imelc 2015 workbook teacher

44
Nama: ___________________________________ Kelas: ___________________________________ Nama sekolah: _____________________________ Nama kumpulan:____________________________ Nama cikgu: _______________________________ Bilangan ahli keluarga yang tinggal di rumah: _______ Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia. All Rights

Upload: sktta1

Post on 05-Jan-2016

176 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Year 6 activity

TRANSCRIPT

Page 1: IMELC 2015 Workbook Teacher

Nama: ___________________________________

Kelas: ___________________________________

Nama sekolah: _____________________________

Nama kumpulan:____________________________

Nama cikgu: _______________________________

Bilangan ahli keluarga yang tinggal di rumah: _______

Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia. All Rights Reserved.

Page 2: IMELC 2015 Workbook Teacher

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Malaysia mempunyai sumber semula jadi dan alam sekitar yang indah. Tetapi, kebelakangan ini banyak berita tentang pemanasan global akibat aktiviti manusia telah dilaporkan. Ini memberi kesan yang negatif kepada kehidupan seharian kita.

Bagi mengatasi masalah ini, negara kita telah bergabung dengan negara-negara lain bagi mengurangkan gas ‘rumah hijau’, khususnya gas karbon dioksida (CO2), yang merupakan punca utama pemanasan global. Iskandar Malaysia sedang menuju ke Masyarakat Rendah Karbon. Dengan menggunakan buku kerja Ecolife Challenge ini, mari kita mempelajari cara untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan melindungi Bumi kita bersama-sama dengan keluarga kita sebelum ianya terlambat untuk generasi akan datang.

Anda akan berkerja dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli (pelbagai kaum) untuk melengkapkan buku kerja ini. Anda perlu melengkapkan semua bahagian dengan jujur (semua ahli), mengurangkan penggunaan air dan elektrik di rumah setiap ahli kumpulan, dan memberikan jawapan yang betul dan kreatif.

Selain itu, anda perlu membantu sekolah untuk mengumpulkan dan menjual bahan kitar semula serta membantu mengurangkan penggunaan elektrik dan air di sekolah. Sekolah yang paling banyak menjual bahan kitar semula dan mengurangkan bil elektrik dan air bagi bulan pertandingan akan dipilih menyertai pertandingan akhir. Bukti jualan bahan kitar semula dan bil air serta elektrik akan diambil kira. Finalis juga dipilih berdasarkan kelengkapan menyiapkan buku kerja ini dan kejayaan anda mengurangkan bil elektrik dan air rumah anda masing-masing.

SEMOGA BERJAYA!

2Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 3: IMELC 2015 Workbook Teacher

Kepada guru-guru sekalian

Malaysia telah berjanji untuk mengurangkan 40% pembebasan gas rumah hijau (GHG) pada tahun 2020 (berdasarkan garis dasar tahun 2005). Iskandar Malaysia telah menyertai usaha bersama untuk mencapai matlamat ini melalui pembentukan Masyarakat Rendah Karbon. "Ecolife Challenge" adalah salah satu daripada program yang menuju ke arah untuk merealisasikan visi ini serta menyumbang kepada usaha global dalam menangani masalah pemanasan global.

Melalui buku kerja "Ecolife Challenge" ini, guru-guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kesan gaya hidup harian kita ke atas alam sekitar, serta menerapkan amalan rendah karbon di kalangan kanak-kanak. Melalui buku kerja ini, guru-guru boleh mengambil kesempatan untuk membincangkan isu-isu ini dengan pelajar di dalam kelas.

Apa itu Masyarakat Rendah Karbon atau Low Carbon Society (LCS)?Masyarakat Rendah Karbon merupakan masyarakat di mana penduduknya mengamalkan cara hidup yang sederhana tetapi berkualiti tinggi dengan mentitikberatkan hubungan masyarakat dan harmoni bersama alam sekitar bagi mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida. Terdapat tiga prinsip LCS:-

(i) Pengurangan karbon dalam semua sektorSemua sektor mengurangkan pengeluaran CO2, termasuk sektor pengangkutan, industri, penduduk, pertanian dan sebagainya.

(ii) Ke arah cara hidup yang sederhana dan kesedaran hidup berkualiti tinggiMasyarakat menghentikan penggunaan besar-besaran dan meletakkan lebih nilai ke atas keluarga, kesihatan dan interaksi dengan alam semula jadi bagi membina hidup yang lebih berkualiti

(iii) Hidup bersama alam semula jadiManusia merupakan sebahagian daripada ekosistem global. Kita perlu memelihara alam semula jadi yang kaya dan pelbagai untuk mencapai LCS supaya CO2 dapat diserap.

Sebagai kanak-kanak, andalah pemimpin masa depan. Kita perlu belajar dan mendukung prinsip ini bagi mewujudkan tempat tinggal yang indah, harmoni dan selesa untuk masa depan.

Acknowledgment to SATREPSSATREPS (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development) is a Japanese government program that promotes international joint research targeting global issues. Challenges cannot be met by a single country or region acting on its own, so engagement by international community is essential. To address these issues, SATREPS works through three to five year projects involving partnerships between researchers in Japan and in developing countries. SATREPS projects are expected to lead to outcomes with potential for practical utilization, and to enhance research capacity in developing country. The program is a collaboration between two Japanese government

3Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 4: IMELC 2015 Workbook Teacher

Semakan Ecolife Kemahiran berfikir kritis

membuat Ecolife”

1. Sebelum memulakan buku kerja, tandakan dalam petak ① menggunakan nombor di sebelah.

2. Setelah menyiapkan buku kerja ini, tandakan dalam petak ② menggunakan nombor di sebelah.

Ecolife① ②

Sebelum Selepas

1 Menutup TV apabila tidakmenontonnya

2 Menutup lampu apabila meninggalkanbilik.

3 Tidak membiasakan diri menggunakanpenyaman udara.

4 Memberi perhatian kepada suhupenyaman udara.

5 Tidak membuka pintu peti sejuk sesukahati.

6 Menyeterika banyak baju sekaligus.

7 Tidak membiarkan air mengalir ketikagosok gigi.

8 Membasuh kasut menggunakan baldi,bukan air paip yang mengalir.

9 Membawa beg sendiri apabila membelibelah.

10Simpan beg plastik untuk kegunaanlain.

11Menggunakan buku nota yangbertanda kitar semula.

12Menggunakan semula kertas yangkosong di belakang.

13Bawa botol air sendiri daripadamembeli.

14Asingkan sampah dan bahan kitarsemula.

15Gunakan basikal atau berjalan jika jarakpendek.

16 Tidak membazirkan makanan

17Bincang dengan keluarga isu alamsekitar.

Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

4 : Sentiasa buat

3 : Hampir sentiasa buat

2 : Kadang kala buat

1 : Tidak buat

0 : Tidak berkaitan

Nasihat

Anda membazir elektrik apabila membiarkan TV dibuka semasa tidur atau membaca buku.Lampu LED mampu menjimat sehingga 90% penggunaan elektrik.Adalah lebih baik menggunakan kipas daripada penyaman udara.Adalah lebih baik menetapkan suhu penyaman udara tidak rendah dari 24°C.Gunakan botol tahan sejuk untuk simpan air sejuk daripada sentiasa buka peti sejuk.

Memanaskan seterika menggunakan tenaga yang banyak!

12 liter air (24 botol 500ml) keluar setiap minit dari pili air.Membasuh kasut dengan air paip yang mengalir selama 5 minit membazir 60 liter air.8 billion beg plastik dihasilkan setiap tahun di Malaysia.

Beg plastik boleh digunakan semula.

Kertas diperbuat daripada pokok. Pokok ditebang untuk buat kertas.

Masih ada ruang kosong untuk menulis.

2 buah mesin air menggunakan elektrik seperti sebuah rumah.

Surat khabar lama boleh dikitar semula.

Basikal dan berjalan tidak menghasilkan CO2 seperti kereta.Rakyat Malaysia membuang 15,000 ton makanan setiap hari (tahun 2013).Perbincangan dengan keluarga adalah penting untuk kesedaran bersama.

4

Page 5: IMELC 2015 Workbook Teacher

APAKAH ITU PEMANASAN GLOBAL?① Apa yang berlaku kepada Bumi?

Batu karang biasa Batu karang menghadapiKetulan ais cair di Kutub Selatan pelunturan

Page 6: IMELC 2015 Workbook Teacher

Kes 1: Ais cair, menyebabkan paras air laut naik dan tenggelamkan pulau

Pemanasan global menyebabkan ais di Kutub Selatan dan Pergunungan Himalaya cair dan meningkatkan paras air laut. Ini boleh menyebabkan pulau-pulau di Lautan Pasifik Selatan tenggelam di bawah air laut.

② Mekanisme pemanasan global

Kes 2: Peningkatan suhu di tempat-tempat yang indah

Di Malaysia, kita dikurniakan cahaya matahari sepanjang tahun, dengan pantai yang indah, laut dan hutan. Dikatakan bahawa Pemanasan Global boleh menyekat kita daripada menikmati keindahan ini. Cameron Highlands dan Genting Highlands yang mempunyai suhu lebih sejuk kini menjadi lebih panas daripada tahun-tahun sebelumnya. Batu karang yang indah menghadapi pelunturan kerana peningkatan suhu air laut.

Rajah 1: Kesan rumah hijau semula jadi Rajah 2: Kesan rumah hijau buatan manusia(Sumber: UNESCO/ UNEP (2011). Climate Change Starter’s Guidebook)

Bumi dikelilingi oleh suatu lapisan gas atmosfera secara semula jadi. Apabila tenaga Matahari, yang dipanggil tenaga solar, sampai ke Bumi, kebanyakannya diserap oleh permukaan Bumi, dan sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa lepas. Lapisan gas atmosfera menyerap sebahagian daripada tenaga solar tersebut tetapi juga melepaskan sebahagiannya ke angkasa lepas. Tenaga solar yang diserap oleh gas-gas ini membentuk 'selimut' yang memanaskan Bumi. Ini dikenali sebagai 'kesan rumah hijau' (GHG) alam (Lihat Rajah 1).

Tanpa 'kesan rumah hijau' semula jadi ini, suhu purata Bumi akan menjadi jauh lebih rendah daripada suhu sekarang dan Bumi akan diliputi dengan ais. Ia akan menjadi sukar bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk hidup di Bumi kerana ia terlalu sejuk! Walau bagaimanapun, suhu sedunia akan meningkat jika gas rumah hijau di atmosfera meningkatkan dengan terlalu banyak akibat kegiatan manusia (Lihat Rajah 2). Ini adalah pemanasan global.

5Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 7: IMELC 2015 Workbook Teacher

③ Suhu global semakin meningkat! Suhu purata global telah meningkat sebanyak 0.75°C dalam masa 100 tahun (1906-2005). Di Malaysia, ianya meningkat sebanyak 0.5-1.5°C (1961-2007). Saintis menjangkakan peningkatan maksimum sebanyak 6.4°C yang boleh membawa kerosakan serius kepada alam dan manusia.

④ Sebab-sebab pemanasan globalTerdapat beberapa jenis gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global. Antaranya, karbon dioksida (CO2) memberikan kesan yang paling ketara ke atas pemanasan global. CO2 dilepaskan dalam kuantiti yang besar apabila kita membakar bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum.

⑤ Apa hubungan antara kehidupan seharian kita dengan pembebasan CO2 dan pemanasan global? Tenaga (elektrik dan petrol untuk kereta) yang kita gunakan setiap hari dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil, yang menyebabkan karbon dalam bahan api fosil tersebut dilepaskan ke atmosfera dalam bentuk karbon dioksida, CO2. Anda boleh lihat dalam rajah di bawah bahawa kehidupan seharian kita berkait rapat dengan pembebasan CO2!!

CO2 CO2

CO2 CO2Air

Pertanian MakananSumber

merawattenaga(bahan api fosil) Barangan Pakaian

Arang batuElektrik Industri Manusia

Kasut

Peralatn

Gas asliKomputer

KediamanTV Lampu

PetroleumKipas Peti sejuk

Pemasakan mengurusSisa

Petrol

Diesel CO2 CO2

CO2 CO2

6Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 8: IMELC 2015 Workbook Teacher

7

Kemahiran berfikir kritis

Page 9: IMELC 2015 Workbook Teacher

CABARAN 1 Semak barang elektrik di rumahKemahiran berfikir kritis

Mari semak barang apa di rumah yang menggunakan elektrik

① Mari senaraikan alat elektrik di rumah anda. Kira dan tuliskan bilangan unit alat elektrik tersebut.

Alat elektrik Bilangan Alat elektrik Bilangan

Lampu

Kipas

Di rumah anda, berapakah jumlah alat yang menggunakan elektrik?

■Daripada aktiviti di atas, apakah kesimpulan yang boleh anda buat tentangperalatan elektrik dan penggunaan elektrik di rumah anda?

Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 10: IMELC 2015 Workbook Teacher

CABARAN 2 Cuba semak bil elektrik dan air

Semak berapa banyak elektrik dan air yang digunakan oleh keluarga anda

Persediaan: Bil elektrik, bil airSemakan: Tuliskan jumlah penggunaan elektrik dan air.

① Tuliskan bulan② Tuliskan jumlah penggunaan dan bayaran pada bulan ini③ Tuliskan jumlah penggunaan dan bayaran pada bulan depan

Kiraan: Cari perbezaan kedua-dua bulan (jumlah penggunaan dan bayaran)Adakah penggunaan meningkat atau menurun? Adakah bayaran meningkat atau menurun?

Bulan bil elektrik

Penggunaan elektrik dalam kwj

Penggunaan air dalam m3

Jumlah bil elektrik (RM)

Bulan bil air

Jumlah bil air (RM)

Berjalan kaki sejauh 2km daripada membawa kereta boleh mengurangkan pembebasan 65.7 kgCO2

8Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 11: IMELC 2015 Workbook Teacher

Lekatkan bil elektrik anda di

Lekatkan bil elektrik anda disini sini

Page 12: IMELC 2015 Workbook Teacher

Bulan

Penggunaan elektrik (kWh)

Jumlah (RM)

Pembebasan CO2 (kg)

Berapakah CO2 telah dibebaskan olehPerbezaan keluarga saya melalui penggunaan elektrik?

Setiap penggunaan 1kWh bersamaan denganpembebasan 0.747 kg CO2 (LCCF, 2014)

Contoh:Keluarga saya telah gunakan 156 kWh sebulan1 kWh membebaskan 0.747 kgCO2

Pembebasan CO2 = 156 kWh x 0.747kgCO2/ kWh

= 116.532 kgCO2

Kemahiran berfikir kritis

Page 13: IMELC 2015 Workbook Teacher

Use eco bag when you go shopping and decline plastic bag can reduce emission of 22.6 kgCO2

9Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 14: IMELC 2015 Workbook Teacher

Lekatkan bil air anda di sini

Lekatkan bil air anda di sini

Page 15: IMELC 2015 Workbook Teacher

Bulan

Penggunaan air (m3)

Jumlah (RM)

PembebasanCO2(kg)

PerbezaanBerapakah CO2 telah dibebaskan oleh keluarga saya melalui penggunaan air?

Setiap penggunaan 1m3 air bersamaan dengan pembebasan 0.419 kg CO2 (LCCF, 2014)

Contoh:

Keluarga saya telah gunakan 5 m3 sebulan 1 m3 membebaskan 0.419 kgCO2

Pembebasan CO2 = 5 m3 x 0.419 kgCO2/ m3

= 2.095 kgCO2

Kemahiran berfikir kritis

Page 16: IMELC 2015 Workbook Teacher

Mengurangkan masa 1 minit masa mandi (siram) sehari boleh mengurangkan pembebasan 29.1 kgCO2

10Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: IMELC 2015 Workbook Teacher

■Daripada aktiviti di atas, apakah kesimpulan yang boleh anda buat tentang penggunaan elektrik dan air di rumah anda?

Kemahiran berfikir kritis

■Daripada Cabaran 1 dan Cabaran 2 di atas, apakah cadangan anda untuk mengurangkan pembebasan CO2 di rumah?

Kemahiran berfikir kreatif

Mengurangkan tontonan televisyen selama sejam sehari boleh mengurangkan pembebasan 11.9 kgCO2

(CRT)/ 27.8 kgCO2 (Plasma)/ 5.6 kgCO2 (LCD).

11Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: IMELC 2015 Workbook Teacher

CABARAN 3 Semak penggunaan kenderaan

Kemahiran berfikir kritis

○ Semak kenderaan keluarga andaBerapa banyak kenderaan keluarga anda gunakan? Tuliskan bilangan dalam bulatan.

Berapakah jumlah kenderaan yang terdapat di rumah anda?

○ Semak bagaimana keluarga anda bergerak menggunakan kenderaan

Pilih satu kenderaan di rumah. Kita akan semak bagaimana ia digunakan dalam seminggu. Model kenderaan yang dipilih adalah (Contoh: Honda Accord 2.0)

Tuliskan hari dan tarikh pada hari pertama anda mula merekod dalam ruangan ① (Lihat jadual di m/s 13) Pada permulaan hari, baca odometer dan rekodkan bacaan dalam ruangan ②

Pada akhir hari, baca odometer dan rekodkan bacaan di ruangan ③

Kirakan jarak yang dijelajahi pada hari tersebut (③-②) dan tulis di ruangan ④

Tanya ibubapa/ penjaga ke manakah kenderaan ini dibawa sepanjang hari dan tulis dalam ruangan ⑤

Satu contoh ditunjukkan dalam jadual.

Cara membaca bacaan perbatuan daripada odometer kereta

Mengurangkan penggunaan computer selama sejam sehari boleh mengurangkan pembebasan 2.0 kgCO2 (laptop)/ 11.8 kgCO2 (desktop)

12Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: IMELC 2015 Workbook Teacher

Kemahiran berfikir kritis

④① ② ③ Jarak yang ⑤Hari Perbatuan mula Perbatuan akhir dijelajah Ke manakah kenderaan ini?

(km)

Contoh: Isnin 10333 10367 34 Rumah -> sekolah ->14/09/2015 pejabat -> sekolah ->

rumah

Page 20: IMELC 2015 Workbook Teacher

Jumlah:

Dengan menggunakan panduan di bawah, cuba kirakan berapakah CO2 yang telah dibebaskan oleh kenderaan yang anda pilih dalam masa seminggu

(A)

km

(B)

kgCO2

Page 21: IMELC 2015 Workbook Teacher

Berapakah CO2 yang telah dibebaskan?

Gunakan jadual di sebelah untuk menentukan kenderaan yang telah anda pilihTandakan ☑ pada jenis kenderaan yang anda pilih

Contoh:Kenderaan yang dipilih ialah kereta besar Jumlah jarak yang dijelajah dalam masa seminggu =

1 km emits/ bebaskan 0.183 kgCO2 Pembebasan CO2 = 257 km x 0.183 kgCO2/ m3

= 47.031 kgCO2

Berjalan kaki: 0 kgCO2 Berbasikal: 0 kgCO2

Pengangkutan haiwan : 0 kgCO2

Beca: 0 kgCO2

Motosikal: 0.094 kgCO2

Kereta elektrik: 0.043 kgCO2

Kereta kecil (<1000cc): 0.11 kgCO2

Kereta sederhana (1001cc – 1500cc): 0.133 kgCO2

Kereta besar (>1501cc): 0.183 kgCO2

Kereta hibrid: 0.084 kgCO2

Taxi: 0.17 kgCO2

Bas: 0.069 kgCO2

Minibas: 0.055 kgCO2

Keretapi disel: 0.06 kgCO2

LRT/ MRT: 0.065 kgCO2

Feri: 0.115 kgCO2

Bot laju: 0.53 kgCO2

(Sumber: CO2nnect.org)

Page 22: IMELC 2015 Workbook Teacher

Tutup suis utama daripada mod standby (peralatan elektrik) boleh mengurangkan pembebasan 23.7 kgCO2

13Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 23: IMELC 2015 Workbook Teacher

■Apakah cadangan yang akan anda berikan kepada ibu bapa atau penjaga anda untuk jimatkan bahan api (petrol/ diesel) untuk mengurangkanpembebasan CO2?

Kemahiran berfikir kritis○ Penggunaan kenderaan hibrid

Jika kenderaan yang anda pilih digantikan dengan kereta hibrid, cuba kirakan berapakah CO2

yang akan dibebaskan dalam masa seminggu seperti di atas.(A) (C)

Jumlah: km X 0.084 kgCO2 = kgCO2

Apakah perbezaan antara pembebasan CO2 menggunakan kenderaan keluarga dengan kereta hibrid?

(B) (C)

Kemahiran berfikir kreatif

Page 24: IMELC 2015 Workbook Teacher

Pembebasan CO2 - Pembebasan CO2 = kgCO2

oleh kereta pilihan oleh kereta hibrid

Kemahiran berfikir kritis■Apakah kesimpulan yang boleh anda buat daripada pengiraan ini?

Mengurangkan kepada separuh daripada jumlah bilangan kali peti sejuk dibuka boleh mengurangkan pembebasan 3.9 kgCO2

Mengurangkan masa pintu peti sejuk dibuka boleh mengurangkan pembebasan 2.3 kgCO2

Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 25: IMELC 2015 Workbook Teacher

CABARAN 4Kitar semula

○ Kenali simbol kitar semula

Cuba cari simbol ini pada barang yang hendak dibuang. Jika diasingkan, anda boleh

kitarsemula

Kemahiran berfikir kritis

■Tuliskan di mana anda biasa menjumpai simbol di atas.

○ Tahukah anda bahan kitar semula perlu diletakkan di dalam tong yang mana?

Page 26: IMELC 2015 Workbook Teacher

Warnakan tong kitarsemula berdasarkan penggunaannya Kemahiran berfikir kritis

Page 27: IMELC 2015 Workbook Teacher

15Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 28: IMELC 2015 Workbook Teacher

○ Adakah barang yang anda beli mesra alam?Kemahiran berfikir kritis

Kemahiran berfikir kreatif

Page 29: IMELC 2015 Workbook Teacher

Mari cari label mesra alam di sekeliling anda. Tulis pada produk apakah yang anda menjumpainya. Sila tulis “Tidak jumpa” jika tidak pernah jumpa label tersebut di mana-mana produk.

Label kecekapan tenaga Label FSC

Untuk barang elektrik yang cekap tenaga Untuk produk yang bertanggungjawabterhadap sumber hutan

■Apakah kaitan antara penggunaan barang-barang yang mempunyai label mesra

alam dengan pengurangan pembebasan CO2?

Tetapkan suhu penyaman udara pada 28ºC boleh mengurangkan pembebasan 11.3 kgCO2

16Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia

Page 30: IMELC 2015 Workbook Teacher

CABARAN 5 Menggunakan Tenaga Boleh Diperbaharui

Sumber Boleh Diperbaharui di Malaysia

Marilah kita cari sumber tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia. Tulis di mana lokasinya!

Apakah sumber tenaga semula jadi?

Tenaga dari matahari, angin, air atau kuasa alam adalah tenaga semula jadi. Penggunaan sumber ini tidak menyebabkan kekurangan sumber seperti minyak atau arang, dan mengurangkan pengeluaran CO2

Contoh: HidroelektrikEmpangan Bakun, Sarawak

Bagaimana sekolah anda boleh menggunakan tenaga boleh diperbaharui? Kemahiran berfikir kreatif

Cuba cadangkan bahagian manakah di sekolah anda yang boleh menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui

Contoh: Bumbung sekolah dipasang panel solar

Page 31: IMELC 2015 Workbook Teacher

17

Page 32: IMELC 2015 Workbook Teacher

Selain daripada penggunaan tenaga boleh diperbaharui, bagaimanakah kami boleh jimatkanpenggunaan tenaga di sekolah? Kemahiran berfikir kreatif

Page 33: IMELC 2015 Workbook Teacher

Apa itu Cara Hidup Eco?

Apa yang anda faham tentang ‘ECOLIFE’?Kemahiran berfikir kreatif

Page 34: IMELC 2015 Workbook Teacher

Kini anda telah tahu gaya hidup Ecolife adalah penting untuk selamatkan Bumi. Anda ingin memberitahu keluarga anda untuk mengamalkannya. Bagaimana akan anda lakukannya?

Kemahiran berfikir kreatif

18Copyright © 2015 Universiti Teknologi Malaysia