imbuhan awalan kata kerja men-

6
Imbuhan awalan kata kerja me(n)- Imbuhan awalan "me(n)-" menunjukkan perkataan tersebut ialah sejenis kata kerja yang membawa erti-erti berikut kepada kata dasar dalam sesebuah ayat aktif (subjek ayat menjadi pelaku), tidak kira transitif atau tak transitif: melakukan perbuatan Contoh ayat: Siapakah yang mengetuk pintu? membuat objek Contoh ayat: Saya membakar roti. menjadi Contoh ayat: Tengok, dia sudah meradang. mengeluarkan bunyi Contoh ayat: Harimau mengaum sekuat-kuatnya. menghala ke arah Contoh ayat: Kereta menuju ke arah sana.

Upload: universiti-kebangsaan-malaysia-ukm

Post on 27-May-2015

3.674 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Imbuhan awalan kata kerja meN-

Imbuhan awalan kata kerja me(n)-

Imbuhan awalan "me(n)-" menunjukkan perkataan tersebut ialah sejenis kata kerja

yang membawa erti-erti berikut kepada kata dasar dalam sesebuah ayat aktif (subjek

ayat menjadi pelaku), tidak kira transitif atau tak transitif:

melakukan perbuatan

Contoh ayat: Siapakah yang mengetuk pintu?

membuat objek

Contoh ayat: Saya membakar roti.

menjadi

Contoh ayat: Tengok, dia sudah meradang.

mengeluarkan bunyi

Contoh ayat: Harimau mengaum sekuat-kuatnya.

menghala ke arah

Contoh ayat: Kereta menuju ke arah sana.

Page 2: Imbuhan awalan kata kerja meN-

Bentuk

Imbuhan

Fonem

Pertama

Kata

Dasar

Gugurkan? Contoh Huraian

mem-

/b/ Tidak balut → membalut

/p/ Ya panah → memanah

Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jatiCth: memproses

Awalan "me(n)-" berubah bentuk mengikut fonem pertama dalam kata dasar:

Page 3: Imbuhan awalan kata kerja meN-

Bentuk

Imbuhan

Fonem

Pertama

Kata Dasar

Gugur

kan?

Contoh Huraian

men-

/c//d//j/

/sy//z/

Tidak

cari → mencaridapat→ mendapat

jadi → menjadisyampu→ mensyampu

ziarah→ menziarahi

/t/ Ya tari → menari

Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jatiCth: mentadbir

Page 4: Imbuhan awalan kata kerja meN-

Bentuk

Imbuhan

Fonem

Pertama Kata

Dasar

Gugurkan? Contoh Huraian

meng-

(vokal) Tidak arah → mengarah

/g/ Tidak galas → menggalas

/k/ Ya kerah → mengerah

Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jatiCth: mengkaji

Page 5: Imbuhan awalan kata kerja meN-

Bentuk

Imbuhan

Fonem

Pertama

Kata Dasar

Gugurkan? Contoh Huraian

menge- - Tidak cat → mengecat

Untuk kata dasar satu suku kata sahaja.

meny- /s/ Ya sara → menyara

Kecuali sesetengah kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati.

Cth: menskru

Page 6: Imbuhan awalan kata kerja meN-

Bentuk

Imbuhan

Fonem

Pertama

Kata Dasar

Gugur

kan?

Contoh Huraian

me-

/l//m//n/

/ng//ny//r//w//y/

Tidak

lambung → melambungmakan → memakannangis → menangisnganga → menganganyanyi → menyanyirasa → merasawangi → mewangiyakin → meyakinkan