ikan hiasan

20
IKAN HIASAN KEMAHIRAN HIDUP

Upload: remy-pangkor

Post on 23-Jan-2015

5.210 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Ikan hiasan

IKAN HIASANKEMAHIRAN HIDUP

Page 2: Ikan hiasan

ISI KANDUNGAN

Page 3: Ikan hiasan

PENDAHULUAN

Salah satu hobi masyarakat Malaysia ialah memelihara haiwan peliharaan, kebanyakan haiwan yang

suka dibela seperti kucing, anjing, burung, sesumpah dan sebagainya. Kebiasaannya haiwan yang dibela

oleh manusia ialah haiwan yang jinak yang mudah didekati dan mudah untuk dibelai. Fungsi haiwan

belaan ialah untuk menjadi pendamping manusia di kala sunyi. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri

memelihara kucing, apatah lagi kita umat nya. Tapi zaman moden ini, manusia semakin kreatif dalam

memilih haiwan peliharaan, ada yang mula membela haiwan eksotik seperti ular dan buaya. Jika kita

perhatikan di Malaysia ini, masyarakat mula beralih arah dalam memelihara haiwan. Masyarakat

Malaysia mula berjinak-jinak dalam memelihara ikan hiasan. Fenomena ini telah menular di kalangan

penduduk Malaysia. Tapi hobi ini sangat terhad dalam pemilihan haiwan sebagai ikan hiasan ini kerana

kos dalam membeli haiwan ini. Ikan ini kebiasaannya sangat mahal apabila kecil dan menjadi sangat

mahal apabila sudah meningkat dewasa. Ini telah membuatkan sebilangan mereka menjadikan hobi ini

sebagai satu perniagaan tetap. Kerja kursus untuk kemahiran hidup kali ini akan menceritakan berkenaan

ikan hiasan.

Page 4: Ikan hiasan

IKAN HIASAN

Bahagian luar ikan

Page 5: Ikan hiasan

JENIS IKAN HIASAN TROPIKA

Ikan Tiger Barb Ikan Guppy

Ikan Emas Ikan Pelaga

Ikan Koi Ikan Kelisa

Page 6: Ikan hiasan

Ikan Angel Ikan FlowerHorn

TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Sebagai memenuhi kehendak hobi

Mengindahkan ruang di tempat tinggal ataupun tempat kerja

Memberikan ketenangan

Berpeluang menghayati alam akuatik

KRITERIA DALAM MEMILIH IKAN HIASAN

Harus sesuai dengan bekas ataupun akuarium

Dibeli di kedai ikan bukan ditangkap dari sungai ataupun sungai, ini kerana ikan yang dibeli dari

kedai ikan hiasan lebih jinak.

Cantik, menarik dan mudah dipelihara

Tahan terhadap perubahan mutu air

Tahan terhadap penyakit

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN DALAM MENGHIAS BEKAS/AKUARIUM

Page 7: Ikan hiasan

Lampu

Tangki

Kabinet

Pam

Undergarvel filter

Selain itu, akuarium juga memerlukan bahan tambahan seperti:-

Tunggul kayu Pasir Batu

Batu halus

LANGKAH-LANGKAH MENGHIAS BEKAS/AKUARIUM

Page 8: Ikan hiasan

1. Memasang tapak undergravel filter

2. Meletakkan pasir di atas tapak undergravel filter (pasir kasar, baja, volcanic soil, pasir halus)

3. Mengisi air ke paras di inginkan dan letak anti klorin dan baja cecair

4. Tanam tumbuhan akuatik (susun yang tinggi di belakang yang rendah di hadapan

5. Menyusun batu dan tunggul kayu

6. Pasang peralatan seperti pam 02 dan lampu.

CONTOH AKUARIUM YANG BAIK

Page 9: Ikan hiasan
Page 10: Ikan hiasan

APAKAH TUMBUHAN AKUATIK

Tumbuhan akuatik mempunyai bahagian yang boleh menjalankan fotosintesis sepanjang masa

atau sekurang-kurangnya beberapa bulan dalam setahun

Tenggelam dalam air tawar atau terapung di permukaan air

KATEGORI TUMBUHAN AKUATIK

Tenggelam (submerged) – berakar pada dasar dan bahagian tumbuhan tenggelam sepenuhnya

Termuncul (emergent) – berakar di kawasan cetek, bahagian atas tumbuhan timbul di permukaan

air

Terapung (floating) – bahagian atas tumbuhan terapung dan akarnya berada di dalam air

Separa akuatik (semi-aquatic) – tumbuhan melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam air

KEPENTINGAN TUMBUHAN AKUATIK DALAM BEKAS/AKUARIUM

Akan menyerap bahan-bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak

habis dimakan oleh ikan. (kedua-dua bahan di atas akan mendak di dasar akuarium dan akan

menjadi baja kepada tumbuhan akuatik)

Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintisis

Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi ikan -ikan kecil dari serangan

musuh

KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN AKUATIK

Karbon dioksida- Boleh didapati dari kedai akuarium ( penting untuk proses fotosintisis)

Baja- berbentuk cecair dan biji yg perlu ditambahkan dari semasa ke semasa ( utk proses

pembesaran tumbuhan ini)

Cahaya- lampu akuarium perlu dihidupkan 10-12 jam sehari (cahaya amat perlu untuk proses

fotosintisis)

Page 11: Ikan hiasan

CONTOH TUMBUHAN AKUATIK

Page 12: Ikan hiasan

MAKANAN IKAN HIASAN

Terdapat dua jenis makanan ikan hiasan iaitu terapung dan tenggelam

Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas dan pertengahan kepala sesuai diberi makan makanan jenis terapung

Makanan tenggelam pula adalah sesuai untuk ikan yang mempunyai mulut yang menghala ke bawah

Ikan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya.

1. Ikan karnivor/pemangsa- memakan benda-benda hidup seperti anak ikan, serangga atau haiwan lain

2. Ikan pemakan plankton ( organisma mikro di dalam air )- Memakan organisma di dalam air. 3. Ikan harbivor- Memakan tumbuhan dan tidak sesuai untuk akuarium yang ditanam dengan

tumbuhan akuatik.

Page 13: Ikan hiasan

4. Ikan omnivor- Memakan pelbagai jenis makanan spt plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet.

5. Makanan ikan hiasan dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti: Makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan.

JENIS MAKANAN

1. Makanan Hidup

Plankton

Cacing

Ulat roti

Jejentik nyamuk

Udang dan anak ikan Serangga dan sebagainya

2. Makanan kering

Makanan kering adalah makanan yang telah diawet

3. Makanan Rumusan

Makanan ikan yangtelah diproses dari kilang membuat makanan haiwan

Contoh: pellet, emping stick dan sebagainya

Makanan basah

Contoh: Kerang, hati lembu, sayur-sayuran seperti salad dan bayam

CONTOH MAKANAN IKAN HIASAN

Ulat roti Emping

Page 14: Ikan hiasan

Plankton Plankton

Pellet Blood Worm

CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan Harian:

Beri ikan makan sekali atau dua kali sehari – makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 1 hingga 2 minit

Asingkan dan berikan rawatan kepada ikan yang mempunyai tanda-tanda sakit/tidak normal. Contoh: Sisik kembang atau tanggal, berubah warna dan sebagainya.

Ikan yang mati perlu dibuang

Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik

Ukur kualiti air seperti nilai pH,ammonia, oksigen dan karbon dioksida

Penjagaan Mingguan:

Page 15: Ikan hiasan

Air sebanyak ½ atau ¼ bahagian daripada isipadu tangki perlu diganti setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu.

Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi

Bersihkan bahagian hadapan tangki

Cuci kapas penapis dengan bersih

Tambahkan air dalam tangki sehingga paras asal

Perlu diingat supaya tidak memberi makan berlebihan kerana ini akan membahayakan ikan.

MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM

pH air

pH air ialah kemasaman air. Diukur dari nilai 1 – 14. Nilai 1= paling masam atau asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air utk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH.

Nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik.

Suhu

Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26ºC hingga 27ºC. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati.

Bahan beracun

Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan

Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara.

Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak ememberikan kesan kepada kehidupan ikan keranaianya telah ditukan kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik

MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

FAKTOR YANG MENYEBABKAN IKAN HIASAN DIJANGKITI PENYAKIT

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

Air dalam akuarium terlalu kotor

Ikan yang luka atau cedera akibat dipindahkan

ANTARA PENYAKIT IKAN HIASAN

Penyakit rintik putih – Disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya akibat suhu air yang terlalu sejuk.Boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa.

Penyakit kulat – Kulat yang kelihatan seperti kapas biasanya tumbuh di bahagian sirip, mulut dan lbahagian badan yang terdapat luka.Boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue

Page 16: Ikan hiasan

yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat

Penyakit bakteria- Ikan berubah warna menjadi pudar, sisik mengembang atau perut buncit. Penyakit ini disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan