imunisasi - sham86.files.wordpress.com · imunisasi ibu bapa tidak mungkin dapat memastikan...

3
IMUNISASI Ibu bapa tidak mungkin dapat memastikan anak-anak mereka sihat sepanjang masa. Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem pertahanan badan mereka belum terbentuk sepenuhnya. Bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit berjangkit kadangkala mudah merebak apabila bersentuhan dengan manusia atau binatang. Sesetengah daripadanya merebak melalui udara. Untuk mengelakkan sepenuhnya penyakit-penyakit ini adalah sukar. Dengan mendapatkan imunisasi yang lengkap untuk anak-anak anda akan dapat mengelakkan mereka dari dijangkiti oleh beberapa jenis penyakit berjangkit tersebut. Melalui imunisasi (menggunakan vaksin) sistem pertahanan badan dapat dicetuskan secara tiruan. Antibodi ini akan melindungi bayi dari penyakit tertentu apabila mereka terdedah kepada penyakit tersebut. Memang benar, bahawa suntikan telah memungkinkan kita mengurangkan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi kepada tahap yang paling rendah. Namun, sesetengah penyakit masih sukar dibendung. Kita masih perlu disuntik atas dua sebab utama. Pertamanya, untuk melindungi diri kita. Walaupun peluang untuk kita mendapat jangkitan penyakit tertentu adalah rendah, ia masih tetap wujud dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang tidak mendapat perlindungan. Sebab kedua, kita perlu mendapat imunisasi untuk melindungi mereka di sekeliling kita. Terdapat sebilangan kecil orang tertentu yang tidak boleh diberi imunisasi (disebabkan alahan yang teruk terhadap komponen vaksin, sebagai contohnya) dan peratusan kecil individu yang tidak memberi reaksi kepada vaksin. Mereka ini mudah mendapat penyakit dan harapan mereka hanyalah perlindungan daripada orang di sekeliling yang telah mendapat imunisasi dan dengan itu tidak boleh menyebarkan penyakit kepada mereka. Program imunisasi yang berjaya banyak bergantung kepada kerjasama semua pihak bagi memastikan kebaikan untuk semua. Kita sering berfikir bahawa adalah tidak bertanggung jawab bagi seseorang pemandu melanggar undang-undang lalu lintas sesuka hati dengan anggapan pemandu-pemandu lain akan mematuhi dan berhati-hati di jalan raya bagi pihaknya. Sama juga keadaannya, kita tidak sepatutnya berharap orang di sekeliling kita akan mengambil langkah-langkah mencegah penyakit dari merebak, kita juga perlu buat sesuatu. Semua vaksin diberi melalui suntikan, kecuali vaksin polio yang diberi melalui mulut. Ianya diberi dalam dos yang sedikit, pada waktu-waktu tertentu di peringkat awal zaman kanak-kanak untuk mendapatkan perlindungan yang maksimum dan mengurangkan risiko kesan sampingan. Reaksi terhadap ubat biasanya adalah ringan dan mungkin hanya sakit kepala, demam ringan dan sedikit kemerahan dan sakit otot atau bengkak di bahagian yang disuntik. Amnya, gejala ini akan berakhir dalam tempoh 1 - 2 hari sahaja. 1

Upload: vanthuy

Post on 10-May-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: IMUNISASI - sham86.files.wordpress.com · IMUNISASI Ibu bapa tidak mungkin dapat memastikan anak-anak mereka sihat sepanjang masa. Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti …

IMUNISASI

Ibu bapa tidak mungkin dapat memastikan anak-anak mereka sihat sepanjang masa. Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem pertahanan badan mereka belum terbentuk sepenuhnya. Bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit berjangkit kadangkala mudah merebak apabila bersentuhan dengan manusia atau binatang. Sesetengah daripadanya merebak melalui udara. Untuk mengelakkan sepenuhnya penyakit-penyakit ini adalah sukar. Dengan mendapatkan imunisasi yang lengkap untuk anak-anak anda akan dapat mengelakkan mereka dari dijangkiti oleh beberapa jenis penyakit berjangkit tersebut. Melalui imunisasi (menggunakan vaksin) sistem pertahanan badan dapat dicetuskan secara tiruan. Antibodi ini akan melindungi bayi dari penyakit tertentu apabila mereka terdedah kepada penyakit tersebut.

Memang benar, bahawa suntikan telah memungkinkan kita mengurangkan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi kepada tahap yang paling rendah. Namun, sesetengah penyakit masih sukar dibendung. Kita masih perlu disuntik atas dua sebab utama. Pertamanya, untuk melindungi diri kita. Walaupun peluang untuk kita mendapat jangkitan penyakit tertentu adalah rendah, ia masih tetap wujud dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang tidak mendapat perlindungan.

Sebab kedua, kita perlu mendapat imunisasi untuk melindungi mereka di sekeliling kita. Terdapat sebilangan kecil orang tertentu yang tidak boleh diberi imunisasi (disebabkan alahan yang teruk terhadap komponen vaksin, sebagai contohnya) dan peratusan kecil individu yang tidak memberi reaksi kepada vaksin. Mereka ini mudah mendapat penyakit dan harapan mereka hanyalah perlindungan daripada orang di sekeliling yang telah mendapat imunisasi dan dengan itu tidak boleh menyebarkan penyakit kepada mereka. Program imunisasi yang berjaya banyak bergantung kepada kerjasama semua pihak bagi memastikan kebaikan untuk semua. Kita sering berfikir bahawa adalah tidak bertanggung jawab bagi seseorang pemandu melanggar undang-undang lalu lintas sesuka hati dengan anggapan pemandu-pemandu lain akan mematuhi dan berhati-hati di jalan raya bagi pihaknya. Sama juga keadaannya, kita tidak sepatutnya berharap orang di sekeliling kita akan mengambil langkah-langkah mencegah penyakit dari merebak, kita juga perlu buat sesuatu.

Semua vaksin diberi melalui suntikan, kecuali vaksin polio yang diberi melalui mulut. Ianya diberi dalam dos yang sedikit, pada waktu-waktu tertentu di peringkat awal zaman kanak-kanak untuk mendapatkan perlindungan yang maksimum dan mengurangkan risiko kesan sampingan. Reaksi terhadap ubat biasanya adalah ringan dan mungkin hanya sakit kepala, demam ringan dan sedikit kemerahan dan sakit otot atau bengkak di bahagian yang disuntik. Amnya, gejala ini akan berakhir dalam tempoh 1 - 2 hari sahaja.

1

Page 2: IMUNISASI - sham86.files.wordpress.com · IMUNISASI Ibu bapa tidak mungkin dapat memastikan anak-anak mereka sihat sepanjang masa. Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti …

Carta Imunisasi Bayi

BULAN VAKSIN Ketika

Lahir 1 3 4 5 9 18

BCG (TB) � Hepatitis B � � � Polio � � � � DPT/DT (difteria, tetanus dan batuk kahak) � � � � Measles � Rubella (Perempuan sahaja) At 12 years of age 1st dose 2nd dose 3rd dose Booster dose

Melancong sama ada untuk bercuti atau atas tugas rasmi, memberi kita peluang untuk melarikan diri dari masalah di samping dapat memahami kebudayaan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, melancong mendedahkan kita kepada jangkitan beberapa penyakit tertentu jika kita tidak mendapatkan imunisasi yang mencukupi atau tidak diberi ubat-ubat pencegahan. Hampir semua risiko penyakit ini boleh dikurangkan atau dihapuskan melalui langkah-langkah pencegahan yang munasabah.

Pelancong dewasa dan kanak-kanak kecil biasanya diberi program pencegahan perubatan peribadi berdasarkan jadual perjalanan, sejarah perubatan, keadaan fizikal, dan risiko dedahan mereka. Pertimbangan khas akan dibuat untuk memberi imunisasi dan menasihati pesakit yang hamil, pesakit Diabetes, sakit jantung atau sakit paru-paru atau masalah-masalah lain yang mungkin menjadi lebih sukar ketika melancong ke luar negera.

Vaksin yang terdapat di Malaysia adalah:

Di klinik Kementerian Kesihatan Di Sektor Swasta BCG Measles, Mumps, Rubela (MMR) Hepatitis B Haemophilus Influenza DPT Varicella (Cacar air) Polio Meningococcus Measles Pneumococcus Rubela Hepatitis A Japanese B Encephalitis

2

Page 3: IMUNISASI - sham86.files.wordpress.com · IMUNISASI Ibu bapa tidak mungkin dapat memastikan anak-anak mereka sihat sepanjang masa. Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti …

Influenza

3