ilusi optik

16
ILUSI OPTIK

Upload: mohd-ridzuan-abdul-manaf

Post on 12-Apr-2017

479 views

Category:

Design


0 download

TRANSCRIPT

ILUSI OPTIK

Perhatikan pada garisan-garisan putih di bawah. Dapatkah anda lihat bintik-bintik hitam di dalam

bulatan-bulatan putih?

Apa yang berlaku?

Anda akan dapat lihat bintik-bintik hitam berkerlipan. Keadaan ini berlaku kerana minda anda terkeliru antara bahagian yang cerah dan

gelap dalam imej ini. Disebabkan itu minda anda telah mentafsirkan terdapat bintik-bintik hitam di

dalam bulatan-bulatan putih.

Keliru bukan?

Perhatikan imej di bawah. Bintik jingga manakah kelihatan lebih besar?

Apa yang berlaku?

Sebenarnya, kedua-dua bintik jingga di atas adalah daripada saiz yang sama.

Untuk menentukan saiz, minda kita akan membandingkan objek tersebut dengan

persekitarannya. Ini secara langsung telah menyebabkan bintik jingga yang dikelilingi oleh bintik-bintik kecil kelihatan lebih besar daripada bintik jingga yang dikelilingi oleh bintik-bintik

yang lebih besar.

Perhatikan imej di bawah. Apakah yang dapat anda lihat?

Apa yang berlaku?

Ini adalah hasil daripada imej yang samar atau tidak pasti - boleh dilihat dari pelbagai sudut dan memberikan pelbagai tafsiran. Dapatkah

anda melihat pasu bunga dan dua wajah manusia?

Perhatikan imej di bawah?

Apa yang berlaku?

Ini pula adalah ilusi optik yang menyebabkan bulatan-bulatan di atas seperti sedang berputar. Corak dan pencahayaan telah merangsang sel-sel di minda yang mengesan pergerakan dan

menyebabkan minda mentafsir ia sebagai sedang berputar.

Letakkan jari telunjuk anda secara menegak lebih 10cm dari hidung anda.

Tutup kelopak mata kiri anda. Kemudian buka kelopak mata kiri, dan tutup kelopak mata kanan. 

Apa yang dapat anda perhatikan?

Apa yang berlaku?

Jari telunjuk anda telah berjaya melompat tanpa anda menggerakkannya!  

Ini kerana mata kanan akan lebih melihat ke kanan, manakala mata kiri akan lebih melihat ke

kiri. Minda anda pula bertindak dengan

menghasilkan imej 3D daripada imej yang dilihat dari kedua-dua belah mata. Ini adalah  untuk membantu dalam menganggarkan saiz

dan jarak sesuatu objek.

Garisan selari atau tidak?

Cuba perhatikan gambar pemandangan di bawah. Cuba cari seorang ibu dan anak. Berusaha!

Perhatikan bulatan ditengah selama 10 saat kemudian gerakkan pandangan anda. Anda akan lihat bulatan tersebut terapung dan terasing dari

latarbelakangnya.

Lingkaran atau Bulatan? Perhatikan betul-betul!

Ini yang paling menarik! Cuba lihat reaksi muka di kiri dan kanan. Reaksi muka di sebelah kiri agak menakutkan manakala di sebelah kanan

menunjukkan reaksi muka yang tenang

Sekarang, cuba anda berundur lima langkah kebelakang. Perhatikan reaksi muka kedua-dua gambar tersebut. Pastinya mengejutkan anda!