iklan jawatan nkea_v3

8
IKLAN JAWATAN KOSONG DI JABATAN PERIKANAN MALAYSIA ___________________________________________________________________ 1.0 JAWATAN 1.1. Pegawai Perikanan Gred G52 1.2 Pegawai Perikanan Gred G41 1.3. Penolong Pegawai Perikanan Gred G27 1.4. Penolong Jurutera JA29 2.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 2.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Resume lengkap yang telah dikemaskini beserta gambar berukuran pasport dan sila nyatakan jawatan yang hendak dipohon. 2.2 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui E-mel dan surat; 2.3 Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2015 2.4 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; 2.5 Sila kemukakan permohonan kepada : JABATAN PERIKANAN MALAYSIA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN ARAS 4, BLOK MENARA 4G2, NO.30, PERSIARAN PERDANA 62628, PRESINT 4 PUTRAJAYA NO. TELEFON : 03-88704110/4148 NO. FAKS : 03-88889972

Upload: ecoreprayitno

Post on 11-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ada

TRANSCRIPT

Page 1: Iklan Jawatan Nkea_v3

IKLAN JAWATAN KOSONG

DI JABATAN PERIKANAN MALAYSIA ___________________________________________________________________

1.0 JAWATAN 1.1. Pegawai Perikanan Gred G52

1.2 Pegawai Perikanan Gred G41

1.3. Penolong Pegawai Perikanan Gred G27

1.4. Penolong Jurutera JA29

2.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

2.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Resume lengkap yang telah dikemaskini beserta gambar berukuran pasport dan sila nyatakan jawatan yang hendak dipohon.

2.2 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil

untuk temuduga melalui E-mel dan surat; 2.3 Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2015 2.4 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3)

bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; 2.5 Sila kemukakan permohonan kepada :

JABATAN PERIKANAN MALAYSIA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN ARAS 4, BLOK MENARA 4G2, NO.30, PERSIARAN PERDANA 62628, PRESINT 4 PUTRAJAYA NO. TELEFON : 03-88704110/4148 NO. FAKS : 03-88889972

Page 2: Iklan Jawatan Nkea_v3

Jabatan Perikanan Malaysia mempelawa kepada warganegara Malaysia yang

berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan

jawatan-jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI PERIKANAN GRED G52 a) Bayaran Perkhidmatan : RM5,538(Minimum) b) Elaun : RM1,600 c) Taraf Jawatan : Kontrak (Contract of Service) d) Tempoh Pelantikan : Satu (1) tahun e) Penempatan : Putrajaya

SYARAT LANTIKAN Calon perlulah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf;

ATAU ii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Perikanan) atau Pertanian yang

diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Laut, Awam atau Elektrik

yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU iv. Ijazah Sarjana Muda Arkitek Laut yang diiktiraf oleh kerajaan

daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

v. Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM

atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan berpengalaman dalam bidang perikanan sekurang-kurangnya dua (2) tahun.

SERTA vi. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lapan (8) tahun

dalam bidang pengurusan Perikanan. (Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki pengalaman dalam bidang akuakultur atau pelaburan perikanan)

Page 3: Iklan Jawatan Nkea_v3

DESKRIPSI TUGAS

a) Membantu Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Timb. Ketua

Pengarah Perikanan (Pembangunan) serta Pengarah Bahagian Perancang dan Pembangunan untuk merancang dan mengurus projek pembangunan di bawah program National Key Economic Area-Akuakultur (NKEA-Akuakultur).

b) Memantau dan menyelaras projek pembangunan di bawah program NKEA-Akuakultur serta mengenalpasti isu-isu dan mengesyorkan jalan mengatasi untuk perjalanan lancar program NKEA-Akuakultur.

c) Menyelaras keperluan peruntukan kewangan semasa (tahunan) serta jangkamasa panjang (RMK-11) bagi program NKEA-Akuakultur.

d) Menyediakan, mengemaskini dan membentang laporan bulanan (atau bila diperlukan) kemajuan projek-projek dalam program NKEA-Akuakultur kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Ketua Setiausaha MoA.

e) Menerima dan menilai dari masa ke semasa cadangan perniagaan baru yang dikemukakan oleh syarikat swasta untuk disenaraikan sebagai projek NKEA-Akuakultur di bawah program NKEA-Akuakultur.

f) Menarik pelaburan serta membantu syarikat-syarikat swasta yang berminat menyertai program NKEA-Akuakultur.

g) Menyelia tugas Pegawai-Pegawai Perikanan, Penolong Pegawai Perikanan serta Pembantu Teknik program NKEA-Akuakultur dalam urusan perancangan dan pelaksanaan projek-projek di bawah program NKEA-Akuakultur.

h) Bertanggungjawab kepada Pengarah Bahagian Perancang dan Pembangunan, Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dalam urusan mempertingkatkan keberkesanan melaksana tugas-tugas di atas.

Page 4: Iklan Jawatan Nkea_v3

2. PEGAWAI PERIKANAN GRED G41 a) Bayaran Perkhidmatan : RM1,915(Minimum) b) Elaun : RM850 c) Taraf Jawatan : Kontrak (Contract of Service) d) Tempoh Pelantikan : Satu (1) tahun e) Penempatan : Putrajaya

SYARAT LANTIKAN Calon perlulah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf;

ATAU

ii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Perikanan) atau Pertanian yang

diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Laut, Awam atau Elektrik

yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU iv. Ijazah Sarjana Muda Arkitek Laut yang diiktiraf oleh kerajaan

daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

v. Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM

atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan berpengalaman dalam bidang perikanan sekurang-kurangnya dua (2) tahun.

Page 5: Iklan Jawatan Nkea_v3

DESKRIPSI TUGAS

a) Membantu Ketua Cawangan TEP dan Pegawai Perikanan Kanan G52 merancang dan melaksana pembangunan serta memantau dan melapor kemajuan projek-projek dalam Program NKEA Pertanian Akuakultur serta syarikat-syarikat pelabur sama ada yang baru mohon, telah menerima quantum atau di peringkat pembayaran;

b) Bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan TEP dan Pegawai Perikanan dalam urusan pentadbiran Cawangan dari segi peruntukan mengurus, perbelanjaan serta perancangan kerja bagi setiap tugasan yang diterima;

c) Sebagai seketeriat bagi penerimaan Pelan Perniagaan dari syarikat baru serta menyemak kelengkapan dokumen mengikut format SOP PEMANDU NKEA Pertanian versi 4, khusunya dari segi susun ataur Pelan Perniagaan seterusnya mengagihkan kepada Penolong Jurutera J29 bagi semakan dari sudut teknikal dan Penolong Perikanan G27 semakan dari sudut pelaksanaan ternakan yang akan dilaksanakan;

d) Penyelaras didalam pengurusan pembayaran insentif iaitu termasuklah didalam peringkat semakan dokumen pembayaran, semakan kerja siap ditapak secara fizikal (lawatan ketapak), terlibat secara langsung sebagai ahli JK3P (Jawatankuasa Pemantauan,Penilaian & Pengesyoran) serta segala urusan pembayaran kepada Bahagian Kewangan, Perikanan;

e) Bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan TEP dan Pegawai Perikanan Kanan G52 dalam mengurus segala aktiviti mesyuarat dan perjumpaan bagi merangsang pembangunan dan penglibatan syarikat swasta dalam merealisasikan objektif Program NKEA-Akuakultur;

f) Menjadi urusetia bersama Bahagian Kejuruteraan untuk mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pasukan Pemantauan, Penilaian dan Pengesyoran (JK3P) bagi Projek-projek di bawah Program NKEA Pertanian Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia;

g) Menyimpan rekod dokumen serta menyusun maklumat berkaitan syarikat pelabur yang menyertai Program NKEA Pertanian Akuakultur termasuk permohonan syarikat, dokumen BQ dan lukisan kejuruteraan, dokumen perjanjian, kelulusan syarikat dan tuntutan oleh pihak syarikat; dan

h) Membantu mengurus rekod/dokumen rasmi kerajaan.

Page 6: Iklan Jawatan Nkea_v3

3. PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G27 a) Bayaran Perkhidmatan : RM1,363(Minimum) b) Elaun : RM640 c) Taraf Jawatan : Kontrak (Contract of Service) d) Tempoh Pelantikan : Satu (1) tahun e) Penempatan : Putrajaya

SYARAT LANTIKAN

Calon perlulah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Diploma dalam bidang perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

ii. Diploma dalam bidang Sains Nautika yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

iii. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

a) Membantu melaksana pembangunan serta memantau dan melapor kemajuan projek-projek dalam Program NKEA Pertanian Akuakultur;

b) Membantu proses permohonan NKEA yang diterima serta memberi

khidmat nasihat kepada pelabur dalam urusan permohonan NKEA khusus dalam aspek pengoperasian projek;

c) Membantu Pegawai Perikanan dan Ketua Cawangan TEP sebagai urusetia menyemak Pelan Perniagaan NKEA dari sudut ternakan iaitu spesis yang di rancang, kaedah ternakan yang digunakan, serta kesesuaian tapak bagi ternakan dan dielaporkan kepada Pegawai Perikanan;

d) Membantu Pegawai Perikanan dan Ketua Program dalam mengurus segala aktiviti mesyuarat dan perjumpaan bagi merangsang pembangunan dan penglibatan syarikat swasta dalam merealisasikan objektif Program NKEA-Akuakultur;

Page 7: Iklan Jawatan Nkea_v3

e) Bertanggungjawab membantu Pegawai Perikanan dan Ketua Cawangan TEP dalam pengurusan dan pengagihan sumber kewangan, pentadbiran dan sebagainya bagi syarikat-syarikat yang dilantik sebagai Syarikat Peneraju;

f) Membantu mengurus rekod/dokumen rasmi kerajaan.

Page 8: Iklan Jawatan Nkea_v3

4. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 a) Gred : JA29 b) Bayaran Perkhidmatan : RM1,418(Minimum) c) Elaun : RM640 d) Taraf Jawatan : Kontrak (Contract of Service) e) Tempoh Pelantikan : Satu (1) tahun f) Penempatan : Putrajaya

SYARAT LANTIKAN Calon perlulah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan

daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DESKRIPSI TUGAS

a) Membantu Pegawai Perikanan, Jurutera Perikanan (Bhg.Kejuruteraan) dan Ketua Program merancang dan melaksana pembangunan serta memantau dan melapor kemajuan projek-projek dalam Program NKEA Pertanian Akuakultur;

b) Membantu Jurutera Perikanan (Bhg.Kejuruteraan) dalam proses penentuan Quantum iaitu dengan mengadakan lawatan tapak, menyemak Bill Of Quantity (BQ) serta mengadakan perbincangan bersama pihak Perunding Syarikat.

c) Membantu Pegawai Perikanan dan Ketua Program memproses setiap permohonan NKEA yang diterima serta memberi khidmat nasihat kepada pelabur dalam urusan permohonan NKEA khusus dalam aspek teknikal;

d) Membantu mengurus pembayaran insentif iaitu termasuklah didalam peringkat semakan dokumen pembayaran, semakan kerja siap ditapak secara fizikal (lawatan ke tapak), terlibat secara langsung sebagai ahli JK3P (Jawatankuasa Pemantauan,Penilaian & Pengesyoran) serta segala urusan pembayaran kepada Bahagian Kewangan, Perikanan;

e) Membantu mengurus rekod/dokumen rasmi kerajaan.