." (SahihBukhari, 168).

Pandangan Para Ulama1. Sunat menggunakan tangan kanan, makruh dengan tangan kiri tanpa keperluanJumhur ulama mazhab Hanafi , Maliki, Syafi ’e dan Hanbali berpandangan bahwa hukum makan dengantangan kanan hanyalah sunat dan dianjurkan, dan makruh hukumnya makan dan minum dengan tangan kiri ketika tidak dalam keadaan darurat. (Rujuk Al-Bahr al-Ra’iq 1/56, Bariqah Mahmudiyyah 4/111, 45/294, Hasyiyah al-‘Adawi 2/425, Mathalib Uli al-Nuha 5/242, Mughni al-Muhtaj 3/250 dan Al-Iqna’ fi Fiqh Imam Ahmad bin Hanbal, 3/231).

Tarjih dan KesimpulanTuntasnya, setelah meneliti dalil-dalil dan perbahasan pandangan para ulama, dapatlah disimpulkanbahawa: 1. Makan dan minum dengan tangan kanan adalah sunat, manakala menggunakan tangan kiri

adalah makruh, dan inilah pandangan majoriti ulama.

2. Haram makan dan minum menggunakan tangan kiri dengan sengaja beserta niat untukmemperlekehkan sunnah Nabi SAW dan syariat Islam.

3. Makan menggunakan kedua-dua belah tangan juga tidak diharamkan dalam keadaan yangmemerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang melibatkan penggunaan sudu dan garfu untuk sesetengah jenis hidangan dan jenis makanan.

4. Namun demikian, seboleh-bolehnya hendaklah berusaha untuk menyuap makanan danminuman menggunakan tangan kanan dalam setiap keadaan, dalam rangka beramal dengan sunnah Rasulullah SAW.

Wallahu a’lam.

BERADABLAH KETIKA MENGUAPOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam mengajarkan manusia akhlak-akhlak yang mulia dan melarang manusia dari akhlak-akhlak yangtercela. Di antara akhlak mulia dalam Islam adalah Islam mengajarkan adab ketika menguap.

Di antara adab yang diajarkan Islam ketika menguap adalah berusaha menahannya semampu mungkin. Tidak membiarkan mulut ternganga dan terbuka ketika menguap. Kadang kita temui orang yang menguap sengaja membuka mulut dengan luasnya dan mengeluarkan suara yang kuat dan tidak disenangi. DariAbu Hurairah radhiallahu’anhu, Nabi bersabda:

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan tidak menyukai tasa’ub (menguap). Jika seseorang bersinmaka ucapkanlah hamdalah, dan merupakan hak baginya terhadap setiap muslim yang mendengarnyauntuk ber-tasymit. Adapun menguap, itu dari syaitan. Maka hendaknya ia menahannya semampumungkin. Jika ia menguap sampai mengeluarkan suara “hah” maka syaitan pun tertawa” (HR. Bukhari & Muslim).

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu’anhu, Nabi bersabda:

“Jika kalian menguap maka tutuplah mulut dengan tangan. Kerana syaitan akan masuk.”

Ibnu Allan Asy Syafi ’i mengatakan:

“Maksudnya tahanlah semampu mungkin. Iaitu dengan melakukan ithbaq (menggabungkan bibir). Jikatidak dapat ditahan maka dengan meletakkan tangan di mulut.”

Dari dalil-dalil di atas, dapat kita simpulkan bahawa yang pertama kali diusahakan ketika menguapadalah menahan mulut dengan menggabungkan bibir. Jika tidak mampu maka baru menggunakan tangan.Kemudian bersamaan dengan itu, berusaha untuk tidak mengeluarkan suara apapun baik suara “hah”atau suara lainnya.

Ketika menutup mulut apabila menguap, tangan apa yang sebaiknya digunakan? Kanan atau kiri?

Sebahagian ulama menganjurkan untuk menutup mulut dengan tangan kiri. Kerana menguap adalahkeburukan, sehingga lebih didahulukan tangan kiri. Sebagaimana kaedah yang ditetapkan sebahagianulama:

“Didahulukan tangan kanan dalam semua perkara yang mulia. Dan didahulukan tangan kiri dalam semua perkara yang hina”.

65 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

"Setinggi-tinggi ilmu, semurni-murni tauhid, sepintar-pintar siasat.’’ - H.O.S. Tjokroaminoto.

H.O.S. Tjokroaminoto atau Raden Mas Hadji Oemar Said Tjokroaminoto lahirdi Ponorogo, Jawa Timur, pada 16 Ogos 1882. Beliau ialah anak keduadaripada 12 orang bersaudara.

Ayahnya bernama RM Tjokroamiseno bekerja sebagai seorang pegawaipemerintah. Sejak kecil Tjokroaminoto mulai mengenyam pendidikandi sekolah Belanda yang khusus diperuntukkan untuk orang Belanda danpara pegawai pemerintah. Dalam biografi Tjokroaminoto yang ditulis dalambuku Memoria Indonesia Bergerak diketahui bahawa Tjokroaminotomenyelesaikan pendidikannya di OSVIA (Opleiding School Voor Inlandsche Ambtenaren).

Tjokroaminoto digelar oleh Belanda sebagai ‘’De Ongekroonde van Java’’ atau "Raja Jawa TanpaMahkota" dan menjadi guru para pemimpin besar di Indonesia. Antara nama besar yang berguru padaTjokroaminoto ialah Semaoen, Alimin, Muso, Soekarno, Kartosuwiryo dan Tan Malaka.

Pada bulan Mei 1912, Tjokroaminoto mendirikan Sarekat Islam yang sebelumnya dikenali sebagai Sarekat Dagang Islam dan terpilih menjadi ketua. Di bawah kepemimpinan Tjokroaminoto, Sarekat Islam diakuioleh pemerintah kolonial Belanda dan memiliki badan hukum yang jelas. Dalam kongresnya, Sarekat Islam bertujuan ingin merdeka, memiliki pemerintahan sendiri dan menyatukan seluruh bangsa Indonesia.

Di sela-sela kesibukannya sebagai ketua Sarekat Islam, beliau sempat menjadi direktur sekali guspimpinan redaksi dari harian Oetoesan Hindia yang berpejabat di Surabaya. Antara karya karanganTjokroaminoto:

i. Islam dan Sosialisme

ii. Program Asas dan Program Tandhim Partai Sarekat Islam Indonesia

iii. Tarich Agama Islam, Riwayat dan Pemandangan atas Kehidupan dan Perjalanan Nabi Muhammad

iv. Reglemen Umum Bagi Ummat Islam

Salah satu wasiat Tjokroaminoto yang terkenal ialah ‘’lerena mangan sakdurunge wareg’’ yang bererti"berhentilah makan sebelum kenyang’’. Pesanan yang bersumber dari hadis Nabi ini dimaksudkan agargenerasi penerus menghindari sikap rakus dan serakah serta menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi.

H.O.S. Tjokroaminoto meninggal dunia di Yogyakarta, Indonesia, pada 17 Disember 1934 ketika berusia 52 tahun. Presiden Soekarno atas nama pemerintah Republik Indonesia menetapkan H.O.S. Tjokroaminoto sebagai Pahlawan Nasional pada tahun 1961.

H.O.S. TJOKROAMINOTOOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

PERJALANAN ROHDI BEBERAPA DESTINASI (MONOLOG)Oleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Untuk apa aku dilahirkan, adakah hanya kerana dilahirkan, tumbuhmembesar, bermodalkan beberapa tahun kemudian mati. Adakahsekadar itu? Tidak mungkin, kerana haiwan juga sedemikian.Bagaimana mungkin manusia dan haiwan mempunyai tujuan hidup dan mati yang sama.Aku mula mencari jawapan dengan mengenali dari mana asalku,di mana aku sekarang dan ke mana halatujuku.Berpandukan wahyu dan sabdaan, tahulah aku bahawa hakikatdiriku bukanlah apa yang aku lihat pada rupa zahir ini semata-mata, bentuk yang hanya lahir beberapa tahun yang lepasdengan anggota-anggota badan yang lengkap untuk menjadikenderaan kepada diriku.Hakikat diriku adalah suatu yang tak dapat kulihat, yang menunggang tubuh kasar ini selama berada di dunia. Ia beradadalam jasadku. Ia lah sebenarnya yang merasa, memandang danmendengar. Itulah “roh” yang berasal dari alam roh. Roh itulahmerupakan diriku yang sebenar.Roh yang dahulunya pernah menyaksikan Allah SWT ketikaperjanjian “Alastu” diambil dari semua roh. Roh yang mendengarkalam Allah SWT yang Maha Indah, roh yang memahami danmengakui ketuhanan Allah SWT lalu roh ini bercakap dengan Zatyang Menciptakannya “Bahkan, kami menyaksikan”.Roh yang tak diketahui bagaimana rupanya kerana iamenyaksikan-Nya bukan dengan bola mata, mendengar kalam-Nyabukan dengan gegendang telinga dan bercakap bukan dengan kotak suara dan mulut.Roh itulah hakikat diriku. Roh yang diciptakan dari cahaya. Rohyang mempunyai pengalaman hebat melihat rohnya dan berdialogdengan-Nya. Rupa-rupanya aku berasal dari roh yang sudahbermakrifat. Bermakna asal usul aku ialah “arif billah”.Apabila tiba masa yang dikehendaki Allah SWT, aku berpindahke alam yang lain, bernama alam rahim. Di dalamnya aku di tiupsetelah kenderaan jasad ini benar-benar mampu dan siap untukmenanggung aku iaitu setelah ia berusia 4 bulan dalam kandungan ibu biologiku.Setelah 9 bulan 10 hari, aku lahir di dunia bersama kenderaankuyang tercipta dari tanah dan air ini. Roh ku yang asalnya sucibersih bersifat cahaya nurani dan rohani, kini berpengalaman barubersama tubuh baru, mempunyai elemen tanah yang bersifat fi trahpada waktu kelahirannya. Maka hakikat "aku" bukanlah jasad yangmemiliki roh tapi roh yang mengenderai jasad.Cantuman cahaya dan tanah ini menyebabkan aku terlupabahawa aku berasal dari alam yang tinggi. Aku dilupakan AllahSWT terhadap perjanjian asal dan pertemuan dengan-Nya agardi dunia aku diuji untuk mencari Dia. Aku dilupakan untuk mengingati.Tidak sedikit yang tatkala tiba didunia yang terlupa dan terus lupauntuk mengingati akan perjanjian yang telah termeterai dengan-Nya.Tika aku lahir di dunia, telinga kananku diazankan dan telinga kirikudi iqamatkan, aku bertanya mana solatnya untuk azan dan iqamatini? Rupanya ia ditundakan sehingga nyawaku bercerai dari jasadku,

waktu kematianku, solat akan didirikanke atasku. Sebagai suatu mesejpadaku bahawa kehidupan duniaamat singkat seperti pendeknya masa antara azan dan solat.

Tubuh badanku membesar dan membesar. Di dalam tubuh jasad inimempunyai nafsu dan beberapa sifatkehaiwanan. Benar-benar aku beradadalam ujian selama berada di dunia.Aku memerlukan bapa rohani yangdapat menunjukkan jalan kepadakuuntuk mengenal (makrifat) rohku, bapa rohani (mursyid, murobbi)yang boleh memupuk dan membersihkan jiwa, hati dan nafsuku.Kerana kotornya perkara-perkara itu akan mengotorkan rohku.

Di sini ramai manusia termasuk diriku terleka dan terbuai dengannafsu dan alam dunia ini. Alpa terhadap tujuan dilahirkan di sini.Tujuan hidupku di sini ialah untuk menyucikan roh dan nafsu (jiwa)tersebut dari noda dan zulumat. Memberikan santapan rohanikepadanya sepertimana diberi makan kepada jasad zahir ini.Menjaga kesihatan rohku seperti menjaga kesihatan badan. Demi untuk kembalikan kepada sifat asalnya iaitu bermakrifat kepadaAllah SWT.

Kecenderunganku di alam dunia sentiasa terpikat dengankesempurnaan, kecantikan, keindahan dan kemerduan keranapengalaman rohku itu sendiri dahulu pernah menyaksikan, mendengardan berdialog kepada Allah SWT Zat Yang Maha Indah dan Maha Cantik.

Amat rugi jika aku hanya membersih dan menjaga kenderaan sajadan mengabaikan diriku yang sebenar. Rohanilah yang lebih berhakdiutamakan kerana itulah sebenarnya diriku. Mata rohani (basirah)wajib dicelikkan supaya sekali lagi dapat menyaksikan Allah SWT (musyahadah), sepertimana ia pernah menyaksikan-Nya di alam roh.

Allah SWT tidak membiarkan manusia begitu sahaja, diutus parautusan-Nya dan Kitab-kitab suci mengingatkan manusia mengenaiperjanjian Alastu dan perhisaban ke atasnya kelak di akhirat.Mengingatkan mengapa kita berada di sini dan apa tujuan akhirnya.

Apabila ajal tiba, roh akan dicabut dari jasad ini. Itulah maut yangpertama dan terakhir kalinya buatku. Maka terkulailah jasad yangada mata tapi tiada boleh melihat, gegendang telinga yang tiadaboleh mendengar, tangan dan kaki yang tiada mampu bergerak,kerana aku telah meninggalkannya.

Jasadku akan ditanam, dikembalikan ketempat asalnya iaitu tanah.Ia akan mereput dan hancur. Boleh jadi saja ia akan menjadihabuan ulat dan tanah. Itulah nasib kenderaanku. Namun aku, akuakan tetap ada dan terus ada dengan izin-Nya. Sekarang di alam barzakh, akulah yang akan ditanya oleh Munkar Nakir.

Setelah tiupan sangkakala, di Mahsyar kelak jasadku yang telahhancur akan dibangkitkan semula. Sekali lagi aku akan ditiupkansemula kedalamnya seperti ia pernah ditiupkan buat pertamakalinya di alam dunia. Tiupan roh kedua adalah untuk aku menujuke medan perhisaban. Akulah yang akan dipertanggungjawabkankeatas segala perlakuanku di dunia.

Setelah itu rohku bersama jasad hidup selama-lamanya tanpa mautakan datang menjemputnya lagi. Tiada lagi perpisahan roh darijasad. Di sana adalah kehidupanku yang hakiki. Untuk mengenalPenciptaku dan untuk kehidupan akhirat itulah aku dilahirkan di duniaini. Demikian perjalananku dan seluruh hamba.

165 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

Penulis Bersama Pengerusi dan Ahli JawatankuasaMasjid Jamek Yusuf Al-Qardhowi,

Telupid Selepas BTUM

TADBIR URUS MASJID 4:DI SINI MASJID JAMEK YUSUF AL-QARDHOWI

Oleh:Adi Pitang

“Cikgu mari minum sekali …” Ajakku pada cikguNorbakti bin Abu Bakar, Penyelia Pendidikan Agama,Pejabat Pendidikan Daerah Telupid, selepas usaipermainan badmintaon kami malam itu di SK PekanTelupid. Rasa segar dengan bermandi keringat setelahmenghabis 4 permainan tanpa henti. Hilang kemurungan,istilah gurauan rakan-rakan team Bengkel Takbir Urus Majid Negeri Sabah (BTUM) yang selalu bersama dalamroadshow BTUM di setiap masjid di negeri ini. Peralatanbadminton barangan yang nombor wahid dibawa dalam

roadshow ini. Riadah wajib dan mudah bila ada keluangan pada sebelah petang atau malam. Bukan pandaimain sangatpun, tapi kalau setakat rakan-rakan fasilitator BTUM, boleh makan..,hahaha.

Bertemu dan berbicang secara lebih dekat dengan rakan-rakan Jawatankuasa Masjid yang pelbagailatar belakang, memberi suatu anjakan semangat dalam usaha untuk memperkemas dan memperkasa tadbirurus masjid di negeri ini. Memang bukan sesuatu yang mudah. Meminta seseorang melakukan sesuatu yangkadang-kadang dengan keupayaan yang terbatas merupakan suatu cabaran. Apatah lagi untuk mengekalkansemangat rakan-rakan Jawatankuasa dalam memastikan pengurusan masjid berkekalan baik menuntut kepadaistiqamah amal, yang berpaksi kepada nawaitu kerana-Nya. Hmmm... kadang-kadang orang yang memberimotivasi pun semangatnya turun naik, hahah. Tapi apa yang penting dalam tadbir urus masjid ini ialah semangatberpasukan. Jawatankuasa masjid ditubuhkan secara berpasukan. Persefahaman, kesepakatan dan kerjaberpasukan dalam pengurusan masjid ini sangat ditagih.

Pagi sebelum itu, BTUM diadakan di Masjid Yusof Al-Qardhowi, Telupid. Cikgu Norbakti selaku pengerusijawatankuasa masjid bersama ahli jawatankuasanya tekun mendengar perkongsian dan penerangan tentangGaris Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yangkurang difahami, menjadikan bengkel ini hidup dan segar walau tanpa penghawa dingin kerana dibuatdi beranda masjid yang memuatkan 30 orang ahli jawatakuasa masjid itu.

Pentadbiran masjid bukan setakat mengurus kewangan masjid tapi juga soal-soal yang menyentuh hal-hal lainyang berkaitan masjid seperti perancangan program, pengurusan aset/harta, pengurusan fail, mesyuarat, rekod dan data kariah, kemudahan, prasarana dan persekitaran. Semua ini perlu berjalan seiring demi memastikanmasjid ditadbir dengan sistem pentadbiran yang menyeluruh yang akhirnya akan memberi keselesaan kepada Jemaah masjid dalam melakukan ibadah atau aktiviti di masjid.

Hasil dari perbincangan bengkel, ahli jawatankuasa Masjid Yusof Al-Qardhowi telah mencapai kata sepakatbahawa visi masjid ini adalah sebagai pusat keilmuan dan komuniti kepada masyarakat setempat. Dengan misi mencapai kecemerlangan masjid melalui perancangan, pengurusan dan pemantauan yang sistematik,mengembangkan dakwah dan pembinaan ummah melalui program dan aktiviti masjid dan membinakecemerlangan kominuniti melalui kebajikan, pendidikan dan pembinaan sahsiah remaja.

Apa yang penting dalam BTUM ini ialah ahli jawatankuasa telah memahami dengan jelas hala tuju pengurusanmasjid, bagaimana ia sepatutnya ditadbir dan perkara-perkara yang membawa kepada kecemerlangan masjid. Insya-Allah.

AKU TIDAK PEDULIOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Khubaib dibeli oleh Hujair ibn Abu Ahab dan diberikan kepada saudaranya seibu, Uqbah ibn Naufal, untukdibunuh sebagai balas dendam atas kematian ayahnya. Mereka menahan Khubaib di tempat Mawiyyah, budakdari Hujair. Ketika Mawiyyah masuk Islam, ia menceritakan kisah kematian dan penyaliban Khubaib.Mawiyyah menuturkan:“Khubaib pernah ditawan di rumahku. Aku mendatanginya dan pada saat itu ia sedang memegang setangkaianggur seperti manusia dan memakannya, padahal sepengetahuanku di sini tidak ada anggur yang dapat dimakan. Ketika hendak menghadapi detik-detik kematiannya, ia berkata kepadaku, ‘Beri aku sepotong besi agar aku dapat membersihkan diri dengannya untuk kematianku."Kemudian aku memberikan sebilah pisau kepada salah seorang anak muda di kampung tersebut dan berkata,‘Berikan pisau ini kepada lelaki yang ada di dalam rumah itu.’ Anak muda itu pergi seketika untuk menemuiKhubaib. Aku berkata dalam hati, ‘Apa yang telah kulakukan?' Demi Allah ia boleh membalas dendam dengan membunuh anak muda itu, Jadi, nyawa satu orang dibalas dengan satu orang.’Ketika anak tersebut menyerahkan pisau kepada Khubaib, Khubaib menerimanya seraya berkata, ‘Akubersumpah, ibumu tidak takut aku akan berkhianat ketika ia menyuruhmu ke sini untuk memberikan pisau ini.’ Kemudian ia pun membiarkan anak tersebut pergi.Orang-orang Quraisy membawa Khubaib ke luar Mekah. Ketika sampai di Tan’im untuk dibunuh, ia berkatakepada mereka, ‘Apakah kalian mengizinkan aku melaksanakan solat dua rakaat?'Mereka menjawab, ‘Ya, silakan.’Khubaib melaksanakan solat dua rakaat, kemudian menemui mereka lagi dan berkata, ‘Demi Allah, seandainya kalian tidak akan menduga aku takut mati, nescaya aku akan memperpanjang solatku.’Khubaib adalah orang pertama yang menganjurkan solat dua rakaat sebelum dibunuh. Lalu mereka meletakkan Khubaib di atas kayu. Ketika mereka telah mengikatnya, ia berkata, ‘Ya Allah, sungguh aku telah menyampaikan risalah Nabimu, maka sampaikanlah kepadanya besok pagi apa yang telah mereka perbuat kepadaku. Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka, dan jangan sisakan satu orang pun dari mereka.’Khubaib melantunkan sebuah syair:Orang-orang dari segenap kabilah telah berkumpul di sekitarkuMereka semua menunjukkan permusuhan kepadaku kerana aku tetap teguh pada pendirianMereka mengumpulkan anak-anak dan isteri-isteri merekaSedangkan aku terikat dalam sebuah batang kurma yang Panjang dan kokohHanya kepada Allah sajalah aku mengadukan keterasingan dan kesedihankuSerta kezaliman mereka saat aku menemui ajalkuWahai pemilik ‘arsy, berilah aku kesabaran terhadap apa yang aku hadapiMereka telah melukai diriku putuslah harapankuSemua itu bagi Allah dan jika ia berkehendak, ia boleh memberkati cabikan daging yang berserakMereka memberiku pilihan antara kekufuran dan kematianNamun pandangan mataku tidak bergeming dari kematianAku tidak dapat menghindari dari kematian jika tiba ajalkuNamun aku lebih memilih menghindar dari jilatan api nerakaAku tidak peduli bagaimana cara kematiankuYang terpenting aku mati dalam keadaan muslimAku juga tidak mahu menampakkan kesedihan dan kelemahan di hadapan musuhSebab aku pasti akan kembali kepada Allah

45 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

BIL. GANGGUAN/MIMPI 1. Mimpi seram

2. Kerap mendengar bisikan

3. Terasa diri selalu diperhati

4. Melihat kelibat

5. Selalu ditindih ketika tidur

6. Darah haid melebihi 15 hari/ada sampai setahun

7. Mengantuk mendengar ayat Al-Quran

8. Kerap keguguran

9. Panas baran

10. Malas beribadat

11. Kerap bertengkar

12. Melompat dari tempat tinggi

13. Sakit dada/sesak nafas

14. Menyusukan bayi

15. Sukar mendapat jodoh

16. Badan terasa berat

LELAKI

BIL. TANDA BAHAGIAN TUBUH 1. Lebam Lengan

WANITA

BIL. TANDA BAHAGIAN TUBUH 1. Lebam Peha, Betis

ASAS RAWATAN

BIL. SOLAWAT/SURAH

1. Al-Fatihah

2. Asmaul-husna

3. Syifa/Tafrijiyah

4. Azan

5. Sajdah/Dukhan/Yassin/Kahfi/Jin/Hasyr

6. Solawat

7. Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas)

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

PENGIKTIRAFAN PERKAHWINAN-PERKAHWINAN YANG DILAKUKAN DI KEDUTAAN-KEDUTAAN DI NEGERI SABAH

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Perkahwinan orang Islam yang berlangsung di negara ini walaupun bukan warganegara adalah diiktiraf sebagaimana perkahwinan warga tempatan yang menepati hukum syarak dan mematuhi prosedur. Hal ini dijelaskan dalam seksyen 110 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam tahun 2004 iaitu:

Sesuatu perkahwinan orang Islam yang bukan warganegara Malaysia yang dilakukan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul negara asing di Negeri Sabah hendaklah diiktirafkan sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika-

(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang- undang negara Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu, atau mengikut cara yang dibenarkan di bawah Enakmen ini;

(b) tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat bermastautinnya; dan

(c) jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri Sabah, kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.

Oleh yang demikian walaupun seseorang yang tinggal bermastautin di negeri Sabah ini sebagai contoh warga Indonesia dan melangsungkan perkahwinan di kedutaan serta memenuhi semua prosedur maka perkahwinannya hendaklah diiktiraf sebagaimana yang dikehendaki dalam enakmen ini.

Asal sebut saja pusat rawatan Islam, pesakit akan merasa tidak selesa. Tetap enggan untuk dibawa berubat. Kekadang sudah menyatakan persetujuan untuk berubat tetapi apabila tiba waktu asar dan menjelangnya waktu maghrib, empunya diri sudah menghamburkan seribu alasan untuk tidak pergi, malaslah, mengantuklah dan pasti menidurkan diri.

Sering marah-marah, sering serba tidak kena, mood yang tidak terjangka. Keadaan ini berterusan dari hari ke hari dan paling jelas, pesakit sering sakit kepala walaupun telah mengambil ubat. Sakitnya tidak hilang, stresnya makin menjadi. Pesakit begini biasanya tidak dapat tidur pada sebelah malam. Cuba untuk tidur awal tetapi pemikiran tetap tidak “shut-down.” Ini bermakna kualiti tidurnya terganggu.

Jika ia pekerja, pasti produktivitinya terjejas. Ia sudah malas untuk menghadirkan diri ke tempat kerja. Jadi seorang yang pendiam apabila berada di dalam rumah. Tidak banyak bercakap dan yang paling mendukacitakan, ia mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja. Dahulu seorang yang ceria, rajin dan berketrampilan. Situasi ini mengejutkan kita sebagai ibu bapa dan ahli keluarga.

Tanda gangguan Jin

LEBAMOleh:

TuanHajiNordinLossin

Lebam

Kesan lebam ini akan melarat jika dibiarkan tanpa rawatan. Ianya seperti tompok hitam kebiruan. Untuk wanita, disarankan memakai seluar panjang dan tidak mendedahkan aurat semasa tidur. Kesan atau tompok hitam ini tanpa disedari oleh pemilik badan. Bangun sahaja pagi, ada kesan tompok hitam di bahagian peha, lengan dan betis.

RawatanRawatan Islam penyelesaiannya. Kunjungi pusat rawatan Islam yang mengamalkan ayat-ayat al-Quran sebagai asas rawatannya.

Insya-Allah, tiga ke lima kali rawatan, simptom yang anda hadapi akan berkurangan atau sembuh sepenuhnya. Jangan rawat diri sendiri, pergi ke pusat rawatan Islam.

185Safar1441H/4Oktober2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5Safar1441H/4Oktober2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Pengurusan kewangan masjid adalah satu perkara yang penti ng dalam menentukan pengurusan masjid berjalan dengan baik. Dalam konteks masjid, jumlah simpanan dalam akaun bank masjid bukanlah ukuran kejayaan sesebuah masjid, tetapi bagaimana tabung masjid itu dibelanjakan, itu yang utama. Memang tidak dapat dinafikan, masjid-masjid yang terletakdi kawasan bandar atau pekan akan lebih banyakjumlah tabungannya setiap minggu atau bulan berbanding masj id yang berada di kampung-kampung.

Pengurusan kewangan atau dana masjid bergantung kepada individu yang menganggotai jawatankuasa masjid kerana jawatankuasa itulah yang mencorakkan ke m a m p u a n p e n g u r u s a n m a s j i d - m a s j i d i t u . Antara faktor yang mempengaruhi kejayaan suatupengurusan masjid ialah tingkat pendidikan ahli jawatankuasa. Tingkat kelulusan tinggi yang dimiliki oleh pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa masjid dijangka mempengaruhi secara positif kecekapan pengurusan masjid. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai tingkat pendidikan yangtinggi juga boleh sama memberi pengaruh kepada kemajuan sesebuah masj id dengan membuka ruang kerjasama dengan mana-mana pihak dalam kariah masjid atau luar masjid. Di sinilah letaknyakepentingan latihan dan pendedahan kemahiran berterusan kepada ahli Jawatankuasa Masjid.

Dalam konteks pengurusan dana dan harta, latihan dan kemahiran perakaunan adalah merupakan satukewajipan, terutamanya apabila terdapat ramai bendahari kepada jawatankuasa masj id yang tidak mempunyai kemahiran ini. Sekiranya boleh, kemahiran-kemahiran lain juga perlu dimiliki seperti kemahiran dalam menyediakan program-program yang dapat mendidik ahli kariah secara lebihberkesan, kemahiran dalam teknologi maklumat, kemahiran dalam menjana pendapatan masjid itu sendiri, dan kemahiran dalam menguruskan harta-harta yang telah diwakafkan. Jawatankuasa masjid terpaksa berusaha memiliki kemahiran pengurusanyang strategik demi memakmurkan masjid dalamsuasana yang semakin mencabar.

Program Bengkel Tadbir Urus Masjid Negeri Sabah(BTUM) yang diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah adalah salah satu kaedah bagi meningkatkan pengurusan Jawatankuasa Masjid, yang sekali gus meletak satu sistem tadbir urus yang dapat diikuti dan dirujuk oleh sesiapapun yang akanmenerajui pentadbiran Jawatankuasa Masjid itudi masa akan datang.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiUstaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Puan Aisyah binti Muhammad SayutiAdajiwa

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA

Warnamu hijau Alami Bahkan warna kesukaan NabiHijau yang menenangkan dan meluluhkan hati Sutera hijau pakaian syurga juga bahkan persis seperti warnamupenuh dengan sulaman Qudrat

Menjalar di lantai-lantai keesaanKupuanya mengucup tanda sifat sejati seorang hamba hendaknya keredahan hati menguntai sanubariTerkulai lena dengan hanya satu hembusan mesraSungguh santun perketi nyaTanda pencipta memberkati sekalian alam dengan rahmatnya

Tumbuhmu mampu ti dak diperkiramenghiasi seti ap sudut alam ciptaanyabatangnya tegak keti ka muda ibarat keimanan yang perlu di didik pada usia mudalalu menjalar pasti apabila matangibarat memberi teduhan kepada dunia yang semakin kelam

Dahannya halus namun berduribercabang mekar menjunjung langit sang penciptaBerharap hujan ti dak selalu turunkerana ia ti dak mampu bernafas di dalam air kemungkaran duniatetap berdiri gagah walau dicabut kerana keimanan yang hakiki tetap akan hidupseperti Mimosa Pudica walaupun dibuanglalu dicampak namun mampu kekal hidupdan tumbuh sebagai pepohon yang baru

Oleh:Mashor bin Awang LongFakulti Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

25 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5 Safar 1441H/4 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: INDAHNYA TRAGEDI MIMOSA PUDICA - Sabah · Garis Panduan Tadbir Urus Masjid yang ku sampaikan. Sekali sekala mereka bertanya tentang apa yang kurang difahami, menjadikan bengkel ini