implikasi iso terhadap pen gurus an masa kendiri pensyarah di uthm

160
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ___________________________________________________________ _____ Saya ________________________________________________________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (Sarjana Muda /Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah doktor Falsafah dan Sarjana secara SESI PENGAJIAN : SEMESTER II AHMAD ZAWAWI BIN ZULKIFLI (800929-08- IMPLIKASI I.S.O TERHADAP PENGURUSAN MASA KENDIRI PENSYARAH DI U.T.H.M

Upload: owencelup10

Post on 12-Jun-2015

1.724 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: ________________________________________________________________

Saya ________________________________________________________________(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (Sarjana Muda/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub

di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: LOT 334, KG CHEH HULU, KATI, P.M DR WAN MOHD RASHID B. WAN AHMAD 33020, KUALA KANGSAR, PERAK.

Tarikh: _______________________ Tarikh: _______________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah doktor Falsafah dan Sarjana secaraPenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SESI PENGAJIAN : SEMESTER II 2006/2007

AHMAD ZAWAWI BIN ZULKIFLI (800929-08-5513)

IMPLIKASI I.S.O TERHADAP PENGURUSAN MASA KENDIRI PENSYARAH DI U.T.H.M

Page 2: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan Teknik dan Vokasional.”

Tandatangan : .................................................…………………….

Nama Penyelia : PM DR WAN MOHD RASHID B WAN AHMAD

Tarikh : …………………….

Page 3: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

IMPLIKASI ISO TERHADAP PENGURUSAN MASA KENDIRI

PENSYARAH DI UTHM

AHMAD ZAWAWI BIN ZULKIFLI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

APRIL , 2007

Page 4: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’.

Tandatangan : …………………….

Nama Penulis : AHMAD ZAWAWI BIN ZULKIFLI

Tarikh : …………………….

Page 5: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Ku Titipkan Karya Ilmu Ini Khas Buat,

Ayah dan Bonda Tercinta...

Terima kasih di atas pengorbanan kalian..

Semoga Allah memberikan kerahmatan dan kemuliaan buat kalian

berdua..

Guru-guruku...

Terima kasih di atas curahan ilmu kalian..

Semoga Allah memberikan kejayaan dan kesenangan buat kalian

semua di dunia dan akhirat..

Buat Adik-adik dan Sanak Saudaraku...

Terima kasih di atas sokongan yang kalian berikan..

Semoga Allah memberikan keberkatan dalam kehidupan..

Buat Allahyarham Datukku...

Jasa baik yang dicurahkan sepanjang hayatmu sentiasa cucumu

kenang dan hargai..

Semoga Allah menempatkanmu di kalangan orang yang soleh..

Buat Teman-teman Seperjuanganku...

Terima kasih atas bantuan dan sokongan kalian..

Semoga Allah memberi keberkatan ilmu di dunia dan akhirat..

Page 6: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penyelia projek saya iaitu Prof Madya Dr Wan Mohd Rashid B. Wan Ahmad

di atas segala bimbingan, panduan, nasihat dan perhatian yang telah diberikan

kepada saya sepanjang projek ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan

kepada Dr Baharom B. Mohamad , Prof Madya Mahmad Amir B Mohd Radzali,

Encik Asri B. Selamat, Prof Dr Jailani B Md Yunos, Dr Ahmad B Esa, Tuan Haji

Ali B Suradin dan pensyarah – pensyarah FPTek yang lain di atas segala panduan

dan kerjasama yang diberikan kepada saya bagi menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga buat pensyarah – pensyarah Fakulti Pengurusan

Teknologi (FPT) dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia (FTMM) kerana

sudi menjadi responden kepada kajian ini dan segala kerjasama yang diberikan amat

saya hargai. Tidak ketinggalan rakan seperjuangan iaitu pelajar Sarjana Pendidikan

Teknik dan Vokasional (MBV), staf-staf FPTek dan semua insan yang banyak

membantu memberi maklumat dan sokongan secara langsung dan tidak langsung

bagi merealisasikan projek ini. Buat ayah dan bonda serta sanak saudara yang

banyak membantu, terima kasih dan jasa anda semua sentiasa dikenang.

Wallahua’lam.

Page 7: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

ABSTRAK

Isu pensyarah diberikan beban kerja yang berlebihan, pendekatan –

pendekatan yang baru untuk digunakan, kualiti kerja berpandukan standard,

pengurusan masa yang lebih cekap dan efisien dan pengurusan dari segi pengajaran

dan pembelajaran sering dibangkitkan. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal

pasti implikasi amalan ISO terhadap pengurusan masa kendiri pensyarah dalam

memenuhi keperluan sebagai pendidik dan anggota dalam organisasi yang perlu

mematuhi piawaian ISO. Kajian ini mengkaji dengan mendalam mengenai cabaran

– cabaran yang dihadapi oleh pensyarah berlandaskan dua aspek iaitu pengurusan

yang mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi. Seramai

85 orang pensyarah dari Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), Fakulti Pengurusan

Teknologi (FPT) dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia (FTMM) di

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terlibat dalam kalian ini. Data yang

diperoleh dari responden telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk

memperoleh nilai skor min bagi setiap item. Hasil kajian menunjukkan amalan ISO

di UTHM telah memberi implikasi positif kepada pengurusan masa kendiri

pensyarah. Selain dari itu, responden turut bersetuju (skor min keseluruhan = 4.12)

bahawa dua amalan ISO yang dikaji secara signifikan mempengaruhi proses

pengurusan masa mereka.

Page 8: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

ABSTRACT

Issues of lecturers given over work load, new approaches to be implemented,

working quality based on standard, more efficient and effective management also

teaching and learning management are frequently raised. The aim of this study is to

identify the implications of ISO on self time management among lecturers in

fulfilling the requirement as educator and member of the organization, and also

obliged to comply with the ISO standard. The study explore in depth challenges that

is faced by lecturers within two types of practices namely system approach

management and participation of members in organization. The samples for this

research consist of 85 randomly chosen lecturers from the Faculty of Technical

Education, Faculty of Technology Management and Faculty of Information and

Multimedia at UTHM. Data collected from the respondents were analyzed using

descriptive statistics to obtain the mean score value for each items. The result of the

study shows that the practice of the ISO at UTHM has a positive implication to

lecturers’ self time management. Therefore from this study, it appears that the

respondents agreed (Total mean score = 4.12) that the two types of ISO practices has

contributed significantly to their time management process.

Page 9: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

KANDUNGAN

BAB

BAB I

PERKARA

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SIMBOL

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Matlamat Kajian

1.5 Objektif Kajian

HALAMAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xiii

xiv

xv

1

3

5

6

7

Page 10: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

BAB II

BAB III

1.6 Persoalan Kajian

1.7 Skop Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Batasan Kajian

1.10 Kerangka Konsep

1.11 Definisi Konseptual

1.12 Kesimpulan

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Kualiti dalam Pendidikan

2.3 ISO

2.4 Prinsip Pengurusan yang Mengamalkan Pendekatan

Sistem

2.5 Penglibatan Anggota Organisasi

2.6 Aspek Pengurusan Kualiti Akademik di IPTA

2.6.1 Prosedur Kualiti

2.6.2 Arahan Kerja

2.6.3 Strategi Persijilan dan Skop Persijilan

2.6.4 Amalan Penambahbaikan

2.6.5 Perluasan Skop Persijilan

2.6.6 Realiti dan Penghambat Kualiti

2.7 Pengurusan Masa Efektif

2.8 Mitos Tentang Pengurusan Masa yang Efektif

2.9 Kesimpulan

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Kaedah Persampelan Kajian

7

8

9

10

11

14

17

18

19

21

23

25

25

26

27

28

29

29

31

32

38

40

41

44

43

Page 11: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

BAB IV

3.4 Pentadbiran Instrumen Kajian

3.4.1 Soal Selidik

3.5 Kaedah Analisis Data

3.6 Kaedah Pengumpulan Data

3.7 Kajian Rintis

3.8 Kesimpulan

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Prosedur yang digunakan untuk Menganalisis Data

4.3 Bahagian B: Pengurusan yang Mengamalkan

Pendekatan Sistem – Mengelola (Organizing) Masa

Kendiri

4.4 Bahagian C: Amalan Prinsip Keutamaan (Prioritizing)

dalam Urusan Seharian sebagai Pensyarah dan Anggota

Organisasi yang Mematuhi ISO 9001:2000

4.5 Bahagian D: Amalan Penjadualan (Scheduling) dalam

Urusan Masa Seharian Pensyarah

4.6 Bahagian E: Perubahan Pengurusan Masa Kendiri dalam

Urusan P&P Hasil dari Pematuhan kepada Prosedur ISO

9001:2000

4.6.1 Persediaan

4.6.2 Penyampaian

4.6.3 Penilaian

4.6.4 Bimbingan

4.7 Bahagian F: Item Terbuka Tentang Pendapat Implikasi

ISO Terhadap Pengurusan Masa Kendiri Pensyarah

45

45

48

51

53

55

56

57

59

62

65

69

71

72

73

75

76

Page 12: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Amalan Pengurusan yang Mengamalkan Pendekatan

Sistem bagi Mengelolakan (Organizing) Masa Kendiri

5.3 Amalan Prinsip Mengutamakan (Prioritizing) dalam

Urusan Seharian sebagai Pensyarah dan Anggota

Organisasi yang Mematuhi ISO 9001:2000

5.4 Amalan Menjadualkan (Scheduling) dalam Pengurusan

Masa Seharian Pensyarah

5.5 Perubahan Pengurusan Masa Kendiri dalam Urusan P&P

Hasil dari Pematuhan kepada Prosedur ISO 9001:2000

5.5.1 Persediaan

5.5.2 Penyampaian

5.5.3 Penilaian

5.5.4 Bimbingan

5.6 Rumusan Kajian

5.7 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya

RUJUKAN

LAMPIRAN

79

80

82

85

87

89

91

92

93

94

96

97

102

Page 13: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

2.1

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

TAJUK

Keperluan Standard ISO 9001:2000

Bilangan Responden

Format Skala Likert

Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian

Interpretasi Skor Min

Interpretasi Skor Alpha – Cronbach

Analisis Skor Alpha-Cronbach Kajian Rintis

Bilangan Item mengikut Bahagian

Skor Min Bagi Pengurusan Yang Mengamalkan

Pendekatan Sistem – Mengelola (Organizing) Masa

Kendiri.

Skor Min Bagi Amalan Prinsip Mengutamakan

(Prioritizing) Dalam Urusan Seharian Sebagai Pensyarah

Dan Anggota Organisasi Yang Mematuhi ISO 9001:2000.

Skor Min Bagi Amalan Penjadualan (Scheduling) Dalam

Urusan Seharian Pensyarah.

Skor Min Bagi Perubahan Pengurusan Masa Kendiri

Dalam Urusan P&P Hasil Dari Pematuhan Kepada

Prosedur ISO.

Skor Min Bagi Aspek Persediaan Dalam P&P.

Skor Min Bagi Aspek Penyampaian Dalam P&P.

Skor Min Bagi Aspek Penilaian dalam P&P.

HALAMAN

22

44

46

49

50

50

54

58

61

64

68

70

71

73

74

Page 14: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

4.9

4.10

4.11

Skor Min Bagi Aspek Bimbingan dalam P&P.

Cadangan Responden Dari Aspek Penglibatan Sebagai

Pensyarah Dan Anggota Pengurusan Organisasi

(universiti).

Cadangan Responden Dari Aspek Pengurusan Yang

Mengamalkan Pendekatan Sistem.

76

77

78

Page 15: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

1.1

3.1

TAJUK

Rajah 1.1: Kerangka Konsep

Rajah 3.1: Carta Alir Kerangka Kerja

HALAMAN

13

52

Page 16: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

SENARAI SIMBOL

α

FPTek

FPT

FTMM

ISO

IPTA

KUiTTHO

MS

P&P

PhD

RPP-03

RPP-04

SIRIM

SPSS

UKM

UTHM

UTM

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Alpha-Cronbach.

Fakulti Pendidikan Teknikal

Fakulti Pengurusan Teknologi

Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia

International Organization for Standardization

Institusi Pengajian Tinggi Awam

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Malaysian Standard

Pengajaran dan Pembelajaran

Doktor Falsafah

Prosedur Khidmat Nasihat Sistem Penasihatan Akademik

Prosedur Perlaksanaan Kuliah

Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia

Statistical Package for Social Science

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

TAJUK

Garis Panduan Krejcie & Morgan (1970).

Surat Kelulusan Melaksanakan Kajian Dari

KPTM.

Surat Kelulusan Melaksanakan Kajian Di FTMM

dan FPT.

Borang Soal Selidik

Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis.

Kesahan Instrumen Kajian.

Hasil Analisis Data Kajian.

Data Kajian Bagi Item Terbuka.

RPP-03: Prosedur Khidmat Nasihat Sistem

Penasihatan Akademik

RPP-04: Prosedur Perlaksanaan Kuliah

HALAMAN

102

103

106

107

114

119

125

129

130

134

Page 18: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Peranan badan piawaian ISO atau International Organization for

Standardization sebagai satu sistem yang dibangunkan untuk piawaian di Geneva,

Switzerland pada tahun 1964 (Mohd Yusof, 2000) adalah bagi tujuan mewujudkan

satu sistem pengurusan yang berkualiti dalam aspek pengurusan sesebuah organisasi.

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah memperolehi pensijilan ISO

pada tahun 2001. Tujuan utama UTHM mendapatkan persijilan ini adalah bagi

memantapkan lagi sistem pengurusan yang berkualiti dan seterusnya menampilkan

UTHM sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menjadikan kualiti

sebagai asas dalam keseluruhan perjalanan sistem pengurusannya.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berdasarkan garis

panduan ISO akan membantu ke arah mewujudkan pensyarah yang berketrampilan

dalam institusi pendidikan. Ini kerana peranan ISO itu sendiri adalah bertujuan

untuk menghasilkan prosedur pengurusan yang yang berkualiti dan secara tidak

langsung ia turut melibatkan tanggungjawab pensyarah untuk melaksanakan

Page 19: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan prosedur yang telah digariskan (Nuratiqah

Seman, 2005) oleh organisasi atau institusi pendidikan tersebut.

Marzita Abdullah (2005) menyatakan kualiti atau huruf Q merupakan

perkataan atau huruf azimat di mana – mana institusi pengajian tinggi di seluruh

dunia dalam memperkenalkan betapa institusi itu merupakan yang terbaik dalam

kalangan yang terbaik di dunia. Kualiti menjadi fokus utama di IPTA terutama yang

membabitkan keperluan pelanggan, pembaikan berterusan dan kerjasama dalam satu

pasukan. Bukan sekadar pengiktirafan kualiti ISO 9001:2000 semata – mata yang

dibanggakan, UTHM turut memastikan kualiti dalaman diri warganya juga

dipertingkatkan. Penekanan supaya kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

serta produktiviti pensyarah, proses penilaian kendiri atau refleksi dalam aktiviti

pengajaran dan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam P&P.

Muhammad Yahya (2005) pula memberi pandangan bahawa Q itu adalah

jaminan kualiti sesebuah institusi, maka kelebihannya ialah jaminan kualiti prosedur

kerja yang lebih teratur maka ia manjamin produk yang lebih baik. Kualiti bukan

sekadar pengiktirafan tetapi satu kepuasan untuk yang memberi dan yang menerima.

Dalam konteks sebuah universiti, apabila memperkatakan tentang kualiti pendidikan

pensyarah merupakan tumpuan utama bagi mengaplikasikan kualiti yang telah

digariskan. Justeru itu timbul isu sama ada pensyarah mengikuti garis panduan

kualiti atau tidak semasa melaksanakan proses P&P dan urusan harian yang

berkaitan pengurusan kendiri. Tambahan pula, terdapat juga situasi di mana

perlaksanaan ISO 9001:2000 tidak difahami dengan sepenuhnya dalam kalangan

pensyarah dan terdapat juga kritikan yang mengatakan ISO 9001:2000 mengundang

keresahan kerana sistem ini dilihat terlalu birokratik (Nuratiqah Seman, 2005).

Page 20: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

1.2 Latar Belakang Masalah

UTHM telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM

pada tarikh 28 Disember 2001. Matlamat UTHM mewujudkan Sistem Pengurusan

Berkualiti melalui pengiktirafan MS ISO 9001:2000 bagi skop perlaksanaan

Program Akademik adalah bagi mengemaskini perkara berkaitan rekabentuk,

pembangunan, pengeluaran dan perlaksanaan perkhidmatannya serta pemantauan

yang perlu dilakukan. Oleh yang demikian, semua kerja perlu dilakukan mengikut

manual yang telah ditetapkan. Namun begitu, perlaksanaan Sistem Pengurusan

Berkualiti ini turut menimbulkan isu sampingan seperti pensyarah yang diberikan

beban kerja yang berlebihan, pendekatan – pendekatan yang baru untuk digunakan,

kualiti kerja berpandukan standard, pengurusan masa yang lebih cekap dan efisien

dan pengurusan dari segi pengajaran dan pembelajaran sering dibangkitkan. (L.C.

Koo, Fredrick K.C Tao & Hannah Koo, 1999).

Pensyarah merupakan asas kepada pendidikan di universiti dan aspek

pemilihan bahan dan kaedah pengajaran, perantaraan bahan pengajaran adalah paling

penting untuk memastikan kualiti dalam suatu proses P & P. Satu kajian telah

dijalankan oleh Wan Noor Hin (2005) yang mengkaji tentang implikasi ISO terhadap

profesionalisme pensyarah kejuruteraan di UTHM. Dalam kajian tersebut, beliau

mendapati wujud golongan pensyarah yang gagal menuruti prosedur kualiti dalam

konteks penyediaan soalan peperiksaan akhir. Ini kerana pensyarah lebih selesa

untuk menyediakan soalan peperiksaan pada penghujung semester pengajian dan

garis panduan kualiti yang memerlukan mereka mulakan prosedur penyediaan soalan

peperiksaan akhir seawal minggu kelima semester pengajian yang dilihat tidak

begitu mendesak untuk dipatuhi.

Wan Noor Hin (2005) menjadikan dua prinsip asas ISO iaitu tumpuan

kepada pelajar dan pendekatan proses sebagai asas kepada kajian yang beliau

jalankan. Selain daripada itu, terdapat juga kelemahan dalam perlaksanaan ISO

9000 termasuk kurangnya kefahaman dalam kalangan pensyarah tentang ISO 9000

Page 21: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

dan terdapat juga kritikan yang menyatakan ISO 9000 ini mengundang keresahan

dalam kalangan pensyarah dan salah satu aspek yang dilihat mengundang keresahan

ialah sistem ini dirasakan terlalu birokratik (Nuratiqah Seman, 2005). Kritikan ini

ada kebenarannya dan tidak boleh diketepikan dengan begitu sahaja. ISO 9000 jelas

memerlukan rekod – rekod bertulis walaupun tidak semestinya dalam bentuk borang

(Azizan Abdullah, 2002).

L.C. Koo, Fredrick K.C Tao & Hannah Koo (1999) telah melaksanakan satu

kajian untuk mengetahui kelakuan staf semasa pengenalan terhadap pensijilan ISO

dan dapatan dari kajian tersebut menunjukkan persijilan ISO dapat meningkatkan

perkhidmatan tetapi sokongan pengurusan atasan dan komitmen merosot. Semuanya

demi kemajuan dan peningkatan kecemerlangan akademik universiti. Namun begitu,

terdapat rungutan – rungutan yang mendakwa mereka tidak sepatutnya diberikan

beban tugas sedemikian rupa. Mereka juga mendakwa yang golongan profesional

akan hilang wibawanya apabila tanggungjawab yang diberikan melampaui had yang

sepatutnya (Wan Noor Hin, 2005). Pensyarah di UTHM turut terlibat secara

langsung dalam perlaksanaan ISO 9000 sama ada dalam aspek pengurusan mahupun

proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem kualiti juga dilihat sebagai satu

“pendekatan sistem” dan Deming, W.E. (1986) menyatakan pendekatan sistem ialah

situasi di mana pekerja bekerja di dalam sistem, tugas pengurus ialah untuk

melaksanakan sistem tersebut dan menambahbaik secara berterusan dengan bantuan

para pekerja yang lain.

Penglibatan pensyarah sebagai anggota organisasi dalam sistem kualiti

memerlukan mereka turut sama menyumbang kepada penambahbaikan secara

berterusan. Kajian yang dilaksanakan oleh Wan Noor Hin (2005) telah mengkaji

dengan mendalam tentang cabaran - cabaran yang dihadapi oleh pensyarah

berlandaskan dua prinsip asas ISO iaitu tumpuan kepada pelajar dan pendekatan

proses. Dalam kajian tersebut, didapati wujud golongan pensyarah yang tidak

bersetuju untuk mematuhi prosedur yang telah digariskan kerana merasakan tiada

keperluan yang mendesak untuk mematuhinya. Kajian ini pula dijalankan untuk

mengenal pasti kesan amalan ISO terhadap pengurusan masa kendiri dalam kalangan

Page 22: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti

Teknologi Maklumat dan Multimedia di UTHM.

1.3 Pernyataan Masalah

Salah satu hasil penemuan kajian yang dilaksanakan oleh Anne Stevenson

dan Sarah Harper (2006) tentang tekanan tempat kerja dan pengalaman pembelajaran

pelajar dalam kalangan staf akademik di Institusi Pendidikan Tinggi Scotland.

Tekanan yang diterima adalah kesuntukan masa untuk menyiapkan kerja pengurusan

dan melakukan kerja yang tidak dimaklumkan lebih awal. Ini terbukti apabila 81.4

peratus daripada responden dalam kajian tersebut bersetuju bahawa bebanan untuk

menyiapkan kerja pengurusan tepat pada masanya telah mewujudkan tekanan akibat

“conflict priorities” di antara kerja pengurusan dan mengajar. Kerja pengurusan

yang dimaksudkan adalah seperti pematuhan kepada aspek penyimpanan rekod ISO

secara teliti, birokrasi yang tidak relevan, arahan kerja pengurusan yang tidak jelas

dan penggunaan masa senggang untuk menyiapkan kerja demi menepati tarikh akhir

yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pensyarah perlu memenuhi tuntutan untuk

mengajar dan memberi bimbingan susulan kepada para pelajar.

Situasi yang sama turut berlaku di negara ini apabila fokus pendidik dalam

“core business” sistem pendidikan, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran

semakin berkurang akibat bebanan tugas “perkeranian” dan pentadbiran yang tidak

sepatutnya (Ismail Abdullah, 1999). Situasi ini telah memberi kesan kepada

pengalaman pembelajaran pelajar kerana pensyarah kesuntukan masa untuk

membuat persediaan yang secukupnya sebelum masuk ke dalam kelas. Tekanan

masa dan peningkatan beban kerja dilihat tidak sepadan.

Page 23: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Penemuan dari kajian Nuratiqah Seman (2005) turut menyatakan bahawa

wujudnya rungutan pensyarah berkaitan ISO iaitu Fail Rekod Pensyarah

memberikan tekanan menjelang audit dalaman dan banyak masa dihabiskan untuk

membuat persiapan menjelang audit. Ini kerana peningkatan kualiti ditentukan

menerusi pemeriksaan proses – proses dalam sesebuah organisasi dari aspek definisi

proses – proses, pembangunan proses dan rekabentuk proses (Mohd Shoki, et.al,

2002).

Jelas sekali masa yang banyak diperlukan untuk menyiapkan butiran dan

dokumen yang berkaitan dengan proses pengauditan ISO. Justeru itu, kajian ini

dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah amalan pengurusan yang

mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi memberi

implikasi kepada pengurusan masa dalam konteks pensyarah di UTHM.

1.4 Matlamat Kajian

Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti kesan pengurusan yang

mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi pensyarah

kepada pengurusan masa kendiri. Hasil dari kajian ini dapat memberi gambaran

sejauh manakah amalan ISO gunapakai, diterapkan dalam P&P (persediaan,

penyampaian, penilaian dan bimbingan) dan pendekatan yang diaplikasi oleh

pensyarah dalam aspek ”organizing, prioritizing & scheduling” masa kendiri untuk

memenuhi keperluan sebagai pendidik dan anggota dalam organisasi yang perlu

mematuhi piawaian ISO.

Page 24: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

1.5 Objektif Kajian

a. Mengenal pasti tahap amalan pengurusan yang mengamalkan

pendekatan sistem ISO dalam kalangan pensyarah.

b. Mengenal pasti tahap penentuan keutamaan tugas pensyarah sebagai

seorang pendidik dan anggota organisasi yang mengamalkan

piawaian ISO dalam prosedur pengurusan.

c. Mengenal pasti tahap amalan pengurusan masa yang efektif dalam

kalangan pensyarah dalam urusan harian.

d. Mengenal pasti tahap perubahan yang berlaku kepada pensyarah hasil

dari perlaksanaan prosedur ISO dalam perihal yang melibatkan P&P.

1.6 Persoalan Kajian

a. Adakah pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem ISO dapat

membantu pensyarah mengelolakan (organizing) masa kendiri?

b. Adakah prinsip mengutamakan (prioritizing) dalam urusan kerja seharian

sebagai anggota organisasi ISO dan pendidik diamalkan oleh

pensyarah?

c. Apakah amalan menjadualkan (scheduling) dalam urusan seharian

pensyarah dipraktikkan?

Page 25: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

d. Sejauh manakah perubahan yang berlaku dari aspek pengurusan masa

kendiri pensyarah hasil dari guna pakai prosedur ISO dalam urusan

yang melibatkan proses P&P?

1.7 Skop Kajian

Kajian ini difokuskan kepada dua prinsip asas amalan MS ISO 9000:2000

iaitu pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota

organisasi. Untuk prinsip pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem, aspek

yang dikaji adalah dari segi pengurusan masa untuk proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu persediaan, penyampaian, penilaian dan bimbingan. Keempat –

empat aspek ini meliputi masa sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan

pembelajaran.

Bagi prinsip penglibatan anggota organisasi, aspek yang dikaji adalah

penglibatan pensyarah dalam organisasi yang berkaitan kualiti sama ada diperingkat

jabatan, fakulti ataupun universiti terutama aspek pematuhan dan dokumentasi

prosedur kerja dan fail meja pensyarah. Elemen pengurusan masa kendiri

(organizing, prioritizing & scheduling) pensyarah dalam memberikan komitmen

yang terbaik kepada semua aspek – aspek ini dikaji dan dinilai secara mendalam.

Kedua – dua prinsip amalan ISO ini saling berkaitan antara satu sama lain kerana

penglibatan pensyarah sebagai anggota sesuatu organisasi memerlukan mereka

mengamalkan satu pendekatan sistem yang efektif bagi memastikan masa mereka

diurus dengan sebaiknya. Mekanisma pengurusan masa yang efisien adalah kunci

untuk memastikan kelancaran urusan harian (S. Hart-Hester, 2003).

Page 26: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilaksanakan ini penting bagi membantu pensyarah dan UTHM

dalam mewujudkan satu iklim pengurusan yang positif. Ini kerana terdapat

penemuan dalam kajian terdahulu yang menyatakan staf akademik menerima

tekanan hasil dari beban kerja yang berlebihan dan tekanan masa (Anne Stevenson

dan Sarah Harper, 2006) dan fokus pendidik dalam “core business” sistem

pendidikan, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran semakin berkurang akibat

bebanan tugas “perkeranian” dan pentadbiran yang tidak sepatutnya (Ismail

Abdullah, 1999).

Oleh yang demikian, kajian ini kelak diharapkan dapat memberikan

sumbangan kepada UTHM sebagai panduan dan tindakan selanjutnya seperti:

i. Memberikan input mengenai implikasi ISO terhadap pengurusan

masa kendiri dalam kalangan pensyarah, khususnya di UTHM

terutamanya yang melibatkan aspek bebanan kerja dan tekanan masa.

ii. Membantu memberikan input sistem pengurusan yang sedia ada agar

lebih mesra pensyarah dan pada masa yang sama menjurus kepada

penambahbaikan yang berterusan kepada sistem kualiti yang sedia

ada.

iii. Memberikan input mengenai aspek pengurusan masa pensyarah di

UTHM untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti

dalam bidang pendidikan serta komitmen sebagai anggota organisasi

yang perlu mematuhi amalan dan prosedur sistem kualiti seperti yang

digariskan oleh universiti.

Page 27: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

iv. Memberi cadangan penambahbaikan secara berterusan kepada

UTHM dalam menerapkan mutu kerja yang berkualiti dalam

kalangan warga pensyarah menerusi amalan pengurusan yang

menggunakan sistem dan penglibatan anggota oraganisasi.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini tertumpu kepada pensyarah – pensyarah di tiga buah fakulti di

UTHM iaitu Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), Fakulti Teknologi Maklumat &

Multimedia (FTMM) dan Fakulti Pengurusan Teknologi (FPT). Sampel yang dipilih

hanya merangkumi pensyarah dari tiga fakulti ini sahaja, ini kerana kajian terdahulu

oleh Wan Noor Hin (2005) telah dilaksanakan kepada fakulti kejuruteraan. Oleh

yang demikian, pengkaji tidak ingin mendapatkan sampel dari populasi yang sama

bagi kajian yang akan dilakukan ini kelak. Selain daripada itu, kajian ini hanya

melibatkan pensyarah dari tiga fakulti sahaja di UTHM berbanding dengan jumlah

sebenar pensyarah di UTHM disebabkan kekangan masa pengkaji untuk memenuhi

keperluan jumlah jam kuliah dan jangka masa kajian yang terhad kepada tiga

semester pengajian untuk menyiapkan kajian ini.

Data yang diperolehi dari kaji selidik hanya tepat pada masa kajian ini

dijalankan sahaja. Ketepatan dan kebolehpercayaan hasil kajian ini bergantung

kepada keterbukaan responden dalam memberikan jawapan, pendapat, persepsi

mereka secara ikhlas dan jujur. Pengkaji hanya melaksanakan penyelidikan bagi

mengkaji dua prinsip asas amalan ISO sahaja kerana wujud keperluan supaya kajian

ini diselesaikan dalam jangka masa yang terhad. Situasi yang sama turut dialami

oleh pengkaji yang terdahulu. Oleh itu, pengkaji turut mengambil pendekatan yang

sama demi memastikan kajian disiapkan dalam jangka masa yang diberikan.

Page 28: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

1.10 Kerangka Konsep

Kerangka konsep digunapakai bagi menjelaskan secara grafik atau dalam

bentuk cerita tentang kajian yang bakal dilaksanakan. Kajian ini dilaksanakan untuk

mengenal pasti implikasi amalan ISO terhadap pengurusan masa kendiri dalam

kalangan pensyarah di tiga buah fakulti di UTHM iaitu Fakulti Pendidikan Teknikal,

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia.

Implikasi yang wujud adalah berasaskan dua prinsip amalan ISO yang dipilih untuk

kajian ini iaitu faktor pengurusan yang mengamalkan sistem dan penglibatan

anggota organisasi.

Kedua – dua faktor ini saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama

lain dalam memberi kesan kepada pengurusan masa kendiri pensyarah. Hasil dari

kajian ini diharapkan dapat memberi input dan panduan kepada pihak universiti

dalam menilai kemampuan dan keupayaan pensyarah dalam menguruskan masa

untuk memenuhi keperluan proses P&P dan penglibatan dalam organisasi di

peringkat jabatan, fakulti dan universiti.

Pengkaji menggunakan kerangka konsep yang didaptasi dari Wan Noor Hin

(2005) bagi menjelaskan turutan dan perjalanan kajian ini dalam merungkai

permasalahan kajian sehinggalah ke peringkat mendapatkan hasil kajian yang

diharapkan kelak (Rajah 1.1). Terdapat dua prinsip asas amalan MS ISO 9000:2000

yang dikaji dalam kajian ini dari jumlah lapan kesemuanya iaitu pengurusan yang

mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi.

Untuk prinsip pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem, aspek yang

dikaji adalah dari segi pengurusan masa untuk persediaan, penyampaian, penilaian

dan bimbingan. Keempat – empat aspek ini meliputi masa sebelum, semasa dan

selepas proses P&P berlangsung. Bagi prinsip penglibatan anggota organisasi, aspek

yang dikaji adalah penglibatan pensyarah dalam organisasi yang berkaitan kualiti

Page 29: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

sama ada diperingkat jabatan, fakulti ataupun universiti dan tanggungjawab utama

mereka sebagai pendidik yang terlibat secara langsung dengan proses P&P. Elemen

pengurusan masa kendiri pensyarah dalam memberikan komitmen yang terbaik

kepada semua aspek – aspek ini telah dikaji dan dinilai secara mendalam.

Kedua – dua prinsip amalan ISO ini dilihat memberi implikasi yang

tersendiri kepada pengurusan masa kendiri pensyarah. Implikasi yang berlaku

kepada pengurusan masa kendiri pensyarah dikaji dari segi mengelola (organizing),

mengutamakan (prioritizing) dan menjadualkan (scheduling). Seterusnya implikasi

ISO terhadap pengurusan masa kendiri dalam kalangan pensyarah Fakulti

Pendidikan Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi

Maklumat dan Multimedia dapat dikemukakan berdasarkan hasil dapatan kajian ini.

Page 30: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Rajah 1.1: Kerangka Konsep

DUAAmalan Asas MS ISO 9000

Penglibatan anggota organisasi dalam aspek

pengurusan ISO

Pengurusan yang mengamalkan

pendekatan sistem dalam P&P

PersediaanRPP04

PenyampaianRPP04

PenilaianRPP04

BimbinganRPP03

Implikasi kepada pengurusan masa kendiri pensyarah dari segi;

i. Mengelola (Organizing)ii. Mengutamakan (Prioritizing)iii. Menjadualkan (Scheduling)

Pengurusan ISO

Prosedur Kerja[RPP03 & RPP04]

Fail Meja Pensyarah

Page 31: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

1.11 Definisi Konseptual

Di dalam kajian yang telah dilaksanakan ini, pengkaji menggunapakai

beberapa konsep dan operasi yang tertentu bagi memperincikan beberapa aspek yang

berkaitan kajian. Definisi bagi konsep dan operasi yang digunakan dalam kajian ini

adalah seperti berikut:

i. ISO

Satu siri standard atau piawaian antarabangsa bagi sistem kualiti yang

digunapakai sebagai syarat atau keperluan serta cadangan untuk

merekabentuk dan penilaian sistem pengurusan yang menjadi

panduan kepada kakitangan dalam menjalankan tugas (PKPA, 1992).

ISO dirujuk dalam kajian ini sebagai kualiti ataupun standard yang

wujud dalam sistem pengurusan UTHM pada masa kini.

ii. MS ISO 9001:2000

Edisi ini menggantikan kesemua model standard versi tahun 1994

iaitu MS ISO 9001:1994, MS ISO 9002:1994 dan MS ISO

9003:1994. Organisasi hendaklah mematuhi keperluan MS ISO

9001:2000 untuk tujuan pensijilan. Matlamat standard ini ialah untuk

mewujud dan melaksanakan sistem kualiti yang cekap dan berkesan

untuk kepuasan hati pelanggan sesebuah organisasi. Dalam kajian

ini, MS ISO 9001:2000 adalah penarafan yang diperolehi oleh UTHM

dan prosedur serta amalannya digunapakai di institusi ini.

Page 32: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

iii. Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

Pensyarah memberikan tunjuk ajar sama ada dari aspek cara,

perbuatan atau lisan sebagai bimbingan dan panduan supaya segala

yang ditunjukkan diikuti dan proses di mana perhubungan dua hala

antara pensyarah dan pelajar tentang aspek pendidikan. Dalam kajian

ini, pengajaran dan pembelajaran (P&P) dirujuk sebagai fokus utama

(core business) pensyarah dalam sistem pendidikan selari dengan

hasil penulisan oleh Ismail Abdullah (1999) dalam kertas projek yang

bertajuk Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 Di Sekolah:

Hubungkait Status Perlaksanaan Dengan Kualiti Dan Produktiviti

Guru.

iv. Pengurusan Kualiti

Definisi pengurusan kualiti ialah suatu aplikasi kerangka kualiti

dalam kesemua proses aktiviti organisasi bagi memastikan kualiti

dalam pengurusan (PKPA, 1992). Perjalanan sesebuah organisasi

dipandu berdasarkan garis panduan pengurusan kualiti yang telah

ditetapkan. Dalam kajian ini, pengurusan kualiti merujuk kepada

aspek pengajaran dan pembelajaran iaitu dari segi kualiti pengajaran

(penyampaian dan persediaan), penilaian dan bimbingan.

v. Kendiri

Kendiri didefinisikan oleh Azizi Yahya (2005) sebagai pelakuan bagi

pihak diri sendiri. Dalam kajian ini, pengurusan masa kendiri

pensyarah merujuk kepada bagaimana pensyarah menguruskan masa

mereka sendiri agar semua urusan seharian lancar dan teratur.

Page 33: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

vi. Penglibatan Anggota Organisasi

Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi.

Penglibatan dan kompetensi anggota – anggota ini amat diperlukan

untuk menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi (PKPA,

1992). Dalam kajian ini, pensyarah merupakan seorang anggota

organisasi yang mengamalkan ISO dalam urusan seharian di UTHM

dan terlibat secara langsung dengan proses P&P dan tugas

pengurusan. Pengurusan yang dimaksudkan ialah aspek pematuhan

dan dokumentasi prosedur kerja dan fail meja pensyarah.

vii. Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem

Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubungkait

dikenalpasti dan diuruskan dengan baik supaya objektif organisasi

dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap (PKPA, 1992).

Pensyarah di UTHM perlu merangka pendekatan yang sistematik agar

objektif kualiti UTHM tercapai.

viii. Pengurusan Masa Kendiri

Pengurusan masa kendiri merujuk proses mengenalpasti bagaimana

masa dihabiskan dan menghargai masa yang dibazirkan oleh diri

sendiri (Norlida Abd Halim & Jurina Pieei, 1994). Dalam konteks

kajian ini, pengurusan masa kendiri merujuk kepada proses

mengelola, menjadual dan mengutama masa kendiri pensyarah.

Page 34: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

1.12 Kesimpulan

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah implikasi

amalan ISO yang mempengaruhi pengurusan masa pensyarah. Ini kerana pensyarah

perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, namun dalam pada masa

yang sama turut terlibat dengan tugasan pentadbiran sebagai anggota organisasi yang

mengamalkan sistem pengurusan kualiti dalam amalan pengurusan harian. Pengkaji

berharap hasil kajian ini dapat memberi maklumat baru kepada UTHM khususnya,

berhubung kesan amalan ISO kepada pensyarah dari aspek pengurusan masa. Ini

kerana terdapat penemuan dalam kajian yang terdahulu yang menyatakan bahawa

pensyarah menghadapi tekanan akibat bebanan kerja yang berlebihan dan kekangan

masa serta wujud persoalan kenapa pensyarah perlu melaksanakan tugasan

pentadbiran walaupun “core business” mereka dalam sistem pendidikan adalah yang

melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran (Ismail Abdullah, 1999). Situasi

yang berlaku telah menjurus kepada keperluan agar kajian ini dilaksanakan bagi

mengkaji implikasi ISO kepada aspek pengurusan masa kendiri pensyarah di

UTHM.

Page 35: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam melaksanakan sesuatu kajian, pengkaji perlu mempunyai pengetahuan

dan informasi secara terpeinci tentang kajian yang bakal dilaksanakan. Oleh itu,

kajian litaratur merupakan langkah utama untuk membantu pengkaji mendapatkan

gambaran dan panduan kajian yang terdahulu dan seterusnya menjelaskan aspek –

aspek yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan kelak. Antara faktor

penting perlaksanaan kajian literatur dalam sesuatu kajian ialah untuk mengelakkan

sebarang pencarian maklumat yang tidak diperlukan (Wan Noor Hin, 2005).

Manfaat lain yang diperoleh oleh pengkaji apabila membuat kajian literatur

ialah membantu pengkaji merangka fasa reka bentuk kajian, membuat keputusan

tentang apakah jenis – jenis pemboleh ubah yang harus diambil kira dan diuji,

membuat prosedur kajian dan sebagainya (Bordens dan Abbott, 2002). Oleh yang

demikian, dalam bab ini pengkaji mengemukakan tinjauan yang dilakukan ke atas

bahan penulisan dan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian ini. Aspek – aspek

dalam tinjauan tersebut meliputi kualiti dalam pendidikan, ISO, prinsip pengurusan

Page 36: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

yang mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi, serta

pengurusan masa kendiri.

2.2 Kualiti Dalam Pendidikan

Menurut Oakland (1996), kualiti bermaksud memenuhi keperluan dan

kebolehpercayaan. Beliau turut menyatakan sebahagian kebolehterimaan sesuatu

keluaran atau perkhidmatan akan bergantung kepada keupayaannya berfungsi

dengan memuaskan dalam tempoh masa dan aspek prestasi inilah yang dinamakan

kebolehpercayaan. Situasi yang sama turut berlaku dalam konteks kualiti dalam

pendidikan. Kualiti dalam pendidikan merangkumi standard atau taraf

pembelajaran, keberkesanan pengajaran, kelicinan pengurusan, kepuasan kerja di

kalangan para pengajar dan pelajar, kesesuaian dan kemanfaatan ilmu, dan

kemahiran yang diperoleh daripada sekolah dan institusi pengajian tinggi, perasaan

yakin diri untuk bertanding (competitiveness), perasaan banggakan negara, bangsa

dan budaya, megahkan pencapaian negara termasuk pengiktirafan yang diperoleh

oleh pemimpin negara dan bermacam – macam lagi (Robiah, 1998). Kualiti dalam

pendidikan banyak dikaitkan dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh

yang demikian, adalah penting bagi mewujudkan suasana yang selesa untuk

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, tenaga pengajar yang lebih berinovasi

dan kreatif sesuai dengan teknologi, ekonomi dan sosio - budaya dalam bidang

pendidikan.

Organisasi dan institusi pendidikan perlu mengenal pasti aspek – aspek yang

perlu diberi keutamaan bagi memastikan kualiti pendidikan terpelihara dan terjamin.

Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah dari sudut budaya institusi,

perancangan, pembangunan institusi, kaedah pemantauan dan perkembangan staf

akademik dan sokongan (Wan Noor Hin, 2005). Pensyarah yang berkualiti adalah

pensyarah yang dapat memenuhi kehendak pelajar dan objektif mereka dari segi

Page 37: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

kecemerlangan sikap, pengetahuan yang baik dalam bidang pengajaran, sijil

perguruan dan pengalaman mengajar yang baik terutama dari segi penguasaan

kemahiran. Kenyataan ini dibuat oleh Robiah (1998) dan beliau turut menyatakan

pensyarah dan pengajar adalah kunci kepada keberkesanan dan kualiti pendidikan.

Perhatian utama pendidikan di abad ke – 21 adalah untuk mempersiapkan

kehidupan dan pekerjaan bagi masyarakat (Triling dan Hood, 1999) dan proses

membentuk masyarakat yang berpengetahuan dipikul oleh dunia pendidikan. Nelson

(2005) dalam penulisannya tentang pengurusan masa untuk guru menyatakan

bahawa tugas pentadbiran yang kian bertambah, kurikulum kebangsaan, ujian baru

dan penandaan kerja murid menyebabkan golongan guru kini semakin tertekan.

Wujud satu persoalan besar, bagaimanakah guru menguruskan masa demi

menghadapi tanggungjawab yang kian bertambah setelah menghabiskan masa

selama lima jam ataupun lebih lama lagi. Tugasan golongan pendidik semakin

bertambah dan mencabar seiring dengan aspek pendidikan yang menjadi keutamaan

dalam sesebuah negara yang sedang membangun. Bahan kerja guru semakin

bertambah memandangkan ibu bapa dan masyarakat telah menaruh harapan yang

tinggi kepada guru – guru untuk mendidik anak – anak mereka dan sering kali

golongan pendidik dipertikai jika hasrat dan harapan ini tidak tercapai (Ong Mek

Hion, 2005).

2.3 ISO

ISO merupakan siri panduan dan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan

untuk kegunaan penilaian dan persijilan organisasi yang telah melaksanakan Sistem

Pengurusan Kualiti. ISO 9000:2000 adalah merujuk kepada sistem pengurusan

kualiti berasaskan piawai antarabangsa mengikut versi tahun 2000 seperti yang

dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 dalam

Perkhidmatan Awam (2002).

Page 38: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Terdapat tiga standard dalam siri standard MS ISO 9000:2000 seperti yang

termaktub dalam Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 dalam

Perkhidmatan Awam (2002). Standard – standard ini adalah:

a. MS ISO 9000:2000 bertajuk “Quality Management Systems –

Fundamentals and Vocabulary”. Standard ini menggariskan konsep,

prinsip asas dan tafsiran bagi sistem pengurusan kualiti. Sijil tidak

akan dikeluarkan kepada organisasi yang menggunakan standard ini;

b. MS ISO 9001:2000 bertajuk “Quality Managements Systems -

Requirements”. Standard ini menggariskan keperluan – keperluan

yang perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti. Standard ini adalah

edisi ketiga bagi standard MS ISO 9001. Edisi pertama dikeluarkan

dalam tahun 1987 dan edisi kedua dikeluarkan dalam tahun 1994.

Edisi ketiga ini menggantikan kesemua model standard versi tahun

1994 iaitu MS ISO 9001:1994, MS ISO 9002:1994 dan MS ISO

9003:1994. Organisasi hendaklah mematuhi keperluan standard MS

ISO 9001:2000 untuk tujuan persijilan; dan

c. MS ISO 9004:2000 bertajuk “Quality Managements Systems –

Guidelines for Performance Improvements”. Standard ini memberi

panduan untuk penambahbaikan secara berterusan prestasi

keseluruhan sesuatu organisasi. Tiada sijil dikeluarkan kepada

organisasi yang menggunakan standard ini.

UTHM telah berjaya memperoleh piawaian MS ISO 9001:2000 pada tahun

2001 dan piawaian ini memberi tumpuan kepada kecekapan sistem pengurusan

kualiti dalam memenuhi keperluan pelanggan. Keperluan – keperluan standard ISO

9001:2000 bermula daripada seksyen empat dalam dokumen standard MS ISO

9000:2000 yang dikeluarkan oleh SIRIM. Keperluan – keperluan ini adalah seperti

dalam Jadual 2.1 di bawah.

Page 39: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Jadual 2.1: Keperluan Standard ISO 9001:2000

Seksyen Keperluan

4 Sistem Pengurusan Kualiti

5 Tanggungjawab Pengurusan

6 Pengurusan Sumber

7 Penghasilan Produk

8 Pengurusan, Analisis dan Penambahbaikan

2.4 Prinsip Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem

Bagi mencapai kejayaan, sesebuah organisasi perlu diurus dengan sistematik.

Kejayaan boleh dicapai melalui perlaksanaan sistem pengurusan kualiti yang

memberi tumpuan kepada peningkatan secara berterusan dan keberkesanan prestasi

organisasi dengan mengambil kira kehendak pihak – pihak yang berkepentingan.

Sistem pengurusan yang berkualiti yang diwujudkan adalah bertujuan untuk

mencapai objektif organisasi dan ia terdiri daripada hubung kait antara beberapa

proses yang perlu didokumenkan. Berdasarkan dokumen Garis Panduan Bagi

Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam (2002), di antara

sebab – sebab mengapa MS ISO 9001:2000 meminta supaya dokumentasi

dilaksanakan adalah:

i. Mengenal pasti dengan jelas tanggungjawab dan cara menjalankan

sesuatu tugas di dalam sesebuah organisasi;

ii. Mengenal pasti “mekanisme kawalan” di dalam sesuatu proses bagi

memastikan keluaran mematuhi keperluan;

Page 40: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

iii. Memastikan konsistensi kepada keluaran;

iv. Menyebarkan keperluan untuk mencapai objektif organisasi; dan

v. Menyediakan asas untuk penilaian dan penambahbaikan.

Dokumen – dokumen yang digunakan dalam sistem pengurusan kualiti

terdiri daripada dokumen yang diwujudkan oleh organisasi dan dokumen yang

diwujudkan oleh pihak luar organisasi. Pengurusan yang mengamalkan pendekatan

sistem memerlukan dokumen yang berkaitan dengan urusan dalaman dan luaran

organisasi dirujuk, diselia dan disimpan untuk rekod dan proses dokumentasi bagi

proses audit dalaman.

Berdasarkan teks ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Abdul Halim Bin

Ali semasa Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Khidmat Cemerlang UTM 1998,

perlaksanaan MS ISO 9000 akan membolehkan agensi – agensi kerajaan

mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang mempunyai prinsip dan ciri – ciri

berikut:

i. Pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ianya berlaku;

ii. Kajian semula yang berterusan ke atas proses – proses yang kritikal

dan membuat tindakan pembetulan;

iii. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul

pertama kali dan setiap kali;

iv. Semua kerja adalah berasaskan kepada dasar dan prosedur yang

didokumenkan; dan

Page 41: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

v. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan

tindakan – tindakan yang telah dilaksanakan.

Sistem kualiti yang berasakan ciri –ciri ini akan dapat membantu

meningkatkan lagi keupayaan pihak pengurusan dalam membuat keputusan dengan

tepat, dapat mengawal input – input yang digunakan dalam proses, dapat mengawal

kos kualiti bagi kerja – kerja berulang dan tidak berkualiti serta berupaya

mengelakkan pembaziran masa, tenaga kerja dan wang ringgit.

2.5 Penglibatan Anggota Organisasi

Kualiti bukanlah tanggungjawab pihak pengurusan semata – mata, tetapi

merupakan tanggungjawab semua ahli anggota dalam organisasi (Omar Din, 2002).

Ia memerlukan sumbangan bersama setiap ahli anggota untuk menjayakan usaha

penambahbaikan kualiti. Staf yang lebih arif berkenaan kerjanya sendiri sepatutnya

berperanan di posisinya dengan baik untuk menambahbaikkan proses kerja masing –

masing.

Walau bagaimanapun, penambahbaikan kualiti bukanlah usaha yang boleh

diserahkan kepada anggota organisasi secara individu. Ia adalah proses yang

kompleks dan melibatkan banyak pihak serta memerlukan penglibatan ramai staf.

Sohal, A. S., Samson, D. & Ramsay, L. (1998) pula menyatakan kerja berpasukan

dan pemberian kuasa merupakan antara cara yang didapati berkesan untuk

menggalakkan penglibatan staf. Kerja berpasukan boleh membantu menjalin

perasaan saling percaya – mempercayai, menambahbaikkan komunikasi dan

membentuk sikap saling bergantung di kalangan staf. Komunikasi yang berkesan

serta penglibatan staf pula dapat meningkatkan komitmen staf kepada kualiti (PKPA,

1992).

Page 42: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

2.6 Aspek Pengurusan Kualiti Akademik di IPTA

Berdasarkan penulisan Md Zahir Kechot (2003) yang bertajuk “Persijilan

ISO dan Kualiti Akademik IPTA”, beliau menyatakan untuk mendapatkan sijil ISO,

sesebuah organisasi perlu menyediakan dokumen utama di samping dokumen

tambahan. Dokumen utama kepada ISO 9001:2000 terdiri daripada manual kualiti,

prosedur kualiti dan arahan kerja. Berbanding dengan prosedur kualiti dan arahan

kerja, manual kualiti merupakan panduan am mengenai:

i. Sistem pengurusan kualiti

ii. Tanggungjawab pengurusan

iii. Pengurusan sumber

iv. Realisasi output/perkhidmatan dan

v. Pengukuran, analisis dan penambahbaikan

2.6.1 Prosedur Kualiti

Tidak seperti manual kualiti, prosedur kualiti pula bersifat lebih khusus. Ia

memperincikan sekurang-kurangnya enam prosedur seperti berikut:

i. Prosedur Kawalan Dokumen

ii. Prosedur Kawalan Rekod

iii. Prosedur Audit Kualiti Dalaman

iv. Prosedur Kawalan Ketidakpatuhan

v. Prosedur Tindakan Pembetulan

vi. Prosedur Tindakan Pencegahan

Page 43: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Kesemua prosedur kualiti ini dapat dijadikan panduan dan diguna pakai

semasa perlaksanaan sistem pengurusan kualiti sesebuah organisasi. Kedua-dua

dokumen utama seperti di atas akan diteliti dan diperiksa semasa audit

kecukupan/audit dokumen oleh badan persijilan luar yang dipilih.

2.6.2 Arahan Kerja

Arahan kerja pula merupakan dokumen yang lebih terfokus kepada proses

dan kegiatan sebuah organisasi. Ia memperincikan proses/aktiviti yang diliputi

dalam skop persijilan. Sebagai contoh, skop persijilan kepada program pengajian

prasiswazah boleh dimulakan dengan proses pengambilan pelajar. Ini diikuti dengan

pendaftaran pelajar, pengajaran, pengurusan peperiksaan dan pengijazahan. Kelima-

lima proses ini saling berkaitan dan dapat memberi kesan kepada kualiti

perkhidmatan yang dihasilkan.

Kesannya terhadap kualiti akan lebih ketara dan terserlah jika ia dilaksanakan

secara serentak dan secara menyeluruh. Namun begitu dari segi realitinya, adalah

kurang bijak jika skop persijilan yang luas dan menyeluruh menjadi penghalang

utama yang menyebabkan sebuah organisasi gagal mendapatkan sijil ISO kesan dari

kegagalan organisasi memenuhi keperluan audit pematuhan yang memerlukan

pembudayaan cara kerja berkualiti dan penambahbaikan secara berterusan. Kalau

pun sesebuah organisasi berjaya mendapatkan sijil, skop persijilan yang luas akan

mengambil masa yang panjang dengan kos yang tinggi.

Oleh yang demikian pendekatan berasaskan strategi yang bersifat sederhana

dicadangkan kerana ia lebih selesa. Strategi ini lebih realistik. Ia sesuai dengan cara

kerja, kesediaan dan keupayaan warga organisasi dalam mengikut rentak arus

perubahan melalui proses persijilan.

Page 44: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

2.6.3 Strategi Persijilan dan Skop Persijilan

Pendekatan persijilan dengan memfokuskan pengurusan peperiksaan sebagai

contoh adalah selaras dengan strategi perlaksanaan yang bersifat sederhana. Ia

merupakan strategi yang berasas. Strategi ini menekankan aspek pemantapan

terlebih dahulu sebelum sesuatu skop persijilan itu diperluaskan. Aspek ini amat

penting terutamanya semasa persediaan organisasi bagi menghadapi audit susulan

iaitu audit selepas sesebuah organisasi dianugerahkan sijil ISO.

Adalah tidak dapat dinafikan aktiviti yang terlibat dalam proses peperiksaan

itu sendiri agak komprehensif. Ia melibatkan lebih daripada 122 aktiviti kecil

(pengalaman UKM) yang mencakupi proses pendaftaran memasuki peperiksaan,

penyediaan jadual waktu peperiksaan, penyediaan kertas soalan, pencetakan,

pembungkusan, pengendalian peperiksaan, pemeriksaan kertas jawapan dan

pengesahan keputusan peperiksaan. Jika semua proses yang didokumenkan dipatuhi,

kualiti pengurusan peperiksaan dapat dipertanggungjawabkan.

Arahan atau prosedur kerja yang komprehensif dapat menghindarkan atau

meminimumkan ketidakselesaan pelajar berkaitan dengan insiden kekeliruan jadual

waktu peperiksaan, kekaburan atau kesilapan dalam kertas soalan, ketidaklancaran

perjalanan peperiksaan dan pelbagai kelemahan lain seperti kebocoran kertas soalan,

kesilapan semasa pemeriksaan skrip jawapan dan kesilapan dalam kemasukan gred.

Dengan adanya arahan kerja yang terperinci ia dapat memberi keselesaan kepada

para pelajar. Ia memudahkan pensyarah dan pengurusan peperiksaan. Di samping

ini ia dapat meningkatkan keyakinan awam terhadap kualiti ijazah yang dikeluarkan

kesan daripada pengurusan peperiksaan yang berkualiti.

Page 45: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

2.6.4 Amalan Penambahbaikan

Selaras dengan dasar persijilan ISO 9001:2000, amalan penambahbaikan dan

tindakan pencegahan merupakan suatu keperluan. Dalam aspek penggubalan soalan

misalnya, di peringkat awal arahan kerja lebih sesuai bersifat umum dan tidak

bersifat terlalu mengikat. Arahan kerja misalnya hanya menyatakan iaitu ‘semua

kertas soalan perlu ditaksir’. Cara pelaksanaannya terpulang kepada budi bicara

fakulti masing-masing. Secara umumnya aspek penaksiran kertas soalan peperiksaan

di peringkat universiti merupakan amalan baru kepada kebanyakan fakulti. Ia

merupakan isu yang sensitif kepada sesetengah pihak. Namun begitu kita tidak

dapat lari dari hakikat iaitu sebagai manusia biasa, kakitangan akademik juga tidak

sepi dari sebarang kelemahan.

Kelemahan dalam penggubalan soalan misalnya berlaku kesan dari

ketidakjelasan, ketidakseimbangan dan ketidaksesuaian aras kepayahan sesuatu

soalan. Jika ini tidak diberi perhatian oleh penggubal kertas soalan, soalan yang

digubal berkemungkinan boleh dipersoalkan dari aspek kebolehpercayaan dan

kesahannya. Oleh yang demikian aspek ini adalah penting untuk diberi perhatian

demi untuk menjamin kualiti akademik pada masa kini dan masa akan datang. Ia

dapat dilakukan secara berperingkat apabila kerangka sistem pengurusan kerja telah

dibina, aspek latihan berkaitan disediakan dan budaya kerja berkualiti dijadikan

amalan.

2.6.5 Perluasan Skop Persijilan

Selepas budaya kerja berkualiti diterap dan diamalkan, skop persijilan

dicadangkan untuk diperluaskan secara rasmi atau tidak rasmi. Peluasan skop

persijilan secara rasmi berlaku jika skop persijilan yang baru itu didaftarkan dengan

agensi yang mengeluarkan sijil. Ia dianggap sebagai tidak rasmi jika ia tidak

Page 46: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

didaftarkan biarpun semua dokumen yang diperlukan disediakan dan dipatuhi.

Pendekatan ini dikenali sebagi pendekatan ala pengurusan ISO. Kedua-dua alternatif

mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Kedua-dua pendekatan dapat

memberi kesan kepada kualiti program pengajian dengan lebih baik.

Skop persijilan boleh diperluaskan ke bahagian, fakulti atau unit lain yang

tidak diliputi dalam skop persijilan sebelum daripada ini. Untuk menjimatkan kos

operasi, kita tidak perlu mensijilkan setiap bahagian, fakulti atau unit atau setiap

proses secara berasingan. Jika skop persijilan hendak dilakukan secara rasmi, adalah

bersesuaian diperlebar skopnya. Dalam konteks program prasiswazah, persijilan

dapat diperlebar meliputi proses pengambilan pelajar dan proses pengajaran. Proses

pengambilan pelajar adalah penting dalam menjamin universiti memperoleh calon

yang berkualiti. Ia penting sebagai input yang akan memberi kesan secara langsung

kepada penghasilan output yang berkualiti. Seperti aspek input, proses pengajaran

juga penting dalam pembentukan, penghasilan dan penjaminan output. Satu hakikat

yang tidak dapat dinafikan, pemegang ijazah sarjana dan Ph.D yang cemerlang

dalam bidang tertentu secara khusus tidak semestinya akan menjadi pengajar yang

berkesan dan berkualiti walaupun telah mengajar untuk sekian lama. Untuk tujuan

ini, pendedahan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran diberi kepada semua

kakitangan akademik.

Selaras dengan usaha ke arah universiti penyelidikan yang unggul, sistem

pengurusan kualiti ISO sesuai diperluaskan untuk meliputi program pengajian di

peringkat siswazah dan pengurusan penyelidikan. Proses dan sistem pengurusan

kualiti yang meliputi aspek pengajaran, penyelidikan dan perundingan yang bersifat

menyeluruh dapat memperkasa lagi usaha murni menjadikan universiti sebagai pusat

ilmu terpilih. Sehubungan dengan ini, program persijilan ISO perlu diselaraskan dan

disepadukan secara harmoni dengan semua bahagian/fakulti atau unit yang telah dan

akan mendapatkan sijil untuk menghindarkan sebarang konflik yang akan menjejas

kualiti akademik itu sendiri disamping dapat menjimatkan kos.

Page 47: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

2.6.6 Realiti dan Penghambat Kualiti

Sistem pengurusan kualiti ISO merupakan sistem yang mendapat

pengiktirafan antarabangsa. Sistem ini menekankan kepada keperluan penyediaan

dokumen dan rekod. Sistem pengurusan kualiti berasaskan persijilan ISO 9001:2000

menjadi berkesan apabila:

i. Mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya pengurusan

atasan.

ii. Skop persijilan adalah terhadap aktiviti asas (core business) dan

bersifat menyeluruh.

iii. Budaya kerja berkualiti diterima dan diamalkan oleh warga

organisasi.

iv. Melibatkan pendekatan ramai serta, fokus kepada pelanggan dan

mengamalkan aliran pengurusan humanistik atau holistik.

Pendekatan sistem pengurusan kualiti ISO melalui pendekatan proses dan

sistem berupaya mengubah dan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung

kepada kualiti sesuatu program atau organisasi. Ia juga berupaya mengubah gelagat

dan budaya kerja sesebuah organisasi kepada kecekapan dan keberkesanan. Namun

begitu perkara ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Ini kerana perubahan

yang dibawa melalui sistem pengurusan kualiti tidak semestinya akan diterima dan

menggembirakan semua pihak. Kesan daripada peraturan yang terlalu

mengongkong dan tidak fleksibel misalnya boleh menyebabkan universiti

kehilangan profesor atau pegawai yang unik, berwibawa, terkenal dan cekap. Di

pihak lain universiti dijangka akan menghadapi kesukaran untuk menarik bakal

pensyarah muda yang berpotensi dan cemerlang lantaran prosedur/arahan kerja yang

dirasakan begitu mengongkong. Kesemua perkara ini akan memberi kesan kepada

kemandirian dan kecemerlangan sesebuah universiti awam pada masa akan datang.

Page 48: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

2.7 Pengurusan Masa Efektif

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan.

Amer Syakir Zainol (2005) memperincikan bahawa setiap manusia diperuntukkan

masa sebanyak 24 jam sehari semalam dan penentuan sama ada manusia itu berjaya

atau tidak berjaya terpulang kepada cara pengurusan masa kendiri sama ada secara

efektif atau tidak. Beliau menyatakan pengurusan masa yang baik ialah apabila kita

dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti harian. Disiplin yang

dimaksudkan di sini adalah penggunaan jadual aktiviti harian. Semua aktiviti yang

disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lama aktiviti atau perlakuan

itu berlaku. Penggunaan masa yang berkualiti turut berkait rapat dengan aspek

pengurusan masa itu sendiri. Oleh sebab itu seharusnya perhatian yang khusus

diberi kepada dua perkara berikut iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang

digunakan.

Amer Syakir Zainol (2005) turut menggariskan beberapa perkara yang

berkaitan dengan prinsip asas pengurusan masa.

i. Mengubah tabiat lama yang negatif

Tabiat lama selalu juga disebut sebagai habit. Tabiat yang negatif

mesti dibuang dari ianya berada dalam diri. Jika selama ini kita

merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu

mengambil perhatian terhadap perkara ini. Tabiat seumpama ini

perlu diubah kerana tabiat ini adalah tabiat negatif yang begitu

dominan dalam diri manusia.

ii. Komunikasi

Komunikasi adalah faktor yang amat penting dalam pengurusan masa.

Komunikasi juga memberikan implikasi yang besar jika kita tidak

Page 49: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Kita sering

membazirkan masa kita, kerana kita sering berkomunikasi dengan

cara yang tidak baik. Ramai antara kita mengatakan masa tidak

cukup. Sesungguhnya masa mencukupi tetapi cara kita menguruskan

masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi.

iii. Penumpuan

Penumpuan kepada urusan kerja adalah penting dalam memastikan

hasil kerja adalah berkualiti dan selalunya kita akan merasa bosan dan

jemu apabila melakukan perkara yang sama berulang kali. Aspek

penumpuan turut merangkumi disiplin diri untuk melaksanakan kerja

dalam jangka masa yang dirancang.

iv. Rehat

Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor

penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia

memerlukan rehat yang cukup. Kita sering menganggap bahawa tidur

yang cukup perlu untuk kualiti kerja yang tinggi. Dalam hal ini,

terdapat banyak definisi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang

baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang

tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti.

Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita benar-benar

terasa bahawa kita perlu tidur.

Amer Syakir Zainol (2005) turut menjelaskan bahawa prinsip asas kepada

pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa

dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa.

S. Hart – Hester (2003) dalam penulisannya bertajuk “Time Managers:

Secrets of Effective Leaders” memperincikan tentang enam strategi yang patut

Page 50: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

diambil demi menjadi seorang pengurus masa yang baik. Strategi – strategi tersebut

ialah “Establish a Goal, Develop a “To Do” List, Establish an Efficient Routine,

Delegate, Set Timelines, Downtime”.

i. “Establish a Goal”

Secara dasarnya, proses menetapkan sasaran ataupun cita – cita

memerlukan seseorang itu mengetahui apa yang ingin dalam dicapai

di akhir jangka masa tertentu. Sasaran yang ingin dicapai perlu

dibuat secara spesifik dan perlu dielakkan dari membina sasaran yang

terlalu hebat dan terlalu sempurna. Sekiranya terdapat lebih dari satu

sasaran, adalah perlu dikelaskan dan diatur mengikut keutamaan.

Sesetengah tugas dan urusan perlu diselesaikan segera kerana

mempunyai keutamaan mengikut situasi, manakala terdapat urusan

yang merupakan pelengkap dan pilihan untuk dilaksanakan. Setiap

sasaran yang dibuat perlu disertakan dengan langkah yang teratur bagi

mencapainya.

ii. “Develop a “To Do” List”

Penyediaan “to do list” ataupun senarai tugas yang ingin dilakukan

adalah perlu demi memastikan kesinambungan kepada langkah untuk

mencapai sasaran yang ditetapkan. Senarai yang disediakan perlu

bersandarkan kepada keutamaan sesuatu urusan. Ini kerana rutin

harian memberi kesan kepada senarai tugas yang dibina. Sekiranya

terdapat urusan yang “tertinggal” untuk diselesaikan pada masa yang

ditetapkan, urusan tersebut perlu diletakkan paling utama untuk

diselesaikan pada masa atau hari yang berikutnya. Proses

memecahkan kerja yang terlalu kompleks kepada pecahan yang lebih

kecil adalah langkah yang bijak untuk membantu kelancaran

melengkapkan tugas tersebut.

Page 51: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

iii. “Establish an Efficient Routine”

Setiap insan mempunyai rutin harian yang tertentu dan diikuti saban

hari, namun begitu kebanyakan dari kita tidak mengetahui

keberkesanan rutin yang dilakukan kepada pengurusan masa harian.

Sering kali rutin tersebut dilihat sebagai paling sesuai dengan cara

hidup seseorang itu, tetapi hakikatnya rutin ini tidak semestinya

menggunakan masa secara efisien. Oleh yang demikian, adalah perlu

rutin ini disoroti dan dilihat secara terperinci agar masa efisien dapat

digunakan bagi sesuatu rutin yang dilakukan saban hari.

iv. “Delegate”

Strategi ini merupakan titik tolak kepada kejayaan pengurusan masa

seseorang. Ini kerana, proses ini memerlukan kerjasama dari rakan

sekerja dan mustahil untuk seseorang itu melaksanakan semua tugas

seorang diri. Proses menugaskan seseorang untuk melakukan tugas

bagi pihak kita memerlukan kepercayaan dan ketelusan bagi

memastikan kelancaran urusan ataupun kerja yang dibuat. Prinsip

yang perlu disematkan dalam fikiran seseorang pekerja dalam

sesebuah organisasi ialah “you have enough time to do anything, but

you just do not have enough time to do everything ”.

v. “Set Timelines”

Antara perkara penting dalam pengurusan masa adalah penetapan

masa yang munasabah dan spesifik dengan tugas atau urusan yang

ingin diselesaikan. Proses ini juga melibatkan penetapan masa yang

realistik dengan mengambil kira cabang tugas yang turut berkaitan

secara langsung dengan tugas utama.

Page 52: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

vi. “Downtime”

Pengurus masa yang efektif menyedari akan kepentingan masa

senggang iaitu masa untuk merehatkan fizikal dan mental. Ini kerana

faktor rehat yang cukup adalah antara aspek yang perlu

dititikberatkan dalam pengurusan masa harian. Tidur sebentar (nap)

pada waktu tengah hari dapat memberi kesegaran kepada diri

seseorang itu. Adalah tidak wajar sekiranya masa diatur tanpa

penetapan masa rehat yang cukup.

Menurut Lakein. J (1974) terdapat tiga langkah utama untuk mewujudkan

pengurusan masa yang efektif seperti yang tertulis dalam buku karyanya “How to

Get Control of Your Time and Life”. Langkah – langkah tersebut ialah:

i. Mengelola (Organizing)

Masa yang terurus dengan baik akan membolehkan urusan dan kerja

diatur dengan teratur. Proses mengelola masa untuk hari baru perlu

dilakukan pada sebelah malam atau selewat – lewatnya pada awal

pagi sebelum memulakan urusan kerja sama ada sebagai pelajar atau

pekerja. Pada peringkat ini, tidak perlu ditentukan sebarang

keutamaan kerja dan urusan tetapi hanya perlu disenaraikan sebanyak

mungkin tugas yang perlu dilaksanakan. Tabiat ini dapat

mendisiplinkan diri dan akhirnya menjadi satu amalan.

ii. Mengutamakan (Prioritizing)

Peringkat seterusnya ialah menentukan keutamaan setiap urusan dan

kerja yang telah disenaraikan. Penentuan keutamaan sesuatu tugasan

dibuat berdasarkan tarikh akhir (dateline), keperluan yang mendesak

dan lain – lain aspek yang menjurus kepada keutamaan kerja tersebut

Page 53: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

untuk disiapkan terlebih dahulu. Sikap melengah – lengahkan masa

atas alasan inginkan ruang untuk rehat yang cukup tidak patut

diamalkan. Ini kerana kerja yang dibiarkan tertangguh hingga ke saat

akhir adalah satu amalan pengurusan masa yang lemah dan dilihat

kurang efektif. Walaupun wujud kemungkinan terdapat sebab yang

tidak dapat dielakkan hingga menyebabkan kerja tersebut ditunda

hingga ke saat akhir, adalah lebih baik meminimumkan kemungkinan

untuk perkara tersebut berlaku.

iii. Menjadualkan (Scheduling)

Setelah selesai melakukan penentuan keutamaan sesuatu tugasan,

adalah perlu untuk menyesuaikan tugasan tersebut dengan amalan

seharian seperti masa rehat, tidur, masa kerja dan lain – lain rutin

harian. Proses melakukan penyesuaian antara tugasan dan rutin

harian memerlukan satu penjadualan masa yang selari dengan

kehidupan seharian. Penjadualan yang dilakukan perlulah fleksibel

dengan menentukan masa senggang dan keperluan sosial turut

dipenuhi. Selain dari itu, perlu disediakan satu pelan luar jangka bagi

menghadapi kemungkinan yang tidak disangka – sangka. Adalah

tidak relevan sekiranya setiap minit dalam masa seharian ditentukan

secara tetap. Jadual yang dibina perlu realistik dan yang paling

penting dapat dipatuhi sebaiknya, bukan sekadar catatan semata –

mata.

Lakein. J (1974) turut menyatakan cara yang terbaik untuk mengintegrasikan

ketiga – tiga langkah tersebut adalah melalui cara pembinaan senarai tindakan (to do

list). Beberapa aspek perlu dipertimbangkan dalam proses membina senarai

tersebut. Aspek yang pertama adalah senarai yang dibina perlulah realistik dengan

masa yang dianggar untuk disiapkan. Kesetaraan antara masa dan kerja dapat

menjadikan tugasan tersebut mampu dilaksanakan (do-able). Aspek yang kedua

ialah penetapan senarai tindakan perlulah selari dengan rutin harian seseorang itu.

Page 54: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Integrasi yang harmoni antara rutin kehidupan dan kerja yang perlu dilaksanakan

adalah perlu bagi menghasilkan mutu kerja yang terbaik. Aspek yang terakhir

adalah waktu senggang perlu ditetapkan dalam aturan kerja seharian. Ini penting

untuk membina satu kitaran hidup yang seimbang antara keperluan kerja dan

kehidupan manusia normal.

2.8 Mitos Tentang Pengurusan Masa Yang Efektif

Stereotaip bagi pengurusan masa yang efektif berpunca dari satu set mitos.

Menurut Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994) dalam karya yang bertajuk

“Pengurusan Masa Berkesan Hebat”, terdapat tiga mitos penting tentang pengurusan

masa yang perlu difahami supaya seseorang itu menjadi pengurus masa yang efektif.

Mitos yang pertama ialah pengurusan masa terlalu menitikberatkan perincian.

Ramai orang yang tidak gemar kepada perincian sanggup melakukan apa sahaja dari

menyediakan senarai tindakan (to do list) dan cara – cara lain pengurusan masa.

Tiada persetujuan yang pernah dicapai tentang betapa pentingnya perhatian terhadap

perincian. Sering ditimbulkan isu bahawasanya kebijaksanaan terletak kepada

perincian dan pada masa yang sama turut diketengahkan isu jangan titik beratkan

perkara yang remeh. Kedua – dua kenyataan ini ada benarnya. sesetengah perincian

memang perlu manakala sesetengahnya pula tidak penting. Pengurusan masa yang

efektif menitikberatkan perbezaan antara perkara yang rumit dan remeh. Pengurusan

masa yang baik membolehkan seseorang itu peka dan cepat bertindak terhadap

perincian yang penting. apabila respons tersebut menjadi perkara yang lazim dan

automatik, kita dapati bahawa menyediakan perincian tidaklah seburuk menghadapi

krisis kemudian.

Page 55: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Mitos yang kedua ialah pengurusan masa dilihat sebagai suatu yang

mekanikal. Ini kerana orang dilihat lebih tertumpu kepada proses yang kecil tetapi

jelas. Adalah lebih mudah melihat jadual, senarai tarikh akhir dan jadual waktu yang

terurus. Apa jua bahagian sistem pengurusan masa, akan dianggap mekanikal.

Walau bagaimanapun, ini baru sebahagian kecil daripada yang sebenarnya dan tidak

mencerminkan hal – hal lain yang terkandung dalam persediaan senarai dan jadual

tersebut.

Menentukan apa yang perlu diutamakan, memohon kerjasama dan sokongan

orang lain serta bersedia menghadapi masalah yang tidak dijangka bukan hal – hal

yang boleh dianggap mekanikal. Hal – hal ini memerlukan pertimbangan dalaman

dan kreativiti. Sebelum membuat perincian dan senarai tindakan (to do list),

pengurus masa berkesan mestilah mendapatkan gambaran yang luas tentang perkara

tersebut. Penyelidikan dan pertimbangan yang diberikan dalam memahami gambaran

yang luas ini bukan boleh dikatakan mekanikal.

Mitos yang ketiga menurut Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994) ialah

pengurusan masa dilihat sebagai mengurangkan kefleksibelan dan kespontanan.

Pengurus masa yang efektif membuat rancangan dan bekerja keras bagi memastikan

rancangan berjalan mengikut jadual. Pendekatan ini menghasilkan perubahan ketara

dan di luar jangkaan. Sesetengah orang membuat tanggapan terlalu bergantung

kepada rancangan tertentu menjadikan seseorang itu kurang fleksibel. Perancangan

tidak semestinya menghalang kefleksibelan. Apabila rancangan tidak berjalan,

orang yang bijak akan mengetepikan rancangan tersebut dan mencari kaedah yang

sesuai.

Peluang untuk kaedah yang kreatif dan spontan bagi perlaksanaan rancangan

memang banyak kecuali sesuatu rancangan itu terlalu terperinci. Dengan

mengetepikan blok masa yang luas oleh pengurus masa bermakna kespontanan dan

kreativiti boleh berkembang. Salah satu daripada manfaat yang diperoleh oleh

Page 56: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

seseorang yang terurus dan bekerja mengikut rancangan ialah beliau dapat

mengurangkan tahap keterdesakan yang dihadapi saban hari.

2.9 Kesimpulan

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam kajian literatur yang

dilaksanakan, didapati wujud hasil penulisan dan kajian yang menjurus kepada

keperluan agar staf akademik menguruskan masa dengan baik bagi memenuhi

tanggungjawab mereka sebagai pendidik dan pada masa yang sama memikul

tanggungjawab universiti untuk mempraktikkan amalan ISO dalam urusan seharian.

Pensyarah perlu mempunyai stail dan amalan pengurusan masa yang efektif demi

memastikan kesemua tanggungjawab yang diamanahkan dapat dipenuhi dan

disiapkan tepat pada masanya.

Page 57: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan memperincikan tentang kaedah yang diguna pakai dalam

melaksanakan penyelidikan, melibatkan aspek reka bentuk serta tatacara kajian

dalam memperoleh dan menganalisis data. Metodologi kajian akan memberi

tumpuan kepada aspek - aspek yang berkaitan dengan reka bentuk kajian, kaedah

persampelan kajian, instrumen kajian, kaedah analisis data, kedah pengumpulan

data, kerangka kerja dan prosedur kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah penting supaya kajian yang akan dijalankan dapat

dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan aspek – aspek yang ingin dikaji oleh

pengkaji. Kajian ini akan menggunakan data kuantitatif, disampaikan melalui

keputusan statistik dan kemudiannya dianalisis bagi menjawab persoalan kajian ini.

Page 58: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Data kualitatif yang diperoleh dari item terbuka dalam instrumen kajian iaitu

pendapat peribadi pensyarah tentang implikasi ISO terhadap pengurusan masa akan

digunakan sebagai sokongan kepada dapatan data kuantitatif dalam bab

perbincangan dan kesimpulan kajian ini.

Borden & Abbott (2002) menyatakan kuantitatif menetapkan pemboleh ubah

– pemboleh ubah dan pemalar – pemalar ini dalam bentuk angka. Kajian

menggunakan data kuantitatif sesuai dijalankan dalam kajian ini kerana ia

merupakan kajian yang menghuraikan sesuatu fenomena dalam bentuk angka dan

pengukuran, dan kajian yang berasaskan kuantitatif bergantung sepenuhnya kepada

keputusan statistik yang diwakili oleh angka (Wiersma, 1995). Pengkaji memilih

kajian berbentuk kuantitatif kerana bersesuaian dengan dapatan analisis yang ingin

mengukur tahap pemboleh ubah – pemboleh ubah.

Untuk kaedah persampelan kajian, pengkaji memilih penggunaan kaedah

rawak mudah . Ini kerana populasi kajian ini melibatkan jumlah yang besar, oleh

kerana itu terdapat kekangan yang bakal dihadapi oleh pengkaji sekiranya ingin

mengumpul data dari keseluruhan populasi. Instrumen kajian yang akan digunakan

ialah soal – selidik dan kaedah analisis data adalah berdasarkan apakah yang akan

dijawab oleh persoalan kajian.

3.3 Kaedah Persampelan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti

Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di UTHM

dan jumlah keseluruhan responden dari ketiga – tiga jabatan adalah sebanyak 125

orang. Pensyarah dari tiga fakulti ini dipilih kerana pengkaji tidak ingin melakukan

pengulangan kepada kajian pengkaji yang terdahulu. Wan Noor Hin (2005) telah

memilih pensyarah fakulti kejuruteraan UTHM bagi melaksanakan kajian yang

Page 59: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

menyentuh dua amalan ISO iaitu tumpuan kepada pelajar dan pendekatan proses.

Oleh yang demikian pengkaji telah memutuskan untuk menjadikan pensyarah selain

dari fakulti kejuruteraan sebagai sampel kajian ini.

Penentuan populasi bagi sesuatu kajian adalah penting dalam proses

penyelidikan. Populasi menentukan bidang kajian yang hendak dikaji dan juga

bidang masalah yang perlu dikaji. Populasi juga merupakan satu set ciri yang

menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek

(Mohd Majid Konting, 2000). Populasi bagi kajian ini ialah terdiri daripada

keseluruhan pensyarah Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Namun,

pengkaji telah menetapkan dalam skop kajian bahawa hanya pensyarah dari tiga

fakulti yang terpilih telah dijadikan sebagai responden kajian ini. Walaupun kajian

ini memilih untuk mengkaji pensyarah dari tiga fakulti ini sahaja, namun amalan ISO

melibatkan keseluruhan pensyarah di UTHM.

Pengkaji telah menetapkan untuk mengedar sebanyak 100 soal selidik kepada

ketiga – tiga fakulti yang dipilih. Jumlah ini sudah mencukupi untuk tujuan

penyebaran soal selidik dalam populasi pensyarah seramai 125 orang. Berdasarkan

jadual Krejcie & Morgan (1970) seperti dalam Lampiran A menunjukkan untuk

populasi kajian sebanyak 125 orang, jumlah sampel yang perlu dipilih secara rawak

adalah sebanyak 95 orang. Pengkaji sendiri telah mengedarkan dan mengumpulkan

soal selidik bermula dari 19 Februari hingga 2 Mac 2007. Sebanyak 100 soal selidik

telah diedarkan secara rawak kepada responden kajian ini, tetapi hanya 85 yang

dikembalikan (Jadual 3.1). Jumlah ini adalah melebihi dari 2/3 daripada jumlah

edaran dan menurut Goodwin (2005), bilangan soal selidik yang diterima adalah

tidak penting tetapi jawapan yang diterima daripada responden terhadap soal selidik

lebih diberi keutamaan.

Oleh yang demikian, hasil dari kajian yang dilaksanakan kepada pensyarah

dari tiga fakulti yang ditentukan dalam kajian ini dapat dibuat generalisasi kepada

keseluruhan populasi iaitu pensyarah di UTHM kerana jumlah sampel yang ingin

Page 60: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

dikaji adalah melebihi 10% – 20% dari keseluruhan populasi. Jumlah ini menurut

Wiersma (1991) sudah memadai bagi satu kajian untuk mendapatkan pandangan

atau pendapat daripada satu populasi yang besar. Maka masalah ketidakadilan,

kesahan dan ketidakbolehpercayaan data dapat direndahkan.

Jadual 3.1 : Bilangan Responden

Nama Fakulti Populasi SampelSoal selidik yang

dikembalikan

Fakulti Pendidikan

Teknikal 49 40 34

Fakulti Pengurusan

Teknologi39 30 27

Fakulti Teknologi

Maklumat dan Multimedia 37 30 24

JUMLAH 125 100 85

3.4 Pentadbiran Instrumen Kajian

Dalam melaksanakan kajian kuantitatif ini, pengkaji memilih instrumen soal

selidik bagi digunakan untuk memperoleh data kajian. Pemilihan instrumen ini

selari dengan Bordens & Abbott (2002) yang mengatakan soal selidik adalah

instrumen utama yang digunakan untuk mendapatkan keputusan kuantitatif daripada

responden. Pemilihan soal selidik turut berlandaskan kepada kajian yang dijalankan

iaitu penggunaannya memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat yang

diperlukan dan mudah untuk dianalisis.

Page 61: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Terdapat beberapa faktor di mana pengkaji memilih untuk menggunakan soal

selidik sebagai instrumen kajian, antaranya adalah bilangan responden yang terlalu

ramai, maka melalui soal selidik dapat meliputi sampel yang diambil dari populasi

kajian. Selain daripada itu, bilangan soalan adalah tidak terhad dan ia bergantung

kepada persoalan kajian yang ingin dikaji dan penggunaan soal selidik adalah

fleksibel, murah dan mudah diselenggarakan dan diselia.

3.4.1 Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu set soalan bertulis di mana responden akan

merekodkan jawapan ke atasnya. Kaedah ini merupakan komponen yang sering

digunakan oleh para penyelidik untuk mengumpul maklumat. Soal selidik

merupakan satu cara untuk mendapatkan data maklum balas daripada responden dan

digunakan untuk melihat sama ada responden bersetuju atau tidak bersetuju dengan

sesuatu kenyataan yang diberikan (Chua Yan Piaw, 2006).

Soal selidik dalam kajian ini (Lampiran D) dibahagikan kepada lima

bahagian iaitu daripada bahagian A hingga E. Item – item dalam bahagian A adalah

berkaitan dengan demografi responden manakala item bahagian B hingga D adalah

berbentuk soalan tertutup iaitu item dikemukakan secara pilihan mengikut panduan

skala Likert lima. Tujuan skala Likert lima digunakan adalah untuk mengawal

maklum balas yang berat sebelah (Goodwin, 2005). Menurut Bordens dan Abbott

(2002), skala Likert sesuai digunakan untuk kajian yang berbentuk pengukuran sifat

dan pandangan. Oleh itu, pengkaji memilih skala Likert lima seperti yang

dinyatakan oleh Uma Sekaran (2003) bagi memastikan ianya dapat mengukur

pandangan dan persepsi yang diberikan oleh pensyarah terhadap item – item yang

dikemukakan (Jadual 3.2).

Page 62: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Jadual 3.2 : Format Skala Likert

Skor Persepsi / Pandangan

1

2

3

4

5

Sangat Tidak Setuju (Strongly Disagree)

Tidak Setuju (Disagree)

Tidak Pasti (Neither Agree Nor Disagree)

Setuju (Agree)

Sangat Setuju (Strongly Agree)

Sumber: Uma Sekaran (2003:197)

Item – item pada bahagian F pula adalah berbentuk soalan terbuka yang

berstruktur. Pemilihan soalan terbuka adalah untuk memberi peluang kepada

responden memberi pendapat mengenai item – item yang dikemukakan, manakala

ianya diletakkan secara berstruktur bagi memudahkan pengkaji membuat pengelasan

data bagi pendapat responden tersebut. Data yang diperoleh dari item terbuka

merupakan data kualitatif dan data ini digunakan bagi menyokong hasil dapatan

analisis data kuantitatif. Soal selidik yang dibangunkan adalah berdasarkan

gabungan butiran dan panduan pengurusan masa seperti yang digariskan oleh

Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994), S. Hart – Hester (2003) dan Lakein. J

(1974). Setiap bahagian dalam soal selidik mempersoalkan isu – isu yang terdapat

dalam persoalan kajian. Perincian bagi setiap bahagian – bahagian soal selidik yang

dibangunkan adalah seperti di bawah.

Bahagian A: Bahagian ini mengandungi item – item demografi responden.

Demografi responden digunakan untuk urusan pentadbiran kajian oleh

penyelidik semata – mata. Data dari demografi responden tidak

digunakan bagi sebarang tujuan analisis kajian ini.

Bahagian B: Bahagian ini mengandungi item – item pengurusan yang mengamalkan

pendekatan sistem ISO oleh pensyarah dari aspek mengelola

(organizing) masa kendiri.

Page 63: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Bahagian C: Bahagian ini mengandungi item – item amalan prinsip mengutamakan

(prioritizing) dalam urusan masa seharian sebagai pensyarah dan

anggota organisasi yang mematuhi ISO 9001:2000.

Bahagian D: Bahagian ini mengandungi item – item amalan menjadualkan

(scheduling) dalam urusan masa seharian pensyarah.

Bahagian E : Bahagian ini mengandungi item – item perubahan pengurusan masa

kendiri dalam urusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) hasil dari

pematuhan kepada prosedur ISO 9001:2000. Terdapat empat aspek

yang ingin dikaji iaitu persediaan, penyampaian, penilaian dan

bimbingan.

Bahagian F: Bahagian ini mengandungi item – item terbuka yang berstruktur.

Implikasi ISO kepada pengurusan masa pensyarah dikenal pasti dalam

aspek penglibatan sebagai anggota organisasi dan pengurusan yang

mengamalkan pendekatan sistem. Pandangan yang diberikan oleh

responden digunakan sebagai sumber sokongan kepada aspek yang

dibincangkan dalam bab perbincangan dapatan kajian ini.

3.5 Kaedah Analisis Data

Data yang diperoleh direkodkan, dianalisis dan diringkaskan dalam bentuk

yang mudah difahami dan diinterpretasikan mengikut turutan persoalan kajian secara

kuantitatif yang mana setiap item menjawab setiap persoalan kajian. Semua data

yang dikumpulkan akan dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif untuk

mendapatkan min, sisihan piawai dan peratusan kekerapan (Lau & Zainuddin, 2001).

Kajian yang dijalankan hanya menggunakan analisis skor min bagi menjawab

keempat – empat persoalan kajian ini.

Page 64: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Analisis deskriptif digunakan untuk menerangkan skor min yang diperoleh

bagi setiap item dalam instrumen kajian ini bagi mengukur sejauh manakah

berlakunya perubahan dari aspek pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna

pakai prosedur dan amalan ISO dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran

dan pembelajaran. Jadual 3.3 menunjukkan kaedah analisis data bagi setiap

persoalan kajian ini.

Data kualitatif yang diperoleh dalam Bahagian F instrumen kajian dikelaskan

mengikut persamaan pendapat yang wujud. Pengelasan dibuat bagi melihat

kewujudan persamaan pendapat responden semata – mata. Data kualitatif ini

digunakan bagi membantu pengkaji membincangkan dan membuat kesimpulan hasil

dapatan data kuantitatif. Menurut Seman Saleh (2005), data daripada pendapat

responden dapat membantu pengkaji bagi digunakan sebagai data sokongan kepada

data kuantitatif yang diperoleh dalam sesuatu kajian.

Page 65: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Jadual 3.3 : Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian

Bil Persoalan Kajian Kaedah Analisis

Data

1 Apakah tahap amalan pengurusan yang mengamalkan

pendekatan sistem ISO dapat membantu pensyarah

mengelola (organizing) masa kendiri?

Skor Min

2 Apakah tahap guna pakai prinsip mengutamakan

(prioritizing) dalam urusan kerja seharian sebagai anggota

organisasi ISO dan pendidik?

Skor Min

3 Apakah tahap amalan menjadualkan (scheduling) dalam

urusan seharian pensyarah yang telah dipraktikkan? Skor Min

4 Apakah tahap perubahan yang berlaku dari aspek

pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna pakai

prosedur ISO dalam urusan yang melibatkan proses

pengajaran dan pembelajaran?

i. Persediaan

ii. Penyampaian

iii. Penilaian

iv. Bimbingan

Skor Min

Semua maklumat dalam soal selidik dikumpulkan dalam jadual dan skor

akan diberikan mengikut skala Likert. Analisis data bagi kajian ini melibatkan item

dari Bahagian B hingga D dan dianalisis untuk mendapatkan nilai skor min. Skor

min digunakan untuk melihat persepsi pensyarah sama ada sangat setuju, setuju,

tidak pasti, tidak setuju ataupun sangat tidak setuju. Tafsiran terhadap skor min yang

diperolehi adalah merujuk kepada Jadual 3.4 di bawah seperti yang dicadangkan oleh

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003).

Jadual 3.4 Interprestasi Skor Min.

Page 66: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Julat Skor Min Interpretasi Skor

1.00-1.50 Sangat Tidak Setuju

1.51 – 2.50 Tidak Setuju

2.51 – 3.50 Tidak Pasti / Neutral

3.51 – 4.50 Setuju

4.51 – 5.00 Sangat Setuju

Soal selidik yang telah dibangunkan terlebih dahulu dinilai dari aspek

kebolehpercayaan sebelum diedarkan kepada responden. Nilai kebolehpercayaan

atau Alpha – Cronbach adalah ukuran yang digunakan bagi mengukur darjah

konsistensi dalam instrumen kajian (Gliem.J & Gliem. R, 2003). Dalam kajian ini,

pengkaji menggunakan skala Likert yang diadaptasi daripada Uma Sekaran (2003)

dan interpretasi Alpha – Cronbach bagi menentukan kebolehpercayaan konsistensi

dalaman item soal selidik adalah dengan merujuk kepada Gliem.J & Gliem. R,

(2003) seperti dalam Jadual 3.5 di bawah.

Jadual 3.5: Interpretasi Skor Alpha – Cronbach

Skor Alpha – Cronbach Tahap Kebolehpercayaan

> 0.9 Cemerlang

> 0.8 Baik

> 0.7 Diterima

> 0.6 Dipersoalkan

> 0.5 Serba Kekurangan

> 0.4 Tidak Diterima

Sumber: Gliem.J & Gliem. R, (2003)

Pengkaji memilih untuk menggunakan Statistical Package for Social

Science (SPSS Version 12.0 for Windows) bagi membantu proses menganalisis data

yang telah dikumpulkan agar memudahkan proses menginterpretasikan data

Page 67: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

tersebut. SPSS merupakan satu perisian komputer yang dapat membantu pengkaji

membuat pelbagai analisis terhadap data yang diperoleh. Namun begitu, dalam

kajian ini pengkaji hanya melaksanakan analisis deskriptif menggunakan SPSS bagi

memperoleh skor min bagi setiap item dalam soal selidik kajian ini.

3.6 Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah, kemudian diikuti

dengan mengumpul maklumat daripada sumber – sumber seperti jurnal, buku dan

juga bahan – bahan dari internet. Instrumen kajian dibangunkan dengan

menggunakan soal selidik. Pengkaji kemudiannya mengedarkan soal selidik kepada

responden yang dipilih iaitu pensyarah di tiga buah fakulti di UTHM iaitu Fakulti

Pendidikan Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi

Maklumat dan Multimedia. Proses penyebaran soal selidik dilaksanakan selama tiga

minggu bermula pada 6 Februari 2007 hingga 25 Februari 2007. Sebelum soal

selidik diedarkan, pengkaji terdahulu mendapatkan permohonan kebenaran daripada

dekan bagi setiap fakulti tersebut untuk melaksanakan kajian ini.

Pengkaji telah mengumpul soal selidik yang diedarkan mengikut masa yang

telah dipersetujui oleh pensyarah untuk mengembalikannya. Ini dilakukan bagi

mengelakkan pensyarah tergesa – gesa memberikan maklumbalas kepada item –

item yang dinyatakan dalam soal selidik tersebut. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir

kerangka kerja bagi kajian yang telah dilaksanakan.

Page 68: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Tidak

Ya

Rajah 3.1: Carta Alir Kerangka Kerja

3.7 Kajian Rintis

MULA

TAMAT

Mengenal pasti Masalah

Perbincangan, Kesimpulan dan Cadangan

Dapatan Kajian

Analisis Data Sebenar

Mengumpul Maklumat

Membangunkan Instrumen Kajian

Kajian Rintisα > 0.7

Kesahan dan Kebolehpercayaa

n

Page 69: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Sebelum sesuatu instrumen ini boleh diguna pakai, setiap penyelidik

seharusnya menjalankan satu pengujian awal (kajian rintis) atau dikenali sebagai pilot

test untuk menguji dan memperbaiki soal selidik yang telah dibina untuk mengenal

pasti kebolehpercayaan dan kesahan item-item yang digunakan dalam soal-selidik.

Bilangan subjek dalam kajian rintis bagi kebanyakan kajian penyelidikan adalah 5

hingga 20 orang (Mohammad Najib Abdul Ghafar, 2003).

Pendapat ini diperakui oleh Wiersma (1995) yang mengatakan bahawa

kajian rintis akan memberi peluang kepada penyelidik untuk mengenal pasti

sebarang kekeliruan dan kesamaran bahasa dalam item soal selidik. Di samping itu,

kajian rintis digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dalam

soal selidik yang pertama kali diedarkan agar keputusan dalam kajian sebenar lebih

konsisten (Bordens dan Abbott, 2002).

Oleh yang demikian, penyelidik telah menjalankan kajian rintis pada 23

Januari 2007 hingga 28 Januari 2007 terhadap 12 orang responden yang terdiri dari

lima orang pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal, empat orang pensyarah Fakulti

Pengurusan Teknologi dan tiga orang pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat dan

Multimedia di UTHM. Soal selidik yang diperoleh daripada responden

dikumpulkan dan dianalisis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan yang

diwakili oleh skor Alpha-Cronbach. Nilai alpha (α ) yang semakin menghampiri

satu menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi terhadap item yang

terkandung di dalam borang soal selidik. Seandainya nilai alpha (α ) kurang

daripada 0.6 ini menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan item soal selidik

adalah rendah.

Menurut Uma Sekaran (2003), nilai alpha (α ) yang menghampiri kepada 1

mempunyai “Internal Consistency Realibility” yang tinggi. Manakala Gliem. J &

Gliem. R (2003) menyatakan soal selidik yang dibangunkan mempunyai nilai

kebolehpercayaan pada tahap yang tinggi apabila didapati nilai α > 0.7. Dalam

Page 70: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

kajian ini, pengkaji menggunapakai pendapat yang diberikan oleh Gliem. J & Gliem.

R (2003) bagi menentukan tahap kebolehpercayaan item soal selidik yang telah

dibangunkan dan hasil analisis kajian rintis (Lampiran E) menunjukkan skor Alpha-

Cronbach keseluruhan item adalah sebanyak 0.909 (Jadual 3.6). Berdasarkan skor-

skor Alpha-Cronbach yang diperolehi, didapati nilai tersebut melebihi skor minimum

0.7 seperti yang di syorkan oleh Gliem.J. dan Gliem. R. (2003) untuk soal selidik

mencapai tahap kebolehpercayaan yang diterima.

Jadual 3.6: Analisis Skor Alpha-Cronbach Kajian Rintis

Bil. Bahagian Item Skor Alpha-Cronbach

1. Bahagian B 0.832

2. Bahagian C 0.777

3. Bahagian D 0.722

4. Bahagian E 0.854

Keseluruhan Bahagian 0.909

Kesahan adalah berkaitan dengan potensi instrumen kajian dalam mengukur

apa yang hendak diukur (Santos, 1999). Maklumat mengenai kesahan memberikan

sedikit petunjuk tentang kemampuan ujian tersebut dapat mengukur bidang yang

hendak diukur di bawah keadaan dan kumpulan yang dipilih (Burns, 2000).

Kesahan kandungan selalunya ditentukan melalui penilaian asas oleh pakar (Burns,

2000).

Dalam kajian ini, kesahan item soal selidik (Lampiran F) dibuat dengan

mendapatkan komen dan cadangan daripada pensyarah yang berpengalaman dalam

bidang penyelidikan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tujuannya adalah untuk

proses pemurnian dan pembetulan item-item dalam soal selidik agar berpotensi

memberikan maklumat yang hendak diukur dan dikaji dalam kajian ini.

Page 71: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Sebanyak tiga orang pensyarah telah dipilih berdasarkan kepakaran mereka

dalam bidang berkaitan kualiti, penilaian dan pengurusan. Input dan komen yang

diberikan telah diambil tindakan oleh penyelidik dengan melakukan pemurnian item

dari segi tatacara, tatabahasa dan kesesuaian item dan persoalan kajian yang ingin

dijawab. Proses penyebaran soal selidik untuk pengumpulan data kajian yang

sebenar dilakukan selepas proses pemurnian item dilaksanakan.

3.8 Kesimpulan

Metodologi yang digunakan haruslah konsisten supaya tidak menyeleweng

dari landasan dan batasan kajian. Kaedah yang tepat dan betul adalah penting bagi

menghasilkan sebuah kajian yang bermutu dan berkualiti. Kajian ini hanya

dijalankan terhadap populasi sasaran iaitu pensyarah dari Fakulti Pendidikan

Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan

Multimedia di UTHM. Dalam kajian ini, pengkaji mengandaikan responden

memberi jawapan yang jujur dan ikhlas dan data yang diperoleh dapat dianalisis dan

dibuat interpretasi yang bertepatan dengan persoalan kajian dan seterusnya dapat

menjawab kesemua persoalan kajian.

Page 72: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang hasil analisis dari data kajian yang diperoleh

dari responden yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti

Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di UTHM.

Sebanyak 100 set soal selidik telah disebarkan secara rawak kepada sampel kajian

dan hanya 85 set soal selidik telah berjaya dikumpulkan dan dianalisis. Proses

analisis dilaksanakan mengikut bahagian – bahagian yang terdapat dalam soal

selidik. Bahagian demografi responden (Bahagian A) tidak terlibat dalam analisis

kerana data yang diperoleh sekadar untuk proses pentadbiran kajian ini dan

penyelidik tidak gunakan data tersebut untuk dibuat analisis dengan sebarang

persoalan kajian. Perbincangan mengenai hasil dapatan analisis untuk bahagian B

hingga bahagian E dibuat berdasarkan skor min yang diperoleh bagi setiap item.

Bahagian F yang mengandungi pendapat responden yang berbentuk data kualitatif

dianalisis berdasarkan proses mengelompokkan hasil pendapat yang sepadan.

Page 73: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

4.2 Prosedur Yang Digunakan Untuk Menganalisis Data

Dalam kajian ini, soal selidik yang telah direka bentuk untuk pengumpulan

data daripada responden dilihat dari aspek demografi responden, pengurusan yang

mengamalkan pendekatan sistem (mengelola masa kendiri), amalan prinsip

keutamaan dalam urusan seharian sebagai pensyarah dan anggota organisasi yang

mematuhi ISO 9001:2000, amalan penjadualan dalam urusan masa seharian

pensyarah dan perubahan pengurusan masa kendiri dalam urusan P&P hasil dari

pematuhan kepada prosedur ISO 9001:2000. Soal selidik kajian ini adalah seperti

dalam Lampiran D. Terdapat enam bahagian dalam soal selidik iaitu bahagian A

hingga F dan sebanyak 45 item telah diberikan kepada responden untuk dijawab

(Jadual 4.1).

Hasil analisis data kajian bagi bahagian B hingga bahagian E dilampirkan

dalam Lampiran G dan data yang diperoleh untuk item terbuka F45 di lampirkan

dalam Lampiran H. Untuk bahagian A iaitu demografi responden, pengkaji

menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan pentadbiran kajian semata – mata dan

tidak dianalisis untuk tujuan perkaitan dengan sebarang persoalan kajian ini.

Page 74: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Jadual 4.1: Bilangan Item mengikut Bahagian

Bahagian Item Bilangan Item

A Demografi Responden 6

BPengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem:

Mengelola (Organizing) Masa Kendiri8

C

Amalan Prinsip Keutamaan (Prioritizing) Dalam

Urusan Seharian Sebagai Pensyarah dan Anggota

Organisasi

8

DAmalan Penjadualan (Scheduling) Dalam Urusan

Masa Seharian Pensyarah 10

EPerubahan Pengurusan Masa Kendiri Dalam Urusan

P&P Hasil Dari Pematuhan Kepada Prosedur ISO 12

FPendapat Secara Peribadi Tentang Implikasi ISO

Terhadap Pengurusan Masa Kendiri Pensyarah1

Jumlah Item 45

Dalam kajian ini, data dianalisis dalam bentuk skor min dengan

menggunakan bantuan perisian SPSS. Untuk proses analisis data bagi bahagian B

hingga E, skor min bagi setiap akan ditafsirkan menggunakan jadual interpretasi skor

min yang dikemukakan oleh Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003) seperti dalam

Jadual 3.4. Untuk bahagian F pula, maklum balas yang diberikan oleh responden

disusun dalam bentuk jadual yang menunjukkan kekerapan pendapat yang sepadan

dan digunakan sebagai bahan sokongan data kuantitatif untuk dibincangkan di dalam

bab perbincangan dan kesimpulan kelak.

Page 75: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

4.3 Bahagian B : Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem –

Mengelola (Organizing) Masa Kendiri

Analisis data yang diperoleh dalam bahagian ini akan digunakan bagi

mengukur respons yang diperoleh dari instrumen kajian yang telah disebarkan.

Jawapan responden kepada persoalan sejauh manakah amalan pengurusan yang

mengamalkan pendekatan sistem membantu pensyarah mengelola (organizing) masa

kendiri diperoleh hasil dari analisis yang dibuat. Terdapat lapan item yang

dinyatakan dalam soal selidik kajian bagi membantu menjawab persoalan kajian ini.

Skor min bagi setiap item ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Bagi item B7 iaitu pengurusan masa bergantung kepada individu semata –

mata memperlihatkan catatan skor min bagi item ini bernilai 3.66 iaitu pada tahap

setuju. Untuk item B8 iaitu prosedur kualiti dapat membantu pensyarah mengurus

masa, peratusan responden dilihat cenderung untuk setuju dengan item ini dan

catatan skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.11 dan berada pada tahap setuju.

Dapatan analisis menunjukkan item B9 (kerja pensyarah menjadi lebih

teratur apabila prosedur kualiti dipatuhi) turut memperoleh nilai skor min yang

berada pada tahap setuju dengan nilai sebanyak 4.29. Item penetapan tarikh akhir

(dateline) berkesan untuk mengelakkan penanggahan kerja (B10) mencatatkan skor

min yang lebih tinggi berbanding item B9 dengan catatan skor min item ini berada

pada tahap sangat setuju dengan nilai sebanyak 4.52. Item B11 (penundaan tarikh

akhir adalah petanda pengurusan masa yang lemah) memaparkan nilai skor min

hanya sekadar 3.98, namun masih berada pada tahap setuju. Bagi item pengurusan

masa kendiri adalah satu tabiat (B12), nilai skor min berada pada tahap setuju

dengan catatan skor min sekadar 3.95.

Nilai skor min sebanyak 4.12 dicatatkan bagi item B13 iaitu kerja yang

disiapkan lebih awal adalah hasil pengurusan masa yang baik dan skor min ini

diinterpretasikan sebagai berada pada tahap setuju. Item B14 (rutin harian

Page 76: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

membentuk amalan pengurusan seseorang) adalah item yang terakhir dalam

bahagian B. Skor min yang tinggi diperoleh oleh item ini iaitu dengan nilai

sebanyak 4.19 dan berada pada tahap setuju.

Dapatan analisis data secara keseluruhan bagi bahagian B menunjukkan

purata skor min bagi item – item dalam bahagian ini yang menyentuh persoalan

pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem membantu pensyarah mengelola

(organizing) masa kendiri ialah sebanyak 3.96 dan ditafsirkan sebagai berada pada

tahap setuju. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan item – item yang

dikaitkan dengan persoalan kajian ini. Responden dilihat sangat bersetuju dengan

item B10 iaitu penetapan tarikh akhir (dateline) berkesan untuk mengelakkan

penangguhan kerja. Manakala untuk baki tujuh item yang lain, setiap item berada

pada tahap setuju iaitu nilai skor min berada di antara julat 3.66 hingga 4.47.

Page 77: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Jadual 4.2 : Skor Min Bagi Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan

Sistem – Mengelola (Organizing) Masa Kendiri.

No

ItemItem Skor Min

Interpretasi

Skor

B7 Pengurusan masa bergantung kepada

individu semata – mata. 3.66 Setuju

B8 Prosedur kualiti dapat membantu

pensyarah mengurus masa.4.11 Setuju

B9 Kerja pensyarah menjadi lebih teratur

apabila prosedur kualiti dipatuhi.4.29 Setuju

B10 Penetapan tarikh akhir (dateline)

berkesan untuk mengelakkan

penangguhan kerja.

4.52 Sangat Setuju

B11 Penundaan tarikh akhir (dateline) adalah

petanda pengurusan masa yang lemah.3.98 Setuju

B12 Pengurusan masa kendiri adalah satu

tabiat.3.95 Setuju

B13 Kerja yang disiapkan lebih awal adalah

hasil pengurusan masa yang baik.4.12 Setuju

B14 Rutin harian membentuk amalan

pengurusan masa seseorang.4.19 Setuju

Purata Skor Min 4.10 Setuju

Page 78: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

4.4 Bahagian C : Amalan Prinsip Keutamaan (Prioritizing) Dalam Urusan

Seharian Sebagai Pensyarah Dan Anggota Organisasi

Yang Mematuhi ISO 9001:2000

Analisis data yang diperoleh dalam bahagian ini akan digunakan bagi

mengukur respons yang diperoleh dari instrumen kajian yang telah disebarkan.

Jawapan responden kepada persoalan sejauh manakah pensyarah mengguna pakai

prinsip mengutamakan (prioritizing) dalam urusan kerja seharian sebagai anggota

organisasi dan pendidik diperoleh hasil dari interpretasi yang dibuat kepada setiap

nilai skor min yang diperoleh. Terdapat lapan item yang dinyatakan dalam soal

selidik kajian bagi membantu menjawab persoalan kajian ini. Skor min bagi setiap

item ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Bagi item C15 iaitu urusan pengajaran dan pembelajaran sentiasa menjadi

keutamaan memperlihatkan skor min bagi item ini mencatatkan nilai 4.61 iaitu pada

tahap sangat setuju. Untuk item C16 iaitu senarai kerja untuk dilaksanakan (to do

list) membantu pensyarah menentukan keutamaan sesuatu kerja, peratusan

responden dilihat cenderung untuk setuju dengan item ini. Situasi ini berlaku hasil

dari skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.34 dan berada pada tahap setuju.

Dapatan analisis menunjukkan item C17 iaitu keutamaan sesuatu kerja

diputuskan berdasarkan kepentingannya kepada P&P turut memperlihatkan catatkan

nilai skor min yang berada pada tahap setuju iaitu sebanyak 4.42. Item urusan P&P

akan diutamakan sekiranya wujud pertindihan dengan kerja pengurusan (C18)

mencatatkan nilai skor min yang lebih rendah berbanding item C17 dengan nilai skor

min sekadar mencatat 4.19. Namun nilai skor ini masih diinterpretasikan sebagai

setuju. Item C19 (prosedur kerja memudahkan proses penentuan keutamaan sesuatu

kerja) menunjukkan skor min yang semakin merosot berbanding item sebelumnya.

Catatan skor min bagi item ini hanya sekadar 4.11 dan masih berada pada tahap

setuju.

Page 79: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Bagi item pengurusan masa kendiri adalah satu tabiat, data yang diperoleh

menunjukkan responden berada pada tahap setuju dengan catatan skor min yang

semakin menurun iaitu sekadar 3.80. Walau bagaimanapun, kemerosotan nilai skor

min tidak berterusan bagi item C21 iaitu keutamaan sesuatu kerja untuk diselesaikan

bergantung kepada arahan pihak atasan. Ini kerana skor min yang dicatatkan ialah

4.27 dan berada pada tahap setuju. Item C22 (urusan P&P perlu diutamakan bagi

mencapai objektif kualiti universiti) yang merupakan item terakhir dalam bahagian C

memperoleh skor min yang tinggi iaitu dengan nilai sebanyak 4.29 dan berada pada

tahap setuju.

Dapatan analisis bagi keseluruhan item bahagian C menunjukkan purata skor

min bagi item – item amalan prinsip mengutamakan (prioritizing) dalam urusan

kerja seharian sebagai anggota organisasi dan pendidik pengurusan yang mematuhi

ISO 9001:2000 ialah sebanyak 4.25 dan ditafsirkan sebagai berada pada tahap setuju.

Ini menunjukkan responden bersetuju dengan item – item yang dikaitkan dengan

persoalan kajian ini. Responden dilihat sangat bersetuju dengan item C15 iaitu

urusan pengajaran dan pembelajaran sentiasa menjadi keutamaan. Manakala untuk

baki tujuh item yang lain, setiap item berada pada tahap setuju iaitu nilai skor min

berada di antara julat 3.80 hingga 4.42.

Page 80: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Jadual 4.3: Skor Min Bagi Amalan Prinsip Mengutamakan (Prioritizing)

Dalam Urusan Seharian Sebagai Pensyarah Dan Anggota Organisasi Yang

Mematuhi ISO 9001:2000.

No

ItemItem Skor Min

Interpretasi

Skor

C15 Urusan pengajaran dan pembelajaran

sentiasa menjadi keutamaan.4.61 Sangat Setuju

C16 Senarai kerja untuk dilaksanakan (to do

list) membantu pensyarah menentukan

keutamaan sesuatu urusan.

4.34 Setuju

C17 Keutamaan sesuatu kerja diputuskan

berdasarkan kepentingannya kepada

P&P.

4.42 Setuju

C18 Urusan P&P akan diutamakan sekiranya

wujud pertindihan dengan kerja

pengurusan.

4.19 Setuju

C19 Prosedur kerja memudahkan proses

penentuan keutamaan sesuatu kerja.4.11 Setuju

C20 Penyediaan “to do list” hanya satu

pilihan, bukannya kemestian3.80 Setuju

C21 Keutamaan sesuatu kerja untuk

diselesaikan bergantung kepada arahan

pihak atasan.

4.27 Setuju

C22 Urusan P&P perlu diutamakan bagi

mencapai objektif kualiti universiti.4.29 Setuju

Purata Skor Min 4.25 Setuju

4.5 Bahagian D : Amalan Penjadualan (Scheduling) Dalam Urusan Masa

Seharian Pensyarah

Page 81: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Analisis data yang diperoleh dalam bahagian ini akan digunakan bagi

mengukur respons yang diperoleh dari instrumen kajian yang telah disebarkan.

Jawapan responden kepada persoalan sejauh manakah amalan menjadualkan

(scheduling) dalam urusan seharian pensyarah dipraktikkan diperoleh hasil dari

interpretasi yang dibuat kepada setiap nilai skor min yang diperoleh. Terdapat

sepuluh item yang dinyatakan dalam soal selidik kajian bagi membantu menjawab

persoalan kajian ini. Skor min bagi setiap item ditunjukkan dalam Jadual 4.4.

Bagi item D23 iaitu penggunaan jadual untuk menguruskan masa adalah

langkah yang praktikal memperlihatkan skor min bagi item ini mencatatkan nilai

4.38 iaitu pada tahap sangat setuju. Untuk item D24 iaitu penggunaan jadual

mengurangkan keanjalan (flexibility) dalam pengurusan masa, responden dilihat

cenderung untuk setuju dengan catatan skor min bagi item ini ialah 4.02 dan berada

pada tahap setuju. Dapatan analisis menunjukkan item D25 iaitu pematuhan kepada

jadual pengurusan masa memerlukan disiplin diri turut mencatatkan nilai skor min

pada tahap setuju iaitu sebanyak 4.40.

Item jadual perancangan kerja hanya digunakan ketika berada di pejabat

(D26) mencatatkan penurunan nilai skor min yang ketara dengan responden dilihat

tidak pasti ataupun neutral dengan item ini. Skor min item ini mencatatkan nilai

yang agak rendah berbanding item – item yang lain iaitu hanya sebanyak 3.40 dan

berada pada tahap tidak pasti / neutral. Item D27 (kerja sepatutnya diselesaikan di

pejabat sahaja) turut memperlihatkan responden tidak pasti ataupun neutral dengan

item ini seperti yang berlaku kepada item D26. Catatan skor min yang berada di

bawah tahap setuju iaitu dengan catatan sekadar 3.45 tidak berada pada tahap setuju

tetapi menurun kepada tahap tidak pasti / neutral.

Bagi item penjadualan kerja yang tidak teratur menyebabkan kerja dibawa

pulang ke rumah (D28) memperlihatkan corak respons yang lebih kurang sama

dengan item D26 dan D27. Nilai skor min bagi item ini semakin merudum

berbanding dua item sebelumnya. Catatan sekadar 3.20 merupakan yang paling

Page 82: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

rendah berbanding lain – lain item dalam kajian ini. Natijahnya, nilai skor min ini

diinterpretasikan sebagai tidak pasti ataupun neutral oleh sebahagian besar

responden.

Pola penurunan nilai skor min dilihat tidak mempengaruhi item D29 iaitu

rancangan mengajar membantu proses penjadualan masa pensyarah semasa P&P dan

skor min yang dicatatkan ialah 4.12 dan berada pada tahap setuju. Untuk item

kelancaran proses P&P hasil dari penjadualan masa yang baik (D30) mencatatkan

skor min yang berada pada tahap setuju iaitu sebanyak 4.21.

Item seterusnya iaitu kualiti kerja memerlukan penjadualan masa yang teratur

(D31) memperoleh catatan skor min yang agak tinggi iaitu sebanyak 4.46 dan berada

pada tahap setuju. Item D32 (penjadualan masa bergantung kepada tabiat individu)

adalah item yang terakhir dalam bahagian D. Nilai skor min yang dicatat iaitu 3.98

ditafsirkan sebagai setuju.

Dapatan analisis secara keseluruhannya menunjukkan purata skor min bagi

keseluruhan item bahagian D iaitu amalan penjadualan (scheduling) dalam urusan

masa seharian pensyarah ialah sebanyak 3.96 dan ditafsirkan sebagai berada pada

tahap setuju. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan item – item yang

dikaitkan dengan persoalan kajian ini. Responden dilihat bersetuju secara

keseluruhan item dalam bahagian ini dengan catatan skor min bernilai sekitar 3.98

hingga 4.46 bagi item D23, D24, D25, D29, D30, D31 dan D32.

Namun begitu terdapat tiga item dalam bahagian ini yang memberi

interpretasi skor min tidak pasti atau neutral. Item D26, D27 dan D28 mencatatkan

nilai skor min hanya dalam lingkungan 3.20 hingga 3.45. Item D 28 iaitu

penjadualan masa yang tidak teratur menyebabkan kerja dibawa pulang ke rumah

mencatat skor min paling rendah berbanding semua item yang terdapat dalam soal

selidik kajian ini dengan sekadar memperoleh catatan sebanyak 3.20 sahaja.

Page 83: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Jadual 4.4 : Skor Min Bagi Amalan Penjadualan (Scheduling) Dalam

Urusan Seharian Pensyarah.

Page 84: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

No

ItemItem Skor Min

Interpretasi

Skor

D23 Penggunaan jadual untuk menguruskan

masa adalah langkah yang praktikal.4.38 Setuju

D24 Penggunaan jadual mengurangkan

keanjalan (flexibility) dalam pengurusan

masa.

4.02 Setuju

D25 Pematuhan kepada jadual pengurusan

masa memerlukan disiplin diri.4.40 Setuju

D26 Jadual perancangan kerja hanya

digunakan ketika berada di pejabat.3.40

Tidak Pasti /

Neutral

D27 Kerja sepatutnya diselesaikan di pejabat

sahaja.3.45

Tidak Pasti /

Neutral

D28 Penjadualan kerja yang tidak teratur

menyebabkan kerja dibawa pulang ke

rumah.

3.20Tidak Pasti /

Neutral

D29 Rancangan mengajar membantu proses

penjadualan masa pensyarah semasa

P&P.

4.12 Setuju

D30 Kelancaran proses P&P hasil dari

penjadualan masa yang baik.4.21 Setuju

D31 Kualiti kerja memerlukan penjadualan

masa yang teratur.4.46 Setuju

D32 Penjadualan masa bergantung kepada

tabiat individu.3.98 Setuju

Purata Skor Min 3.96 Setuju

4.6 Bahagian E : Perubahan Pengurusan Masa Kendiri Dalam Urusan P&P

Hasil Dari Pematuhan Kepada Prosedur ISO 9001:2000.

Page 85: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Analisis data yang diperoleh dalam bahagian ini akan digunakan bagi

mengukur respons yang terkumpul dari instrumen kajian yang telah disebarkan.

Jawapan responden kepada persoalan sejauh manakah berlakunya perubahan dari

aspek pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna pakai prosedur kualiti

dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran diperoleh hasil

dari interpretasi yang dibuat kepada nilai skor min yang dicatatkan oleh setiap item.

Terdapat 12 item yang dinyatakan dalam soal selidik kajian bagi membantu

menjawab persoalan kajian ini. Skor min bagi setiap item ditunjukkan dalam Jadual

4.5.

Item – item dalam bahagian ini dibahagikan kepada empat aspek yang

berbeza dalam proses P&P iaitu persediaan, penyampaian, penilaian dan bimbingan.

Skor min keseluruhan item bagi bahagian ini adalah sebanyak 4.17 dan ditafsirkan

sebagai berada pada tahap setuju (rujuk Jadual 4.5). Perincian bagi setiap item

dianalisis mengikut empat aspek seperti yang dinyatakan.

Jadual 4.5 : Skor Min Bagi Perubahan Pengurusan Masa Kendiri Dalam Urusan P&P Hasil

Dari Pematuhan Kepada Prosedur ISO.

No

ItemItem Skor Min Interpretasi Skor

Page 86: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

E33 Rancangan mengajar disediakan untuk membantu

pengurusan masa P&P.4.40 Setuju

E34 Kehadiran pelajar diambil bagi mematuhi

keperluan kualiti universiti.4.00 Setuju

E35 Penangguhan kuliah menjejaskan objektif kualiti

universiti.4.00 Setuju

E36 Interaksi pelbagai hala adalah keperluan dalam

P&P.4.58 Sangat Setuju

E37 Kepelbagaian bahan mengajar dapat

meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.4.58 Sangat Setuju

E38 Pengalaman pembelajaran pelajar perlu dibina

semasa P&P berlangsung.4.42 Setuju

E39 Jadual perlaksanaan ujian perlu dimaklumkan di

awal semester pengajian.4.39 Setuju

E40 Perlaksanaan ujian adalah tertakluk kepada jadual

perlaksanaan ujian.4.05 Setuju

E41 Penundaan ujian adalah indikator perlaksanaan

P&P yang tidak teratur.3.39

Tidak Pasti /

Neutral

E42 Pensyarah perlu menetapkan masa yang khusus

untuk sesi bimbingan dengan pelajar.4.20 Setuju

E43 Bimbingan susulan adalah satu keperluan

memantapkan pemahaman pelajar.4.04 Setuju

E44 Penetapan waktu bimbingan adalah satu

keperluan.4.04 Setuju

Purata Skor Min 4.17 Setuju

4.6.1 Persediaan

Page 87: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Analisis skor min bagi setiap item bagi aspek persediaan ditunjukkan dalam

Jadual 4.6 dan hasil analisis data kajian menunjukkan untuk item E33 iaitu

rancangan mengajar disediakan untuk membantu pengurusan masa P&P

memperlihatkan nilai skor min yang dicatatkan oleh item ini adalah sebanyak 4.40

dan ditafsirkan sebagai setuju. Item kehadiran pelajar diambil bagi mematuhi

keperluan kualiti universiti (E34) mencatatkan penurunan nilai skor min berbanding

item sebelumnya. Nilai skor min yang diperoleh oleh item ini hanya sekadar 4.00

dan masih berada pada tahap yang ditafsirkan sebagai setuju. Item seterusnya iaitu

penangguhan kuliah menjejaskan objektif kualiti universiti (E35) memperlihatkan

nilai catatan skor min yang sama dengan item E34 iaitu 4.00.

Jadual 4.6 : Skor Min Bagi Aspek Persediaan Dalam P&P.

No

ItemItem Skor Min

Interpretasi

Skor

E33 Rancangan mengajar disediakan untuk

membantu pengurusan masa P&P.4.40 Setuju

E34 Kehadiran pelajar diambil bagi mematuhi

keperluan kualiti universiti.4.00 Setuju

E35 Penundaan kuliah menjejaskan objektif

kualiti universiti.4.00 Setuju

Purata Skor Min 4.13 Setuju

Dapatan analisis bagi bahagian ini secara keseluruhannya menunjukkan

purata skor min bagi keseluruhan item persediaan ialah sebanyak 4.13 dan

ditafsirkan sebagai berada pada tahap setuju. Responden dilihat bersetuju secara

keseluruhan item dalam bahagian ini dengan catatan skor min bernilai sekitar 4.00

hingga 4.40. Item E33 mencatatkan nilai skor min yang tertinggi iaitu 4.40. Ini

membawa gambaran bahawa sebahagian besar responden setuju bahawa rancangan

mengajar disediakan bagi membantu pengurusan masa P&P.

Page 88: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

4.6.2 Penyampaian

Analisis skor min bagi setiap item dalam aspek penyampaian ditunjukkan

dalam Jadual 4.7 dan hasil dapatan kajian menunjukkan untuk item E36 iaitu

interaksi pelbagai hala adalah keperluan dalam P&P mencatatkan nilai skor min

yang agak tinggi iaitu sebanyak 4.58 dan nilai ini ditafsirkan sebagai sangat setuju.

Ini memberi refleksi kepada persetujuan responden kepada keperluan interaksi dua

hala dalam P&P.

Item kepelbagaian bahan mengajar dapat meningkatkan pengalaman

pembelajaran pelajar (E37) mencatatkan keputusan skor min yang sama dengan item

sebelumnya. Item yang terakhir bagi bahagian penyampaian dalam P&P iaitu

pengalaman pembelajaran pelajar perlu dibina semasa P&P berlangsung (E38)

memperlihatkan penurunan skor min bagi item ini. Nilai skor min bagi item ini

adalah sebanyak 4.42 dan sekadar berada di tahap setuju.

Dapatan analisis secara keseluruhannya bagi bahagian penyampaian P&P

menunjukkan purata skor min bagi keseluruhan item ialah sebanyak 4.53 dan

ditafsirkan sebagai berada pada tahap sangat setuju. Responden dilihat sangat setuju

dengan keseluruhan item dalam bahagian ini dengan catatan skor min yang paling

rendah ialah item E38 hanya 4.42 dan nilai 4.58 dicatatkan secara bersama oleh item

E36 dan E37.

Jadual 4.7 : Skor Min Bagi Aspek Penyampaian Dalam P&P.

Page 89: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

No

ItemItem Skor Min

Interpretasi

Skor

E36 Interaksi pelbagai hala adalah keperluan

dalam P&P.4.58 Sangat Setuju

E37 Kepelbagaian bahan mengajar dapat

meningkatkan pengalaman pembelajaran

pelajar.

4.58 Sangat Setuju

E38 Pengalaman pembelajaran pelajar perlu

dibina semasa P&P berlangsung.4.42 Setuju

Purata Skor Min 4.53 Sangat Setuju

4.6.3 Penilaian

Analisis skor min bagi setiap item untuk aspek penilaian ditunjukkan dalam

Jadual 4.8. Hasil dapatan kajian untuk item E39 iaitu jadual perlaksanaan ujian perlu

dimaklumkan di peringkat awal semester pengajian menunjukkan nilai skor min

yang tinggi iaitu sebanyak 4.39 dan nilai ini ditafsirkan sebagai setuju. Ini memberi

refleksi kepada persetujuan responden kepada penyediaan jadual penilaian

dimaklumkan di peringkat awal semester pengajian.

Item perlaksanaan ujian adalah tertakluk kepada jadual perlaksanaan ujian

(E40) mencatatkan skor min 4.05 dan diinterpretasikan sebagai setuju. Item yang

terakhir bagi bahagian penilaian dalam P&P iaitu penundaan ujian adalah indikator

perlaksanaan P&P yang tidak teratur (E41) memperlihatkan penurunan skor min

yang hanya berada pada tahap tidak pasti atau neutral dengan nilai skor min hanya

sebanyak 3.39 sahaja.

Page 90: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Dapatan analisis secara keseluruhannya bagi bahagian penilaian dalam P&P

menunjukkan purata skor min bagi keseluruhan item ialah sebanyak 3.94 dan

ditafsirkan sebagai berada pada tahap setuju. Responden dilihat setuju dengan

keseluruhan item dalam bahagian ini, namun item E41 iaitu penundaan ujian adalah

indikator perlaksanaan P&P yang tidak teratur memberikan interpretasi yang berbeza

dengan item E39 dan E40. Item ini dilihat tidak pasti atau neutral bagi sebahagian

besar responden.

Jadual 4.8 : Skor Min Bagi Aspek Penilaian dalam P&P.

No

ItemItem Skor Min

Interpretasi

Skor

E39 Jadual perlaksanaan ujian perlu

dimaklumkan di awal semester

pengajian.

4.39 Setuju

E40 Perlaksanaan ujian adalah tertakluk

kepada jadual perlaksanaan ujian.4.05 Setuju

E41 Penundaan ujian adalah indikator

perlaksanaan P&P yang tidak teratur.3.39

Tidak Pasti /

Neutral

Purata Skor Min 3.94 Setuju

4.6.4 Bimbingan

Analisis skor min bagi setiap item untuk aspek bimbingan ditunjukkan dalam

Jadual 4.9. Hasil dapatan analisis kajian untuk item E42 iaitu pensyarah perlu

menetapkan masa yang khusus untuk sesi bimbingan dengan pelajar memperlihatkan

skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.20 dan nilai ini ditafsirkan sebagai setuju. Ini

Page 91: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

memberi refleksi kepada persetujuan responden kepada penetapan masa yang khusus

untuk sesi bimbingan dengar pelajar.

Item bimbingan susulan adalah satu keperluan memantapkan pemahaman

pelajar (E43) turut mencatatkan skor min yang tinggi iaitu 4.04 dan

diinterpretasikan sebagai setuju. Item yang terakhir bagi bahagian bimbingan dalam

P&P iaitu penetapan waktu bimbingan adalah satu keperluan (E44) memperlihatkan

nilai skor min yang diperoleh sama dengan item E43 iaitu 4.04 dan diinterpretasikan

berada pada tahap setuju.

Dapatan analisis secara keseluruhannya bagi bahagian bimbingan dalam P&P

menunjukkan purata skor min bagi keseluruhan item ialah sebanyak 4.04 dan

ditafsirkan sebagai berada pada tahap setuju. Responden dilihat setuju dengan

keseluruhan item dalam bahagian ini dan skor yang tertinggi dicatatkan oleh item

E42. Keseluruhan skor min item berada pada nilai antara 4.04 hingga 4.20

Jadual 4.9 : Skor Min Bagi Aspek Bimbingan dalam P&P.

Page 92: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

No

ItemItem Skor Min

Interpretasi

Skor

E42 Pensyarah perlu menetapkan masa yang

khusus untuk sesi bimbingan dengan

pelajar.

4.20 Setuju

E43 Bimbingan susulan adalah satu keperluan

memantapkan pemahaman pelajar.4.04 Setuju

E44 Penetapan waktu bimbingan adalah satu

keperluan. 4.04 Setuju

Purata Skor Min 4.09 Setuju

4.7 Bahagian F : Item Terbuka Tentang Implikasi ISO Terhadap

Pengurusan Masa Kendiri Pensyarah

Soal selidik bahagian F adalah berbentuk soalan terbuka bagi memberi

peluang kepada responden untuk memberi pendapat secara peribadi tentang

implikasi ISO terhadap pengurusan masa kendiri mereka. Data yang diperoleh

(rujuk Lampiran H) akan digunakan bagi menyokong proses perbincangan item –

item yang terlibat secara langsung dengan dua aspek amalan yang dikaji dalam

kajian ini iaitu penglibatan sebagai anggota organisasi dan pengurusan yang

mengamalkan pendekatan sistem. Hasil analisis pendapat pensyarah dikelompokkan

berdasarkan respons yang sepadan mengikut kedua – dua amalan ISO yang dikaji

dalam kajian ini bagi melihat implikasinya kepada pengurusan masa kendiri

pensyarah.

Hasil dari analisis respons yang diperoleh mendapati terdapat kepelbagaian

pendapat yang diberikan oleh pensyarah tentang dua aspek yang dinyatakan.

Page 93: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Kepelbagaian pendapat ini dapat membantu dari pengkaji untuk menyokong dapatan

analisis yang diperoleh menerusi respons kepada item tertutup dalam soal selidik

seperti mana yang dinyatakan dalam bahagian B hingga bahagian E kajian ini.

Hasil analisis pendapat responden kepada aspek penglibatan sebagai

pensyarah dan anggota pengurusan organisasi (universiti) ditunjukkan dalam Jadual

4.10. Terdapat lima kelompok pendapat yang terdiri dari peningkatan bebanan kerja,

peningkatan kecekapan tugas, tiada perkaitan antara tugas sebagai anggota

organisasi dan pensyarah, kewujudan birokrasi dalam urusan pensyarah dan tiada

sebarang masalah. Peningkatan kecekapan tugas mencatatkan bilangan kesepadanan

pendapat yang paling tinggi berbanding lain – lain pendapat.

Jadual 4.10: Cadangan Responden Dari Aspek Penglibatan Sebagai Pensyarah

Dan Anggota Pengurusan Organisasi (universiti).

Penglibatan

Sebagai

Pensyarah Dan

Anggota

Pengurusan

Organisasi

(universiti)

Kelompok PendapatBilangan

Responden

Peningkatan bebanan kerja. 6

Peningkatan kecekapan tugas. 9

Tiada perkaitan antara keduanya 1

Kewujudan birokrasi dalam urusan

pensyarah.2

Tiada sebarang masalah. 1

Jumlah responden yang memberi pendapat. 19

Bagi persoalan yang kedua iaitu menyentuh tentang aspek pengurusan yang

mengamalkan pendekatan sistem, hasil analisis (Jadual 4.11) memperlihatkan

terdapat empat kelompok pendapat yang sepadan iaitu peningkatan kecekapan

pengurusan dan mutu kerja, kewujudan kekangan idea dan kreativiti, sekadar garis

panduan pengurusan dan konflik antara urusan P&P dan pengurusan. Kebanyakan

Page 94: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

pendapat yang diperoleh menjurus kepada pendapat tentang peningkatan kecekapan

pengurusan dan mutu kerja.

Jadual 4.11: Cadangan Responden Dari Aspek Pengurusan Yang

Mengamalkan Pendekatan Sistem.

Pengurusan Yang

Mengamalkan

Pendekatan

Sistem.

Kelompok PendapatBilangan

Responden

Peningkatan kecekapan pengurusan dan mutu

kerja. 10

Memberi kekangan idea dan kreativiti. 2

Sekadar garis panduan pengurusan. 2

Konflik antara urusan P&P dan pengurusan. 1

Jumlah responden yang memberi pendapat. 15

Page 95: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Perbincangan, kesimpulan dan cadangan akan dibuat berdasarkan kepada

persoalan kajian di mana ianya diatur dalam tema – tema yang dijadikan tajuk seperti

di bawah:

(i) Amalan pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem ISO bagi

mengelolakan (organizing) masa kendiri.

(ii) Amalan prinsip mengutamakan (prioritizing) dalam urusan kerja

seharian sebagai pensyarah dan anggota organisasi yang mematuhi

ISO 9001:2000.

(iii) Amalan menjadualkan (scheduling) dalam pengurusan masa seharian

pensyarah.

(iv) Perubahan pengurusan masa kendiri dalam urusan P&P hasil dari

pematuhan kepada prosedur ISO 9001:2000.

Page 96: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Setiap tema dibincangkan secara terperinci dengan menjadikan hasil analisis

data sebagai petunjuk arah kepada butiran perbincangan. Perbincangan menjurus

kepada proses menjawab persoalan yang dikaji oleh pengkaji. Setelah perbincangan

dibuat, kesimpulan bagi setiap tema dihasilkan dan seterusnya cadangan kepada hasil

kajian bakal diperoleh. Seterusnya semua tema melalui proses perbincangan,

kesimpulan dan cadangan, satu kesimpulan utama yang menjurus kepada jawapan

utama bagi kajian ini dibuat dan akhirnya pernyataan masalah kajian ini dapat

dijawab. Cadangan susulan kepada kajian yang mendatang akan diberikan supaya

wujud kesinambungan kepada kajian ini kelak.

5.2 Amalan Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem ISO Bagi

Mengelolakan (Organizing) Masa Kendiri.

Hasil dari kajian ini menunjukkan pensyarah bersetuju pada dasarnya dengan

pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem membantu pensyarah mengelola

masa kendiri. Dapatan ini dibuat hasil dari maklumat yang menunjukkan bahawa

skor min keseluruhan item di bawah aspek ini berada pada tahap setuju. Fungsi

prosedur kualiti sebagai mekanisme yang membantu proses mengelola masa kendiri

dipersetujui dapat membantu pensyarah mengurus masa. Selain daripada itu,

pematuhan kepada prosedur kualiti diyakini mampu memberi implikasi positif

kepada pengurusan kerja yang lebih teratur. Situasi ini digambarkan menerusi

persetujuan yang diberikan oleh pensyarah dalam kajian ini. Kerja yang

dilaksanakan berdasarkan dasar dan prosedur yang didokumenkan adalah salah satu

ciri sistem pengurusan berkualiti seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Abdul Halim

Bin Ali semasa Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Khidmat Cemerlang UTM 1998.

Amer Syakir Zainol (2005) menyatakan bahawa penentuan sama da manusia

itu berjaya atau tidak berjaya terpulang kepada cara mengelola masa kendiri sama

ada secara efektif atau tidak. Beliau menyatakan pengurusan masa yang baik ialah

Page 97: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti harian.

Disiplin yang dimaksudkan di sini adalah penggunaan jadual aktiviti harian.

Penggunaan jadual aktiviti harian turut menjadi mitos dalam pengurusan masa

kendiri seperti yang dinyatakan oleh Norlida Abd Halim & Jurina Pieei, 1994.

Namun begitu, kajian ini menemukan jawapan bahawa pensyarah di UTHM

bersetuju bahawa pengurusan masa kendiri adalah satu tabiat dan rutin harian akan

membentuk amalan pengurusan masa seseorang. Prosedur kualiti yang dipatuhi

akan membentuk tabiat di dalam diri pensyarah. Terdapat pendapat pensyarah yang

menyokong sepenuhnya pematuhan prosedur kualiti membantu kaedah kerja yang

lebih bersistematik dan maklumat serta data direkodkan dengan baik. Prosedur

kualiti juga dilihat memberi implikasi positif kepada proses mendisiplinkan

pengurusan masa pensyarah menerusi panduan yang diberikan.

Hasil kajian ini turut mendapati pensyarah sangat bersetuju dengan

keberkesanan penetapan tarikh akhir (dateline) bagi mengelakkan penangguhan

kerja. Musuh utama pengurusan masa adalah penangguhan kerja (Norlida Abd

Halim & Jurina Pieei, 1994). Kajian ini turut menunjukkan persetujuan pensyarah

tentang perihal penundaan tarikh akhir (dateline) adalah petanda pengurusan masa

yang lemah. Aspek penundaan masa untuk menyiapkan kerja penting akan

menimbulkan krisis yang menggambarkan tindakan yang tidak matang dan tidak

bertanggungjawab. Kerja yang disiapkan lebih awal secara relatifnya dipersetujui

memberi petanda pengurusan masa yang baik. Penggunaan masa yang berkualiti

turut berkait rapat dengan aspek pengurusan masa itu sendiri. Oleh sebab itu setiap

insan perlu mengambil kira dua perkara penting dalam mengelola masa kendiri iaitu

kuantiti masa dan kualiti masa yang digunakan (Amer Syakir Zainol, 2002).

Kesimpulannya, amalan pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem

dipersetujui dapat membantu pensyarah mengelola (organizing) masa kendiri.

Peranan penting prosedur kualiti dan penetapan tarikh akhir (dateline) menjurus

kepada pendekatan yang digunakan oleh pensyarah untuk mengelola masa kendiri

mereka.

Page 98: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Oleh yang demikian, dalam kajian ini memperlihatkan pendekatan sistem

memberi implikasi yang positif bagi membina garis panduan untuk pensyarah

mengelola masa kendiri mereka. Pematuhan kepada prosedur kualiti dapat membina

suatu pendekatan sistem yang akhirnya dapat menjurus semua pensyarah untuk sama

–sama berada dalam sistem kualiti yang turut dilihat sebagai “suatu pendekatan

sistem”.

5.3 Amalan Prinsip Mengutamakan (Prioritizing) Dalam Urusan Seharian

Sebagai Pensyarah Dan Anggota Organisasi Yang Mematuhi ISO

9001:2000.

Muhammad Yahya (2005) menyatakan perkara yang perlu ditekankan oleh

pensyarah ialah perkembangan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang P&P,

peningkatan kualiti P&P dan produktiviti pensyarah, proses penilaian kendiri atau

refleksi dalam aktiviti pengajaran dan penggunaan teknologi maklumat dan

multimedia dalam P&P. Hasil kajian ini turut membuktikan pensyarah UTHM

sangat setuju dengan kenyataan Muhammad Yahya (2005) iaitu urusan P&P sentiasa

menjadi keutamaan. Komitmen pensyarah terhadap urusan P&P memberi gambaran

positif kepada kefahaman pensyarah tentang tanggungjawab utama atau “core

business” mereka.

Kualiti bukanlah tanggungjawab pihak pengurusan semata – mata, tetapi

merupakan tanggungjawab semua ahli anggota dalam organisasi (Omar Din, 2002).

Ia memerlukan sumbangan bersama setiap ahli anggota untuk menjayakan usaha

penambahbaikan kualiti. Oleh yang demikian, pensyarah turut terlibat dalam kerja

pengurusan kualiti dan pada masa yang sama turut bertanggungjawab memastikan

kelicinan proses P&P. Situasi ini telah menimbulkan kewujudan pendapat dalam

kalangan pensyarah yang merasa keliru tentang beban kerja pengurusan yang

diberikan oleh pihak pengurusan universiti. Bebanan tambahan ini memerlukan

Page 99: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

mereka membahagikan masa antara urusan P&P dan tugas pengurusan serta

menjejaskan status urusan P&P sebagai “core business” pensyarah dan pendapat ini

senada dengan Ismail Abdullah (1999). Namun, kebanyakan input yang diterima

dalam kajian ini menggambarkan perkara yang sebaliknya. Majoriti pensyarah

melihat secara positif agihan tugas pengurusan kerana kualiti adalah proses yang

kompleks dan melibatkan banyak pihak serta memerlukan penglibatan ramai staf

seperti mana yang disarankan oleh Sohal, A. S., Samson, D. & Ramsay, L (1998).

Kajian ini turut menemukan dapatan bahawa penggunaan senarai tindakan (to

do list) dipersetujui dapat membantu pensyarah dalam proses penentuan keutamaan

sesuatu urusan. Namun begitu, responden dalam kajian ini melihat penyediaan

senarai tindakan dirasakan hanya satu pilihan bukannya sebagai kemestian dalam

aspek pengurusan masa kendiri pensyarah. Perspektif ini tidak selari dengan kaedah

pengurusan masa berkesan seperti yang dinyatakan oleh Lakein, J (1974) iaitu cara

yang paling efektif untuk mengintegrasikan antara aspek – aspek pengurusan masa

(organizing, prioritizing & scheduling) ialah dengan membina senarai tindakan

dalam urusan seharian. Keperluan menulis senarai tindakan sebagai satu strategi

pengurusan masa turut diketengahkan oleh S. Hart – Hester (2003). Walau

bagaimanapun, pensyarah di UTHM secara keseluruhannya masih melihat

penyediaan senarai tindakan mampu membantu pensyarah menentukan keutamaan

sesuatu urusan.

Selain dari itu, kajian ini turut mendapati pensyarah bersetuju untuk

mengutamakan urusan P&P berbanding kerja pengurusan sekiranya wujud

pertindihan di antara keduanya. Pada masa yang sama, pensyarah turut bersetuju

keutamaan sesuatu kerja untuk diselesaikan turut bergantung kepada arahan pihak

atasan. Konflik antara urusan P&P dan arahan pihak atasan merupakan situasi yang

perlu dihadapi oleh pensyarah. Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994)

merumuskan sekiranya seseorang diminta untuk memilih keutamaan di antara dua

situasi, mereka perlu memilih berdasarkan sifat timbal balik, saling hormat

menghormati dan faedah bersama, ikatan yang produktif dan sihat boleh

berkembang.

Page 100: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Adalah penting untuk pensyarah memahami tanggungjawab dan menilai

peranan mereka di dalam sebuah organisasi yang dinamakan sebagai universiti.

Kerja berpasukan boleh membantu menjalin perasaan saling percaya – mempercayai,

menambahbaikkan komunikasi dan membentuk sikap saling bergantung dalam

kalangan staf dan komunikasi yang berkesan serta penglibatan staf pula dapat

meningkatkan komitmen staf kepada kualiti (PKPA, 1992).

Kesimpulannya, pensyarah telah mengguna pakai prinsip mengutamakan

(prioritizing) dalam urusan kerja seharian sebagai anggota organisasi dan pendidik.

Ini kerana pensyarah di UTHM sudah matang untuk menilai peranan mereka sebagai

anggota organisasi dan pada masa yang sama masih melaksanakan “core business”

sebagai pendidik. Rungutan kecil yang wujud tidak menggambarkan situasi yang

berlaku di institusi ini disebabkan hasil kajian menunjukkan sokongan yang

signifikan dalam kalangan pensyarah terhadap implikasi positif ISO kepada urusan

kerja seharian mereka sebagai anggota organisasi dan pendidik.

Pensyarah pada masa kini perlu memahami tugas mereka tidak hanya terikat

kepada proses P&P semata – mata, tetapi keperluan semasa memerlukan mereka

memainkan peranan aktif sebagai seorang anggota organisasi yang menjadikan

kualiti sebagai tunjang kepada setiap urusan. Keberkesanan pengurusan masa

menjadi keperluan utama pensyarah disebabkan mereka perlu berperanan sebagai

pendidik dan anggota organisasi pada masa yang sama. Situasi ini memerlukan

mereka mampu untuk membuat keputusan tentang keutamaan sesuatu urusan yang

perlu diselesaikan.

Page 101: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

5.4 Amalan Menjadualkan (Scheduling) Dalam Pengurusan Masa Seharian

Pensyarah.

Hasil kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya pensyarah di UTHM

bersetuju dengan amalan penjadualan dalam urusan seharian sebagai seorang

pensyarah. Penggunaan jadual dilihat sebagai satu langkah yang praktikal untuk

menguruskan masa. Pematuhan jadual perancangan kerja memerlukan disiplin diri

yang tinggi untuk merealisasikannya. Pensyarah turut bersetuju bahawa penggunaan

jadual akan menyebabkan keterikatan kepada jadual tersebut. Perspektif ini perlu

diperhalusi dengan melihat proses melakukan penyesuaian antara tugasan dan rutin

harian memerlukan satu penjadualan masa yang selari dengan kehidupan seharian.

Penjadualan yang dilakukan perlulah fleksibel dengan menentukan masa

senggang dan keperluan sosial turut dipenuhi. Selain dari itu, perlu disediakan satu

pelan luar jangka bagi menghadapi kemungkinan yang tidak disangka – sangka.

Adalah tidak relevan sekiranya setiap minit dalam masa seharian ditentukan secara

tetap. Jadual yang dibina perlu realistik dan yang paling penting dapat dipatuhi

sebaiknya, bukan sekadar catatan semata – mata. Jika kesemua elemen ini diambil

kira, keanjalan penjadualan masa kendiri pensyarah dapat ditingkatkan.

Namun begitu wujud ketidakpastian dalam kalangan pensyarah apabila

memberi maklum balas tentang guna pakai jadual perancangan kerja. Pensyarah

tidak pasti jadual perancangan kerja yang digunakan ketika di pejabat sahaja dan

kerja yang dibawa pulang ke rumah memberi petanda penjadualan kerja yang tidak

teratur. Kedua – dua aspek ini dirasakan tidak pasti diamalkan oleh pensyarah.

Selain dari itu, pensyarah turut menyatakan ketidakpastian tentang urusan kerja perlu

diselesaikan di pejabat sahaja. Kesemua aspek ini menjurus kepada persetujuan

pensyarah tentang penjadualan masa bergantung kepada tabiat seseorang itu.

Stereotaip pengurusan masa sebagai suatu yang bebas dan fleksibel dipegang oleh

kebanyakan orang (Norlida Abd Halim & Jurina Pieei, 1994).

Page 102: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Kajian ini turut menemukan dapatan bahawa pensyarah bersetuju rancangan

mengajar membantu proses penjadualan masa pensyarah semasa P&P berlangsung.

Persetujuan pensyarah memberi petanda bahawa perancangan tidak semestinya

menghalang kefleksibelan dan apabila rancangan tidak berjalan, orang yang bijak

akan mengetepikan rancangan tersebut dan mencari kaedah yang sesuai. Kaedah

sebegini dapat menggalakkan peluang untuk kaedah yang kreatif dan spontan bagi

perlaksanaan rancangan semasa P&P. Manfaat yang diperoleh oleh seseorang yang

terurus dan bekerja mengikut rancangan ialah mereka dapat mengurangkan tahap

keterdesakan yang dihadapi saban

Secara keseluruhannya, kesimpulan yang dapat dibuat ialah amalan

menjadualkan (scheduling) dalam urusan seharian pensyarah dipraktikkan bagi

membantu proses pengurusan masa kendiri. Penggunaan jadual kerja dipersetujui

oleh pensyarah sebagai mekanisme yang praktikal untuk mengurus masa.

Rancangan mengajar turut membantu proses susun atur perjalanan proses P&P.

Ketidakpastian yang wujud tentang penjadualan kerja lebih menjurus kepada aspek

guna pakai jadual kerja selepas dari waktu pejabat dan kerja yang gagal disiapkan

semasa waktu pejabat. Kedua aspek ini dilihat sebagai suatu amalan kendiri yang

berkait rapat dengan tabiat dan kecenderungan diri.

Amalan menjadualkan masa menjadi keperluan bagi individu yang berada

dalam sesebuah organisasi yang mementingkan kualiti dalam segenap aspek

pengurusan. Ini kerana masa yang diatur dengan baik dapat melicinkan perjalanan

sesebuah organisasi. Setiap perancangan memerlukan penjadualan yang teliti agar

gerak kerja dan yang dibentuk dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan

Page 103: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

5.5 Perubahan Pengurusan Masa Kendiri Dalam Urusan P&P Hasil Dari

Pematuhan Kepada Prosedur ISO 9001:2000.

UTHM yang dahulunya dikenali sebagai KUiTTHO telah berjaya

memperoleh piawaian MS ISO 9001:2000 pada tahun 2001 dan sekarang institusi ini

telah enam tahun mengamalkan dan patuh kepada prosedur yang digariskan. Jangka

masa enam tahun sepatutnya dapat menggambarkan kefahaman dalam kalangan

warga UTHM yang sewajarnya turut arif dan memahami keperluan dan prosedur

kualiti yang berkaitan sama ada dari aspek pengurusan dan “core business” institusi

ini iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P). Situasi ini menjadikan pensyarah

dan pengajar sebagai kunci utama kepada keberkesanan dan kualiti pendidikan

(Robiah,1998).

Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan pelajar iaitu pelanggan

utama UTHM dan kelestarian urusan P&P secara langsung menjadi kayu pengukur

perubahan yang wujud setelah enam tahun ISO meresap dalam institusi pendidikan

yang tersohor ini. Pensyarah yang semakin arif dan sedia maklum tentang amalan

dan prosedur yang perlu dipatuhi tidak sepatutnya berhadapan dengan masalah

kecelaruan garis panduan dan prosedur yang patut dipatuhi. Hasil dari kajian ini

menunjukkan terdapat kepelbagaian pendapat peribadi pensyarah tentang implikasi

yang wujud hasil dari amalan dan prosedur ISO yang dilaksanakan di UTHM.

Hasil dari kajian ini menunjukkan pensyarah di UTHM bersetuju bahawa

wujud perubahan dari aspek pengurusan masa kendiri hasil dari guna pakai prosedur

kualiti dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pensyarah bersetuju guna pakai prosedur ISO membantu meningkatkan kecekapan

dan pengurusan P&P. Pendapat peribadi pensyarah yang memberi maklum balas

dalam item terbuka turut menyokong dapatan tersebut. Terdapat saranan bahawa

masa P&P tidak terjejas dan pendekatan sistem dan kreativiti pensyarah akan

menyumbang kepada keberkesanan penyampaian P&P. Saranan ini memberi

gambaran yang bertentangan dengan Ismail Abdullah (1999) yang menyatakan

Page 104: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

kewujudan ISO menyebabkan fokus pendidik dalam “core business” sistem

pendidikan, iaitu proses P&P semakin berkurang akibat bebanan tugas “perkeranian”

dan pentadbiran yang tidak sepatutnya. Namun begitu, terdapat juga pendapat dari

pensyarah yang turut selari kenyataan Ismail Abdullah (1999). Terdapat juga

maklum balas yang merasakan bahawa penumpuan kepada P&P terjejas kerana

banyak masa dihabiskan untuk dokumentasi ISO. Selain itu, ISO dilihat menjadikan

suatu proses P&P menjadi “rigid” dan tidak kreatif serta menimbulkan birokrasi.

Pendapat ini tidak menggambarkan keseluruhan hasil yang diperoleh dalam kajian

ini.

Hasil dari analisis menjelaskan guna pakai ISO dalam urusan P&P mendapat

reaksi positif dari pensyarah menerusi skor min yang tinggi iaitu berada pada tahap

setuju terhadap hampir keseluruhan item yang berkaitan dengan persoalan perubahan

masa kendiri dalam urusan P&P hasil dari pematuhan kepada prosedur ISO

9001:2000. Mohd Hanafiah (2001), dalam kajiannya juga mendapati pensyarah perlu

bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan

mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajar. Oleh itu ciri-ciri tersebut telah

dipamerkan apabila mereka setuju dengan mengamalkan keempat-empat aspek P&P

iaitu persediaan, penyampaian, penilaian dan bimbingan dalam amalan ISO.

5.5.1 Persediaan

Aspek persediaan dalam kajian ini menjurus kepada tiga item yang

dinyatakan dalam instrumen kajian ini iaitu rancangan mengajar disediakan untuk

membantu pengurusan masa P&P, kehadiran pelajar diambil bagi mematuhi

keperluan kualiti universiti dan penundaan kuliah menjejaskan objektif kualiti

universiti. Hasil dari analisis yang dijalankan telah mendapati majoriti pensyarah

bersetuju dengan ketiga – tiga item yang dinyatakan.

Page 105: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Hasil kajian ini turut memperlihatkan rancangan mengajar yang disediakan

oleh pensyarah membantu proses pengurusan masa semasa proses P&P berlangsung.

Rancangan mengajar memberikan garis panduan yang berguna untuk pensyarah

merangka perjalanan proses P&P. Proses mengorganisasikan masa akan berlaku dan

seterusnya memudahkan pensyarah mengatur bentuk pendekatan pengajaran dan

proses pembelajaran yang efektif untuk pelajar ikuti. Proses mengorganisasikan

masa dan isi pelajaran secara langsung memudahkan pensyarah melaksanakan proses

P&P secara teratur. Persetujuan yang tinggi dalam kalangan pensyarah terhadap item

ini semasa di dalam instrumen kajian menjelaskan lagi kepentingan persediaan

rancangan mengajar kepada aspek pengurusan masa pensyarah terutama ketika proses

mengorganisasikan masa P&P.

Persetujuan pensyarah terhadap persediaan untuk mencatatkan kehadiran

pelajar setiap kali waktu kuliah dijalankan adalah sangat tinggi. Kehadiran para

pelajar ke kelas perlu diambil dan direkodkan kerana salah satu ketetapan peraturan

yang dibuat oleh universiti adalah kehadiran pelajar perlu melebihi 80 peratus untuk

mereka layak menduduki peperiksaan akhir. Peraturan akademik ini merupakan

salah satu keperluan kualiti yang perlu direkodkan dan didokumentasikan oleh

pensyarah. Namun begitu terdapat pendapat secara peribadi dari pensyarah yang

merasakan kepatuhan kepada peraturan akademik ini perlu lebih kepada aspek budi

bicara dan tidak terikat sepenuhnya. Ini disebabkan mereka berpendapat pensyarah

perlu membantu pelajar yang tidak memenuhi peratusan kehadiran kuliah untuk

memperoleh peratusan kehadiran yang mencukupi bagi membolehkan mereka layak

menduduki peperiksaan. Proses ini menyebabkan prosedur yang digariskan tidak

perlu diikuti demi membantu pelajar yang bermasalah ini. Pendapat peribadi ini

menjurus kepada pengurangan sikap keterikatan kepada prosedur yang digariskan

oleh universiti demi membantu pelajar yang bermasalah.

Pensyarah turut bersetuju dengan pernyataan penangguhan kuliah

menjejaskan objektif kualiti universiti. Situasi ini dilihat tidak dapat meningkatkan

kecekapan sistem yang sedia ada iaitu penjadualan sesi kuliah yang telah diatur

sejak awal semester pengajian. Penundaan kuliah menyebabkan jadual dan susunan

Page 106: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

dan perancangan yang telah dirangka tidak diikuti dan dipatuhi. Namun begitu, dari

aspek pengurusan masa, kewujudan perkara yang tidak dirancang dalam setiap

perancangan adalah sesuatu yang normal dan perlu dibuat perubahan kepada

perancangan yang sedia ada (Norlida Abd Halim & Jurina Pieei, 1994).

Adalah penting untuk memutuskan keputusan penundaan kuliah dibuat

akibat keadaan yang mendesak dan bukan sewenang – wenangnya. Sekiranya,

penundaan kelas dibuat tanpa desakan yang perlu, secara tidak langsung akan

menjejaskan objektif kualiti yang ingin dicapai oleh universiti iaitu mengamalkan

pengurusan berkualiti berdasarkan kepada penanda aras yang diiktiraf seperti sistem

ISO dan QAA.

5.5.2 Penyampaian

Aspek penyampaian secara keseluruhannya menunjukkan pensyarah sangat

bersetuju dengan tiga item yang diberikan dalam instrumen kajian ini. Catatan skor

min sebanyak yang diinterpretasikan sebagai sangat setuju menjelaskan perubahan

persepsi dan pandangan pensyarah UTHM pada masa kini. Hasil kajian ini sedikit

berbeza dengan hasil yang diperoleh oleh pengkaji terdahulu yang turut

menggunakan item yang sama dalam kajiannya. Wan Noor Hin (2005) mendapati

pensyarah di UTHM hanya berada pada tahap setuju dengan item – item aspek

penyampaian. Perubahan pandangan dan persepsi pensyarah yang lebih positif

tentang perjalanan urusan P&P berdasarkan pematuhan kepada prosedur ISO telah

wujud dan diperoleh dalam kajian ini.

Interaksi pelbagai hala sebagai keperluan dalam P&P sangat dipersetujui oleh

pensyarah. Hubungan pensyarah dan pelajar semasa proses P&P tidak merupakan

interaksi sehala, tetapi perlu dijayakan bersama – sama dengan pelajar. Aktiviti

Page 107: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

seperti sumbang saran, perbincangan dalam kumpulan dan sesi pembentangan

membantu mewujudkan suasana aktif dan merangsang penglibatan pelajar semasa

proses P&P. Pendapat Noriah Mohd Ishak & Nor Sakinah Mohamad (2003) turut

menyatakan bahawa pelajar akan dapat mengikuti proses pengajaran dengan lebih

mudah jika guru yang mengajar prihatin terhadap perkembangan dan keperluan

semasa pelajar.

Kepelbagaian bahan mengajar dipersetujui mampu meningkatkan

pengalaman pembelajaran pelajar dan hasil dari kajian ini turut menunjukkan

pensyarah bersetuju bahawa pengalaman pembelajaran pelajar perlu dibina semasa

P&P berlangsung. Kedua – dua dapatan kajian ini ternyata selari dengan salah satu

objektif kualiti UTHM iaitu mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran

berkualiti berpusatkan pelajar menerusi pembelajaran melalui pengalaman

(experential learning).

5.5.3 Penilaian

Hasil kajian bagi aspek penilaian menunjukkan bahawa pensyarah bersetuju

dengan keperluan agar jadual perlaksanaan ujian dimaklumkan di awal semester

pengajian dan ujian yang dilaksanakan tertakluk kepada jadual tersebut. Namun

begitu, situasi berbeza berlaku apabila pensyarah berada pada tahap tidak pasti

tentang penundaan ujian adalah indikator perlaksanaan P&P yang tidak teratur. Hasil

kajian ini memperlihatkan pensyarah tidak begitu pasti perkaitan antara penundaan

ujian dan perlaksanaan P&P. Walaupun wujud ketidakpastian tentang kaitan antara

penundaan ujian dengan perlaksanaan P&P, pensyarah bersependapat bahawa

perlaksanaan ujian wajar dilakukan mengikut jadual perlaksanaan ujian. Aspek

pengurusan berkait rapat dengan elemen perancangan. Perlaksanaan ujian yang tidak

mengikut perancangan memungkinkan wujud ketidakselarian antara perlaksanaan

P&P seperti yang dirancang dalam dokumen Format Penulisan Perancangan Kuliah

Page 108: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

(RPP-04). Mengikut perspektif pengurusan masa seperti dinyatakan oleh Norlida

Abd Halim & Jurina Pieei (1994), kebanyakan masalah pengurusan masa disebabkan

oleh ketidakmampuan menghubungkan aktiviti dengan matlamat jangka panjang

pada hari yang sibuk.

5.5.4 Bimbingan

Tumpuan kepada pelajar dari aspek bimbingan merupakan salah satu

kepakaran yang perlu ada dalam diri seorang yang bergelar pendidik. Hasil daripada

analisis memberi interpretasi setuju dalam kalangan pensyarah UTHM terhadap

aspek bimbingan terhadap pelajar. Aspek bimbingan yang dimaksudkan ialah

penetapan masa khusus untuk sesi bimbingan kepada pelajar, keperluan bimbingan

susulan bagi membantu pelajar yang kurang faham isi pelajaran yang diajar dan

penetapan masa bimbingan sebagai satu keperluan bukannya pilihan.

Oleh itu, adalah perlu bagi pensyarah mengekalkan kesediaan untuk

memberikan bimbingan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar. Bagi menjamin

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin, seseorang guru seharusnya dapat

mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan pelajarnya (Ee Ah Meng,

2002). Masalah yang melibatkan P&P perlu diutamakan bagi menambahbaikkan

proses P&P yang dilaksanakan menerusi bimbingan susulan. Persetujuan pensyarah

tentang keperluan masa bimbingan yang khusus untuk pelajar dapat menggambarkan

keprihatinan pensyarah terhadap masalah pelajar terutama yang melibatkan aspek

pembelajaran.

Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati wujud perubahan dari

aspek pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna pakai prosedur kualiti

dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana

Page 109: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

pematuhan kepada prosedur kualiti dapat membantu kelicinan perjalanan proses

P&P. Contohnya ialah perlaksanaan urusan mengambil kehadiran pelajar bagi

memastikan catatan kehadiran melebihi 80% membuktikan prosedur kualiti difahami

dan dituruti. Selain itu, kualiti dalam proses P&P turut dipersetujui oleh pensyarah

sebagai tugas utama yang perlu dilaksanakan dengan baik menerusi rancangan dan

pendekatan yang menjurus kepada proses mencapai objektif kualiti universiti untuk

mengamalkan kaedah P&P berkualiti berpusatkan pelajar menerusi pembelajaran-

menerusi – pengalaman (experiential learning).

Kajian yang dilaksanakan ini telah memberi perspektif yang lebih jelas

tentang kelicinan proses P&P hasil dari guna pakai prosedur kualiti. Tujuan

prosedur kualiti yang dibina oleh sesebuah organisasi adalah bagi memberi panduan

untuk dipatuhi oleh anggota organisasi bagi melicinkan perjalanan organisasi itu

sendiri. Sewajarnya, prosedur ini digunakan dalam urusan seharian bagi menjadikan

kualiti sebagai nadi utama organisasi tersebut dan akhirnya objektif – objektif kualiti

sesebuah organisasi akan tercapai.

5.6 Rumusan Kajian

Jangkaan enam tahun penarafan ISO 9001:2000 yang telah dilalui oleh

UTHM ternyata memberi implikasi yang mendalam kepada pengurusan masa kendiri

dalam kalangan pensyarah. Implikasi positif yang wujud kepada dua aspek yang

dikaji dalam kajian ini iaitu pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem dan

penglibatan anggota organisasi memberi petanda bahawa pensyarah pada hari ini

sudah matang dalam menguruskan masa mereka sebagai pendidik dan anggota

organisasi. Aspek pengurusan masa iaitu mengelola (organizing), mengutamakan

(prioritizing) dan menjadualkan (scheduling) menerima implikasi secara langsung

dan tidak terkecuali urusan yang melibatkan proses P&P turut menerima gelombang

perubahan.

Page 110: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Amalan pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem dipersetujui dapat

membantu pensyarah mengelola (organizing) masa kendiri dan guna pakai prinsip

mengutamakan (prioritizing) dalam urusan kerja seharian sebagai anggota organisasi

dan pendidik membantu pensyarah menilai peranan mereka sebagai anggota

organisasi dan pada masa yang sama masih melaksanakan “core business” sebagai

pendidik. Amalan menjadualkan (scheduling) dalam urusan seharian pensyarah

turut dipraktikkan bagi membantu proses pengurusan masa kendiri. Perubahan turut

berlaku dari aspek pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna pakai

prosedur kualiti dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini kerana pematuhan kepada prosedur kualiti didapati membantu kelicinan

perjalanan proses P&P.

Sokongan yang signifikan kepada implikasi positif dua amalan ISO yang

dikaji dalam kajian ini iaitu pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem dan

penglibatan anggota organisasi kepada pengurusan masa kendiri dalam kalangan

pensyarah menyebabkan pengkaji membuat kesimpulan bahawa dalam konteks

pensyarah di UTHM, ISO dilihat memberi implikasi positif kepada pengurusan masa

kendiri pensyarah.

Amalan ISO yang diamalkan oleh warga pensyarah UTHM dapat membantu

proses pembinaan kualiti yang menyeluruh di setiap lapisan pengurusan dan

pentadbiran organisasi serta mencapai objektif kualiti UTHM yang diwujudkan,

dilaksanakan, dipantau dan dikaji semula secara berkala bagi menentukan

pencapaian, kesesuaian serta dikemaskinikan sejajar dengan visi dan misi universiti.

Page 111: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

5.7 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya

Berdasarkan kepada perbincangan dan kesimpulan yang dibuat terhadap

dapatan kajian yang diperlaki, maka pengkaji ingin mencadangkan beberapa

cadangan yang dianggap perlu dalam memperbaiki lagi kajian ini dan meneroka

ruang – ruang yang bakal memberi dimensi baru kepada cabang keilmuan yang sedia

ada. Antara cadangan – cadangan tersebut adalah seperti:

(i) Kajian susulan boleh dibuat kepada golongan staf bukan akademik

bagi melihat implikasi ISO kepada mereka. Implikasi dari aspek

bebanan kerja, pengurusan masa kendiri, kepimpinan dan lain-lain.

(ii) Kajian boleh dilaksanakan dengan mengkaji implikasi ISO kepada

staf sokongan di sesebuah organisasi yang menerima penarafan ISO

atau pun organisasi yang sedang mengusahakan proses penarafan

ISO.

(iii) Instrumen kajian boleh diolah semula dengan menggunakan data

kualitatif bagi mengkaji implikasi ISO kepada anggota yang spesifik

dalam sesebuah organisasi seperti golongan pengurusan, pensyarah,

staf bukan akademik dan staf sokongan.

(iv) Kajian lanjutan boleh dibuat tentang perbandingan implikasi ISO

kepada aspek kepimpinan staf akademik dan bukan akademik.

Page 112: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

RUJUKAN

Alias Baba (1999). “Statistik Melahirkan Tenaga Kerja Manusia Bertaraf Dunia”.

Kertas Kerja Bengkel SKU/SKT, April 1996.

Amer Shakir Zainol (2002). “Membina Kendiri Unggul Berkarisma” Universiti

Teknologi MARA Cawangan Segamat: Kertas Kerja. Dipetik pada 12 Julai

2006. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/urusmasa/masa1.htm

Anne Stevenson & Sarah Harper (2006). “Workplace Stress and The Student

Learning Experience.” Quality Assurance in Education. Vol.14 No. 9. 167-

178.

Azizan Abdullah (2002). “Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000”. Kuala Lumpur:

Prentice Hall.

Azizi Yahya (2005). ”Pembangunan Kendiri”. Skudai : Penerbitan UTM. 3

Bordens, K. S. & Abbott, B. B. (2002). “Research Design and Methods: A Process

Approach.” 10th ed. New York: Mc Graw Hill. 63-64, 220.

Chua, Y.P. (2006) . “Kaedah dan statistik penyelidikan Buku 1: Kaedah

Penyelidikan.” Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. 190

Deming, W.E. (1986). “Out of Crisis.” Massachusetts: MIT Center for Advanced

Engineering Study. 27.

Page 113: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Ee Ah Meng (2002). “Psikologi pendidikan III (Semester III).” 3rd.ed. Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd. 114.

Gliem. J. R. & Gliem. R. R. (2003). “Calculating, Interpreting and Reporting

Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert – Type Scale.”

Columbus: The Ohio States University.3. Dipetik pada 12 Februari 2007.

http://www.alumni-osu.org/midwest/midwestpapers/Gliem&Gliem--

Done.pdf.

Goodwin, C. J. (2005). “Research in Psychology: Methods and Design.” 4th ed. New

York: John Wiley & Sons, Inc. 414.

Ismail Abdullah (1999). “Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 Di Sekolah : Hubung

kait Status Perlaksanaan Dengan Kualiti Dan Produktiviti Guru.” Universiti

Utara Malaysia : Kertas Projek.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Education & Psychological Measurement.

30. 607-610.

Lakein, J. (1974). ”How to Get Control of Your Time and Life.” New York :

Penguin Books.

L.C. Koo, Fredrick K.C Tao & Hannah Koo (1999). “Charting Staff Attitude Along

The Journey Towards Getting ISO Certification.” Managerial Auditing

Journal. 14. 44-50. MCB University Press. Dipetik pada 25 Ogos 2006.

www.emeraldinsight.com/researchregister

Marzita Abdullah (2005). “Kualiti fokus Utama UKM.” Dipetik pada 29 September

2006. http://utusan.com.my/special.asp?pr=ukm35tahun

Md Zahir Kechot (2003). “Persijilan ISO dan Kualiti Akademik IPTA.” Dipetik

pada 24 April 2007. http://pkukmweb.ukm.my/~ppa/03persijilaniso.htm

Page 114: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003).“Reka bentuk Tinjauan: Soal Selidik

Pendidikan.” Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Hanafiah Omar (2001). ”Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).” Dewan

Ekonomi Bil. Mac 2001. 16 – 18.

Mohd Shoki, Zainab Khalifah, Noor Abidah Mohd Noor, Maimunah Ali &

Norzarina Sulong (2002). “Best Practices and Learning Using ISO

9001:2000” Universiti Teknologi Malaysia: Kertas Seminar.

Mohd Yusof Hj. Othman (2000). “Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan.”

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yahya (2005). “Kualiti fokus Utama UKM.” Dipetik pada 29

September 2006. http://utusan .com.my/special.asp?pr=ukm35tahun

Nelson, I. (2002). “Kemahiran Professional untuk Guru: Pengurusan Masa Untuk

Guru.” Dipetik pada 27 Julai 2005.

Noriah Mohd Ishak & Nor Sakinah Mohamad (2003). “Kesan Interaksi antara Gaya

Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen terhadap Profesion Perguruan.”

Jurnal Pendidikan.28. 91-103.

Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994). “Pengurusan Masa Berkesan Hebat.”

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2,15,16,17,26.

Nuratiqah Seman (2005). “Kesan ISO 9000 Terhadap Kompetensi Pensyarah

Politeknik.” Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn: Projek Sarjana.

Oakland, S. John. (1996). “Pengurusan Kualiti Menyeluruh.” Terjemahan Mohamad

Salmi Mohd Sohod. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3-4.

Omar Ali (2002). “Tinjauan Persepsi Staf Dan Pelajar Terhadap Amalan

Perlaksanaan Sistem ISO 9002 di POLIMAS.” Universiti Utara Malaysia :

Kertas Projek.

Page 115: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

Ong Mek Hion (2005). Guru Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan San

Peng. Dipetik pada 5 Ogos 2005. www.ypc.org.my

PKPA (1992). “Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan

Awam.” Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1992. 40-43.

Robiah Sidin (1998). “Pendidikan dalam Pemikiran.” Shah Alam: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd. 28, 214.

S. Hart – Hester (2003). “Time Managers: Secrets of Effective Leaders.” The

Internet Journal of Healthcare Administration. Volume 2 Number 1.

Dipetik pada 10 Januari 2007. http://www.ispub.com/ostia/index.php?

xmlFilePath=journals/ ijeicm/vol7n1/time.xml

Seman Salleh (2005). ”Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu:

Kajian Kes di Sebuah Sekolah Rendah di Daerah Jerantut, Pahang Darul

Makmur.” Jurnal IPBA. Jilid 3 Bilangan 2. 27 – 44.

Sohal, A. S., Samson, D. & Ramsay, L. (1998), “Requirements for Successful

Implementation of Total Quality Management”, International Journal of

Technology Management. Vol.16 No. 4-6. 505-519.

Triling, B. & Hood, P. (1999). “Learning Technology and Education Reform in the

Knowledge Age or “We’re Wired, Webbed, and Windowed, Now What?”.”

Educational Technology. 1. 5-18.

Uma Sekaran (2003). “Research Method for Business: A Skill - Building Approach”

(4th Ed.). New York: John Wiley & Sons, Inc. 197,307.

Wan Noor Hin (2005). “Implikasi ISO Terhadap Pembangunan Profesional di

Kalangan Pensyarah KUiTTHO.” Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien

Onn: Projek Sarjana.

Wiersma, W. (1995). “Research Method in Education: An Introduction.” 6th Ed. New

York: Allan and Bacon. 165.

Page 116: Implikasi ISO Terhadap Pen Gurus An Masa Kendiri Pensyarah Di UTHM

________ (2002). “Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 dalam

Perkhidmatan Awam.” Lampiran 1 kepada Surat Pekeliling Pentadbiran

Awam Bilangan 2 Tahun 2002.