iii - faculty of educationtopik ukur kejuruteraan (ukur aras) bagi mata pelajaran pengajian...

8

Upload: others

Post on 08-Jan-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: iii - Faculty of EducationTOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS) BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Page 2: iii - Faculty of EducationTOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS) BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Page 3: iii - Faculty of EducationTOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS) BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

iii

MEMBINA PERISIAN MULTIMEDIA

TOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS)

BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 4: iii - Faculty of EducationTOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS) BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Page 5: iii - Faculty of EducationTOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS) BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan ibunda, Mat Gani bin Muda, Rohani binti Muda

Tiada apa yang dapat ku bicarakan hanya doa mu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapan mu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat adindaku terima kasih atas segalanya.

Buat kekanda dan adinda, Hanis Syazwani,

Muhammad Muslim Al – Furqani, Nurul Jannah Yunni,

Nurul Hakimah Murni, Nur Basirah Ayuni,

Muhammad Zakwan Zihni.

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuan mu tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan

membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu. Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga . Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmat-Nya.

Page 6: iii - Faculty of EducationTOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS) BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayah Nya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah

yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penasihat penyelidikan, Encik

Yusri bin Kamin yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar

dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang

mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Pendidikan Negeri Terengganu Darul Iman, Pengetua- Pengetua dan guru-guru dari

Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Sekolah Menengah Teknik Dungun dan

Sekolah Menengah Sains Dungun yang terlibat dan membantu secara langsung

dalam penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu

mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk

anakmu ini ke menara gading dan tidak lupa juga buat adik beradik yang banyak

memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.

Page 7: iii - Faculty of EducationTOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS) BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

vii

ABSTRAK

Perisian multimedia topik Ukur Kejuruteraan bagi mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam adalah salah satu usaha untuk membantu guru-guru mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Pembinaan perisian berbantu komputer ini

adalah salah satu inisiatif dalam memajukan dan meningkatkan tahap pendidikan

negara. Pada masa kini, penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar sudah

diguna pakai dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan

reka bentuk pengajaran merupakan satu disiplin dalam pendidikan yang memberi

tumpuan kepada tahap pemahaman terhadap isi pengajaran dan hasil pengajaran serta

kaedah-kaedah yang dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara tidak langsung, penggunaan reka bentuk pengajaran dijangkakan boleh

membawa satu perubahan yang dikehendaki terhadap sikap, pengetahuan dan

kemahiran dalam diri pelajar. Model reka bentuk instruksi bersistem dan

pembangunan perisian multimedia khusus yang dijadikan panduan dalam proses

pembangunan perisian multimedia projek ini. Model yang akan diguna pakai adalah

Model ADDIE. Perisian yang akan dibangunkan ini adalah mengikut sukatan mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Topik yang menjadi pilihan

pereka ialah Ukur Kejuruteraan bagi tingkatan empat.

Page 8: iii - Faculty of EducationTOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS) BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

viii

ABSTRACT

Multimedia Software is a topic on the Survey Engineering in Civil

Engineering subject is a way to help the Construction Technology Engineering

subject teachers. Computer-aided software is one of the initiatives taken to improve

the country’s education level. Currently, the use of computer as a teaching aid has

already been used in both, teaching and learning process. The software that is being

designed is one of the methods used in the education system to emphasize more in

the level of understanding towards both the teaching module and the techniques that

can improve both the teaching and learning process. Meanwhile, the use of this

software is expected to affect the student’s attitude, knowledge and skills. The

system design model, ADDIE Model, and the multimedia software development are

used as references in the development of this software. The software that would be

developed is according to the KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah)

syllabus for the Survey Engineering in Civil Engineering subject at the SPM (Sijil

Pelajaran Malaysia) level. The topic that was chosen by the software developer is

Levelling in Survey Engineering for the secondary four syllabuses.